Tahniah Azam, tahniah PAS dan tahniah Mahfuz
Aspan Alias, | 05 Nov 2013 |
Kemenangan ini adalah kemenangan manis bagi PAS dan ia merupakan berita baik dalam menyambut kedatangan tahun baru Hijrah 1435 ini. Saya begitu terharu mendapat berita kemenangan itu dan berharap PAS Kedah akan terus menjadi teraju kepada perjuangan politik yang berteraskan Islam dan kemajuan ummah.
Berbagai cara dan keghairahan yang ditunjukkan oleh pimpinan UMNO semasa pilihanraya itu. Pemimpin besar BN UMNO begitu ghairah sehinggakan Muhyiddin Yassin sendiri tersalah dan terlanjur cakap dengan menggunakan isu nasib yang menimpa Allahyarham TS Azizan sebagai modal kempennya. Muhyiddin telah meminta maaf dan permohonan maaf itu telah diterima oleh keluarga TS Azizan.
Bagi saya kemenangan PAS dan mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau sangat penting bagi parti itu yang baru sahaja kehilangan kerajaan tadbirannya di Kedah dalam PRU lepas. Kejayaan mempertahankan kerusi ini amat bermakna kerana PAS perlukan suntikan semangat baru bagi meneruskan cita-cita untuk kembali mentadbir kerajaan beberapa tahun lagi.
Bagi saya secara peribadi kemenangan PAS ini juga memberikan keyakinan kepada kepimpinan PAS Kedah yang kini dipegang oleh Mahfuz Omar, yang dilihat sebagai penggerak yang ‘effective’ dan sesuai dengan keadaan serta senario politik di Kedah itu. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada saudara Azam yang berjaya mempertahankan kerusi N20 itu dan lebih-lebih lagi kepada saudara Mahfuz yang telah berjaya mengkoordinasikan gerakan PAS dalam pilihanraya itu.
Ini bukan kejayaan yang kecil kalau diimbas dari kekuatan dan tenaga yang dikeluarkan oleh UMNO dalam PRK ini. Kemenangan PAS dan pimpinan Mahfuz ini telah membuktikan yang parti itu masih diterima rakyat walaupun PAS Kedah terpaksa berhadapan dengan jentera Pusat UMNO dan BN dan jentera dari Kedah sendiri.
Jumlah tenaga manusia yang datang ke Sungai Limau untuk membantu calon BN dari seluruh negara jauh lebih ramai dari jumlah pengundi Sg Limau. Wanita diketuai oleh Shahrizat Jalil yang merasakan dirinya sangat penting dan tidak akan ada UMNO lagi kalau dia tidak mengetuai Wanita UMNO lagi.
Jelas segala tenaga dan wang ringgit yang dibelanjakan oleh UMNO di Sg Limau tidak mematahkan semangat untuk menumpaskan parti itu dalam PRK pertama selepas PRU yang lalu.
Akhirnya saya mengucapkan tahniah kepada PAS khususnya kepimpinan PAS Kedah yang telah berjaya mempertahankan maruah PAS. Ucapan tahniah sekali lagi kepada calon PAS dan Mahfuz Omar.
Kepada Mukhriz Mahathir, beliau bukanlah pemimpin yang tidak baik. Hanya beliau mengetuai parti yang sudah jauh tersasar dari asas kewujudannya. Parti itu sedang ditinggalkan oleh rakyat secara beransur-ansur dan terlalu mahal untuk dikendalikan.
UMNO sedang menghadapi krisis keyakinan yang tidak mungkin dapat diperbaiki selagi barisan yang sama mengetuai parti itu. Rugi sebenarnya jika bekerja terlalu kuat untuk parti yang sudah tua dan hampir tersungkur itu. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Abu Bakar terima pencalonan Naib Presiden
Khairul Azlam Mohamad, | 05 Nov 2013 |
Beliau menerima tawaran bertanding Naib Presiden PAS setelah membuat pertimbangan serta perbincangan dengan rakan-rakan di dalam parti.
Ini penting, katanya bagi sama-sama berada dalam parti yang merupakan sebuah gerakan Islam dan parti politik yang relevan dalam masyarakat.
“Saya ingin membuat sedikit pengumuman berkaitan dengan pencalonan yang saya terima untuk Naib Presiden PAS dan juga Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
“Setelah membuat pertimbangan dan perbincangan dengan kawan-kawan, saya memutuskan untuk menawarkan diri dalam pertandingan Naib Presiden PAS bagi sesi (2013-2015) kali ini,” ujarnya pada satu sidang media di pejabatnya di Kampung Tok Jiring, dekat sini, hari ini.
Menurutnya, peranan PAS dalam pasca PRU13, adalah dalam keadaan membuat persediaan bagi memimpin masyarakat Islam di Malaysia.
Bahkan, katanya PAS lebih bersedia bagi memimpin rakyat Malaysia yang bermasyarakat majmuk hari ini.
Mereka yang dicalonkan untuk bertanding jawatan Naib Presiden PAS kali ini ialah ketiga-tiga penyandang iaitu Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa di samping Mohamad Sabu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Mohd Amar Arshad, Dr Mujahid Yusof dan Ustaz Idris Ahmad dan Nasrudin Hassan.
Bagaimanapun, Nasrudin telah mengumumkan akan bertanding AJK PAS sahaja.
Perutusan Maal Hijrah Presiden PKR
Harakahdaily, | 05 Nov 2013 |
Salam Maal Hijrah 1 Muharam 1435H.
Setahun berlalu dengan pelbagai peristiwa dan sejarah telah kita catatkan. Sebagai manusia pastinya setiap kali tahun baharu muncul akan ada pengharapan untuk kebaikan.
Begitulah gambaran Hijrah yang tercatat di zaman khalifah Islam ke 2 waktu itu, Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khattab. Seorang pemimpin yang berperibadi tinggi, berhemah dalam pentadbiran yang mengutamakan kebajikan rakyat. Tegas dan adil menjalankan tanngungjawab.
Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khattab semasa pentadbirannya menekankan dan menggalakkan kegiatan keilmuan dan pendidikan, mengukuhkan perundangan, ekonomi dan sosial. Baginda adalah wajar dijadikan contoh kepimpinan dalam kerangka memartabatkan agama dan membina bangsa di Malaysia. Insya Allah
Ayuhlah kita semua menerapi semangat kepimpinan baginda yang mengutamakan hak dan kebajikan rakyat. Kita laksanakan tatakelola pentadbiran yang adil dan amanah. Justeru semangat Hijrah ini dapat dimaknai dan dinilai dengan keikhlasan dalam menjalankan tugas harian. Maka tidak akan timbul pengkhianatan kepada semua pemegang amanah.
Oleh yang demikian, KEADILAN menyeru kepada seluruh warga Malaysia sempena tahun baharu Hijrah ini agar kita semua terapkan dalam kehidupan dengan semangat politik nilai yang menzahirkan kepimpinan yang dihormati.
Salam Maal Hijrah 1435.
Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden
Parti KEADILAN Rakyat
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan tahniah kepada para pengundi di Dun Sungai Limau yang memberikan kepercayaan kepada calon PAS dalam Pilihan raya Kecil (PRK) itu.
Katanya, PAS akan memastikan amanah yang diberikan kepada wakil rakyat baru Dun Sungai Limau ini dilaksanakan dengan sebaiknya.
“Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada petugas dari PAS dan rakan Pakatan Rakyat yang datang dari seluruh pelosok tanah air untuk membantu kemenangan calon PAS,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas, malam ini.
Sesungguhnya, kata beliau sumbangan tenaga dan dalam apa jua bentuk bantuan sepanjang tempoh PRK itu adalah sangat dihargai.
“Semoga Allah SWT membalas segala pertolongan tuan puan semua,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau mengalahkan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan majoriti 1,084 undi.
Beliau mendapat 12,069 undi sementara calon BN pula 10,985 undi menjadikan majoriti 1,084 undi.

Sg Limau: Presiden PAS ucap tahniah
Harakahdaily, | 04 Nov 2013 |

Yang penting menang, majoriti nombor 2
Analisis|Nazri Abdullah, | 04 Nov 2013 |
BIARPUN ramai
pihak menjangkakan PAS mungkin berdepan kesukaran untuk mengekalkan
jumlah majoriti sedia ada apatah lagi mahu menang lebih bergaya pada
Pilihan Raya Kecil Sungai Limau kali ini, namun keputusan sebenar hanya
akan deketahui malam ini.
Beberapa faktor dilihat menjadi teras penting dalam mencorak keputusan yang akan diperoleh malam ini.
Sepanjang 11 hari kempen, kedua-dua pihak dilihat berhati-hati dalam pendekatan mereka kerana masing-masing tahu, sebarang kesilapan akan bakal membawa padah yang membawa kalah.
Kedua-dua pihak sedia maklum dengan ketokohan Allahyarham Ustaz Azizan yang dihormati kawan dan lawan, maka ianya menjadi pokok kepada kerangka strategi kempen yang akan dijalankan.
Kesilapan BN dan PAS
Di pihak Umno BN, mereka tahu Sungai Limau adalah kubu kuat PAS, dengan kata lain kubu kuat Ustaz Azizan juga. Jadi pendekatan mereka, turut menaikkan baner ucapan Alfatihah kepada Allahyarham sebagai tanda simpati yang dipuji oleh PAS itu sendiri.
Tidak cukup dengan itu, pendekatan sederhana Ustaz Azizan sebagai seorang pemimpin agamawan juga cuba ditiru oleh Umno apabila mereka termasuk Menteri Besar Datuk Mukhriz, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin dan calon Sohaimi Lazim dipotret dengan imej berkopiah putih, iaitu imej yang luar dari kebiasaan Umno yang bersongkok hitam tinggi.
Namun strategi fasa pertama BN itu rosak sama sekali dengan kenyataan Muhyiddin yang mengaitkan keputusan kerajaan menaikkan harga gula dengan pemotongan kaki Allahyarham Ustaz Azizan.
Tindakan itu dilihat bukan sahaja menghina Allahyarham dan keluarga, tetapi sekaligus mencemar perinsip awal kempen BN yang tidak mahu mencalar peribadi Ustaz Azizan.
Selepas didesak berkali-kali, Muhyiddin akhirnya sedar tindakannya yang tidak sepatutnya itu telah merugikan BN, lalu beliau terpaksa meminta maaf secara terbuka dan ianya dikira selesai apabila diterima keluarga Allahyarham.
Selain pengumuman projek berjuta-juta, BN juga meneruskan tradisi kempen mereka dengan mendoktrin bahawa pembangunan lebih senang jika wakil rakyat di Sungai Limau dari pihak yang sealiran dengan kerajaan negeri dan pusat.
Secara tidak semena-mena pula Mukhriz berkempen akan menjadikan Sungai Limau sebagai Dun angkat Menteri Besar jika BN menang.
Kenyataan itu dibidas PAS yang mempersoal keikhlasan Mukhriz yang baru sahaja bercakap nada itu pada PRK kali ini.
"Kalau dia ikhlas, waktu Allahyarham Ustaz Azizan tidak sihat hari tu, Mukhriz sudah isytihar Dun Sungai Limau ini Dun angkat menteri besar, tapi kenapa baru sekarang," soal Mahfuz yang juga pengarah jawatankuasa induk PAS bagi PRK ini.
Bagi pihak PAS pula, kesilapan turut dikesan termasuk isu risalah profile calon yang memuat gambar calon yang ‘disuperimpose’ sehingga menjadi laporan muka hadapan beberapa akhbar perdana.
Akur dengan kesilapan terlepas pandang itu, PAS juga turut memohon maaf secara terbuka pada sidang medianya.
Kesemua ini, sama ada kesilapan dari pihak Umno BN atau PAS, kesan kedua-duanya hanya akan dilihat pada undi yang akan diterjemahkan hari ini.
Tabur duit
Tindakan agresif BN dalam menarik undi rakyat dengan pengumuman projek, pemberian wang dan barangan keperluan dari rumah ke rumah sudah tentu sedikit sebanyak memberi kesan.
Senjata ampuh itu sebelum-sebelum ini pun terbukti telah berjaya mengunci pengundi lama BN dan menarik pengundi atas pagar untuk mengundi mereka.
Faktor ini juga antara yang sering menjadi kebimbangan lawan kepada BN yang biasanya menurunkan seluruh jentera kerajaan berkampung di setiap PRK.
"PRK ini kita bukan lawan Umno BN, kita lawan jentera kerajaan.
"Putrajaya yang duk kat KL tu depa bawa semua mai duk Sungai Limau," kata seorang petugas PAS ketika berbual di Markaz Induk PAS di Batu 16 di sini.
Pengundi luar
Satu lagi faktor yang boleh dikira sebagai penentu adalah kepulangan pengundi luar.
Dianggarkan lebih 3,000 pengundi Sungai Limau berada di luar kawasan. Dengan majoriti pada PRU13 lalu 2,774 undi, sudah tentu kepulangan mereka dinanti PAS itu sendiri kerana secara umumnya pengundi luar dilihat lebih cenderung kepada Pakatan Rakyat.
Faktor ini menjadi kebimbangan kepada sesetengah pihak sehingga SMS palsu tersebar sejak semalam yang memberitahu pengundi luar agar tidak perlu balik mengundi kerana calon PAS sudah menang.
Sabotaj dalaman
Satu maklumat yang mungkin memberi sedikit kelegaan kepada PAS apabila terdengar cakap-cakap di kalangan pemimpin Umno di sini yang mahu BN kalah pada PRK kali ini.
Asas kepada harapan itu adalah kerana tidak mahu Datuk Mukhriz terlalu angkuh dengan jawatan menteri besar segera yang dipegangnya ketika ini.
Mukhriz didakwa semakin sombong selepas baru lima bulan menjawat jawatan itu.
"Mujur dia tewas pertandingan naib presiden Umno tempoh hari, kalau tidak lagi naik toncang la dia.
"Kami suka kalau PRK ini BN kalah. Biar Mukhriz dilihat gagal mendapat sokongan rakyat," kata sekumpulan "jentera pelancong" Umno yang ditemui si Sungai Dedap di sini.
Bagaimanapun, dengan mengenepikan faktor berapa majoriti yang bakal diperolehi PAS, secara atas kertasnya melalui kajian dan survey yang dibuat, calon PAS, Ustaz Mohd Azam dikatakan akan menang di Sungai Limau.
PAS yang berada pada posisi mempertahan kedudukan kerusi tradisi lima penggal tentunya lebih tertekan berbanding Umno yang berada di posisi merampas.
Mengambil kata-kata seorang penganalis politik ketika mengkaji kempen di Pilihan Raya Kecil di Manek Urai, Kelantan penggal lalu, "tak kisah majoriti berapa, lebih satu undi pun dikira menang. Yang penting menang, majoriti itu nombor dua".
Pada PRU13 Mei lepas, Ustaz Azizan yang mendapat 13,294 undi menang dengan majoriti 2,774 undi menewaskan calon BN, Mohd Fazillah Mohd Ali (10,5204 undi) serta dua calon Bebas, Sobri Ahmad (100) dan Abdullah Hashim (84).

Keluar PKR: Jeremy khianati rakyat Sabah
Harakahdaily, | 04 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR:
Tindakan Adun Kadamaian, Jeremy Malazad mengisytiharkan melepas semua
jawatan serta keluar daripada PKR hari ini tidak lain dan tidak bukan
merupakan satu pengkhianatan besar kepada rakyat Sabah dan Malaysia.
Sehubungan itu, PKR mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak beretika itu, tegas Naib Presiden parti itu, Tian Chua bagi pihak Setiausaha Agung dalam satu kenyataan malam ini.
Pada masa yang sama, jelasnya PKR akan menghantar surat tunjuk sebab kepada Adun Matunggong, Jelani Hamdan yang dipercayai turut merancang untuk mengkhianati amanah yang diberi rakyat Sabah.
“Kenyataan bahawa mereka berdua telah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti hanyalah satu helah dan alasan biasa bagi mengiakan langkah-langkah pengkhianatan mereka ini,” ujarnya.
Tambahnya, tindakan Adun lompat parti sebegini adalah modus operandi biasa Barisan Nasional di Sabah untuk cuba melemahkan semangat perjuangan rakyat yang menginginkan perubahan.
Oleh itu, tegasnya PKR menggesa rakyat Sabah untuk bersatu dan tidak membiarkan taktik Barisan Nasional itu memecah-belahkan semangat perjuangan dan reformasi, demi Sabah yang lebih baik.
KUALA LUMPUR: Pelbagai acara disusun Institut Integriti Malaysia (IIM) sempena sambutan Hari Intergriti Nasional esok.
Sambutan Hari Intergriti yang dimulakan sejak 2005 itu diharap dapat membudayakan integriti sebagai cara hidup masyarakat negara ini.
Dalam satu kenyataan media dikeluarkan Unit Korporat dan Penyelarasan IIM, Presiden IIM, Datuk Dr Mohd Tap Salleh menyeru semua sektor masyarakat agar menjadikan Hari Integriti sebagai titik mula meningkatkan tahap integriti diri, keluarga serta masyarakat.
Pemantapan etika dan integriti dalam kehidupan harian, ujarnya penting bagi mencapai tahap negara dan masyarakat maju yang mempunyai nilai moral dan etika tinggi serta nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh.
“Semua jentera masyarakat mempunyai tugas dan peranan masing-masing bagi melaksanakan misi nasional ini. Adalah penting bagi setiap individu di negara ini supaya membudayakan integriti bagi memastikan negara terus maju ke hadapan dengan mengikut acuan yang kita mahukan supaya negara kita muncul sebagai negara yang berdaya saing dan dihormati,” ujar beliau.
Dr Mohd Tap menyarankan supaya pembudayaan integriti disemarakkan dan diperluaskan secara berterusan di kalangan generasi muda, terutamanya golongan belia.
“Peranan belia sebagai aset masa depan negara dan pemimpin generasi akan datang adalah amat penting.
“Saya percaya pembudayaan integriti seharusnya disemai sejak dari kecil oleh ibu-bapa dan keluarga sebelum seorang kanak-kanak itu memasuki alam persekolahan.
“Ajaran nilai-nilai murni yang baik dan ajaran agama adalah penting dalam membentuk seorang manusia yang berakhlak tinggi dan berintegriti. Adalah menjadi tanggung jawab kita sebagai masyarakat Malaysia untuk memperkasakan nilai integriti dalam kehidupan generasi muda,” kata Mohd Tap.
Dalam perkembangan berkaitan, IIM akan menganjurkan Seminar Integriti pada 14 November akan datang di Auditorium Institut Integriti Malaysia bertemakan “Pelan Integriti Nasional : Sedekad Bersama Rakyat”.
Sempena seminar sehari itu, forum bertemakan “Pelan Integriti Nasional : Sedekad Bersama Rakyat” akan menampilkan Felo Utama, Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), UKM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Abdul Rahman Embong; Pengerusi Jambatan Kedua Sdn Bhd, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob dan Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn Bhd, Datuk A. Kadir Jasin.
Pengarah Bahagian Siasatan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali selaku moderator.
Bengkel Hala Tuju Fasa II Pelan Integriti Nasional (2014-2018) akan dilaksanakan serentak pada sebelah petang dengan menyentuh lima Tekad Integriti iaitu tekad memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa; tekad meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi kerenah birokrasi; tekad meningkatkan tadbir urus korporat, etika peniagaan dan tanggung jawab sosial korporat; tekad memantapkan institusi keluarga dan komuniti; dan tekad meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.
Idea dan cadangan yang dikumpul daripada bengkel tersebut akan diguna pakai dalam menentukan resolusi kepada Hala Tuju Fasa III Pelan Integriti Nasional (2014-2018) yang akan dibentangkan pada tahun hadapan.
Pada 12 Disember, Syarahan Perdana Integriti bertemakan “Political Integrity:: Key To A Stabilize Region” oleh mantan Wakil Tetap Malaysia di PBB, Tan Sri Razali Ismail bakal berlangsung di Auditorium Integriti, Institut Integriti Malaysia.
Pada tahun 2004, kerajaan telah melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) dan menubuhkan Institut Integriti Malaysia (IIM) sebagai landasan ke arah pemantapan etika dan integriti masyarakat.

Negara sambut Hari Integriti esok

Budayawan & kuasawan: Berbeza dalam bersatu
Respons | Dr. Muhaimin Sulam, | 04 Nov 2013 |
ADALAH
tidak wajar untuk saya membiarkan ‘‘rumah siap pahat berbunyi’ selepas
berlangsungnya ‘Majlis Makan Malam Pimpinan- Budayawan’ pada dua
minggu lalu di Hotel de Palma, Shah Alam.
Majlis tersebut dihadiri oleh Tuan Guru Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, Naib-naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusof serta beberapa Ahli Jawatankuasa PAS Pusat antaranya Ustaz Abu Bakar Chik, Dr. Dzulkifli Ahmad, Dr. Rosli Yaakub, Khalid Samad, Anuar Tahir.
Turut hadir Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abdul Rani Othman dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dr. Halimah Ali, Dr. Ahmad Yunus dan Ustaz Salehen Mukhyi.
Mazlan Aliman sepatutnya hadir tetapi tersilap kerana menyangka program diadakan di De Palma Ampang. Maknanya, kehadiran barisan pimpinan itu sudah memadai bahawa PAS serius dalam menyelami suara nurani budayawan.
Dalam ucapan alu-aluan saya menyebut, “Di dada saya adalah budaya dan seni, di sebelah dada saya lagi adalah siasah”.
Rasanya memadai ungkapan itu member gambaran kedudukan saya berada di tengah-tengah istilah yang disebut oleh Pak Samad Said sebagai ‘kuasawan’ danbudayawan. Saya ingin menjadi jambatan kepada kelompok yang berbeza ini.
Sayuti Omar yang hadir pada malam itu menulis bahawa Dinsman, Pengerusi Seniman Paksi Rakyat (Paksi) yang berucap pada malam itu bagai ‘anjing yang menyalak ke bukit’ apabila meluahkan beberapa isu di hadapan khalayak kuasawan yang hadir.
Dinsman menjawab dalam kolumnya di Harakah bagi menafikan dakwaan tersebut. Tanpa menafikan kearifan kedua-dua tokoh tersebut dalam bidang mereka, saya kira kita perlu lebih bersikap objektif dan realistik.
Sebelum ini, beberapa siri dialog dan perbincangan yang melibatkan pelbagai pihak telah pihak Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat lakukan. Tambahan pula, lujnah ini bukanlah terlalu penting dalam pemikiran kebanyakan ahli dalam PAS sendiri. Otak mereka sudah obses dengan politik. Kadangkala terasa sudah sampai peringkat ‘malas’ hendak berdialog kerana penghujungnya masih tiada langkah yang konkrit dapat dilihat. Namun, ‘malas’ itu virus yang melemahkan misi saha merealisasikan hasrat Lujnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat diwujudkan tiga tahun lalu.
Semua golongan memiliki fungsi masing-masing pada pembentukan sebuah bentuk masyarakat dan negara. Projek kesenian yang boleh mewujudkan satu ‘kebudayaan’ memerlukan proses berterusan. Ada sesetengah budayawan, seniman memiliki bakat dan kemahiran hebat yang lahir dari kesungguhan mereka berkarya.
Mereka berkarya bukan kerana wang ringgit atau kedudukan tetap minat dan kefahaman diri mereka sebagai anggota masyarakat atau pun dalam konteks yang lebih luas adalah sebagai khalifah fil ardhi. Kelompok ini sama ada kerajaan membantu atau tidak, mereka terus berkarya hingga ke liang lahat.
Ada di kalangan mereka kurang memiliki nilai ‘keusahawanan’. Kelompok ini akan gagal bila mengharapkan projek atau program kesenian daripada kerajaan. Mereka mengharapkan agar wujud ‘kesedaran tinggi’ di kalangan pimpinan kerajaan terhadap kepentingan kebudayaan dan kesenian. Kadangkala idea budayawan gagal menembusi tembok birokrat yang begitu renyah dalam soal peraturan dan prosedur.
Akhirnya kertas kerja budayawan akan tersimpan dalam timbunan fail-fail projek atau program yang dihantar ke meja ahli politik yang ada jawatan. Tingkat atau lapis-lapis yang terpaksa dilalui ini boleh diubah agar disegerakan untuk mendapat kelulusan. Syaratnya, masih tetap perlu ada proses perhubungan yang berterusan. Kerana itu, ada kelompok mendakwa diri mereka sebagai budayawan/seniman memperolehi peluang projek kerana memiliki kelebihan ‘otak bisnes’. Biarpun mereka bukan benar-benar terlibat dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan.
Sikap tidak boleh pegang janji, dolak dalih, bohong bukan sifat khas buat ahli politik. Sifat itu mungkin ada pada budayawan sendiri, artis, pegawai, pekerja, petani, peniaga, wartawan, pengemis bahkan ulama juga mungkin ada memiliki sifat buruk itu.
Sikap buruk itu dapat dihadapi jika ada sumber kekuatan daripada kalangan budayawan dan seniman bekerja sama dengan sesiapa sahaja yang memiliki kesungguhan merealisasikan hasrat bersama kita.
Naik turun tangga ke pejabat untuk mendapatkan ‘projek’ samalah juga seperti petani ke bendang setiap hari. Sama seperti penoreh terbongkok-bongkok menghadap pokok getah di awal pagi hari. Sama seperti pensyarah berulang alik universiti. Semua ini adalah karyawan. Mencipta kerja untuk menggugurkan buah-buah rezeki dari langit Tuhan.
Pagi Isnin (tidak sampai 24 jam majlis makan malam itu berakhir), saya diminta oleh orang kuat YAB MB Selangor untuk ke Shah Alam segera bagi membincangkan isu-isu kebudayaan dan kesenian yang dibangkitkan.
Saya tidak optimis tapi saya cuba belajar daripada cabaran Tuan Guru Abdul Hadi Awang (saya akui ramai yang terasa tidak puas hati dengan jawapan beliau) pada malam itu warga budayawan dan seniman perlu mencari jalan untuk mendapatkan ‘sesuatu’ daripada Kerajaan Selangor.
Jangan berhenti mencari jalan!
______________________
Penulis ialah Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat

Reformasi bajet dan subsidi
Dr Mujahid Yusof, | 04 Nov 2013 |
PERSIDANGAN
parlimen bagi perbahasan Bajet 2014 pada minggu lepas hakikatnya tiada
yang baru. Apa yang baru adalah sebelum Bajet 2014 dibentangkan, buku
laporan audit diletakkan lebih awal di atas meja semua Ahli Parlimen.
Kami menerima laporan audit pada hari terakhir awal Oktober lalu sebelum masuk pada 23 Oktober 2013 untuk persidangan bajet.
Namun apa yang biasa adalah laporannya yang penuh dengan maklumat ketirisan berpandukan kepada pengauditan tertentu yang digunakan oleh Jabatan Audit Negara. Pendahuluan kepada pembentangan Bajet 2014 buat sekian kalinya dibayangi oleh kegagalan tatakelola kewangan negara.
Kenyataan bahawa buku laporan audit telah diberi lebih awal kali ini berbanding tahun lepas tidak dapat mengubah keadaan bahawa salah guna dana awam yang diamanahkan kepada kerajaan Barisan Nasional terus berlaku.
PEMIKIRAN BAJET BN
Bajet sebenarnya tidak boleh berfikir tetapi cara perencana bajet boleh dikesan dengan gaya boros dan tidak bertanggungjawabnya. Pemikiran bajet kerajaan BN adalah belanja dan beri selagi kita boleh ambil dari poket rakyat.
Sebenarnya tidak salah untuk mengambil dari poket rakyat tetapi yang salah adalah cara dan bagaimana kerajaan membelanjakan duit yang diambil itu.
Jikalau kita memberi duit kepada seseorang lalu mendapati duit itu digunakan dengan cara boros dan tidak bertanggungjawab, apakah kita rela atau reda duit kita diperlakukan demikian?
Sebaliknya jika duit kita digunakan dengan baik dan bertanggungjawab sudah tentu kita tidak ada masalah untuk memberinya lagi.
Dalam suasana kerajaan BN mengekalkan rekod tatakelola kewangan yang buruk, bajet kali ini memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pula - dan ini tidak banyak membantu keyakinan rakyat terhadap moral kawalan kewangan pemimpin kerajaan BN.
APA SALAH GST?
Tiada salahnya GST, yang salah adalah keabsahan moral BN yang nak mengambil cukai daripada rakyat sedangkan isu ketirisan dan pemborosan tidak digarap dengan satu komitmen yang penuh bertanggungjawab.
Kerajaan BN tidak serius untuk menangani penyelewengan kewangan dana awam sedangkan adalah menjadi syarat utama mana-mana kerajaan yang melaksanakan dasar cukai yang bertanggungjawab untuk mengasaskan sebuah kerajaan yang telus dan cekap tatakelola kewangannya.
Dengan latarbelakang ini, kami dari Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bukan menentang GST, tetapi kami menentang suasana kerajaan yang boros dan membazir tidak patut menyelesaikan masalah dengan menggunakan pendekatan cukai menyeluruh atau GST.
Kerajaan dalam suasana ini seharusnya mereformasikan cara tatakelola kewangannya bukan melonggokkan masalahnya kepada rakyat!
BIJAK DAN BERHEMAH
Bagaimana rakyat boleh menerima percukaian baru GST jika ciri utama bajet iaitu ‘bijak’ dan ‘berhemah’ tidak ada dalam perbelanjaan kewangan negara. Pejabat Perdana Menteri seharusnya menjadi contoh kepada 'prudent spending' tetapi pada kadar peruntukan yang tinggi iaitu RM16 bilion untuk Jabatan Perdana Menteri, PM kita tidak meletakkan asas yang baik kepada Kementerian yang lain.
Apa yang mengecewakan adalah sebahagian besar peruntukan melibatkan bayaran gaji mewah pegawai kontrak dari agensi yang ditubuhkan oleh Pejabat Perdana Menteri malah CEO agensi seperti PEMANDU, Talent Corp, Agensi Inovasi Malaysia, SPAD menikmati gaji lebih tinggi dari gred tertinggi penjawat awam.
Apakah rasional perbelanjaan yang besar ini?
Apakah dengan penubuhan agensi-agensi yang 'memakan' poket perbelanjaan awam, tata kelolaan kewangan dan projek kerajaan jadi lebih berkesan?
Tanyalah kepada laporan audit, anda akan berjumpa jawapannya.
Ketirisan tetap menjadi tema perbahasan bajet buat sekian kalinya, dianggarkan keseluruhan ketirisan mencecah RM20 hingga RM30 bilion, manakala projek yang sarat dengan pelbagai masalah seperti PLKN yang menelan belanja RM750 juta bagi tahun 2012.
Apakah ia perlu diteruskan atas akaun rakyat?
Apabila berhemah dan bijak tidak lagi menjadi ciri utama bajet BN, bagaimana kerajaan mengatakan mereka perlu melaksanakan cukai menyeluruh?
BERKESAN
'Jiwa besar’ BN tidak memberi alasan untuk mengatakan bajet kerajaan BN berkesan, ini adalah kerana niat baik satu hal tetapi keberkesanan membantu satu hal yang lain.
Dalam hal ini, isu subsidi menjadi perbahasan hangat apabila rasionalisasi subsidi mengisyaratkan persediaan kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan subsidi.
Selama ini subsidi menelan belanja yang besar dari keperluan bahan api dan makanan asas. Keberkesanan subsidi adalah apabila ia sampai tepat kepada kelompok yang memerlukan tetapi apabila ia dilaksanakan secara umum ia berpotensi untuk menjadi ketagihan kepada rakyat.
Subsidi secara umum tidak lagi berupaya untuk menampung suasana perbelanjaan kerajaan yang semakin meningkat sedangkan pendapatan semakin menguncup.
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mencadangkan peralihan kepada subsidi bersasar supaya perbendaharaan negara dapat melakukan penjimatan untuk disalurkan kepada peruntukan pembangunan dan modal insan.
Negara kita sedang menuju ke arah itu, namun data supaya sasaran kelayakan penerima subsidi dari rakyat Malaysia masih kabur. Pusat pengumpulan data yang komprehensif berpandukan pendapatan seisi rumah di bawah RM3,000 adalah diperlukan.
Subsidi bahan api seperti petrol tidak berkesan kerana yang menikmati secara maksima ialah golongan mewah dan bukan golongan berpendapatan rendah, di sini berlaku pembaziran subsidi dari sudut kelompok sasaran.
Dengan sasaran, yang mampu terpaksa berkorban untuk membeli harga pasaran dan dengan itu kita dapat menyelamatkan peruntukan subsidi disalurkan kepada pembangunan dan pendidikan.
Malangnya struktur peralihan dari subsidi umum ke subsidi bersasar masih tidak kelihatan dalam bajet 2014 sedangkan inilah pendekatan terbaik untuk mengelakkan bebanan ke atas belanjawan kerajaan.
REFORMASI BAJET
GST bukan jawapan untuk menyelesaikan bajet seimbang yang diunjurkan oleh kerajaan menjelang 2020 selagi bajet tidak direformasikan.
Reformasi bajet melibatkan peningkatan pendapatan kerajaan melalui kaedah pencukaian yang lebih berkesan.
Antara yang boleh meningkatkan pendapatan dengan syarat kerajaan itu bertanggungjawab dan telus adalah dengan memperluaskan lingkungan pembayar cukai, memperkenalkan cukai keuntungan modal, meningkatkan duti stem untuk transaksi hartanah nilai tinggi.
Cukai yang 'dilarikan' perlu diambil balik termasuk mereka yang terlibat dalam kegiatan 'money laundering' di mana dianggarkan sejumlah RM220 bilion dilesapkan sejak tahun 2009.
Ini merupakan satu sumber pendapatan yang telah dikhianati untuk kepentingan sendiri dan perlu dijejaki dengan mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan.
Laporan audit perlu diambil serius dengan membuat tindakan pantauan dan lanjutan sepanjang perlaksanaan Bajet 2014 manakala SPRM bertindak ke atas para penjenayah bajet supaya memberi pengajaran kepada mereka yang berpotensi atau terlepas dari mengkhianati dana awam.
Hanya kesungguhan membanteras ketirisan dapat mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap cara mana-mana kerajaan mengendalikan dana awam.
KOMPAS MORAL
Bajet bukan sekadar soal ekonomi pendapatan dan perbelanjaan negara ,ia bukan sekadar makro ekonomi tetapi ia juga adalah perkiraan politik yang penuh bertanggungjawab kerana ia ada kena mengena dengan peranan kuasa.
Apa yang kita tidak mahu lihat adalah politik yang membuat keputusan separuh masak dan mementingkan kelompok tertentu dan semata-mata mahu mengekalkan kuasa.
Azam politik menuntut mereka yang berkuasa dan yang akan berkuasa memiliki keikhlasan dan kejujuran untuk meletakkan diri mereka dalam kompas moral sebelum menurunkan angka-angka dan petunjuk ekonomi.
Mampukah kita menikmati bajet berpemikiran baru untuk rakyat Malaysia?
Jikalau melalui pemikiran Bajet BN, saya tiada komen.
Anda bagaimana?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan