Ahad, 9 Mac 2014

MH370 3

KUALA LUMPUR: Episod kehilangan MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) semalam kini tertumpu kepada dua penumpang misteri yang menaiki pesawat itu menggunakan pasport palsu milik warganegara Itali dan Austria.
  
Ketika anggota keluarga penumpang semakin resah apabila tiada penemuan selepas lebih daripada 24 jam, misteri dua penumpang itu menimbulkan pelbagai teori yang mengaitkan mereka dengan kehilangan pesawat MH370.
  
Selain memfokus kepada teori pesawat terhempas, laporan media asing dilihat mengaitkan kemungkinan MH370 dirampas atau meletup di udara.
  
Bagaimanapun, teori pesawat itu meletup di udara mungkin ditolak setelah akhbar The New York Times, yang memetik pegawai kerajaan Amerika Syarikat (AS) hari ini sebagai berkata data pemantauan awal yang diperiksa Pentagon mencadangkan MH370 tidak meletup di Laut China Selatan semalam berdasarkan sistem pemantauannya di seluruh dunia.
  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika mengulas kemungkinan terdapat unsur ancaman pengganas, berkata kerajaan tidak akan membuat sebarang kesimpulan tanpa bukti kukuh.
  
"Sekarang tak ada bukti kukuh, macam-macam teori melayang. Kita terpaksa mencari semua kemungkinan petunjuk dan kena siasat sebelum membuat kesimpulan kukuh," kata Najib kepada pemberita selepas merasmikan Program Penyatuan Nasional 2014 di sini.
  
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) Datuk Azaharuddin Abdul Rahman berkata pihaknya menyiasat pelbagai aspek, termasuk sama ada pesawat itu dirampas, namun tidak dapat mengesahkannya selagi MH370 belum dijumpai.
  
Pesawat Boeing 777-200 itu dilapor hilang daripada radar kira-kira dua jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi menuju Beijing, China. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi semalam.
  
Sehingga kini nasib pesawat itu, yang membawa 227 penumpang dari 14 negara termasuk 38 rakyat Malaysia selain 12 anak kapal, tidak diketahui.
  
Azaharuddin dalam sidang medianya mengesahkan dua penumpang misteri itu menaiki MH370 dan pihaknya mempunyai rakaman kamera litar tertutup sewaktu mereka mendaftar masuk ke dalam pesawat berkenaan.

Susulan itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata siasatan terperinci akan memberi tumpuan khusus kepada Jabatan Imigresen cawangan KLIA.
  
"Saya masih hairan tak kan (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam orang Asia," katanya.
  
Mengikut laporan agensi berita CNN, dua penumpang misteri itu membeli tiket penerbangan secara bersama melalui China Southern Airlines.
  
CNN turut melaporkan pasport dua warganegara itu dilapor hilang beberapa tahun lepas di negara Asia Tenggara dan pihak berkuasa Itali serta Austria mengesahkan tiada rakyat mereka menaiki pesawat MH370.
  
Sementara itu, Pegawai Meteorologi Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia Khairul Najib Ibrahim berkata tiada sebarang perubahan cuaca ketara berhampiran perairan negara yang dilihat boleh mengancam penerbangan pesawat MH370 sewaktu ia dilaporkan hilang.
  
Sehingga 8.30 malam dalam sidang media terakhir untuk hari ini, Azaharuddin mengesahkan operasi mencari dan menyelamat yang menyaksikan penglibatan sejumlah 34 pesawat dan 40 kapal laut membabitkan aset negara dan luar negara, masih gagal mengesan pesawat MH370. - Bernama
KUALA LUMPUR: Adik perempuan kepada seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 tidak menyangka ucapan 'Selamat hari jadi' daripada abangnya adalah mesej terakhir yang diterimanya.
  
S. Thenmoli, 26, eksekutif operasi di sebuah syarikat swasta di sini, berkata abangnya, S. Puspanathan, 34, menghantar mesej menerusi WhatsApp:"Take Care, tot if u cum today (Friday), we go for dinner; Anyway see u after I back from China and Wish u advance happy birthday". (Jaga diri, jika kamu datang hari ini (Jumaat), kita pergi makan malam; Apa pun jumpa kamu selepas saya balik dari China dan Ucapan lebih awal, selamat menyambut hari jadi".)
  
Beliau berkata mesej itu dihantar beberapa jam sebelum abangnya menaiki pesawat MH370 yang dilapor hilang pagi semalam.
  
Puspanathan bekerja dengan sebuah syarikat swasta di ibu kota dan berlepas ke Beijing, China atas urusan kerja.
  
"Hari ini merupakan hari lahir saya yang ke-26 dan saya tidak mempunyai adik-beradik lain dan sekarang saya amat merindui abang saya," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
  
Thenmoli berkata Puspanathan sering ke luar negara atas urusan kerja dan beliau akan menghubungi keluarga dengan menghantar e-mel, tetapi kali ini, mereka tidak menerima sebarang panggilan daripadanya.
  
"Sudah beratus kali saya membuka e-mel dengan harapan abang akan membalas  e-mel dengan menyatakan dia telah sampai destinasi dengan selamat, namun tiada apa-apa maklum balas sampai sekarang," katanya.

Puspanathan berkahwin dengan K. Sridevi, 30, suri rumah dan pasangan itu mempunyai dua anak lelaki P. Varmer, 3, dan P. Thashuvarmen berusia setahun.
  
Thenmoli berkata sejak insiden itu, anak sulung abangnya Varmer sering bertanya ayahnya kenapa tidak menghubungi mereka.
  
"Kakak ipar saya kini berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mengetahui perkembangan insiden ini," katanya.
  
Katanya, anggota keluarganya kini trauma dengan insiden itu kerana Puspanathan seorang yang bertanggungjawab dan mengambil berat hal keluarga.
  
Operasi menyelamat dilancarkan sejak semalam selepas pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal menuju ke Beijing dilaporkan hilang daripada radar pukul 1.30 pagi semalam, kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA. - Bernama
BANTING: Bapa seorang pengurus pengeluaran di Syarikat Freescale Semiconductor di Petaling Jaya, pengsan sejurus menerima berita pesawat MAS MH370 yang dinaiki anak sulungnya, Muzi Yusop, 50, hilang awal pagi semalam.
  
Semah Sidik, 70, berkata suaminya, Yusop Tahir, 76, baru pulang daripada menjalani rawatan dialisis di Telok Panglima Garang di sini ketika dimaklumkan seorang anaknya mengenai kehilangan pesawat MH370 yang dinaiki Muzi.
  
"Bila makcik dan pakcik keluar dari kereta, kami lihat isteri Muzi, Haniza Bachik masih berada di rumah sedangkan dia dan anak-anak sepatutnya berada di Perak selepas menghantar Muzi ke lapangan terbang.
  
"Kami kemudian diberitahu bahawa Muzi tidak sampai (ke Beijing) dan (kapal terbangnya) tidak mendarat. Pakcik terdiam dan sedar-sedar lihat dia pengsan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jenjarom di sini hari ini.
  
Muzi, yang juga abang kepada Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Langat, Zurihan Yusop adalah antara 20 pekerja Syarikat Freescale Semiconductor yang dihantar berkursus di China selama sebulan.
  
Zurihan dan seorang adik lelakinya kini berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang untuk mengikuti perkembangan terkini operasi mencari pesawat yang hilang itu.
  
Semah berkata suaminya, yang merupakan bekas pengawal keselamatan, menghidap penyakit jantung, buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis.
  
Ditanya mengenai perubahan sikap Muzi sebelum berangkat ke China, ibu kepada enam orang anak itu berkata beliau tidak perasan sebarang perubahan sikap anak sulungnya yang disifatkan seorang yang bertanggungjawab serta amat mementingkan keluarga.
  
"Sebelum bertolak ke KLIA, Muzi ajak makcik pergi sekali hantar dia tetapi makcik tidak mahu pergi kerana bapak (Yusop) tidak sihat. Makcik juga sempat berpesan supaya Muzi jaga diri sepanjang berada di sana," katanya, dan berdoa agar pesawat MH370 itu ditemui.
  
Semah berkata selepas mengetahui berita mengenai kehilangan pesawat dinaiki Muzi, saudara-mara, jiran serta sahabat tidak putus-putus melawat mereka sekeluarga dan turut bersama-sama membacakan Yasin di rumah beliau.

Sementara itu, hasrat wartawan untuk menemu bual isteri Muzi, Haniza, 47, tidak kesampaian apabila anggota keluarganya meminta supaya guru tadika yang sedang bersedih itu tidak diganggu.
  
Ketika mengunjungi kediaman Haniza, yang terletak di hadapan rumah ibu bapa Muzi, beliau dilihat mengikuti perkembangan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di televisyen.
  
Hanya perkataan "reda" dan "ada hikmah di sebaliknya" dituturkan ibu kepada tiga anak berumur 24, 21 dan 15 tahun itu, yang dilihat tidak berhenti menangis.
  
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Jenjarom, Ma'amin Radiman berkata sejurus mengetahui berita kehilangan pesawat MAS itu, penduduk mengadakan solat hajat di Masjid Al-Falah kampung itu.
  
"Saya telah meminta pengurusan Masjid Al-Falah dan enam surau di kampung ini untuk terus mengadakan solat hajat serta berdoa setiap kali selepas solat agar pesawat dan penumpang selamat ditemui," katanya.
  
Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar selepas berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi Sabtu. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi waktu tempatan. - Bernama
KUALA LUMPUR: Kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, menjadi tajuk utama sebahagian besar akhbar utama luar negara.
Akhbar di Australia, The Australian memaparkan tajuk 'Flight Families Pray for Miracle', sementara Sydney Morning Herald pula menggunakan 'Oil slicks Found at Sea in Search for Malaysia Jet' sebagai tajuk laporan muka depannya.
Muka depan akhbar USA Today pula memaparkan tajuk 'Stolen Passports Add to Flight Mystery'.
Akhbar yang diterbitkan setiap Ahad di Britain, The Observer dalam laporan muka depannya menggunakan tajuk 'Oil Slicks Spotted in Sea as Plane Disappears with 239 Feared Dead'.
Turut menjadikan insiden sebagai laporan muka depan ialah The New York Times dengan tajuk 'Passport Theft Adds to Mystery of Missing Jet Carrying 239', manakala laporan Washington Post pula bertajuk 'Passport Mystery Adds to Concern over Missing Jet'.
Laporan muka depan Beijing Bulletin pula menggunakan 'Passengers with Stolen Passport on Board Malaysian Airlines Flight' sebagai tajuk.
Tidak ketinggalan akhbar Chicago Tribune yang memaparkan laporan muka depan bertajuk 'Malaysian Airlines Says Fearing the Worst for Missing Jet'.
Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal dilapor hilang daripada radar pada pukul 1.30 pagi semalam, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Pesawat itu membawa penumpang dari 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China. - Bernama
KUALA LUMPUR: Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) menghantar satu pasukan terdiri daripada ejen dan pakar teknikal bagi membantu siasatan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
       
Menurut laporan media AS yang memetik seorang pegawai kerajaan, penglibatan FBI itu disebabkan tiga daripada penumpang merupakan rakyat AS.
       
Pegawai itu juga dipetik berkata FBI tidak menolak aspek keganasan atau faktor lain sebagai punca kehilangan pesawat tersebut.
       
Sementara itu, agensi berita Perancis AFP melaporkan pengeluar semikonduktor di Texas sebagai berkata 20 pekerjanya disahkan antara penumpang pesawat berkenaan.
       
Pekerja Freescale Semiconductor yang menaiki pesawat MH370 tersebut ialah 12 dari Malaysia dan lapan dari China, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Gregg Lowe dalam laporan itu.

"Pada masa ini, perhatian kami hanya difokuskan kepada pekerja kami dan keluarga mereka," katanya yang dilapor berkata dalam satu kenyataan.
       
"Ingatan dan doa kami bersama mereka yang terjejas dalam tragedi ini," katanya.
       
Pada peringkat awal, pesawat Boeing 777-200 dari Kuala Lumpur ke Beijing itu dilapor terputus hubungan pada 2.40 pagi semalam, kira-kira dua jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
       
Bagaimanapun Jabatan Penerbangan Awam kemudian mengesahkan pesawat itu hilang daripada radar pada 1.30 pagi.
       
Pesawat itu membawa 227 penumpang dari 14 negara termasuk 38 rakyat Malaysia selain 12 anak kapal. - Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) akan menubuhkan pusat arahan di Kota Baharu, Kelantan atau Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam sebaik sahaja lokasi pesawatnya yang hilang dikesan, kata syarikat penerbangan itu.
       
Dalam kenyataan di laman webnya, ia berkata bagi menghadapi kemungkinan yang terburuk, pakar pengurusan bencana dari Atlanta, Amerika Syarikat akan membantunya dalam 'saat-saat genting ini'.
       
MAS berkata ia sedang melakukan yang terbaik untuk memberi bantuan termasuk bantuan kewangan segera kepada anggota keluarga para penumpang yang terbabit.
       
Penerbangan MAS MH370 membawa 227 penumpang dari 14 negara dan 12 krew hilang daripada radar semasa berada di Laut China Selatan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Sabtu.
       
Pesawat Boeing 777-200ER itu berlepas pada pukul 12.40 pagi dari Lapangan Terbang KL dan hilang kira-kira 1.30 pagi.
       
Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi. - Bernama

 BERITA TERKINI : Misi Menyelamat Pesawat MH370 Ada Dengar Tak Scorpene Dihantar
Posted on Sunday, March 09 @ 20:42:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Jangan pulak ada yang kata gua ni BERPOLITIK beb, sekadar bertanya ADA TAK itu aje... sebab gua tak ada dengar yang Misi Menyelamat Pesawat Mas MH370 turut melibatkan KAPAL SELAM SCORPENE.

Yang gua dengar Negara Singapura ada Menghantar Kapal Selam dia orang bagi Membantu Misi menyelamat Pesawat Mas tersebut.

Tak apa lah gua tak payah tulis PANJANG-PANJANG beb, gua tinggalkan SOALAN tersebut untuk lu orang untuk bagi Jawapan nya. Bak kata PEPATAH Melayu yang berbunyi "KALAU TAK TAHU BERTANYA, JANGAN JADI BODOH SOMBONG", jadi untuk tidak menjadi BODOH SOMBONG maka gua pun bertanya lah beb ok.

Buat Keluarga kepada Penumpang-Penumpang Pesawat serta Anak-Anak Kapal MH370 hanya DO'A dan HARAPAN agar Ahli-Ahli Keluarga yang TERLIBAT Selamat, selain itu apalah DAYA kita sebagai Manusia untuk MENGHALANG Ketentuan Allah SWT. Cuma yang perlu nya DO'A kena DIPANJATKAN KEHADRAT Allah SWT Tuhan Seluruh MAKHLUK. sumber klik sini

hemmmmm..... jangan marah kepada yang terasa tu, terutama nya disebelah sinuuuuuu ok, gua sekadar bertanya sebab nya gua adalah rakyat malaysia bukan rakyat banglasia beb."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Sunday, March 09 @ 20:42:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Lagi kes pasport palsu dikenal pasti
Posted on Sunday, March 09 @ 20:05:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





Satu lagi kes disyaki pasport palsu dikenal pasti dalam senarai penumpang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dilaporkan hilang di perairan Vietnam pagi semalam.

Dilaporkan, warganegara China daripada Fujian yang disenarai dalam penerbangan MAS telah ditemui di rumahnya dan dia sebenarnya tidak pernah melancong ke luar negara.

Dilaporkan juga bahawa polis menemui ketidakselarasan antara nombor pasport dan nama.

Awal hari ini, perisikan Amerika Syarikat (AS) dilapor menyiasat kejadian dua penumpang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat ke Beijing itu.

Ia melibatkan penumpang daripada Austria dan Itali.-mk


 Indonesia hantar lima kapal perang, sebuah helikopter cari pesawat MH370
Posted on Sunday, March 09 @ 19:31:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Tentera Laut Nasional Indonesia (TNI-AL) menghantar lima kapal perang dan sebuah helikopter bagi membantu mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing, awal pagi semalam.
Ketua Staf TNI-AL, Laksamana Marsetio (gambar) berkata kesemua kapal perang yang dikerahkan itu akan bergabung dalam Komando Armada Indonesia Kawasan Barat Tentera Laut Indonesia.


"Saya sudah berhubung dengan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tan Sri Abdul Aziz Jaafar. Mereka (TLDM) minta kita bantu mencari pesawat MAS yang dilaporkan tidak dapat dihubungi itu," kata Marsetio kepada agensi berita Antara hari ini.

Beliau berkata ada antara kapal perang tentera laut negara itu yang sedang mengawal perairan sementara beberapa buah lagi diarahkan menyertai misi mencari itu.
"Kami kerahkan kekuatan agar misi pencarian ini dapat menunjukkan hasil. Kami juga sentiasa berhubung dan berkongsi informasi dengan rakan antarabangsa dalam misi ini," katanya. – Bernama, 9 Mac, 2014.

 Kapal perang USS Pinckney belayar ke Vietnam bantu operasi mencari pesawat MH370
Posted on Sunday, March 09 @ 12:42:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





WASHINGTON: Kapal perang, USS Pinckney sedang dalam pelayaran ke selatan Vietnam bagi membantu operasi mencari dan menyelamat pesawat Penerbangan Malaysia
(MAS) MH370 yang dilaporkan hilang awal pagi semalam.

Kapal itu belayar dari San Diego sejak Januari lalu dan mengendalikan latihan serta operasi keselamatan maritim di perairan antarabangsa di Laut China Selatan. USS Pinckney membawa dua helikopter yang boleh digunakan untuk operasi mencari dan menyelamat. - Agensi


 Pasukan pencari Singapura kesan objek mencurigakan 100km dari pulau Tho Chu
Posted on Sunday, March 09 @ 19:23:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Pasukan pencari Singapura mengesan objek mencurigakan terapung 100 kilometer selatan-barat daya pulau Tho Chu di Vietnam sewaktu unit mencari dan menyelamat negara itu dalam usaha mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Wall Street Journal memetik koordinator berpengkalan di Vietnam sebagai berkata tentera Vietnam menghantar tiga kapal ke tempat kejadian dan kapal pertama dijangka tiba 7 petang waktu tempatan.


Pesawat Boeing 777-200ER milik MAS hilang bersama 239 penumpang termasuk 12 anak kapal pada awal pagi Sabtu ketika dalam perjalanan ke Beijing.

Tentera Vietnam terdahulu melaporkan dua tumpahan minyak berhampiran pulau sementara Agensi Penguakuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut menjumpai tumpahan minyak 20 batu nautika daripada kawasan pesawat dilaporkan hilang.
Penumpang warga China yang ketika itu melintasi kawasan berkenaan turut mengambil beberapa keping gambar yang dipercayai serpihan berhampiran pesawat MH370 terputus hubungan dengan menara kawalan.
Akhbar perniagaan itu turut melaporkan sepasukan penyiasat kemalangan udara Amerika Syarikat yang diketuai pakar Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional dalam perjalanan ke Asia bagi membantu pesawat malang berkenaan.
Tentera Laut China melaporkan mereka menghantar dua kapal perang bagi membantu kerja mencari. Beijing sebelum ini menghantar satu kapal penyelamat dan dua kapal mencari dan menyelamat ke kawasan tersebut, menurut laporan media.

MALAYSIAN INSIDER
– 9 Mac, 2014.



 Freescale Semiconductor sahkan 20 pekerja penumpang MH370
Posted on Sunday, March 09 @ 22:54:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



KUALA LUMPUR - Sejumlah 20 pekerja Freescale Semiconductor disahkan sebagai penumpang pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Menurut kenyataan syarikat Freescale Semiconductor yang berpangkalan di Austin, Texas, daripada jumlah itu, 12 orang adalah rakyat Malaysia dan lapan lagi dari China.

Kenyataan itu menyebut seluruh komuniti Freescale Semiconductor amat sedih dengan berita ini dan syarikat berkenaan akan terus memantau perkembangan terkini dan akan memberi lebih banyak maklumat, jika ada.

"Ketika ini, kami hanya menumpukan kepada pekerja dan keluarga mereka. Ingatan dan doa kami sentiasa bersama mereka yang terjejas akibat peristiwa tragik ini," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Freescale Semiconductor, Gregg Lowe dalam kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, syarikat berkenaan mengumpul kaunselor dan profesional lain menerusi Program Bantuan Pekerja Freescale dengan bantuan 24 jam kepada mereka yang terjejas akibat tragedi berkenaan.-bernama/kosmo


 MH370: Teresa Kok Lapor Polis Difitnah Blogger
Posted on Sunday, March 09 @ 20:33:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





Hari ini saya buat laporan polis di Balai Polis Sri Petaling berkenaan satu posting dalam facebook yang telah luas disebarkan dalam media sosial yang mendakwa saya berkata: “Siapa boleh menafikan kalau saya kata kejadian pesawat MH370 yang hilang itu didalangi oleh pengganas Muslim.
YB TERESA KOK,
Ahli Parlimen Seputeh”

Laporan polis adalah seperti berikut:
----------------------
“Pada pagi ini, saya diberitahu bahawa terdapat posting yang mempunyai gambar dan nama saya disebarkan secara luasnya di media sosial dengan ayat-ayat berikut: “Siapa boleh menafikan kalau saya kata kejadian pesawat MH370 yang hilang itu didalangi oleh pengganas Muslim. --- YB TERESA KOK, Ahli Parlimen Seputeh”

Mengikut siasatan yang dilakukan oleh rakan saya, post ini disyaki dimulakan daripada facebook "Kami Sokong DAP Diharamkan Seumur Hidup". Ia kemudian disalin dan disiarkan dalam banyak laman facebook, termasuk:

http://azmyawangklanajaya.blogspot.com/2014/03/pray4mh370-benarkah-teresa-tuduh.html

https://www.facebook.com/redzuanj

Selain itu, posting tersebut juga disebarkan oleh pihak-pihak tertentu melalui tweeter.

Saya tidak pernah membuat apa-apa kenyataan terhadap kehilangan pesawat MH370 sejak berita ini dilaporkan dalam media.

Posting yang mengandungi kenyataan palsu dan pembohongan tersebut telah mencaci imej saya sebagai wakil rakyat dan mendatangkan kritikan terhadap saya.
Saya ingin minta polis menyiasat kes dengan seriusnya.
Sekian.”

Saya berharap anda dapat kongsikan/share laporan polis saya dalam facebook anda demi menjelaskan tuduhan palsu dan tuduhan liar terhadap saya.

Terima kasih.

Facebook YB Teresa Kok












 
Live : Saksikan Dr.Samsuri Mokhtar (Setiausaha Politik Presiden PAS) di Astro Awani jam 8malam. Beliau merupakan Pakar bidang penerbangan dan dijemput bagi membicarakan isu MH370. Sebarkan!!!

Tiada ulasan: