Selangor beku kenaikan gaji MB, Exco, Speaker
- Jan 12, 2014
- HARAKAHDAILY
Malaysiakini yang memetik sumber China Press melaporkan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Ean Yong Hian Wah (gambar) memaklumkan kenaikan gaji Ahli Dewan Negeri (Adun) bagaimanapun kekal seperti yang diumumkan sebelum ini.
Keputusan itu dibuat selepas tercetus kontroversi ekoran kenaikan gaji yang diumumkan November lepas.
Keputusan itu dibuat dalam Dewan Undangan Negeri, yang meluluskan kenaikan gaji daripada 87 peratus kepada 373 peratus.
Menurut China Press, pembekuan itu berkuatkuasa sehingga penilaian semula kenaikan gaji itu selesai dibuat.
Bagaimanapun beberapa pemimpin kerajaan negeri yang dihubungi enggan mengulas butiran terperinci keputusan itu.
Sehingga kini tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat Pejabat Menteri Besar berhubung perkara tesebut.
Injil ramal kedatangan Nabi Muhammad cetus minat Vatican
- Jan 12, 2014
- HARAKAHDAILY
The Muslim Times melaporkan, Pope Benedict XVI didakwa mahu melihat kitab berusia 1,500 tahun itu yang dipercayai sebagai Injil menurut Barnabas (Gospel of Barnabas) yang disembunyikan penemuannya oleh pemerintah Turki sejak 12 tahun lalu.
Injil yang ditulis di atas kulit binatang itu ditemui polis Turki semasa operasi antipenyeludupan pada tahun 2000.
Buku besar (tome) dianggar bernilai 14 juta pound sterling itu ditulis dengan dakwat emas menggunakan bahasa Aramaic.
Ia dikatakan mengandungi ajaran-ajaran awal agama Nasrani dan ramalan kedatangan nabi akan datang.
Alahai ekonomi rakyat Malaysia...
- Jan 12, 2014
- Shirzad Lifeboat
Jika tindakan pengurangan hutang ini tidak dilakukan, pengkadaran kredit negara di mata dunia akan terus merudum dan tidak mustahil Malaysia bakal menyertai senarai negara membangun yang keupayaan mereka menjelaskan ansuran diragukan.
Tidak kurang juga mengatakan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan berpunca dari kerajaan sendiri adalah untuk menyelamatkan sekian banyak dana agar ia dapat digunakan untuk membiayai BRIM, lain-lain pemberian one-off (sekaligus) serta kos semakan gaji atau bonus kakitangan awam – yang mana semuanya dilihat sebagai langkah populis dalam usaha mengelakkan sokongan rakyat/pengundi BN dari terus terhakis.
Tentu sekali terdapat pula tekaan lebih nakal mengatakan kerajaan BN berbuat demikian agar lebihan dana berkenaan dapat diagihkan kepada syarikat-syarikat (dibaca juga, pemilik syarikat) yang mempunyai hubungan istimewa dengan pemimpin Umno-BN. Spekulasi seperti ini melahirkan pula spekulasi lain betapa matlamat menaikkan harga barangan dan perkhidmatan secara maharajalela itu mempunyai kesan ‘gergaji tiga mata’ – maksudnya keuntungan kepada syarikat/pemilik syarikat, habuan untuk sesiapa yang bertanggungjawab meluluskan kenaikan harga dan sumbangan untuk parti bagi pelbagai tujuan.
Sementara spekulasi terakhir ini tidak berasas dan tidak boleh dibuktikan secara objektif, tetapi pada waktu sama sukar juga untuk menolaknya begitu sahaja.
Namun bagi kebanyakan pemimpin Umno dalam kerajaan dan termasuk Perdana Menteri Najib Razak sendiri, kononnya semua kenaikan itu memberikan kesan jangka panjang yang positif terhadap ekonomi Malaysia.
KESAN POSITIF EKONOMI
Begitupun, di sebalik penjelasan demi penjelasan pemimpin kerajaan Umno-BN, pelbagai pihak tertanya kesan positif ekonomi yang bagaimanakah yang dimaksudkan? Apakah kesan jangka panjang yang disebut-sebut oleh Najib dan menteri Umno-BN lain akan mengambil bentuk betapa dengan kenaikan pelbagai komoditi dan perkhidmatan utama akan menyebabkan dalam, katakan lima tahun akan datang ini, rakyat Malaysia akan menikmati pendapatan sahih tinggi di luar jangkaan mereka sehinggakan semua akan hidup dalam kemewahan dan kesejahteraan ekonomi?
Jika itulah maksud dan tujuan Najib, maka nampaknya dia bakal menjadi perintis ekonomi baru abad ini dan satu-satunya manusia dengan pengetahuan bidang ekonomi ala kadar tetapi boleh menukarkan keadaan tiada atau ‘nothing’ kepada sesuatu yang besar atau ‘big thing’.
Rasanya dalam sejarah ekonomi dan sejarah pentadbiran ekonomi makro baik dalam negara demokratik, sosialis atau komunis sekalipun belum ada lagi yang dapat melakukannya.
Barangkali inilah yang dikatakan oleh Najib sebagai ‘transformasi’ ekonomi. Dulu kita miskin, tetapi bila semua harga barangan dan perkhidmatan dinaikkan, kita tiba-tiba menjadi kaya raya.
Seakan-akan kian jelas betapa ekonomi Malaysia di bawah kerajaan Umno-BN pimpinan Najib dipacu oleh hutang isi rumah/rumah tangga.
Dalam masa sedekad lalu kita telah melihat betapa hutang isu rumah Malaysia mencecah kadar 80 peratus dari KDNK. Hampir 80 peratus dari kalangan rakyat Malaysia yang mana pendapatan keluarga kurang dari RM4,000 sebulan sebagaimana disebut oleh Perdana Menteri sendiri dalam perutusan tahun barunya terpaksa mengenepikan 70 peratus dari pendapatan tersebut bagi menjelaskan ansuran pelbagai hutang.
Dengan mengandaikan angka RM4,000 sebagai pendapatan tertinggi sesebuah keluarga maka ini bermakna sebanyak RM2,800 perlu digunakan untuk menjelaskan ansuran hutang dan baki RM1,200 untuk meneruskan kehidupan sebelum hari gaji selanjutnya.
Setelah ditolak perbelanjaan minyak/tambang kenderaan ke tempat kerja, bayaran tol, bayaran utiliti, perbelajaan persekolahan harian dan bulanan anak-anak, maka bayangkan berapa lagi berbaki untuk digunakan untuk membeli makanan dan keperluan lain?
Bagi yang ada kad kredit, berhutang lagilah jawabnya. Bagi yang tiada, terpaksalah pinjam dengan kawan atau saudara mara.
Beginilah senario kehidupan rakyat Malaysia sederhana dan ke bawah. Semakin hari keadaannya semakin sempit dan parah?
Apakah ini transformasi ekonomi yang dikatakan oleh Najib dan apakah keadaan seperti ini boleh mengubah nasib mereka dalam jangka panjang?
Tentu sekali Najib memiliki semua jawapannya.
Tembakan: Musa Aman minta orang ramai tidak panik
- Jan 11, 2014
- HARAKAHDAILY
Musa yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri berkata orang ramai perlu bertenang kerana polis sedang menyiasat dengan teliti dan memantau keadaan itu.
"Sekarang ini pihak polis sedang membuat siasatan lanjut. Yang penting orang ramai jangan panik tetapi mesti bertenang. Kita menaruh keyakinan terhadap kemampuan pasukan keselamatan untuk menangani masalah itu," katanya.
Musa bercakap kepada pemberita selepas membuat tinjauan terhadap pembinaan jambatan di Kampung Bandukan, Bingkor, di sini hari ini.
Turut hadir pada lawatan berkenaan ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun dalam sidang akhbarnya berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati tembakan menggunakan senapang angin berpeluru guli itu dilakukan kumpulan enam remaja nakal bermula jam 11.45 malam.
Jauteh berkata kumpulan remaja yang menaiki tiga buah kereta itu menyasarkan premis bank, hotel, pusat kecantikan, pusat hiburan, pejabat dan restoran makanan ringan sehingga menyebabkan 27 premis di sekitar bandaraya rosak termasuk cermin pecah.
Musa meminta pasukan keselamatan supaya meningkatkan lagi pemantauan mereka di kawasan-kawasan yang dikenal pasti sebagai bermasalah namun yakin anggota keselamatan dapat menyelesaikan masalah berkenaan dengan baik.
"Pihak polis tadi sudah membuat kenyataan (berkenaan kejadian itu). Jadi kita perlu dengar apa yang dikatakan pihak polis.
"Jangan dengar khabar angin atau cerita yang kadang-kadang dilebih-lebihkan. Polis akan membuat kenyataan dari semasa ke semasa," katanya. - Bernama
ISA tidak mungkin diwujudkan semula – Zahid Hamidi
- Jan 11, 2014
- .
Sebaliknya kata beliau, kerajaan mungkin meminda akta sedia ada atau menggubal akta baharu yang bersesuaian jika perkara itu dirasakan perlu.
"Apa yang dinyatakan oleh kebanyakan pemimpin-pemimpin termasuk Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) mempunyai elemen-elemen yang boleh diperkirakan tetapi bukan mudah untuk menghidupkan semula ISA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Rela Malaysia Peringkat Kebangsaan ke-42 di sini Sabtu.
Beliau juga berkata andai akta seumpama diadakan, undang-undang itu bukan bertujuan menahan mereka yang berbeza pandangan politik, sebaliknya untuk menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai pertimbangannya dalam meneliti pandangan yang diberi oleh pelbagai pihak berhubung isu itu, katanya.
Beliau mengulas saranan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar ISA diwujudkan semula bagi menangani kumpulan ekstremis yang mahu menjejaskan kestabilan negara.
Saranan Dr Mahathir turut disokong oleh Khalid. - Bernama
Hujan lebat: 10 keluarga di Pahang berpindah
- Jan 11, 2014
- KHAIRIL ABDUL RAHIM
Menurut Setiausaha Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal, pada masa ini 10 keluarga di Kampung Seberang Jelai sudah dipindahkan ke masjid kampung berkenaan bermula malam semalam.
Katanya, air sungai juga semakin naik di sebelah Mela dan Kerambit di daerah Lipis.
Sementara itu bandar Sungai Lembing di Kuantan mula dinaiki air banjir semalam dan beberapa laluan terputus.
Menurut laporan pihak berkuasa, pada masa ini berlaku hujan lebat peringkat kuning (hujan sekejap-sekejap kadang kala lebat) melibatkan Kuantan dan masih berterusan.
Bagaimanapun air laut pasang tidak tinggi dan bacaan paras air sungai-sungai utama di Kuantan masih di paras normal.
Bagaimanapun pihak tersebut menasihatkan kepada penduduk di kawasan-kawasan rendah seperti kawasan Pandan, Lubuk Puyu, Chendering, Kampung Belukar, Kampung Jawa, Sungai Tiram dan kawasan sekitar diminta bersedia berikutan air dari Sungai Lembing bakal melimpah ke Sungai Kuantan.
Bulan lalu, sembilan daerah di Pahang dilanda banjir besar. Paling teruk ialah di daerah Kuantan dengan kira-kira 30,000 terpaksa berpindah.
Dalam pada itu, Pengerusi Prihatin Rakyat Lajnah Kebajikan PAS Pahang, Hassanuddin Salim, berkata pihaknya bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir besar
Jom tandatangan bantah barang naik
- Jan 11, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
SHAH ALAM: Jingga 13 Malaysia hari ini melancarkan kempen 1 juta tandatangan bagi membantah tindakan kerajaan yang menaikan harga minyak termasuk tarif elektrik sehingga berlakunya berlakunya rantaian kenaikan barang keperluan yang lain.
Kempen yang bermula di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan diperluaskan ke seluruh negara sehingga bulan Mac nanti.
Timbalan Koordinatornya, Amizudin Ahmat menjelaskan Jingga 13 amat perihatin terhadap kesusahan yang ditanggung oleh rakyat akibat daripada kenaikan harga barangan keperluan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.
Katanya, atas keperihatinan tersebut tandatangan yang berjaya dikumpul ini akan diserahkan kepada Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berserta dengan memorandum sebagai tanda desakkan rakyat atas kesulitan yang mereka hadapi.
"Bermula hari ini kita memulakan kempen 1 juta tandatangan rakyat Malaysia yang membantah kenaikan harga barang.
"Kempen ini akan berterusan ke seluruh negara dan berakhir di Sabah pada bulan Mac nanti, ke semua tandatangan yang berjaya kita kumpul akan diserahkan kepada kerajaan berserta dengan memorandum bantahan," jelasnya pada sidang media.
Menurut beliau kempen ini adalah bertujuan untuk mendapatkan sokongan rakyat yang tidak bersetuju dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin menekan.
"1 juta tandatangan adalah menunjukkan protes rakyat dan kita mahu kerajaan tahu apa yang ditentang oleh rakyat akibat keputusan tersebut.
"Kita akan terus bertemu dengan rakyat dan meminta sokongan mereka melalui tandatangan agar usaha murni bantahan kenaikan harga barang ini berjaya," sambung beliau.
Menurutnya lagi, selain daripada tandatangan yang dikumpulkan secara bertemu dengan rakyat, mereka yang ingin menyertai bantahan tersebut secara dalam talian di http://change.org/en-GB/petitions/rakyat-malaysia-bantah-barang-naik.
Jelas beliau, Jingga 13 akan terus mendesak kerajaan di bawah Umno-Barisan Nasional (BN) untuk menurunkan segala kenaikan kos sara hidup ini dan lebih memahami kesusahan yang dialami oleh rakyat akibat kenaikan berantai.
BERITA PANASSS!!!!! ... RIUH RENDAH GEGAK GEMPITA TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN KENA PUKUL DENGAN SEORANG AJK PEMUDA UMNO BAHAGIAN HULU SELANGOR!!!!
Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan merangkap Ahli Parlimen Hulu Selangor, dikhabarkan hari ini telah diserang oleh seorang lelaki yang tidak diketahui identitinya semasa menghadiri program di pusat khidmat parlimen di Hulu Selangor.
Difahamkan penyerang yang dikatakan ialah pemegang jawatan dalam Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor.
Menurut dari sumber-sumber yang hadir, Kamalanathan telah bertemu dengan sekumpulan ahli Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor pada kira-kira 2.30 petang hari ini.
Ketika beliau sedang bersalaman dengan para hadirin, tiba salah seorang dari mereka terus melepaskan tumbukan kearah Timbalan Menteri dan mengenai pada lehernya.
Program ini telah dibatalkan serta merta akibat kekecohan itu.
Kamalanathan kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Sentosa berhubung kejadian itu.
Menurut sumber polis, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan polis sedang memburu suspek.
Serangan ini didakwa ada kaitan dengan permintaan yang dibuat oleh keluarga penyerang kepada Kamalanathan untuk memindahkan saudaranya yang merupakan seorang guru yang sedang mengajar di Johor ke Hulu Selangor.
Mohon pihak berwajib memberikan pencerahan tentang berita ini.
KETUA POLIS SELANGOR AKUI GAMBAR DAN KISAH 2 ANGGOTA POLIS PERONDA MABUK KETIKA SEDANG BERTUGAS ADALAH BENAR DAN TINDAKAN SEDANG DIAMBIL TERHADAP KEDUA MEREKA!!!!!
TIADA KOMPROMI TERHADAP ANGGOTA BERTUGAS DI BAWAH PENGARUH ALKOHOL
Ekoran penyebaran gambar dua anggota polis yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol semasa menjalankan tugas rondaan, kedua-dua identiti anggota tersebut telah dikenal pasti .
Kedua-dua anggota terbabit telah ditukarkan serta merta tempat penugasan dan siasatan lanjut berkaitan insiden itu sedang dijalankan.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius terhadap kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana anggota yang didapati mengabaikan tanggungjawab menjaga keselamatan masyarakat.
PDRM juga tidak akan melindungi dan berkompromi dengan pegawai dan anggota yang telah melakukan kesalahan yang boleh menjejaskan imej pasukan.
Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada PDRM sekiranya mendapati mana-mana pegawai dan anggota polis yang melakukan kesalahan dan tidak berintegriti.
SENIOR DCP DATO' MOHD SHUKRI BIN DAHLAN
KETUA POLIS SELANGOR
Jadi apabila pengiat siber Pro UMNO cuba nak buat cover line dengan memberitahu kononnya ianya satu lakunan semula untuk latihan amat jelas suatu penipuan besar!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan