Khamis, 16 Januari 2014

ALAH KANGKUNG ....MAKAN KANGKUNG.....OTAK KANGKUNG....BERAK MENCANGKUNG....ALAH BOLA TANGGUNG....KALAU BODOH SENDIRI TANGGUNG

KUALA LUMPUR: Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak mungkin masih mempunyai simpati kepada abangnya, lalu mengambil peluang untuk turut memberi nasihat secara tidak langsung.

Bagi blogger Shahbudin Husin, tentunya tidak ada maksud lain apabila Nazir memperkatakan tentang sikap jimat cermat dan belanjawan berhemah Tun Razak melainkan untuk memperingati abangnya kerana Najiblah yang sedang memimpin negara ketika ini.

Lagi pula, menurutnya sebelum ini Nazir tidak pernah menulis apa-apa rencana tentang Tun Razak walaupun beliau juga berpeluang berbuat demikian pada tahun lalu atau tahun-tahun sebelumnya untuk berbuat demikian.

“Beliau memilih tahun ini untuk menulis tentulah ada kaitan dengan kepimpinan Najib yang boros dan sedang dipertikaikan oleh hampir semua lapisan rakyat,” tulis beliau di dalam blognya.

Baginya, walaupun tindakan Nazir ini seperti ‘mengangkungkan’ abangnya sendiri yang sudah cukup sarat dengan pelbagai kecaman, cacian, dijadikan bahan jenaka dan sebagainya, hakikatnya Nazir telah bersikap wajar dan turut bersikap pro rakyat dalam hal ehwal yang melibatkan penggunaan wang negara.

“Atas keberanian dan kewarasannya, rakyat Malaysia harus memberi sekalung tahniah kepada Nazir Razak yang ternyata lebih memahami prinsip perjungan Tun Razak berbanding abangnya, Najib,” tulisnya lagi.

Baca di sini
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan mengadakan satu 'road show' kempen ‘Faham GST, Tolak GST’ bagi memberi penerangan kepada rakyat mengenai kesan yang akan dihadapi mereka berhubung cadangan kerajaan yang akan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada April 2015 nanti.

Jelas pakar ekonomi, Dr Rosli Yaakop (gambar) kempen itu adalah satu pendekatan penerangan yang akan memberi kefahaman kepada rakyat tentang kesan GST kepada kehidupan mereka.

Beliau yang mewakili PAS dalam Sekretariat GST turut menekankan pada ‘road show’ tersebut penerangan yang jelas akan diberikan kepada rakyat agar mereka tidak lagi terkeliru dengan iklan-iklan yang disiarkan oleh kerajaan berhubung kesan daripada pelaksanaan GST.

"Ini sebagai langkah untuk kita memberi rakyat faham tentang kesan dalam kehidupan harian mereka apabila GST dilaksanakan.

"Dalam itu juga kita tidak mahu rakyat keliru dengan kempen iklan yang disiarkan oleh kerajaan berhubungan GST, rakyat perlu tahu kebenaran di sebalik apa itu GST," jelasnya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, pelaksanaan GST bukan satu langkah yang baik di kala negara ini masih lagi diselubungi soal ketirisan, rasuah dan penyelewengan dalam segala hal pentadbiran kerajaan.

Sementara ini, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad yang turut terlibat di dalam Sekretariat GST memberitahu Pakatan Rakyat akan mengadakan tiga program berhubungan dengan GST iaitu meliputi ‘road show’, latihan kepada mereka yang akan terlibat sebagai penerangan dan juga penerbitan risalah.

"Pada road show nanti selain penerangan dari pimpinan Pakatan Rakyat turut terlibat adalah pimpinan tertinggi dan risalah yang kita siarkan itu akan merangkumi teknikal serta penerangan agar rakyat lebih faham apa yang ingin kita sampaikan," jelas beliau yang juga merupakan Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.

Pakatan Rakyat yang bermesyuarat pada hari ini telah bersetuju untuk mengadakan roadshow di seluruh negara yang akan bermula di Negeri Sembilan pada 24 Januari diikuti Melaka (29 Januari), Kedah (7 Februari), Pulau Pinang (8 Februari),  Pahang (17 Februari) dan Kelantan (28 Februari).

Pada bulan Mac pula akan diadakan di Terengganu (7 Mac), Johor (14 Mac) dan Sabah. Bagi Negeri Sarawak akan diadakan pada bulan April. Road show di Negeri Perak telah diadakan pada 4 Januari lalu.

Turut terlibat dalam sekretariat ini adalah pimpinan daripada PKR dan DAP.

Kemuncak kepada perhimpunan ini adalah Himpunan Anti GST di Kuala Lumpur yang dijadualkan pada 1 Mei.
KUALA LUMPUR: “Dalam kemeriahan rakyat membicarakan tentang kangkung sehingga dijadikan tajuk penghibur rakyat, saya rasa ada beberapa soalan yang lebih serius patut dikemukakan.

“Pada persepsi kerajaan penurunan kangkung takdir Tuhan semata atau usaha kerajaan?” tanya bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menerusi facebooknya DrMAZA.com.

Justeru, ujarnya jika ia satu usaha kerajaan, sebab musabab, boleh atau tidak kaedah yang telah berjaya menurunkan harga kangkung diguna pakai ke atas sayuran dan keperluan asasi rakyat yang lain.

Baginya, mungkin kerajaan boleh kongsi formula yang membolehkan harga kangkung turun untuk ahli-ahli ekonomi mengkaji formula itu untuk dilaksanakan ke atas bahan-bahan yang lain.

“Ini mungkin membantu,” tulisnya lagi.

Ketika melihat dari jauh muka depah BH khamis, 9 Januari, 2014 saya menjadi terkejut bila melihat tajuk utama “Sembeng Internet haram” dengan tajuk kecil bukan mahram ‘chatting’ di media sosial disamping dua quote; pemimpin  Iran, Ayotollah Ali Khamenei keluar fatwa di laman web dan Mufti Pahang, Pulau Pinang mahu fatwa diwarta cegah penularan kegiatan bertentangan Islam.

Apabila dibaca berita berkenaan pada mukasurat 10, apa yang difatwakan oleh pemimpin Iran tersebut, perbualan atau bersembang di media sosial antara lelaki dan wanita bukan mahram adalah haram kerana boleh mendorong perbuatan maksiat.

Fatwa tersebut disokong  Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad, yang menurut mereka perbualan bukan muhrim menerusi media sosial tanpa batasan hingga mendorong perlakuan maksiat adalah haram.

Pada saya  beginilah cara media mensensasikan sesuatu isu kerana kerana umumnya media sosial atau media baru hukumnya adalah harus. Tidak menjadi kesalahan untuk menggunakan facebook, twitter dan lain-lain media sosial kerana ia mesti dimanfaatkan untuk menyampaikan mesej Islam yang interaktif secara kreatif dan inovatif secara tepat dan ringkas.

Media Sosial atau Media Baru?
Media Baru merupakan perkembangan baru daripada media-media yang telah digunakan manusia. Internet telah menghubungkan komputer dan berbagai akses ke data yang ada di komputer masing-masing seluruh dunia untuk saling berkomunikasi secara atas talian secara online. Pertemuan antara media cetak dengan komputer dan jaringan internet membuat kita mengenal apa yang dinamakan dengan media on-line atau media baru.

Media baru merupakan sebuah terminologi untuk menjelaskan gabungan antara pengkomputeran dan teknologi komunikasi elektronik/digital serta terhubung ke dalam jaringan (network, khususnya internet dan World Wide Web (WWW).

Media Baru adalah media yang memiliki tiga sifat utama iaitu integrasi, interaktif dan digital. Kemunculan media baru memberi impak yang besar terhadap kehidupan manusia kerana ia adalah 'teknologi informasi tanpa sempadan'.

Perkembangan media ini mendapat tanggapan yang pelbagai, ada yang positif dan ada yang negatif.  Media Baru secara langsung telah mengubah pola kehidupan masyarakat, budaya, cara berfikir dan hampir segala aspek dalam kehidupan manusia terutama dikalangan Gen X (dilahirkan antara 1965-1976), Gen Y (dilahirkan antara 1977-1997) dan Gen Z (dilahirkan mulai 1998).

Sementara itu, media baru ini kerap kali juga dirujuk sebagai media sosial, yakni sejenis media yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta isi meliputi blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia virtual.

Andreas Kaplan dan Michael Haenlein mendefinisikan media sosial sebagai "sebuah kumpulan aplikasi berasaskan internet yang membangun atas dasar ideologi dan teknologi Web 2.0, dan yang membolehkan penciptaan dan pertukaran.

Ketika teknologi internet dan telefon bimbit semakin maju maka media sosial pun ikut membangun dengan pesat. Jaringan sosial terbesar antara lain Myspace, Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain.

Kepesatan perkembangan media sosial kini kerana semua orang seperti boleh memiliki media sendiri. Blog, rangkaian sosial dan wiki merupakan bentuk media sosial yang paling umum digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia.

Kini untuk mengakses facebook atau twitter misalnya, boleh dilakukan di mana-mana saja dan pada bila-bila masa hanya dengan menggunakan sebuah telefon bimbit.
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia sedang berhadapan krisis peningkatan kos hidup setiap tahun yang sangat ketara dan memberi kesan kepada indeks kebahagiaan keluarga.

“Kerajaan Malaysia hari ini gagal menjadikan Malaysia negara berkebajikan dan hidayah tetapi menjadi negara ‘jibayah’ percukaian,” kata Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri kepada Harakahdaily.

Menurutnya, tiga perbelanjaan utama isi rumah menurut satu tinjauan meningkat pada tahun 2010 iaitu pertamanya utiliti, keduanya makanan dan ketiganya minuman termasuklah juga restoran dan hotel menunjukkan peningkatan yang ketara sebanyak dua digit.

Contohnya, kata beliau perbelanjaan isi rumah terhadap utiliti meningkat sebanyak 15.1%, manakala perbelanjaan terhadap makanan dan minuman tidak beralkohol meningkat sebanyak 13%.

Katanya lagi, pProgram rasionalisasi subsidi yang dilancarkan oleh Perdana Menteri hakikatnya tidak releven dengan perkembangan sosio ekonomi semasa.

“Daripada pemerhatian kesan rasionalisasi subsidi ini, golongan menengah yang menetap di kawasan bandar adalah mereka yang menerima tekanan kuat perubahan ini,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.

Tambahan pula, kata beliau ia akan menunjukkan korelasi positif terhadap peningkatan kadar kemiskinan dan jenayah.

Sebagai contoh, jelasnya laporan KPMG Malaysia Fraud, Bribery and Corruption Survey 2013 menunjukkan faktor jenayah tersebut yang dilakukan majoriti golongan belia adalah disebabkan oleh tabiat buruk dan tekanan kewangan peribadi

“Bagaimana pula sekiranya pelaksanaan GST yang bercanggah dengan prinsip percukaian Islam dan zalim tetap akan berlaku pada tahun 2015?” tanya beliau.

Tentu sahaja, katanya rakyat akan terus terhimpit dalam krisis peningkatan kos hidup yang tidak dapat dibayangkan.

“Isu ini disokong dengan unjuran yang dilakukan oleh beberapa institusi penyelidikan komersial baru-baru ini seperti Standard Chartered Bank yang meramalkan kadar inflasi akan meningkat sehingga 3.4% bagi tempoh sembilan bulan pertama 2014,” katanya.

Justeru, tanya beliau bagaimana pada 2015 nanti.

Beliau menambah, bidang keberhasilan utama negara ‘menangani kos sara hidup’ tidak menyinggung secara efektif pemasalahan utama itu.

Apa yang lebih membimbangkan, kata beliau campur tangan kerajaan secara langsung dalam aktiviti bisnes peruncitan seperti mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Kedai Buku 1Malaysia (KB1M) dan Kedai Kain 1Malaysia (KK1M) akan menggugat pengusaha industri kecil dan sederhana.

Tambahnya, walaupun ia dilihat mungkin berkesan, namun dijangka penyelesaian itu terlalu simplistik dan tidak berjangka panjang.

Menurutnya lagi, rakyat masih menunggu dalam tempoh terdekat, apakah langkah drastik yang akan dilakukan oleh kerajaan untuk meringankan beban isi rumah selain daripada tindakan populis mengumumkan 11 langkah penjimatan perbelanjaan sektor kerajaan.

“Selagi mana pemasalahan utama tidak diselesaikan, apa jua solusi yang dikemukakan hanya kosmetik dan tidak efektif,” ujarnya.

 

ALOR SETAR:  Jawatankuasa Bertindak dan Mobilisasi Isu Kedah menemui petunjuk baru yang menguatkan lagi dakwaan berlaku penyelewengan balak di sepanjang lebuh raya Trans Eastern Kedah Interland Highway (TEKIH).

Dalam satu sidang media hari ini, jawatankuasa gabungan Dewan Pemuda PAS Kedah dan NGO Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama (Panglima) itu mendakwa, konsesi pembalakan itu telah dianugerahkan kepada sebuah syarikat Cina pada tahun 2006.

Ketua Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria berkata, bagaimanapun berlaku masalah sehingga syarikat tersebut dikatakan telah menyaman anak syarikat kerajaan negeri Bina Darul Aman Berhad (BDB).

BDB merupakan sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

"Kami dimaklumkan bahawa jumlah saman mencecah RM23 juta. Pihak BDB telah melantik peguam. Kes berjalan dan BDB yakin boleh memenangi kes ini.

"Sebaik sahaja kerajaan bertukar 2013, BN kembali menerajui Kedah, satu keputusan yang amat mengejutkan yang pada kami mengkhianati amanah telah dibuat.

"Kes telah diselesaikan di luar mahkamah dan berjuta ringgit dibayar (kepada syarikat berkenaan)," katanya.

Tambah beliau lagi, apa yang dipertikaikan,BDB bukanlah sebuah syarikat yang teras perniagaannya adalah pembalakan.

"Pihak kami difahamkan kebanyakan keputusan hanya diputuskan oleh Managing Director BDB tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah BDB," katanya.
.
Ekoran itu, Mohd Nasir berkata, piahknya akan membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM serta Suruhanjaya Sekuriti bagi membuat siasatan.

"Kita juga menuntut Bursa Malaysia memberikan respon isu ini kerana BDB adalah sebuah syarikat tersenarai.

"Kita juga menuntut Kerajaan Negeri Kedah melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)- pemegang saham terbesar; yang dipengerusikan oleh Menteri Besar memberi jawapan segera isu pembayaran ini.

"Jelaskan juga kenapa wakil PKNK di dalam BDB tidak menentang penyelesaian luar mahkamah sedangkan peluang menang adalah besar," katanya.
KUALA LUMPUR: Umno akan memberikan surat tunjuk sebab kepada seorang anggotanya yang didakwa telah menumbuk Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan (gambar, kiri) baru-baru ini, kata Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
  
Beliau berkata surat itu perlu dijawab individu terbabit, Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Hulu Selangor, Muhammad Rizuan Suhaimi sebelum tindakan lanjut diambil.
  
"Umno memandang serius terhadap tindakan tersebut dan kepimpinan tertinggi parti berasa kesal dengan insiden itu dan menganggapnya sebagai tidak sewajarnya berlaku," katanya dalam satu kenyataan semalam.
  
Tengku Adnan berkata Umno menolak tindakan kekerasan dalam apa-apa penyelesaian masalah sebagaimana yang telah dilakukan oleh pihak terbabit terhadap Kamalanathan yang juga Anggota Parlimen Hulu Selangor.
  
Katanya dalam apa-apa hal pun, pendirian Umno tetap teguh kepada penyelesaian masalah secara bermesyuarat dan perbincangan tanpa ada pertelingkahan atau bentuk kekasaran yang tentunya hanya akan mengundang keadaan lebih buruk.
  
Pada kejadian Ahad lepas, Kamalanathan dilaporkan ditumbuk oleh seorang lelaki di pejabat wakil rakyat itu selepas satu program dianjurkan di kawasan berkenaan. - Bernama



 

 

 

 


Thursday, 16 January 2014

GAMBAR-GAMBAR KEJADIAN BANJIR KILAT DI SHAH ALAM MALAM TADI.


Malam tadi di khabarkan berlakau kejadian banjir kilat di Shah Alam akibat hujan turun dengan lebat selama 2 jam.

Kejadian banjir kilat ini berlaku kerana sistem perparitan yang kurang efisien.

Tiada ulasan: