Saturday, 18 January 2014
TIDAK SAMPAI 300 PEMBELA NAJIB YANG DATANG BERHIMPUN MENENTANG PEGHINAAN TERHADAP DIRINYA.
Bertempat di Sunway, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, pagi ini telah berlangsungnya satu perhimpunan dari macai-macai UMNO, pembela Najib Razak membantah tindakan ADUN PKR Machang Bubuk, Lee Khai Loon dan kuncu-kuncunya yang dikatakan kononnya melkakukan kerja biadap menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai Perdana Menteri DS Najib Tun Razak.
Kehadiran yang tidak sampai 300 orang, hampir 100% penyokong dan ahli UMNO.
Tidak nampak langsung seorang kelibat yang bergelar pemimpin UMNO di perhimpunan menentang penghinaan terhadap PM .. mungkin mereka sedar .. jika hadir akan menghina diri mereka sendiri.
Maunya tidak rasa malu dan terhina .. lihat sahaja bahasa poster jemputan yang cacar merba bahasanya... Tahun pun silap... Sepatutnya Pantang maut sebelum ajal tapi depa tulis pantang ajal sebelum maut.
Cakap berdegar dikaca TV dan media .. apabila tiba masa untuk berlongok nyatakan sokongan dan bantahan batang hidup dan bayang pun tak nampak ... Jelas betapa mudahnya para macai UMNO dikangkungkan oleh pemimpin mereka.
Malang sungguh nasib badan Najib kini .. bila memerlukan para hulubalangnya datang untuk membela tidak ramai mana pun yang datang dan sudi untuk berlonggok.
ILMU SAKA ROSAKKAN MANUSIA
Written By canang on Sabtu, 18 Januari 2014 | 1/18/2014 12:00:00 PTG
SAKA dikaitkan dengan mewarisi jin yang membolehkan makhluk halus itu
menjadikan pewarisnya dengan pelbagai kuasa ghaib seperti memiliki
kecantikan, kekuatan luar biasa atau menjadi individu berpengaruh.
Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah haram di sisi Islam. Biasanya
saka diwariskan kepada anak atau cucu kepada pemilik saka.
Saka adalah ilmu keturunan yang dipusakai ada hubung kaitnya dengan jin,
sama ada dibela, dibuat sahabat secara sedar atau tidak oleh pemiliknya
Gejala saka amat berbahaya dan mampu merosakkan kehidupan seseorang.
Maka, penting kita menyiasat diri dan keluarga daripada mewarisi saka.
Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang dipusakai daripada
waris teratas kepada waris di bawahnya. Contohnya daripada ibu atau bapa
kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada
cucunya, atau seseorang dalam lingkungan keluarga.
Kesan jangka panjang jika seorang yang mewarisi saka ialah mampu
menjadikan seseorang itu mendapat sakit sehingga koma atau lumpuh.
Umumnya, kebanyakan orang yang memiliki saka berkebolehan merawat orang
yang sakit disebabkan jin dan syaitan. Cara rawatannya dengan menurun
menggunakan mantera atau jampi.
Bacaan dan amalan yang dilakukan itu amat meragukan serta sukar
difahami. Ia bertentangan dengan syariat kerana mempunyai unsur syirik
yang boleh merosakkan akidah.
Jika seseorang itu menyatakan hasratnya pada waris tertentu, seperti
anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau ‘layak’
mewarisinya.
Penurunan ilmu saka boleh berlaku secara tidak langsung apabila waris
menerima barang tertentu peninggalan si mati seperti barangan kemas,
keris, lembing atau tombak.
Syaitan akan sentiasa memastikan setiap manusia atau orang yang
mewarisinya sesat ketika sampai ajal mereka. Pada mulanya memang saka
kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya seperti
melindungi diri, keluarga dan harta benda tetapi itu semua hanya tipu
helah untuk menyesatkan manusia.
Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul dalam jangka masa panjang
di mana kemuncaknya menyebabkan manusia itu berdosa besar kerana
mensyirikkan Allah SWT.
Antara kesan buruk memelihara saka ialah pemiliknya menghadapi seksaan
yang amat perit ketika menghadapi saat kematian kerana roh mereka sukar
untuk keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa ketika menemui
ajal.
Situasi lebih dahsyat berlaku apabila pemilik saka sudah meninggal dunia
tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya.
Gangguan saka juga menyebabkan seseorang dilanda penyakit misteri.
Justeru ahli keluarga atau sesiapa saja dilarang menerima warisan saka
daripada pemilik asal.
Bagi mereka yang sudah menerima, berusahalah untuk memutuskan hubungan
dengan makhluk terbabit dengan mendapatkan khidmat pengamal perubatan
Islam yang menggunakan al-Quran dan sunnah sebagai kaedah rawatan.
Pengamal Perubatan, Pusat Rawatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan
Shafie, berkata saka adalah perjanjian yang dibuat antara nenek moyang
dengan jin laknatullah untuk mendapat kehebatan, kekuatan, kecantikan,
perlindungan tertentu melalui perjanjian tertentu dalam tempoh yang
ditentukan (tujuh keturunan).
“Saka berada dalam tubuh badan manusia sejak sekian lama hingga menjadi
sebati dengan manusia. Ia berlaku sama ada seorang itu mengetahuinya
ataupun tidak.
“Jin berkenaan ditinggalkan nenek moyang pembawa saka apabila mereka
meninggal dunia. Ketika hidupnya, mereka berkawan atau membela jin
berkenaan yang dikenali dengan pelbagai nama dalam masyarakat kita
seperti polong, pelesit, toyol dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata terdapat kronologi bagaimana jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka berkenaan.
“Selepas nenek moyang yang membela jin terbabit meninggal dunia,
jasadnya mati selepas roh keluar dari badannya. Namun Begitu, jin yang
berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukan
seperti manusia.
“Apabila jasad perumah saka dikebumikan, jin akan bebas seperti keadaan
layang-layang yang terputus talinya. Maka ia akan berkeliaran di atas
muka bumi ini untuk mencari pewaris baru,” katanya.
Sharhan berkata kebiasaannya jin berpindah kepada anak cucu yang mengamalkan jampi tertentu yang diambil daripada si mati.
“Saka turut berpindah kepada waris seperti anak atau cucu yang menyimpan
barang peninggalan si mati. Mereka berpotensi besar mewarisi saka
disebabkan pernah tinggal serumah bersama si mati.
“Selain itu, golongan yang menjadi sasaran kepada saka adalah anak cucu
yang cetek pengetahuan agamanya, sentiasa melakukan maksiat,
meninggalkan ibadat seperti solat, mereka yang lemah fizikalnya serta
memang terlalu menginginkan sangat kehebatan serta kelebihan nenek
moyang mereka,” katanya.
Beliau berkata memang terdapat pertalian erat antara jin dan saka kerana jin yang diwariskan itu umpama harta peninggalan.
“Terdapat hadis daripada Abu Tha’labah berkata. Rasulullah bersabda yang
bermaksud: “Jin itu mempunyai tiga jenis iaitu jenis yang mempunyai
sayap dan berterbangan di udara, jenis yang berbentuk ular dan anjing
dan jenis yang berpindah randah.
“Jenis jin ketiga itu dikelaskan jenis jin yang menjadi saka kerana
mampu berpindah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya,”
katanya.
Sharhan berkata mereka yang memiliki saka juga mempunyai kebolehan
mengubati penyakit yang disebabkan oleh jin dan syaitan tetapi mereka
menggunakan dengan cara meragukan.
“Kebanyakan mereka berubat dengan kaedah menurun. Pembawa saka mampu
mengubat tetapi dengan menggunakan jampi yang mempunyai unsur syirik.
“Malah jampi yang digunakan langsung tidak difahami maknanya,” katanya.
Beliau berkata terdapat amalan yang mampu menghalang seseorang itu menjadi mangsa saka dengan berkat keizinan Allah SWT.
“Segala bentuk gangguan jin dapat dielakkan dengan syarat kita percaya dan benar-benar yakin Allah yang menyembuhkan.
“Antaranya boleh mengamalkan zikir, membaca surah Mulk sebelum tidur,
berwuduk sebelum tidur atau ketika mengadakan hubungan kelamin dengan
isteri, jadikan amalan membaca surah Yaasin setiap Subuh, membaca
Basmalah sebagai wirid setiap kali melakukan pekerjaan dan perdengarkan
bacaan ayat ruqyah di dalam rumah,” katanya.
Petanda seseorang mempunyai saka:
Gejala waktu tidur
- Susah tidur malam.
- Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
- Mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa mendengarnya.
- Mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan.
- Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus.
- Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
- Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
- Berdiri dan berjalan ketika tidur.
- Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
- Mimpi berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan.
- Mimpi melihat budak kecil.
- Mimpi melihat salib atau gereja.
- merintih dan menangis ketika tidur.
Gejala waktu jaga
- Selalu pening kepala.
- Lalai mengingati Allah SWT
- Sering lesu dan malas.
- Rasa sakit di salah satu anggota badan.
- Sakit di belakang terutamanya tulang belakang.
- Lenguh sendi-sendi utama.
- Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati.
- Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
- Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup.
- Mudah marah dan panas baran.
- Emosional dan terlalu sensitif.
- Terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur.
- Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.
Saturday, 18 January 2014
BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT TERENGGANU KERANA MEMBERIKAN UNDI KEPADA UMNO PADA PRU 13 LALU .... SEMUA MAHAL DI KUALA TERENGGANU.
Bangga sungguh menjadi rakyat Terengganu ... semua mahal di Kuala Terengganu .. mahal melebehi bandar besar lain di Malaysia ... kira Kuala Terengganu sudah setaraf New York atau London... sudah boleh digelar bandaraya termaju dan termoden di Asia.
Bijak sungguh kerana masih berikan kepercayaan kepada UMNO untuk menerajui negeri Terengganu sampaikan harga barang-barang keperluan harian jauh lebih mahal dari bandar-bandar besar di negara ini.
Mungkin falsafah kerajaan UMNO Terenganu ialah kalau mau menjadi kota bertaraf tinggi maka perlunya harga barang-barang keperluan harian harga jauh lebih tinggi dari bandar-bandar lain.
Tidak menghairankan jika ada nanti pemimpin UMNO berkokok memberitahu para penyokongnya yang negeri Terengganu akan mencapai taraf negeri maju sebelum Malaysia yang masih terkial-kial berangan-angan nak capai negara maju tahun 2020. .
Hujah dangkal liberalis dan pluralis
Agama yang benar hanya satu
Tanpa perlu dipanjangkan isu relativiti kebenaran agama pada sesetiap penganutnya, hakikat pendakwaan bahawa semua agama adalah sama juga merupakan satu bentuk agama yang baru.
Ini kerana mereka menolak semua kefahaman bahawa ‘hanya satu agama yang betul’ dengan fahaman mereka bahawa ‘semua agama betul’, dan ia bersandarkan kepada penganut agama masing-masing.
Sepatutnya dakwaan mereka itu tidak relevan kerana kefahaman ‘hanya satu agama yang betul’ sekiranya mengikut relativiti kebenaran pada penghujjahan mereka, juga adalah suatu yang betul pada sudut orang yang menganutnya, dan ia tidak berhak untuk disanggah.
Begitulah hakikat hujjah dangkal golongan liberalis dan pluralis, mereka mahu menyamaratakan Islam dengan agama yang lain, merelatifkan kebenaran hakiki dan menipu manusia awam dengan bahasa dan istilah bombastik mereka.
Oleh itu, daripada membuang masa mempersoalkan relativiti agama yang ada, jalan yang paling praktikal adalah meniti jalan menegakkannya dan memenangkan ia ke atas agama-agama yang lain.
Dalam dunia ini tidak akan pernah ada kepuashatian yang sempurna, keadilan yang mutlak dan bebas daripada sebarang kecenderungan. Ia adalah dunia yang penuh dengan peperangan dan perjuangan. Ia adalah tempat ujian dan peperiksaan. Kesempurnaan mutlak dan kepuashatian sebenar tanpa sebarang kecenderungan hanya mampu dicapai di syurga.
Percubaan untuk mencari jalan tengah dan selamat serta menyatukan kesemua manusia di bawah payung keharmonian dengan bendera kemanusiaan tanpa sebarang kecenderungan akidah dan pemikiran, hakikatnya hanyalah sebuah tipudaya semata-mata yang hanya mampu bertahan sementara waktu sahaja.
Sama ada tertipu atau pun memang tidak berdaya.
Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa
Pengerusi Majlis Ulama ISMA Mesir
Saturday, 18 January 2014
BILA UMNO MENGAMUK TERHADAP ISU KANGKUNG MAKA TERSERLAH ENGGAN MENERIMA REALITI SUARA RAKYAT PERINGKAT AKAR UMBI.
Ketidakmampuan Umno untuk melihat sisi lawak parodi kangkung mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah tanda bahawa mereka hilang sentuhan dengan perasaan rakyat dan enggan mengiktiraf kuasa media sosial, kata penganalisis.
Penganalisis berkata, keadaan itu menunjukkan parti ahli Melayu dan penyokongnya masih berpegang kepada mentaliti bahawa pemimpin mereka tidak boleh dikritik.
Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian, berkata cara pemikiran ini kebanyakannya didorong oleh struktur dan sejarah parti Melayu itu, penetapan tradisional yang ada kaitan kuat dengan budaya feudal.
“Mereka datang daripada pelbagai rangka fikiran, mereka mempunyai cara berbeza memandang pemimpin. Ia dipengaruhi kuat oleh feudalism dalam budaya Melayu, maka budaya mencium tangan sering dilihat antara ahli dengan pemimpin,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Ahad lalu, Najib berkata kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) tidak pernah dipuji apabila harga barangan turun. Menggunakan kangkung sebagai contoh, beliau berkata harga sayuran sudah turun tetapi Putrajaya tidak menerima sebarang pujian.
Kenyataannya disiarkan oleh siaran televisyen tempatan TV3 dan dimuat naik ke You Tube, mencetuskan kritikan daripada pengguna laman sosial, dengan kebanyakannya menyatakan kebodohan perdana menteri menggunakan kos sayuran yang tumbuh liar di tepi jalan sebagai contoh kerajaan memahami.
Sejak itu, kenyataan kangkung tersebar luas di media sosial hingga ada yang memuat naik video, gambar, parodi, jenaka dan flash mob yang mempersendakan Najib.
Ini menyebabkan ahli Umno mengkritik mereka yang tidak menunjukkan rasa syukur kerana harga sayur yang lebih murah dan mengejek kerajaan.
Bagaimanapun, keadaan bertukar menjadi ada unsur perkauman apabila blogger Umno, Dr Novandri Hassan Basri membelasah ahli pembangkang berbangsa Cina.
“Pakatan (Rakyat) Cina menjadi lebih ekstrem dan biadap. Mereka secara terbuka menghina perdana menteri dengan memasukkan kangkung ke dalam mulut replica Najib,” katanya selepas Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk dari PKR, Lee Khai Loon menganjurkan bantahan di Pulau Pinang yang memaparkan patung Najib disumbat dengan kangkung.
Ibrahim berkata, reaksi daripada Umno menunjukkan bahawa BN mempunyai masalah berdepan dengan golongan lebih muda yang tidak berkaitan terhadap pemimpin.
Katanya, mereka tidak selesa mereka mereka tidak biasa dengan maklum balasa seumpama itu.
Beliau berkata, masalahnya menjadi lebih teruk kerana pemimpin selalu dilihat lebih hebat daripada hakikat dan dengan mengejek pemimpin, ia menjadikan lebih sukar untuk mereka meyakinkan rakyat Malaysia mengenai polisi pada masa depan dan ia bahaya.
“Internet adalah landasan untuk rakyat menyuarakan kesedihan dan Umno tidak bersedia untuk melihat penentangan sudah sampai ke peringkat itu,” katanya.
Penganalisis politik dari Universiti Monash Malaysia, Profesor James Chin, berkata sokongan di sekeliling Najib oleh ahli parti dan penyokong berhubung isu itu adalah konsisten dengan kemampuan Umno untuk berdepan degan media baru.
Beliau berkata, BN tewas dalam perang sosial media sejak pilihan raya umum 2008.
“Umno tidak faham bahawa parodi kangkung adalah jenaka. Mereka jadi defensif. Mereka sepatutnya perlu diam sahaja atau menghasilkan idea jenaka lain untuk mengalihkan perhatian,” katanya.
Beliau berpendapat, dilema Umno disebabkan fakta bahawa mereka melayan media sosial sebagai satu lagi bentuk media tradisional, dan kejahilan seumpama itu boleh menjejaskan parti.
“Mereka tidak sepatutnya mewujudkan kontroversi, ia akan menguatkan jenama buruk yang Umno ada,” katanya.
Ketua Pegawai Operasi Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Tricia Yeoh, berkata ia ironi kerana Umno dan penyokongnya marah meluap-luap terhadap warga internet mengenakan Najib apabila mereka melakukan perkara serupa terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.
“Mengapa mereka senyap apabila penyokong atau mereka daripada kumpulan lain melakukan helah yang sama terhadap pemimpin pembangkang?
“Mereka boleh meluahkan rasa marah yang serupa, tetapi mereka tidak melakukannya,” katanya dan menambah mereka sepatutnya konsisten dengan pendirian.
Berdepan dengan kenaikan kos sara hidup berikutan pemotongan subsidi dan kenaikan harga, Yeoh berkata, rakyat Malaysia menggunakan jenaka untuk membantu mereka menangani masalah.
“Tidak banyak yang boleh dilakukan, sama ada anda ketawa atau menangis, jadi adalah lebih baik ketawa,” katanya... TMI
Tiada siapa layak gantikan Najib
Tarikh: January 18, 2014
PELBAGAI tafsiran telah dibuat berhubung dengan posting saya (12
Januari 2014) supaya bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed
diberikan peranan dalam kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul
Razak.
Penasihat DAP Lim Kit Siang memberikan reaksi pantas dengan menuduh saya sebagai menginisiatifkan komplot dan konspirasi golongan reaksionari dan anti demokrasi dalam Umno dan BN untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib.
Kit Siang sebenarnya mimpikan kekuatan saya lebih dari yang sebenarnya.
Saya tidak mempunyai sebarang kedudukan dalam Umno baik diperingkat bawahan atau atasan dan saya tidak mempunyai hubungan rapat dengan mana mana pemimpin Umno.
Saya juga tidak rapat dengan Mahathir seperti sangkaan banyak orang malah ketika melancarkan karya saya
Tun Razak Jejak Bertapak Seorang Patriot lama dahulu, Mahathir walaupun menganggap saya sebagai kawan tetapi katanya "Kawan yang menyusahkan."
Bagi saya kekuatan tidak semestinya bergantung kepada pertubuhan atau parti jika kita mempunyai kekuatan sendiri.
Umpamanya apabila saya mengkritik bekas Presiden Indonesia Habibi yang mengujungi Anwar Ibrahim sebelum Pilihanraya Umum Malaysia tanpa menghormati tatasusila negara ini, telah menimbulkan reaksi yang cukup hangat di Indonesia.
Lebih 1 juta menonton saya menerusi interviu sacara langsung oleh TV1 Indonesia dan juga mendapat perhatian pemimpin pemimpin besar Indonesia termasuk Presiden Indonesia sendiri.
Saudara Kit Siang boleh meminta angka ini dari TV1 Indonesia sendiri.
Saya juga merasa bangga kerana sebagai orang yang tidak mempunyai apa apa kedudukan dalam parti dan kerajaan saya masih mendapat perhatian dari saudara Kit Siang.
Selain dari Kit Siang , kalangan Umno sendiri ada yang menganggap saya menyindir kepimpinan Najib yang lemah.
Saya tidak menyindir tetapi saya katakan terus terang dalam tulisan saya itu jika berikan ISA pada Najib pun tidak akan berkesan.
Maka itu bukan ISA yang perlu dikembalikan tetapi Mahathir yang perlu dikuatkuaskan semula tetapi bukan dengan mengambilaleh jawatan Najib.
Pada pandangan saya disebalik kelemahannya, Najib mempunyai kekuatan tersendiri terutama dalam mempastikan penerusan pegangan kepada nilai tradisi pemerentahan yang diwarisi sejak Perikatan.
Najib dapat mengawal emosinya, bertoleransi,bertolak ansur,bermaafan dan berdeplomasi dalam menghadapi berbagai tekanan sekalipun dalam keadaan yang runcing dan amat mencabar.
Pegangan kuat kepada tradisi politik ini yang menjadi pertahanan kebal kepada negara dalam menghadapi berbagai provokasi dari masa ke masa.
Jika BN pimpinan Najib bertindak mengikut emosi rakyat maka tentunya kita sudah lama melihat Malaysia dicerobohi oleh anasir asing seperti yang berlaku di Syria, Iraq dan sebelumnya di Indonesia yang menjatuhkan Soeharto. (sekarang rakyat Indonesia mengenang kemakmuran dizaman Soeharto).
Inilah juga yang diharapkan oleh anasir-anasir subersif dalam negara kita yang dulunya adalah komunis tetapi sekarang menjadi anjing kepada kuasa imperialis Global.
Bagaimanapun kekuatan Najib lebih banyak dilindungi oleh kekalahannya dalam masalah peribadi yang terang lagi bersuluh kepada umum walaupun cuba dilindunginya disamping pendekatan pendekatan populisnya yang bersifat elitis yang tidak menjijak hati rakyat sebaliknya lebih menjadi bahan ketawa rakyat.
Untuk mengatakan beliau tidak berhati perut Melayu adalah tidak benar sama sekali.
Jika demikian masakan terloncat dari mulutnya perkataan Tsunami Cina bila orang Cina menolak BN dan juga apabila ditanya oleh wartawan wartawan akhbar Cina berkali-kali mengenai berita Utusan Malaysia “ Apa lagi Cina mahu?.” Najib sambil mengawal perasaannya menjawab :
Bagaimana pula dengan akhbar akhbar Cina? yang menyebabkan wartawan wartawan Melayu bertepuk dalam suatu sidang akhbar.
Malangnya pendekatan kebangsawanannya untuk menjijaki hati rakyat tidak menampakan ketulenan dan keperibadian semula jadi.
Umpamanya apabila beliau mengujungi gerai makan atau café dalam musim pilihan raya untuk dijadikan berita bergambar di akhbar dan lain-lain media perdana.
Bila ini menjadi berita maka menunjukan hal itu “luar biasa” tetapi bagi rakyat itu adalah kehidupan harian mereka. Menjadikannya "Luar Biasa" menerusi stage manage mendedahkan selama ini beliau tidak pernah bersama rakyat di kedai kopi.
Ucapan penceramah popular yang tidak jadi masuk Umno, Mohammad Kazim Elias bahawa “Sepatutnya dalam hal yang melibatkan keselamatan agama dan ketenteraman awam,kerajaan tidak boleh berlengah dan beri ruang masa terlalu lama kerana akhirnya beri kesan tidak elok pada negara” sebenarnya suatu kecaman tepat dan pedas terhadap Najib yang menepati apa yang tersimpan di hati majoriti rakyat.
Tentunya orang lebih percaya kepada Kazim dari Najib kerana sudah terlalu banyak bukti Najib bergerak macam kura kura terutama dalam pekara yang berkaitan dengan Mahkamah.
Apakah kerana hendak menunjukan kebebasan Mahkamah maka kerajaan tidak mahu campurtangan mempercepatkan keputusan dalam pekara yang panas dan runcing.
Siapakah yang percaya kepada kebebasan mahkamah?
Adakah Najib masih percaya rakyat akan kembali menyokong kerajaan dengan menunjukan kebebasan Mahkamah?
Dalam kes Anwar Ibrahim pun,rakyat dari kedua pihak yang bertentangan telah hilang keyakinan terhadap kredebiliti Institusi Keadilan dan Kehakiman negara ini.
Najib terlalu elitis untuk memahami perasaan rakyat dan terlalu banyak teragak agak dalam membuat keputusan yang menyerlahkan sikap
indecisive.
Najib lebih terkenal dengan keupayaan menanguhkan masalah dan bukannya menyelesaikan masalah.
Maka itu saya rasa Najib memerlukan bantuan dan sokongan moral dari orang seperti Tun Dr.Mahathir yang mempunyai aura yang sangat besar sehingga mendengar cadangan namanya untuk dikembalikan ke dalam pemerentahan sudah menggeletarkan Kit Siang and The Gang.
Saya tidak fikir Mahathir gila kuasa atau beliau mahu kuasa Perdana Menteri sekiranya beliau diberikan kedudukan dalam kerajaan tetapi beliau mahu mengembalikan kuasa Umno.
Beliau mempunyai keyakinan bahawa Umno menerusi kepimpinan yang ada sekarang masih boleh dipulehkan kekuatannya.
Secara ikhlas saya tidak nampak seorang pun yang dapat menandingi kewibawaan Najib pada masa ini.
Beliau mesti disokong dan diberikan kepercayaan untuk menjalankan tugasnya dengan lebih berani mengambil risiko.
Mahathir boleh membantunya dalam hal ini.
Jika dengan bantuan Mahathir kekuatan Najib dan BN dapat dipulihkan maka apakah salah untuk Najib meneruskan kepimpinan hingga lepas Pilihan Raya Umum akan datang.
Dipetik daripada blog Zainuddin Maiden

MALAYSIA KINI !!! (GUINNESS WORLD RECORD) (MALAYSIA TERBAIK & PALING AMAN DI DUNIA) (RECORD2 TERBAIK NEGARA) (1) MALAYSIA , ADALAH ANTARA NEGARA2 PALING RASUAH , DI DUNIA . (2) KEBANYAKAN PEMINPIN DI MALAYSIA , MEMENANGI PILIHARAN RAYA , BUKAN DISEBABKAN MEREKA PEMINPIN BIJAK & PINTAR , TEPAPI MEREKA MEMENANGI PILIHANRAYA , KERANA BIJAK MENIPU MACAI2 BODOH DGN JANJI2 KOSONG DAN MERASUAH PENGUNDI , ANTARA PENIPU TERBAIK DI DUNIA . (3) 90 % PEMINPIN2 MALAYSIA, MMPUNYAI KEKAYAAN, PALING LUAR BIASA, DI DUNIA .(MUNGKIN MEREKA DPT WANG YG JATUH DARI LANGIT SECARA TIBA2 . (5) SPRM ADALAH YG PALING LEMAH DAN BERAT SEBELAH DI DUNIA YG DIKUASAI OLEH BN (CONTOH - BODOH/CUAI , TIDAK BOLEH DI DAKWA) INI ADALAH UNDANG2 PALING DEMOKRASI DI DUNIA . (6) RAKYAT MALAYSIA ANTARA RAKYAT, PALING BYK TERIMA RASUAH UNDI DARI BN UMNO , DI DUNIA. (7) MALAYSIA, ANTARA, PEMINPIN PALING RASUAH ,PALING TAMAK, BODOH, BOROS, MENGUNA WANG RAKYAT UTK KELUARGA DI DUNIA . (8) PEMINPIN MALAYSIA ANTARA YG PALING RASUAH , PALING TAMAK, BODOH, BOROS, MENGUNA WANG RAKYAT UTK KELUARGA & KRONI DI DUNIA . (9) MALAYSIA - MEDIA/TV MALAYSIA, ADALAH ANTARA, MEDIA/TV PALING PENIPU, FITNAH, BERAT SEBELAH DAN ULANG TAYANG BERITA YG SAMA , CERITA HAL PAKATAN RAKYAT , TRBANYAK DI DUNIA . (10) MENTERI MALAYSIA, ANTARA PEMINPIN TERKAYA, DI ASIA, PALING PINTAR, MENIPU WANG RAKYAT , UTK KELUARGA / KRONI DAN PEMINPIN KANAN BN. (11) CUKAI KENDERAAN DI MALAYSIA , NO 2 , PALING MAHAL DI DUNIA, SELEPAS SINGAPURA . (12) MALAYSIA - HARGA BARANG PENGGUNA ANTARA , YG TERMAHAL DI DUNIA. (13) PEMINPIN DI MALAYSIA, ANTARA PEMINPIN ISLAM/KADI YG PALING RAMAI DI DUNIA,, MENGHALANG HUKUM HUDUD, UTK DILAKSANAKAN DI MALAYSIA . (14) UNDANG2 MALAYSIA & MAHKAMAH, ANTARA PALING TAK ADIL, DI DUNIA. (CONTOH - TERIMA RASUAH RM 5.000 - PENJARA 7 TAHUN & RASUAH LEBIH DARI 1 JUTA - PENJARA HANYA 12 BULAN SAJA . (15) MALAYSIA - SPR MALAYSIA ,ADALAH ANTARA , SPR PALING PENIPU PILIHAN RAYA, DI DUNIA MODEN. (16) ISTERI2 PEMINPIN ISLAM DI MALAYSIA, ANTARA , YG PALING BYK DEDAH AURAT, BOROS, WANG RAKYAT, DI DUNIA . (17) MALAYSIA - MASJID DI MALAYSIA ANTARA MASJID2, YG PALING KURANG PENDUDUK, SEMBAHYANG BERJAMAAH, DI DUNIA. (18) MALAYSIA - PEMINPIN2 MALAYSIA ANTARA PEMINPIN, YG PALING RAMAI MINAT K-POP, DI DUNIA. (19) MALAYSIA - PEMBERIAN WANG ZAKAT DI MALAYSIA, ADALAH ANTARA , YG PALING TAK ADIL DI DUNIA . (20) MALAYSIA ANTARA , PUSAT JUDI DAN ARAK, TERBESAR DI DUNIA . (21) MALAYSIA ANTARA , NEGARA ,YG PALING RAMAI , WANITA ISLAM, YG DEDAH AURAT DAN TUTUP AURAT TETAPI TIDAK MENGIKUT CARA PEMAKAIAN / PERATURAN ISLAM DI DUNIA. (22) MALAYSIA ANTARA , NEGARA YG MEMPUNYAI PALING BYK MACAI PAKAR FITNAH , EDIT PHOTO DAN VIDEO DI DUNIA. (23) MALAYSIA MEMPUNYAI RAMAI KADI , TAPI TIDAK RAMAI YG BERMINAT DGN HUKUM ISLAM, DI DUNIA (24) MALAYSIA - PEMANDU KENDERAAN DI MALAYSIA , ANTARA, PEMANDU PALING TIDAK BERTIMBANG RASA DAN SOMBONG KETIKA MEMANDU DI DUNIA . (24) MALAYSIA - SEJARAH, SELANGOR, ANTARA NEGERI2 YG MEMPUNYAI SIMPANAN WANG MELEBIHI 2 BILLION, DI MALAYSIA (26) MALAYSIA - TNB , CAJ ELETRIK DI MALAYSIA, ANTARA ,YG TERMAHAL DAN IPP KEPUNYAAN KRONI BN TRBYK, DI DUNIA. (27) MALASIA ANTARA NEGARA YG PALING BYK LEBUHRAYA BERTOL DAN CAJ PENGUNA, ANTARA ,YG TERTINGGI DI DUNIA . (28) MALAYSIA - ISU BANJIR , PENGURUSAN BANJIR DI MALAYSIA ANTARA , YG PALING BURUK , TERMASUK TEMPAT PERPINDAHAN, DI DUNIA MODEN (29) 48 % RAKYAT MALAYSIA ANTARA , RAKYAT PALING BODOH DI DUNIA , DALAM MEMILIH PEMINPIN YG CEKAP , BERSIH , ADIL , TELUS DAN TIDAK DPT MENILAI YG MANA BENAR DAN YG MANA SALAH, DI SELURUH DUNIA . (30) DATUK SERI ANWAR IBRAHIM , ADALAH ANTARA PEMINPIN PEMBANGKANG , YANG PALING BYK DIFITNAH OLEH UMNO/BN, DI DUNIA. (31) DI MALAYSIA - NEGERI TRANGGANU ADALAH ANTARA NEGERI - NEGERI DI SELURUH DUNIA , YG PALING BYK BANGUNAN2 DAN MASJID RUNTUH, TANPA SEBARANG, BENCANA ALAM, DI DUNIA . (32) TAYYIB AL MHMUD, ADALAH ANTARA MENTERI , YG PALING BIJAK ,CURI WANG RAKYAT , PALING KEBAL DARI UNDANG2 , TIDAK BERANI DISIASAT OLEH SPRM , MEMERINTAH PALING LAMA DI KALANGAN MENTERI 2 DI SELURUH DUNIA ... (33) MALAYSIA - MUNGKIN NEGARA PERTAMA, YG MENJUAL PULAU MALAYSIA KPD NEGARA JIRAN, TANPA SEBARANG, PAKSAAN & TEKANAN, DI DUNIA, (PULAU BATU PUTIH). (34) NEGERI PERAK - ADALAH NEGERI YG PERTAMA DI DUNIA, PERSIDANDANGAN DUN NEGERI DIADAKAN , DI BAWAH POKOK DI IPOH , PERAK . (35) DI MALAYSIA - PERAK DIRAMPAS OLEH BN , TIDAK MENGIKUT UNDANG , ADALAH SEJARAH PERTAMA , DI MALAYSIA, SELEPAS POTUGIS, MENYERANG MALAYSIA TAHUN 1511. (36) MALAYSIA ADALAH NEGARA , PERTAMA DI DUNIA , (BLACKOUT, SELURUH NEGARA) KETIKA KIRAAN UNDI DLM PRU 13 (BERTUJUAN UTK MENIPU, KIRAAN UNDI) (37) DI MALAYSIA - ADALAH NEGARA PALING BEBAS DLM PILIHAN RAYA, SELURUH PENDUDUK DI DUNIA, YG WAJAHNYA SEIRAS RAKYAT MALAYSIA, DI BERI I/ C SEMENTARA UTK MENGUNDI DI MALAYSIA, RAKYAT BANGLADESH MERUPAKAN PENGUNDI TRBANYAK YG DIBERI I/C UTK MENGUNDI, DI DUNIA . (38) MALAYSIA MEMPUNYAI PALING RAMAI, ORANG BODOH DAPAT JADI PEMINPIN , ADUN/PARLIMEN/ MENTERI, DI DUNIA . . (39) INSURAN KENDERAAN, DI MALAYSIA , ANTARA YG PALING MAHAL DI DUNIA . (40) MALAYSIA - PUSPAKOM ADALAH, MMPUNYAI PALING RAMAI , KAKITANGAN / PERKERJA, YG TERIMA RASUAH, DI MALAYSIA, SELEPAS PEMINPIN BN/UMNO , DI MALAYSIA . (41) MALAYSIA - AYAH PIN ADALAH PALING BIJAK, PEMBAWA AJARAN SESAT DI DUNIA , SEHINGGA KINI IA TIDAK DPT DITANGKAP OLEH SEMUA PIHAK BERKUASA DI MALAYSIA . ♥ (42) MALAYSIA - AKHBAR PENYOKONG KERAJAAN, ADALAH , AKHBAR PENYEBAR BERITA PALSU, DAN PALING BYK KALAH SAMAN , DI DUNIA. ♥ (43) DI MALAYSIA ANTARA ORANG ISLAM YG PALING BYK JADI, PENGURUSI , KEGIATAN PERJUDIAN DAN ARAK DI DUNIA . ♥ (44) KEBANYAKAN PENYOKONG WANITA ISLAM UMNO, YG PALING RAMAI ,TIDAK MENUTUP AURAT YG DIBENARKAN OLEH ISLAM, DARI PARTI LAIN DI MALAYSIA, KEBANYAKAN ANTARA YG PALING JAHIL DLM PENDIDIKAN ISLAM DI DUNIA . ♥ (45) PEMINPIN MALAYSIA - MENGELUARKAN , KENYATAAN YG PALING JAHIL DI DUNIA , SEJAK NABI ADAM HINGGA SKRG , IALAH, (TIADA UMNO - MELAYU AKAN MATI) SAH SYIRIK DAN JATUH AQIDAH ISLAM. ♥ (46) 45 % RAKYAT MALAYSIA, HANYA BERGANTUNG HIDUP DGN BN, MELALUI, BR1M/PR1M/SR1M/SL1M/TR1M, DAN ANTARA RAKYAT YG TERBANYAK BERGANTUNG HIDUP DGN KERAJAAN DI DUNIA (FALSAFAH MEREKA HANYA SATU - (TIADA UMNO , MEREKA PASTI MATI ? ♥ (47) PEMINPIN KERAJAAN DI MALAYSIS ADALAH ANTARA , YG PALING BIJAK BERNIAGA, DI DUNIA (CONTOH BIJAK - BELI JAM DGN HARGA RM 100 = CLAIM DGN HARGA RM 1.800 = UNTUNG - RM 1.800 - 100 = RM 1.700) BIJAK DAN PINTAR. ♥ (48) UNDANG2 DI MALAYSIA ADALAH YG TERBAIK DAN PALING DEMOKRASI DI DUNIA, YAITU, MANA PESALAH RASUAH & PECAH AMANAH, YG PANDAI PURA2 CUAI & BODOH, TIDAK BOLEH DI DAKWA DI MAHKAMAH MENGIKUT SPRM JAKUN . (JIKA ANDA TK NK DIPENJARA JIKA BERSALAH, ANDA DINASIHATKAN BERPURA2 BODOH DI HADAPAN SPRM). ♥ (49) ♥ (50) SILA TAMBAH DI NO : 49 , 50 - JIKA ANDA MEMPUNYAI BERITA TERKINI ? ANDA HANYA , PERLU PILIH : - JAWAPAN :- ♥ (1) MANA YG BENAR - MANA YG KAMI FITNAH ? ♥ (2) JIKA SEMUA BENAR ? (SILA KONGSI SEGERA) ♥ (JWPN DIHANTAR MELALUI FB SELEWAT2NYA (PADA 30/6/2014 (SBLM JAM 12 MLM , WAKTU MALAYSIA) KEPUTUSANNYA:- PENGUMUMAN PEMENANG, PADA 1/7/2014 (KEPUTUSAN PENGADIL ADALAH MUTAMAD) KIRAAN MARKAH :- BERDASARKAN : 1) BENAR - JUMLAH = ????? 2) FITNAH - JUMLAH = ??? 3) KOMEN TERBAIK = ??? 4) SHARE TERBANYAK = ??? TERMA /SYARAT :- PENAJA RASMI OLEH :- Laman :- Rasuah - Musuh No. 1 Paling Merbahaya Di Dunia ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ (ALLAH MAHA BESAR, TUHAN SEKELIAN ALAM) FIRMAN ALLAH , " BARANG SIAPA YG TIDAK BERHUKUM DGN HUKUMAN YG DITURUNKAN ALLAH , MAKA MEREKA ITU ORANG - ORANG YANG KAFIR " (SURAH AL-MAIDAH , AYAT 44) FIKIRKANLAH YG TERBAIK "(JANJI ALLAH ITU PASTI)"
Saturday, 18 January 2014
KATA-KATA KERAMAT GRED KANGKUNG YANG TERHANGAT UNTUK BULAN JANUARI 2014 DARI PARA PEMIMPIN TARAF KANGKUNG!!!!!
Inilah pada pandangan rakyat kata-kata gred kangkung terhambur dari pemimpin kualiti kangkung yang membawa malu besar kepada negara yang dijadikan bahan ketawa dan ejekan bukan saja dalam negara tetapi seluruh dunia.
Kalau masih juga mau menyokong UMNO maka sah kita juga tergolong dalam golongan manusia berjiwa dan berfikiran gred kangkung!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan