Posted on Tuesday, November 05 @ 13:04:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya
Oleh Muhammad Sanusi Md Nor
Alhamdulillah! Terima kasih tak terhingga kpd jentera 'berat' di Markaz Penerangan & Kempen yang diamanahkan kepada kami : Rozaidi (Pentadbiran, design & penyediaan bahan) Khairun and the gang (stage & PA System) Hanifi, Ust Mutalib, Pak Aq, Cgu Asri (perhubungan, ceramah & permit), Ust Ismail Hashim (agihan bahan & kewangan), Badrul Hisyam (ziarah MP & pemimpin), Ust Tarmizi (program khusus).
Terima kasih juga kepada team Penulisan dan berita (Hj Zul Yahya, Aku, Sarina, Bashir Izuan). Team IT & media baru, rakaman, siaran langsung dan penerbitan CD ( Zaki Awang Janggut, Azman, Wan Zahari harakah, Mujahid, Hanafiah dan team IT T'ganu).
Terima aksih kepada team sidang media Helmi Khalid dan Hj Zul Yahya dan Dr Dzulkifli Ahmad.
Terima kasih kepada pemimpin PAS Pusat, Negeri Kedah, kontinjen negeri2 bantu, Kawasan Jerai dan kawasan bantu, MTD dan UPU, dan penceramah-penceramah dari seluruh negara yang bekerja keras memberi kerjasama penuh kepada urusan Penerangan dan Kempen.
Kami mohon maaf juga kepada mana-mana pihak yang terjejas dan terguris dengan sebarang kelemahan daripada kami. Maaf juga jika ada yang terlibat tetapi tidak disebutkan di sini. Semoga Allah mencatat kerja kita sepanjang khidmat di PRK N20 Sungai Limau sebagai ibadah yang akan membantu kita di akhirat kelak.... Allah swt lah sebaik-baik pemberi balasan..
Kami Mengutuk Sekeras-kerasnya Cubaan Memburuk-burukkan Negeri Kelantan.
Posted on Tuesday, November 05 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
FB Hanya Di Kelate
BOIKOT AKHBAR KOSMO..!!!
Pistol dijumpai didalam tandas di Stadium Shah Alam... kenapa dikaitkan dengan Kelantan??
apakah penyokong kelantan dikhaskan boleh membawa masuk pistol?? bukan kata pistol, pemetik api pun diperiksa oleh pegawal keselamatan iaitu polis diraja malaysia sebelum memasuki stadium...
Adakah kosmo! Ada bukti yang mengaitkan pistol ini dengan penyokong Kelantan??
Polis baru hendak melakukan siasatan tetapi kosmo! Telah menuduh penyokong Kelantan.
Kami rakyat Kelantan mengutuk sekeras-kerasnya tuduhan ini..!!! Kosmo akhbar biadap..!!!!!
KOSMO!! SILA MINTA MAAF KEPADA SELURUH PENYOKONG KELANTAN...!!!
BOIKOT AKHBAR KOSMO..!!!
Facebook Hanya Di Kelate
BONGKAR!!! Masuk Islam Setelah Menemukan Rahsia Sujud Dalam Solat
Posted on Tuesday, November 05 @ 16:36:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"Dr. Fidelma, ahli neurologi berasal dari Amerika Syarikat mendapat hidayah ketika melakukan kajian terhadap saraf otak manusia. Ketika melakukan penelitian, ia menemukan beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan pengaliran darah yang cukup agar dapat berfungsi secara normal.
Penasaran dengan penemuannya, ia mencuba mengkaji lebih serius. Setelah memakan waktu lama, penelitiannya pun tidak sia-sia. Akhirnya
dia menemukan bahawa ternyata darah tidak akan memasuki urat saraf di
dalam otak manusia secara sempurna kecuali ketika seseorang tersebut
melakukan sujud dalam solat. Ertinya, kalau manusia tidak menunaikan
ibadah solat, otak tidak dapat menerima darah yang secukupnya untuk
berfungsi secara normal.
Rupanya memang urat saraf dalam otak tersebut hanya memerlukan darah
untuk beberapa saat tertentu saja. Ini artinya darah akan memasuki
bagian urat otak dengan mengikuti waktu solat.
Dengan kata lain, sujud yang tumakninah dan kontinyu dapat memacu
kecerdasan. Karena posisi sujud akan mengalirkan darah yang kaya
oksigen secara maksimal dari jantung ke otak. Aliran ini berpengaruh
pada daya fikir seseorang.
Setelah penelitian mengejutkan tersebut, Fidelma mencari tahu tentang
Islam melalui buku-buku Islam dan diskusi dengan rakan-rakan muslimnya. Setelah mempelajari dan mendiskusikannya, ia malah merasa bahawa ajaran Islam sangat logistik. Hatinya begitu tenang ketika mengkaji dan menyelami agama samawi ini.
[Baca Seterusnya...]"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: matuse68
Posted on Tuesday, November 05 @ 16:36:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Untuk Tindakan Pemilik HP Yang Di Godam Semasa PRK Sg Limau
Posted on Tuesday, November 05 @ 16:30:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya
Oleh Jitn Kedah
InsyaAllah Jabatan IT PAS Kedah akan membuat laporan serta mengesa SKMM menyiasat dan mendakwa mereka yang terlibat. Sila Faks kan ke 04-7481127.
SPR: Jualan Murah Gula, Beras Di Sungai Limau Tiada Unsur Rasuah
Posted on Tuesday, November 05 @ 16:24:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Suruhanjaya Piliihan Raya (SPR) menyifatkan jualan murah gula dan beras oleh Barisan Nasional (BN) semasa tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau tidak mengandungi unsur rasuah kerana pengundi masih diberi kebebasan memilih calon pilihan mereka.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar), berkata tiada undang-undang pilihan raya yang berkaitan jualan murah dan kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) mesti diperoleh bagi mengadakan jualan tersebut.
“Tiada dalam undang-undang pilihan raya pasal jualan ini. Saya ingat perkara ini di bawah KPDNKK bagi memohon kebenaran mengadakan jualan murah atau jualan amal.
“Apa yang saya tahu ia tidak melanggar peraturan. Saya tidak dimaklumkan mengenai perkara ini. Kalau dibuat jualan kepada orang ramai, tidak menjadi masalah tetapi jika dipanggil pengundi membeli dengan harga murah kemudian menggesa pengundi untuk mengundi calon tertentu, itu tidak dibenarkan,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
BN pada Ahad lalu mengadakan karnival jualan murah di Bukit Besar iaitu sebuah kawasan yang terletak kira-kira 19 kilometer dari Bandaraya Alor Setar dengan satu kilogram gula boleh dibeli pada harga RM1 berbanding harga pasaran RM2.84 dan sekampit beras 5 kilogram dijual RM5 berbanding harga pasaran sebanyak RM13.
Abdul Aziz berkata, sesebuah pilihan raya akan dikira sebagai rasuah apabila pengundi diminta untuk mengundi calon tertentu dan pengundi tersebut pula menunjukkan bukti mereka mengundi calon tersebut.
Katanya, mereka yang datang untuk membeli di karnival jualan murah itu tidak dapat dipastikan siapa yang mereka undi dan kemenangan PAS membuktikan jualan tersebut tidak berjaya mempengaruhi pengundi.
“Kita pun tak tahu siapa yang hadir ke jualan murah tersebut dan siapa yang mereka undi. Jika ada unsur rasuah maka saya sendiri akan berhubung dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Perkara ini serupa dengan memberi tambang balik kepada pengundi. Pengundi berhak memilih sendiri calon pilihan mereka. Saya tidak dengar ada yang berbicara tentang jualan murah. Bukit Besar majoriti pengundinya menyokong PAS. Majoriti besar dalam tiga kawasan di situ.
“Maknanya mereka tidak ‘termakan’ dengan perkara itu. Mereka beli sahaja namun undi tetap rahsia. Bukan ada orang yang tahu. Kita beri apa-apa pun, mereka ambil tapi tidak semestinya mereka ikut. Itu bukan rasuah," katanya.
Abdul Aziz berkata, pilihan raya yang berlangsung semalam berjalan lancar meskipun terdapat beberapa perkara yang merencatkan suasana pembuangan undi.
Katanya, sikap agresif dan tutur kata yang kurang sopan dilontarkan sesetengah penyokong menyebabkan suasana pilihan raya berlangsung dalam keadaan yang kurang menyenangkan.
“Secara keseluruhan, perjalanan pilihan raya semalam berlangsung dengan baik dan insiden kecil perkara biasa dalam pilihan raya. Kempen di sini memang dahsyat terutama perangai mereka. Penyokong parti tidak patut berkelakuan sedemikian terutama perkataan dan bahasa badan yang kurang enak dilontarkan.
“Saya tidak mahu sebut parti mana. Perbuatan yang tidak enak ini sehingga menyebabkan saya mengambil keputusan membatalkan lawatan ke tempat tertentu kerana saya lihat penyokong seperti sudah hilang fikiran. Anda boleh bayangkan suasananya. Namun perbuatan sedemikian tidak mencemarkan keputusan pilihan raya,” katanya.
Orang ramai berebut-rebut membeli gula, beras dan milo yang dijual murah di karnival anjuran BN di Bukit Besar, Sungai Limau.Orang ramai berebut-rebut membeli gula, beras dan milo yang dijual murah di karnival anjuran BN di Bukit Besar, Sungai Limau.
Karnival jualan murah yang dianjurkan BN pada saat-saat akhir tempoh berkempen itu sedikit sebanyak mengundang kegusaran PAS untuk mempertahankan kerusi itu.
Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau semalam menyaksikan calon PAS Mohd Azam Abd Samat memperoleh sebanyak 12,069 undi manakala calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim pula memperoleh undi sebanyak 10,985 sekaligus menyaksikan PAS menang dengan majoriti sebanyak 1,084.
Sejumlah 23,249 pengundi atau 85.5% daripada keseluruhan pengundi keluar menjalankan tanggungjawab membuang undi semalam.
Semua 17 pusat pembuangan undi kerusi DUN Sungai Limau secara rasmi ditutup pada jam 5 petang semalam.
Pilihan raya kecil itu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut berikutan penyandangnya allahyarham, Tan Sri Azizan Razak yang kembali ke rahmatullah pada 26 September lalu.
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir pula menyifatkan kejayaan BN mengurangkan majoriti undi PAS lebih daripada separuh dalam pilihan raya itu adalah satu kemenangan.
Beliau berkata, BN menerima keputusan pilihan raya itu, namun berjanji tidak akan menghentikan usaha mendekati sekolah pondok seperti yang terkandung dalam Aku Janji BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) demi meningkatkan syiar Islam.
Katanya, kerajaan negeri BN akan meneruskan dua projek yang diumumkan, iaitu jalan raya Guar Chempedak ke Pulau Bunting dan cadangan membina pelabuhan di pulau itu.
Walaupun PAS berjaya memenangi kerusi DUN Sungai Limau, majoriti undi yang diperoleh Mohd Azam merosot sebanyak 61 peratus berbanding majoriti diperoleh Azizan.
Mohd Azam memperoleh majoriti undi 1,084 berbanding 2,774 undi yang dimenangi Azizan.
Sementara itu, BN walaupun kalah dalam pilihan raya itu memperoleh anjakan undi sebanyak 4.4% berbanding dalam PRU13 Mei lalu. – 5 November, 2013.-tmi
فَلَمَّآ أَلۡقَوۡاْ قَالَ مُوسَىٰ مَا جِئۡتُم بِهِ ٱلسِّحۡرُۖ إِنَّ ٱللَّهَ سَيُبۡطِلُهُ ۥۤۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُصۡلِحُ عَمَلَ ٱلۡمُفۡسِدِينَ (٨١)
Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. (81)
Sihir masih subur di bumi Malaysia, bumi ALLAH
Posted on Tuesday, November 05 @ 12:44:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"Dalam pada kita setiap saban tahun menyambut Maal Hijrah dengan pelbagai program, dalam kita memerangi pelbagai serangan akidah dan fahaman agama yang menyesatkan, kita lupa satu lagi serangan akidah yang hampir setiap hari menyerang umat Islam di Malaysia, iaitu amalan sihir.
Amalan sihir masih subur lagi di bumi Malaysia, namun setakat ini tiada usaha bersepadu besar-besaran untuk memerangi amalan sihir ini. Kembalilah kita kepada ALLAH dan Islam sepenuhnya untuk menangani atau mengubati serangan sihir ini. Hanya hamba ALLAH yang ikhlas yang dapat memerangi sihir ini.
Kalau kita sering mengikuti perkembangan mereka yang mengamalkan perubatan Islam pasti akan merasa takut betapa suburnya amalan sihir dan hasad dengki yang menyesatkan umat Islam, khususnya yang memecah belahkan dan memporak perandakan rumahtangga bangsa Melayu di Malaysia ini.
Diganggu ilmu perabun
Sinar Harian 4 November 2013
REMBAU – Bimbang kemungkinan diancam gangguan sihir, seorang wanita di Kampung Sri Kendong, dekat sini tinggal dalam rumah yang berkunci mangga seolah-olah berada dalam penjara.
Saindon Abdullah, 60, seorang ibu tunggal berbuat demikian kerana mendakwa dirinya terkena gangguan ilmu perabun sehingga menyebabkan dia yang pernah menerima Anugerah Ibu Tunggal Berjaya peringkat daerah Rembau pada 2011, hidup dalam ketakutan.
Akibatnya, dia sentiasa berada gelisah dan tertekan sehingga kegiatan pertanian dan penternakan yang diusahakannya sejak 2009 kini terbiar begitu saja.
Menurutnya, pernah dia mendengar bunyi orang berjalan di atas atap rumah, tapi apabila diperiksa, tiada orang di situ.
Selain itu, lebih tertekan apabila ikan ternakannya sebanyak satu tan mati dipercayai diracun pihak tidak bertanggungjawab.
Menurutnya, jika masalah itu tidak selesai, dia menghadapi masalah untuk melunaskan hutang Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) serta institusi perbankan lain kerana gagal memperolehi pendapatan.
Dalam pada itu, Saindon turut mencari mana-mana pihak yang punyai kepakaran untuk mengubati gangguan dihadapinya supaya dia dapat hidup seperti sediakala.
sinarharian.com.my"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: rozmal
Posted on Tuesday, November 05 @ 12:44:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan