Isnin, 3 Mac 2014

ARAK IBU SEGALA MAKSIAT

(UPDATE) GAMBAR BOTOL YANG DI KATAKAN UBAT NAMUN RACUN?

| 03/03/2014 
aa
Sebelum ini SM ada menerbitkan artikel DOKTOR BERI RACUN? yang mungkin menyebabkan ramai orang salah faham dengan tajuk artikel berkenaan. Ramai yang mengatakan bukan salah ubat mahupun doktor tersebut sebaliknya bayi ini, Muhammad Nasrullah, lapan bulan, alah kepada antibiotik dan di panggil steven johnson syndrome.
Ini update kepada entri berkenaan di mana Muhammad dikatakan badannya menjadi kemerahan seperti dibakar sebelum merebak ke seluruh badan selepas diberi ubat makan dan sapu yang dibekalkan klinik berkenaan. Warna kemerahan itu kemudian bertukar hitam dan menggelupas. Selain melecur pada kulit, anaknya tidak lalu makan dan sering muntah apabila diberi susu walaupun tidak mempunyai alahan terhadap susu sebelum ini.
Menurut bapa mangsa Khairul:-
“Selepas dua hari memberi Muhammad makan ubat itu, suhu badannya meningkat secara mendadak, menyebabkan kami bertambah runsing dan membawanya ke HSB.
“Doktor disini terkejut melihat kulitnya seperti dibakar dan memaklumkan badan Muhammad melecur 100 peratus.
“Saya menyerahkan ubat diberi doktor di klinik berkenaan untuk pemeriksaan dan terkejut apabila dimaklumkan itu adalah racun.
1655515_760488533962430_600531307_n
Khairul juga memberitahu hanya Allah yang tahu perasaannya ketika itu. Tujuannya untuk merawat Muhammad bertukar tragedi. Shazira ibu kepada Muhammad memberitahu anaknya terpaksa dimasukkan ke dalam wad selama tiga hari untuk rawatan. Doktor juga menasihatkan Muhammad dalam keadaan bersuhu sejuk dan tidak dipakaikan baju bagi mengurangkan kesakitan akibat melecur.
Khairul mengulas dia tidak mahu salahkan sesiapa namun berharap Kementerian Kesihatan melakukan siasatan terperinci mengenai perkara ini. Dia juga berharap ibu bapa di luar sana selidik dulu klinik swasta dan ubat yang diberikan sebelum membawa anak untuk mendapatakan rawatan.
p/s: sm harap dengan artikel ini dapat menjelaskan kekusutan yang berlaku.. sm memohon maaf jika berlaku kesilapan.
sape yg tubuhkan kilang arak di malaysia???

 

ARAK,IBU SEGALA MAKSIAT

Dosa manakah, minum minuman yang memabukkan, berzina atau membunuh. Itulah teka-teki sebagai inti khutbah Khalifah Ustman bin Affan r.a. seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy, dalam khutbah Ustman itu mengingatkan umat agar berhati-hati terhadap minuman khamr atau arak. Sebab minuman yang memabukkan itu sebagai pangkal perbuatan keji dan sumber segala dosa.
Dulu hidup seorang ahli ibadah yang selalu tekun beribadah ke masjid, lanjut khutbah Khalifah Ustman. Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan dengan seorang wanita cantik.
Kerana sudah terjatuh hati, lelaki itu menurut sahaja ketika disuruh memilih antara tiga permintaannya, tentang kemaksiatan. Pertama minum khamr, kedua berzina dan ketiga membunuh bayi. Mengira minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu, lelaki soleh itu lalu memilih minum khamr.
Tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu malah dia melanggar dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu dan membunuh bayi di sisinya.
“Kerana itulah hindarilah khamr, kerana minuman itu sebagai biang keladi segala kejahatan dan perbuatan dosa. Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar. Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir ayatnya, ia akan kekal di neraka.”

Memperingati Tanggal 14 Februari

Salam…
14 Februari memang terkenal sebagai tarikh sambutan Hari Kekasih (Valentine’s Day). Bukan saja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia menyambutnya.. Dianggarkan semua jenis bunga termasuk bunga tahi ayam dan bunga kobis dijadikan korban sempena menunjukkan bukti cinta sang kekasih.
Tapi bukanlah Ustaz Love nak bincangkan isu Hari Kekasih ke, Hari Suami Isteri ke dsb, jauh sekali nak mengucapkan selamat kepada mereka2 yang menyambutnya. Ustaz Love ingin mengajak para pembaca sekalian menyoroti satu peristiwa yang agak penting yang berlaku pada tanggal 14 Februari.

Keberanian Leftenan Adnan Saidi dan rakan yang bertempur bermati-matian adalah episod yang kekal dalam lipatan sejarah tanah air.
“Biar Putih Tulang, Jangan Putih Mata”, itulah kata-kata pembakar dan menyemarakkan lagi semangat juangnya supaya tidak gentar menghadapi Jepun, demi mempertahankan Tanah Melayu sehingga titisan darah terakhir.
Apakah perjuangan dan pengorbanan Leftenan Adnan menggadaikan nyawanya dalam usia 27 berbaloi?
Masih adakah anak bangsa pada hari ini, mahu mengikut jejak langkahnya. Pastinya, jika Leftenan Adnan dapat melihat Malaysia hari ini, Allahyarham pasti tidak menyesal mempertahankan negara dengan darahnya.
Keberanian Leftenan Adnan turut diakui General Yamashita yang dikenali sebagai Harimau Malaya. Beliau mengatakan “Jika terdapat 10 Leftenan Adnan, pasti Malaya tak jatuh ke tangan Jepun”.
Iktibar dan pengajaran boleh peroleh dari kisah keberanian beliau adalah semangat cintakan negara hendaklah dengan sepenuh hati. Jika seluruh perajurit negara dan rakyat Malaysia mempunyai semangat seperti beliau, pastinya negara ini tidak mudah dijajah atau ditewaskan musuh. Rakyat Malaysia akan lebih bertanggungjawab dan tidak sesekali menggadaikan maruah demi kepentingan diri sendiri.
Rakyat Malaysia tidak akan sanggup memperjudikan nasib negara untuk perjuangan yang tidak jelas dan merugikan.
Kepada rakyat Malaysia khususnya generasi muda, mereka perlu didedahkan dengan kekuatan sejarah agar tidak sesekali alpa dengan kemakmuran dikecap.
Mereka harus menjadikan semangat Leftenan Adnan sebagai pemangkin kepada perpaduan dan cintakan negara.
Terima kasih kepada pahlawan dahulu yang berjuang untuk mempertahankan negara.
Sama ada nama mereka tercatat atau tidak dalam lipatan sejarah, jasa mereka pasti tidak akan dipersia-siakan.
Sesukar mana pun pengorbanan mencapai kemerdekaan, lebih sukar lagi tanggungjawab mempertahankan negara.
Pada hari ini tanggal 14 Februari, akan diangkat sebagai tarikh memperingati gugurnya pejuang tanah air, Leftenan Adnan Saidi dan marilah kita hadiah sekalung doa bagi memastikan Malaysia bebas, aman dan merdeka, Al-Fatihah.
Gugurnya pahlawan Melayu di Bukit Chandu
Pertempuran Bukit Chandu (14 Februari 1942) merupakan salah satu pertempuran hebat yang berlaku dalam sejarah Singapura semasa Perang Dunia Kedua.
Pertempuran ini merupakan lanjutan kepada pertempuran Pasir Panjang, yang berlaku sehari sebelumnya. Bukit Chandu dinamakan sempena kilang memproses candu yang dahulunya terletak di kaki bukit tersebut dan merupakan garisan pertahanan terakhir Tanah Melayu dari serangan Jepun ketika itu.
Pada 13 Februari 1942, Divisyen Chrysanthemum Tentera Imperial Jepun yang handal di bawah pemerintahan Leftenan Gen Renya Mutaguchi telah melancarkan serangan ke pesisiran selatan Singapura iaitu Pematang Pasir Panjang.
Lokasi tersebut dibedil dengan mortar dan meriam dengan hebatnya. Kompeni C dan Leftenan Adnan Saidi yang ditempatkan di Perkampungan Pasir Panjang membina benteng pertahanan Rejimen di kawasan tanah tinggi yang dikenali sebagai ‘Celah’ (Gap), telah memberikan tentangan hebat sehingga memaksa Jepun untuk beralah dan berundur, walaupun Pasukan Jepun di bawah Major Kimura mempunyai bilangan anggota yang jauh lebih ramai.
Namun bagi Leftenan Adnan, yang juga cedera parah ketika itu serangan hebat pihak Jepun tidak mampu melunturkan semangatnya.
Leftenan Adnan tewas akhirnya kerana tidak mampu menandingi bilangan Tentera Jepun yang ramai. Bukit Chandu akhirnya ditawan Jepun dan Leftenan Adnan sendiri menemui ajal setelah diikat dan digantung pada pokok, lalu ditikam berkali-kali dengan benet oleh tentera Jepun.
Kematian Leftenan Adnan adalah episod perjuangan anak Melayu berjiwa cekal dan kental mempertahankan tanah air tercinta.
- Adnan Saidi dilahirkan di Sungai Ramal, Kajang Selangor pada 1915
- Anak sulung dalam sebuah keluarga berketurunan Minangkabau
- Adik-adiknya, Ahmad dan Amarullah juga merupakan anggota tentera tetapi Ahmad terbunuh dalam pertempuran selepas dia memasuki angkatan laut pada tahun 1939 apabila kapalnya, HMS Pelanduk, ditenggelamkan Jepun dalam pelayaran ke Australia.
- Amarullah terselamat dari peperangan dan menetap di Kajang, Selangor.
- Pendidikan awal di Pekan Sungei Ramal dalam aliran Inggeris
- Memulakan karier sebagai Guru Pelatih selama 1 tahun sebelum memutuskan untuk menyertai tentera pada 1933 ketika berusia 18 tahun. Beliau merupakan salah seorang daripada 25 anak Melayu pertama yang dipilih untuk menyertai pasukan Askar Melayu dan berjaya menamatkan latihan serta turut terpilih sebagai rekrut terbaik.
- 1936: Dinaikkan pangkat Sarjan dan setahun kemudian Leftenan Adnan Saidi terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan memberi hormat di London bagi menyambut pertabalan Raja George VI. Tidak lama selepas itu, beliau sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Mejar dan dihantar ke Singapura untuk kursus latihan pegawai. Setelah menamatkan kursus, beliau telah dinaikkan ke pangkat Leftenan Muda dan seterusnya dilantik sebagai ketua Platun ke-7, Kompeni C.
- Berkahwin dengan seorang guru, Sophia Pakih Muda serta dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan yang meninggal tidak lama setelah kejatuhan Singapura.
sumber
p/s: Ustaz Love memang suka baca kisah2 pejuang ni terutama semasa Perang Dunia Kedua (WWII).. tak kira perang di Pasifik ke, kat Europe ke, kat Malaya ke.. lebih menginsafkan kita betapa nikmatnya hidup dalam negara yang aman. Namun, keamanan ini mungkin takkan tercapai jika tiada orang yang sanggup untuk berkorban nyawa suatu masa dulu.
Jadi, hargailah keamanan yang ada. Jangan dirosakkan dengan maksiat hasil tangan2 kita.. kelak, jika ditimpakan bencana oleh Allah, tak kira orang jahat mahupun orang baik, semua akan terkena bahananya.
Al-Fatihah buat Allahyarham Lt. Muda Adnan bin Saidi serta para pejuang Islam yang lain.
WA
RAMAI pihak yang mempertikai tindakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said mengarahkan pasukan bola sepak Terengganu, T-Team bersumpah dengan Al-Quran depan beliau kelmarin rujuk sini ~ T-Team Bersumpah
Tindakan bersumpah kononnya untuk membuktikan kebenaran berhubung insiden pergaduhan antara pasukan T-Team dan JDT tempoh hari itu dilihat mengelirukan serta mempermainkan agama dan begitu bersifat kebudak-budakan.
‎Dalam kehangatan orang ramai mencemuh tindakan itu, tidak ketinggalan pengacara terkenal TV3, Ahmad Fedtri Yahya yang dilihat turut menegur perbuatan tersebut.
Sebaik sahaja upacara bersumpah tersebut dijalankan, melalui akaun twitter miliknya, Fedtri menulis:
"Muhasabah diri: Quran pun jarang² ‎buka, tebal dengan debu. Mengembalikan fungsi sebenar Al-Quran, Bukan sekadar hiasan hantaran dan alat bersumpah"

Berapa ramai orang jadi keliru dengan perbuatan bersumpah depan Al-Quran ini dan menyangka ia adalah ajaran Islam?
Sedangkan orang yang suka bersumpah itu menunjukkan ciri-ciri 'munafik' yang menjadikan sumpah sebagai perisai lalu‎ membawa orang lain kepada kesesatan.
‎"Mereka (orang-orang munafik) menjadikan sumpahnya sebagai perisai, lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan" [Al-Munafiqun: 2].
Al-Quran tidak dibaca, sebaliknya hanya jadi alat untuk bersumpah.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Heboh cerita pasal Kassim Ahmad yang anti hadis. Dalam pada Kassim dibelasah kiri dan kanan, atas dan bawah, alih-alih beliau dibela oleh Tun Mahathir. Tiba-tiba golongan yang begitu tinggi semangatnya mempertahankan Melayu Islam menjadi suam-suam kuku.

Tiada darah terpercik seperti dalam isu Teresa Kok, ataupun isu daging babi dilempar ke masjid. Mana pergi semangat kejantanan mereka? Janganlah kerana ada Tun Mahathir di belakangnya maka semua pihak – Umno, mufti, jabatan agama dan sebagainya berasa malu-malu untuk bertindak tegas seperti mana dalam kes-kes menghina agama sebelum ini. Atau adakah hanya Kassim berbangsa Melayu maka marahnya agak berbeza?

Dalam isu agama, sepatutnya tidak kiralah sama Melayu, Cina atau India, berdarjat atau tidak, tindakan sewajarnya mesti diambil. Saya bimbang, kemarahan meluap-luap sehingga sanggup mengorbankan binatang itu bukan ikhlas kerana mempertahankan agama tetapi lebih kepada sikap rasis dan kepentingan politik.

Saya teringat ketika Kelantan mula-mula berhasrat melaksanakan undang-undang jenayah Islam di Kelantan, antara yang dikatakan menghalangnya ialah Tun Mahathir. Pelbagai alasan dan cara digunakan untuk menghalang undang-undang tersebut daripada terlaksana. Pelaksanaan penuh undang-undang tersebut memerlukan prasarana dan sokongan dari pusat – polis, mahkamah, penjara dan sebagainya.

Jadi tidaklah agak pelik jika seorang yang anti hadis berkawan dengan seorang yang pernah menghalang undang-undang jenayah Islam yang hudud termasuk di dalamnya. Cuma saya tidak mahu mengatakan orang anti hadis berkawan dengan orang anti hudud. Hal ini kerana saya percaya Tun Mahathir bukan anti hudud tetapi penasihat agamanya tidak memberi maklumat yang sepatutnya.

Kesimpulannya, saya berharap JAKIM dapat menangani isu Kassim Ahmad ini dengan bijaksana. 
 Waspada 'strok haba' berikutan cuaca panas - KP Kesihatan
Posted on Sunday, March 02 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal 'heat stroke' atau 'strok haba' berikutan cuaca panas dan kering ketika ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu Bernama, definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celsius.

"Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas. "Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam," katanya.



Dr Noor Hisham berkata suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menyatakan keadaan cuaca panas dan kering melanda negara ketika ini agak tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini.

Dr Noor Hisham berkata pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas disamping kurang minum air dan dehidrasi badan antara punca boleh menyebabkan strok haba.
Oleh itu beliau menyarankan beberapa langkah segera untuk diambil sekiranya ada individu terkena strok haba iaitu menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin.

"Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah.

"Pesakit juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan," katanya.

Dr Noor Hisham turut meminta orang ramai mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari.-bernama/bh
 Anugerah: NGO gesa PM pecat Zahid Hamidi
Posted on Sunday, March 02 @ 23:30:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Mohd Ali Baharom mahu Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengundurkan diri dari kabinet.

Beliau turut mengatakan Zahid tidak menjaga maruah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan menyampaikan penghargaan kepada Malaysiakini.

"Saya terkejut juga dengan pemberian anugerah menteri KDN (Kementerian Dalam Negeri) Zahid Hamidi kepada Malaysiakini.



“Itu kami sedih dan rasa marah kepada menteri KDN yang tidak peka, tidak celik dan tidak bijak yang boleh dipanggil bodoh," kata beliau dalam sidang media di Hotel Midah hari ini.

Ali berkata tidak patut seorang menteri kabinet seperti Zahid memberi penghargaan kepada Malaysiakini tidak sampai sehari selepas mengeluarkan berita berhubung kesibukan Rosmah yang tiada masa untuk hobi, anaranya bermain badminton.

Ali (atas, berbaju kuning) hari ini ditemani gabungan 14 NGO lain di bawah payung Sekratariat Gabungan Sahabat 1Malaysia (SAHABAT).

Malaysiakini mendapat hadiah Kecemerlangan Media Sosial untuk kategori media atas talian dalam Anugerah Media Sosial dan Penulis Blog Sedunia 2014 27 Februari lalu.

Bagaimanapun anugerah bukanlah dari Zahid yang hanya hadir sebagai tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah.

Anugerah kepada Malaysiakini itu hasil undian awam (80 peratus) dan selebihnya penilaian juri.

Ali yang lebih dikenali sebagai “Ali Tinju” juga mendakwa Zahid telah menunjukkan prestasi buruk sepanjang menerajui KDN sejak tahun lalu.

Kerja separuh jalan

Ali mendakwa Zahid hanya melakukan kerja setengah jalan termasuk dalam isu membabitkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan isu kalimah Allah, kerana tiada pendakwaan dibuat ke atas Mohamad dan paderi Lawrence Andrews.

"Saya ulang sekali lagi mohon jasa baik PM Datuk Seri Najib Razak supaya pecat Zahid Hamidi.

"Beliau buat pelbagai masalah, buat kerja setengah jalan dan tak habiskan kerja beliau. Conotohnya isu Mat Sabu, Dia 'gempak' dalam dewan (perhimpunan agung) Umno tetapi tiada tindakan (susulan)

Ali turut mempertikaikan kenyataan Zahid dalam isu video kontroversi anggota Parlimen DAP Teresa Kok yang disifatkan Ali sebagai 'membahayakan' negara.

"(Dalam) isu Teresa Kok, dia katakan tampar orang tak salah. Ini yang bahaya ini. Harap PM bijak untuk buat penukaran," kata beliau.

Sementara itu seorang pemimpin NGO AKS Ramesh Rao pula mendakwa Malaysiakini didanai oleh badan yang menyokong revolusi 'Arab Spring' di Timur Tengah dan sebahagian dari agenda zionis.

Beliau turut mempertikai pemberian hadiah Kecemerlangan Media Sosial untuk kategori media atas talian dalam Anugerah Media Sosial dan Penulis Blog Sedunia 2014 27 Februari lalu.

"Penerima dana zionis tidak layak jadi media portal terbaik. Banyak lagi portal baik di Malaysia ini," kata beliau.-mk
 
MB: Prospektus saham air diterbit lepas 6 bulan penstrukturan berjaya
Posted on Monday, March 03 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





KAJANG 2 MAC: Prospektus saham industri air Selangor dijangka diterbitkan dalam jangka masa enam bulan hingga setahun selepas penstrukturan industri air berjaya dimuktamadkan.

Menteri Besar , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata masa itu diperlukan bagi memberi laluan kepada proses pengambil alihan, penyusunan semula organisasi dan lain-lain kajian dijalankan sebelum Kerajaan Negeri memutuskan harga saham yang akan ditawarkan kepada rakyat.

“Selepas enam bulan hingga setahun penyusunan semula barulah kita boleh keluarkan prospektus untuk pembelian saham.
“Pembeli saham tidak akan berminat nak beli kertas saham sekiranya mereka tak tahu bagaimana pulangannya, asetnya dan sebagainya,” kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Majlis Perhimpunan Perdana JMB/MC dan Anugerah K-Star Pangsapuri Selangor di Dewan Konvensyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di Bandar Seri Putra di sini, hari ini.

Sebelum sesebuah syarikat menerbitkan saham awam dengan kelulusan Bursa Saham Malaysia dikehendaki mengeluarkan prospektus atau tawaran awam terlebih dahulu.
Ia bertujuan selain memenuhi prosedur bagi membolehkan orang awam berminat membeli saham mengetahui kedudukan kewangan, aktiviti perniagaan, pegangan aset dan pulangan dari pelaburan yang akan dibuat mereka.

Abdul Khalid turut memberi jaminan Kerajaan Negeri tidak akan membayar lebih daripada harga RM9.65 bilion yang ditawarkan bagi pengambilalihan empat syarikat-syarikat konsesi pengurusan air negeri itu.

Kata Abdul Khalid, RM9.65 bilion ditawarkan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd, Konsortium Abass Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (Splash) merupakan nilai optima sekaligus mengelakkan kerugian wang pembayar cukai negeri itu.

“Kita tidak akan biarkan harga tinggi, kalau tidak pihak konsesi akan dapat untung lebih tetapi rakyat Selangor tidak mahu bayar lebih.

“Kalau dia minta harga lebih saya akan lawan dengan tawaran permulaan RM5 bilion bukan RM9.65 bilion. Rakyat Selangor juga minta saya bawa ke mahkamah jika nak minta lebih.

“Kalau mahkamah minta saya bayar kurang RM9.65 bilion saya akan bayar RM9.65 bilion juga kerana kita sudah janji. Kata-kata kita adalah suatu jaminan,” kata Abdul Khalid lagi.-sk
Kassim Ahmad: Anwar akur kehendak Ustaz Fadzil
Posted on Sunday, March 02 @ 23:13:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



KOTA BHARU: Biar pun posisi Ustaz Fadzil Mohd Noor sebagai Timbalan Presiden Abim, namun pandangannya dihormati Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun beliau sebagai presiden ketika itu.

Ketika itu Ustaz Fadzil menasihatkan Anwar supaya tidak hadir pada forum bersama Kassim Ahmad dianjurkan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) pada 1982.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, pada masa itu beliau dan rakan-rakan PMUM menganjurkan forum tersebut bagi mendengar penjelasan Kassim selepas keluar daripada tahanan di bawah ISA.

“Kami sengaja menganjurkan forum tersebut bagi mendengar dari mulut Kassim sendiri mengenai pengalaman berada di bawah ISA.

“PMUM juga menjemput Anwar sebagai panel kerana beliau sebagai presiden Abim. Namun apabila tiba masanya Anwar tidak datang.

“Jadi saya sebagai pengarah program datang mendapatkannya di Yayasan Anda tidak jauh daripada UM. Anwar memberitahu beliau tidak datang kerana Ustaz Fadzil melarang menyertai forum tersebut,” katanya pada ceramah di Guchil Bayam di sini malam tadi.

Husam berkata, beliau dan rakan-rakan keliru dan tidak dapat memahami apa maksud larangan Ustaz Fadzil sehingga terpaksa dipatuhi Anwar.

Menurutnya hanya selepas tiga hari kemudian beliau dapat memahami larangan Ustaz Fadzil kepada Anwar kerana telah lama mengetahui pendirian songsang Kassim terhadap agama.

“Ustaz Fadzil begitu tinggi bacaan politik kerana lebih awal mengetahui apa yang akan berlaku. Dia tidak mahu Kassim diberi muka kerana kesesatannya,” ujarnya lagi.

Oleh itu beliau hairan mengapa kerajaan lambat bertindak kerana sudah terbukti Kassim seorang yang sesat kerana tidak mempercayai Nabi Muhammad saw.

Menurutnya juga kerajaan lambat bertindak kerana di belakangnya ada pemimpin besar yang ada hubungan dengan kerajaan.

“Cuba bayangkan kalau Kassim itu penyokong PAS sudah awal-awal lagi kerajaan bertindak,” katanya.

Hadir sama pada ceramah itu Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim, Ketua Pemuda PAS Kota Bharu, Dr Rosli Alani Abdul Kadir dan pendakwah, Ustaz Khairul Ikhwan.

Sementara itu pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus berkata, sesiapa yang menolak Hadis maka dia dengan sendiri keluar daripada Islam.

Menurutnya syahadah seseorang itu tidak lengkap kalau tidak disebut lafaz bahawa Aku Naik Saksi Bahawa Nabi Muhammad saw Adalah Pesuruh Allah.

“Tidak percaya kepada syahadah yang kedua bermakna sudah keluar dari Islam dan menjadi murtad,” katanya pada kuliah di Medan Ilmu kelmarin.-hd
 
 Ada Hikmah Di Sebalik Sesuatu Taqdir Allah
Posted on Sunday, March 02 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



"Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah Maha Mengetahui. Begitu juga dengan sunnah Nabi. Sunnah dalam pemakaian, tutur kata, ketika berjalan, ketika hendak makan dan minum. Terkadang ianya nampak remeh. Namun, pahalanya sangat besar di sisi Allah swt.

Ada seorang raja yang hobinya memburu binatang. Setiap kali ingin pergi memburu, raja ini membawa penasihatnya sekali. Mereka berdua masuk ke dalam hutan

. Kemudian, raja tersebut ternampak seekor rusa. Lalu, raja itu menembaknya. Namun, rusa itu masih belum mati. Raja itu mengeluarkan pisau lalu meyembelih leher rusa itu. Tanpa disedari, satu jarinya telah terpotong. Lalu, dia mengadukan kesakitannya kepada penasihatnya itu. Kata raja,"Wahai penasihatku, sungguh sakit yang ku rasakan akibat terpotongnya jariku ini".

Penasihat itu menjawab dengan tenang,"Ada hikmahnya, tuanku". Raja mula berang. Dikatanya,"Wahai penasihat, hikmah apakah yang ada jika jariku terpotong? Tiada hikmah. Malah aku kehilangan satu jari". Kemudian, raja itu menghumban penasihat itu ke dalam penjara istananya.

Selepas itu, si raja meneruskan hobinya. Kali ini, raja itu berseorangan. Lama beliau di hutan. Namun, seekor binatang pun tidak dijumpai. Raja itu pun terus berjalan hingga sampai ke  dalam hutan tebal. Kemudian, terdapat sebuah perkampungan orang asli. Orang asli disitu makan orang. Kebetulan pula, hari tersebut adalah Hari Raya Korban bagi mereka. Lalu, mereka menangkap raja tersebut untuk dijadikan korban. Raja itu diletakkan di dalam kawah besar.

Perencah dan rempah sudah dimasukkan. Air pun telah dimasukkan sehingga paras dadanya. Hanya belum dinyalakan api sahaja. Maka, orang asli disitu bertanyakan kepada Tok Batin mereka. Kata mereka,"Tok, bolehkah kita menjadikan orang itu sebagai korban kita?".

Tok Batin menjawab,"Boleh sekiranya tiada kecacatan pada tubuhnya". Lalu, mereka memeriksa tubuh raja itu dan mendapati jarinya kurang satu. Hal itu pun diadukan kepada Tok Batin. Kemudian Tok Batin menjawab,"Lepaskanlah dia kerana kecacatan pada jarinya". Raja itu pun dilepaskan. Dengan segera si raja pulang ke istana. Si raja bergegas menuju ke penjara istana. Lalu, dia menemui penasihatnya kemudian memeluknya sambil menangis. Penasihat itu pun pelik. Kemudian dia bertanya,"Wahai tuanku, apakah yang telah terjadi?".

Tuanku menceritakan segala yang terjadi. "Benarlah katamu. Ada hikmah hilangnya satu jariku ini. Jika tidak, pasti aku menjadi korban mereka". Kemudian si penasihat menjawab,"Wahai tuanku, ada hikmahnya engkau meletakkan ku di dalam penjara ini. Jikalau aku turut bersamamu, pasti engkau akan terselamat dan aku akan menjadi korban mereka".
 http://silverheritage.blogspot.com/
Lain2 Artikel menarik

Dakwah Khalid-bin Walid-ra-di-medan perang.
bagaimana-rumpun-melayu-bangun menentang penjajah?
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
kamal_hasan
Posted on Sunday, March 02 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
 Tukang Pancung Kepala Yang Terkemuka Di Arab Saud (berserta video)
Posted on Sunday, March 02 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol




Tukang pancung kepala terkemuka Arab Saudi untuk penjenayah yang dihukum mati tidak begitu risau apabila kerajaan ingin mengubah hukuman menggunakan pasukan menembak.“Ia tidak akan meletakkan saya hilang kerja,” Muhammad Saad Al-Beshi berkata dalam satu temu bual dengan Okaz / Saudi Gazette.
Al-Beshi berkata beliau juga tahu bagaimana untuk menggunakan senjata api dan boleh menggunakan kemahiran itu dalam melaksanakan hukuman penjenayah.

Pancung kepala masih lagi dijalankan, Al-Beshi tambahnya.
 

“Saya baru saja datang kembali dari Raniya Governorate dimana saya menjalankan hukuman mati mengunakan pedang”Al-Beshi telah bekerja sebagai tukang pancung kepala sejak tahun 1998 dan kini melatih salah seorang daripada anaknya dalam bidang ini.
Beliau berkata kini anaknya telah menjadi sangat mahir kerana dia sentiasa membawanya ke dataran pelaksanaan dan membiarkan dia melihat bagaimana pemotongan kepala itu dilakukan.“Saya mengajar anak saya selok-belok kerja untuk belajar kemahiran yang diperlukan,” katanya.
Al-Beshi boleh memotong kepala seberapa ramai penjenayah yang diperlukan untuk dipancung dalam sehari.“Ia tidak penting kepada saya: Dua, empat, 10 – Selagi saya melakukan kehendak Allah, ia tidak kira berapa ramai orang yang saya laksanakan,” katanya.
Al-Beshi mula bekerja di penjara Taif di mana tugasnya adalah untuk mengari dan menutup mata banduan sebelum pelaksanaan hukuman di buat.“Saya kemudian menguatkan keinginan diri untuk menjadi tukang pancung,” katanya dalam satu temubual.
 
Pekerjaan pertama beliau datang pada tahun 1998 di Jeddah.“Penjenayah telah diikat dan ditutup mata. Dengan satu pukulan pedang saya terputuslah kepalanya. Kepala akan bergolek bermeter jauhnya. ”Al-Beshi berkata bahawa pada mulanya dia merasa gementar kerana ramai orang menonton, tetapi kini gementar itu adalah satu perkara yang telah lalu.
Beliau berkata beliau tenang di tempat kerja kerana dia melakukan pekerjaan Tuhan.
“Tetapi terdapat ramai orang yang pengsan apabila mereka menyaksikan pelaksanaan. Saya tidak tahu mengapa mereka datang dan menonton jika mereka tidak mempunyai kekuatan untuk itu. ”
Sebelum pelaksanaan, Al-Beshi pergi kepada keluarga mangsa untuk mendapatkan pengampunan bagi jenayah.” Saya sentiasa mengharapkan harapan penjenayah, sehingga minit terakhir, dan saya berdoa kepada Allah untuk penjenayah diampunkan di alam seterusnya. ”

Al-Beshi tidak mendedahkan berapa banyak dia mendapat bayaran setiap pelaksanaan kerana ini adalah perjanjian sulit dengan kerajaan.Tetapi beliau menegaskan bahawa ganjaran tidak penting.“Saya sangat bangga untuk melakukan kerja Tuhan,” tegas beliau.
Sementara itu, seorang doktor pakar forensik Hal Ehwal Kesihatan di Jeddah berkata pelaksanaan dengan peluru menamatkan jasad lebih cepat.Dr Ali Reda menyatakan bahawa beberapa tukang pancung yang tidak mempunyai banyak pengalaman perlu 2,3 kali menyerang leher penjenayah itu sebelum berjaya memutuskan kepala. –mynewshub.my
 

Tiada ulasan: