Sabtu, 4 Ogos 2012

GANTI SAPE2 BOLEH GANTI...PENOREH GETAH PUN BOLEH GANTI...CUMA NGAM ATAU TIDAK AJE...SEMUA ORANG NAK JAWATAN...KERJA LAIN CERITA...IMBUHAN2 BANYAK PULA MENUNGGU...SAPE TAK NAK

Nik Aziz: Najib setuju bincang isu royalti
Wartawan Sinar Harian
4 Ogos 2012
Nik Aziz: Najib setuju bincang isu royalti
Datuk Seri Najib Tun Razak - Nik Aziz Nik Mat
SHAH ALAM - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat awal pagi ini memberitahu bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan.

Menurut beliau, surat itu dihantar kepada beliau semalam.
Perkara ini dimaklumkan oleh Nik Aziz kepada Harakahdaily sebaik sahaja selesai solat Subuh di masjid berhampiran rumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu pagi ini.
Beliau turut memaklumkan berita ini dalam tazkirah Subuh yang disampaikan beliau sebaik sahaja selesai solat Subuh di Masjid Pulau Melaka, bersebelahan rumahnya pagi ini.
"Surat ini diterima oleh Setiausaha Sulit saya, Encik Rosdi (Mohamad). Tetapi kerana hari cuti, dia baru bagi kepada saya," kata Nik Aziz.
Sebelum menghantar wakil Kelantan untuk berunding, Nik Aziz berkata, beliau akan menghadap Sultan Kelantan untuk membincangkan perkara tersebut.
Yang menariknya, istilah yang digunakan dalam surat ini adalah pembayaran 'bayaran tunai'.
Nik Aziz menyambut baik keputusan kerajaan ini dan menyifatkannya sebagai keberkatan bulan Ramadan.
"Semoga ALLAH membuka pintu hati kerajaan Pusat selepas jawatankuasa ini bersidang," katanya.
Awal minggu ini, veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah mengulangi pendiriannya bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu menyelesaikan segera isu royalti minyak yang dituntut Kerajaan Kelantan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Katanya, isu itu perlu diselesaikan sebelum PRU13 untuk menarik sokongan rakyat Kelantan kepada BN.
Pas mengekalkan kerajaan negeri yang dirampas daripada BN pada 1990. Beberapa kajian terbaru, termasuk yang diumumkan minggu lalu menunjukkan negeri itu akan kekal di tangan Pas pada PRU13.
Dipetik laporan Astro Awani, Tengku Razaleigh mengulas perkembangan selepas laporan beberapa bulan lalu bahawa Umno Kelantan mahu mendapatkan pandangannya untuk persiapan menghadapi PRU13.
Razaleigh, yang pernah mengeluarkan pandangan yang sama tahun lalu, mengakui bahawa beliau ada didatangi oleh beberapa pemimpin Umno Kelantan yang meminta pandangan bagaimana untuk menguatkan semula Umno di Kelantan.
Pada Ogos 2010, Kerajaan Pas Kelantan mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti minyak yang didakwa dikeluarkan dari perairan negeri itu.
Dalam kes saman itu kerajaan negeri tidak menetapkan tuntutan yang dibuat, sebaliknya terserah kepada mahkamah menentukannya.
Hujung minggu lalu, Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin menyifatkan penganjur Konvoi Royalti, yang menjelajah negeri ini, sepatutnya menunggu mahkamah membuat keputusan mengenai kes tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan terhadap Petronas.
"Jika mereka mengambil langkah sebelum mahkamah membuat keputusan, ia dibimbangi tidak selari dengan keperluan undang-undang," katanya.
Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) menganjurkan Konvoi Royalti, yang diketuai Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ke Gua Musang.
Awang Adek, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wan Ehsan Kelantan berkata, pemberian wang itu dilaksanakan mengikut keperluan undang-undang dan dilakukan dengan telus membabitkan semua golongan seperti pelajar, mangsa kebakaran rumah dan bencana alam, tanpa mengira fahaman politik.
Kerajaan Pas Kelantan menuntut Kerajaan Pusat membayar royalti minyak RM1 bilion bagi pengeluaran petroelum dan gas di perairan negeri itu antara 2004 hingga 2009. Kerajaan Pusat menolak tuntutan itu.
Mengulas lanjut, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, perkembangan ini sedikit sebanyak adalah berkat doa rakyat Kelantan termasuk 40 orang ulama yang pergi ke Makkah sebelum ini untuk bermunajat kepada ALLAH agar diselesaikan isu ini segera.
Beliau juga meminta semua rakyat Kelantan terus berdoa agar pembayaran royalti ini menjadi kenyataan.
Nik Aziz juga berkata, beliau sangat gembira jika bayaran royalti ini menjadi kenyataan tetapi sedar ia adalah satu amanah besar dari ALLAH.
"Harta kerajaan ini tidak boleh buat pandai-pandai, harta sendiri pun tidak boleh buat ikut sedap je," kata beliau.
Nik Aziz berkata, jika bayaran ini menjadi kenyataan bermakna apa yang dikatakan oleh dua wakil kerajaan Pusat di Kelantan selama ini bercanggah dengan surat Perdana Menteri ini.
"PM nak buat jawatankuasa khas, Timbalan Menteri Awang Adek kata sudah bayar wang ihsan. Seorang lagi Menteri (Datuk Mustapha Mohamad) pula mengaku dalam (Dewan Undangan Negeri) Dun, dia yang sekat," kata Nik Aziz.

Najib : Jawatankuasa Khas ditubuh kaji isu bayaran tunai daripada hasil petroleum

4 Ogos 2012
KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Jawatankuasa Khas itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.

"Jawatankuasa Khas ini akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan," kata Najib dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata Jawatankuasa Khas itu akan membuat kajian berhubung mengenal pasti negeri-negeri yang layak menerima bayaran tunai daripada hasil petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

"Jawatankuasa Khas itu juga akan menentukan kaedah serta jumlah pembayaran bayaran tunai tersebut kepada negeri-negeri berkenaan," katanya sambil menambah bahawa semenjak enam bulan lepas, beberapa perbincangan dalaman dibuat berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum dan sehubungan itu kerajaan bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas tersebut.

Najib berkata dengan penubuhan Jawatankuasa Khas itu, kerajaan persekutuan berharap isu-isu yang dibangkitkan oleh kerajaan-kerajaan negeri di Pantai Timur Semenanjung akan dapat diselesaikan secara adil, telus dan saksama.

Beliau berkata berdasarkan Perjanjian di antara kerajaan negeri Kelantan dengan Petronas mengenai pembayaran mengikut Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroliam 1974 yang dibuat pada 9 Mei 1975, Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada kerajaan negeri secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan lima peratus dari nilai petroleum yang didapati dan diperoleh di Kelantan.

"Kerajaan Persekutuan mengambil pendirian bahawa dari segi perundangan, Kelantan hanya mempunyai hak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum yang dihasilkan dalam perairan negeri tersebut iaitu kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai negeri.

"Pada masa ini, tiada pengeluaran petroleum dilakukan dalam kawasan perairan negeri Kelantan. Oleh itu, dari segi perundangan, kerajaan negeri Kelantan tidak layak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum," katanya.

Najib berkata kerajaan persekutuan sentiasa meletakkan keutamaan kepada kehendak rakyat dengan membuka pintu rundingan tetapi pada waktu yang sama tidak boleh membelakangkan perundangan negara.

Najib berkata walaupun peruntukan perundangan ini adalah jelas, namun pada November 2009, beliau mengumumkan di Dewan Rakyat mengenai pemberian bayaran tunai kepada Kelantan meskipun pengeluaran petroleum buat masa ini terletak di luar perairan negeri tersebut.
 
"Keputusan ini dibuat berdasarkan keperluan untuk terus membangunkan negeri Kelantan dan meningkatkan kesejahteraan rakyatnya.
 
Peruntukan tersebut telah disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan," katanya.
 
Beliau berkata sebahagian besar peruntukan itu adalah untuk bantuan pelajar sekolah dan pelajar daripada Kelantan yang memasuki tahun pertama Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). -Bernama
Dijangka ramai beralih sokongan
NOOR AZURA SAHRIL
4 Ogos 2012
Naib Presiden PKR, Tian Chua
Naib Presiden PKR, Tian Chua
SHAH ALAM – PKR memberi gambaran awal berhubung 'berita baik' yang akan diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena lawatannya di Sabah, Sabtu depan, dengan mendedahkan lebih ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) akan berhijrah menyokong Pakatan Rakyat (PR).

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, kedudukan BN di Sabah dijangka akan tergugat dan bakal berdepan kemelut, sekiranya 'berita baik' itu diumumkan nanti.

"Kejutan ini adalah 'gempa bumi' buat BN kerana sokongan terhadap PR di Sabah semakin kukuh apabila pemimpin BN tinggalkan parti itu dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Anwar kelmarin yang memberitahu, akan ada lebih banyak 'berita baik' sempena lawatan beliau ke Sabah 12 Ogos ini.

Ketika ditanya sama ada hanya seorang pemimpin terlibat, Tian Chua berkata, dijangka lebih daripada seorang akan tinggalkan BN dan bukan hanya Ahli Parlimen.

Bagaimanapun, Tian Chua enggan dedahkan lebih lanjut dan menyerahkan kepada Anwar untuk mengumumkannya.

Hujung bulan lalu, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing, meletakkan jawatan dalam parti.
Najib: Isu Lajim 'tak ganggu' pelan PRU13

4 Ogos 2012
Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13
KUALA LUMPUR - Isu melibatkan Sabah khususnya keputusan Datuk Seri Lajim Ukin tidak akan melambatkan rancangan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.
"Ia tidak akan melambatkan rancangan untuk diadakan pilihan raya," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.
Najib yang disebut-sebut akan memanggil PRU13 selepas sambutan Aidilfitri berkata, kemungkinan ia akan diadakan tahun ini dan jika tidak, tahun depan.
"Kita tidak tahu bila pilihan raya akan diadakan. Sama ada tahun depan atau tahun ini.
"Tidak boleh menganggap ia (diadakan) tahun ini, boleh jadi tahun depan. Tidak boleh menganggap tahun depan, boleh jadi tahun ini," kata Presiden Umno ini.
Pada 28 Julai lepas, Lajim mengumumkan perletakan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta-merta.
Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai anggota Umno.
Lajim yang mengumumkan peletakan jawatannya di Likas Jaya, dekat Kota Kinabalu, dilaporkan menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk menentukan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Pada 31 Julai, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi perkenan terhadap pembatalan pelantikan Lajim sebagai timbalan menteri itu.
Umno juga dilaporkan menghantar surat tunjuk sebab kepada Lajim berhubung perletakan jawatannya dalam parti dan BN untuk dijawab bagi pertimbangan untuk tindakan seterusnya sebagaimana tertakluk dalam perlembagaan Umno.
Mengenai desas-desus bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan Lajim bertanding pada PRU13 atas tiket pakatan pembangkang, Najib berkata: "Itu biasalah, itu kerja dia. Dia biasa buat janji macam-macam."
Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, beliau akan ke Sabah untuk bertemu dengan rakyat dan pemimpin BN di negeri tersebut pada 11 Ogos ini.
Pada masa itu, beliau juga akan mengumumkan butiran mengenai Suruhanjaya Diraja Mengenai Pendatang Asing Tanpa Izin di Sabah.
Sementara itu, ditanya mengenai persepsi umum terhadap kerajaan berhubung penahanan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, yang mendedahkan penyata akaun projek National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Najib berkata, beliau tidak boleh mengulas lanjut kerana ia sedang melalui proses mahkamah.
Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, sekiranya seseorang itu mempunyai maklumat sulit mengenai sesuatu, mereka seharusnya mendedahkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bukannya kepada umum.
"... kerana jika anda dedahkan, anda menentang Bafia (Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan)... dan sebab kenapa Bafia wujud adalah bagi melindungi integriti dan kredibiliti sistem kewangan.
"... kerana sesiapa yang mempunyai akaun dalam sistem kewangan mesti merasai bahawa orang itu dilindungi dengan baik atau jika tidak orang ramai tidak akan menyimpan wang dalam sistem itu dan ini bertentangan dengan kepentingan umum.
"Tetapi ia tidak bermakna kita akan membenarkan amalan rasuah atau pengubahan wang haram kerana anda akan sentiasa mendedahkan maklumat berkenaan kepada pihak berkuasa yang berkenaan," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
PKR cabar Umno tunjuk bukti Anwar tawar Lajim wang
NURUL AINI MOHAMED ALI
3 Ogos 2012
SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi dicabar mengemukakan bukti jika benar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengaruhi Datuk Seri Lajim Ukin dengan wang untuk ‘keluar’ daripada parti teras Barisan Nasional itu, Sabtu lalu.
Naib Presiden PKR, N. Surendran berkata, Mohd Puad jelas meneruskan budaya fitnah dan menipu seperti yang biasa dilakukan pemimpin Umno yang lain.
“PKR akan meneliti berhubung perkara ini dan akan mengambil tindakan kepada Mohd Puad kerana mengeluarkan kenyataan yang berbaur fitnah ini. Tetapi buat masa ini, tiada sebarang perbincangan lagi diadakan oleh kepimpinan kanan parti,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Mohd Puad sebelum ini membuat kenyataan yang  Lajim mengambil keputusan itu kerana mengikut nasihat Anwar yang didakwa berkemungkinan menawarkan wang kepada bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu.
“Tidak mustahil pendekatan kewangan telah digunakan oleh Anwar yang menasihati Lajim untuk meletakkan jawatannya setelah melihat kata duanya tidak didengari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Kita tahu yang Anwar sekarang juga digelar ‘3 billion Man’ seperti yang dilaporkan media sebelum ini. Maka, berkemungkinan dia menggunakan sumber kewangan itu untuk memujuk Lajim meninggalkan parti,” kata Mohd Puad.
Sebaliknya, Surendran menyelar tindakan Mohd Puad ini yang disifatkan memalukan Umno sendiri kerana membuat kenyataan tanpa mengemukakan sebarang bukti.
"Saya percaya Anwar tidak terlibat dan tiada kaitan langsung dengan keputusan Lajim untuk meletak jawatan," katanya.
Tambah beliau, Umno mempunyai agenda tersembunyi apabila cuba menggunakan Mohd Puad bagi memfitnah Anwar terlibat dan menyatakan yang Lajim letak jawatan semata-mata kerana wang.
"Apabila pemimpin Umno sendiri (Lajim)  hilang  keyakinan dan kepercayaan dalam parti, perkara seperti ini (letak jawatan) memang akan berlaku. Lajim sendiri sudah tidak mampu bertahan dalam parti kerana merasakan Umno adalah sebuah parti yang menindas. Jadi, letak jawatan adalah perkara terbaik," ulas beliau.
BN Sabah ada calon sesuai ganti MP keluar parti

3 Ogos 2012
Ahmad Maslan
Datuk Ahmad Maslan
KOTA KINABALU - Barisan Nasional (BN) Sabah mempunyai calon berwibawa untuk mengisi slot yang dikosongkan oleh anggota Parlimennya yang bertindak keluar parti.
 
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, BN Sabah juga tidak akan hancur dengan tindakan wakil rakyat terbabit.
 
"... ahli Parlimen (BN) yang keluar baru empat, sedangkan Yang Berhormat pembangkang sudah keluar 13 iaitu enam dari PKR (Parti Keadilan Rakyat), lima anggota dewan undangan negeri PKR jadi Bebas, satu dari DAP dan satu dari Pas keluar (parti) dalam penggal ini.
 
"Kalau mereka kata BN hancur, mereka silap kerana angka itu menunjukkan pembangkang yang hancur bukan BN," katanya kepada Bernama selepas menghadiri Program Nur Ramadan di Masjid Jamek Kampung Likas, di sini malam tadi.
 
Tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) keluar daripada BN pada 17 September 2008 mengakibatkan BN kehilangan dua kerusi parlimen iaitu Sepanggar dan Tawau serta dua kerusi negeri iaitu Likas dan Luyang.

Pada Sabtu lepas, Datuk Seri Lajim Ukin mengumumkan meletakkan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional Beaufort berkuat kuasa serta-merta dan mengumumkan penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS).
 
Lajim yang merupakan Ahli Parlimen Beaufort bagaimanapun masih anggota Umno.
 
Sehari selepas itu, Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Bumburing pula mengumumkan keluar parti tersebut dan mengumumkan penubuhan Angkatan Perubahan Sabah.
 
Bumburing merupakan Anggota Parlimen Tuaran.

Ahmad berkata ahli Parlimen terbabit bertindak keluar parti kerana terpedaya dengan janji manis Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Terdahulu, ketika menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Pantai Manis, Kota Belud bersama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Salleh Said Keruak, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM10,000 untuk membaik pulih masjid itu. - Bernama
Wakil rakyat Sabah dicadang ganti Lajim
Wartawan Sinar Harian
3 Ogos 2012
Datuk Seri Lajim Ukin
Datuk Seri Lajim Ukin
KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin berpendapat wakil rakyat dari Sabah wajar dipertimbang untuk mengisi jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggantikan Datuk Seri Lajim Ukin.

Bagaimanapun katanya, terpulang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memutuskannya.

“Kalau diberi kepada (wakil rakyat) Sabah lebih baiklah,” katanya pada majlis pengagihan Tangki 1Malaysia Daerah Putatan di Dewan Serba Guna Putatan, semalam.

Pada Sabtu lalu, Datuk Seri Lajim Ukin mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuat kuasa serta-merta. Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai ahli Umno.
- Bernama


Rais Yatim dinasihat meletakkan jawatan dan berundur

By klpost - Fri Aug 03, 11:36 pm
Bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh menyelar Datuk Dr Rais Yatim dan menyifatkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebagai punca kontroversi sambutan hari merdeka 31 Ogos ini.“Dr Rais anggota kabinet yang tidak memahami erti tranformasi yang mahu dibuat oleh Perdana Menteri. Beliau telah merosakkan momentum sambutan hari merdeka.“Kerana beliau, pembangkang telah mempolitikkan tema hari merdeka.
“Elok sahaja dia (Dr Rais) meletakkan jawatan dan berundur. Orang tua tidak memahami keperluan semasa.
“Beliau telah merosakkan momentum tranformasi Datuk Seri Najib Tun Razak. Sekarang orang menyalahkan, BN, Umno dan Najib,” kata beliau hari ini.
Pakatan Rakyat tolak
Menurut Hashim, tema sambutan hari merdeka perlu bercirikan semangat kenegaraan bagi memastikan semua rakyat merasa bangga menjadi warga yang merdeka.
Bagaimanapun, Katanya, kebebalan politik Dr Rais boleh menyebabkan sambutan hari merdeka menjadi hambar.
“Kita simpati dengan Perdana Menteri yang mahu melaksanakan tranformasi tetapi dibantutkan oleh ahli-ahli kabinet yang tidak memahaminya.
“Menteri-menteri kabinet juga ferlu tranformasi tetapi berlainan sekali dengan yang ini. Beliau tidak memahami tranformasi,” tambah Hashim lagi.
Pakatan Rakyat menolak tema Janji Ditepati kerana mendakwa ia kempen BN.
Sebaliknya memilih tema alternatif “Sebangsa, Senegara, sebagaimana diumumkan Pengerusi jawatankuasa pemilihan tema tersebut, Datuk A Samad Said baru-baru ini.
Pakatan Rakyat juga memberi tempoh seminggu supaya Janji Ditepati ditarik balik. – KL-Today

Tiada ulasan: