Rabu, 29 Januari 2014

JANGAN TINGGALKAN SOLAT FARDU

Saya tertarik membaca kenyataan seseorang – tidak pasti samada sarcastic ataupun jujur - yang menyatakan sesiapa yang pergi menziarah kubur Rasulullah SAW di Madinah sekarang, baginda tiada di sana. Baginda sibuk hadir dalam majlis-majlis anjuran ustaz-ustaz di Malaysia.

Saya tidak pasti kenapa dia berkata begitu. Namun apa yang saya pasti saya mendengar banyak pihak dengan mudahnya kebelakangan ini mendakwa Nabi SAW yang mulia itu hadir dalam majlis ini dan itu anjuran mereka. Ada yang mendakwa Nabi SAW mengiringinya ke meja kuliahnya. Ada yang mendakwa dia nampak Nabi SAW sedangkan orang lain tidak nampak. Dunia facebook pun meriah dengan cerita-cerita ini.

Ada yang cuba membuktikan kebenaran aliran yang dibawanya, ataupun tarekatnya, ataupun kelebihan majlisnya dengan kehadiran Nabi SAW yang hanya dapat dilihat oleh beberapa orang tertentu sahaja. Hal yang sama pernah didakwa oleh Ashaari al-Arqam dahulu. Bahkan beliau cuba membuktikan kebenarannya itu dengan pelbagai cara, termasuk mimpi tokoh itu dan ini yang membuktikan kesahihan ajaran yang dibawa olehnya.

Bukan Hujah

Dalam Islam, kebenaran itu dibuktikan oleh dalil-dalil dari al-Quran dan al-Sunnah. Segala keputusan ijmak dan kesimpulan qias berjalan berteraskan dua sumber utama itu. Penghujahan berasaskan al-Quran dan al-Sunnah dapat difahami dan dikongsi oleh pihak yang mendengar, yang bersetuju ataupun yang membantah kesimpulan yang dibuat. Namun jika hujah itu berteraskan mimpi ataupun ilham ataupun kasyaf, siapa yang boleh berkongsi perkara yang tidak dilihat oleh orang lain.

Kata Dr Yusuf al-Qaradawi:

    “Di sana ada golongan sufi yang melampaui batas dalam menilai ilham. Bahkan ada di kalangan mereka yang mengiranya sebagai jalan mengetahui kebenaran yang tidak akan silap. Mereka mencerca ulama syariat yang berpegang kepada dalil dan tidak menerima sesuatu dakwaan tanpa bukti daripada hujah yang baik atau akal atau wahyu. Golongan sufi ini mencerca mereka dengan menyatakan mereka ini jumud dengan ilmu zahir. Bagi mereka; ilmu zahir kedudukannya seperti kulit, sedang ulama syariat berpaling daripada ilmu batin yang mana kedudukannya seperti isi”. (Al-Qaradawi, Taisir al-Fiqh li al-Muslim al-Mu`asir, m.s. 134. Beirut: Muassasah al-Risalah).

Jika diandaikan mimpi dan ilham itu benar-benar terjadi, siapakah pula yang dapat memastikan itu semua daripada Tuhan, bukan pula bisikan syaitan?! Jika mimpi dan ilham itu oleh para Nabi s.a.w tentu tidak dipertikaikan. Adapun berhujah dengan alasan mimpi orang biasa yang terdedah kepada cakap benar dan bohong, ataupun ditipu oleh syaitan, maka itu bukan bukti kebenaran sesuatu perkara.

Kata Dr Wahbah al-Zuhaili:

    “Adapun ilham, ada kemungkinan ianya daripada Allah, kemungkinan juga ianya daripada syaitan seperti yang dinyatakan oleh firman Allah: (terjemahannya): dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu. (Surah al-An`am: 121).”

Katanya lagi:

    “Kemungkinan juga ianya adalah bisikan atau percakapan dalam dirinya. Ini seperti yang nyatakan oleh firman Allah : (terjemahannya) Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami mengetahui apa yang dibisikkan oleh dirinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. (Surah al-Qaf: 16).

Sambungnya lagi:

    “Dengan kemungkinan-kemungkinan ini, ilham tidak boleh menjadi hujah. Berkaitan dengan ini, maka pendapat sebahagian sufi bahawa ilham atau kasyaf adalah hujah yang wajib beramal dengannya di dalam hukum-hakam syarak adalah sesuatu yang batil”.( Wahbah al-Zuhaili, Usul al-Fiqh al-Islami, 2/924-925, Beirut: Dar al-Fikr)

Lemah

Tokoh ilmuwan terbilang, pakar Maqasid Syariah yang hebat iaitu al-Imam al-Syatibi (w. 790H) :

    “Selemah-lemah hujah mereka ialah puak yang dalam mengambil amalan agama bersandarkan mimpi-mimpi. Mereka ini berpegang atau meninggalkan sesuatu amalan berdasarkan mimpi-mimpi tersebut. Mereka berkata: “Kami bermimpi lelaki solih tertentu berkata kepada kami: Tinggalkan ini!, buat ini”. Ini banyak berlaku kepada mereka yang mengamalkan panduan tasawwuf. Di kalangan mereka ada yang berkata: “Aku melihat Nabi SAW dalam mimpi, baginda berkata kepada sebegini..dan memerintah aku sebegini”. Lantas dia pun mengamalkannya dan meninggalkan apa yang ditetapkan oleh syari`at. Ini adalah salah, kerana mimpi selain para nabi tidak boleh menghukum ketetapan syarak, dalam apa keadaan sekalipun. Melainkan setelah dibentangkan kepada hukum-hakam syariat yang ada. Jika dibolehkan, maka ianya diamalkan, jika tidak ianya ditinggalkan”. (Al-Syatibi, Al-`Itisam, 198. Beirut: Dar al-Kitab)

Saya sangat suka dengan komentar Ibn Taimiyyah (w. 728H) dalam hal ini. Katanya:

    “Dalam kalangan mereka ada yang melihat empunya kubur datang kepadanya, sedangkan dia telah lama mati. Lalu dia berkata: “Akulah si fulan”. Mungkin juga dia berkata : “Kami ketika diletakkan di dalam kubur kami boleh keluar…”. Syaitan dalam banyak keadaan menyerupai rupa insan, samada dalam tidur atau jaga. Kadang-kala dia datang kepada sesiapa yang tidak mengetahui dan berkata : “Akulah syeikh si fulan, atau alim si fulan”. Kadang kala syaitan berkata : “Aku Abu Bakr, Umar…” Kadang-kala pula dia datang ketika jaga (yaqazah) bukan mimpi lalu berkata : “Aku al-Masih (Isa)” , atau “aku Musa” atau “aku Muhammad”.

    Aku (Ibn Taimiyyah) tahu perkara yang seperti ini berlaku dalam berbagai-bagai cara. Maka di sana ada yang mempercayai bahawa para nabi datang dalam jaga (yaqazah) dalam rupa mereka yang asal. Di sana juga ada para syeikh yang zuhud, berilmu, warak dan beragama mempercayai perkara seperti ini. Di kalangan mereka ada yang menyangka bahawa dia apabila datang ke kubur seseorang nabi, maka nabi tersebut akan keluar daripada kuburnya –dalam rupanya yang asal- dan bercakap dengannya. Di kalangan mereka ada yang melihat rupa seseorang syeikh di bahagian dalam Ka’bah, dia berkata: “Aku Ibrahim al-Khalil (Nabi Ibrahim)”. Di kalangan mereka ada yang menyangka bahawa Nabi SAW keluar daripada kubur baginda lalu bercakap dengannya. Golongan sufi menjadikan ini sebagai karamahnya. Di kalangan mereka ada yang menyangka bahawa dia jika bertanya orang di dalam kubur nescaya mereka akan menjawabnya”.

Sehingga Ibn Taimiyyah menceritakan ada di kalangan mereka yang apabila ada masalah akan datang dan bertanya kepada Nabi SAW, lalu Ibn Taimiyyah menyebut:

    “Sehingga kata Ibn `Abd al-Barr (w. 463H) kepada mereka yang mempercayai sebegini: “Celaka engkau, apakah engkau berpendapat orang ini lebih afdhal daripada al-Sabiqin al-Awwalin (mereka yang awal menganut Islam) dari kalangan Muhajirin dan Ansar?. Apakah ada di kalangan Muhajirin dan Ansar sesiapa yang bertanya Nabi SAW (selepas baginda wafat) dan baginda menjawabnya?!! Sahabah (selepas Nabi s.a.w wafat) telah bercanggah pendapat dalam banyak perkara, adakah mereka bertanya Nabi SAW dan baginda menjawabnya?!!. Ini Fatimah anak baginda yang berselisih pendapat dalam pusaka baginda (isu tanah Fadak dengan Abu Bakar al-Siddiq), adakah beliau bertanya Nabi SAW dan baginda menjawabnya”.( Ibn Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 5/399. Riyadh: Maktab al-`Abikan)

Lebih Mulia?

Malangnya ini yang dipercayai oleh sesetengah pihak, sehingga mereka percaya ada tokoh tertentu boleh berjumpa Nabi SAW bila-bila masa sahaja yang mereka mahu. Kita tahu bahawa selepas kewafatan baginda SAW. telah berlaku pertelingkahan di kalangan sahabah terutama dalam isu pembunuhan `Uthman bin `Affan RA, sehingga membawa perang Jamal dan Siffin. Tiada siapa di kalangan sahabah yang mendakwa mereka akan merujuk perkara ini kepada Nabi SAW di kubur baginda, atau memanggil roh baginda. Bahkan mereka kebanyakannya amat keliru dengan keadaan ketika itu. Kata al-Nawawi (w. 676H):

    “Mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Haqq ialah berbaik sangka terhadap para sahabah. Tidak mencampuri pertelingkahan yang berlaku antara mereka. Ahl al-Sunnah mentakwilkan peperangan antara para sahabah dengan menganggap bahawa mereka adalah mujtahidin yang membuat takwilan bukan berniat untuk bermaksiat atau semata-mata kerana dunia. Bahkan setiap golongan sahabah telah beritiqad bahawa merekalah yang benar, sesiapa yang menentang mereka adalah melampau dan wajib diperangi agar kembali kepada perintah Allah..”. Tambahnya lagi: “Isu-isu ketika itu mengelirukan sehinggakan kebanyakan sahabah merasa bingung dengannya lalu mengambil keputusan meninggalkan kedua-dua golongan dan tidak berperang serta tidak berkeyakinan tentang siapa yang benar”.( Al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim 18/339. Beirut: Dar al-Khair)

Demikian juga apabila Abu Bakr dan `Umar berselisih pendapat mengenai mereka yang enggan membayar zakat di zaman pemerintahan Abi Bakr, tiada seorang dari kalangan mereka berdua yang menyatakan: “Mari kita bertanya RasululLah!!. Ada sesiapa yang lebih afdhal daripada Abu Bakr dan `Umar?!!!.

http://drmaza.com/

29 January 2014

DSAI boleh selesaikan masalah PKR Selangor di rumahnya sendiri

Jika masalah dan isu membesar kerana permasalahan parti dengan parti, mengadakan pilihanraya kecil mungkin cara yang terbaik untuk membetulkan dimana yang tidak betul. Tetapi jika masalah yang timbul itu adalah masalah ‘intra-party’ membawa semua pihak terbabit untuk penyelesaian masalah dalamannya adalah tindakan yang tidak baik. Apa yang berlaku di Selangor itu adalah masalah PKR sahaja, kerana ia tidak melibatkan mana-mana parti yang lain.
Maka seelok-eloknya PKR sepatutnya menyelesaikan masalah dalaman mereka dengan melibatkan ahli-ahli parti mereka sendiri sahaja. Janganlah membawa pihak lain khususnya rakyat untuk terlibat sama, kerana rakyat di kawasan Kajang sememangnya telah memberikan mandat kepada PKR dalam pilihanraya yang baru sahaja berlalu. Hanya dalam PKR sahaja yang berlaku masalah di Selangor ini, maka memanggil pilihanraya kecil amat membebankan parti-parti komponen yang lain
PKR telah memilih untuk mengadakan pilihanraya kecil kerana masalah dalaman mereka dan ia tentulah melibatkan banyak pihak termasuk parti-parti komponen mereka dalam Pakatan Rakyat. Sepatutnya PKR memanggil persidangan tergempar parti mereka sendiri dan tentukan apa cara yang terbaik untuk menyelesaikan isu kepimpinan di Negeri Selangor itu. Ia lebih baik lagi penyelesaian dalam PKR Selangor itu di selesaikan oleh pimpinan dan ahli parti itu di Selangor sahaja.
Pimpinan peringkat tertinggi hanya berikan pandangan dan nasihat bagaimana cara untuk menyelesaikan isu sesama mereka di Selangor itu. Malahan pengerusi PKR Selangor itu adalah Timbalan Presiden parti itu sendiri. Jika Anwar menjadi penyelesaian yang baik untuk parti maka Anwar perlu bertindak menyelesaikan di antara dua orang pemimpin Selangor itu.
Tetapi Anwar mengambil langkah untuk menambahkan masalah yang tersedia wujud dalam PKR itu. Jika Anwar benar-benar mempunyai pengaruh dan kuasa terhadap pimpinan di bawah beliau, Anwar sepatutnya menyelesaikan isu dengan bersikap ‘magnanimous’ dan selesaikan dengan memberi formula terbaik untuk kedua-dua pihak yang berbalah itu.
PKR sepatutnya memberikan ‘muka’ sedikit kepada Timbalan Presidennya Azmin Ali dan menjaga kedudukan dan air muka Azmin sejajar dengan kedudukannya sebagai orang nombor dua parti itu. Rakyat masih ingat betapa bertungkus lumusnya Azmin semasa Anwar dalam keadaan terhimpit selepas pemecatan beliau (Anwar) dari parti pada 1998 dahulu.
Tetapi Anwar tidak dapat menyelesaikan masalah perlucutan Azmin dari Lembaga Pengarah PKNS yang setengahnya dikatakan dilakukan oleh Khalid Ibrahim itu. Sememang ada lojiknya jika pemecatan itu dilakukan oleh Khalid atau setidak-tidaknya Khalid membiarkan keadaan itu berlaku kerana rasa tidak gemar beliau terhadap Azmin.
Dalam pada itu beberapa kali Anwar telah menegur Khalid dalam beberapa isu pentadbiran Negeri Selangor dan jika Anwar mendapat kefahaman yang sebenarnya selepas itu, parti boleh mengambil tindakan terhadap Khalid kerana Khalid tidak pun berada di peringkat penentu dasar parti diperingkat tertinggi.
Sesungguhnya masalah dalaman PKR itu berpunca dari pemainan politik dalam keluarga Anwar sendiri. Khalid adalah pemimpin kesayangan Presiden PKR itu dan mengikut kaedah kepartian mentaati kepimpinan parti itu adalah baik. Tetapi Presiden parti tidak senang dengan kehadiran Azmin kerana Azmin adalah Timbalannya dan masih muda dan mempunyai masa depan yang lama untuk membina kepimpinannya dalam PKR itu.
Perpecahan Khalid dengan Azmin berpunca dari rumah Anwar sendiri dan sekarang ia telah merebak tetapi hanya dalam ‘parameter’ kepimpinan di Selangor sahaja. Justeru itu selesaikan dikalangan kepimpinan di Selangor sahaja tanpa membawa isu itu keperingkat nasional dan juga kepada parti-parti lain, DAP dan PAS yang tidak mempunyai masalah di Selangor itu. PAS tetap utuh dan DAP tetap aman dibawah kepimpinan baru parti itu di Selangor.
Jika ‘ayam kita naik kerumah dan berak diatas lantai rumah kita, ia perlu dibersihkan dimana tahi ayam itu terletak’ untuk menjaga kebersihan lantai rumah itu. Tidak payahlah membasuh seluruh lantai yang luas itu kerana cebisan tahi ayam dan kecil yang terletak diatas lantai itu. Tidak perlu membasuh seluruh rumah untuk menyelesaikan secebis tahi ayam itu.
Jika Anwar mampu memberitahu Datin Seri Presiden yang tinggal serumah dengannya untuk menasihatkan Khalid dan beliau pula menasihatkan Azmin, maka tidak perlu dilakukan tindakan meletakkan diri sendiri menjadi penyelesaian terhadap isu yang berbangkit ini. Jika selesai pun masalah Azmin dengan Khalid ini dengan meletakkan diri beliau ditengah-tengah, akan timbul pula masalah lain yang mungkin lebih merumitkan semua pihak.
Sekarang agak sudah ramai rakyat Selangor yang takut jika Anwar jadi Menteri Besar kerana beliau bukan anak Selangor. Takkanlah oleh kerana masalah yang berpunca dari rumahnya sendiri itu terpaksa rakyat Selangor mendapat kepimpinan dari Pulau Pinang pula. Ada setengah yang terlalu terpengaruh dengan kata-kata Karpal Singh telah pandai berkata yang Anwar hanya boleh menjadi MB Selangor ‘over my dead body’, dan berbagai-bagai lagi.
Kita tidak boleh lupa Azmin mempunyai pengaruh besar dalam politik pembangkang di Selangor dan Khalid pula mendapat sokongan dari rakyat biasa kerana rekod kecemerlangan beliau mentadbir Negeri Selangor yang telah menunjukkan perbezaannya dengan pentadbiran negeri sebelum beliau itu.
Penyelesaian di Selangor ini boleh di selesaikan di rumah Anwar sendiri. Beliau hanya perlu bercakap dan berunding dengan baik dengan Datin Seri Presiden di rumah sahaja kerana Datin Seri Presiden tinggal bersama dengan beliau dirumah dan bilik yang sama.
Sepatutnya di satukan kedua-dua mereka yang berbalah ini daripada mengambil tindakan penyelesaiannya dengan menawarkan diri sendiri yang ‘tidak lekang dari banyak masalah’ yang lain.

Azab Wanita & Lelaki yang Meninggalkan Solat Fardhu

September 5th, 2011


Mari muhasabah diri,mari jadikan diri kita takut pada azab Allah. Apa akan terjadi bila kita meninggalkan solat fardhu yang wajib ke atas kita?
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Barangsiapa yang memudahkan dan mensia-sia akan sembahyang lima waktu, nescaya akan diseksa oleh Allah SWT dengan lima belas siksa. Enam didalam dunia, tiga ketika hendak mati, tiga didalam kubur, dan tiga lagi semasa waktu bangun dari kubur menuju akhirat”



1. Enam siksaan semasa di dunia
  • Umur tidak diberkati, hidup panjang tetapi kosong dari amalan kebajikan
  • Rezeki tidak diberkati
  • Tipadamkan tanda mukanya dari orang-orang yang soleh
  • Tiada mendapat bahagian dari doa orang-orang yang soleh
  • Tiap-tiap amalannya tidak diterima oleh Allah
  • Tidak diangkat doanya, doanya tidak dimakbulkan oleh Allah
2. Tiga siksaan semasa hendak mati
  • Mati dalam keadaan sangat hina, tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah
  • Dimatikan oleh Allah dalam keadaan dahaga, walaupun diberi minum dengan air laut, ia tidak dapat menghilangkan dahaganya
  • Mati dalam keadaan yang sangat lapar
3. Tiga siksaan semasa di dalam kubur
  • Allah menyempitkan kuburnya sehingga berlaga tulang rusuk kanan dengan tulang rusuk kiri
  • dibukakan salah satu pintu neraka di dalam kuburnya
  • Allah mewakilkan seorang malaikat untuk menyiksanya sehingga hari kiamat bersama seekor ular yang bernama Suju’al Akruk yang matanya dari neraka, kukunya dari besi neraka, dan panjang kukunya sehari perjalanan, dan suaranya seperti petir
4. Semasa hari kiamat
  • Turun seorang malaikat dari langit iaitu malaikat azab dengan rantai dari api neraka yang panjang tujuh puluh hasta dengan menusukkan rantai tersebut kedalam mulutnya hingga keluar rantai itu melalui duburnya dan menghela sekali dibahagian muka dan belakangnya
Sama-sama kita memperelokkan solat kita agar kita terlepas daripada siksa tersebut. Jika ada yang tinggal sebelum ini, gantilah solat tersebut selagi kita masih bernyawa. Selagi pintu taubat masih terbuka.
By: atiqsalleh

 

 

 

Tiada ulasan: