Sabtu, 1 Mac 2014

BAIKOT BODOHLAH KITA....ADA YANG MEMILIHNYA HANYA ORANG FAHAM AGAMA SAJA...YANG NAK ISLAM SAJA SERTA UNDI PROTES...YANG TAK FAHAM BERALIH ARAH....JANGAN RASA BERSENDIRIAN TU KUAT....JANGAN GILA KUASA...BERUNTUNG TAK JADI PEMIMPIN KERANA JAUH DARI FITNAH SERTA TERSONGLAP...TAK ADIL DAN PILIH KASIH....SERTA SALAH KERANA TAK SYARIAT SECARA MENYELURUH

Saturday, 1 March 2014


BAS KILANG NAK ELAK DARI BAYAR TOL TERPERANGKAP DI LALUAN MOTOSIKAL.


Untuk elak membayar tol, seorang pemandu bas kilang telah cuba menggunakan laluan khas untuk motosikal untuk lepasi rumah tol berkenaan ..

Kerja bodohnya mendatangkan kecelakaan apabila bas tersebut tersepit dan tidak boleh lalu menyebabkan motosikal yang melalui lane berkenaan di lencongkan.

Kejadian berlaku di Tol The Mines Serdang, petang tadi.

Ini macam punya dreber pun ada.. nak elak bayar RM1.30 sen tetapi terpaksa tanggung kerosakkan ratusan ringgit dan kena denda lagi.

Video Lelaki Mencuri Benang Kaabah Semasa Umrah (berserta video)
Posted on Saturday, March 01 @ 17:32:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol




Kesucian Kaabah
sejak akhir-akhir ini telah di cemari dengan segelintir umat Islam yang mengambil kesempatan mencuri cebisan kain Kaabah yang di carik kecil utuk di bawa pulang sebagi kenangan atau tangkal.

Dalam video yang berjaya di rakam secara sulit ini kelihatan lelaki mengoyak  benang Kaabah, di fahamkan kejadian seumpama ini berlaku semasa musim mengerjakan umrah.


LIHAT VIDEO :



Kebiasaanya orang akan membawa pulang air zam-zam sebagai kenaqngan pulang dari umrah, tetapi mencuri dan menjadikan cebisan kain dan benang kaabah dianggap luar biasa dan mencemari kesucian Kaabah itu sendiri.

Seorang ulama ternama, Nabil al-Awadi, mengatakan amalan tersebut dilarang dan mendesak para jemaah untuk berhenti mengambil benang daripada kain penutup Kaabah.

"Mengoyakkan benang dari Kaabah adalah haram (dilarang) dan berbahaya bagi penutup Kaabah, walaupun para jemaah melakukannya dengan niat baik, tapi mereka membuat kesalahan besar," kata Al-Awadi.

"Sebenarnya, kain penutup itu mendapat berkat dari tembok Kaabah, tapi benang di kain itu tidak mengandungi berkat apapun," katanya lagi.

Kononnya kiswah atau cebisan kain Kaabah dan benang Kaabah ini mampu dijadikan azimat sebagai pelaris perniagaan atau pelindung. Kisawah atau cebisan kain Kaabah serta benanag Kaabah yang di curi ini biasanya berukuran panjang 6cm dan lebar 4cm. Biasanya saiz sebigini boleh di jual dengan harga RM 380.00 setiap satu.

FENOMENA TANGKAL :

Satu fenomena yang amat membimbangkan di kalangan umat Islam hari ini adalah kerapuhan aqidah yang meruncing. Ini antaranya dapat dilihat melalui suburnya amalan-amalan khurafat, tahayyul, bid’ah dan syirik.

Di antara contoh mudah yang dapat kita perhatikan adalah suburnya amalan tangkal dan pelaris. Kunjungi dan singgahlah di mana-mana kedai makan orang Melayu atau Mamak, sebahagian besar dari mereka pasti ada menggantung sesuatu di bahagian dinding berdekatan kaunter bayaran.

Biasanya berukuran panjang 6cm dan lebar 4cm

CEBISAN Kisawah atau kelambu Kaabah yang di jadikan azimat

Kalau kita perhatikan baik-baik biasanya pada bahagian dinding tersebut mereka gantung dengan sesuatu mungkin sama ada berupa bingkai (frame) berisi kertas kuning atau kilat berwarna perak, gantungan kain hitam atau kuning yang diikat, gambar “wali keramat”, ayat bismillah 7, lambang khatamun nubuwwah, al-Qur’an kecil, cebisan kain kelambu ka’abah, dan benang Kaabah, tulisan-tulisan jawi berbentuk formasi aneh, “ayat 1000 dinar”, atau rajah-rajah dan simbol-simbol pelik yang hanya boleh difahami oleh pembuat tangkal.

Kalau di rumah-rumah pula, masih ramai yang menyimpan dan menggantungkan tulisan ayat al-Kursi di Masih ramai masyarakat Islam di negara kita hari ini meyakini tangkal-tangkal dan azimat-azimat tersebut mampu menarik kebaikan dan menolak mudharat.

TANGKAL TIADA MANFAATNYA :

Apabila budaya khurafat dan kepercayaan tahayyul seperti ini berleluasa, selagi itulah umat Islam akan terus dilanda kehinaan, kebodohan, kelemahan, dan kerugian. Kerana kebergantungan mereka kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala telah bertukar kepada tangkal dan azimat yang tidak mampu berbuat apa-apa tersebut. Disebabkan kejahilan, wang dibelanjakan untuk membeli syirik.

Kata Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Sesiapa yang menggantungkan sesuatu (berupa tangkal), maka segala urusannya akan diserahkan kepadanya (kepada tangkal).” (Hadis Riwayat Ahmad, 31/78, no. 18781. Dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arnauth)

Sesiapa yang menggantungkan tangkal, jiwa dan hidupnya akan mudah terganggu dan tidak tenteram. Malah ia telah melakukan pula kesyirikan. Ini sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Sesiapa yang menggantung tamimah maka semoga Allah tidak menyempurnakan apa yang dimilikinya, dan sesiapa yang menggantungkan wada’ah, semoga Allah tidak membiarkannya dalam ketenangan.” (Majma’ az-Zawa’id, 5/175. Kata al-Haitsami, “Hadis Riwayat Ahmad, Abu Ya’la, dan ath-Thabrani, para perawinya tsiqah.”. Dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arnauth)

MEMBUANG TANGKAL :

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah mengatakan:

“Jangan kamu tinggalkan satu kalung pun pada leher unta melainkan ianya harus dipotong.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 10/190, no. 2783)

Para ulama menjelaskan berkaitan hadis ini bahawa apa jua bentuk tali yang diikatkan pada leher unta (atau haiwan) yang padanya mengandungi kepercayaan atau i’tiqad tertentu (sebagai tangkal) maka ia wajib ditanggalkan (dihapuskan). Demikian juga pada selain itu.Wallahhu a’lam.-ALAMCYBER2020-

Rujukan Link


Khalid: 'Tanding atas permintaan rakan-rakan'
Posted on Saturday, March 01 @ 17:13:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata hasrat bertanding jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan parti Mei ini, dibuat berdasarkan permintaan
rakan-rakan seperjuangan dalam parti.

Malah, beliau berkata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sebelum ini diuar-uarkan akan mengambil alih jawatan menteri besar Selangor, juga memberikan rangsangan kepadanya untuk menjadi pentadbir yang baik dan penggerak parti.
  
"Pada awal, saya merasakan (bertanding jawatan timbalan presiden PKR) adalah terlalu berat tanggungannya, tapi ramai merasakan perlu ada seorang menteri besar yang bukan sahaja mentadbir negeri tetapi berkhidmat kepada parti," katanya kepada pemberita selepas  merasmikan temasya Seni Silat, Senjata dan Warisan Melayu Selangor di  Shah Alam hari ini.
  
Abdul Khalid turut menafikan keputusannya untuk bertanding disebabkan tekanan diberikan penyandang jawatan itu  Mohamed Azmin Ali terhadap pentadbirannya sebelum ini.
  
Katanya keputusan itu diambil atas permintaan rakan-rakan dalam parti yang mahu beliau terus memberikan khidmat bakti kepada PKR yang sebelum ini telah menjayakan pelantikannya sebagai menteri besar.
  
Abdul Khalid yang mengumumkan akan bertanding jawatan itu malam tadi berkata persiapan untuk merebut jawatan itu hanya dibuat selepas berakhirnya pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang 23 Mac ini.
  
Dalam perkembangan lain, katanya beliau yakin  rakyat Selangor akan mendapat saham industri air dengan pelan penstrukturan semula industri air di negeri itu yang dimuktamadkan menerusi Memorandum Persefahaman (MOU) ditandatangani antara kerajaan negeri dan pusat Rabu lepas.
  
Melalui MOU itu, kerajaan negeri Selangor mengeluarkan kebenaran untuk merancang pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan  Sistem Agihannya (LRAL2) berkuat kuasa Rabu lepas dan memastikan semua  kelulusan dan kebenaran berkaitan pembangunan projek LRAL2 diluluskan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh MoU ditandatangani.
  
Abdul Khalid berkata tender telah dikeluarkan bagi projek LRAL2 dan kerajaan negeri dimaklumkan akan terlibat sama dalam proses membuat keputusan mengenai pelaksanaan projek itu.
  
- Bernama
  


 Gadis Ini Dikatakan Telah Hilang Selama 4 Hari, Kereta Dinaiki MYVI SILVER BGA 8
Posted on Saturday, March 01 @ 12:54:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



"



Ini PESANAN yang gua dapat dari SAHABAT "Saya mohon Jasa baik Tuan Dan Puan untuk mencari Kereta MYVI SILVER BGA 849 kerana anak perempuan saya hilang 4 hari. Tolong minta kerjasama semua Anggota Penguatkuasa dimana saja mereka berada.

Jika jumpa maklum Pada saya (017-9033539 Tn.Azhar) Dan lapor pada PIHAK POLIS segera. Mohon Share & Sebarkan demi kebaikan masyarakat kita". sumber klik sini"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Saturday, March 01 @ 12:54:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Lebih Baik Khalid Ibrahim Timbalan Presiden PKR
Posted on Saturday, March 01 @ 12:53:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) semalam mengumumkan akan mencabar Azmin Ali bagi jawatan Timbalan Presiden PKR. Sekali gus menamatkan teka teki selama ini.

Ramai berpendapat TSKI tidak layak kerana dia bukan orang politik tetapi orang ekonomi. Itu juga yang yang digemburkan selama ini dalam "Kajang Move".


Untuk mendapat natijah yang baik kita tak perlu sangat orang yang terlalu berpolitik. Dalam PAS contoh yang ketera ialah Dato' Mustaffa Ali dia memang bijak berpolitik malah dia boleh 'mengheh' Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Pakatan Rakyat, pasal itu dia masih kekal sebagai Setiausaha Agung PAS.

Mustafa Ali banyak masalah dalam PAS tapi kerana Presiden sayang dia dia akan kekal dengan masalahnya. Sama juga dengan Azmin Ali dia akan kekal dengan masalahnya kerana Anwar sayang dia. Masalah yang wujud di Selangor pun kerana Anwar sayang Azminlah!!
Lihat Cg Pas masih jadi Pengerusi Harakah semenjak Harakah ada jawatan itu lebih drp 25 tahun!!!!!
Fenomena sama akan berlaku dalam PKR jika Azmin dah jadi 'tunggul yang tak boleh diubah'.

Saya baca tulisan W. Fauzdin NS pasal pemilihan ini, saya berbeza dengan beliau pasal saya rasa sebenarnya TSKI adalah orang politik yang bijak dan jujur... sifat ini tidak ada pada Azmin.

Demi kebaikan PKR, sebelum PKR terkubur (maaf mungkin kasar tetapi itu hakikatnya) PKR perlu ada kepimpinan yang telus dan jujur dalam politik. Ini juga menjamin kerjasama baik dalam Pakatan Rakyat terutama dengan PAS. Sejarah menunjukkan PAS boleh malah terlalu bertolak ansur dalam mana-mana kerjasama tetapi PAS juga menjukkan sikap tegas dalam hal-hal yang merosakkan kerjasama.

Tulisan W. Fauzdin NS di rujuk untuk artikel ini.

TIMB PRESIDEN PKR - AZMIN VS KHALID, AKU HARAP ADA TOKOH KE TIGA
TEKA-TEKI kini hampir terjawab iaitu Azmin tetap akan dicabar di dalam pemilihan PKR nanti.  TS Khalid telah menyatakan kesediaannya untuk menentang Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR.  Ramai yang bertanya aku siapakah yang aku akan sokong di antara kedua mereka.

Jawapan aku, tidak cukup hanya menamakan TS Khalid untuk mencabar Azmin.  Aku suka TS Khalid sebagai MB Selangor di dalam bab pengurusan dan pentadbiran seperti korporat tetapi menolaknya sebagai orang politik.  Ertikata lain, TS Khalid hanya aku yakini sebagai pengurus ekonomi.  Menjadi MB tidak cukup hanya sekadar pakar ekonomi tetapi mesti cekap berpolitik iaitu membaca langkah politik pihak lawan samada di dalam mahu pun di luar. 

Justeru itu, aku masih mengharapkan orang ketiga iaitu orang politik yang bijak untuk merampas kedudukan Azmin.  Memang Azmin orang politik, tetapi Azmin terlebih 'politing' maka itu pun tidak baik untuk parti.  Memilih Timbalan Presiden mesti lah orang politik yang tidak terlebih berpolitiking.  Azmin belum ada di dalam senarai yang aku akan pilih, tetapi jika tiada lain calon orang politik yang tampil untuk menentangnya, maka Azmin lah satu-satunya orang politik yang ada di jawatan itu.

Baik atau buruknya Azmin, itulah tokoh politik yang PKR ada di kedudukan nombor dua.  Khalid tidak sesuai ke jawatan itu walaupun berbekalkan ketelusan dan ilmu korporatnya.  Mentadbir parti tidak boleh seperti mentadbir syarikat. 

Sehingga kini aku harapkan ada 'kuasa ajaib' yang akan menurunkan seorang tokoh politik yang setia kepada parti dan bijak menguruskan parti serta tahu membaca tipu muslihat Umno, tidak seperti TS Khalid.  Jika tiada, berat juga rasa hati aku untuk menyokong Azmin tetapi terpaksa juga aku pilih dia. 


TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com
 


 Apa Yang Tak Kena Dengan Penjanjian Air Selangor??
Posted on Saturday, March 01 @ 07:13:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Timbalan Perdana Menteri kata perjanjian air yang dimeterai dalam Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Putrajaya dengan Selangor tidak boleh terbatal. Pakar perundangan Syahredzan Johan menolak kata boleh batal.

Timbalan Perdana Menteri guru kena tukar dia tak tahu. Rasanya pasal penjanjian air ini lagi dia tak tahu. Yang penting ada yang minta dicepatkan sebelum PRK Kajang.

Saya percaya Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) seorang yang bijak politik walaupun ramai rakan-rakan PKR sendiri kata Tan Sri Khalid tak tahu politik dia hanya orang ekonomi pasal itu jawatan Menteri Besar Selangor harus diberi kepada orang lain.

Saya juga percaya dan yakin bahawa TSKI mengambil kesempatan dalam hal ini untuk selesaikan masalah air di Selangor. Rekod pentadbiran di Slangor menunjukkan TSKI mengutamakan kepentingan rakyat lebih daripada yang lain.

Krisis kepimpinan di Selangor juga berpunca daripada sikap ini, iaitu sikap menjaga kepentingan kewangan Selangor. Beberapa orang yang dpecatjuga diihat adalah untuk kepentingan rakyat bukan kepentingan diri TSKI.

Saya percaya TSKI lebih mengetahui pasal perjanjian itu daripada orang yang membuat ulasan kerana TSKI tak sebodoh itu membuat sesautu keputusan. Jelas dan nyata TSKI adalah seorang yang cukup smart dalam politik menyangkal pendapat kata TSKI tak bijak.

Petikan daripada TMI berkeadaan tajuk di atas.Persetujuan persefahaman (MoU) Putrajaya-Selangor bagi pengambilalihan aset air negeri dan pembinaan loji rawatan air nampaknya ada yang tidak kena.

Dan apabila kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak kena, mesti ada sesuatu tidak kena.
Pertama, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengatakan MoU yang ditandatangani Rabu lepas sebagai perjanjian yang mengikat, walaupun Ahli Jawatankuasa PAS, Dr Dzukefly Ahmad mengatakan ia tidak begitu, bukan seperti memorandum perjanjian (MOA).

Sementara itu, terowong pemindahan air Pahang-Selangor pula dibina menggunakan pinjaman faedah rendah RM2 bilion dengan pelan pembayaran 40 tahun. – 28 Februari, 2014.














Para peguam juga turut serta dalam isu ini, mengatakan MoU bukanlah sebuah perjanjian yang mengikat, kerana ia bertujuan menampakkan keinginan pihak yang ingin berusaha menuju ke matlamat yang sama.
"Kebiasaannya (MoU) ditandatangani apabila dua pihak hendak bekerjasama tetapi tidak mahu perjanjian yang mengikat antara satu sama lain," peguam Syahredzan Johan memberitahu The Malaysian Insider.
"Bagaimanapun saya katakan ini sebagai seorang yang masih belum melihat kandungan MoU yang ditandatangani kerajaan negeri Selangor dan Putrajaya."
"Apa yang penting sekarang adalah kandungan dokumen tersebut, bukannya labelnya. Kita boleh sahaja memiliki dokumen perjanjian yang terikat, dan masih memanggil dokumen itu MoU," kata Syahredzan.
Peguam itu meneliti kandungan utama MoU tersebut dan mengatakan, "Saya rasa MoU yang ditandatangani Selangor dan Putrajaya ini lebih berkait kepada pengambilalihan konsesi air dan kelulusan pembinaan loji rawatan air Langat 2."
Untuk memastikan dua komponen tersebut berjaya, Syahredzan berkata perlu ada perjanjian undang-undang untuk mengambil alih konsesi air tersebut dan untuk membina loji rawatan air RM1.2 bilion di Langat, Selangor.
Adakah MoU itu akan luput jika salah satu komponen tersebut tidak berjaya? Dan adakah MoU ini punyai jangka masa untuk siap bagi setiap komponen? Hanya satu perkara yang jelas kepada rakyat, bahawa kerajaan Selangor perlu meluluskan Langat 2 sebaik tender pembinaan dikeluarkan.
Akhirnya adakah ini hanya tentang siapa yang akan bermanfaat daripada kontrak pembinaan tersebut?
Sementara ahli perniagaan boleh bergembira dengan pampasan RM9.65 bilion yang mereka perolehi daripada empat pemegang konsesi, yang lain pula dapat bergembira kerana terdapat satu lagi projek infrastruktur yang dapat memberi manfaat selepas lima tahun tawar-menawar.
Laporan media tahun lepas mengatakan ketiga syarikat ini – Salcon Bhd, MMC Corp Bhd dan Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) – terpilih dalam senarai untuk membina loji rawatan air Langat 2 yang bernilai RM1.2 bilion itu.
Terowong pemindahan air Pahang-Selangor sudahpun dibina menggunakan pinjaman faedah rendah RM2 bilion daripada Japanese International Cooperation Agency (JICA) yang mempunyai pelan pembayaran 40 tahun bagi terowong yang melalui pergunungan Titiwangsa sepanjang 45km itu.
Selain itu, seluruh projek itu juga melibatkan pembinaan empangan dan rumah pam di Pahang, dan loji rawatan air di Selangor dengan jumlah keseluruhan RM7 bilion.
Sementara mereka yang tinggal di Selangor dan Kuala Lumpur akan bermanfaat daripada projek ini apabila ia siap pada tahun 2007, para pengkritik berkata loji rawatan air Langat 2 hanya boleh membekalkan kapasiti air sehingga 2025 dan kemudian kerajaan akan memerlukan lebih banyak loji dan empangan di kawasan yang paling padat dalam negara ini.
Ini juga bermakna lebih banyak lagi projek pada masa akan datang, dan lebih kos.
Melainkan Putrajaya dan Selangor juga bersetuju dan bertegas konsesi air patut ambil langkah memotong kobocoran yang mengakibatkan lebih banyak bahagian air tidak terhasil (NRW).
Memanglah ada keperluan untuk air terawat untuk memenuhi permintaan populasi yang semakin meningkat, tetapi dalam tergesa-gesa memenuhi permintaan itu, kerajaan juga patut mencari jalan memulihara air kerana lebih banyak projek hanya bermakna pembayar cukai perlu menanggung bebannya manakala syarikat pula dapat menikmati keuntungannya.
Muhyiddin juga berkata hari ini, "MoU antara kerajaan negeri dan persekutuan adalah bagi manfaat rakyat untuk mengatasi krisis air di Lembah Klang dengan pembinaan loji rawatan air Langat 2."
Ini akan mengambil masa lagi 3 tahun.
Dan kita tidak dapat lihat di mana-mana dalam MoU itu tentang bagaimana untuk menghentikan kebocoran dan NRW.
Jika ahli politik PKR dan Barisan Nasional (BN) fikir mereka sedang membantu Selangor dengan perjanjian ini, fikirkan semula.
Yang untung dalam hal ini hanyalah para kontraktor. – Malaysian Insider


Spicies Umno And The Gang Dengar Apa Kata Ketua Wira Perkasam Ni !
Posted on Saturday, March 01 @ 12:51:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



"




Jangan pulak lu orang Spicies Umno And The Gang kata gua membuat FITNAH dengan MENGADA-ADAKAN kata-kata dari Ketua Wira Perkasam diatas, itu adalah kata-kata dari Mulut beliau yang bertanyakan Siapa yang MEMERINTAH Negara Sekarang ?, Dan Siapa Yang MENGKHIANATI Siapa Sehingga TERHAKIS Tujuh Wasiat RAJA-RAJA MELAYU... kah kah kah !.






Apa macam Spices Umno And The Gang, lu orang nampak tak apa yang dikatakan oleh Ketua Wira Perkasam tersebut. Itu bukan gua yang GATAL_GATAL TANGAN menulis, atas sebab itu dari DULU KINI dan SELAMANYA gua katakan kalau Spicies Umno Tidak Berpuas Hati dengan keadaan Suasana Politik Malaysia pada hari ini tu lu orang pergi KENCINGKAN KUBUR-KUBUR Pemimpin Umno Terdahulu... kah kah kah !.
Kerana selama 56 Tahun Negara Malaysia MERDEKA belum ada Parti lain yang Memerintah selain dari Umno And The Gang, belum terjadi yang lagi Negara Malaysia di Perintah oleh Parti yang dikatakan Parti Ajaran Sesat (PAS) juga tidak pernah di Perintah oleh Parti Perkaum Cina DAP. Akhir nya jauh sekali untuk Parti Kencing Rakyat (PKR) menjadi Kerajaan selain dari United Munafikun National Organisations (UMNO)... kah kah kah !.
Jadi kalau TERHAKIS nya apa yang dikatakan oleh SAHABAT UMNO dari Perkasam iaitu TUJUH WASIAT dari RAJA-RAJA MELAYU jangan salahkan orang lain beb. Jangan Sendiri Makan Pengat Tapi Sendiri Tak Mahu Ingat... kerana apa ianya terjadi AKIBAT lain tak bukan adalah Orang Melayu telah DIPERBODOHKAN oleh Pemimpin Melayu dari Umno sejak dari DULU KINI dan SELAMANYA... kah kah kah !.
Cuma Sayang lu orang masih menjadi sebahagian dari Umno And The Gang walaupun segala BUKTI, FAKTA dan PETUNJUK ada di depan MATA KEPALA lu orang. Tetapi lu orang masih boleh TERTIPU dengan SENTIMEN HIIDUP MELAYU, KETUANAN BANGSA, KETUANAN MELAYU yang akhirnya semua membawa kepada MAMPOS MELAYU DITIPU oleh Pemimpin Umno berketurunan Melayu... kah kah kah !.  Sumber klik sini
hemmmmm..... buat ketua wira perkasam kali ini lu nampak cerdik sikit, tapi lu masih dikatakan bodoh kalau masih mahu duduk sebumbung dengan ibrahim ali al-kataki... kah kah kah... A B U.
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Saturday, March 01 @ 12:51:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
 


PAS lancar Jentera PRK Kajang, Tiada boikot kata Presiden PAS
Posted on Saturday, March 01 @ 08:00:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





Tuan Guru Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang sedang berucap dalam pelancaran jentera Pemuda Pakatan Rakyat sempena PrK Kajang.


Hasrat UMNO/BN mau melihat kesatuan dan kesepakatan dalam gagasan Pakatan Rakyat pecah hampa sekali apabila Dato' Seri Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang  turun ke Kajang melancarkan Jentera Pilihan Raya Pemuda Pakatan Rakyat.

Isu saman RM2juta yang di gembar gemburkan seolah-olah berlaku pergeseran besar antara PAS/KEADILAN tidak lebih dari hembusan nafas dalam cawan.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melancarkan Jentera Pilihan Raya Pemuda Pakatan Rakyat diTaman Mesra, Kajang .


Menurut Pengarah PRK PAS Kajang Dr Hatta Ramli barisan pemuda adalah pemangkin bagi menentukan sokongan pengundi muda dalam satu-satunya pilihan raya.



Kehadiran semasa pelancaran Jentera Pemuda Pakatan Rakyat Prk Kajang malam ini.


Ucapan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Sdr Suhaizan Kayat di Pelancaran Jentera Pemuda Pakatan Rakyat PrK Kajang.


Pelancaran Jentera Pemuda Pakatan Rakyat PrK Kajang. Takbir!

Sumber link
 


 Betul ke Ahmad Yakub punca perpecahan di kelantan??
Posted on Saturday, March 01 @ 07:39:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Jika kita memahami politik Kelantan, kita sedar bahawa perlantikan Ahmad Yakub adalah atas kehendak Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA sendiri. Semua orang tahu tetapi kenapa ada yang cuba mempertikaikannya?

TGNA tidak sebodoh yang kita jangkakan, beliau telah merancangan perlentakkan jawatannya sebelum PRU-13 lagi. Ini telah dijelas dan boleh dibaca dimana-mana tulisan dalam ini.

TGNA juga yang mencadangkan Husam Musa bertanding di Putrajaya tidak lain hanya nak Husam Musa ada tanggungjawab di Pusat melebihi daripada Negeri tapi malangnya Husam tak berjaya di Putrajaya ini mengganggu sedikit perangcangan TGNA.

Yang menjadi punca masalah di Kelantan ialah ada yan cuba mempertikaika kenapa Husam tidak ada didalam jawatan di Negeri. Yang ini sepetutnya kena tanya TGNA sendiri. Tak payah main-main kenyataan di media sosial.

Soal cara dan gaya pentadbiran Ahmad Yaakob yang sangat berbeza dengan TGNA, Itu saya percaya. Ada dulu yang boleh buat projek sekarang tak boleh di zaman Ahmad Yaakob. Sama juga dengan jawatan dalam parti dan petadbiran, dulu dapat sekarang tak. Yang ini mungkin akan menyerang di media sosial termasuk akhbar TMI yang saya akan tujukkan petikan nanti.

Soal pentadbiran lain Ahamd Yaakob sangat dipuji oleh pegawai kerajaan negeri kerana beliau turun padang. Saya tidak menyalahkan TGNA dalam perbandingan ini kerana TGNA uzur dan kimitmen parti lebih tetapi Ahmad Yaakob atas pilihan TGNA sangat tepat kerana beliau turun padang dan menyelesaiakan banyak kes termasuk hubungan dengan Pusat (yang ini juga senjata yang cuba diracun melalui tulisan MSO).

Sama juga dengan Khalid Ibrahim kenapa ketokohan pepimpinannya di pertikaikan sekarang. Dulu kita puji melangit, sekarang kita korek kesalahannya (bukan UMNO yang buat) termasuk hutang beliau.. Itu hutang sebelum dia jadi ahli PKR aktif oii. Kalau itu isu kenapa sebelum ini tak timbul?

Ahmad Yaakob adalah contoh yang sama seperti Khalid Ibrahim. Khalid cuba diburuk oleh oleh ahli parti sendiri PKR dan Ahmad Yaakob pula cuba diburuk oleh sebahagian kepimpinan dan ahli PAS.

PR akan rosak bukan kerana UMNO tapi kerana sifat buruk kita bukan membaiki kelemahan tapi cuba menjatuhkan antara kita kerana tak boleh projek dan jawatan.

Baca petikan berita TMI berkaitan isu di atas.

Ahmad Yakub sebabkan PAS Kelantan berpecah, kerajaan negeri bakal tumbang
Yakub dikatakan tidak mempunyai kredibiliti setanding Nik Aziz. - Gambar The Malaysian Insider, 1 Mac, 2014. 

Yakub dikatakan tidak mempunyai kredibiliti setanding Nik Aziz. - Gambar The Malaysian Insider, 1 Mac, 2014.

Kerajaan PAS Kelantan dikatakan mempunyai masalah perpecahan, sembilan bulan selepas ikon parti itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan sebagai menteri besar selepas 23 tahun berkuasa.

Penggantinya, Datuk Ahmad Yakub mula menerima kritikan daripada rakan dan lawannya ekoran kegagalan menyatukan rakyat dan penyokong PAS. Sesetengah pemimpin negeri memberi amaran bahawa Kelantan mampu mengulangi apa yang berlaku kepada Kedah sebelum ini.

Dua fraksi utama dalam PAS Kelantan adalah mereka yang bersama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah dan golongan menyokong bekas exco kanan, Datuk Husam Musa yang dilihat mewakili golongan progresif dalam parti.

Ekoran itu, pelbagai pihak mahu PAS Pusat campur tangan menyelesaikan perkara itu bagi menyelamatkan pentadbiran negeri.
Veteran politik Kelantan menyifatkan kerajaan yang ada masih selamat kerana Umno negeri berpecah dengan lebih teruk, memberikan kelebihan kepada PAS negeri.
Bagaimanapun mereka berkata, jika dibiarkan terlalu lama, pergaduhan dalaman ini akan menyebabkan kekuatan akar umbi PAS di Kelantan hilang.
Sebelum ini memang sudah terdapat beberapa fraksi dalam pimpinan negeri, termasuk ketika Nik Aziz memimpin namun Mursyidul Am PAS itu mempunyai aura dan sifat rendah diri yang menyebabkan beliau mendapat sokongan daripada semua kumpulan.
Nik Aziz mempunyai aura tersendiri yang mampu menyatukan semua pemimpin dan ahli PAS. - Gambar The Malaysian Insider, 1 Mac, 2014.Nik Aziz mempunyai aura tersendiri yang mampu menyatukan semua pemimpin dan ahli PAS. - Gambar The Malaysian Insider, 1 Mac, 2014.Pengganti Nik Aziz, Ahmad bagaimanapun tidak mempunyai ciri-ciri ini dan menyebabkan kumpulan yang berpecah bergaduh secara terbuka.
Ia bermula selepas kerajaan PAS negeri ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Husam digugurkan daripada senarai exco. Menurut Mohamad Amar, nama Husam ditolak oleh Istana Kelantan.
Hujah itu tidak dapat diterima oleh penyokong Husam yang kebanyakannya terdiri daripada golongan profesional muda dalam penjawat awam, syarikat berkait negeri dan sektor awam.
Tidak lama selepas itu, penyokong Husam turut kehilangan jawatan, terbaru adalah bekas Timbalan Pendaftar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Che Ibrahim Mohamad.
Che Ibrahim dan Husam belajar bersama-sama di Universiti Malaya. Surat pemecatan Che Ibrahim ditandatangani Mohamad Amar yang juga adalah pengerusi Kias, kata seorang pemimpin PAS Kelantan kepada The Malaysian Insider.
Ekoran itu, Che Ibrahim bersama rakan-rakannya berhimpun dan membuat tunjuk perasaan di hadapan Kias.
Sebelum ini beberapa penyokong Husam lain turut dipecat, Asrul Afendi (Pegawai IT KGT Sdn Bhd yang juga bekas pegawai akhbar Husam), Khir Zahri Abdul Ghani (Pengurus Tabung Tok Kenali) dan Fauzi Mohamad (Pengurus Besar PMBK Sawit).
Sejak dilantik menjadi exco pada 2004, Husam mempunyai pengaruh besar dalam pembuatan polisi negeri dengan sebahagian daripadanya berjaya menangkap imiginasi rakyat Kelantan, kedua-dua di dalam negeri dan golongan yang berhijrah kerana pekerjaan.
Dikatakan pengundi luar Kelantan adalah yang terbesar dan akan pulang membuang undi setiap kali pilihan raya.
Kempen menuntut kerajaan pusat agar membayar royalti minyak adalah idea Husam. Ia berjaya mendapatkan sokongan majoriti rakyat Kelantan dan pelekat “R” berwarna merah boleh dilihat di seluruh negara.
Cadangan pembinaan lebuh raya Kota Bharu–Gua Musang yang dicadangkan Husam juga menyebabkannya mendapat sokongan lebih besar.
Projek yang sedang berjalan itu dibuat hasil sumbangan orang ramai mensasarkan pembinaan lebuh raya empat jalur yang menghubungkan Kelantan dan Kuala Lumpur.
Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri terhadap Husam menyebabkan penyokongnya berasa kepimpinan sedia ada perlu berundur.
Tindakan Husam mengkritik kerajaan negeri secara terbuka tidak disenangi beberapa pihak. - Gambar The Malaysian Insider, 1 Mac, 2014.Tindakan Husam mengkritik kerajaan negeri secara terbuka tidak disenangi beberapa pihak. - Gambar The Malaysian Insider, 1 Mac, 2014.Husam sudah mengkritik kerajaan negeri secara terbuka semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Oktober lalu.
Bekas speaker DUN Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah menggesa PAS Pusat campur tangan dalam krisis di Kelantan sebelum terlambat.
Wan Rahim mengatakan, apabila Husam mengkritik kerajaan negeri Oktober lalu, lawatan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mampu menenagkan semua pihak.
"Pentadbiran Kelantan ini dari dahulu sangat menghormati PAS Pusat berdasarkan hierarki parti. Jadi saya rasa PAS Pusat perlu berbuat sesuatu," katanya yang juga Yang Dipertua PAS Kota Baru.
Wan Rahim meminta PAS Pusat mengaktifkan kembali Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan pada 2012 untuk menyelesaikan krisis kerajaan negeri Kedah.
Salah seorang bekas ahli Jawatankuasa Pemandu itu, Datuk Kamarudin Jaffar berkata Kelantan perlukan perhatian PAS Pusat sebelum menjadi lebih parah.
Seorang lagi veteran PAS Kelantan Hashim Omar mengatakan pimpinan pusat tidak boleh beranggapan sokongan rakyat Kelantan merupakan anugerah tanpa mengira kualiti kerajaan negeri.
"Kalau mereka melihat dalam Pakatan pun berpecah, macamana mereka hendak sokong?” soal beliau. – 1 Mac, 2014.






Tiada ulasan: