Jumaat, 10 Januari 2014

WARGA MANUSIA DIBUMI YANG MASIH HIDUP BERWASPADALAH AKAN KEMATIAN YANG TIDAK DIDUGA/TIBA2...KITA MESTI BERIMAN KEPADA ALAM AKHIRAT JANGAN LEKA BUAT MAKSIAT SERTA SIBUK CARI HARTA DUNIA...HARTA DIAKHIRAT MACAM MANA PULAK


Ada pihak berpendapat isu rampasan Bible di Selangor, tuduhan 'bughah' ke atas peserta himpunan Turun, dan sebelumnya, hiruk-pikuk kontroversi Syiah, adalah bertujuan untuk memesongkan perhatian masyarakat terhadap persoalan lebih besar yang mengasak rakyat, iaitu kenaikan kos sara hidup dan bebanan pertambahan cukai.

Kerajaan Umno-BN, yang mendapat sokongan minoriti dalam PRU13, sejak lama dikatakan memang licik mengalih tumpuan orang ramai, daripada isu yang real dan urgent, kepada hal-hal  menggemparkan, yang mungkin sengaja dicipta atau dibesar-besarkan.

Keresahan rakyat, bandar dan desa, tidak terkecuali masyarakat kelas pertengahan, bukan sahaja terfokus kepada peningkatan kos yang menjerut kehidupan, tetapi juga kepincangan, kerakusan, pembaziran dan  penyelewengan urustadbir pemerintah.

Kos sara hidup mencanak naik turut difaktorkan oleh budaya rasuah, kronisme dan salahguna kuasa yang tidak pernah diberikan perhatian serius untuk ditamatkan. Ia sudah mendarah-daging dalam kehidupan elit penguasa, dari hairaki paling atas hinggalah ke peringkat bawah, dan sukar untuk dicerai-tanggal lagi.

Butiran yang didedahkan setiap tahun dalam Laporan Ketua Audit Negara hanyalah  cebisan-cebisan kes, dan dipercayai banyak lagi "korupsi yang dilakukan secara berjemaah", tersembunyi dengan baik sekali. Setiap pihak yang berkepentingan, akan melindunginya secara penuh "profesional" sehingga sukar untuk dibawa ke pengadilan, apatah lagi untuk disabitkan kesalahan.

Namun begitu, BN bukan hanya dilihat gagal untuk mengurus ekonomi dan kewangan negara, sehingga dikatakan terpaksa menjual harta negara dan mengubah gadaian kerajaan untuk menampung defisit belanjawan, lebih parah lagi, ia sedang memandu tanahair tercinta ini ke jurang dalam yang cukup menakutkan.

(Baru-baru ini, kolumnis terkemuka, A Kadir Jasin terus menyinggung Najib Razak dan Abdullah Ahmad Badawi: "Saya menuduh pentadbiran Abdullah dan Najib boros dan cemerkap menguruskan kewangan negara dan tidak sensitif terhadap perasaan rakyat jelata.
Ketika rakyat dilanda banjir, Abdullah sibuk ke Perth, Australia untuk merasmikan pembukaan kedai makan. Beliau pulang sebentar menjenguk mangsa banjir di Johor dan terbang semula ke luar negara. Najib pula dua tahun berturut-turut bercuti di luar negara ketika tahun baru dan kali ini, pada saat tahun baru menjanjikan khabar buruk kepada rakyat jelata akibat dasar beliau memansuhkan  dan mengurangkan subsidi secara serentak.")

Isu-isu sensitif berkaitan agama dan kaum bagai dirancang rapi dengan skrip yang begitu teliti. Umno, demi survival kuasa yang kian terancam sekarang, secara terbuka menjadi penaja kepada gerakerja membakar sentimen masyarakat Melayu.

Jika majoriti rakyat, khususnya orang Melayu, tidak berlapang dada, bersikap tertutup, dan terpengaruh dengan adu-domba itu, mungkin keharmonian negara sudah lama hangus. Wasatiyah atau kesederhanaan, malah slogan 1Malaysia, tidak membawa makna apa-apa lagi.

Semasa Umno-BN meninggalkan kekuatan mereka selama ini, yang sebelumnya menjadi faktor pemersatu dan pengimbang, dan dapat menghimpunkan segala potensi dan keistimewaan kemajmukan negara, Pakatan Rakyat pula dilihat mengambil posisi strategik itu. Politik permuafakatan dalam BN sudah bercelaru.

Dan PAS sebagai salah satu komponen utamanya, terbukti meredah cabaran kritikal ini -- terutama berkaitan manipulasi isu-isu agama --  dengan penuh berhikmah, tenang dan bijaksana. Sukar untuk dibayangkan bagaimana situasinya jika ahli-ahli PAS dapat "dihasut" dengan paluan gendang perang yang berbahaga itu.

Tidak mudah PAS berdiri teguh mempertahankan pendekatan sederhananya itu. Pelbagai tohmahan dilemparkan, seperti menjadi kuda tunggangan DAP, rakuskan kuasa hingga sanggup meninggalkan asas perjuangan, dan pelbagai tuduhan liar lainnya.

Manakala, DAP, yang dulunya dianggap berada pada kutub bertentangan dengan PAS, juga menunjukkan kematangan berpencak silat politik, walaupun ada juga aksi pemimpinnya yang dilihat mengelirukan, dan boleh menajamkan salahfaham dan "warisan yang dipertahankan".

Ramai mengharapkan persefahaman Pakatan ini mampu dipertahankan, sekali gus membayangkan kesediaan gabungan tiga parti itu untuk menggantikan posisi Umno-BN. Tanpa sokongan masyarakat berbilang kaum dan agama, seperti yang dihadapi BN hari ini, apatah lagi dengan retaknya ikatan elit politik mereka sehingga saling tidak mempercayai, maka proses peralihan kuasa  tidak perlu menunggu masa lebih lama.

Semasa DAP masih digambarkan sebagai seteru orang Melayu dan umat Islam, aya cukup tertarik dengan tajuk berita Rekodkini.com, 7 Januari lalu, "DAP gesa Kerajaan UMNO-BN asingkan cukai judi, demi kemaslahatan masyarakat Islam".

Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ia harus dilakukan oleh Najib Razak selaku Menteri Kewangan untuk memastikan hasil cukai perjudian itu disalurkan kepada perbelanjaan tertentu yang tidak melibatkan masyarakat Islam.

Ahli Parlimen DAP Seremban itu juga mendesak kerajaan supaya segera membatalkan semua permit tambahan Cabutan Khas (Special Draw) agar dapat membuktikan bahawa mereka tidak bergantung kepada aktiviti perjudian untuk menambah hasil cukai.

Kerajaan baru-baru ini sekali lagi meluluskan tambahan permit kepada syarikat nombor ramalan (NFO) sebanyak 22 permit Cabutan Khas di Semenanjung Malaysia merangkumi Magnum, Damacai dan Sports Toto.

Menurut Anthony, pemberian itu juga menjadikan tambahan sebanyak 66 kali cabutan nombor ekor untuk diperjudikan di Semenanjung Malaysia untuk 2014.

“Kalau dijumlahkan sepanjang 2014, jumlah hari perjudian cabutan nombor ekor ialah 178 hari bersamaan 52 minggu darab 3 hari dengan 22 hari cabutan khas. Ini amat keterlaluan.

“Secara puratanya, aktiviti perjudian cabutan nombor ekor ini adalah setiap 2 hari di negara ini. Apakah ini caranya Najib mentadbir untuk menambah hasil cukai negara?” soalnya, seperti dilaporkan Roketkini.com.

Ya, apa khabar pejuang-pejuang Melayu dalam Umno, Perkasa dan NGO berkaitan?


BANGKOK: Kedutaan Malaysia di Bangkok menasihati rakyat Malaysia di sini supaya menyimpan barangan keperluan dan terus bersikap berkecuali.
  
Ini berikutan langkah yang bakal diambil kumpulan yang dipanggil Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat untuk menutup kota metropolitan ini bagi mendesak peletakan jawatan kerajaan sementara yang diketuai Perdana Menteri Yingluck Shinawatra.
  
Dalam satu kenyataan semalam, kedutaan itu berkata penutupan Bangkok yang akan bermula pada 13 Jan mungkin berlarutan sekitar lima hingga 20 hari.
  
Kedutaan itu menggesa rakyat Malaysia supaya mengelak daripada mengambil bahagian dan/atau menunjukkan sokongan dalam apa jua bentuk kepada mana-mana pihak.
  
Mereka yang tinggal di Bangkok turut dinasihati supaya menyimpan sendiri stok bekalan makanan, perubatan dan keperluan lain sebagai langkah berjaga-jaga.

Bagi rakyat Malaysia yang berkunjung ke Bangkok, mereka dinasihati supaya menghubungi Kedutaan Malaysia di sini jika perlu.
  
Kenyataan itu turut menyebut rakyat Malaysia perlu terus berwaspada dan memantau rapi perkembangan dengan mengikuti berita daripada media tempatan dan antarabangsa.
  
Ketidakselesaan akan dialami ekoran penutupan beberapa jalan utama, terutamanya di lokasi tarikan pelancong.
  
Penunjuk perasaan merancang untuk mewujudkan tujuh tapak perhimpunan utama baharu di jalan utama iaitu Lumpini, Chaeng, Wattana, Asok-Sukhumvit, Ratchaprasong, Pathumwan, Victory Monument dan Lat Phrao.
  
Kedutaan itu boleh dihubungi talian di +662 629 6800 atau +6687 - 028 4659 : selepas waktu bekerja. - Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan mengurangkan subsidi petrol RON95 malam ini seperti yang tersebar di internet, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
  
Ahmad menerusi akaun Twitternya malam ini berkata :"Tiada penurunan subsidi 20 sen untuk RON95 malam ini sebagaimana berita yang tersebar".
  
Terdapat penyebaran berita di internet termasuk di laman sosial yang memetik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata Putrajaya akan menaikkan harga RON95 sebanyak 20 sen berkuat kuasa malam ini.
  
Harga petrol RON95 dipasaran ketika ini ialah RM2.10 seliter.

Ahmad berkata berbanding dengan negara-negara lain di dunia, Malaysia masih lagi mengekalkan harga petrol bersubsidi.    - Bernama


KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menafikan memberi perakuan dan sijil logo halal kepada produk atau syarikat yang mengeluarkan minuman keras.
  
Pengarah Hab Halal jabatan itu Hakimah Mohd Yusoff berkata Jakim telah membuat laporan polis di Balai Polis Putrajaya hari ini berhubung perkara itu dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.
  
Beliau berkata demikian dalam kenyataan di sini hari ini bagi mengulas maklumat dan aduan yang diterima daripada orang ramai berkaitan gambar tin minuman bir berjenama 'Carlsberg' tertera logo halal yang disebar melalui media sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp.
  
"Jakim dengan ini menegaskan bahawa jabatan ini tidak pernah memberi dan mengeluarkan perakuan serta sijil atau logo halal kepada produk atau syarikat itu. Bahkan produk lain yang turut dikilangkan di kilang yang sama turut tidak diberikan sijil halal walaupun ia bukan minuman keras," katanya.
  
Beliau berkata sebarang penyalahgunaan logo halal oleh mana-mana pihak boleh diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan - Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal 2011).

"Jakim menganggap penyebaran gambar minuman tin berkenaan sebagai berniat jahat dan cuba menjatuhkan imej serta kredibiliti Jakim sebagai sebuah badan pensijilan halal Malaysia yang berwibawa dan diiktiraf di dalam dan luar negara," kata Hakimah.
  
Beliau berkata penyebaran gambar itu boleh menimbulkan tanggapan negatif kepada Jakim dan boleh menyentuh sensitivi agama.
  
"Justeru itu, Jakim mengecam tindakan memalsukan logo halal itu, sama ada secara sengaja atau tujuan prokosi kerana perkara ini boleh merosakkan kredibiliti Malaysia sebagai peneraju pensijilian halal dunia dan boleh mencetuskan polemik di kalangan masyarakat," katanya.
  
Beliau berharap pengguna tidak terpengaruh dengan berita-berita palsu di laman sosial yang sengaja dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan menghentikan penyebaran perkara sedemikian.
  
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan itu. - Bernama
Diperhatikan setiap stesen komuter dari Sungai Gadut hingga ke Tanjung Malim walaupun stesennya hebat dan baru dibina tetapi tandas awamnya masih dalam keadaan daif dan kotor dan kebanyakan tandasnya rosak serta tidak diselenggarakan dengan baik sebagaimana diharapkan.

Begitu juga dikawasan stesen itu sendiri masih nampak berkeadaan tidak terurus dan lantai yang berlumut serta sampah sarap boleh kelihatan di mana-mana. Kaunter jualan tiket pula ditutup lebih awal sebelum 10 malam sedangkan perkhidmatan komuternya tamat perkidmatannya jam 11.30 malam untuk perjalan kedestinasi terakhir mereka dan jadual perjalanannya juga selalu tergendala dan inilah puncanya mengapa penumpang terpaksa berhimpit-himpit macam ikan sardin apabila adanya kelewatan di setiap perjalanan komuter itu.

Walaupun setiap stesen disediakan lif untuk OKU dan warga tua serta mereka yang kurang sihat dan kanak-kanak tetapi lifnya selalu didapati tidak berfungsi dengan alasan masih lagi dalam penyelenggaraan dan ini menyusahkan mereka yang berkenaan untuk pergi ke seberang platform 2 kerana terpaksa menaiki tangga yang agak tinggi itu.

Dalam masa yang sama diharap pihak pengurusan komuter dapat sediakan tempat duduk khas sebagaimana koc khas untuk wanita nikmati bagi warga emas dan OKU yang menggunakan komuter. Juga kerana saya perhatikan ada juga kalangan mereka ini terpaksa berdiri dan berhimpit-himpit di sepanjang perjalanan tanpa sesiapa pun yang sudi untuk memberikan tempa duduk mereka sebagai masyarakat yang perihatin.
KAHERAH: Kegusaran rakyat Mesir terhadap tahap keselamatan Presiden yang digulingkan, Dr Mohammad Morsi terjawab apabila beberapa portal berita membuat pendedahan yang mengejutkan.

Morsi yang sepatutnya dibicarakan 8 Januari lepas, bagaimanapun tidak dibawa ke mahkamah, tanpa sebarang makluman dari pihak kerajaan.

Semalam portal berita ansarportsaid.net melaporkan Presiden Mesir itu cedera teruk akibat dipukul empat anggota majlis tertinggi tentera.

Portal tersebut mendedahkan bahawa, Morsi dipukul anggota majlis tertinggi tentera kerana beliau menolak tawaran damai mereka.

Empat anggota tertinggi majlis tentera tersebut menawarkan penyelesaian damai dengan mengembalikan Morsi sebagai Presiden Mesir.

Bagaimanapun mereka memberikan syarat supaya Morsi tidak mengambil sebarang tindakan kepada anggota tentera yang terbabit di dalam rampasan kuasa.

Apabila Morsi menolak tawaran mereka sambil menegaskan bahawa merekalah yang mula-mula harus dihukum kerana terbabit dalam pembunuhan ribuan rakyat yang tidak berdosa, khususnya di Medan Rabaah.

Akibat daripada pertengkaran tersebut, mereka memukul Morsi tanpa belas ihsan sehingga menyebabkan Presiden yang sah dipilih oleh rakyat itu mengalami kecederaan yang teruk.

Pihak tentera terpaksa menangguhkan perbicaraan kerana bimbang jika Morsi dibawa ke mahkamah dalam keadaan yang teruk akibat dipukul, ia akan membangkitkan amarah rakyat Mesir.

Sementara itu, media melaporkan 26 orang mahasiswa Universiti al-Azhar dekat sini, dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun enam bulan.

Mahkamah kudeta di bandar Nasr (Madinat Nasr) yang bersidang 9 Januari lepas, menjatuhkan hukuman tersebut kerana mendakwa mereka terlibat dalam demo aman menentang rampasan kuasa.

Mahkamah bersidang secara tertutup tanpa dihadiri wartawan dan wakil media.

Dalam perkembangan yang berkaitan, TV al-Hiwar memetik kenyataan pemimpin Ikhwanul Muslimin, Dr Ibrahim Munir dari London yang menghuraikan kebimbangan kebanyakan negara Eropah terhadap apa yang berlaku di Mesir.

Menurut beliau, Eropah berasa amat bimbang dengan kegagalan kudeta tentera yang sering mengambil tindakan keras terhadap rakyat Mesir yang boleh mendorong kepada kebangkitan bersenjata rakyat, khususnya dari golongan anak muda.

Untuk rekod, sejak Presiden Morsi digulingkan, para pendokong Ikhwanul Muslimin tidak pernah bangkit dengan kekerasan, mereka menolak penggunaan senjata, walaupun ribuan anggota mereka dibunuh kejam di Medan Rabaah dan di Istana Presiden.

"Jika kebangkitan bersenjata berlaku, ini suatu yang cukup bahaya kepada Eropah kerana mereka punyai banyak kepentingan di Mesir.

"Ianya juga akan memungkinkan penghijrahan beramai-ramai rakyat Mesir di sempadan (menerusi Laut Mediterranean) ke Eropah," kata beliau.

Kata Tun Mahadir Hudud Tidak Wujud Dalam al-Quran



Salam, ustaz baru-baru ni heboh pasai Tun cakap hudud tak wajib ke atas orang Islam sebab tiada dalam al-Quran katanya hanya kata-kata ahli fiqah saja. Apa pendapat ustaz pula, sedangkan para ulamak-ulamak memperjuang hukum hudud Allah kerana terdapat dalam al-Quran juga mengatakan wajib melaksanakan hukum Allah...


Jawapannya

Memang semua orang kenali bahawa Tun Mahadir adalah orang yang bijak. Banyak jasa-jasanya yang dilakukan terhadap pembangunan negara sewaktu ia menjadi perdana menteri Malaysia dahulu. Cuma kekurangan yang ada pada Tun adalah ilmu-ilmu agama, sebab itulah ada sebahagian hujah-hujah agama yang dikeluarkan oleh Tun sangat bertentangan dengan disiplin ilmu agama yang ada. Berlakulah pandangan-pandangan yang sangat meleset dari kebenaran yang telah dirungkaikan oleh ulama dari dua manhaj yang ditinggalkan Rasulullah SAW iaitu al-Quran dan sunah.

Mengenai kata-kata Tun bahawa hukum hudud tiada di dalam al-Quran itu merupakan satu kesalahan yang sangat besar. Kerana dari segi hakikatnya banyak ayat-ayat al-Quran yang menceritakan tentang pelaksanaan hukum hudud. Untuk makluman pembaca budiman, hudud adalah sebahagian kecil undang-undang Islam yang terdapat di bab Jenayah Islam. Sebenarnya undang-undang Islam meliputi semua perkara yang dinamakan syariat Islam termasuklah hukum qisas, hudud dan takzir.

Mari kita singkap ayat-ayat al-Quran yang menceritakan kewajipan melaksanakan hukum hudud, antaranya ialah :

Kesalahan mencuri. Firman Allah SWT yang bermaksud : 

“Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-dua mereka (sebagai) pembalasan terhadap apa yang telah mereka lakukan dan sebagai seksaan (kemurkaan)dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (Surah Al-Maidah : 38) 
Kesalahan berzina. Firman Allah SWT yang bermaksud : 

“Perempuan-perempuan yang berzina dan lelaki-lelaki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan dan janganlah belas kasihan kepada keduanya menghalang kamu dari menjalankan agama(hukuman) Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, dan hendaklah perlaksanaan hukuman terhadap mereka berdua disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman”. (Surah an-Nur : 2) 
Kesalahan menuduh zina tanpa empat orang saksi. Firman Allah SWT yang bermaksud :  

“Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik melakukan zina dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka (penuduh) dengan 80 kali sebatan dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka selama-lamanya dan mereka itulah orang-orang yang fasiq”. (Surah an-Nur : 4) 
Kesalahan minum arak. Firman Allah SWT yang bermaksud :  

“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak, berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji dari perbuatn syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan. Sesungguhnya syaitan itu ingin menimbulkan permusuhan dan kebencian di kalangan kamu dengan meminum arak dan berjudi, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan mendirikan sembahyang, maka adakah kamu mahu berhenti (dari melakukan perkara tersebut)”. (al-Maidah : 90-91) 
Kesalahan murtad. Firman Allah SWT yang bermaksud : 

“Barangsiapa yang murtad di kalangan kamu dari agamanya lalu dia mati dalam keadaan kekafiran itu, maka sia-sialah segala amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka inilah penghuni neraka dan kekal di dalamnya selama-lamya”. (Surah al-Baqarah : 217) 
Kesalahan menderhaka kepada pemerintah Islam. Firman Allah SWT yang bermaksud :  

“Balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi, ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja) atau di buang negeri (kalau mwereka mengganggu ketenteraman awam. Hukuman yang demikian adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.” (al-Maidah : 33)

Hudud ini bukan rekaan ahli fekah, tetapi sudah lama termaktub di dalam kitab al-Quran dan hadis. Jadi dakwaan mengenai rekaan ahli fekah itu adalah tuduhan yang salah tanpa menyelidiki dahulu sumber-sumber yang dibincangkan oleh ulama fekah. Inilah musibah yang dihadapi oleh kita semua apabila orang yang tidak ahli berhujah mengenai hukum-hukum Islam. Amat malang semua ini dirujuk pula kepada mereka yang jelas ingin menentang kebenaran Islam dengan menolak dalil-dalil hadis dan mereka berkata al-Quran sudah lengkap tidak perlu lagi hadis-hadis dan hujah ulama.

Gambaran yang dapat saya buat di sini seperti sebuah kapal yang berlayar di lautan luas, ia memerlukan satu enjin yang kuat, body yang tahan dari pukulan ombak, nahkodanya juga cukup arif dalam bidang pelayaran. Insyaallah semua anak kapalnya akan selamat tiba ke distinasi yang dituju. Cuba anda bayangkan bagaimana jadinya kapal tersebut apabila kurang salah satu dari tiga komponen yang penting ini. maka sudah pasti ia tidak boleh belayar, sekiranya belayar ia akan melencung jauh dari distinasinya.

Begitu juga Islam terdiri daripada beberapa asas utama iaitu al-Quran, al-Hadis dan ijmak ulama. Di sini bukan bermaksud al-Quran itu lemah, tetapi ia menjadi sokongan atau penguat antara satu sama lain. Sebenarnya setiap hadis dan ijmak ulama itu datangnya juga dari al-Quran. Jadi tidak ada satupun hukum Islam itu yang direka oleh ahli fekah. Buktinya boleh lihat di dalam kitab-kitab fekah setiap hujah dikuatkan dengan al-Quran dan hadis.

Akhir sekali, diharapkan Tun dan juga mereka yang berpandangan sama dengannya kembalilah bertaubat dan perbetulkan pandangan agar ia selaras dengan apa yang dinyatakan oleh al-Quran, hadis dan ijmak ulama. Sebelum mengeluarkan sesuatu hujah mengenai Islam, maka sebaiknya rujuklah kepada mereka yang ahli mengenainya, supaya setiap pandangan dibuat tidak sesat jauh dari jalan yang dibawa oleh Islam.

 

 

 



 

Tiada ulasan: