Sabtu, 8 Mac 2014

MUNGKIN PALING SESUAI/LAYAK....SEDIKIT MENGHIBUR KESEDIHAN DAN KECEWAAN KELUARGA SERTA PAKATAN RAKYAT....TAPI KESESUAIAN CALON HANYA ALLAH MENGETAHUINYA DENGAN TEPAT

Wan Azizah ganti Anwar di Kajang?
pada 08-03-2014 05:03 Ditulis Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar & Nurshakira Buang
Post Pic
SHAH ALAM: Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan  Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution dilihat sebagai pilihan utama PKR untuk dinamakan sebagai calon baru parti itu bagi pilihan raya kecil (PRK) Kajang pada 23 Mac ini. 
Menurut sumber parti, keputusan akan diumumkan dalam sehari dua, sebelum hari penamaan calon pada Selasa depan. 
PKR terpaksa menamakan calon baru setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim dihukum penjara lima tahun kerana disabit kesalahan liwat oleh Mahkamah Rayuan semalam. 
Beberapa nama lain turut disenaraikan termasuk Ahli Parlimen Nurul Izzah, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan bekas pemimpin MCA Tan Yee Kew namun Azizah dan Saifuddin dikatakan mendahului pilihan.  
Sumber itu menolak kemungkinan timbalan presiden PKR Azmin Ali bertanding di Kajang kerana beliau sudah pun menjadi ADUN. 
"Nama Azmin tidak dicalonkan selepas beliau sudah menjadi Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa.
"Nama Wan Azizah disenaraikan untuk menggantikan suaminya selepas jatuhnya hukuman mahkamah semalam.
"Cakap-cakap orang mengaitkan Nurul Izzah dan Rafizi juga memang benar malah Datuk Saifuddin juga ada di dalam senarai nama itu.
"Ini juga termasuk beberapa nama pemimpin PKR dari kaum Cina termasuk bekas pemimpin Wanita MCA sedang dinilai oleh parti dan Pakatan Rakyat supaya kejayaan di Kajang terus dicapai walaupun tanpa Anwar," kata sumber itu kepada pemberita Antarapos.
Sumber turut memberitahu kemungkinan nama calon baru itu tidak diumumkan pada hari ini kerana perlu mengambil kira pandangan keseluruhan Pakatan Rakyat (PR).
Melalui ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi di Kajang, beliau berkata PKR telah menyenarai pendek 12 nama sebagai calon bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang 23 Mac depan.
Malah tegasnya, sesiapa pun yang bakal mewakili PKR kelak adalah calon yang sesuai untuk berkhidmat kepada rakyat Kajang.
Anwar dijatuhkan hukuman lima tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan semalam di atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu. Hukuman itu menjadikan beliau tidak layak bertanding di PRK Kajang. 
Anwar dalam ceramahnya sebelum itu membayangkan kemungkinan yang beliau tidak dapat bertanding dalam PRK tersebut.

SHAH ALAM: Kerjasama ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat (PR) di peringkat pusat sudah pun kukuh namun perlu dipertingkat di peringkat negeri dan kawasan.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata, PP di peringkat Pusat perlu memperkasa kerjasama di peringkat negeri khususnya di negeri-negeri yang ditadbir mereka.

"Kita akui kerjasama Pakatan Rakyat di peringkat negeri belum cukup kukuh walaupun sudah membentuk kerajaan negeri.

"Pakatan di peringkat pusat perlu menggerakkan kerjasama di peringkat negeri dan kawasan kerana kalau kita betul-betul bekerjasama Umno dapat ditumbangkan," kata beliau sewaktu berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Ke-5 di Setia Alam, hari ini.

Ahli Parlimen Seremban itu juga mengakui ada beberapa perbezaan pendapat dalam PR namun kematangan politik dalam kalangan pemimpin dapat mengatasi perbezaan yang timbul.

"Kita akui memang ada perbezaan pendapat dalam Pakatan.

"Dalam proses peletakan kerusi dan sebagainya memang kadang-kadang ada perselisihan dan bukan proses yang mudah tapi prinsip yang kita ambil dalam Pakatan Rakyat adalah menggunakan permuafakatan.

"Kematangan politik yang ditunjukkan para pemimpin utama menjadikan Pakatan semakin kukuh," katanya.

Tambah beliau juga, PR akan meneruskan kerjasama dan tidak akan berpecah sekali pun tanpa Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Umno BN ingat bila mereka sumbat Datuk Seri Anwar ke penjara, Pakatan akan berpecah.

"Mereka silap kerana Pakatan Rakyat akan terus bekerjasama walaupun Datuk Seri Anwar dikenakan hukuman dan kita akan membuktikannya dalam Pilihan Raya Kecil Kajang," katanya.


SHAH ALAM: Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai mengecam tindakan jahat Umno BN memperalat institusi kehakiman untuk mengheret Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara sekali lagi.

Beliau berkata, tindakan itu sememangnya telah dirancang kerana takutkan prestasi PR dan mahu membantutkan usaha ke arah perubahan, lapor Roketkini.

“Semalam, kerana tamak kuasa, sejarah lama berulang kembali apabila bakal Perdana Menteri PR, Anwar sekali dihukum penjara selama 5 tahun.

“Isnin ini, berkemungkinan Pengerusi DAP, Karpal Singh pula akan dikenakan hukuman. Ini semua adalah agenda hanya kerana mahu terus merompak harta negara.

“Namun mereka perlu ingat satu perkara iaitu seorang rakyat gugur, beribu akan bangun dan bangkit tumbangkan mereka, bila-bila masa saja,” katanya dalam ucapan perasmian Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke 5 di Setia Alam Convention Centre, di sini hari ini.

Ahli Parlimen Cheras itu turut menegaskan, pimpinan PR tidak boleh leka dan lemas dengan segala ancaman Umno BN, tapi sentiasa bersedia serta meneruskan khidmat memberi bantuan kepada rakyat.

Tambahnya, satu lagi usaha yang perlu dilakukan PR adalah menolak sepenuhnya politik perkauman yang menjadi amalan Umno BN.

“Kita perlu terus menyatu dan menanam iltizam menghapuskan politik berasaskan kaum yang menjadi amalan survival politik pemerintah.

“Perkauman bukan cara kita, cara kita adalah dengan urus tadbir yang baik, tidak mengamalkan rasuah, memperjuang hak dan kepentingan rakyat. Berapa susah sekali pun, kita perlu teruskannya,” tegasnya. 


BN laksana konspirasi jahat, dendam terhadap Anwar
Posted on Saturday, March 08 @ 15:23:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



KUALA LUMPUR 7 MAC: Keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan konspirasi jahat Umno BN untuk mematikan karier politik ketua pembangkang itu.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, keputusan itu dibuat kurang seminggu daripada tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil DUN N25 Kajang yang akan ditandingi Anwar.

“Jelas Umno BN berjaya melaksanakan konspirasi jahat mereka untuk membalas dendam terhadap Anwar Ibrahim dan mematikan karier politik beliau.

“AMK Selangor mengutuk sekeras-kerasnya rancangan penuh tipu muslihat ini kerana keputusan penghakiman dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan singkat.

“Mahkamah juga banyak menolak permohonan pembelaan yang dibuat seolah-olah telah bersedia menjatuhkan hukuman yang zalim ini,” katanya dalam satu kenyataan media

Katanya, keputusan tersebut pastinya akan mendapat kritikan antarabangsa serta  mencetuskan kebangkitan baru di kalangan rakyat terutama anak muda.

“Anak muda tidak akan membiarkan mereka ditindas oleh pembodohan seperti ini. Umno Barisan Nasional juga harus bersedia menerima tentangan lebih hebat dari rakyat,” katanya menegaskan jentera AMK Selangor sedang digerakkan untuk menyedarkan rakyat tentang perkembangan kes itu.

“Jika seorang lelaki yang pernah bergelar Timbalan Perdana Menteri boleh dizalimi begini, tidak mustahil rakyat terbanyak akan menerima layanan lebih buruk dari Umno Barisan Nasional semata-mata untuk kekal berkuasa,” ujarnya.-kd


 Seorang gugur, seribu akan bangkit tumbangkan UMNO-BN
Posted on Saturday, March 08 @ 13:30:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





SHAH ALAM, 8 MAC: Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai hari ini mengecam tindakan jahat UMNO-BN memperalat institusi kehakiman untuk mengheret Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara sekali lagi.

Beliau berkata, tindakan itu sememangnya telah dirancang kerana takutkan prestasi PR dan mahu membantutkan usaha ke arah perubahan.

“Semalam, kerana tamak kuasa, sejarah lama berulang kembali apabila bakal Perdana Menteri PR, Anwar sekali dihukum penjara selama 5 tahun.

“Isnin ini, berkemungkinan Pengerusi DAP, Karpal Singh pula akan dikenakan hukuman. Ini semua adalah agenda hanya kerana mahu terus merompak harta negara.

“Namun mereka perlu ingat satu perkara iaitu seorang rakyat gugur, beribu akan bangun dan bangkit tumbangkan mereka, bila-bila masa saja,” katanya dalam ucapan perasmian Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke 5 di Setia Alam Convention Centre, Shah Alam.

Ahli Parlimen Cheras itu turut menegaskan, pimpinan PR tidak boleh leka dan lemas dengan segala ancaman UMNO-BN, tapi sentiasa bersedia serta meneruskan khidmat memberi bantuan kepada rakyat.

Tambahnya, satu lagi usaha yang perlu dilakukan PR adalah menolak sepenuhnya politik perkauman yang menjadi amalan UMNO-BN.

“Kita perlu terus menyatu dan menanam iltizam menghapuskan politik berasaskan kaum yang menjadi amalan survival politik pemerintah.

“Perkauman bukan cara kita, cara kita adalah dengan urus tadbir yang baik, tidak mengamalkan rasuah, memperjuang hak dan kepentingan rakyat. Berapa susah sekali pun, kita perlu teruskannya,” tegasnya.–roketkini


 Gadis Bertudung Jadi Pengadil Bola Sepak!
Posted on Saturday, March 08 @ 13:26:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Kebebasan bertudung di negara yang majoriti penduduknya bukan beragama Islam semakin dapat dilihat dengan contoh terbaru di Itali.

Buat kali pertama dalam sejarah bola sepak negara itu, perlawanan diadili pengadil perempuan bertudung.

Chahida Chekkafi remaja Itali berketurunan Maghribi - menjadi pengadil bagi perlawanan pasukan lelaki antara San Luigi dan Karimou Stradevar, baru-baru ini.

Berdasarkan laporan Marocco World News, Chekkafi lahir dan membesar di Itali, namun ibunya pemain bola sepak di Maghribi.

Aksinya mengadili perlawanan bola sepak itu menjadi berita media setempat.

Chahida yang baru berusia 16 tahun mengadili perlawanan bagi liga junior.

Akhbar harian Corriere Della Sera membahas perkara itu malah mengandungi komentar Presiden Persatuan Pengadil Itali Marcello Nicchi yang menggambarkan gadis itu sebagai pemalu namun berbakat dan kuat semangat. -Agensi



sentiasapanas


 Tahniah Buat Mohd Saiful Bukhari Azlan !
Posted on Saturday, March 08 @ 13:15:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"

Alhamdulillah... akhirnya lu menang juga ya Mohd Saifol Bukhari, tak sia-sia segala apa yang lu lakukan selama ini. Segala Pengorbanan lu yang antara nya MENYIMPAN AIR MANI Anwar Ibrahim selama dua dalam DUBUR lu selepas DILIWAT Cukup-Cukup Berkesan bagi MEYAKINKAN Hakim-Hakim yang ARIF lagi BIJAKSANA.

Mungkin Para-Para Hakim cukup TERHARU bila membayangkan betapa SUKAR nya hidup lu semasa STOR Air Mani Anwar tanpa Membuang Air Besar.

Harap-Harap segala Pengorbanan lu ini akan DIKENANG oleh Pemimpin Umno atas sebab dapat MENYEKAT Sementara Waktu MUSUH No:1 Umno And The Gang iaitu Anwar Ibrahim dari terus Menghuru-harakan Umno And The Gang. Mungkin satu hari nanti lu akan dikenang sebagaimana Pemimpin Umno TERDAHULU dikenang dengan Panggilan Bapa Kemerdekaan, Bapa Pembangunan, Bapa Syaitan Yang Dikenali, Bapa Anak Menantu, Bapa Roti Telor dan lu Bapa Pejuang DUBUR.

Tak Kisah apa lah yang akan Penyokong Pakatan Rakyat (PR) KHAS nya Penyokong Anwar Ibrahim kata pada lu, yang penting lu sudah Menang Kes Rayuan tersebut. Lu boleh gunakan segala ILMU yang diwarisi dari BAPAK lu iaitu MUKA TAK MALU TAMPAL KULIT BABI 14 INCI sepanjang hayat Hidup lu diatas Dunia ini, kerana Ilmu tersebut memang cukup Berkesan seperti yang selalu di GUNA PAKI oleh Kebanyakkan Umno And The Gang.


Semoga lu tidak akan DILWAT lagi oleh Anwar Ibrahim pada masa akan datang kerana Anwar Ibrahim lagi bertambah Umur nya lagi kuat TENAGA beliau. Sebab itu walaupun semasa MELIWAT lu Umur beliau 61 tahun tapi lu tidak dapat MELAWAN walaupun Umur lu ketika itu dalam lingkungan 20an, nampak tak betapa BERTENAGA nya Anwar Ibrahim tu. Apa-apa pun lu memang Hebat lah Saifol berbanding dengan Mangsa-Mangsa Liawat Anwar yang lain.

Sebab nya Mangsa-Mangsa Liwat Anwar yang lain hanya berani MENYALAK TANPA BUKTI seperti Tun Mahathir, Ibrahim Ali, Umi Halfilda, Ezam Mohd Noor, Dr. Chandra Muzaffar, Roslan Kassim, Zaid Ibrahim dan banyak lagi Nama-Nama Besar yang pernah Diliwat oleh Anwar Ibrahim. Sehinggakan ada dikatakan dari Anak sampai ke Mak Bapak pun Diliwat oleh Anwar. Tapi lu lain pada yang lain kerana sanggup STOR Air Mani Anwar selama 2 hari demi untuk Menegakkan Keadilan... TAHNIAH.

Buat Para-Para Hakim Yang Arif lagi Bijaksana yang MENGADILI Kes Rayuan Saifol Bukhari, Syabas kerana lu orang telah menjalankan Tanggungjawap lu orang dengan ADIL SEADIL-ADIL nya. Susah dan Payah untuk mencari Hakim-Hakim yang Adil seperti lu orang pada masa sekarang ni, Terima Kasih dari Rakyat Malaysia atas sebab menjadi Hakim Yang Adil didalam Kes ini dengan mengambil kira STOR Air Mani Anwar selama 2 hari dalam Dubur Saiful... kah kah kah!. sumber klik sini

hemmmmm..... inilah dia politik bangsat umno yang lebih kurang politik bangsa yahudi beb, gua ingat bangsa yahudi tu pun akan geleng kepala kerana tak percaya masih ada bangsa lain yang dapat menyaingi bangsa dia orang dalam berpolitik iaitu bangsat umno... kah kah kah... A B U. "


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Saturday, March 08 @ 13:15:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



MAS siar senarai penumpang, Kru MH370
Tarikh: March 8, 2014

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines hari ini menyiarkan senarai penumpang dan kru MH370 yang hilang semasa penerbangan menuju Beijing.

Ia mengandungi nama, kewarganegaraan dan umur.

Berikut ialah senarai penumpang penerbangan:

No Nama Warganegara Umur
1. An/Wenlan China 65
2. Bao/Yuanhua China 63
3. Bai/Xiaomo Canada 37
4. Bian/Maoqin China 67
5. Bian/Liangjing China 27
6. Bibynazli/MohdHassim Malaysia 62
7. Brodskii/Nikolai Russia 43
8. Burrows/RodneyMr Australia 59
9. Burrows/MaryMrs Australia 54
10.Cao/Rui China 32
11.Chan/HuanpeenMr Malaysia 46
12.Che/Junzhang China 68
13.Chen/Jian China 58
14.Chen/ChangjunMr China 35
15.Chen/Wei Malaysia 43
16.Chen/YunMs China 57
17.Chew/KarmooiMs Malaysia 31
18.Chuang/HsiulingMs Taiwan 45
19.Chng/Mei Malaysia 33
20.Chustrak/Oleg Ukraine 45
21.Dai/Shuling China 58
22.Daisy/Anne Malaysia 56
23.Deineka/Sergii Ukraine 45
24.Di/Jiabin China 36
25.Dina/MohamedYunus Ramli Malaysia 30
26.Ding/Ying China 28
27.Ding/Lijun China 43
28.Ding/YinggMs China 62
29.Dong/Guowei China 48
30.Dou/YunshanMr China 61
31. Du/Wen China 50
32. Feng/Dong China 21
33. Feng/Jixin China 70
34. Fu/Baofeng China 28
35. Gan/Tao China 44
36. Gan/Fuxiang China 49
37. Gao/Ge China 27
38. Gu/Naijun Australia 31
39. Guan/HuajinMs Malaysia 34
40. Guan/WenjieMr China 35
41. Han/Jing China 53
42. Hashim/Noorida Malaysia 57
43. Hou/AiqinMs China 45
44. Hou/Bo China 35
45. Hu/SiwanChd China 3
46. Hu/XiaoningMr China 34
47. Huang/YiMs China 30
48. Huang/Tianhui China 43
49. Hue/PuihengMr Malaysia 66
50. Jia/Ping China 32
51. Jiang/Cuiyun China 62
52. Jiang/Xueren China 62
53. Jiang/YingMs China 27
54. Jiao/Weiwei China 32
55. Jiao/Wenxue China 58
56. Jinghang/Jee Malaysia 41
57. Ju/Kun China 32
58. Kang/Xu China 34
59. Koh/Tiongmeng Malaysia 40
60. Kolekar/Chetana India 55
61. Kolekar/Swanand India 23
62. Kolekar/Vinod India 59
63. Kozel/Christian Austria 30
64. Lawton/CatherineMrs Australia 54
65. Lawton/RobertMr Australia 58
66. Lee/KahkinMr Malaysia 32
67. Lee/SewchuMDM Malaysia 55
68. Li/Yanlin China 29
69. Li/Zhi China 41
70. Li/Guohui China 56
71. Li/Hongjing China 20
72. Li/Jie China 27
73. Li/Mingzhong China 69
74. Li/Wenbo China 29
75. Li/Yan China 31
76. Li/Yuan Australia 33
77. Li/Yuchen China 27
78. Li/Zhijin China 30
79. Li/Zhixin China 35
80. Li/Le China 36
81. Liang/LuyangMr China 60
82. Liang/Xuyang China 30
83. Lim/PowchuaMs Malaysia 43
84. Lin/AnnanMr China 27
85. Lin/Mingfeng China 34
86. Liu/Fengying China 65
87. Liu/JinpengMr China 33
88. Liu/Qiang China 40
89. Liu/Rusheng China 76
90. Liu/Shunchao China 46
91. Liu/Zhongfu China 72
92. Lou/Baotang China 79
93. Lu/Jianhua China 57
94. Lu/Xianchu China 33
95. Lui/Ching China 45
96. Luo/Wei China 29
97. Ma/Wenzhi China 57
98. Ma/JunMr China 33
99. Maimaitijiang/A China 35
100.Mao/Tugui China 72
101. Maraldi/Luigi Itali 37
102. Maria/Mohamed Yunus Ramli Malaysia 52
103. MatRahim/Norfadzillah Miss Malaysia 39
104. Meng/Nicole Chd USA 4
105. Meng/Bing China 40
106. Meng/Fanquan China 70
107. Meng/Gaosheng China 64
108. MohdKhairulAmri/Selamat Mr Malaysia 29
109. MohamadSofuan/Ibrahim Mr Malaysia 33
110. MuhammadRazahan/Zamani Mr Malaysia 24
111. Mustafa/Suhaili Miss Malaysia 31
112. Mukherjee/Muktesh Canada 42
113. Ng/MayliMs Malaysia 37
114. Norliakmar/Hamid Mdm Malaysia 33
115. Ouyang/Xin China 38
116. Puspanathan/Subramanian Malaysia 34
117. Ramlan/Safuan Mr Malaysia 32
118. Sharma/Chandrika Ms India 51
119. Shi/Xianwen China 26
120. Shirsath/Kranti India 44
121. Sim/Kengwei Malaysia 53
122. Siregar/Firman India 25
123. Song/Feifei Mr China 32
124. Song/Chunling Ms China 60
125. Song/Kun China 25
126. Su/Qiangguo China 71
127. Suadaya/Ferryindra Mr Indonesia 42
128. Suadaya/Herryindra Mr Indoensia 35
129. Sugianto/Lo Mr Indonesia 47
130. Surtidahlia/ Mrs Netherlands 50
131. Tan/TeikhinMr Malaysia 32
132. Tan/AhmengMr Malaysia 46
133. Tan/WeichewMr Malaysia 19
134. Tan/Chongling Malaysia 48
135. Tan/Sioh Malaysia 42
136. Tang/Xudong China 31
137. Tang/XuezhuMs China 57
138. Tanurisam/IndrasuriaMr Indonesia 57
139. Tee/LinkeongMr Malaysia 50
140. Teoh/KimlunMr Malaysia 36
141. Tian/Junwei China 29
142. Tian/Qingjun China 51
143. Tong/Soonlee Mr Malaysia 31
144. Vinny/Chynthyatio Mrs Indonesia 47
145. Wan/Hockkhoon Mr Malaysia 42
146. Wang/Shouxian China 69
147. Wang/Shu China 61
148. Wang/Xianjun China 61
149. Wang/Chunhua Mr China 34
150. Wang/Chunyong China 43
151. Wang/Dan China 54
152. Wang/Haitao China 26
153. Wang/Houbin China 28
154. Wang/Linshi China 59
155. Wang/Willysurijanto Mr Indonesia 53
156. Wang/Yonggang Mr China 27
157. Wang/Yonghui China 33
158. Wang/Yongqiang China 30
159. Wang/Lijun China 49
160. Wang/Ximin New Zealand 50
161. Wang/Rui China 35
162. Wang/Moheng China 2
163. Wattrelos/Ambre France 14
164. Wattrelos/Hadrien France 17
165. Wattrelos/Laurence France 52
166. Weeks/Paul Mr New Zealand 39
167. Wen/Yongsheng China 34
168. Wen/Hao China 32
169. Weng/Mei China 39
170. Wong/Saisang Mr Malaysia 53
171. Wood/Philip USA 51
172. Xie/Liping China 51
173. Xin/XixiMs China 32
174. Xing/FengTao China 36
175. Xing/Qiao China 27
176. Xiong/Deming China 63
177. Xu/Chuane China 57
178. Ya/Na China 26
179. Yan/Ling Mr China 29
180. Yan/Peng China 29
181. Yan/Xioa China 27
182. Yang/Li China 35
183. Yang/Ailing Ms China 60
184. Yang/Jiabao China 26
185. Yang/Meihua China 65
186. Yang/Qingyuan Mr China 57
187. Yang/Xiaoming Ms China 59
188. Yao/Jainfeng China 70
189. Yao/Lifei China 31
190. Yap/Cheemeng Mr China 39
191. Yin/Boyan China 33
192. Yin/Yuewang China 21
193. Yuan/Jin China 63
194. Yue/Guiju Ms China 51
195. Yue/Wenchao China 26
196. Yusop/Muzi Mr Malaysia 50
197. Zang/Lingdi China 58
198. Zhang/Chi China 58
199. Zhang/Liqin China 43
200. Zhang/QiMs China 31


sumber: www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/mas-siar-senarai-penumpang-kru-mh370-1.258269
Like · · · 38 seconds ago ·

Tiada ulasan: