Khamis, 30 Januari 2014

ORANG JAHAT...ORANG ZALIM....ORANG PENIPU DAH TAK BOLEH SOROK....TV DAN RADIO TAK KELUAR....PAPER DAN SURAT KHABAR TAK KUAR....INTERNET BERITA ITU MASUK BERPUSU2....SIAP VIDEO SEKALI....DIAKHIRAT VIDEO LAGI TERANG

Thursday, 30 January 2014


PRK DUN N25 KAJANG .... MACAI UMNO SUDAH BANKRAP ISU DAN MUFLIS POLITIK SAMPAI SANGGUP BERDEMO DEPAN BALAI POLIS KAJANG BANTAH DSAI BERTANDING!!!!


ANWAR BUKAN ANAK JATI KAJANG ... ANWAR JEPUN TOLAK KAJANG PUN TOLAK .... KAJANG TOLAK ANWAR .... PENGUNDI KAJANG JANGAN TERTIPU  ..

Begitulah antara ayat yang tertulis pada beberapa plakad yang dijulang oleh macai-macai UMNO tidak sampai 20 orang berselindung di belakang NGO entah apa nama Omak Kau pun dah hilang perkiraan .. terlampau banyak sangat .. nama lain tapi orangnya sama.

Kejadian memalukan ini berlaku hari ini jam lebih kurang 3.00 ptg .. Lokasi Ibu Pejbat Polis Daerah Kajang.

Begitu sekali terdesaknya bankrap isu dan muflis alasan dan cara politik UMNO sampai sanggup berdemo depan balai polis Kajang dan selepas itu buat laporan polis.

Punyalah bangang kangkung hapraknya para penyokong UMNO takut menggeletar kepala lutut takut kecut perut bila dapat khabar DSAI akan bertanding di PRK DUN N25 kajang sebagai calon Pakatan Rakyat.

DSAI hanya menggunakan haknya untuk bertanding PRK Kajang kerana tidak ada sebarang halangan undang-undang untuk menyekat beliau daripada menawarkan dirinya kepada pengundi di Kajang sebagai wakil mereka .... DSAI memenuhi semua keperluan undang-undang untuk bertanding.

Omak Kau ingatlah, cara macai-macai ini berdemo jangan katakan rakyat Kajang rasa malu .. Perkasa, Jati dan Pekida pun malu tutup muka tengok gelagat beberapa kerat yang buat kerja tidak guna akal dan otak... Mesti mereka ingat dan berkata .. Ingatkan aku yang bodoh rupanya ada lagi macai lebih bodoh.

Thursday, 30 January 2014


PRK DUN N25 KAJANG .... BELUM PENAMAAN CALON UMNO DAN MCA SUDAH GADUH BESAR BEREBUT SIAPA YANG LAYAK JADI CALON BN!!!!


Sebelum ini Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda MCA Malaysia bertegang urat bertengkar siapa yang layak wakili BN di PRK DUN N25 Kajang .

Kali ini giliran orang tua UMNO dan MCA pula bergumpal nak berebut siapa yang lebih layak wakili BN menentang DSAI .
Presiden MCA kata MCA akan letakkan calon atas alasan itu kerusi yang diperuntukkan kepada MCA atas semangat BN ...., Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat pula kata suara akar umbi konon maukan UMNO menjadi calon sebab katanya MCA tiada sokongan langsung .. Dengan lain perkataan MCA ini parti tin kosong .. bunyi bising nyaring tapi debu sedikit pun tak lekat.

Kaum Tionghua tidak sokong MCA.. Apa UMNO ingat kalau letak calon UMNO maka berduyun-duyun habis semua pengundi Tionghua sokong UMNO?

Apa-apa pun itu hal rumah tangga BN . Omak Kau malas nak masuk campur .. mereka nak bergaduh ke, bertekak ke, bergumpal ke .. Itu hak mereka meluahkan perasaan dalam linkup demokrasi .. Tapi yang pasti akhirnya BN juga akan terlingkup.

Thursday, 30 January 2014


MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN TUBUH JAWATANKUASA PEMILIHAN PUSAT LAKSANA PEMILIHAN KEADILAN 2014.



Lepas PRK DUN N25 Kajang, semua anggota KEADILAN akan tumpukan pemilihan KEADILAN 2014.

Omak Kau dah ada beberapa calon pada firasat dan bisikan hati yang layak menjadi pemimpin dan peneraju parti .. Ada yang inkumben . Ada yang perlu muka baru .. Inkumben yang perform dan deliver mesti dipertahankan ... Yang gagal dan dilihat sudah lesu tidak bermaya harus di tukar ganti dengan wajah segar dan baru serta lebih bermutu.

Prinsip Omak Kau .. If your are good your are good.

Majlis Pimpinan Pusat dalam mesyuaratnya pada 15 Januari 2014 telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) untuk melaksana dan mengawal selia Pemilihan Parti 2014.

Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) ini dipengerusikan oleh Dato’ Johari Abdul, Ahli Parlimen Sg Petani, Timbalannya, Datin Paduka Tan Yee Kew dan tujuh orang ahli jawatankuasa yang terdiri daripada kalangan anggota kanan Parti yang berwibawa dan berpengalaman luas dalam pemilihan dan pilihan raya.

Parti Keadilan Rakyat adalah parti yang pertama di Malaysia yang memberikan hak kepada anggota terbanyak untuk memilih pucuk pimpinan melalui pengundian terus (direct election) bermula pada Pemilihan 2010.

Pemilihan kali ini adalah penerusan kepada proses yang diamalkan pada pemilihan 2010 dengan pembaharuan-pembaharuan berikutan kerangka Perlembagaan baru Parti yang diluluskan pada 24 November 2014 yang antaranya:

1. Pencalonan secara individu oleh calon dengan memansuhkan pencalonan dari Cabang

2. Pengundian secara serentak di peringkat Cabang dan Pusat

3. Tempoh masa Pemilihan yang lebih pendek berbanding Pemilihan 2010

Dengan tertubuhnya Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) seperti yang diumukan hari ini, maka saya mengambil kesempatan ini menyeru keanggotaan Parti semua peringkat mempersiapkan diri bagi mengambil bahagian dan memilih dalam suasana persaingan yang sihat dan demokratik.

Saifuddin Nasution Ismail
Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat


Berkahwin selepas mengandung tidak sah?
Posted on Thursday, January 30 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan



Oleh Dr. Ustazah Asiah Ali

SOALAN:
Baru-baru ini tersebar melalui WhatsAps yang menyatakan bahawa pasangan yang berzina dan kemudiannya perempuan itu mengandung.

Mereka berkahwin ketika perempuan itu masih mengandung demi menutup malu - perkahwinan itu tidak sah. Mereka dikira berzina sepanjang hidup kecuali dikahwinkan semula selepas bersalin anak zina tersebut.

Minta penjelasan Ustazah.

JAWAPAN:
Perkahwinan itu adalah sah menurut Mazhab Syafie dan perlulah didaftarkan sebaiknya. Sekiranya wanita itu berkahwin dengan lelaki yang berzina dengannya yang menyebabkan dia mengandung maka dibenarkan bersama dengan lelaki tersebut. Sekiranya dia berkahwin dengan lelaki penzina  berkenaan dan kandungannya belum mencecah usia enam bulan maka apabila lahir nanti anak tersebut boleh dinasabkan kepada lelaki berkenaan.

Walau bagaimanapun perlu diingat dosa perbuatan zina antara mereka tetap tidak terlepas. Sebagaimana hukum jenayah zina, kalau yang berzina itu belum pernah berkahwin atau pun dengan istilah teruna dan dara mereka di hukum sebat seratus rotan. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah An-Nur ayat 2 yang bermaksud:

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.”

Sekiranya si penzina itu pernah atau sudah berkahwin maka ia mesti melalui hukuman rejam sampai mati. Sebagaimana perbuatan zina yang dilakukan oleh Maiz al-Aslami dan al- Ghamidiyyah.

Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Lelaki yang sudah berkahwin (as-syaikhu) dan Perempuan yang sudah berkahwin (as-syaikhatu) apabila mereka berzina , hendaklah direjam kedua-dua mereka."

Sumber harakahdaily



Thursday, 30 January 2014


PRK DUN N25 KAJANG .... KEPUTUSAN DI AMBIL PIMPINAN PR TEPATI SYARIAH DAN AMALAN DEMOKRASI.

Keputusan yang telah dibuat oleh kepimpinan Pakatan Rakyat pada 28 Januari 2014 berkaitan isu
DUN Kajang, adalah suatu yang tepat dan betul berasaskan prinsip-prinsip di dalam disiplin al-Qawa’id al-Fiqhiyyah (Kaedah-Kaedah Fiqh) yang relevan dengan realiti terkini perkembangan politik Malaysia.


Sukacita dijelaskan, bahawa ijtihad politik yang dilakukan oleh KEADILAN ini, sememangnya mempunyai justifikasi yang kukuh berasaskan prinsip dar’u al-mafasid muqaddamun ‘ala jalbil al masalih (menghindarkan berlakunya kerosakan adalah diutamakan sebelum berlakunya sesuatu kebaikan).

Dengan lain perkataan, demi mempastikan sesuatu kebaikan yang dirancang itu benar-benar berlaku, maka semua perkara yang mungkin menjadi faktor penghalangnya hendaklah dihindarkan.

Sehubungan ini, kenyataan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkaitan hal amat menarik dan dialu-alukan. Beliau menasihatkan rakyat supaya sentiasa berwaspada dan tidak terjebak dengan adu domba pihak musuh.

Sebagai seorang negarawan yang begitu masak dengan selok belok politik negara, beliau melihat bahawa keputusan yang telah dibuat dalam isu ini adalah suatu yang positif dan tentulah mempunyai ‘illah (sebab) yang tersendiri.

Justeru, dalam menentukan pendirian kita mengenai sesuatu perkembangan politik semasa, hendaklah bersandarkan kepada maklumat yang cukup berasaskan sumber-sumber yang autentik.

Maka itu, tindakan-tindakan yang bersifat taksub, emosional dan tergopoh-gapah hendaklah dielakkan. Seorang pemimpin politik yang sekian lama dikenali sebagai pejuang rakyat dan telahpun begitu banyak berkorban demi kebajikan rakyat sejak dari usia mudanya, sudah pasti membuat keputusan politik yang

Sesungguhnya, politik itu adalah suatu dinamik. Memang ada ketikanya, keputusan dan tindakan yang mengejut terpaksa dilakukan di luar dari jangkaan. Keberanian seseorang pemimpin untuk membuat keputusan demi mencapai perubahan yang lebih baik adalah suatu yang wajar.

Hakikatnya, perkembangan ini adalah suatu yang tabi’e sebagai penerusan perjuangan dan kebangkitan rakyat.

Sememangnya kita sedar, bahawa cabaran yang sedang dilalui ini tidaklah mudah. Sebahagian dari kita mungkin berjaya dikelirukan dan bakal tercicir ditepian perjalanan. Namun percayalah, gelombang kebangkitan rakyat bersama kebenaran dan keadilan ini akhirnya akan tetap mencapai kemenangan.

Kebatilan dan kepalsuan akan tetap pudar dan tenggelam di arus perubahan.

“Dan katakanlah, “Telah datang kebenaran dan hilang lenyaplah perkara yang salah. Sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.” (Al Israk: 81).

Dr Muhammad Nur Manuty
Ketua Penerangan KEADILAN
 

Diculik, dibelasah sehingga mati

matii 

IPOH – Seorang lelaki yang hanya berseluar dalam dengan tangan dan kaki terikat, ditemui mati dan ditinggalkan dalam but sebuah kereta di Jalan Perindustrian Kanthan 2, dekat sini, malam kelmarin.
Mayat R Govindaraju, 30, dengan kepala berlumuran darah ditemui orang awam kira-kira jam 12 tengah malam sebelum dilaporkan kepada polis. Dia dipercayai diculik dan dibelasah sehingga mati sebelum mayatnya ditinggalkan dalam but kereta Honda City itu.
Dipukul Hingga Mati
Timbalan Ketua Polis Ipoh, Superintendan Ahmad Termizi Abd Haq, berkata kereta berkenaan ditinggalkan berhampiran sebuah ladang sawit, kira-kira 10 kilometer dari rumah mangsa di kawasan Ladang Dovenby, Sungai Siput.
“Dia dipercayai dipukul dengan objek tumpul sehingga mati,” katanya sambil menambah, siasatan awal polis mendapati kereta berkenaan didaftarkan atas nama seorang lelaki berusia 46 tahun dari Tanah Hitam, Chemor.

Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut terhadap casis kenderaan itu mendapati pemilik sebenarnya seorang wanita berusia 56 tahun yang membuat laporan kehilangan kereta terbabit di Bercham, Mei lalu.
“Polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan termasuk bagi mengenal pasti motif kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya,” katanya, menurut sumber Berita Harian.
Orang Utan dijadikan hamba seks
pada 30-01-2014 03:01 
Post Pic
KALIMANTAN TENGAH: Seekor Orang Utan betina berjaya diselamatkan daripada terus dijadikan pelacur di wilayah Kerengpangi, Kabupaten, Katingan, Kalimantan Tengah, Indonesia.
 
Menurut Koordinator The Borneo Orangutan Survival Foundation (BOS), Monterado Fridman, usaha menyelamatkan Pony bukan mudah ekoran terpaksa berdepan dengan amukan orang kampung.
 
"Tidak mudah menyelamatkan Pony, ini kerana sesiapa sahaja yang mahu menyelamatkan Pony perlu berdepan dengan orang kampung itu yang sanggup menghayun parang demi membela pemilik rumah pelacuran berkenaan," ujar Monterado.
 
Usaha menyelamat itu hanya berjaya selepas setahun hasil bantuan polis dan Tentera Nasional Indonesia (TNI).
 
Operasi menyelamat itu melibatkan sekurang-kurangnya 35 anggota polis lengkap dengan senjata automatik AK-47.
 
Menurut Monterado, pemilik rumah pelacuran itu telah mencukur bulu Pony sebelum diserahkan kepada pelanggan dengan hanya sedikit bayaran.
 
Paling mengejutkan, bilangan pelanggan Pony sudah mencecah ratusan orang.
 
Dilaporkan Pony diikat dengan rantai besi dan dibiarkan tertiarap di atas tilam nipis menunggu untuk disetubuhi pelanggan.
 
Nasib Pony kini sudah terbela dan binatang itu sedang dilatih di sebuah pusat pemuliharaan Orang Utan sebelum dijangka dilepaskan ke habitat asalnya tidak lama lagi. 5:46PM Jan 30, 2014

Khalid rela 'disekolahkan' Noh, tapi 'live'

Ahli parlimen Khalid Samad berkata beliau sedia "disekolahkan" oleh pemimpin Umno Datuk Seri Noh Omar berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tetapi ia hendaklah diadakan secara langsung.
Beliau memberi tempoh sehingga 10 Februari depan untuk Noh mengatur acara itu menerusi mana-mana saluran televisyen dengan mengekalkan tajuk dan moderator yang sama.

Katanya, jika terdapat isu keselamatan, debat itu boleh diadakan tanpa kehadiran penyokong masing-masing.

"Kita bentang idea dan hujan bukan atas kekuatan fizikal dan penyokong dan sebagainya.

"Kalau tidak mampu, untuk susun dan atur, maka saya akan buat sendiri. Saya panggil dia dan kita tengok siapa sekolah siapa," katanya dalam sidang media.

Debat Khalid-Noh anjuran Sinar Harian sebelum ini dibatalkan. Pembatalan itu dibuat saat-saat akhir setelah mengambil kira pelbagai sudut situasi termasuk berkaitan keselamatan.

Noh kemudian menyatakan kekesalannya kerana berasa seolah-olah dipermainkan dan tidak dapat “menyekolahkan” musuh politiknya itu.

Tiada ulasan: