Saturday, 18 January 2014
PEMBELA NAJIB MERUNGUT KENA TIPU SENANG-SENANG MACAM POTONG KANGKUNG OLEH PENGANJUR PERHIMPUNAN MENENTANG PENGHINAAN TERHADAP PM!!!
Lepas berhimpun, bantah Hina Najib KANGKUNG .. mereka dapat "Tempah kari" Tepung dan Beras, Selamat Hari Thaipusam Buat Najib KANGKUNG.
Baca, fikir dan nilai .. Omak Kau malas nak ulas dan kupas panjang lebar sebab apa yang tertulis sudah cukup untuk kita menilai dan beri gred kepada penganjur Perhimpunan Pembela Maruah Najib Razak ini yang berlangsung padi tadi di Dataran Sunway Seberang jaya, Pulau Pinang.
Akhirnya diri sendiri yang dihina oleh penganjur.
Saturday, January 18, 2014
Umno kecoh isu Giat Mara Selayang, membisu kes Kolej Yayasan Felda
Oleh : NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM, 18 JAN: Umno tidak ikhlas memperjuangkan nasib generasi muda Melayu sebaliknya hanya mengambil kesempatan dengan memutar belit isu Pusat Latihan Kemahiran Giat MARA Selayang bagi kepentingan politik mereka.
Hal itu dapat dilihat apabila Umno sehingga kini membisu seribu bahasa dalam isu Felda memotong bajet daripada RM16 juta kepada RM5 juta untuk setahun bagi empat Kolej Yayasan Felda di Kelana Jaya (Selangor), Trolak (Perak), Mempaga (Pahang) dan Raja Alias (Negeri Sembilan), sekali gus berhadapan kemungkinan besar operasinya ditutup terus.
Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman, berkata Umno harus memperhalusi isu Giat Mara di Selangor dan mengamalkan pendirian yang tidak dwi-standard dalam dua isu terbabit.
“Isu Giat Mara ini berbeza dengan Kolej Yayasan Felda kerana pusat itu daif dan tidak diurus dengan baik oleh Mara dan Menteri Besar Selangor juga memberi saranan dibaiki kerosakan dan dinaik taraf untuk keselesaan pelajar.
“Perkembangan ini mengingatkan saya pada kertas cadangan penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) ke Bursa Malaysia yang jelas menyebut; Felda akan mengurangkan fokus terhadap pembangunan sosial. Hujahnya, FGVH adalah syarikat senaraian awam yang berteraskan perdagangan, selain tidak lagi terikat kepada perkhidmatan sosial seperti pembangunan modal insan.
“Beli hotel, apartment, ladang dan pelaburan bernilai bilion ringgit dibuat dengan cepat, tetapi untuk pendidikan anak peneroka yang jumlahnya begitu kecil pun berkira,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.
Mazlan berkata, sebelum ini setiap kolej terbabit diberi peruntukan RM5 juta setahun tetapi sekarang jumlah sama untuk dikongsi semua kolej, sekali gus memberi isyarat awal langkah penutupan seperti yang dilaporkan media.
“Ini adalah kesan yang menjadi malapetaka kepada warga Felda khususnya anak peneroka yang dahagakan kursus dan latihan kemahiran. Pemotongan bajet terhadap Kolej Felda jika dilaksanakan akan membunuh impian ribuan anak peneroka seluruh negara dan dianggarkan kolej itu boleh menampung kira-kira 1,000 pelajar bagi setiap sesi pengajian
“Mana pembangunan modal insan yang acapkali di banggakan (Ketua Pengarah Felda) Faizoull Ahmad? Apa gunanya MOU dengan Kolej West Cheshire & Universiti Chester yang dihebahkan lanjutan daripada Kolej Felda,” katanya.
Mazlan berharap Lembaga Pengarah Felda yang akan bermesyuarat minggu hadapan bukan sahaja membatalkan keputusan memotong bajet kepada kolej terbabit tetapi turut menambah mengikut keperluan pendidikan anak peneroka Felda.
-NFN-
APAKAH KETUA AGAMA NEGERI AKAN MENYOKONG PEMBINAAN KASINO DI JOHOR ATAU MENENTANG PEMBINAANNYA ? MENTERI BESAR SUDAH MENYATAKAN PENDIRIANNYA YANG MENENTANG SEBARANG RANCANGAN TERHADAP PEMBINAAN KASINO. Menurut Maklumat, pada Zaman British berkuasa, ada 2 kasino di Johor yang beroperasi. TETAPI, Almarhum Sultan Ibrahim iaitu Moyang kepada Sultan yang "BERKUASA" sekarang , tidak mahu Kasino di Johor TELAH AMBIL LANGKAH BIJAK. Baginda telah membelinya dan terus menutupnya. ITULAH BERAKHIRNYA SEJARAH KASINO DI JOHOR. MENGIKUTI PERKEMBANGAN SEMASA YANG "MENAKUTKAN", APAKAH KETUA AGAMA ISLAM JOHOR "BERKUASA SEKARANG" YANG IAITU SULTAN JOHOR AKAN MENGIKUT JEJAK LANGKAH MOYANGNYA DAN LANGKAH MB MENGHALANG PEMBINAAN KASINO DI JOHOR ? MARILAH KITA LIHAT KETUA AGAMA INI AKAN BAWA RAKYAT KE SYURGA ATAU TERJUN BERSAMA SAMA KE DUNIA JUDI DAN NERAKA. KITA LIHAT SAMADA DUIT DAN KEKAYAAN YANG TAK HABIS MAKAN ATAU RAKYAT DAN AGAMA JADI PILIHANNYA. BACALAH http://www.kinibiz.com/story/tigertalk/64827/a-second-casino-in-johor.html
5:46PM Jan 18, 2014
DAP mau lagi 13 Mei? tanya peserta protes Umno
Flash mob kangkung oleh ADUN Machang Bubuk, Lee
Khai Loon telah menimbulkan kemarahan ahli Umno dan sekutu mereka, yang
mengadakan perhimpunan di Seberang Jaya membantah perbuatan Lee yang
didakwa biadap terhadap pemimpin tertinggi negara.
Sekitar 600 orang, termasuk pemimpin Umno negeri, menghadiri
perhimpunan tersebut, yang diadakan di hadapan Sunway Carnival Mall.
Terdahulu, kumpulan itu berarak dari gelanggang futsal yang berhampiran, yang terletak 1km dari pusat membeli-belah, sambil melaungkan "Allahu Akbar " dan "Hidup Melayu".
Mereka juga membawa beberapa sepanduk yang menyifatkan perbuatan menghina PM macam menghina Melayu, ABCD - Asal Bukan Cina DAP dan DAP musuh Islam.
Sepanduk yang paling menarik berbunyi 'Kerana mulut pemimpin DAP, 13 Mei 1969 terjadi... Mahu lagi kaa? '
Kumpulan itu mendengar beberapa ucapan berapi-api selepas tiba di
pintu masuk utama Sunway Carnival Mall.
Pemimpin yang menyampaikan ucapan termasuk MP Kepala Batas, Datuk Reezal Merican; Setiausaha Umno negeri yang juga ketua Umno Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir; Ketua Pemuda Umno negeri, Rafizal Rahim dan bekas Ketua Pemuda negeri, Sheikh Hussein Mydin.
Bekas ketua KITA Kedah, Zamil Ibrahim dan Ketua Wira PERKASA negeri, Ridzuan Azudin turut hadir tetapi tidak berucap.

Jumaat, 17 Januari 2014
Rupa-rupanya Najib Pun Dua Kali Lima Juga
Walaupun isu kangkung sudah mulai sejuk dan basi sejak diperkatakan
hampir seminggu lalu yang kesan ketaranya menjadikan kedudukan Najib
hampir lunyai dipermain dan dipersendakan oleh pemain media sosial pro
PR, tetapi hanya baru semalam Perdana Menteri sendiri menjelaskan
mengapa kangkung dipilih sebagai contoh dalam ucapannya.
Najib berkata, kangkung menjadi rujukannya bukan saja kerana ia kesukaannya, malah juga oleh sebahagian besar rakyat negara ini, namun jika menggunakan burung puyuh misalnya, hanya orang tertentu saja yang memakannya.
Sehubungan itu, kata beliau, penggunaan kangkung itu tidak seharusnya dipersendakan kerana contoh itu menepati prinsip penawaran dan permintaan yang menyebabkan harganya naik atau turun di pasaran.
Apa yang menjadi persoalan ialah kenapa baru sekarang Najib membuka mulut dan memberi penjelasan mengenainya? Kenapa tidak awal-awal lagi sedangkan dalam dunia langit terbuka sekarang, semua perkara sudah bergerak laju dan pantas.
Sebelum ini, apabila timbul isu kangkung yang dilihat begitu mengaibkan Perdana Menteri sehingga program bantuan banjir yang dilakukannya tidak diperkatakan lagi, ramai yang menyalahkan jentera maya milik UMNO yang dilihat begitu lembab dan tidak cekap dalam menjalankan tugas mereka.
Dengan membiarkan isu itu sarat dipermainkan sementara jentera maya pro UMNO tidak bertindak balas, ketempangan UMNO dalam hal ini amat ketara sekali. Ia seolah-olah memberi gambaran bahawa kalau dalam isu kangkung pun, mereka sudah patah kaki dan hilang upaya untuk meneruskan perjuangan, bagaimana untuk menghadapi pilihanraya nanti yang tentunya akan timbul isu-isu lebih rumit dan mencabar lagi.
Dalam masa yang sama, pegawai yang bertanggungjawab dalam hal ehwal media di JPM juga turut dipersalahkan kerana dilihat telah gagal dalam fungsinya berikutan isu kangkung ini. Tidak ada sebarang usaha untuk menjawab, memberi penjelasan atau menyerang balas daripada pihak JPM sendiri.
Ketika itu, sementara Najib sudah terperosok dan lunyai dipersendakan, para pegawai dan penasihatnya pula seolah-olah tidak tahu berbuat apa-apa untuk mempertahankan bos mereka.
Tetapi sekarang semuanya sudah terjawab. Najib sendiri rupa-rupanya mengambil masa hampir seminggu untuk mendapat ilham bagi menjawab dan memberi penjelasan mengenai contoh kangkung yang digunakan dalam ucapannya itu.
Penjelasan yang lambat dan terlewat ini sudah tidak memberi apa-apa makna lagi dalam memperbaiki kerosakan persepsi yang telah pun berlaku. Semuanya sudah terlambat dan tidak berguna lagi.
Rupa-rupanya tidaklah boleh dipersalahkan seratus-peratus jentera maya, pegawai di JPM, para pemimpin UMNO yang tidak bangun membela Najib atau sesiapa saja kerana Najib sendiri pun begitu lambat bertindak balas mengenainya. Lebih-lebih lagi jentera maya pro UMNO juga sedang menghadapi krisis sekarang ini berikutan kemarahan sebahagian daripadanya yang merasakan mereka tidak lagi dipedulikan oleh sejak berakhirnya PRU 13 lalu.
Kalau sudah Najib sendiri mempamerkan dirinya sebagai pemimpin yang begitu lambat dan perlahan, orang dibawahnya tentulah jauh lebih lembab lagi.
SH

Dicaprio sahkan anak Rosmah ‘tulang belakang’ penerbitan filem The Wolf of Wall Street
Oleh : AFEEQA AFEERA
SHAH ALAM, 18 JAN : Aktor Hollywood, Leonardo DiCaprio mengesahkan anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor, Riza Shahriz Abdul Aziz terbabit dalam penerbitan filem The Wolf Of Wall Street yang mencetus pelbagai kontroversi di serata dunia.
Ia dibuktikan melalui ucapan Dicaprio sewaktu menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Golden Globe, Amerika Syarikat, baru-baru ini.
Aktor kelahiran Los Angeles, California itu dalam ucapannya berterima kasih kepada Riza selain menyebut beberapa nama lain yang turut terbabit dalam pembikinan filem berkenaan.
“Saya ingin berterima kasih kepada seluruh tenaga kerja produksi filem terutama Joey, Riza dan Joe yang mengambil risiko menerbitkan filem ini,” katanya.
Ucapan itu boleh disaksikan melalui laman Youtube pada minit ke 1:37 dan video itu turut dikongsi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad melalui laman sosial, Twitter untuk mengesahkan Riza adalah “tulang belakang” kepada filem berkenaan.
“Saksikan ucapan Leonardo DiCaprio sewaktu menerima anugerah Golden Globe bagi filem The Wolf of Wall Street.
“Pada minit ke 1:37, beliau memberi kredit kepada Riza dan beberapa individu lain termasuk ‘Joe’ dan persoalannya adakah Joe itu merujuk kepada penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jho Low?,” katanya di Twitter.
Filem penuh kontroversi yang berdasarkan kisah benar berkenaan broker saham Wall Street, Jordan Belfort (DiCaprio) yang dipenjarakan kerana rasuah dan jenayah perdagangan itu turut membariskan bintang terkenal Hollywood seperti Jonah Hill, Margot Robbie and Matthew McConaughey.
DiCaprio bersetuju berlakon filem itu di atas dasar persahabatannya yang sudah terjalin dengan Riza sejak beberapa tahun lalu.
Riza bagaimanapun enggan mengulas kontroversi berhubung filemnya yang menelan belanja hampir RM326 juta selain dakwaan mendapat sumbangan kewangan daripada ibunya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan