- 'Tarian punggung lagi teruk dari flash mob kangkung'
- Ketua
Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan flash mob yang
mengejek Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggunakan
'kangkung' untuk menjelaskan isu kenaikan harga.
Ia dianjurkan oleh ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon, di kawasan pasar malam di Alma, Bukit Mertajam Rabu lalu.
Anwar berkata Pemuda Umno dan NGO hak Melayu PERKASA pun telah menghina pemimpin Pakatan Rakyat tetapi hanya segelintir sahaja yang telah membantah.
Menurutnya, tarian punggung oleh kumpulan pro-kerajaan yang
terdiri daripada veteran tentera di hadapan bekas penyelaras BERSIH, Datuk S Ambiga pada 2012, lagi teruk daripada flash mob 'kangkung'.
"Kenapa tidak ada bantahan apabila tarian punggung itu dilakukan? Adakah perbuatan itu betul dari segi agama atau pelakuan (moral)" tanya Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh ketika ditemui semasa lawatan ke Sungai Lembu semalam.
"Anda tidak boleh mempertahankan itu (tarian punggung) berbanding dengan apa yang (Lee) Khai Loon lakukan," katanya.
Rabu Rabu, kira-kira 15 orang menyertai flash mob membantah inflasi yang semakin meningkat, dengan menyumbat kangkung ke dalam mulut ternganga replika Najib yang diperbuat daripada styrofoam.
Pemimpin Umno mengecam Lee sebagai "kurang ajar, kebudak-
budakan, bermentaliti rendah, serta tidak wajar sebagai seorag wakil rakyat" kerana menghina pemimpin nombor satu negara itu, dan menuntut Lee memohon memohon maaf atas tindakannya itu.
Manakala ADUN Pulau Betong, Farid Saad pula meminta Ketua Menteri Lim Guan Eng dan pemimpin Pakatan supaya mengambil mengambil tindakan terhadap Lee.
Farid menyokong Najib dengan berkata ucapan perdana menteri diambil di luar konteks sedangkan beliau hanya bermaksud walaupun harga barangan keperluan meningkat, tetapi yang lainnya turun, seperti kangkung.
Najib telah menjelaskan kenyataannya, dengan berkata beliau menggunakan sayur-sayuran sebagai contoh mengenai bagaimana kuasa pasaran menentukan harga makanan.
Sabtu, 18 Januari 2014
Pembela "Kangkung": "Himpunan Pantang Ajal Sebelum Maut"...ha..ha..ha...!!!!
Bertempat di Sunway, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, pagi ini telah berlangsungnya satu perhimpunan dari macai-macai UMNO, pembela Najib Razak membantah tindakan ADUN PKR Machang Bubuk, Lee Khai Loon dan kuncu-kuncunya yang dikatakan kononnya melkakukan kerja biadap menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai Perdana Menteri DS Najib Tun Razak.
Kehadiran yang tidak sampai 300 orang, hampir 100% penyokong dan ahli UMNO.
Tidak nampak langsung seorang kelibat yang bergelar pemimpin UMNO di perhimpunan menentang penghinaan terhadap PM .. mungkin mereka sedar .. jika hadir akan menghina diri mereka sendiri.
Maunya tidak rasa malu dan terhina .. lihat sahaja bahasa poster jemputan yang cacar merba bahasanya... Tahun pun silap... Sepatutnya Pantang maut sebelum ajal tapi depa tulis pantang ajal sebelum maut.
Cakap berdegar dikaca TV dan media .. apabila tiba masa untuk berlongok nyatakan sokongan dan bantahan batang hidup dan bayang pun tak nampak ... Jelas betapa mudahnya para macai UMNO dikangkungkan oleh pemimpin mereka.
Malang sungguh nasib badan Najib kini .. bila memerlukan para hulubalangnya datang untuk membela tidak ramai mana pun yang datang dan sudi untuk berlonggok.
EDISI KANT0I DAPAT TERIMA.
+++++++++++++++++++++
Belia diupah dalam Drama " GIAT MARA"
Untuk Menutup Isu Kenaikan Harga Barang dan KANGKUNG.!!
Mujurlah,Belia2 Cerdik, Duit yang tak sampai RM50
tak boley dibeli dengan lidah fitnah.
" Saya Pelajar Giat Mara Sabak bernam,
Giat Mara tersebut sudah lama dipindahkan tempat yg lebih
Selesa untuk telatih, Namun TV3,Utusan mengupah kami
dan penduduk Meninjau Tapak Giat Mara yang Lama,
Lalu kami dibayar " Ikram [ Pelajar Tahun 2 ]
— with Umi Edaya and Man Pom.+++++++++++++++++++++
Belia diupah dalam Drama " GIAT MARA"
Untuk Menutup Isu Kenaikan Harga Barang dan KANGKUNG.!!
Mujurlah,Belia2 Cerdik, Duit yang tak sampai RM50
tak boley dibeli dengan lidah fitnah.
" Saya Pelajar Giat Mara Sabak bernam,
Giat Mara tersebut sudah lama dipindahkan tempat yg lebih
Selesa untuk telatih, Namun TV3,Utusan mengupah kami
dan penduduk Meninjau Tapak Giat Mara yang Lama,
Lalu kami dibayar " Ikram [ Pelajar Tahun 2 ]
Saturday, January 18, 2014
Gambar Sekitar Himpunan Menentang Penghinaan Terhadap Najib Oleh UMNO..
Sebentar tadi telah berlangsung satu demonstrasi aman membantah tindakan yang telah dilakukan Adun PKR Machang Bubuk Lee Khai Loon dan beberapa pengikut dari kalangan masyarakat Cina yang secara sinis menghina Perdana Menteri dengan menyumbat kangkung ke dalam mulut replika karikatur Datuk Seri Najib.
Penghinaan yang agak melampau ini hanya di hadiri oleh masyarakat Cina yang dilihat lebih signifikan dengan tindakan yang boleh dikategorikan sebagai penghinaan yang radikal kepada PM dan juga kepada pemimpin Melayu khususnya.Demo yang dianjurkan itu hanya dihadiri kira-kira 15 orang sahaja
Bertempat di perkarangan Bandar Sunway Seberang Jaya,peserta yang dianggarkan kira-kira 1200 orang telah berkumpul dan melakukan perarakan secara aman ke perkarangan pusat membeli-belah Sunway Carnival Mall.Keadaan lalu lintas terkawal dengan bantuan dari pihak Polis.
Datuk Reezal Merican Naina Merican yan juga Timbalan Pengerusi UMNO P.Pinang dalam ucapannya,beliau menganggap perbuatan adun PKR itu sebagai satu tindakan yang biadap dan melampau dari Adun tersebut.
"Tindakan Adun PKR itu adalah satu penghinaan yang besar terhadap PM dan khususnya masyarakat Malaysia ".
"Kami mencabar adun PKR itu buat sekali lagi,dan kita akan lihat rakyat jelata akan bersama siapa"katanya dengan penuh semangat kepada peserta demo bantahan tersebut.
Ucapan juga telah diberikan oleh Datuk Musa Sheikh Fadzir yang juga ketua UMNO bahagian Bukit Mertajam,saudara Zaidi atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Zaidi,Ketua UMNO Permatang Pauh.
Demo tersebut juga turut disertai beberapa NGO sekitar P.Pinang yang merasa tercabar dengan tindakan adun PKR itu lapor UtaraNews.
Menarik bukan.. Polis membantu mengawal lalu lintas.. Berikut adalah sedikit gambar untuk dikongsikan bersama..
Labels: Pulau Pinang, UMNOMenzahirkan cinta kepada NabiCINTA, sebuah kata yang mengasyikkan dan menggiurkan. Tidak dapat diungkap dengan sebuah kata, hanya yang pernah menikmati cinta tahu bagaimana indah dan pesona cinta itu.
Sungguh cinta banyak mengubah watak manusia. Hinggakan pedang dihayun oleh Ibnu Muljam – seorang tokoh al-Quran - bagi membunuh Khalifah Ali sebagai syarat menikahi wanita yang dicintainya. Begitu juga Imran bin Khattan – seorang perekod hadis - mengikuti pemahaman isterinya yang merupakan seorang Khawarij.
Mereka antara tokoh yang tergelincir dalam jurang kesesatan ketika mencari lembah yang subur dengan benih-benih cinta kepada Nabi. Pada sangkaan mereka, kehidupan beragama yang mereka tempuh merupakan jalan meraih cinta Rasulullah SAW. Namun sayangnya, mereka telah menyelisihi ajaran Nabi.
Cinta yang didamba namun murka yang kunjung tiba. Pada hemat mereka, bentuk amalan yang akan merangkul cinta daripada Nabi boleh diilhamkan melalui akal fikiran, sangka-sangkaan, mimpi dan igauan: jika sebuah amal itu dirasakan indah dan molek, nampak padanya kebaikan dan ada unsur Islam, maka wajarlah amalan tersebut dilaksanakan.
Lalu lahirlah pelbagai ragam amalan yang dituju khusus buat Nabi SAW. Tetapi cinta itu bukanlah sebuah perasaan sehala. Cinta harus dibalas oleh yang dicintai agar sang pencinta berasa ‘asyik’.
Persembahan tersebut perlu memenuhi kehendak orang yang dicintai, kerana sering berlaku dalam kehidupan manusia tentang pinangan ditolak, pemberian dipulangkan, serta kasih tidak diterima. Cinta tidak berbalas, ibarat bertepuk sebelah tangan.
Pepatah Arab menyebutkan: “Tidak menghairankan perkataan mereka mencintai-Nya, namun yang dihairankan perkataan Dia mencintai mereka”. Begitulah betapa banyak manusia yang telah mengatakan cintanya kepada Rasulullah SAW, namun Rasulullah tidak menerima cinta yang mereka hulurkan kerana cinta yang mereka persembahkan tidak menepati kehendak Nabi.
Cinta yang berbalas
Sebenarnya jalan untuk melahirkan rasa cinta dan meraih cinta daripada Rasulullah SAW telah dibentangkan oleh Baginda; hingga tidak ada jejak ke syurga melainkan telah dinyatakan dan tidak ada denai ke neraka melainkan telah diperingatkan.
Jelas Rasulullah SAW; tanda cinta seorang manusia kepada dirinya adalah dengan menegakkan sunnahnya, bukan dengan berdansa, bukan juga dengan berarak, bukan juga dengan nyanyian dan bukan dengan temasya keramaian. Semua ini tidak pernah dilakukan oleh sahabat Baginda SAW.
Kata Nabi kepada Anas bin Malik: “Dan barang siapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mencintaiku. Dan barang siapa yang telah mencintaiku, maka aku bersamanya di syurga” (Riwayat Tirmidzi).
Lihatlah apa yang dibicarakan Anas, seorang kanak-kanak yang tumbuh membesar di rumah Nabi, di mana cintanya kepada Baginda tidak dapat dimungkiri lagi. Anas berkata:
“Sungguh aku mencintai ALLAH, Rasul-Nya, Abu Bakar dan Umar. Lalu aku berharap mampu bersama mereka walaupun aku belum beramal dengan amalan mereka” (Riwayat Bukhari)
Inilah pemahaman yang diajarkan oleh Rasul kepada muridnya sehinggakan Anas mengerti tanda cinta kepada Rasul adalah dengan melaksanakan ibadah dengan meniru cara amalan Baginda.
Perkara ini diperjelaskan lagi oleh Qadi ‘Iyadh: “Di antara bentuk kecintaan kepada Baginda adalah dengan menolong sunnahnya, membela syariatnya, berangan-angan untuk berjumpa Baginda semasa hidupnya, dan kemudian dia mengorbankan harta dan jiwanya demi membela Baginda ” (Syarh Shahih Muslim)
Sahabat menzahirkan cinta
Apa yang dikatakan oleh Qadi ‘Iyadh itu dijelmakan oleh para sahabat. Mereka mengikut setiap perintah yang diberikan dan menjauhi setiap larangan diingatkan. Mereka beribadah dengan apa Nabi contohkan, kerana pada hati mereka sesungguhnya pada diri Nabi itu telah ada suri tauladan.
Juga mereka beraqidah dengan segala yang diimani oleh Rasulullah SAW, kerana mereka tahu Nabi menerima wahyu dari langit yang ke tujuh. Bukan setakat itu, mereka buktikan kecintaan tersebut dengan air mata dan darah.
Dalam sebuah peperangan yang meragut nyawa Abu Jahal, seorang anak belia yang berumur 14 tahun bernama Muaz bin Amr al-Jamuh telah ditebas tangan kirinya sehingga hampir putus. Dia berlari menuju ke arah Rasulullah dengan dua tujuan; pertama adalah untuk mengkhabarkan di mana tempat Abu Jahal berada dan kedua adalah untuk memeluk Rasulullah buat kali terakhir.
Ada kisah yang menyayat hati tetapi menggambarkan teguhnya iman dan kecintaannya kepada Nabi. Sedang dia berlari, sejenak dia berhenti lalu dia bermonolog: “Wahai tangan, kamu mengganggu perjalananku untuk menemui Rasulullah”. Pedang ditangan kanannya, dia ambil lalu memotong tangan kirinya yang terbuai-buai hingga gugur ke bumi.
Begitu pula dengan Ibnu Umar, dia pasti akan mengejar ular jika terserempak kerana ingin melaksanakan hadis Nabi mengenai anjuran membunuh haiwan tersebut. Sementara Uthman Al Affan ditertawakan kaum Musyrikin kerana berjubah senteng lalu beliau membalas dengan berkata: “Beginilah sahabat kami berpakaian”.
Agungnya cinta seorang sahabat mengatasi seluruh cinta manusia hari ini. Mereka cinta untuk lakukan apa yang Nabi laksanakan. Dalam hati mereka telah berasa cukup sempurna segala bentuk amalan yang Nabi tunjukkan.
Juga mereka beriman bahawa melaksanakan apa yang dipraktikkan oleh Nabi dalam bentuk yang asli, merupakan makna kepada ‘menegakkan sunnah Nabi’ atau ‘berpegang teguh kepada sunnah’.
Makna pejuang sunnah
Tidak layak untuk menamakan seseorang sebagai ‘Pejuang Sunnah Nabi’ jika amalannya bukan mengikut bentuk asli daripada Rasulullah SAW. Hanya orang yang menjalankan seluruh amalnya mengikut bentuk Nabi ajarkan baharu layak dinobat sebagai ‘berpegang teguh kepada Sunnah’.
Tetapi pada zaman ini manusia menyangka seruan untuk beribadah persis sama dengan bentuk ibadah Nabi sebagai anasir jahat, ejen Yahudi, kelompok sesat dan pemecah belah umat.
Fenomena ini tidak menghairankan kerana Rasulullah SAW telah mengkhabarkan awal-awal lagi kepada para pejuang Sunnah: “Sesungguhnya di belakang kalian ada hari-hari kesabaran, bagi orang yang berpegang teguh dengan sunnah pada saat itu seperti menggenggam bara api. Pada saat itu akan mendapatkan pahala 50 orang yang beramal seperti kalian.” (Riwayat Tirmizi)
Lihatlah Rasulullah SAW telah nyatakan, pada akhir zaman nanti akan terjadi keadaan di mana amal sunnah menjadi pelik di mata masyarakat kerana tidak diamalkan sehingga usaha mempraktikkan sunnah terasa sangat berat dan menyiksakan, sekali gus orang yang melaksanakan sunnah akan ditentang.
Namun sebagai galang gantinya ALLAH akan memberi pahala 50 orang sahabat kepadanya. Sungguh inilah zamannya. Segugus soal: mengapa kita menganggap seruan untuk menegakkan sunnah Nabi sebagai ajaran yang menyeleweng?
Walhal hadis di atas jelas menunjukkan keutamaan menggenggam sunnah pada zaman ini. Kemudian mengapa kita enggan untuk beramal dengan bentuk ibadah yang Nabi laksanakan? Apakah kita menganggap ibadah yang Nabi ajarkan tidak sesuai atau kurang sempurna? Sehingga meruntun kita ubahsuai amalan tersebut, sambil kita berteriak “inilah ahlul sunnah”. Terakhir, bagaimana disebut sunni walhal kita tidak pernah beramal dengan sunnah?
Istilah ahl al-sunnah digunakan oleh Ibnu Abbas ketika mentafsir ayat 106 surah Ali ‘Imran. Terdiri dari dua kata iaitu ahli dan al-sunnah. Kata ahli merujuk kepada orang yang menjadi sebahagian daripada sesuatu kelompok atau bidang, atau seseorang yang memiliki ilmu atau mahir dalam sesebuah disiplin.
Justeru ahlul sunnah adalah seseorang yang mengetahui tentang jalan Nabi dan sahabat, lalu mengamalkannya serta berpegang teguh dengan jalan tersebut sehingga dia dianggap bergabung dengan sunnah.
Jelas upaya untuk mencintai Nabi adalah dengan mengikuti sunnah Baginda dan meniti pada mazhab ahlul sunnah, iaitu satu-satunya jalan yang selamat. Ibnu Umar berkata: “Manusia akan senantiasa berada di atas jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi.” (Riwayat al-Baihaqi)
Ingatlah golongan sahabat lebih mencintai Nabi daripada kita dan telah mengikut jejak Nabi secara sempurna. Ikutilah cara para sahabat menzahirkan rasa cinta kepada Baginda. Mereka tertawa, menangis, bersentuhan dan bernafas secara bersama hingga mereka tahu erti cinta.
Artikel BerkaitanKUALA TERENGGANU - “Di Kuala Terengganu, serba serbi mahal,” itulah jawapan pertama yang diberikan kebanyakan masyarakat apabila ditanya mengenai kos hidup di bandar raya ini.
Pekerja swasta, Noraini Salleh, 50, berkata, dengan gaji yang diterimanya kini, ditambah dengan kos hidup terutama barangan keperluan yang tinggi, tidak mencukupi untuk menampung kehidupannya bersama anak-anak jika tidak berbelanja secara berhemah.
“Kalau tanya di Terengganu apa yang mahal? saya akan kata serba serbi mahal. Paling ketara nampak mahal berbanding tempat lain ialah makanan dan barangan keperluan asas.
“Sewa teksi pun mahal di sini, kalau dari rumah saya di Kampung Gong Tok Nasek nak ke tempat kerja di Pasar Payang, paling tidak pun perlu bayar RM15 untuk pergi balik. Jadi, duit gaji hanya memadai untuk bayar tambang teksi sahaja. Tetapi, Alhamdulillah, sekarang saya telah mempunyai kenaikan sendiri untuk ke tempat kerja,” katanya.
Sementara itu, peniaga, Hanif Maiyus, 30, berkata, walaupun berniaga jam dan memiliki sebuah kedai, dia tidak mampu untuk menyimpan duit jika tidak membuat pekerjaan sampingan lain seperti berniaga online dan sebagainya.
“Dengan pendapatan sedia ada sekarang, saya rasa saya belum mampu menyimpan duit. Malahan, saya terpaksa mencari kerja lain untuk cari pendapatan lebih menjelang bulan seterusnya.
“Apa yang ketara mahal di Kuala Terengganu ialah makanan, memang mahal. Kalau kos sewa rumah tu agak biasa cuma mahal atau murah bergantung pada lokasi rumah yang disewa.
“Dengan kenaikan harga barang sekarang, saya tidak yakin mampu tanggung kos kehidupan dengan sempurna pada masa akan datang,” katanya.
Senada dengan Hanif, isterinya, Nurul Izza Alias, 26, berkata, memandangkan semua barang naik, dia kini membelanjakan RM300 setiap bulan untuk perbelanjaan barang dapur sahaja.
“Itu perbelanjaan bagi kami yang baru berkahwin dan belum mempunyai anak. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana jika telah mempunyai anak nanti. Adakah kami mampu simpan duit setiap bulan atau sebaliknya.
“Kalau sebelum ini saya boleh juga menyimpan duit untuk simpanan, sekarang ada kalanya boleh menyimpan, ada kalanya tidak sempat untuk simpan, duit dah habis,” katanya.
Seorang pelancong yang berkunjung ke Kuala Terengganu, Alias Lazim, 66, yang menetap di Selangor, berkata, dia amat terkejut dengan harga makanan di Terengganu yang disifatkan begitu mahal dan tidak masuk akal.
“Bayangkan, saya beli nasi putih dan ikan keli sambal sahaja untuk makan tengah hari dah mencecah RM5.50. Kalau di Selangor saya boleh dapat dalam lingkungan RM4 sahaja. Saya hairan mengapa di sini harga makanan terlalu mahal.
“Pada saya, kalau nak kata kenaikan harga barangan basah, di tempat lain juga harganya naik, tetapi mengapa di sini peniaga boleh naikkan harga begitu tinggi? Sebab itulah saya sarankan kita boikot peniaga yang jual mahal,” katanya.
Alias yang berkunjung ke Kuala Terengganu tinggal di sebuah bilik yang disewa di sebuah hotel bandar raya dengan harga RM40 semalaman.
“Mengenai kadar sewa hotel atau bilik tu saya agak puas hati, sebab harga yang dikenakan lebih kurang sama dengan tempat lain. Tetapi, bila menyentuh mengenai harga makanan, pakaian dan barangan lain, saya agak terkilan kerana harganya amat mahal.
“Bayangkan, bagaimana mereka yang gaji RM20 sehari mahu ‘survive’ kalau nasi dan ikan keli sahaja dah sampai RM5.50? Macam mana mereka nak tampung keperluan lain. Itu di kedai makan yang biasa dikunjungi, bukan yang tak biasa,” katanya.
Bekas pelajar, Siti Zulaikha Zulkifli, 18, pula berkata, harga makanan dan pakaian di Kuala Terengganu agak mahal berbanding di tempat lain, sebab itu tidak hairanlah jika laporan menyebut, ia termasuk antara 10 bandar paling tinggi kos sara hidup di Malaysia.
“Saya masih belum mendapat pekerjaan tetap dan kini hanya bekerja dengan ibu saya. Walaupun begitu, saya turut merasai harga makanan dan barangan keperluan di Kuala Terengganu mahal berbanding tempat lain,” katanya.
Dipetik daripada kajian yang dilakukan oleh sebuah portal online, Kuala Terengganu dilaporkan sebagai bandar keenam paling mahal di Malaysia dari segi kos sara hidup.
Menjuarai carta adalah bahagian pulau di Pulau Pinang diikuti Bintulu, Sarawak, Paka/Kerteh di Terengganu, Miri Sarawak, Kuala Lumpur, Kuching, Sarawak, Klang, Labuan dan Johor Baru.
Perkara yang dikaji adalah harga barangan keperluan harian seperti ayam, sayuran seperti sawi dan cili merah, ikan, kadar sewa rumah dan juga keperluan pendapatan minimum untuk hidup sempurna.
Artikel Berkaitan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan