Sabtu, 4 Ogos 2012

BILA KESEDARAN TINGGI KEPADA AGAMA..MAKA RAKYAT MEMILIH UMRAH DARI PERGI KETEMPAT2 LAIN....MAKA TINGGI JUGA KEFAHAMAN ISLAM DIDALAM DIRI MEREKA...MAKA MAKIN TINGGI JUGA PNYOKONG2 ISLAM...NI SEMUA KEHENDAK DAN TAKDIR DARI ALLAH...TIADA SAPE BOLEH BANTAH DAN HALANG

Masalah Gangguan Air Di Pasir Mas Terjawab
Posted on Friday, August 03 @ 17:55:52 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog M.S.O.

Selepas saya posting catatan mengenai masalah air bertajuk; Basuh kencing dengan angin, yang berlaku di beberapa jajahan termasuk Pasir Mas, Tumpat dan Rantau Panjang pagi tadi, saya menerima beberapa sms dan persnol masej (PM) dari penjengok blog MT dan rakan Fb yang mengakui akan masalah itu.

Walaupun setengahnya berada di Kuala Lumpur, Kuantan dan Johor Baharu tetapi mereka mengetahui masalah yang menimpa beberapa kawasan di jajahan berkenaan yang tiada bekalan air. Mungkin mereka mendapat info dari keluarga masing-masing. Mereka meminta saya supaya membuat tinjauan sedikit dan menyiasat apakah masalah sebenarnya.

Kerana respon kepada maklumat itu, lepas Jumaat tadi saya bergegas ke loji penapisan air milik syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) di kampung Kelar Pasir Mas. Saya ingin melihat sendiri apa masalah yang berlaku dan tidak suka mendengar maklumat liar dan tidak beretika.

Keadaan air dipermukaan loji milik Kada cetek.
Berbagai andaian timbul ekoran masalah itu. Ada maklumat mengatakan paip besar yang menyalur air ke tangki-tangki di daerah berkenaan pecah. Ada juga yang mengatakan tindakan sebotaj oleh pihak tertentu, dan ada juga yang tuduh masalah itu disebabkan kelembaban pihak AKSB sendiri. Satu lagi tuduhan kononnya pam air di loji di kampung Kelar itu mengalami kerosakan mengejkut (break down).

Lori tangki milik AKSB siap untuk hantar air.
Pemandangan sungai Kelantan di hadapan loji cetek.
Kebetulan dalam saya bersiap untuk ke loji itu aktivis masyarakat terkenal di Rantau Panjang sdr Rushdan Mustapa menelefon saya, dia juga mempunyai agenda yang sama. Beliau mahu melihat dan mendapat maklumat sendiri mengenai masalah itu. Dia datang mengambil saya di hotel, kami pergi bersama.

Apabila melihat sendiri keadaan di loji itu baru tahu apa masalah sebenarnya. Dakwaan mengatakan pam air break down tidak benar sama sekali. Begitu juga tuduhan mengatakan paip besar pecah di Lemal juga tidak tepat. Apa yang sebenarnya berlaku pam air loji berkenan tidak dapat bekerja seoptimanya disebabkan paras air sungai Kelantan yang menjadi sumber utama untuk ditapis, cetek atau pun tohor.

Rushdan melihat salah satu telaga tiup yang hampir siap
Bila air sungai Kelantan cetek menyebabkan pam tidak dapat untuk menarik air bagi dihantar ke loji penapisan. Loji itu mempunyai empat buah pam yang biasanya berjalan serentak yang boleh menjana 60 juta liter air sehari. Namun disebabkan kekurangan air, hanya dua sahaja yang berjalan sementara yang dua lagi diletakkan dalam keadaan stand-by. Natijahnya hanya separuh dari kapasiti air yang dapat dijana, kira-kira 30 juta liter.

Difahamkan pam itu tidak boleh dijalankan serentak kerana apabila air tidak mencukupi menyebabkan ia akan menghadapi masalah dan semuanya akan mati. Bagi mengelakkan kesemua pam berhenti maka ‘catuan’ penggiliran pam dikawal.

Dalam pada itu dengan keadaan air terhad itu maka timbullah masalah kekurangan bekalan atau sesetengahnya terputus terus. Apa lgi air yang dijanakan itu diberi perioriti dihantar ke tempat-tempat atau kawasan kritikal di bandar Pasir Mas untuk kegunaan hospital, pejabat kerajaan dan masjid dan sebagainya.

Semasa saya bersama Rushdan tiba di loji berkenana dua buah tanker – lori penghnatar air milik AKSB sedang memuatkan air untuk dihantar ke hospital dan beberapa kawasan yang kritikal di sekitar Pasir Mas. Saya tidak dapat membayangkan macam mana air dapat dicatu kalau hanya dua buah tanker sahaja yang ada? Katanya AKSB memperuntukan satu tanker saja untuk satu daerah. Ternyata dengan dua buah saja ia tidak mencukupi, elok kalau diadakan punggutan derma untuk membeli dua tiga buah tanker lagi?

Sebelum itu saya juga singgah di loji milik Kada yang menjana air untuk kawasan pertanian yang terletak berhampiran loji milik AKSB itu. Loji itu juga menghadapi masalah sama tidak dapat menyedup air kerana sungai Kelantan kering. Dari empat buah pam yang ada hanya dua buah sahaja yang berjalan.

Dalam perkembangan lain pihak AKSB telah bertindak segera mengatasi masalah berkenaan. Dua buah telaga tiub telah digali untuk membekal air tambahan di loji penapis. Sebuah sudah pun hampir siap dan akan mulai operasi dalam tempoh terdekat. Telaga tiub itu adalah plan alternatif bagi menghadapi masalah kekurangan air seperti berlaku hari ini. Walaupun ia tidak akan dapat mengatasi masalah seluruhnya tetapi sekurang-kurang dapat menampung kekurangan air di loji itu. Jika kedua telaga tiub ini berfungsi ia dapat membekalkan 3 hingga 6 juta liter air.

Dalam hal ini kurang tepat kalau ada pihak tertentu menyalahkan AKSB kerana masalah dihadapi bukan disengaja tetapi kerana fenomena semula jadi yang tidak dapat ditentukan. Soal kemarau atau banjir tidak dapat diatasi kerana ia adalah putaran alam dan diluar daya fikir manusia.

Pun begitu pihak AKSB seharusnya lebih peka mengenai perkara ini. Sewajarnya kalau AKSB menyediakan kontijensi plan untuk menghadapi maslaah kemungkinan gangguan air. Misalnya satu mekanisme harus dicari bagaimana memastikan penggunaan tidak mengalami masalah itu berhari-hari. Menyerahkan atau berdalih masalah itu kerana kejadian semula jadi tidak berapa elok juga.

Berhubung masalah yang timbul ekoran gangguan air ini di mana seolah-olah kelam kabut ianuya disebabkan maklumat itu tidak disampaikan kepada rakyat secara bersistemetik. Inilah punca mengapa berbagai tanggapan. Sepatutnya AKSB segera menyampaikan maklumat mengenai masalah yang timbul baru ia tidak salah anggap.

Untuk tujuan ini agensi kerajaan lain seperti Penghulu, Imam, pegawai politik perlu bekerja sama, bertindak segera memberi maklumat kepada rakyat bila berlaku sesuatu masalah. Saya rasa kalau maklumat sebenar diberikan kepada rakyat kekeliruan mengenai masalah seperti ini sehingga ada bersangka buruk tidak akan berlaku. Penyegeraan itu juga akan dapat menjawab propaganda dan menangkis provokasi pihak-pihak yang cemburu dengan kerajaan Kelantan.

Seperkara lagi apa yang saya dapat lihat pihak kerajaan khasnya perlu membuat kajian kenapakah air Kelantan cetek dan menganggu proses pengepaman air ke loji berkenaan. Buat masa ini satu-satu sumber air untuk ditapis dan dirawat di loji berkenaan hanya air sungai Kelantan. Sumber alternatif lain perlu dikaji.

Kalau boleh saya cadangkan, AKSB boleh mendapat sumber baru untuk tujuan itu. Nun di bahagian hulu Rantau Panjang terdapat satu tasik atau empangan Bukit Kwong. Empangan itu digunakan oleh JPS untuk menyalurkan air ke kawasan pertanian. Memandangkan aktiviti pertanian tidak berapa pesat di Rantau Panjang terutamnya padi, kerana orang Rantau Panjang makan beras Siam, elok kalau sumber air itu dialih kepada air kegunaan manusia.

Seingat saya empangan berkenana tidak pernah kering walaupun kemarau panjang. Kebetulan buat masa ini ada perlombongan besi dan emas di situ, elok kalau suruh syarikat lombong itu turut membantu pembiayaanya? Baru-baru ini Adun Gual Periok Ahmad Awang dilihat ada membuat lawatan ke lombong itu. Beliau sepatutnya tidak saja melihat sinar bijih dan emas tetapi sepatutnya turut tersilau sama ke dalam empangan berkenaan dan berfikir macam mana airnya boleh digunakan untuk manusia. Wakil rakyat jangan saja janggut dan misai saja panjang tetapi akal juga perlu panjang atau sekurang-kurang sama panjang!

Seperkara lagi yang saya dapat kesan kenapa air sungai Kelantan menjadi cetek menyebabkan sukar untuk dipam kerana aktiviti pengalian dan pengepam pasir yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di sekitar tebing malah ke dalam sungai. Aktiviti pengepam pasir ini membantu memberi beban kepada loji penapisan air.

Gara-gara aktiviti pengepaman pasir ini menyebabkan sungai Kelantan menjadi dalam di bahagian tengah dan cetek kawasan permukaan loji. Ini hanya agakan. Kajian dan analisa mendalam perlu dibuat apakah anggapan ini benar. Sekiranya ia memberi kesan ada baiknya kalau aktiviti itu dipindahkan ke kawasan lain atau dibatalkan terus.

Dalam hal ini pihak berkuasa atau kerajaan perlu melihat keutamaan orang ramai terlebih dahulu daripada melihat kepentingan beberapa kerat pedagang pasir itu. Iya pasir juga perlu tetapi dalam konteks dan keperluannya air lebih mustahak kerana ia melibatkan ratusan ribu jiwa. Perlu diingat loji air di Kampung Kelar yang berkapasiti 60 juta liter sehari itu diguna untuk dua daerah Pasir Mas dan Tumpat. [r.pjng 5:46 pm 03/08/12]
 
  UMNO lucutkan songkok tinggi gantikan dgn kopiah putih 1 Malaysia
Posted on Friday, August 03 @ 17:47:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog ayid-manjaddawajada



Kaka kaka kaka setelah berhempas pulas menghentam PAS konon nya PARTI Pak Lebai kini UMNO mula cuba nasib untuk jadi Tok syiak pula dengan menggunakan kopiah putih berlogo 1 Malaysia


XUMNO said... Ni kes nak menyamarlah nie. Tapi macam musang berbulu ayam, puak2 ni walaupun pasang janggut tebal dan lilit sarban, semuanya mudah dikenal..tengok lehernya ada rantai tak? Tengok pula tangannya ada gelang tak?


............
http://ayid-manjaddawajada.blogspot.com

 Bekas Ketua Hakim Negara Sedia Bantu Rafizi
Posted on Friday, August 03 @ 17:38:07 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog PenorehGetah

Dari maklumat terkini, Rafizi Ramli malam tadi telah dihubungi oleh Bekas ketua hakim Negara, Tun Salleh Abas yang menyatakan hasrat peribadinya untuk membantu Rafizi dalam menangani kes penangkapan "bergari" melibatkan pendedahan Rafizi tentang Salah guna Dana lembu yang telah digunakan untuk "beri lembu tinggal dalam kondo".

Penganiayaan terhadap "lembu-lembu yang dipaksa tinggal didalam kondo" itu mencetus fenomena "lembu merah" yangs sangat menakutkan KERAjaan sehingga Sharizat berhenti dari jadi menteri.
Rafizi minggu ini telah ditangkap polis kerana membongkar wabak "lembu merah" yang dikuatiri akan membawa kepada berkuburnya umno tidak lama lagi.

Ini akan membuatkan Najib dan Shahrizat makin gelisah!

.........
http://penorehgetah.blogspot.com


  Panggilan SOS !!!! Najib ke Sabah ekoran MP BN berpaling tadah
Posted on Friday, August 03 @ 17:24:52 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: abuluqman

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau sendiri akan turun ke Sabah ekoran pembelotan dua anggota Parlimen BN, di mana beliau akan mengumumkan terma rujukan untuk suruhanjaya diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang haram negeri itu.

Beliau juga menolak anggapan bahawa lebih ramai anggota parti komponen BN akan berpaling tadah, antaranya daripada Upko dan Parti Liberal Demokratik (LDP).

"Setakat ini ia hanya desas desus, tetapi apa yang lebih penting sekarang, kedudukan kita tidak tercancam dan kita mampu menangani cabaran ini," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, beliau berkata, BN akan mengambil langkah yang perlu untuk mengukuhkan Umno dan BN di negeri itu.

RCI itu diumumkan pada 1 Jun lalu tetapi belum ada sebarang perincian dikemukakan setakat ini.

Najib berkata beliau sudah bertemu beberapa pemimpin BN Sabah ekoran pembelotan sebelum ini tetapi akan sekali lagi turun pada pada Sabtu ini. Malaysiakini

nukilan ABu Luqman 

 Hj Johan mengHIJAUkan Bahagiannya!
Posted on Friday, August 03 @ 17:04:03 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog Picture2U


Nampanya pokok sayur subur bersama BN. Ada buahnya sekali. Kalau rajin boleh kaitkan. Ini semua projek UMNO Bahagian YB Datuk Hj Johan dan YB Ismail Sani.




Syabas kepada YB yang mengHIJAUkan bahagian anda.

..........
http://kide-picture2u.blogspot.com
 
  Semakin ramai pemimpin BN isytihar keluar parti, sokong Pakatan Rakyat
Posted on Friday, August 03 @ 08:57:34 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: setisab

"
KUALA LUMPUR 3 Ogos: Senator Datuk Maijol Mahap mengisytiharkan keluar Barisan Nasional (BN) hujung minggu lalu.

Beliau turut menyertai Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing yang meletak jawatan dalam BN Ahad lepas. 


Bekas Naib Presiden Upko itu berkata, antara punca beliau meninggalkan BN disebabkan isu kemiskinan rakyat Sabah, dasar kabotaj, royalti minyak, diskriminasi kaum, rampasan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan peminggiran Sabah yang masih membelenggu.Beliau turut menyertai Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing yang meletak jawatan dalam BN Ahad lepas.

Maijol yang sudah 14 tahun dalam BN berkata, semua masalah itu gagal diselesaikan termasuk di era pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
“Selepas mengambil kira masalah ini yang sudah lama tertangguh di Sabah dan gagal diselesaikan, maka saya terpaksa meninggalkan BN.
“Saya tidak lagi percaya bahawa kerajaan BN boleh atau akan menyelesaikan isu-isu kritikal di Sabah, termasuk PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin), tahap kemiskinan yang tinggi, meminggirkan KDM (Kadazan Dusun Murut), NCR, lima peratus royalti minyak dan dasar kabotaj,” katanya pada kenyataan 31 Julai lalu.
Turut meninggalkan BN pada 29 Julai lalu ialah Pengerusi Tetap, Datuk Herman Tiongsoh serta Ahli Majlis Tertinggi Upko, Denis Gimpah, Lesaya Lopog dan Petrus Guriting.
Mereka mengikut langkah Wilfred menyertai Pakatan Rakyat melalui penubuhan Angkatan Perubahan Sabah (APS) pada majlis pelancaran pertubuhan itu Ahad lalu.
Penyertaan itu disaksikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar's last trip to the east Malaysian state saw BN MPs Datuk Seri Lajim Ukin and Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing announce their support for the federal opposition, on top of their resignations from their party posts.
Antara yang disebut-sebut adalah wakil parliament Tuaran, Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing, bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Osu Sukam dan bekas menteri pusat, Tan Sri Khasitah Gaddam.
KEADILAN mendedahkan penyelewengan terbaru membabitkan keluarga Menteri Pembangunan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil. Kali ini, parti itu membongkar pembelian kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 yang ..
 
Bercakap mudah laksana payah
Posted on Friday, August 03 @ 08:56:59 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: anaabdullah

"Maka berkatalah pengerusi Umno Kelantan yang dia akan berusaha menyelesaikan isu berbangkit termasuk tuntutan royalti minyak yang kini menjadi modal kempen pembangkang sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 .

Wahai Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, bercakap memang mudah sangat tetapi melaksanakan cakap sangat payah.Kenapa? Usah jadi alasanlah kerana semua rakyat 1 malaysia sudah faham dan tahu kezaliman yang dilakukan pada negeri yang diterajui PAS

Janganlah jadikan alasan bahawa Negara mempunyai undang undang yang perlu dipatuhi, maka ia bukan mudah untuk menyelesaikannya.
Bilakah pihak umno mematuhi undang undang Negara. Kalau patuhi undang undang  mengapa minyak Kelantan didaratkan di negeri Thailand.
Jika mahu menyelesaikan sebarang isu-isu yang dibangkitkan itu sangat mudah. Yang jadi payah kerana pihak umno enggan untuk  diselesaikannya, bukan sebab undang-undang yang sedia ada, tapi kerana jahat dengan kerajaan PAS.Undang undang tidak menghalang.
Saya ingin ulangi bahawa yang menghalang semua ini ialah kejahatan pemimpin umno yang penting diri sendiri dan khianat terhadap kerajaan yang di perintah oleh PAS.

Cuba kita bayangkan mengapa 5 peratus royalty minyak Terengganu dibatalkan dulu. Tidak lain dan tidak bukan kerana umno kalah pada PRU 10 dan negeri di perintah PAS, sedangkan ianya ada perjanjian yang membabitkan undang undang Negara.
Alangkah mudahnya membatalkan royalty 5 peratus minyak Terengganu.Oleh itu berkata ia bukan mudah untuk menyelesaikan royalty minyak Kelantan sepertimana dinyatakan pengerusi umno Kelantan itu hanya gimik politik saja. Tidak lebih daripada itu.

Berkata ,Kerajaan Pusat tidak berdiam diri dalam soal hak rakyat kerana kita sebuah negara demokrasi malah isu terbabit sudah dibincangkan pada peringkat dalaman hanya suatu pembohongan untuk jaga reputasi umno yang buruk dan busuk itu.

Kenapa? Masakan tidak. Kerana pengerusi umno Kelantan berkata, menyentuh soal tuntutan royalti minyak, apa jua tindakan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya sebab negara kita ada peraturan.
Apakah menafikan hak royalty minyak Kelantan yang dilakukan oleh kerajaan itu ikut undang undang dan peraturan.
Hendak Tanya sikit. Undang undang manakah yang menghalang pihak kerajaan menafikan hak royalty mniyak. Peraturan manakah yang pihak muno pakai untuk menafikan hak royalty minyak Kelantan, sedangkan Terengganu ketika diperintah umno dapat hak. Demikian juga Serawak dan Sabah juga dapat hak yang sama.

Terdesaknya UMNO tidak terperi sehingga hilang segala pertimbangan
Posted on Friday, August 03 @ 08:55:21 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: imamsurau

"
Pertuduhan terhadap Rafizi Ramli, pengarah strategi PKR, bersama bekas kakitangan Public Bank dua hari lepas masih menjadi bualan di mana-mana. Tetapi itu sudah menjadi biasa apabila pilihanraya sudah mendatang, kerana itu adalah salah satu cara pihak yang memerintah untuk menakut-nakutkan sesiapa daripada membuat lebih banyak lagi pembongkaran terhadap kepincangan sistem dan moral politik pihak BN pada hari ini.

Pihak BN tidak akan berhenti setakat itu sahaja. Ada berita dan tanda-tanda isu perkauman akan dimainkan oleh BN dengan lebih hebat lagi dalam masa yang terdekat ini. Saya diberitahu bahawa pihak tertentu yang menyokong BN, khususnya UMNO, sedang bekerjasama dengan sebuah badan dan jabatan kerajaan untuk menerbitkan makalah dan buku-buku untuk memberikan tumpuan untuk mengaitkan Lim Kit Siang dalam tragedi 13 Mei 1969 dahulu.


Kita faham yang pihak BN sedang terdesak seperti orang yang sudah tersandar ke dinding dalam usaha mempertahankan kuasa. Menakut-nakutkan orang Melayu merupakan satu-satunya jalan yang tinggal bagi BN untuk memberikan perlindungan terhadap kuasa yang ada di tangan mereka. Akhir-akhir ini ada kecenderungan pihak BN akan menumpukan politik perkauman dengan menjadikan Lim Kit Siang sebagai ‘punching bag’ bagi mengelakkan rakyat khususnya orang Melayu daripada menyokong parti-parti pembangkang khususnya DAP.

Tidak siapa akan dapat menafikan bahawa DAP telah mendapat sokongan dari semua kaum seperti juga parti PAS dan PKR. Rakyat sekarang tidak mahu lagi terkongkong dengan isu perkauman yang sempit seperti dahulu. Pemikiran sempit perkauman inilah yang selama ini menjadi isu kekal bagi BN khususnya UMNO dan ia berkumandang setiap pilihanraya lima tahun sekali.

Kali ini UMNO dan BN sedang berhempas-pulas untuk mengeluarkan buku untuk membina persepsi yang Lim Kit Siang bertanggungjawab terhadap kejadian berdarah 13 Mei 1969 itu sedangkan rakyat tahu itu merupakan fitnah yang tidak terperi jahatnya. Jika benar Lim Kit Siang merupakan penyebab kejadian 13 Mei itu maka Lim Kit Siang sepatutnya telah dipenjara puluhan tahun lamanya kerana pencetus kepada kejadian berdarah itu adalah satu pengkhianatan kepada negara.

Hanya pada orang-orang lama samada dalam kerajaan atau dalam parti politik semasa itu tahu siapa dan apa yang menyebabkan kejadian itu. Yang pasti Lim Kit Siang bukannya penyebab kepada peristiwa berdarah itu. Seperti yang saya sebut dalam posting beberapa ketika dahulu, jika disebut dan diberitahu siapa yang menyebabkan kejadian itu ia ibarat ‘menepuk air di dalam dulang’.

Itulah sebabnya rakyat sudah menolak politik perkauman seperti yang masih diamalkan secara menebal oleh UMNO dan BN sekarang ini. Jika 13 Mei itu merupakan permainan politik perkauman maka adalah wajar bagi kita meninggalkan isu perkauman dalam politik negara dan lakukan seperti yang dilakukan oleh parti-parti dalam komponen Pakatan Rakyat yang di dalamnya tidak ada satu parti pun yang keahliannya berteraskan pada kaum.

Rakyat dari berbilang agama akur kepada kehendak Tuhan yang Tuhan sememangnya menjadikan umat manusia itu dalam pelbagai puak dan kepercayaan bagi kita hidup saling mengenali serta memahami dan seterusnya menghormati di antara satu dengan lain. Seruan ini bukan seruan Mahathir, bukan tuntutan Tok Guru Nik Aziz atau seruan Lim Kit Siang. Itu adalah seruan Allah swt dan juga seruan semua agama yang ada di dunia ini.

Ini jugalah sebabnya kenapa rakyat mesti tinggalkan semua parti di dalam BN di Semenanjung ini kerana BN itu adalah ‘coalition’ yang berlandaskan pada perkauman. Kita tidak mahu lagi kejadian seperti kejadian yang menjadi modal UMNO sejak awal 70-an dahulu. Cukup-cukuplah kerja melawan kehendak Tuhan ini dengan membesar-besarkan isu perkauman yang akan membawa kemudaratan kepada rakyat dan negara ini.

Jika benar buku yang akan diterbitkan khas untuk membuat fitnah terhadap Lim Kit Siang dalam pilihanraya ini maka ternyata yang terlalu ketagih dengan politik perkauman ini adalah UMNO dan BN itu sendiri. UMNO ketagihan dengan isu perkauman. Ini merupakan penentangan secara ‘head-on’ terhadap kehendak agama suci kita.

Di dalam parti-parti komponen PR tidak timbul isu perkauman kerana mereka adalah parti-parti ‘multiracial’ dan menyokong perjuangan ‘multiracial’ ini merupakan salah satu ubat kepada keresahan perkauman sekarang ini.

UMNO akan mengilang cerita-cerita yang tidak wujud dan fitnah, tetapi rakyat tidaklah sebodoh itu untuk menyakini apa yang diputar belit oleh UMNO seperti yang berlaku sejak dari dulu. Kita juga perlu memahami kenapa UMNO akan melakukan segala-gala yang jahat ini. UMNO dalam keadaan terdesak. Dia akan lakukan apa sahaja untuk mempertahankan kuasa yang mereka selewengkan sekarang ini. Orang yang terdesak tidak akan mampu berfikir dengan waras. Itulah sebabnya ada yang membunuh diri kerana sudah hilang pertimbangan di dalam diri mereka.

Jika penerbitan buku itu benar-benar menjadi kenyataan, kita jangan hiraukan diri untuk membaca dan mempercayainya. Kita padamkan api perkauman yang akan dimainkan oleh UMNO dan penyokong-penyokongnya dalam pilihanraya kali ini dengan matang dan hanya kita perlu ingat, ia bertentangan dengan mana-mana agama termasuk agama suci kita.
 
 Tema Hari Kebangsaan & Hari Raya
Posted on Friday, August 03 @ 08:52:32 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog Picture2U



Dr Rais telah bersetuju untuk menukar logo Hari Kebangsaan ke 55 kepada yang baru yang lebih efiesyen dan bersuaian untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitril.


..........
http://kide-picture2u.blogspot.com
 
  Enam juta Muslim tunai umrah tahun ini
Posted on Friday, August 03 @ 08:55:44 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: setisab

"
DIBANJIRI MANUSIA: Ramai jemaah tidak melepaskan peluang mengerjakan umrah sepanjang bulan Ramadan ini.
- Foto REUTERS

JEDDAH: Sekitar enam juta umat Islam, dengan 4.8 juta daripada mereka jemaah warga asing, telah menunaikan ibadah umrah tahun ini, menurut Menteri Haji Arab Saudi, Encik Bandar Hajar. di sini


Beliau membuat kenyataan itu selepas memeriksa perkhidmatan yang disediakan kepada jemaah oleh pelbagai agensi kerajaan di Makkah, Selasa lalu.
Sejak awal tahun ini, lebih 2.57 juta jemaah asing tiba di Lapangan Terbang Raja Abdulaziz (KAIA), kata satu laporan statistik.

"Sekurang-kurangnya, 2,573,627 jemaah tiba dalam 16,419 penerbangan sejak bermula Rabiulawal 1433 hijrah," kata laporan itu.
Laporan itu menarik perhatian, seramai 2,572,175 jemaah telah pun meninggalkan negara itu.
Pada Isnin lalu saja 22,059 jemaah tiba di lapangan terbang dengan menaiki 125 penerbangan.
Pada hari sama, 16,276 jemaah meninggalkan negara itu pulang ke negara masing-masing.
Jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam, Encik Khaled Al-Khaibary, berkata KAIA telah membuat perancangan yang sewajarnya bagi menerima dan menghantar pulang bilangan jemaah yang semakin meningkat. - Agensi.
Begitu pula menurut Sheikh Yusuf, keasyikan mengulangi ibadah haji dan umrah tetapi bakhil untuk mendukung kegiatan daawah, pendidikan atau penterjemahan karya besar. Turut saya tegaskan berkenaan keperluan ...
Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia daripada yang lainnya kecuali ...
Namun, Amirul Mukminin 'Umar bin al-Khattab r.a menolaknya kemudian memilih bulan Muharram. Ini disebabkan bulan tersebut umat Islam baru sahaja menyelesaikan ibadah haji. Bukan kerana bulan tersebut Nabi s.a.w ...
Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan. “Haji hanya ...Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November. Laporan itu ...

Tiada ulasan: