Sabtu, 1 Mac 2014

BANYAK MUSUH DALAM SELIMUT.....JENIS HAIRANKAN DIRI SENDIRI....UJUB....SEDANG IA BELUM DIUJI...DIFITNAH....DITUMBUK...GAMBAR SEX TERSEBAR LUAS...BERPOLITIK SETAHUN JAGUNG....KALAU BENAR2 HEBAT ZAMAN2 TOK ADAM DAH MENANG TANPA BEKERJASAMA


Saturday, 1 March 2014


BERITA HARIAN SUDAH MELAMPAU .. KASI PECAH TEMBELANG 4 NEGERI YANG DI TADBIR URUS OLEH UMNO SEMENJAK MERDEKA MAU CATU AIR.


Omak Kau ingat Berita Harian dah nak kena dengan macai-macai UMNO ni ... yang dia pergi gatal mulut pergi cerita diakhbarnya bahawa 4 negeri yang ditadbir urus oleh UMNO/BN semenjak merdeka iaitu Johor, Negeri Sembilan, Kedah dan Perlis akan lakukan catuan air kerana paras air di 10 empangan di negeri-negeri berkenaan semakin kritikal... Ini tidak termasuk Melaka yang berjanji akan lakukan catuan hujung bulan ini jika cuaca kering berlanjutan.

Pergh!!! ingatkan negeri Selangor sebaik saja jatuh ketangan Pakatan Rakyat terus tidak bijak urus air kerana terpaksa melakukan catuan.

Harap macai-macai UMNO buka sikit akal dan otak itu supaya menerima hakikat musim kemarau ini hampir semua negeri terjejas... Bercakap biar pakai fakta bukannya hentam semborono.
ALOR GAJAH: Melaka hanya akan melakukan catuan bekalan air selepas 29 Mac depan sekiranya keadaan cuaca kering berterusan dalam tempoh sebulan ini.
  
Ketua Menterinya Datuk Seri Idris Haron berkata paras air di tiga empangan iaitu di Empangan Durian Tunggal, Alor Gajah; Jus dan Asahan di Jasin kini masih mampu menampung keperluan pengguna di negeri itu.
  
Beliau berkata ketika ini, air di Empangan Durian Tunggal berada pada paras 65.2 peratus, Jus (61.8 peratus) dan Asahan (76.1 peratus).
  
"Tahap air di empangan ini memberi jaminan bahawa kita boleh bertahan sehingga 29 Mac tanpa hujan," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Empangan Durian Tunggal di sini hari ini.
  
Katanya kerajaan negeri turut mengambil langkah menyalurkan air mentah dari beberapa kolam tadahan selain air Sungai Muar dan Gerisik, Johor ke empangan terbabit sekali gus mampu membekalkan 105 juta gelen air sehari kepada pengguna.
  
Dalam pada itu, Idris berkata kerajaan negeri merancang mewujudkan perigi tiub di setiap 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai persiapan menghadapi musim kemarau pada masa depan.
  
Beliau berkata pada masa ini, Melaka mempunyai pelan kontigensi bekalan air yang mampu bertahan sehingga tempoh tiga bulan sekiranya berlaku musim kemarau.
  
"Dengan pembinaan perigi tiub ini, kita menjangkakan bekalan air mampu bertahan sehingga tempoh enam bulan dalam musim kemarau," katanya. - Bernama

KUALA LUMPUR: Lim Kit Siang mengulang seruan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh untuk memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menang besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

Menurutnya, majoriti kecil adalah satu kekalahan, justeru Pakatan Rakyat mesti mensasarkan satu kemenangan bersejarah, yang akan membuka pencapaian dan kejayaan yang lebih besar untuk tahun-tahun akan datang.

Menurut beliau PRK Kajang adalah yang paling penting dalam sejarah Malaysia kerana ia bukan hanya penentu masa depan Kajang dan Selangor, malah seluruh negara.

“Ia bukan sekadar tentukan siapa yang akan menjadi wakil di Dewan Undangan Negeri serta corak kepimpinan dalam politik Selangor, malah paling penting, corak politik di Putrajaya.

“Maka, ketiga-tiga komponen Pakatan Rakyat perlu memastikan kemenangan besar Anwar, yang pasti akan memberikan mesej bahawa (kerajaan pusat) Putrajaya sedang menunggu perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-14,” kata Ketua Parlimen DAP itu dipetik Roketkini.

Dalam wawancara bersama Roketkini kelmarin, Karpal menggesa jentera DAP agar berusaha ‘berhabis-habisan’ bagi memastikan Anwar mendapat majoriti besar pada PRK itu nanti.

Anwar bakal berhadapan Naib Presiden MCA, Chew Mei Fun dan kemungkinan besar bekas Menteri Undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim pada 23 Mac nanti.

Sehubungan itu, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah meminta PKR, PAS dan DAP bersatu padu bagi mencapai matlamat itu.

Menurutnya, ada kebimbangan melihat perkembangan Pakatan dan PKR di Selangor kebelakangan ini.

“Musuh sebenar Anwar bukan calon BN atau pun Bebas, tetapi perselisihan dalaman parti,” ujarnya.

Justeru beliau menggesa ketiga-tiga parti supaya segera menyelesaikan sebarang masalah yang ada dan mengenepikan perbezaan agar tidak menjejaskan kemenangan pada PRK Kajang, yang boleh menutup sebarang peluang perubahan politik daripada berlaku.
SHAH ALAM: Dalam usaha memantapkan kepimpinan pemuda PAS di seluruh Malaysia, Akademi Kepimpinan Pemuda Dewan Pemuda PAS mengadakan Seminar Pembangunan Pemimpin Pemuda. Program kepimpinan yang berlangsung di seluruh negara itu dipecahkan mengikut zon.

Zon tengah yang meliputi Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Perak berlangsung di PPAS Shah Alam dan dihadiri seramai 76 orang peserta yang terdiri daripada kepimpinan pemuda negeri dan kawasan, unit Amal dan Pasti.

Sepanjang program tersebut, peserta berpeluang menimba pengalaman daripada penceramah jemputan yang terdiri daripada pelbagai latar seperti tokoh korporat, pakar motivasi dan sebagainya.

Ir Mohd Khairil Nizam Khirudin, Naib Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Malaysia merangkap pengerusi program turut berkongsi pengalaman beliau dan memberikan kata-kata semangat.

“Jadilah manusia biasa yang luarbiasa. Manusia yang luarbiasa ialah yang bekerja atau bertindak secara luarbiasa dan melaksanakan jihad. Salah satu syarat untuk menjadi manusia yang luar biasa seseorang itu mesti banyak membaca,” ujar Ir Khairil Nizam.

Beliau menyebut dua tokoh yang disifatkannya sebagai pemimpin organissai yang cemerlang tetapi kurang dikenali umum iaitu Raja Tun Mohar Raja Badiozaman dan Tan Sri Mohd Hassan Marican. Mereka berdua disifatkan mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang wajar diteladani.

“Saya percaya, pengalaman dan ilmu yang tuan-tuan dapat ketika program ini dapat digunakan dan dimanafaatkan apabila kembali ke kawasan masing-masing.” Ujar Ir Khairil lagi.

Selain itu antara tokoh lain yang turut dijadikan contoh ialah Allahyarham Datuk Fadzil Noor, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Hadi Awang.

Tokoh antarabangsa pula yang dijadikan bahan contoh ialah Umar Mokhtar, Martin Luther King dan Mahatma Ghandi.

Kesemua tokoh tersebut mempunyai ciri-ciri kempimpinan yang dapat dijadikan teladan bagi pemuda untuk dicontohi.

Selain mendengar dan berkongsi pengalaman dengan tokoh-tokoh jemputan, peserta juga didedahkan dengan aktiviti pada sesi petangnya. Dalam aktiviti tersebut segala ilmu yang diperoleh daripada sesi pagi diaplikasikan dalam aktiviti tersebut.

Peserta dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan membentangkan kembali dapatan mereka untuk dibincangkan dan dibahaskan.

KUALA LUMPUR: Sultan sebagai ketua agama negeri disaran turut sama bersolat Istisqa’ (solat minta hujan) sebagai ikhtiar memohon ke hadrat Allah SWT semoga diturunkan hujan sekaligus mengakhiri musim kemarau dan panas yang melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia sekarang.
Saranan itu dibuat penulis veteran yang juga bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Subky Latif (gambar) di laman Facebook beliau.
Subky turut menyarankan alim ulama di negeri-negeri beraja supaya memohon perkenan Sultan agar turut bersama rakyat dalam solat Istisqa’.
Beliau memberikan contoh yang berlaku di zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz apabila seorang Arab Badwi yang terkejut dengan hasil tanamannya yang berlipat kali ganda yakin bahawa kemakmuran yang dianugerahi Allah SWT itu disebabkan oleh khalifah baru yang bersifat adil.
“Seorang Badwi dapati hasil tanamannya bertambah. Katanya mesti khalifah baru yang memerintah. Dia sangka saja. Rupanya betul, yang memerintah Umar Abdul Aziz. Badwi itu tidak tahu. Bila khalifah peduli, makmurlah negeri,” ujar beliau.
Dalam perkembangan berkaitan, solat Istisqa’ akan diadakan di Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah esok bermula jam 9.30 pagi.
Solat Istisqa’ juga akan diadakan pada pagi yang sama di dataran Stadium MPS berhadapan Restoran Tu Dia Pak Tam, Bandar Baru Selayang dan Padang Komuniti Kampung  Sungai Kantan, Kajang.
Pada Ahad, 2 Mac, solat Istisqa’ akan diadakan di tempat letak kereta Central Puteri Park (PCP), Bandar Tasik Puteri, Rawang bermula jam 8.00 pagi. Khutbah akan disampaikan Imam Madrasah As-Siddiqin,  Ustaz Mohamad Zuhdi Mat Piah. 
KUALA LUMPUR: PAS Kawasan Selayang akan menganjurkan Solat Istisqa’ (solat mohon hujan) esok bermula jam 9.00 pagi di Dataran Stadium MPS, Bandar Baru Selayang.
Umat Islam yang berkelapangan dijemput hadir untuk sama-sama bersolat dan berdoa semoga Allah SWT menurunkan hujan dan mengakhiri musim kering di negara ini.
Ketua Penerangan PAS Kawasan Selayang, Ustaz Mohd Farhan Madzlan ketika dihubungi Harakahdaily menggalakkan peserta untuk berpuasa pada hari ini dan sabtu.
“Orang ramai juga dinasihatkan supaya berwuduk dan membawa sejadah bagi memudahkan urusan,” ujarnya.
Khutbah solat Istisqa’ akan disampaikan Yang Dipertua PAS Selayang merangkap Ketua Penerangan PAS negeri, Zaidy Talib.
Dalam perkembangan berkaitan, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) turut menganjurkan Solat Istisqa’ esok.
Solat Istisqa’ itu akan dilangsungkan di Padang Komuniti Kampung Sungai Kantan, Kajang bermula jam 8.30 pagi.
Umat Islam di kawasan berhampiran dijemput hadir beramai-ramai.
KUALA LUMPUR: Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Malaysia (LAPPM) memandang serius pergolakan konflik yang berlaku di negara Republik Afrika Tengah.

LAPPM difahamkan, lebih 15,000 orang kebanyakannya penduduk Islam di republik tersebut yang berlindung di kem penempatan sementara, terkepung dan berdepan dengan ugutan bunuh oleh kumpulan-kumpulan bersenjata militia.

Antara lokasi yang teruk terjejas dengan keganasan ini adalah di Bangui dan Bandar Boda, Boar serta Bossangoa.

“LAPPM melahirkan kebimbangan terhadap nasib umat Islam di sana yang mungkin sama dengan umat Islam di Rohingya, Myanmar atau di Syria yang dibunuh setiap hari,” ujar Pengerusi LAPPM, Dr Raja Ahmad Al Hiss dalam satu kenyataan.

Katanya, umat Islam yang menjadi golongan minoriti terus menjadi mangsa dibuli, dibunuh dan diperlakukan di luar nilai kemanusiaan oleh golongan ekstremis.

Pastinya, ujar beliau umat Islam dunia tidak rela mendengar pembantaian dan pembunuhan umat Islam berlaku di mana-mana negara termasuk di Afrika Tengah.

Justeru, ujarnya LAPPM mendesak kerajaan Malaysia menyatakan bantahan dan kecaman secara terbuka terhadap tindakan kejam pihak militia dan meminta supaya semua pihak meletak senjata dengan melakukan rundingan bagi mencari jalan penyelesaian.

Tambahnya, Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) juga perlu memainkan peranan penting bagi memastikan keselamatan orang awam khususnya umat Islam di Afrika Tengah terus terbela.

“Krisis kemanusiaan yang berakhir dengan tragedi berdarah bukanlah jalan penyesaian sebaliknya rundingan bagi memastikan keamanan dan keselamatan rakyat perlu menjadi keutamaan,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya keadaan semakin tegang, LAPPM mendesak supaya kerajaan Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan negara Afrika Tengah dan memanggil pulang duta Malaysia di sana.  


Seperti UMNO, PKR juga wujud 'rent seekers' yang ganas
Posted on Saturday, March 01 @ 17:22:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Artikel Tan Sri Khalid Ibrahim memeterikan MOU dengan kerajaan pusat tanpa memberitahu pimpinan PKR untuk mengelakkan ‘rent seekers’ dari mempengaruhi perjanjian dan urusan untuk menyelesaikan isu air terawat diantara kerajaan Persekutuan dan Negeri. Kata Khalid beberapa orang pimpinan PR telah menemukan beliau dengan beberapa orang untuk menentukan nilai dan harga aset air di Selangor.
Khalid berkata beliau merupakan ‘investment banker’ yang berpengalaman dan beliau tidak mahu ‘principal’ yang penting tidak di ikuti iaitu untuk menilai aset dahulu baru ditetapkan harganya. Tetapi di sebaliknya mereka (pimpinan PKR) mahukan ditentukan harganya dengan tinggi dahulu baru di buat penilaian mengikut harga yang telah ditetapkan itu.


Menentukan harga dan tentukan nilainya mengikut harga yang dipersetujui itu, merupakan perkara yang sangat selalu kita dengar dan itu merupakan perkara yang selalu dilakukan oleh projek-projek besar dalam kerajaan UMNO. Itu yang menyumbang kepada korupsi yang begitu menular dalam BN. Itu pun yang rakyat marah dan memilih untuk memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat khususnya kepada PKR dalam pilihanraya dahulu di Selangor.
Tetapi apabila PKR mentadbir, perkara yang sama nampaknya berlaku juga dan itu yang membuatkan Khalid tidak berpuas hati dan melaksanakan apa yang telah terurus dengan kerajaan Persekutuan dengan cepat tanpa memberi tahu parti terlebih dahulu. Zaid Ibrahim, bakal calon bebas, dalam PRK Kajang telah menyebut isu Anwar mahu menjadi MB Selangor untuk mempengaruhi ‘deal air’ yang merupakan satu ‘exercise’ yang begitu besar itu.
Dalam isu ini saya lebih cenderung untuk merasa yakin terhadap kenyataan beliau (Zaid) yang Anwar juga tidak terlepas dari budaya dalam UMNO itu. Maka tidak salah jika saya katakan beberapa kali dalam blog ini yang Anwar merupakan seorang yang mempunyai DNA yang menebal dalam dirinya. Dalam sejarah Anwar, beliau tidak pernah tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh UMNO semasa beliau berada di dalamnya, malahan beliau merupakan ‘proponent’ terbesar dalam pembentukan budaya ‘rent seeking’ ini.
Tetapi malangnya beliau dipecat dan baru lah beliau bercakap dengan nada yang nyaring yang UMNO di saratkan dengan budaya ‘rent seeking’ yang susah untuk dikawal. Tetapi kecenderungan budaya yang sama berlaku dalam PKR, juga nampaknya sangat besar dan ia diakui oleh Menteri Besar dari parti itu sendiri. Saya yakin dengan kata-kata TS Khalid ini kerana beliau merupakan ‘boss’ saya agak banyak tahun  juga, semasa saya berkhidmat dengan sebuah agensi pelaburan kerajaan yang besar dalam mana TS Khalid adalah ketuanya. Budaya kerja dan sikapnya mengenai tindakan yang ‘professional’ tidak pernah diabaikan beliau.
Dalam perjanjian yang ditanda tangani tiga hari yang lepas, Kerajaan Selangor akan mengambil alih semua aset air di Selangor yang dipegang oleh Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Syarikat pengeluar air Selangor (Splash) dan Konsortium ABASS (ABASS) dengan harga RM 9.6 billion.
Bagi kepentingan pihak kerajaan Persekutuan pula, Kerajaan negeri Selangor akan mengeluarkan ‘development order’ dalam tempoh 30 hari untuk pembinaan ‘Langat 2 water treatment plant (Langat 2) (package 2A) serta distribution system (LRAL2)’. Dengan termetrinya MOU ini maka selesailah perbezaan diantara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri yang sudah berlarutan selama enam tahun sehingga hari ini.
PKR akan memanggil Khalid Ibrahim untuk memberikan penerangan terperinci tentang perjanjian yang tidak di maklumkan oleh Khalid kepada PKR itu. Keadaan ini sudah pasti menjejaskan imej PKR yang tidak henti-henti melaungkan isu transperansi dan isu-isu keterbukaan tetapi kenyataan Khalid itu menampakkan dengan jelas yang PKR juga mempunyai dan mengalami budaya yang sama seperti yang ada di dalam UMNO itu.
Kedudukan PKR sebagai parti reformis tercalar kerana jika ada budaya-budaya yag sama di dalam PKR seperti yag ada dalam UMNO itu. Maka imej sebagai parti reformis itu tidak membawa apa-apa keuntungan kepada rakyat yang selama ini mengharapkan PKR untuk membetulkan keadaan buruk itu.
Imej reformis itu adalah kosong semata-mata. Samada DAP dan PKR boleh memulihkan kembali imej terbalik PKR itu, terpulang kepada keadaan. Pandangan sepintas lalu imej ini akan menusuk kedalam pemikiran dan jiwa rakyat yang sentiasa dikelirukan oleh pemimpin-pemimpin politik yang tidak bertanggungjawab itu.
Laungan PKR selama ini sudah menunjukkan bukti yang ia hanyalah indah khabar dari rupa. Tiada sisik perjuangan seperti yang dilaungkan mereka.
Kita memerhatikan keadaan dengan dekat, lebih-lebih lagi sejak tindakan Anwar memaksa PRK Kajang itu dilakukan dengan tergesa-gesa itu. Mungkin benar kata-kata setengah pihak, Anwar dalam perjalanannya ke Putrajaya tidak henti-henti menyusahkan rakyat yang sedang hidup dalam keadaan tenang sekarang ini.
Tetapi pengikutnya yang fanatik tetap percaya yang beliau merupakan satu-satunya pemimpin yang layak menjadi Perdana Menteri…tidak dua , tidak tiga dan tidak ada yang lain pilihan Tuhan untuk memimpin kita. Kata mereka Anwar diturunkan kedunia ini untuk menyelesaikan semua masalah. Mungkin masalah dalaman yang sedang dihadapi oleh PKR ini, akan membawa penyelesaian kepada semua masalah yang lain pula.
Tuhan tidak menurunkan Anwar untuk menyelesaikan masalah beliau sendiri. Malah beliau, biar rakyat yang menyelesaikannya. Itu pun dengan izinNya jua. Masanya akan sampai. Itu pun dengan kehendak dan izinNya juga.

Tetapi hukum akal berkata Pakatan Rakyat akan berpecah, buka kerana DAP atau PAS tetapi oleh kerana parti tunjangnya, iaitu PKR. Telahan saya mungkin salah, tetapi itu adalah telahan yang telah difikirkan dengan panjang dan teliti. Dalil-dalil perpecahan itu semakin hari semakin terang dan jelas.

ASPAN ALIAS
http://aspanaliasnet.blogspot.com/
 
Khalid akui musuh politik daripada kalangan PKR, tetapi ia ‘perkara biasa’
Posted on Saturday, March 01 @ 17:09:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim semasa di Majlis Seni Bela Diri, Senjata dan Warisan Negeri Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 1 Mac, 2014.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim semasa di Majlis Seni Bela Diri, Senjata dan Warisan Negeri Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 1 Mac, 2014.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bersetuju dengan penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berkata musuh sebenar calon PKR di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah daripada kalangan dalam PKR dan Pakatan Rakyat (PR) yang bercakaran sesama sendiri.

Khalid mengakui beliau juga turut mempunyai ramai musuh politik dalam PKR, tetapi menyifatkannya sebagai perkara biasa dalam arena politik, sama seperti parti politik lain di negara ini.
"Saya juga ramai musuh, tetapi kita patut terima hakikat politik bahawa ia bersifat dinamik, kalau kita melihat DAP, mereka juga mempunyai pergelutan dalaman.
"PAS juga sama, termasuk Umno dan komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA, mereka masih lagi berusaha dalam proses pemulihan, dan MIC kadang-kala berpecah kemudian bersatu, jadi semuanya sama," katanya kepada media selepas program seni silat di Shah Alam, Selangor hari ini.
Khalid, yang mengumumkan akan bertanding untuk jawatan timbalan presiden PKR menjelang pemilihan parti yang akan datang, berkata beliau tidak pernah mendengar mana-mana parti politik di dunia yang tidak mempunyai pergelutan dalaman dan yang stabil sepanjang masa.
Semalam, Lim, merujuk kepada perbalahan di kalangan pemimpin PKR, mengingatkan parti komponen PR untuk bersama-sama memastikan Anwar bukan sahaja memperoleh kemenangan, tetapi juga kemenangan besar.
"Musuh sebenar di Kajang bukanlah daripada MCA atau Umno, tetapi daripada dalam PKR dan Pakatan.
"Kemenangan 'simple majority' di Kajang adalah kekalahan. Kita perlu menyasarkan kemenangan besar untuk menyampaikan mesej Putrajaya menanti perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)," kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu.
Khalid berkata, Malaysia masih lagi bertuah di sebalik percakaran dalaman parti, berbanding beberapa negara lain.
"Kita bertuah dan perlu menerima hal ini, kerana politik kita yang lebih matang, kita tidak menjadi seperti Thailand, Eropah Timur atau Mesir.
"Oleh itu, kita perlu menggunakan kebijaksanaan dengan mengingati bahawa dalam kita bersaing, kita tetap mengutamakan kepentingan rakyat dan pembangunan negara," katanya.


DIYANA IBRAHIM
MALAYSIANINSIDER
– 1 Mac, 2014.
 

Tiada ulasan: