YOGYAKARTA (Arrahmah.com) - “Ya Robb, di Yogya mulai sujud rakaat kedua sampai selesai tahiyyat pertama masjidnya bergoyang,” begitu pesan elektronik dari salah seorang pengajar di Ma’had An-Nabawy, ustadz Ahmad Isrofiel Mardlatillah kepada arrahmah.com Sabtu siang ini jam 12.40.
Redaksi di Jakarta sontak kaget membaca berita itu. Saat di cek pada situs BMKG didapati info yang sama tentang adanya gempa bumi di Yogyakarta. Secara teknis situs itu menulis telah terjadi gempa magnitude 6,5 SR pada 25 Januari 2014 jam12:14:20 WIB, lokasi : 8.48 LS-109.17 BT Kedalaman : 48 Km 104 km Barat Daya Kebumen Jateng tidak berpotensi tsunami.
Ustadz Ahmad Isrofiel yang berdomisili di Markaz Majelis Mujahidin (MM) di Jl. Karanglo No.94 Kotagede Yogyakarta, menceritakan saat gempa itu terjadi dia sedang shalat Dzuhur berjamaah di masjid area komplek markaz MM, dan dia bertindak menjadi imam. Jamaah ketika itu ada 15 orang terdiri dari santri dan warga sekitar.
“Kami sedang shalat, pas sujud rakaat kedua, mau tasyahud awal masjid “menari”, ujarnya.
Sepanjang dua raka’at terakhir shalat Dzuhur di siang itu hingga tahiyyat akhir selesai, jamaah berdiri, ruku’ dan sujud dengan gemetar, dengan bangunan masjid yang letaknya di lantai dua itu bergoyang, “menari” istilah ustadz Isrofiel. Subhanallah.
“Saat berdiri gemetaran,” katanya.
Meski demikian para jamaah tetap tenang melaksanakan shalat, insya Allah khusyu, hingga akhir. Bahkan, kata ustadz Isrofiel, salah seorang jama’ah mengatakan kesiapannya mati saat shalat sedang dilaksakannya.
“Gak papa kalau kita mati saat lagi sujud ustadz,” ujar seorang santri.
Usai shalat, ustadz Isrofiel memberikan tausiyah kepada para jama’ah memperbanyak dzikir, bertasbih dan harus mempunyai amalan andalan untuk bekal di akhirat.
Meski saat gempa berlangsung terdengar suara benda jatuh, namun tidak ada kerusakan yang berarti pada bangunan masjid dan markaz MM, hanya ada dinding kamar mandi yang retak sedikit. Alhamdulillah ‘ala kulli hal(azm/arrahmah.com)

Saturday, 25 January 2014


TUN DR MAHATHIR TURUT MENZIARAHI TUAN GURU DATO' DR HARUN DIN YANG SEMAKIN PULIH DI IJN.




Tengah hari tadi Tun Dr Mahathir Mohamad telah menziarahi Timbalan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Dr Haron Din di IJN.

Kunjungan Tun M disambut dengan penuh mesra oleh Tuan Guru Dato' Dr Haron Din dan keluarga.

Suatu ketika dulu pernah Tun Mahathir menemplak TGHD sebagai ustaz jual air jampi dan PAS kini berbangga kerana ulama jual air jampi bersama mereka.  Itu dulu .. tahun sekitar meledak reformasi.

Berlainan ideologi dan pegangan politik bukan halangan dan alasan untuk menyekat ziarahi menziarahi.

Islam  menggalakkan  umatnya  (sunat)  menziarahi  orang  sedang sakit. Ini merupakan satu kebajikan masyarakat kepada pesakit dan melahirkan rasa simpati terhadap keluarga pesakit.

Maksud sabda Rasulullah s.a.w.:
"Dan apabila sakit hendaklah ziarahinya dan apabila meninggal dunia hendaklah menghantarnya ke kubur." (Riwayat Bukhari).

Doakan agar TGHD akan cepat semboh dan pulih seperti sediakala . Amin.
✻ MUSTAFA KAMAL ATATURK : M A T I N Y A . D A L A M . H I N A ! ! ! ✻ Untuk tatapan dan peringatan kepada pemimpin yang sombong dengan hukum – hukum Allah. Adakah sahabat semua mengenali MUSTAFA KAMAL ATATURK?? Benar.. Masakan kita tidak mengenalinya sedangkan dialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Daulah Khilafah yang kita banggakan sejak sekian lama. Tanggal 3 Mac 1924 merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung – Khilafah Islamiyyah. Kejadian ini meninggakan luka yang amat dalam pada diri umat Islam.. Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La’natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Semuanya telah berlalu dan kehidupan umat Islam kini lemah tanpa ada pembela gara-gara si Kamal Ataturk keparat ini.. Disini ingin saya kongsikan peristiwa yang berlaku apabila kematian semakin menghampiri si keparat pembelot agama Allah ini… Moga Allah melaknat beliau.. Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M). Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal. Ketika Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika. Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan dengan kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita. Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah : 1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt. 2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat). 3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara. 4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.” 5. Menggalakkan minum arak secara terbuka. 6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki. 7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi. 8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki. 9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan. 10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara. 11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan. 12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat. 13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja. 14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah. 15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin. 16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam. 17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin. 18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu. Sekular adalah memisahkan agama dengan semua kehidupan..!! ϟ Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan! ϟ Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah : 1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan. 2. Sakit jantung. 3. Penyakit darah tinggi. 4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk! Maha suci Allah.. Itulah azab yang diterima oleh seorang yang menentang Agama Allah secara terang-terngan.. Belum lagi azab yang ditanggung di akhirat kelak yang kekal abadi.. Dan itulah yang selayaknya diterima oleh si murtad Mustafa Kamal Ataturk LAKNATULLAH!! ILMU YANG BERMANFAAT, SILA SHARE UNTUK TATAPAN SEMUA

Anak Taib Mahmud ada kepentingan dalam 85 syarikat

Jan 24 2014 / Keadilan Daily
taib_and_bekirPendedahan kekayaan Bekir anak Taib Mahmud oleh seorang akauntan bertauliah, Andrew Heng memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bahawa anak lelaki kepada ketua menteri Sarawak,ini mempunyai kepentingan dalam 85 syarikat asing, termasuk Sakthi International yang berpangkalan di California.
Perkara ini tidak menjadi luar biasa kerana ini adalah hasil daripada pemerintahan bapa beliau,iaitu Taib Mahmud menjadi Ketua Menteri Sarawak sejak berdekad lamanya lebih 30 tahun. Mana mungkin Taib hanya akan makan gaji sebagai Ketua Menteri boleh memiliki kekayaan yang di luar jangkauan.
Dengan segala kepercayaan yang diberi oleh rakyat kepada Taib Mahmud maka digunakan kebijaksanaan serta kuasa yang ada pada beliau untuk merampas segala hak milik orang asal di setiap pelusuk belantara Bumi Kenyalang.
Taib Mahmud akan memastikan bahawa tidak seorang pun daripada anak-anak beliau ketinggalan daripada menjadi jutawan hasil daripada kerakusan mengaut hasil mahsul daripada perut Negeri Sarawak ini.
Anak lelaki Taib, Mahmud Abu Bekir adalah pemegang saham terbesar dalam syarikat tersebut dan kontrak membolehkan Titanium membaiki dan menggantikan 384 buah jambatan lama dalam negeri Sarawak selama tujuh tahun.
Sementara itu, dalam satu pendedahan yang terkini oleh Sarawak Reports, Taib dituduh mempunyai empayar hartanah, Sakto Corporation di Kanada yang bernilai beberapa ratus juta ringgit atas nama menantunya, Sean Murray.
Syarikat ini diasaskan oleh abangnya Onn Mahmud, anak perempuannya Jamilah, dan Sean Murray. Sean Murray dan anak perempuan Taib telah berjaya mendapat kepercayaan dari jabatan-jabatan kerajaan Kanada untuk berpindah ke ruang pejabat mereka selepas melalui proses persaingan terbuka.
Taklimat ORC menyatakan, kemudahan yang dimiliki oleh Sakto Corporation adalah “dibina mengikut piawaian tenaga dan alam sekitar yang tinggi” dan “bangunan dalam beberapa segi adalah hijau”.
Sarawak Reports juga mendakwa Sakti International Corporation di United States adalah juga diurus oleh pasangan yang sama. Mereka memiliki bangunan Abraham Lincoln yang menempatkan kemudahan Federal Bureau of Investigation (FBI) Keluarga Taib juga didakwa memiliki beberapa harta di London.
Ratusan laporan SPRM dan laporan polis telah di buat tetapi tiada satu pun siasatan dan tindakan yang di ambil terhadap Taib Mahmud. Ini jelas menunjukkan bahawa dua Jabatan Kerajaan itu dikawal penuh dan mengikut telunjuk Taib Mahmud. Jika benar kedua dua Jabatan itu merupakan badan bebas Rasuah dan berintegriti maka mereka harus bertindak dengan segera. Jika tidak Pengarah SPRM & Ketua Polis harus letak jawatan.
Pendedahan demi pendedahan di buat oleh Laporan Sarawak (Sarawak Report) berkenaan dengan Taib Mahmud & keluarga tetapi tidak pernah menunjukkan sebarang maklum balas daripada pihak Taib Mahmud malah sebaliknya kini kian agresif menelanjangkan terus hasil bumi Sarawak dan tanah tanah adat rakyat negeri ini untuk terus mengisi kantung dan perut beliau dan keluarga di kala rakyat sedang merintih sengsara.
Zulhaidah Suboh
Timbalan Ketua AMK Sarawak

PKR: MB Terengganu patut perjelas siapa tanggung lawatan ke Antartika

TERENGGANU 25 JAN: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said perlu menjelaskan pihak yang menanggung perbelanjaan dan tujuan lawatan ke Antartika.
Pengerusi Pimpinan PKR Terengganu, Azan Ismail, berkata Mat Said sepatutnya menumpukan kepada pembangunan Terengganu dan bukan menumpukan usaha di luar tugasan beliau.
antartika“Kepimpinan Terengganu tidak mempunyai perancangan jelas. Pembangunan fizikal dibuat tanpa perancangan, tidak sempurna dan ada yang separuh jalan.
“Kita minta dia tampil berikan penjelasan. Berapakah belanja, siapa sponsor, apakah tujuan lawatan itu. Adakah lawatan ke Antartika boleh menyebabkan harga barang turun dan jadi murah,” kata Azan dipetik Keadilan Daily.
Pada 15 Januari lepas, media melaporkan Ahmad mengetuai lawatan ke Antartika selama 15 hari anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui inisiatif Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM).
Antartika1Kenyataan Pejabat Menteri Besar Terengganu menyatakan lawatan itu bertujuan membuka laluan bagi membantu kerajaan menubuhkan sebuah stesen penyelidikan bersama Instituto Antartico Chileno (INACH).
Bagaimanapun, semalam, YDSM dalam kenyataannya menafikan ia mempunyai kaitan dengan lawatan berkenaan.
Azan IsmailMenurut Azan, beliau turut mempersoalkan kapasiti Ahmad Said mengadakan lawatan ke benua ais itu dan kelayakannya mengetuai misi berkenaan
“Tujuan dia ke sana sangat kabur. Apa kaitan negeri Terengganu dengan antartika. Apakah belanja ini ditanggung dari sumber negeri, yayasan atau pihak luar.
“Sekarang sudah jadi lucu. Ada yang kata cuaca sejuk di Terengganu kerana usaha Mat Said bawa balik ais batu dari antartika,” katanya.
Menurutnya, trend pimpinan negara kini mengadakan lawatan ke luar negara hingga menimbulkan bantahan ekoran pembaziran wang rakyat.
EZY
Assad tetap berdegil
  • Assad tetap berdegil Sebahagian daripada kekejaman rejim Assad yang membiarkan tahanan mati kebuluran.
1 / 1
GENEVA - Presiden Syria, Bashar al-Assad dikritik hebat susulan gagal menghentikan perang saudara di negara itu yang kini berlanjutan lebih tiga tahun.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry berkata kepada Press TV, presiden itu wajar digelar ‘magnet tunggal untuk pengganas’.

“Assad sungguh degil. Beliau enggan menerima peralihan politik di mana beliau perlu meninggalkan kuasa,” katanya.

Menurutnya, sepanjang mesyuarat Geneva II di Switzerland,  sebanyak 40 negara dan organisasi lain berbincang mengenai kerajaan peralihan dan keperluan untuk mempunyai perubahan di Syria, namun delegasi Syria hanya berdiam diri.

“Syria berulang kali menyatakan tiada cara untuk membolehkan pembangkang atau mana-mana kerajaan untuk menyokongnya.

"Beliau tidak boleh terlalu angkuh. Perkara ini melibatkan bukan seorang atau satu keluarga tetapi ia berkaitan jutaan rakyat di negara itu,” katanya.

Saturday, 25 January 2014


[HADIS DAN SAINS] PERUBAHAN KUTUB BUMI MENURUT HADIS DAN SAINS


Mesir sedang mengalami musim salji pertama dalam sejarah selepas 112 tahun manakala Vietnam jugamengalami jatuhan salji yang tidak begitu berat berbanding Mesir. Kehadiran salji di beberpaa tempat di Vietnam menarik ramai penduduk seluruh Vietnam ke kawasan terlibat untuk melihat fenomena bersejarah itu sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas selama berjam-jam seperti dilaporkan Al Jazeera.












Penjelasan tentang fenomena itu boleh dirungkai dengan membaca artikel di bawah.PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAHKutub Bumi berganjak 1 batu sehari. Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun.

Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai.

Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru.


Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas.Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007. Ia bergerak sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013.

Terkini kepantasannya 1 batu setiap hari!!Kelajuan pergerakan Kutub makin bertambah Dalam masa 2 tahun kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah. Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah diselatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu yang sangat pantas samada beberapa hari atau beberapa jam. Jika ini berlaku, seluruh geografi akan berubah. Ada tempat yang timbul. Ada tempat yang tenggelam. Air akan mencari tempatnya. Ada tempat mengalami banjir. Ada tempat berubah menjadi padang pasir. Amerika selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku.

Khatulistiwa berada di Antartika Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak keseluruhan medan magnet bumi akan "flip" di mana kompas yang dahulunya menunjuk ke utara akan beralih arah ke selatan.

Semasa pergerakan " flip" peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40 darjah selatan pergerakan besar air boleh mencetuskan mega tsunami yang menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis.Antara negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia Barat. Bandar-bandar ditepi laut akan ditenggelami air.

Peta dunia akan berubah dalam masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akantenggelam terus. Begitu juga Australia barat.

Apabila berlaku "flip" pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah. Medan magnet yang kuat melindungi bumi dari kerosakan oleh sinaran matahari. Kini bumi akan lebih terdedah kepada kesan dahsyat akibat gejolak api di matahari, angin solar, ribut surya dan "sun spot".Manakala "flip" juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi,letusan gunung berapi, banjir, tsunami dan taufan yang dahsyat yang belum pernah berlaku sedahsyat itu.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku. makin hari makin laju. Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena berbagai bencana alam yang kerap berlaku. Bilakah peralihan sepenuhnya kutub akan berlaku? Mengikut anggaran saintis ianya akan berlaku pada 2015.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui keranasemuanya adalah perencanan Ilahi. Sama ada merujuk kepada Komet ISON atau kejadian langit yang lain yang belum muncul, berikut adalah sabdaan Rasulullah SAW dan kata-kata sahabat tentang fenomena bintang berekor yang bakal disaksikan di akhir zaman.

Terdapat sabdaan Rasulullah saw dan Saidina Ali tentang sejenis komet yang memberi indikasi sejarah. Sama ada hadis dan sabdaan tersebut merujuk kepada kehadiran Komet ISON, hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.

Sabda Rasulullah S.A.W. “.. antara tanda muncul Imam Mahadi ialah munculnya bintang berekor dengan ekornya bercahaya menerangi langit dan menyebabkan tenggelamnya kawasan pantai”Kata Saidina Ali RA Saidina Ali K.A.W mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar), "Kedatangan Al Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun) dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang- orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang -orang yang jahat".

Antara fakta Komet ISON ialah:
1. ISON digelar “ Komet abad ini”
2. ISON akan berada paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013.
3. ISON akan berada paling hampir dengan bumi pada 26 Disember 2013.
4. ISON dapat dilihat seperti matahari kedua di siang hari.
5. ISON boleh dilihat diwaktu siang dan malam.
6. ISON memiliki ekor sepanjang 57,000 Km.
7. ISON adalah komet yang paling mudah dilihat oleh ramai orang.
8. ISON akan dilihat 15 kali ganda kecerahan cahaya bulan.
9. ISON akan menghasilkan ribut suria yang sempurna@perfect Solar Storm.
10. Bumi akan merempuh debu2 komet ISON pada 14 Januari 2014.

Artikel ini ditulis bukan untuk menggempar dan menakutkan. Apa yang bakal terjadi akan tetap terjadi.Semoga setelah membaca artikel ini, saudara- saudari serta anak-anak ku bertambah kesedaran dan keinsafan. Bertambah taat pada Allah. Bertambah akan amalan agama. Di waktu yang sama terus peka dengan perubahan-perubahan serta lebih rajin membaca dan mengkaji fenomena perubahan kutub ini.