Sunday, 19 January 2014
LAPORAN POLIS TELAH DI BUAT KEATAS 3 PEMIMPIN PRO KANGKUNG YANG BERDARAH MELAYU TULEN 110% INI ATAS TINDAKAN PROVOKASI MURAHAN GRED KANGKUNG MEREKA DI HIMPUNAN MEMBELA NAJIB!!!!
Kenyataan bersama Zairil Khir Johari & Steven Sim Chee Keong
George Town, 19 Januari 2014
Laporan polis atas tindakan provokasi UMNO di Seberang Jaya
Kami telah membuat laporan polis atas provokasi yang berbahaya oleh pemimpin-pemimpin UMNO Pulau Pinang yang mengetuai demonstrasi di hadapan Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya pada 18 Januari 2014.
Antara provokasi yang dilakukan termasuk membawa sepanduk yang berbaur fitnah dan hasutan seperti “DAP musuh Islam” dan “Kerana mulut pemimpin DAP, 13 Mei 1969 terjadi… Mahu lagi kaa?” serta ucapan yang mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama oleh pemimpin-pemimpin UMNO Pulau
Pinang seperti Ahli Parlimen Kepala Batas Dato’ Reezal Merican, Setiausaha UMNO Pulau Pinang Dato’ Musa Sheikh Fadzir, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Rafizal Rahim serta mantan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Sheikh Hussein Mydin.
Tindak-tanduk mereka merupakan perbuatan yang sungguh tidak bertanggungjawab, berunsur hasutan dan bertujuan untuk mencetuskan ketegangan kaum serta huru-hara dalam kalangan masyarakat berbilang kaum kita.
Pada masa yang sama, kenyataan-kenyataan mengenai DAP yang tertera dalam sepanduk serta ucapan mereka adalah langsung tidak benar dan merupakan dakwaan yang tidak berasas sama sekali.
Gara-gara gagal mentadbir ekonomi, terpaksa bersandiwara
Provokasi kaum dan agama serta ugutan Mei 13 yang sering digunakan oleh UMNO ini adalah gara-gara kegagalan kerajaan UMNO-Barisan Nasional untuk mentadbir ekonomi sehingga rakyat terpaksa mengikat perut menghadapi kenaikan barangan yang mendadak.
Justeru, taktik kekecohan dan perkauman digunakan untuk mengalih perhatian daripada perkara yang lebih genting seperti hal ehwal ekonomi, kepincangan pentadbiran kerajaan dan gejala rasuah. Pun begitu, rakyat pada masa kini tidak mudah diperbodohkan, dan tidak akan termakan dengan sandiwara UMNO.Pemimpin UMNO bukan maksum..
Pada masa yang sama, kami juga menyeru agar UMNO jangan bertindak seolah-olah pemimpin mereka adalah maksum dan umpama firaun yang tidak boleh dikritik. Kegagalan Perdana Menteri dalam mentadbir negara dan kenyataan beliau mengenai isu “kangkung” menunjukkan bahawa beliau langsung tidak memahami kesusahan rakyat.
Dalam sebuah demokrasi, kerajaan yang dipilih rakyat harus bersedia untuk menghadapi kritikan rakyat, khususnya apabila ternyata gagal membela rakyat. Oleh itu, Perdana Menteri Dato’ Sri Najib serta kuncu-kuncunya dalam UMNO harus berhadapan dengan realiti dan tidak menyalahkan orang lain serta menggunakan taktik fitnah, hasutan dan ugutan perkauman demi mengalih perhatian daripada kegagalan mereka...
Steven Sim Chee Keong
Ahli Parlimen Bukit Mertajam
Zairil Khir Johari
Ahli Parlimen Bukit Bendera 6PM Jan 19, 2014
Mukhriz bimbang BN kalah kerana isu kos
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir
bimbang dasar “betul tapi tak popular” dalam menangani masalah khususnya
kenaikan kos sara hidup rakyat menyebabkan kerajaan sedia ada tumbang
pada pilihan raya umum akan datang.
Mukhriz dilaporkan berkata kerajaan wajib mendengar rintihan pihak yang memberikan kemenangan pada BN dan dikhuatiri mereka kesal kerana "pihak yang disokong seolah-olah tidak prihatin, tidak peduli suara akar umbi".
"Malangnya dalam keadaan sekarang, BN menang tipis tak dapat dua pertiga majoriti seperti sebelum ini. Ada perkara yang boleh dibuat, ada yang tak mampu dibuat selagi kita tidak dapat keyakinan sepenuhnya daripada rakyat.
"Saya bimbang kalau hanya fikirkan dasar yang baik dan betul saja dengan ketepikan terus soal populariti, maka akhirnya dalam PRU (pilihan raya umum) akan datang, walaupun kita buat perkara yang betul tetapi disebabkan persepsi rakyat sudah begitu, kita akan kecundang.
"Ketika itu, tiada apa yang boleh dilakukan kerana nasi dah jadi bubur," katanya dalam wawancaranya yang disiarkan dalam Berita Minggu hari ini.
Anak lelaki bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir itu mengulas sama ada isu kenaikan kos sara hidup akan menjejaskan peluang BN menghadapi pilihan raya umum ke-14 akan datang.
'Populariti sangat penting'
Bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (bawah) menegaskan pentadbirannya tidak mengambil pendekatan populis sebaliknya sentiasa berusaha memastikan hasil negara berkembang sebelum membuat 'janji-janji manis' kepada rakyat.
Dalam wawancara itu juga, Mukhriz yang juga ADUN Ayer Hitam menyifatkan populariti sangat penting dalam pilihan raya dan menegaskan "tidak boleh menang kalau tidak popular".
"Satu lagi ialah isu siapa mengatakan bahawa yang baik itu tidak popular. Kita kena cari satu penyelesaian sendiri, bukannya berdasarkan nasihat luar atau pihak yang ada kepentingan meragukan kerana kita lebih faham masalah sendiri," katanya.
Mukhriz berkata tiada jaminan orang yang memberi nasihat itu bersikap ikhlas untuk membantu dan menggesa BN perlu kreatif untuk menyelesaikan masalah rakyat "secara popular dan betul".
"Betul dan popular itu bukannya suatu yang eksklusif, ia sebenarnya tidak menidakkan satu sama lain. Tetapi kena kaji mendalam, apakah penyelesaian itu," katanya.

Ramainya.
Tapi rupanya gamba oghe siam berdemo...
Narak sapa nok pinjey gambar alik sano weh...

Thursday, May 17, 2012
ORANG MELAYU UMNO TAUKEH JUDI, TAPI CAKAP ISLAM & MUSLIM
UMNOLAH PARTI MENEGAKKAN ISLAM.JANGAI PERTIKAIKAN.INI BUKTINYA!!!
ORANG MELAYU UMNO TAUKEH JUDI, TAPI CAKAP ISLAM & MUSLIM
ORANG MELAYU UMNO TAUKEH JUDI, TAPI CAKAP ISLAM & MUSLIM
A) kepentingan dalam syarikat JUDI di negara ini -
1. Dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:
1. Dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:
...Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj.
Jumlahmlah saham - 1,900,000
2. Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari
Jumlah saham - 40,843 (Magnum CO Sdn Bhd) & 6,666 (Magnum 4D)
3. Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman.
Jumlah saham - 1,666,666
4. Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib.
Jumlah saham - 680,334
5. Dalam Genting Berhad
Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar.
Jumlah saham - 602,318,000 (Resort World Berhad)
6. Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin)
Jumlah saham - 3,334,600
7. Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.
8. Dalam Sports Toto
Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia. Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Jumlah saham - 3,500,000 (melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees)
Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah Sport Toto.
9. Datuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor (Pengarah Berjaya Land Berhad).
Jumlah saham - 292,336,584
Dua lagi pengarah Melayu yang beragama Islam dalam Berjaya Land Berhad yang memiliki saham sebanyak 284,644,046 ialah Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis.
Dipetik daripada buku 'Malaysia, Darul Kasino' oleh Datuk Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan.
B) Berikut adalah senarai pembabitan Pemimpin UMNO dari dulu hingga sekarang yang didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat judi di negara ini -
1. Dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:
Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj.
Jumlah saham - 1,900,000
Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari
Jumlah saham - 40,843 (Magnum CO Sdn Bhd) & 6,666 (Magnum 4D)
Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman.
Jumlah saham - 1,666,666
Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib.
Jumlah saham - 680,334
2. Dalam Genting Berhad
Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar.
Jumlah saham - 602,318,000 (Resort World Berhad)
Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin)
Jumlah saham - 3,334,600
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.
3. Dalam Sports Toto
Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia.
Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Jumlah saham - 3,500,000 (melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees)
Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah
Osman Aziz shared Raja Mohd Shahrim's photo.
BN patut diberi cuti rehat...
Filem Hollywood anak Rosmah diharamkan
Filem tersohor tetapi sarat dengan kontroversi ‘The Wolf of Wall Street’ dilaporkan diharamkan tayangannya di Malaysia ekoran bahasa dan kandungan yang lucah.
“Sumber-sumber dalaman pejabat filem kerajaan Malaysia memaklumkan THR yang pengedar filem itu sedia maklum yang mereka akan berhadapan masalah besar dengan lembaga penapisan kerana kelucahan, babak bogel serta seks sewaktu tayangannya,” lapor laman web hiburan The Hollywood Reporter.
Filem itu diterbitkan Red Granite Pictures, syarikat yang dimiliki
bersama oleh Riza Aziz yang merupakan anak Datin Seri Rosmah Mansor,
hasil daripada perkahwinan pertamanya.
Filem Hollywood yang diarahkan Martin Scorcese itu menyaksikan
pelakon utamanya, Leonardo DiCaprio memenangi anugerah pelakon terbaik
bagi kategori komedi dan muzikal pada anugerah Golden Globe ke-71 Ahad
lalu.
Presiden Red Granite Pictures, Christian Mercuri dipetik oleh THR
sebagai berkata kandungan filem itu bermasalah bagi wilayah-wilayah
tertentu .“Sebahagian daripada kandungan dalam filem itu menjadikannya sukar dibenar tayang di wilayah tertentu di mana mereka membuat tapisan dan boleh mengharamkan tayangan sesebuah filem,” beliau dipetik sebagai berkata.
“Anda cuba membuat filem untuk penonton di seluruh dunia . Ini sebuah filem yang menakjubkan sepanjang tiga jam tayangannya.
Adalah mengecewakan apabila negara-negara tertentu tidak membenarkan seni ditayangkan secara keseluruhan,” katanya.
Filem, yang merupakan pesaing untuk Academy Award tahun ini, mencipta rekod penggunaan perkataan lucah ‘F’ paling banyak dalam filem R-rated. Menurut Variety, perkataan ‘F’ itu didiucapkan 506 kali dalam filem itu, atau 2.81 kali seminit.
Red Granite Pictures membenarkan kandungan tertentu filem itu dipotong untuk melepasi proses tapisan di beberapa negara.
Sebagai contoh, bagi tayangan di India, tiga babak terpaksa
dipotong iaitu adegan pesta seks gay liar, adegan onani di tempat awam
dan satu lagi adegan melibatkan aksi Leonardo DiCaprio menghembus kokain
ke dalam punggung seorang perempuan.Setakat ini, filem itu telah
mengutip AS $80 juta di Amerika Syarikat dan AS$40 juta di peringkat
antarabangsa, menurut sumber Malaysiakini.5:00PM Jan 19, 2014
'Ancaman 13 Mei pengakuan tersirat Umno'
Ancaman pengulangan tragedi 13 Mei dalam
perhimpunan ahli Umno di Seberang Jaya semalam dianggap DAP sebagai
"pengakuan tersirat" bahawa parti itu penyebab peristiwa yang
mengorbankan banyak nyawa.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, langkah itu, yang dinyatakan ketika membantah 'flash mob kangkung' ADUN PKR Machang Bubuk Lee Khai Loon itu , mengancam keharmonian awam, berunsur hasutan dan bertujuan mengalih isu kenaikan harga barang dan rasuah.
Sambil menyifatkan tindakan itu memangsai gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, DAP juga akan membuat laporan polis, kata Lim.
"Bagi mengelakkan daripada bertanggungjawab terhadap kenaikan harga dan rasuah, Umno tidak mempunyai pilihan lain kecuali menyemarakkan api kebencian agama dan kaum terhadap orang bukan Islam dan bukan Melayu bagi mengekalkan cengkaman mereka ke atas undi orang Melayu.
"Umno pasti naif jika mereka berfikir orang Melayu begitu mudah mempercayai retorik Umno yang melampau, sedangkan harga barangan terus meningkat, dan demonstrasi Umno gagal meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh rakyat," katanya.
Semalam, sekitar 600 orang, termasuk pemimpin Umno negeri, menghadiri perhimpunan tersebut, yang diadakan di hadapan Sunway Carnival Mall.
Lee PKR, bukan DAP
Mereka membawa sepanduk yang menyamakan perbuatan menghina perdana menteri seperti menghina Melayu dan “ABCD - Asal Bukan Cina DAP” dan “DAP musuh Islam”.
Sepanduk yang paling menarik berbunyi “Kerana mulut pemimpin DAP, 13 Mei 1969 terjadi... Mahu lagi kaa?”
Dalam kenyataannya hari ini, Lim berkata bukan sahaja DAP tetapi pelbaai kaum tidak mahu 13 Mei tercetus semula.
"(Bagaimanapun) perhimpunan Umno cepat bertukar perkauman apabila pemimpin tertinggi DAP telah menjadi sasaran sedangkan Lee Khai Loon dari PKR.
"Adakah DAP menjadi sasaran mudah Umno kerana pimpinan tertinggi kami adalah orang Cina, tidak seperti pemimpin tertinggi PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang Melayu?" kata Lim yang turut berharap polis membenarkan demonstrasi aman Pakatan Rakyat pada masa akan datang.

Rakyat M'sia terbunuh dalam serangan di Kabul
Seorang rakyat Malaysia disahkan terbunuh dalam serangan berani mati di sebuah restoran di Kabul, Afghanistan Jumaat lepas.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman yang mengesahkan perkara itu berkata maklumat rasmi berhubung latar belakang mangsa hanya dapat dikeluarkan setelah saudara terdekat mangsa dimaklumkan mengenainya.
"Buat masa ini Wisma Putra sedang dalam proses menghubungi ahli keluarga terdekat mangsa," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.
Dalam kejadian serangan berani mati dan tembakan rambang di sebuah restoran di ibu negara Afghanistan pada Jumaat, sekurang-kurangnya 21 orang dilapor terbunuh termasuk empat kakitangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Agensi berita AFP melaporkan rakyat Malaysia yang terkorban itu bertugas sebagai perunding kepada Kementerian Kewangan Afghanistan.
Sementara itu, mengulas mengenai dua rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden untuk siasatan kerana memukul tangan seorang daripada anak yang tidak bersolat, Anifah berkata belum ada perkembangan terbaharu mengenai perkara itu.
"Tahanan reman dilanjutkan, jadi ia tertakluk kepada mahkamah di sana. Kami telah lakukan apa yang boleh tertakluk kepada peraturan dan undang-undang mereka.
"Di Wisma Putra kami perlu mengikut saluran tertentu (dalam mengambil sesuatu tindakan)," katanya.
-Bernama
Seorang anak gadis masih remaja tetapi cekal, berani, pintar dan berjiwa merdeka memberitahu Najib Razak melalui akaun twitternya yang berbunyi " Pada pandangan saya yang marhean ini, rakyat patut diberi kebebasan mengkritik tuan sebagaimana bebasnya tuan mengkritik rakyat.".
Ini baru betul anak muda berakal dan berakhlak serta berilmu memberikan pandangan.
Sopan tanpa gentar dengan menyatakan yang hak dan benar.
Spesis macam ini tidak ada dalam UMNO dan parti-parti dan NGO-NGO yang sewaktu dengan nya.
Spesis UMNO jenis pakar bakar patung, menjerit terlolong terlalak dengan menghamburkan kata-kata rasis biadab melampau.

BEZA AMAT KETARA CARA RAKYAT BERJIWA MERDEKA DAN BERFIKRAN WARAS BERFIKIR DENGAN RAKYAT PRO KANGKUNG BERFIKIR DAN BERTINDAK..
Seorang anak gadis masih remaja tetapi cekal, berani, pintar dan berjiwa merdeka memberitahu Najib Razak melalui akaun twitternya yang berbunyi " Pada pandangan saya yang marhean ini, rakyat patut diberi kebebasan mengkritik tuan sebagaimana bebasnya tuan mengkritik rakyat.".
Ini baru betul anak muda berakal dan berakhlak serta berilmu memberikan pandangan.
Sopan tanpa gentar dengan menyatakan yang hak dan benar.
Spesis macam ini tidak ada dalam UMNO dan parti-parti dan NGO-NGO yang sewaktu dengan nya.
Spesis UMNO jenis pakar bakar patung, menjerit terlolong terlalak dengan menghamburkan kata-kata rasis biadab melampau.
Pemukim Yahudi "Israel" menyerbu Masjid Al-Aqsa dan memanjat Masjid Kubah Batu
Sabtu, 16 Rabiul Awwal 1435 H / 18 Januari 2014 08:00
AL-QUDS (Arrahmah.com) –
Para pemukim Yahudi “Israel” telah berulang kali menyerbu kompleks
Masjid Al-Aqsa selama dua hari terakhir. Pada Kamis (16/1/2014) mereka
bahkan memanjat Masjid Kubah Batu, lansir Al-Ghad.
Para pemukim ilegal itu dipimpin oleh Rabbi Yehuda Glick, seorang pendeta teroris yang juga merupakan mantan kepala Temple Institute. Pada saat itu dia bahkan didampingi seorang wartawan yang membawa kamera untuk mendokumentasikan serangan tersebut.
Sementara itu, para pemukim Yahudi itu dilaporkan terlibat dalam pertengkaran mulut dengan jamaah Muslim yang berusaha melindungi masjid mereka. Saksi mata melaporkan bahwa Rabbi Glick kembali menyerbu Masjid Al-Aqsa sebanyak dua kali pada Jumat (17/1), bergabung dengan kelompok pemukim Yahudi yang belajar dengannya.
Para pemukim Yahudi sekarang seakan sudah terbiasa menyerbu kompleks masjid Kaum Muslimin ini secara rutin, di mana biasanya mereka melakukan tur di sekitar masjid mulai dari Gerbang Mughrabi dan kemudian pergi Masjid ke Al- Marwani, Gerbang Rahma, Gerbang Al-Asbat dan Gerbang Raja Faisal sampai Gerbang Alqtanin, dan keluar dari Gerbang Al-Selselah. Namun, ini adalah insiden pertama di mana para pemukim Yahudi telah memanjat Masjid Kubah Batu atau Qubbat As-Sakhrah atau Dome of the Rock.
Direktur Jenderal urusan Wakaf Muslim dan Masjid Al-Aqsa, Syaikh Azzam Al-Khatib, telah mengutuk insiden itu dan menggambarkannya sebagai langkah provokatif dan berbahaya.
Insiden itu merupakan pelanggaran mencolok terhadap tempat-tempat ibadah dan menunjukkan bahwa otoritas penjajah “Israel” telah hampir menyelesaikan upaya mereka untuk meyahudisasi Masjid Al-Aqsa dan sekitarnya, serta tengah mempersiapkan untuk mengklaimnya sebagai rumah ibadah Yahudi.
Dalam berita terkait, pasukan penjajah “Israel” juga telah menangkap paksa tiga pemuda Palestina dari dalam Masjid Al-Aqsa pada Kamis (16/1) dan membawa mereka ke kantor polisi di kota Al-Quds. (banan/arrahmah.com)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan