Sabtu, 8 Mac 2014

KITA TUNGGU HUKUMAN ALLAH KEPADA ORANG YANG MELAKUKAN KEZALIMAN




Kes MH370: Tentera Udara Kesan Tompokan Minyak


master.malaysia_airlines11-753237Tentera Udara Vietnam mengesan 2 tompok minyak seluas antara 10km dan 15km di perairan dekat selatan Vietnam disyaki daripada pesawat MH370. – Sumber AP
Antara penumpang dalam pesawat...Allah!
PASANGAN pengantin baharu, Mohd Razahan Zamani, 23 dan Norli Akmar Hamid, 33, adalah antara 38 penumpang rakyat Malaysia dalam pesawat MH370 yang dilaporkan hilang. Pasangan itu dipercayai ke Beijing untuk berbulan madu. - Berita Harian. ‪#‎PrayForMH370‬

Arahan Solat Hajat Mohon Keselamatan & Kejayaan Operasi Menyelamat Pesawat MAS Hilang



Dewan Ulamak PAS Pusat berkongsi kesedihan dan kebimbangan ahli keluarga terhadap status keselamatan 239 penumpang MAS MH370 dengan Boeing 777-200 menuju ke Beijing dari Kuala Lumpur yang terputus hubungan dengan menara kawalan 2.40 pagi tadi.

Untuk itu Dewan Ulamak PAS Pusat mengarahkan seluruh ahli Dewan Ulamak memimpin solat hajat bersama masyarakat selepas isya' malam ini memohon kepada Allah keselamatan dan kejayaan operasi mencari pesawat yang hilang.

Dalam masa yang sama Dewan Ulamak mengharapkan seluruh ahli keluarga yang terlibat sama ada rakyat Malaysia atau rakyat asing bersabar atas ujian yang berlaku.

Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
8 Mac 2014 jam 6.30 ptg


Sayyid Qutb berkata dlm surat terakhirnya sebelum dia digantung:
"kita selalu akan merasa sempit dada andai kita merasakan kitalah yg memulakan dan mengakhiri perjuangan ini, tetapi kesempitan ini tidak akan terasa jika kita merasai bahawa kita menyambung perjuangan yg lalu dan akan diteruskan oleh generasi akan datang. usah kau gerun dgn tali gantung yg akan menjerut leherku ini."
Like · · · 37 minutes ago · Edited ·
ADIL ker mcmni??
Ats dunia kamu berkuasa blh buat ape shj.
Akhirat esk tggu la balasan pd Allah
X kn terlepas wlpun sbesar zarah kesalahn seorg manusia...
DOSA SESAMA MANUSIA...
HNYA SESAMA.MANUSIA YG BLH MNGAMPUNKN DOSANYE....
kt padang mahsyar esk...carilah org yg kamu fitnah tu utk mintak ampun maaf
...klo x nerakalh tempat kamu selamanye...
Di sini kita dapat lihat bagaimana undang2 jenayah malaysia cukup mudah di manipulasi olih peguam datuk shafee abdullah, kenapa representatif yang di ajukan di mahkamah berlainan dan berbeza2. ?
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masihkah kita ingat pembunuhan kejam Noritta Samsuddin 11 thn lepas...tertuduh HANIFF dibebaskan semata mata kerana ada air mani individu lain dlm nonok Noritta walaupon terbukti air mani Haniff wujud dlm nonok Noritta...peguambelanya DR MOHAMMAD SHAFEI peguam SEXPOL.....tp dlm kes DSAI walaupon wujud air mani individu2 lain dln bontot SEXPOL DSAI tetap didapati bersalah...kalau mengikut law mahkamah kes ini dah gugur.....tp demi politik SURVIVAL POLITIK BN/UMNO DSAI terpaksa didpti bersalah juga dgn bantuan hakim2....x paham2 lg ke macai2 umno...kalu x paham juga kalian memang otak LEMBU!!

Lagi tentang pesawat yang hilang itu....
Kenapa kerajaan sengaja melambatkan berita?sengaja flipflopkan news supaya berita hangat diperbincangkan utk menutup kes anuar dipenjara 5 tahun?



Renungan buat penyokong umno

Mungkin ada kebenaranya




SHAH ALAM: Pengukuhan bagi Pakatan Rakyat perlu bermula dengan menyelesaikan segala krisis yang timbul dengan sebaik-baiknya, lebih-lebih lagi bagi menangani perbezaan pendapat di kalangan rakan gabungan ini.

Apatah lagi apabila perbezaan pendapat itu menimbulkan satu persepsi negatif oleh rakyat yang tidak mendapat gambaran sebenar, sedangkan ada ketika perbezaan tersebut hanyalah perkara kecil.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata biarpun perbezaan pendapat itu adalah satu perkara kecil, ia akan menjadi besar apabila media yang tidak bertanggungjawab mula memanipulasi perbezaan tersebut.

Tegasnya, biarpun kebanyakan masalah yang timbul telah berjaya diselesaikan, masih ada lagi beberapa masalah yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin.

"Pemimpin perlu menyelesaikan masalah, bukan mencipta masalah.  Pengukuhan Pakatan Rakyat ini bermula secara dalaman yang perlu diselesaikan oleh pimpinan part," tegas beliau ketika berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-5, di sini, petang ini.

Tambahnya, soal pengukuhan ini bukanlah bermaksud kita berpecah, sebaliknya ia merupakan satu proses politik yang panjang, bersesuaian dengan realiti politik hari ini.

Tegas Mustafa, Pakatan Rakyat mempunyai polisi atau dasar bersama yang telah disepakati dan memberi jaminan Pakatan Rakyat akan bergerak dengan kebersamaan dasar tersebut.

"Jika berlaku sebarang percanggahan dari polisi tersebut, ia perlu dan akan dibincangkan dan diperhalusi sewajarnya bagi kesejahteraan pakatan dan rakyat amnya," tegas beliau lagi.
KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak akan hadir persidangan Dewan Rakyat pada 11 Mac ini.

Ini sebagai tanda bantahan terhadap salah guna badan kehakiman, solidariti untuk Karpal Singh, dan untuk bersama calon Pakatan Rakyat pada penamaan calon Pilihanraya Kecil Dun Kajang.

Bagaimanapun, mereka akan hadir untuk Pembukaan Parlimen dan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang akan berlangsung pada 10 Mac.

Demikian ditegaskan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, dan Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook dalam kenyataan bersama, hari ini.

Kenyataan penuh seperti di bawah.

Enam tahun selepas berlakunya gelombang 8 Mac 2008, UMNO-Barisan Nasional telah kehilangan sokongan rakyat. Pakatan Rakyat pula jelas muncul sebagai kuasa yang terus mengancam hegemoni Umno Barisan Nasional.

Walaupun UMNO-Barisan Nasional terus hilang sokongan, namun keangkuhan dan kedegilan mereka berterusan, yang ditunjukkan melalui keengganan melakukan reformasi tulen ke atas institusi-institusi penting negara termasuklah institusi kehakiman. Hal ini kerana ianya satu-satunya jalan yang menjamin kelangsungan UMNO-Barisan Nasional untuk kekal berkuasa.

Tindakan mahkamah mengenakan hukuman penjara lima tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan keputusan yang bakal dikenakan terhadap Karpal Singh di bawah Akta Hasutan merupakan bukti terang bagaimana UMNO-Barisan Nasional terus menyalah guna institusi kehakiman.

UMNO-Barisan Nasional tidak pernah belajar daripada hukuman rakyat bermula sejak peristiwa 1998, justeru mereka mengulangi kesilapan tersebut ke atas kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat ini.

Kami yakin pengorbanan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan sia-sia. Pengorbanan ini akan membuka mata rakyat, menyemarakkan semangat dan melonjakkan sokongan segenap lapisan masyarakat untuk bersama Pakatan Rakyat demi melakukan perubahan.

Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini telah membuat ketetapan bahawa:

1)  Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan hadir untuk Pembukaan Parlimen dan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang akan berlangsung pada 10hb Mac 2014;

2) Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak akan hadir di Parlimen pada 11hb Mac 2014 sebagai tanda bantahan terhadap salah guna badan kehakiman, solidariti untuk sdr Karpal Singh, dan untuk bersama calon Pakatan Rakyat pada penamaan calon Pilihanraya Kecil Dun Kajang.
SHAH ALAM: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini menegaskan tegaknya Pakatan Rakyat sehingga hari ini adalah kerana menghormati prinsip kepimpinan bersama.

Beliau yang berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam turut memberitahu walaupun PKR, PAS dan DAP mempunyai kekuatan dan kelemahan, namum perkara itu diselesaikan bersama tanpa mengkritik kelemahan rakan-rakan.

"Kekuatannya adalah prinsip kita mengembeling kekuatan dan kelemahan bersama.

"Kita saling membantu mengatasinya, atas sebab ini Pakatan Rakyat akan muncul sebagai kuasa politik yang boleh mengancam Umno-Barisan Nasional," ucap beliau.

Jelas beliau lagi, dengan asas yang dibina ini juga, Pakatan Rakyat terus mendapat sokongan daripada rakyat atas keyakinan mereka.

"Tak mungkin pemimpin Pakatan sanggup mengkhianati mandat sokongan begitu besar yang terutamanya apabila kita gagal meneruskan perbezaan pendapat.

"Kadang-kadang bukan perkara dasar tetapi hanya perkara cabang sahaja, itu adalah perkara yang kecil bukan dapat mengugatkan prinsip yang telah kita bina.

"Sebab sasaran kita sangat jelas dalam kerjasama ini untuk ambil alih kuasa politik dan dengan kuasa poltik itu kita menjadi kerajaan.

"Kerajaan yang kita kuasai akan membuat dasar-dasar yang boleh memberikan kebaikan dan keadilan kepada rakyat keseluruhan," sambung beliau.

Menurut beliau lagi, dengan penguasaan politik ini Pakatan Rakyat mampu menjadi pilihan terbaik untuk rakyat.

"Penyatu paduan ini akan menjadi lebih erat melalui konvensyen yang kita lalui sekarang ini, kita mencari jalan penyelesaian terbaik.

"Pakatan akan menjadi satu landasan yang kukuh untuk menjadikan terbaik kepada rakyat," sambung beliau. 
Alat Pemancar Kecemasan Dikesan 300km Dari Pantai Vietnam
Posted on Saturday, March 08 @ 21:50:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



mapp
Isyarat terakhir pesawat MH370 dikesan pada posisi 120 batu nautika dari Kota Bharu, sempadan laut Malaysia – Vietnam.
PETALING JAYA: Pasukan Mencari dan Menyelamat pesawat MAS MH370 yang hilang di Laut China Selatan dikatakan telah mengesan isyarat Alat Pemancar Kecemasan (Emergency Locator Transmiter) kurang lebih 300 kilometer dari pantai Vietnam.


Menurut sumber-sumber, pasukan menyelamat kini menjurus ke arah isyarat yang dipancarkan dari alat tersebut.
Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya dalam satu sidang akhbar khas di KLIA lewat pagi Sabtu berkata, kali terakhir penerbangan MH370 berhubung dengan menara kawalan adalah pada posisi 120 batu nautika dari Kota Bharu, merentasi Laut China Selatan.
sarsatdiagram
“Ia merupakan kawasan sempadan laut Malaysia – Vietnam,” katanya pada sidang media khas di KLIA, Sabtu.
Beliau berkata, kerjasama akan dilakukan dengan pihak berkuasa Vietnam dalam usaha menjejaki pesawat tersebut.
Terdapat 38 rakyat Malaysia dalam pesawat MAS yang hilang itu.
Penumpang lain ialah dari China (152 + 1 bayi), Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika (3+1 bayi), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1), Austria (1).
Anak-anak kapal yang berada dalam pesawat malang itu dikenal pasti sebagai Zaharie Ahmad Shah, Farid Ab Hamid, Patrick Francis Gomes, Andrew Nari, Goh Sock Lay, Tan Ser Kuin, Wan Swaid Wan Ismail, Junaidi Mohd Kassim, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan, Ng Yar Chien, Foong Wai Yueng dan Tan Size Hiang.
MH370 berkongsi kod penerbangan dengan China Southern Airlines.
Menurut MAS, pesawat MH370 itu dipandu oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, seorang juruterbang veteran dengan mencatatkan 18,365 jam penerbangan.
Beliau menyertai MAS pada 1981.
Dalam penerbangan itu, beliau dibantu oleh Pegawai Pertama Fariq Abdul Hamid yang mempunyai pengalaman sebanyak 2,763 jam penerbangan.
Beliau menyertai MAS pada tahun 2007. -mstar.

Bapa mohon maaf pada Anwar, dakwa Saiful dipergunakan
Posted on Saturday, March 08 @ 21:50:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Bapa Saiful Bukhari hari ini memohon maaf kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan mendakwa bahawa anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini," kata Azlan Mohd Lazim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam satu sidang akhbar hari ini.

NONE"Dengan ini saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sangsara akibat fitnah ini," tambahnya

Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lepas daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Jabatan Peguam Negara telah merayu terhadap keputusan itu dan Mahkamah Rayuan akan mendengar kes pada 22 Julai.

Dalam kenyataannya, Azlan, 60, mendakwa semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anaknya dan beliau sendiri, telah dirancang dan disediakan pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan seorang peguam, Zamri Idrus.

azlan"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap YB Datuk Seri Anwar, yang melibatkan anak saya."

Zamri telah menafikan dakwaan tersebut dan Malaysiakini tidak menyiarkan identiti pegawai khas di JPM itu sementara menunggu respons daripadanya.

Menurut Azlan, beliau mengetahui mengenai hal anaknya terlibat dan dituduh cuma melalui akhbar milik kerajaan kerana anaknya tidak langsung pernah menceritakan tentang kejadian dan pertuduhan tersebut kepadanya.

"Saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi mendapatkan keterangan dari saya sebagai bapa dari awal hingga tamat perbicaraan," dakwanya.

walaupun beliau sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anaknya, Azlan menjelaskan bahawa beliau melakukannya
semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya.

NONE"Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar."

Azlan berkata, beliau memutuskan untuk membuat pendedahan ini kerana setelah sekian lama mengumpul maklumat sama ada semasa dalam perbicaraan, mahupun yang dikirim kepadanya oleh orang ramai, "saya dapati kebenaran mula terserlah dan jelas kelihatan."

Pihak pemerintah, katanya, langsung tidak pernah menemuinya untuk berbincang kes itu atau bertanya pendapatnya.

"Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh (pegawai berkenaan)," dakwa Azlan.

"Sebagai seorang Melayu dan Islam, saya mula sedar akan perancangan jahat ini. Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan fitnah jahat ini. Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu akan niat jahat mereka.

NONE"Jika niat jahat ini berterusan, bukan sahaja umat Melayu dan Islam hancur tetapi negara musnah. Saya tidak sanggup melihat ini terjadi.

"Saya mengambil keputusan untuk bersama Datuk Seri Anwar, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia yang dahagakan kemakmuran dan keamanan bercakap benar dan menentang kejahatan ini," katanya.

Azlan merayu kepada seluruh rakyat negara ini "bangun bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul".

"Marilah kita juga doakan agar Allah menangkan perjuangan Datuk Seri Anwar dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara dalam Pilihan Raya ke-13 nanti," katanya-mk


 

Terkini : Mangsa Liwat Anwar Marah Kerana Hukuman Penjara Hanya 5 Tahun
Posted on Saturday, March 08 @ 20:57:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"

Oiiii Ibrahim Ali... lu kalau nak Anwar Ibrahim dikenakan Hukuman yang lebih Berat lagi sepatutnya lu yang buat Laporan Polis bukan nya Mohd Saiful Bukhari Azlan tu beb.

Gua JAMIN kalau lu yang buat Laporan Polis awal-awal lagi Anwar sudah didapati BERSALAH, kerana sudah tentu Mahkamah akan lagi Percaya dengan kata-kata lu yang Terkenal sebagai Pejuang Islam JADI-JADIAN... kah kah kah!.

Dengan mengatakan yang Anwar Ibrahim telah MELIWAT lu baru betul beb, baru lah Mahkamah akan Menjatuhkan Hukuman MAKSIMUN iaitu 20 Tahun Penjara dan Sebatan. Kerana apa kerana Umur lu dengan Anwar adalah LEBIH KURANG aje, jadi untuk lu Melawan apabila Anwar Meliwat lu agak Susah atas faktor Umur. Dikatakan lagi yang Kaki Liwat apabila Umur Meningkat dia orang akan lagi Kuat beb... kah kah kah!.

Kerana itu walaupun Anwar berumur 61 Tahun semasa Meliwat Saifol yang hanya berumur dalam lingkungan 20an tetapi Anwar tetap Berjaya Meliwat Saifol sampai Saiful TAK BERAK-BERAK selama 2 hari lu tahu tak Brahim Ali, Saiful tak dapat Melawan langsung apabila Anwar Meliwat beliau. Tapi kalau lu gua Jamin 101 peratus yang lagi Mudah Anwar dapat Meliwat lu dan Para Hakim akan menjatuhkan Hukum Maksimun keatas Anwar... kah kah kah!.

Lu sudah SILAP BANYAK lah Brahim Ali, kalau lu yang buat Laporan Polis lagi banyak lu boleh Ceritakan Pengalaman lu DILIWAT oleh Anwar. Sebab lu mengenali Anwar bukan nya baru tapi sudah Berpuluh Tahun, lu boleh Cerita bagaimana lu Diliwat semasa sama-sama dalam Tahanan dibawah ISA ke, semasa dalam Lokap ke dan sebagai nya. Tapi lu telah Lepaskan Peluang Terbaik untuk Anwar di Jatuhkan Hukuman 20 Tahun Penjara dan Sebatan... kah kah kah!.  sumber klik sini

hemmmmm..... ini lah dia salah satu contoh bangsat umno yang lebih kurang bangsa yahudi beb, gua ingat kalau lah boleh dibelah dada beliau dengan dada yahudi kemudian dikeluarkan hati dia orang gua gerenti sama dan susah untuk dibezakan... kah kah kah... A B U."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Saturday, March 08 @ 20:57:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





"Kezaliman adalah kegelapan di hari akhirat.”

Itulah amaran Rasulullah S.A.W agar semua pihak menghindari apa jua bentuk kezaliman. Bahkan kezaliman juga adalah dosa besar yang diingatkan oleh Allah agar jangan sesekali kita cenderung untuk menyokong golongan yang zalim, kelak akan disambar oleh api neraka di akhirat.

Terdapat banyak hadis Rasulullah .S.A.W yang memberi amaran agar kita menjauhi perbuatan yang zalim, atau menyokong golongan yang zalim bahkan dilarang berjalan bersama orang yang zalim bagi membantu kezaliman mereka.

Dalam sepotong hadis Rasulullah S.A.W Baginda memberi amaran: "Sesiapa yang berjalan bersama orang yang zalim bagi membantunya (melakukan kezaliman), dalam keadaan dia tahu orang yang bersamanya melakukan kezaliman, maka ia terkeluar dari lingkungan orang Islam.”

Semua peringatan ini adalah peringatan Allah dan Rasul S.A.W bertujuan agar kita menegakkan keadilan, memperjuangkannya dan menyokong sebarang usaha bagi menegakkan keadilan di atas muka bumi.

Bahkan Al Quran menegaskan, “Berlaku adillah kamu, kerana adil itu hampir dengan taqwa.”

Atas landasan inilah PAS bersama Pakatan Rakyat (PR) menggerakkan seluruh tenaga bagi memperjuangkan keadilan berteraskan ajaran Islam, yang bersifat rahmat untuk semua. Perjuangan panjang ini tidak akan berakhir hanya dengan kemenangan beberapa buah negeri, bahkan menguasai Putrajaya sekalipun, kerana ia adalah perjuangan sepanjang zaman dan berterusan.

Tindakan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ratusan insan lain dalam sejarah perjuangan PAS dan rakyat megara ini, adalah lanjutan kerakusan parti pemerintah untuk menyekat apa jua ruang kebangkitan rakyat.

Tindakan ini berlaku dalam sepanjang sejarah perjuangan umat manusia. Sayangnya pemimpin yang bertindak zalim gagal mengambil pengajaran di atas tindakan zalim mereka kepada rakyat.

Puluhan kerajaan besar tumbang akibat kezaliman mereka kepada rakyat. Kemana berakhirnya rejim Firaun yang membunuh anak-anak kecil kerana bimbang dengan kelahiran seorang lelaki yang bakal menumbangkan kerajaannya.

Demikian juga ke mana perginya Hamam, Qarun, Namruz, Abu Lahab, dan ratusan rejim di zaman kita. Kekuasaan dan keegoan mereka tumbang menyembah bumi dan mereka menerima pembalasan di atas kezaliman mereka.

Kita yakin apa yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim akan lebih mengukuhkan hubungan PR dan menyemarakkan kebangkitan rakyat yang menentang kezaliman ini.

PAS yakin dengan janji Allah bahawa kebatilan tidak akan kekal walau kelihatan teguh dan kukuh, manakala keadilan akan tetap mencapai kemenagan, walau kelihatan ia lemah dan tidak ampuh.

Sempena konvensyen PR kali ini, dalam mana kita menghadapi suasana sedih penganiayaan kepada DSAI, kes Karpal Singh, tragedi pesawat MAS yang terhempas, dan PAS kehilangan beberapa tokoh utama parti, mari kita hadapinya dengan penuh ketabahan, kesabaran, kesepakatan, pengukuhan hubungan PR serta membina gelombang kebangkitan rakyat bagi menumbang kerajaan BN dalam PRU akan datang. Insya Allah.

Allahu akhbar.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS


 
 
PESAWAT MAS TERHEMPAS # MEDIA UMNO TERUS MEMPERBODOHKAN RAKYAT!!!

Pesawat mas berlepas dari KL ke beijing pada jam 12.40pagi tadi dijangka tiba pada jam 6 pagi.. walaubagaimanapun telah terputus hubungan dengan pusat kawalan udara trafik subang.

Biarpun tidak sampai pada masa yang telah ditetapkan (jam 6pagi) pesawat tersebut masih mampu bertahan (dari segi minyak) selama 2 jam dari masa ditetapkan (6pagi tambah 2jam - 8pagi)

Jika jam 8pagi masih tidak ada apa apa berita. Itu bermaksud pesawat tersebut confirm terhempas.. tetapi media malaysia dibawah umno masih lagi suruh berdoa untuk penumpang moga selamat bla bla bla...

Ketinggian pesawat itu dari aras laut ialah 37ribu kaki. Kalau dah ketinggian macam tu (logik akal) takkan ada yang terselamat pun apabila terhempas.. apa lah bengap sangat media umno nih.. nak bodoh kan rakyat ada saja korang nih..dalam saat genting pun nak bodohkan rakyat..

Laporlah berita dengan tepat,terkini,telus,amanah...

Kita sedekahkan Al -fatihah pada penumpang pesawat MAS tersebut ... al - fatihah

-apages-

Tiada ulasan: