Ahad, 10 November 2013

PANDAI2 TUPAI MELOMPAT JATUH KETANAH JUA....YANG TAK JATUH KETANAH KETIKA DIDUNIA....MAKA TUPAI TU JATUH DALAM NERAKA BILA DIAKHIRAT....ADA FAHAM

Isu rakyat diutama walau tiada respons kerajaan

Harakahdaily, 10 Nov 2013


Dr Khalid berbual dengan Dr Zulkifli selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah di Masjid An-Nikmah Bukit Piatu.

MELAKA: Sekalipun tidak mendapat respons yang memuaskan daripada pihak kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah rakyat, namun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Baru, Dr Md Khalid Kassim akan terus membangkitkan isu berkenaan pada persidangan Dun.

Masalah kemudahan infrastruktur yang dihadapi penduduk setempat seperti jalan terbengkalai, parit tersumbat, banjir kilat, sampah sarap dan seumpamanya masih tidak mendapat perhatian daripada pihak terbabit walaupun aduan sudah dibuat.

Justeru, beliau mengharapkan jabatan berkenaan mahupun pihak berkuasa tempatan dapat mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah dialami penduduk sejak sekian lama.

“Kadang kala kita mengadakan gotong royong membersihkan kawasan kerana tidak mendapat kerjasama daripada pihak-pihak terbabit,” ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah di Masjid An-Nikmah, Bukit Piatu dekat sini, malam tadi.

Pada majlis itu, pendakwah terkenal, Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menyampaikan kuliah bertajuk Rosaknya Aqidah di samping pelancaran mengumpul dana untuk membaiki bumbung dan membina menara masjid.

Katanya, permasalahan berterusan penduduk itu bukan hanya disalurkan kepada pihak-pihak berkenaan sahaja tetapi turut dibawa pada persidangan Dun.

Menurut Adun pertama PAS di Melaka itu, jawapan yang diterima daripada kerajaan negeri berhubung isu berkenaan agak mendukacitakan.

Beliau berkata, kerajaan negeri bersikap acuh tak acuh untuk menyelesaikan kesulitan yang dihadapi oleh penduduk di Dun Bukit Baru itu.

Begitupun, Dr Md Khalid bersikap terbuka dalam menghadapi karenah kerajaan negeri mengenai isu penduduk yang disampaikan secara langsung itu di samping menyalurkannya pula kepada jabatan dan agensi kerajaan terbabit untuk diselesaikan.

Sehubungan itu, pihaknya mengatur program lawatan rasmi bertemu dengan jabatan-jabatan kerajaan dan NGO.

Katanya, pihak Pusat Khidmat Masyarakat Adun Bukit Baru juga akan mengaturkan beberapa program khusus seperti lawatan rasmi ke jabatan-jabatan kerajaan, pertemuan dengan NGO dan sebagainya.

Menurut bekas Timbalan Pengarah Hospital Melaka itu, hubungan yang berterusan dan akrab antara Adun, jabatan kerajaan dan rakyat amat penting bagi memastikan semua masalah rakyat dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya.

Dalam pada itu, beliau meneruskan aktiviti menyampaikan sumbangan sama ada kepada penduduk mahupun masjid dan surau dalam kawasan Dun Bukit Baru.

Menurutnya, program sumbangan untuk rakyat miskin, anak yatim dan sebagainya diteruskan bagi meringankan sedikit bebanan hidup mereka.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan sumbangan daripada orang ramai bagi melaksanakan aktiviti kebajikan di Dun Bukit Baru.

Sumbangan boleh dibuat atas nama Tabung Dana Dun Bukit Baru melalui akaun Maybank 554026265358 atau BIMB 04015010064536.

Wacana calon Ketua Pemuda PAS di Alor Setar

Harakahdaily, 10 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Walaupun Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi mengalu-alukan debat secara bersemuka di antara calon-calon jawatan di peringkat PAS Pusat bagi menggalakkan kempen secara sihat, Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah mencadangkan kaedah yang lebih lunak iaitu program wacana.
Ketuanya, Yusrin Adnan dalam satu kenyataan media berkata, program wacana itu dianjurkan bagi memupuk budaya ilmu dalam medan siasah (politik).

Wacana bertajuk “Ke Arah Pemberdayaan Pemuda Harapan Nusa Bersama Calon-Calon Ketua & Timbalan Ketua Pemuda Pas Malaysia 2013-2015” itu ujarnya bukanlah program  debat tetapi lebih kepada percambahan idea di kalangan calon.

“Pemuda PAS Kuala Kedah telah membuat jemputan kepada calon-calon yang layak bertanding bagi jawatan ketua dan timbalan ketua pemuda, dengan harapan dari kami, semua calon-calon  bersedia untuk tampil bagi menyuburkan budaya ilmu dalam kelompok Dewan Pemuda.

“ Namun kami tidak berjaya menyatukan kesemua calon Ketua dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia dalam satu pentas wacana kerana terdapat calon yang agak keberatan untuk hadir dengan alasan yang tersendiri.

“Calon-calon Ketua Pemuda PAS Malaysia yang telah mengesahkan untuk hadir ialah Saudara Suhaizan Kaiat dan Saudara Zulhazmi Shariff manakala Calon Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia ialah Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss,” ujar Yusrin (gambar).

Wacana anjuran bersama Pemuda PAS Kuala Kedah dan Kelab Profesional Muda Negeri Kedah itu akan berlangsung pada 13 November, jam 8.30 malam di The Leverage Business Hotel Mergong, Alor Setar  (berdekatan Tesco Mergong).

“Pihak kami menjemput wakil dari Dewan-dewan Pemuda PAS kawasan khususnya di negeri Kedah untuk hadir ke wacana ini,” jelas beliau.

GLC mengiklan di Utusan satu pembaziran

Harakahdaily, 10 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, yang mengarahkan 35 syarikat berkait kerajaan (GLC) utama negara menambah iklan di akhbar-akhbar milik Umno termasuklah Utusan Malaysia dan Berita Harian membuktikan GLC-GLC utama negara tidak mahu membazir.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, hal ini jelas apabila dilihat penurunan jumlah edaran akhbar-akhbar tersebut yang menjunam dari 203,704 (2005) ke 130,463 (2012) iaitu penurunan 36% bagi Berita Harian dan dari 213,445 (2005) ke 178,211 (2012) iaitu penurunan 16.5% bagi Utusan Malaysia (1).

Katanya, ditambah pula laporan Consumer & Media View oleh Nielsen yang menyatakan Utusan Malaysia khususnya menyaksikan jumlah pembaca berkurangan 8.6% menjelang PRU13 (2), dan persepsi yang timbul akibat kekalahan demi kekalahan saman ke atas Utusan Malaysia di mahkamah berkait fitnah yang disebar akhbar tersebut.

“Maka mengiklan di akhbar yang jumlah edaran dan pembacanya menurun bukanlah sesuatu yang strategik, terutama bagi GLC-GLC utama negara,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, realiti hari ini yang sukar difahami Ahmad dan Umno ialah para pembaca letih dan muak disuap propaganda dan fitnah Umno.

Katanya, mereka ingin membaca berita dari semua sudut, mencakupi suara semua pihak.

“Peningkatan mendadak 60% trafik ke laman web politik menjelang PRU13 membuktikan rakyat Malaysia mendahagakan maklumat dan berita yang lebih seimbang, yang jelas sama sekali tidak boleh diperolehi dari akhbar-akhbar milik Umno,” katanya.

Maka, katanya tindakan GLC utama negara tidak mengiklan di Utusan Malaysia dan Berita Harian boleh dilihat sebagai satu langkah mengelak pembaziran.

Justeru, tegasnya PKR menyokong segala bentuk usaha untuk membanteras pembaziran, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan wang ringgit rakyat.

Katanya, Ahmad bahkan Datuk Seri Najib Razak sendiri perlu mengambil iktibar GLC enggan mengiklan kerana isi kandungan akhbar milik Umno tidak disenangi pembaca.

“Oleh itu, laksanakan reformasi tulen dan menyeluruh di akhbar-akhbar ini sebelum meminta GLC mengiklan,” katanya lagi.

Suspek bunuh pekerja Ambank berjaya ditangkap

Harakahdaily, 10 Nov 2013


KUALA LUMPUR: Suspek bunuh pekerja Ambank dalam tragedi rompakan nekad di cawangan bank tersebut di Subang Jaya baru-baru ini berjaya diberkas polis di Johor Bharu, pagi ini, umum Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam mesej pesanan twitternya.

Menurut Abu Bakar, suspek tersebut ditangkap pasukan ‘Ops Cantas Bukit Aman’.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang terus membantu polis (dalam membanteras jenayah).

Dalam kejadian di cawangan bank berkenaan di USJ 2 Sentral, Subang Jaya 23 Oktober lalu, pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib, 37, berada bersama suspek serta empat lagi kakitangan bank di bilik kebal untuk menyimpan sejumlah wang kira-kira pukul 6.18 petang.

Bagaimanapun suspek yang berasal dari Sabah yang bersenjatakan 'pump gun' telah melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa.

Suspek kemudiannya telah melarikan diri bersama sejumlah RM450,000 dengan menaiki sebuah motosikal.

Polis telah menahan tujuh individu termasuk saudara serta rakan suspek pengawal keselamatan berkenaan.

Rahsia mutu pendidikan negara makin hancur terbongkar

http://omakkau.blogspot.com, 10 Nov 2013
RAHSIA MENGAPA MUTU PENDIDIKAN NEGARA KITA SEMAKIN HANCUR TERBONGKAR!!!!

Apa punya jenis soalan yang disediakan kepada para pelajar sekolah kita ... jenis soalan yang langsung tidak membina minda dan menambah baik ilmu dan jati diri.

Soalan peperiksaan yang sekadar kerjanya mengampu bodek melangit tanpa waktu dan rasa malu.

Kalau beginilah beterusan maka jangan rasa hairan jika sistem pendidikan negara kita menjadi bahan esejak dunia.

Belum pernah lagi Omak Kau terjumpa atau pun diberitahu di negara-negara lain ada mempunyai cara menyediakan soalan peperiksaan seperti di atas .. Soalan mengampu bodek dan cuba terapkan menyokong kerajaan yang sedia ada secara membuta tuli.

Rakyat tidak dididik supaya sentiasa menggunakan akal untuk berfikir.

Jawapan pada soalan di atas jelas sekali di reka agar memastikan jawapan no III MENGUNDI PARTI YANG MEWAKILI KERAJAAN SEKARANG KETIKA PILIHAN RAYA .. adalah salah satu jawapanya.

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Darahku bukan lebih mahal daripada mereka - Dr Mursi

http://www.wasukalu.com, 10 Nov 2013
Dr Mursi - "darahku bukan lebih mahal daripada darah mereka"
Seorang peguam yang hadir semasa perbicaraan Presiden Mursi semalam menyatakan bahawa Dr Mursi tidak mengetahui bilangan sebenar kematian penyokongnya selepas beliau digulingkan.

Peguam itu berkata:" Dr Mohd Biltaji yang memberitahu Dr Mursi semalam apa sebenarnya yang berkaku di Rabaah dan bilangan yang syahid menyebabkan Dr Mursi menangis apabila mengetahui angka syuhada yang begitu ramai".

Peguam itu menambah:"Dr Mursi kata kepada Biltaji apabila  mengetahui bilangan yang syahid bahawa darahnya bukanlah lebih rendah nilainya daripada mereka yang telah syahid mempertahankan الشرعية , justeru itu beliau akan terus tetap pendirian hingga nafas terakhir dan tidak akan bertolak ansur sama sekali dalam mempertahankan الشرعية .

Dr Mursi buat pertama kalinya dapat berjumpa degan Dr Biltaji, Dr Esom Eryan dan beberapa lagi pimpinan lain dalam kandang tertuduh semalam ketika sama-sama dibicarakan dalam kes tuduhan membunuh pendemo di hadapan istana presiden. Jelas kelihatan semangat yang cukup tinggi ditunjukkan oleh beliau dan menolak semua permintaan hakim dengan ungkapan "saya Presiden yg sah" .

diterjemah oleh سوهزلي عبدالل dari Assyabu. Org

PKFZ rugi RM12.5 bilion, AG buat tak kisah?

Harakahdaily, 10 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Tindakan Jabatan Peguam Negara (JPN) untuk tidak memfailkan rayuan terhadap pembebasan Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik atas pertuduhan menipu Putrajaya berhubung urusan pembelian tanah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sangat membingungkan.

PKFZ telah menyebabkan kerajaan rugi RM12.5 bilion, tidakkah sepatutnya perkara ini diperjuangkan habis-habisan oleh JPN?

Menurut seorang peguam hak asasi manusia Syahredzan Johan yang dipetik laman web The Malay Mail Online sebagai berkata, tindakan JPN wajib dipersoalkan rasionalnya untuk mengambil keputusan sedemikian.

Katanya, JPN selalunya cepat untuk menfailkan rayuan terhadap keputusan yang mempromosikan hak asasi manusia, perlembagaan dan juga kes-kes yang melibatkan pemimpin pembangkang.

“Tapi apabila keputusan kes mengenai rasuah terhadap seorang bekas menteri, JPN tidak mahu merayu pula,” sindirnya.

Syahredzan juga mempersoalkan apakah JPN mengambil pendirian bahawa kes tersebut tiada merit untuk membuat rayuan.

“Apakah ia disebabkan kes ini satu kes yang lemah sejak permulaan perbicaraan, atau ada kelemahan di dalam kes pendakwaan oleh JPN sendiri? Jika kes ini lemah sejak mula, mengapa perlu membuat dakwaan? Jika ini kerana kelemahan, maka yang perlu ditanya ialah apakah kelemahan tersebut,” tegasnya lagi.

Sementara itu, pengerusi DAP Karpal Singh berpendapat rayuan sepatutnya telah difailkan, namun beliau mempertegaskan bahawa ia adalah hak JPN untuk menentukannya.

“Tetapi Peguam Negara perlu memberikan penjelasan. Perkara ini  tidak sepatunya dibiarkan begitu sahaja. Kes ini juga tidak berakhir dengan pembebasan. Mesti ada suatu siasatan mengenai kerugian besar yang ditanggung dalam PKFZ,” Karpal dipetik sebagai berkata oleh The Malaysian Insider.

Dr Ling, 70, dibebaskan pada 25 Oktober lalu setelah mahkamah mendapati berliau tidak bersalah atas dakwaan menipu dan sengaja tidak memaklumkan maklumat kepada kerajaan persekutuan dalam kes PKFZ.

Beliau dituduh sengaja tidak mendedahkan dan menipu kabinet bahawa terdapat kadar faedah tambahan sebanyak 7.5% setahun pada harga pembelian tanah untuk projek PKFZ, sedangkan ia telah ditetapkan pada RM1,088,456,000 oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta berasaskan RM25 sekaki persegi, termasuk kadar faedah.

Tarikh tutup rayuan ialah pada Jumaat lepas, 8 November 2013.

Kes ini menarik perhatian ramai apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sudi tampil memberi keterangan bagi Dr Ling.

Jeneral As-Sisi Kini Terlantar Di Hospital, Lapor Stesen TV Mesir

Written By canang on Ahad, 10 November 2013 | 11/10/2013 06:49:00 PTG

Stesyen television AlFarain yang mendukung kerajaan kudeta mengumumkan Jumaat (8/11/2013) kelmarin, bahawa As-Sisi kini terlantar di hospital.

Dalam akaun facebooknya, wartawan Hamdi Syafiq berkomentar, “Akhirnya mereka akui, As-Sisi di hospital.”

Namun, Syafiq membuat beberapa kemungkinan berkaitan dengan pengakuan television tersebut:

Kemungkinan pertama, pengumuman tersebut untuk menutupi berita tentang banyaknya pembantaian yang dilakukan As-Sisi. Ketika dia sakit, akan ada simpati rakyat kepadanya, dia akan kembali meraih populariti.

Kemungkinan kedua, seperti yang disampaikan Amru Farrag, pengarah pejabat berita Rassd, bahwa As-Sisi menghilang kerana nasihat dari badan perhubungan awam Amerika yang dikontrak Mesir untuk mengangkat imejnya. As-Sisi setelah ini akan kembali muncul dengan performa dan pengaruh yang baru.

Kemungkinan ketiga, As-Sisi menghilang dengan tujuan atas perintah Amerika agar Adli Mansur dan Bablawi (presiden dan perdana menteri kudeta) muncul ke ruang awam dan seakan mempunyai peranan memerintah, bukan sekadar boneka yang dipertontonkan.

Kemungkinan keempat, menurut Syafiq, pengumuman sakitnya ini adalah untuk menjadi mukaddimah pengumuman berikutnya tentang dirinya telah meninggal.

Ini membenarkan dugaan yang sering muncul beberapa hari ini bahawa As-Sisi terkena tembakan di pangkalan laut di Iskandariah, dua minggu yang lalu.

Atau kerana keracunan makanan dan ubat-ubatan seperti yang dikatakan sumber Aljazeera, sejarawan Muhammad Jawadi.



Saat ini, kemungkinan As-Sisi dalam keadaan kritikal kerana television Al-Farain sampai meminta rakyat Mesir mendoakan untuk kesembuhannya. ~gb

Tiada ulasan: