Rabu, 8 Januari 2014

YANG AMALKAN RASUAH NAK KAYA DIDUNIA....NAK SENANG DIDUNIA....AKHIRAT MEREKA JADI ORANG YANG PALING MALANG...BERTAUBAT NAK KENA MINTA MAAF@MINTAK REDA ORANG YANG KITA MINTAK RASUAH...MEREKA DAH MATI...BIASA MEREKA TAK REDA KERANA TERPAKSA....CUMA KITA FAHAM BOLEH KE REDA MEREDA PERKARA YANG TELAH HARAMKAN...SENIRI MAU INGATLAH

KUALA LUMPUR: Kerja pemasangan kain kanvas di kawasan runtuhan tebing di Jalan Mahameru di sini giat dilakukan hari ini bagi mengelak resapan air hujan ke dalam tanah.
  
Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata ia bagi mengelak berlaku runtuhan seterusnya.
  
"Bomba masih memantau keadaan tebing itu dari semasa ke semasa dan kerja pembuangan tanah sedang dilakukan kontraktor," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
  
Beliau berkata tiada pergerakan tanah dikesan buat masa ini.

"Apa yang membimbangkan kami ialah kerja pembuangan longgokan tanah, jika tidak diselesaikan secepat mungkin, kemungkinan besar petang nanti akan hujan dan berlaku runtuhan lagi.

"Jika petang nanti hujan dan berlaku runtuhan kali kedua, bomba akan mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menutup terus Jalan Mahameru kepada lalu lintas," katanya.
  
Samsol menasihati pengguna kenderaan yang melalui Jalan Mahameru agar berwaspada.
  
Dua daripada tiga lorong di Jalan Mahameru dari arah Parlimen ke Pusat Dagangan Dunia Putra yang ditutup semalam ekoran runtuhan tebing, dibuka kepada lalu lintas pagi ini.
  
Kejadian kira-kira 5.20 petang semalam susulan hujan lebat menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang 10km. - Bernama
KUALA LUMPUR: Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail (gambar), yang menghadapi dua tuduhan pecah amanah berjumlah RM49.7 juta, hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini untuk menangguhkan prosiding kesnya di Mahkamah Sesyen.
  
Peguam Wan Shahrizal Wan Ladin memaklumkan pihaknya memfailkan permohonan penangguhan prosiding itu sementara menunggu rayuan anak guamnya untuk membatalkan pertuduhan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi ketika kes itu disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Norsharidah Awang hari ini.
  
Wan Shahrizal turut memaklumkan Mahkamah Tinggi menetapkan 19 Mac ini untuk pengurusan kes bagi rayuan tersebut.

Tarikh perbicaraan kes itu di Mahkamah Sesyen yang dijadualkan pada 20 dan 21 Jan ini dikekalkan.
  
Pada 22 Nov tahun lepas, Norsharidah menolak permohonan Mohamad Salleh untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya selepas mendapati pertuduhan tersebut tidak cacat dan mempunyai asas untuk didengar melalui proses perbicaraan.

Mohamad Salleh memfailkan permohonan untuk menggugurkan dua pertuduhan itu pada 7 Jan tahun lalu.
  
Pada 12 Mac 2012, Mohamad Salleh, 65, selaku pengarah syarikat NFCorp, didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM9,758,140 melalui empat keping cek untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium 'One Menerung' di Parcel BI-1 dan B1-2, Blok B di atas geran nombor 65152, lot no.56454 di Mukim Kuala Lumpur.
  
Kesalahan itu dilakukan antara 1 dan 4 Dis 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail.
  
Bagi pertuduhan kedua, di alamat dan bank sama, antara 6 Mei dan 16 Nov 2009, beliau didakwa melakukan kesalahan sama dengan memindahkan wang RM40 juta melalui satu cek ke dalam akaun syarikat National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd bagi kegunaan syarikat tersebut di mana beliau dan seorang daripada anaknya adalah pemilik syarikat berkenaan.
  
Kedua-dua pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebat serta boleh didenda.
  
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud. - Bernama
KUALA LUMPUR: Biarpun kesemua tahanan ISA dibebaskan Ahad lalu, badan anti akta zalim itu, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) beranggapan perjuangan menentang kezaliman masih belum selesai.

Ia berikutan terdapatnya beberapa akta yang mirip ISA seperti SOSMA dan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang digubal bagi menggantikan undang-undang lapuk ISA.

Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh berkata GMI sememangnya menyambut baik pembebasan enam tahanan terakhir ISA, namun tiada apa yang boleh dibanggakan memandangkan ISA sudahpun diumumkan pemansuhannya pada 2011.

"Malah, pembebasan ini juga dianggap GMI sebagai sudah terlewat, selain menjadi lambang kesombongan kerajaan kerana enggan membebaskan tahanan tersebut lebih awal," tegas beliau pada satu sidang media, di sini, hari ini.

Tambah Syed Ibrahim, pihaknya juga kecewa dengan keengganan kerajaan menutup Kem Tahanan Kamunting yang menjadi simbol kezaliman kerajaan terhadap mangsa dan kelurga tahanan ISA.

Malah, tegas Syed Ibrahim, hasrat kerajaan untuk menempatkan tahanan SOSMA dan PCA hanya menambahkan lagi siri kesengsaraan dan kezaliman yang dikenakan ke atas mangsa dan keluarga mangsa.

Tegas beliau, sekiranya kerajaan benar-benar telus ingin melaksanakan transformasi politik, kem tahanan yang menjadi simbol kezaliman ISA itu perlu ditutup.

Bagaimanapun, Syed Ibrahim turut beranggapan pembebasan tahanan ISA yang terakhir ini merupakan kejayaan terbesar kepada GMI dan semua pihak yang bersma-sama memperjuangkan agar ISA dimansuhkan.

"Justeru, GMI yang bermatlamat untuk memansuhkan ISA dan membebaskan tahanan ISA akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat dengan gabungan lain di bawah GMI mengenai pembubaran NGO ini," tegas beliau.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak, sam ada rakan-rakan NGO, mahasiswa, parti politik, media dan seluruh rakyat Malaysia yang selama ini menyokong perjuangan GMI.
KUALA LUMPUR: Hari ini berlangsung perbicaraan kali ke-2 terhadap Presiden Mesir yang digulingkan, Dr Mohammad Morsi, lapor Aljazeera.

Mahkamah yang dikuasai regim tentera membicarakan Presiden Morsi atas tuduhan pembunuhan yang berlaku di hadapan Istana Presiden di Kaherah, tahun lalu.

Apa yang pelik dalam kejadiaan tersebut adalah, ianya perhimpunan yang aman dianjurkan penyokong Ikhwanul Muslimin untuk mendokong kepimpinan Presiden Morsi, tetapi mereka diserang oleh sekumpulan puak bersenjata yang menyokong kumpulan penentang kerajaan.

Dalam peristiwa tersebut, dilaporkan sepuluh orang terkorban, lapan daripada mereka merupakan penyokong Ikhwan dan dua orang lain orang awam.

Penganalisis politik Mesir menyifatkan pendakwan ke atas Presiden Morsi amat pelik dan memalukan undang-undang, apabila pendakwaraya membuka kes pendakwaan terhadap kematian dua orang awam, manakala kes lapan orang penyokong Ikhwan yang terkorban ditutup.

"Lebih pelik lagi apabila mahkamah mendakwa Presiden Morsi dan beberapa pemimpin Ikhwan lain terbabit dalam pembunuhan tersebut," kata seorang peguam.

Hari ini kerajaan regim tentera telah mengerahkan lebih 20 ribu anggota polis untuk berkawal di kawasan mahkamah.

Manakala ponyokong Morsi mengajak seluruh rakyat Mesir yang prihatin untuk turun beramai-ramai ke mahkamah bagi membantah perbicaraan kes yang dianggap 'olok-olok;' oleh kebanyakan rakyat.
KOTA BHARU: Kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mereka yang menolak Islam tidak merasa apa-apa pun ketika melakukan rasuah, menipu atau menyeleweng harta kerajaan.

“Begitu juga mereka yang membeli undi ketika pilihan raya pun tidak rasa apa-apa. Setiap hari mereka duduk dengan tidak tahu dosa dan pahala.

“Jadi kita dalam jemaah Islam kena sentiasa berjaga-jaga. Zaman Nabi Muhammad SAW pun ada golongan munafik. Ketika baginda tinggal di Mekah tidak ada munafik.

“Namun selepas baginda berhijrah ke Madinah dan mewujud kerajaan Islam maka ketika itulah muncul golongan munafik yang berpura-pura,” kata Mursyidul Am PAS di sini.

Beliau berkata, ketika perang Uhud juga muncul golongan munafik.

“Golongan munafik di mana-mana sahaja ada dari dahulu sampai sekarang. Sebab itulah pendokong Islam tidak boleh duduk diam dan perlu terus berdakwah,” katanya.

Menurutnya juga mengekalkan kerajaan PAS di Kelantan bukan lagi sebagai pilihan sebaliknya ia sebagai kewajiban bagi setiap orang Islam.

Kata beliau sebagai hamba Allah Taala orang Islam wajib pilih Islam bagi mentadbir kehidupan mereka di dunia sekarang.

Malah kata beliau berdosa sekiranya umat Islam menolak ajaran agama mereka dan menjadikan sekular sebagai pilihan.

Oleh itu beliau yang juga mantan Menteri Besar Kelantan yakin kepemimpinan yang ada di Kelantan sekarang Insya-Allah mampu mempertahankan kerajaan negeri.

“Pemimpin yang ada hari ini lebih ramai berilmu berbanding dahulu, ketika zaman Datuk Asri dahulu hanya ada seorang sahaja yang lulusan universiti,” ujarnya.

 

 


Rasuah, Kontrak dan Dharurat
  Friday, 20 October 2006 08:42
 Assalamualaikum.... > > 
Saya ada satu kemuskilan yang perlu dijelaskan. > > > > Saya adalah kakitangan awam yang bekerja di sebuah institusi. Tugas > > hakiki saya adalah sebagai seorang pensyarah. Disamping itu saya > > juga ditugaskan sebagai ketua bengkel (bukan tugas hakiki, tetapi > > tugas membantu ketua jabatan didalam soal perolehan bengkel)di > > insitusi tersebut.Satu hari saya didatangi seorang kawan lama yang > > merupakan seorang pembekal didalam soal pembekalan barangan.. Ianya > > mempunyai syarikat sendiri dan mampu membekalkan apa-apa barangan > > jika saya ingin membelinya.Pada suatu ketika bengkel saya ingin > > membeli barang tertentu, dan dia mengetahuinya,lalu datang berjumpa > > saya. Saya menanyalah jika syarikatnya boleh membekalkan barang yang > > hendak saya beli itu,katanya syarikatnya mampu membekalkan kepada > > saya sekiranya syarikatnya berjaya, dan dia memohon supaya saya > > menolongnya mendapatkan pembekalan tersebut dan bersetuju memberi > > sedikit imbuhan setelah semua peringkat selesai hingga ke proses > > pembayaran oleh insitusi tersebut. Oleh kerana syarikatnya mengikuti > > segala aspek barangan yang dikehendaki,mengikut apa yang dikehendaki > > oleh bengkel,tidak ada keraguan dr segi barang yang ditawarkan, maka > > saya telah mengambil syarikatnya supaya membekalkan kepada bengkel > > saya. > > > > Selepas beberapa minggu dia datang dan ucapkan terima kasih kerana > > membeli dr syarikatnya dan mengotakan janjinya.Katanya dia ikhlas > > menolong saya, kerana saya telah membeli dr syarikatnya. > > > > Jadi adakah imbuhan yang saya terima itu dianggap rasuah, sedangkan > > tugas yang saya buat itu bukan digajikan untuk proses pembelian > > barang, tetapi tugas hakiki adalah pensyarah.Tolonglah saya. > > Terima KAsih. Jawapan Ringkas Ust Zaharuddin Abd Rahman ( ini jawapan lanjutan kedua, sila baca jawapan pertama di bawah sekali) wa'alaikumussalam Ye benar, ia tidak boleh dianggap dharurat. Malah jika kita meneruskan demikian maka kita dikira bersyubahat bagi memakmurkan lagi amalan haram rasuah ini. Adapun berkenaan, ungkapan "tiada business yang boleh didapati tanpa rasuah" yang sering digunakan oleh usahawan zaman ini...maka saya nasihatkan agar membaca erti firman Allah ini.. "Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang musyrik itu najis (kerana mempersekutukan Allah) , maka janganlah benarkan mereka memasuki masjid al-aharam sesudah tahun ini (iaitu tahun 9 hijrah). Dan jika kamu khuwatir menjadi miskin (kerana larangan ini akan menyebabkan hilangnya punca perniagaan bagi orang Islam di Mekah), maka Allah akan memberikan kekayaan kepadamu dari KurniaNya, jika dia mengkehendaki. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi bijaksana" (At-Tawbah : 28) Lihatlah, bagaimana Allah menginginkan umat Islam berpegang dengan arahan dan prinsip walaupun dari sudut zahirnya kelihatan akan membawa kerugian (atau tak dapat kontrak), Allah menguji keiman umat Islam terhadap keyakinan mereka bahawa pemberi rezseki adalah Allah selagi kamu bertaqwa .. Sebuah ayat lagi menyebut :- "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan jalan keluar baginya, dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya, dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya... ( At-Talaq : 2-3) Jelas, kuatkan iman dan banyakkan tawakkal, saya pernah bertugas di Ingress Corporation berhad. Syarikat ini begitu teguh mengelak dari rasuah (setakat pengetahuan saya), hinggakan banyak kali mereka gagal mendapat kontrak yang biasanya diperolehi oleh syarikat Cina yang menawarkan rasuah, tetapi berkat kesabaran dan berpegang dengan prinsip Islam ini, mereka akhirnya berjaya menembusi pasaran Thailand dan Indonesia, malah keuntungan berlipat kali ganda pula selepas itu. Itulah fakta yang berlaku depan mata saya yang cukup menarik. Bagaimanapun perlu saya ingatkan terdapat sedikit kelonggaran yang diberi oleh Islam dalam hal rasuah seperti berikut :- Dr. Syeikh Yusof Al-Qaradawi mengatakan, terdapat beberapa pengecualian seperti "Barangsiapa yang kehilangan haknya, namun tidak mungkin mendapatkannya kembali kecuali dengan jalan menyogok, atau akan berlaku kezaliman ke atasnya kecuali terpaksa memberi suapan wang, walaupun demikian, adalah lebih utama untuknya bersabar, jika tiada pilihan kecuali dengan menyogok wang, ketika itu yang berdosa adalah penerima sogokkan sahaja" (Naylul Awtar, 8/622 ; Al-Halal Wal Haram Fil Islam, hlm 301) Keadaan di atas berdasarkan hadith Riwayat Abu Ya'la dan Ahmad. Sekadar itu dahulu Ust Zaharuddin Abd Rahman 11 Sept 2006 Mohd Masri Mohd Ramli wrote: wslm wbt wallahu'alam..sblm ustaz zaharuddin menjwb, saya merasakan ia bukanlah satu kes yang darurat. Bahkan berdosa yg mengamalkannya, termasuklah dlm mereka yg terliabt dgn rasuah. Rasuah2 yg besar bermula dgn yang kecil. Hatta yg disaman polis pun akan menggunakan alasan darurat utk menyogok polis dgn alasan bayaran saman terlalu mahal. Hatta businessman2 pun akan menggunakan alasan yg sama dgn alasan utk maintain business mrk. 

Maka pada pandangan saya, ia bukanlah darurat bahkan membuka pintu kpd maksiat2 yg lbih besar. wslm wbt --- In zaharuddin@yahoogroups.com, "abuamirul haziq" wrote: > > ustaz, > bagaimana pula jika kes tender, kita tahu adalah menjadi satu tradisi > sogokan diberikan kpd > pihak tertentu. Contohnya, kalau tak dibagi masuk 10 tender pun memang tak > sangkut manakala > kita berniaga dan perlukan income utk hidup. Adakah itu termasuk dalam > darurat yg dibenarkan? > > > > On 9/7/06, zaharuddin arahman wrote: > > > > wa'alaikumussalam, > > > > 
 
jwpn atau pandangan ringkas saya. > > > > Ia dikira sbg salah satu jenis rasuah kerana komsiyen itu telah > > mempengrahui keputusan anda utk mengambil kontraknya, sedangkan mungkin ada > > peniaga lain yang lebih layak. Ikhlas yang dikatakan oleh peniaga itu tiada > > sebarang nilai , ia hanyalah topeng untuk menhilangkan rasa berdosa dalam > > membuat dosa. macam artis menyebut syukur dan alhamdulillah dan ikhlas > > bernyanyi untuk rakyat malaysia. ia tetap haram. > > > > Tetapai jika tiada sbrg arrangement awal utk beri komisyen, lalu anda > >
 
 
 memilihnya adalah berdasarkan merit.,..kemudian hasil terima kasihnya, ia > > beri some komsieyn pada anda...tatkala itu, hasil komisyen itu menjadi > > syubhah sahja. lebih elok di berikan kpd bengkel datau institusi. kerana > > upah atau komsiyen itu diberikan kerana kita bekerja di situ, jika tidak, > > mesti tiada sapa yang ingin beri kita komsiyen itu. > > > > Ia adalah tugasan hakiki anda skrg kerana anda telah di tugaskan utk buat > > 
 
kerja itu oleh institusi, maka anda perlulah melakukan pemilihan secara > > kolektif bagi mengelak unsur rasuah dan godaannya menyerang. > > > > untuk tamhaban penerangan, sila baca jwpn saya dalam majalah i yang lepas, > > di laman > > > > http://www.zaharuddin.com/artikel_soal_jawab_6.htm > > > > sekian > > > > sila lawat www.zaharuddin.com > > dan join Yahoogroup : http://groups.yahoo.com/group/zaharuddin/








KUALA LUMPUR: Pengerusi Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Rekreasi Dewan Muslimat PAS Pusat, Wan Aishah Wan Ariffin tidak dapat membayangkan bagaimana kerajaan BN akan meluluskan pembukaan cawangan Hard Rock Cafe di Putrajaya tanpa penjualan minuman keras dan menampilkan hiburan Islamik.

Ini kerana katanya, Hard Rock Cafe dikenali sebagai sebuah restoren tempat berhibur tanpa batasan dengan hidangan minuman keras serta pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Menurut beliau, suasana dalam Hard Rock Cafe itu biasanya gelap dan ada sudut yang menyediakan minuman keras serta muzik rancak.

Jika kerajaan BN bersungguh-sungguh mahu memperjuangkan muzik berteraskan Islam tidak payah menggunakan nama Hard Rock Cafe, tegasnya.

"Cawangan Hard Rock di Putrajaya, saya tidak nampak siapa lagi selain umat Islam yang menjadi pelanggan sasarannya.
"Adakah orang asing akan mengunjungi Hard Rock Cafe jika ia berlandaskan Islam?" tegas beliau.   

Beliau berkata, Hard Rock di Kuala Lumpur biasanya sampai pagi dan mereka yang mengunjungi tempat itu untuk berhibur minum arak serta pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Jika kerajaan BN boleh menyediakan garis panduan selari dengan sistem pentadbiran Islam, katanya apakah cawangan Hard Rock Cafe itu dibenarkan tidak menjual minuman keras.

Bekas penyanyi `Janji Manis Mu' itu berkata, jika kerajaan BN mahu memperjuangkan hiburan Islamik kenapa ia mesti bermula dengan Hard Rock Cafe kerana biasanya tempat tersebut dikunjungi orang asing.

Manakala orang Melayu yang berkunjung ke Hard Rock semata-mata mahu berhibur dan minum arak, tegasnya.

Beliau berkata, jika kerajaan meletakkan syarat tidak ada penjualan arak bagaimana dengan penonton apakah kerajaan juga menggunakan peraturan tempat penonton perempuan berbeza dengan lelaki.

"Saya percaya syarat untuk membuka cawangan Hard Rock Cafe tidak mudah dan tidak boleh ditukar sesuka hati. Saya tahu apa yang berlaku di situ," katanya.

Beliau menegaskan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bercakap tentang pelaksanaan tetapi beliau tidak fikir bagaimana hendak melaksanakan Hard Rock berlandaskan Islam.

"Saya harap jika kerajaan BN mahu melakukan satu permulaan yang baik biarlah rancang betul-betul. Letak siapa golongan sasaran kerana kita tidak mahu timbul isu pergaulan walaupun tiada hidangan arak," tegasnya.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 28 Feb untuk sebutan semula kes pasangan blogger kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee selepas rayuan mereka untuk menangguhkan prosiding berhubung tiga pertuduhan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan dibenarkan Mahkamah Rayuan.
  
Hakim Murtazadi Amran menetapkan tarikh itu selepas peguam Wong Kee Them memberitahu mahkamah, rayuan anak guamnya itu untuk menangguhkan perbicaraan yang dijadual selama tiga hari bermula hari ini, dibenarkan Mahkamah Rayuan pada 6 Jan lepas.
  
"Perbicaraan kes itu yang sepatutnya bermula hari ini ditangguhkan kerana ada perintah daripada Mahkamah Rayuan untuk menangguhkan prosiding kes berkenaan," kata Murtazadi.
  
Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau Lee May Ling, 24, mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 20 Dis lepas yang menolak permohonan mereka untuk menangguhkan perbicaraan sementara menunggu rayuan untuk membatalkan satu daripada tiga pertuduhan mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan.
  
Pada 21 Nov lepas, Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan pasangan itu untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapi mereka mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan dengan alasan pertuduhan yang dibuat terhadap mereka adalah sah, teratur dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan, Tan dan Lee didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen yang bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!)' yang mengandungi logo halal, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama dalam kalangan penganut agama berlainan, di CAF-Syed Restaurant Jalan Dang Wangi di sini antara 11 dan 12 Julai lepas.
  
Mereka juga didakwa memuat naik satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian-Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang sama pada tarikh sama di Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2 di sini mengikut Akta Hasutan 1948.
  
Pasangan itu turut berdepan pertuduhan mempamer gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama antara 6 dan 7 Julai lepas mengikut Akta Penapisan Filem 2002.
  
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hafizza Jemali. - Bernama
Dari beberapa hadis dapat di jelaskan bahawa dalam masa kehidupan dajjal nantinya ada tiga hari yang panjang seperti hadis berikut ini.
"Kami bertanya kepada Rasulullah: ' Wahai Rasulullah, berapa lama dia hidup dan tinggal di muka bumi? '. Beliau bersabda: ' Selama empat puluh hari. Sehari seperti satu tahun, sehari seperti laksana satu bulan, sehari seperti satu minggu, lalu seluruh hari harinya seperti hari hari kalian'. Kami kemudian bertanya kepada Rasulullah: ' Wahai Rasulullah, sehari yang seperti satu tahun itu, apakah kita cukup solat sehari saja? '. Jawab Rasul: ' Tidak, tapi ukurlah seperti hari hari biasa '" ( HR Muslim ).
Hadis tersebut sudah sedemikian jelasnya, hanya sebahagian mereka mereka menolak hadis tersebut kerana dianggap tidak masuk akal. Dalam masa hidup dajjal yang hanya 40 hari, ada tiga hari yang panjang, ada satu hari yang panjang seperti satu tahun, ada yang seperti satu bulan dan ada yang seperti satu minggu. Panjang di sini tentu panjang yang hakiki dan bukan panjang secara kiasan, apalagi mengingkari hadis tersebut.
Jika seandainya bukan secara lahiriah yang harus difahami, maka ertinya apa pertayaan sahabat tersebut? Bahawasanya pertayaan itu lahir atas keyakinan sahabat terhadap apa yang Rasulullah katakan. Jawapan beliau membuktikan bahawa memang secara lahiriahlah yang Allah maksudkan. Jika bukan, tentunya beliau tidak akan menjawab seperti itu dan pastinya akan menjelaskan kepada mereka bahawa pemahaman mereka salah.
Lantas, bagaimana satu contoh hari yang panjang seperti satu tahun? Mengenai hal ini ada dua kemungkinan. Pertama , matahari berjalan lambat sehingga untuk mencapai titik yang sama diperlukan waktu satu tahun. Kedua, matahari berhenti berputar mengelilingi bumi hingga berputar kembali setelah masa yang dijelaskan Rasulullah. Jika kita lihat hadis-hadis sahih, maka sepertinya kita tak akan menjumpainya. Sedangkan jika dilihat dari hadis hadis yang dhaif, maka matahari berhenti berputar. Terlepas dari semua itu, yang jelas Rasulullah memerintahkan kita agar solat disesuaikan.
Begitu juga terlepas dari itu semua, apakah matahari berhenti berputar atau matahari berjalan lambat? yang jelas itu semua jauh lebih dahsyat daripada sekadar matahari terbit dari barat. Oleh kerana itulah ada beberapa hadis sahih yang menjelaskan bahawa yang pertama kali terjadi dari sepuluh tanda kiamat besar adalah terbitnya matahari dari barat. Oleh kerana itu pula Rasulullah menjelaskan bahawa ada tiga hal yang apabila hal itu terjadi, maka tidak akan diterima orang yang baru beriman dan yang belum sempat mengusahakan kebaikan dalam masa imannya. Wallahu a'lam. 
*Diterjemahkan dari sumber islampos.com

PERDANA MENTERI & MENTERI2 KABINET KITA TAK RASA APA2 KER BILA TENGOK GAMBAR INI?

Tiada ulasan: