Sebaik-baik ketua dan tentera
Pada hari itu, majoriti penduduk Costantinople bersembunyi di
gereja-gereja sekitar kota. Sultan Muhammad Al-Fatih berpesan kepada
tenteranya supaya bermuamalah dengan baik kepada penduduk Costantinople
sambil mengucapkan tahniah kepada tenteranya yang berjaya merealisasikan
sabda Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali
parit khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan
tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah
sebaik-baik tentera.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Dengan penuh
rasa syukur dan tawadhu, Sultan Muhammad Al-Fatih telah sujud ke bumi
mengucapkan sebesar-besar syukur ke hadrat Allah atas kemenangan
bersejarah itu.
Beliau kemudiannya menuju ke Gereja Aya Sofya
yang ketika itu menjadi tempat perlindungan sejumlah besar penduduk kota
berkenaan. Ketakutan jelas terbayang di wajah masing-masing bilamana
beliau menghampiri pintu. Salah seorang paderi telah membuka pintu
gereja, dan Al-Fatih meminta beliau supaya menenangkan sekalian mereka
yang ada. Dengan toleransi Al-Fatih, ramai yang keluar dari tempat
persembunyian masing-masing bahkan ada di kalangan paderi yang terus
menyatakan keislaman mereka.
Selepas itu, Sultan Muhammad
Al-Fatih telah mengarahkan supaya gereja berkenaan ditukar menjadi
masjid supaya Jumaat pertama nanti akan dikerjakan solat di masjid ini.
Para pekerja bertugas bertungkus lumus menanggalkan salib, patung dan
gambar-gambar untuk tujuan berkenaan.
Pada hari Jumaat itu,
Sultan Muhammad Al-Fatih bersama para muslimin telah mendirikan solat
Jumaat di Masjid Aya Sofya. Khutbah yang pertama di Aya Sofya itu telah
disampaikan oleh Asy-Syeikh Ak Semsettin.
Pada hari itu juga
Sultan Muhammad Al-Fatih telah bersumpah bahawa barang siapa yang
menukar Masjid Aya Sofya kembali kepada gereja, maka akan berolehlah
kutukan dan laknat darinya dan Tuhan Masjid Aya Sofya itu.
Nama
Costantinople kemudiannya ditukar kepada "Islam Bol", yang bermaksud
"Bandar Islam" dan kemudiannya dijadikan sebagai ibu negara ketiga
Khilafah Othmaniyyah selepas Bursa dan Edirne. Kekallah bumi yang mulia
itu sebagai pusat pemerintahan, ketamadunan, keilmuan dan keagungan
Islam berkurun lamanya sehinggalah Khilafah Othmaniyyah ditamatkan
sejarahnya oleh Mustafa Kamal Ataturk secara rasminya pada tahun 1924M.
Aya
Sofya kembali dikristiankan oleh Ataturk atas nama muzium. Gambar-
gambar syirik kembali bertempelan di kubah masjid yang berdukacita itu.
Manifesto
Parti Refah pada pilihanraya yang lalu untuk mengembalikan Masjid Aya
Sofya ke kegemilangan sejarahnya, berkubur buat sementara dengan
pengharaman parti itu beberapa tahun yang lalu.
Sesungguhnya
seluruh umat Islam merindukan suara azan membesarkan Allah kembali
berkumandang di menara Aya Sofya. Semoga Istanbul kembali ke pangkuan
Islam dan muslimin. Amin ya Rabbal 'Alamin...
*Sumber dari gptd-alfatih.blogspot.com
DEBAT ISU KALIMAH ALLAH ANTARA NOH OMAR DENGAN YB KHALID SAMAD DIBATALKAN.
Air muka Noh Omar telah diselamatkan .. debat bukannya nak cari siapa menang tetapi kebenaran.
SHAH ALAM – Debat Sinar Harian mengenai isu kalimah ALLAH antara
Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Jawatankuasa Pas
Pusat, Khalid Samad yang dijadualkan hari ini (27 Januari 2014)
terpaksa dibatalkan.
Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media
Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali berkata, keputusan di saat akhir ini
dibuat setelah mengambil kira pelbagai sudut situasi terkini.
“Setelah meneliti pandangan dan nasihat daripada tokoh-tokoh agama,
beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga mereka yang prihatin,
kami mengambil keputusan untuk membatalkan debat ini,”
katanya.
Beliau berkata, pandangan dan nasihat telah disuarakan pelbagai pihak
menerusi akhbar, media sosial, e-mel dan surat-surat yang dihantar ke
pejabat Sinar Harian.
“Kami memahami perasaan dan sentimen umum semasa dan justeru itu kami mengambil keputusan ini,” tegas beliau.
Sinar Harian turut memohon maaf kepada mereka yang telah bersedia untuk
mengikuti wacana ini tetapi keputusan dibuat walaupun berat atas
semangat keharmonian dan perpaduan.
Posted by
OMAK KAU!!!!
et this widget here
Najib Perlu Jelaskan, Bagaimana Malindo Beroperasi Sebelum Dapat Lesen
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan secara
terperinci bagaimana syarikat penerbangan Malindo Air dibenar beroperasi
sebelum mendapat Lesen Perkhidmatan Udara dan diberikan layanan
istimewa.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua mempersoal tindakan
Najib melancarkan Malindo Air pada 11 September 2012 sedangkan syarikat
itu hanya mendapat Lesen Perkhidmatan Udara dari Jabatan Penerbangan
Awam Malaysia (DCA) pada Februari 2013 sebagaimana disahkan Kementerian
Pengangkutan kepadanya pada 4 Julai lalu.
“Mengikut
jawapan Kementerian Pengangkutan, antara sebab pemberian Lesen
Perkhidmatan Udara adalah ‘Kedudukan Kewangan yang kukuh’ dan ‘Lulus
Audit Teknikal’ sedangkan mengikut laporan terkini Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM), Malindo Air hanya mempunyai modal berbayar RM1 juta
sahaja.
“Manakala Nadi Sdn Bhd (pemilik saham utama Malindo Air) seperti
dibongkar tahun lalu melanggar Akta Syarikat 1965 kerana tidak memfail
penyata kewangan sejak 2007 atau selama enam tahun berturut-turut,”
tegasnya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Malindo Air merupakan usaha sama National Aerospace & Defence
Industries Sdn Bhd (NADI) dan PT Lion Group yang diumum Najib akan
beroperasi pada 1 Mei 2014.
Menurut Phua, semua tindakan membuktikan Najib konsisten melaksana
dasar berteraskan kroni sekaligus merugikan wang dan membahayakan nyawa
mereka.
“Soalan penting perlu dijawab Najib, adakah lesen penerbangan ini
dilulus sebab pemilikan 10 peratus saham NADI Sdn Bhd melalui syarikat
DZJJ Sdn Bhd yang dimiliki anak Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, manakala
5.7 peratus syarikat NADI pula dimiliki Kementerian Kewangan,” katanya
lagi.
Pua berkata, rekod juga menunjukkan syarikat itu membahayakan nyawa pengguna.
“Syarikat usahasama PT Lion Group merupakan syarikat penerbangan yang
mempunyai trek rekod amat diragui di Indonesia dan antarabangsa. Lion
Mentari Air misalnya diharamkan di Eropean Union.
“Pada 14 April 2013 pula, Lion Air terhempas di Bali, ramai
juruterbangnya ditahan kerana dadah dan syarikat itu dihukum oleh
Kementerian Pengangkutan Indonesia, manakala pada Julai 2011, Lion Air
pernah digantung beberapa bulan atas faktor ‘on-time performance’ yang
terlalu teruk,” katanya.
WAJIB BACA ..!!! Supaya Umat Islam Mengetahui Apa Yang Berlaku Dari Dulu Hingga Kini.
Apa Hebatnya Agama Lain Selain ISLAM..
'Pernah dengar cerita Aisyah
Bukhari
yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya
untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang
murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan
bercinta, ikutboyfriend.
Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu
seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu,
paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu
menahu.
Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara
kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.Ini
bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya
dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah
Hidayah.
Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita.
Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun
1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan
Melayu atas alasan keluar dari Islam.
Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk
Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya
sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja,
516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah
beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.
Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita
Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini
satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan
akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut.
Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman
kita sendiri.
Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.
1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman
kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?
Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan
pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di
masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.
Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang
sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke
sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan
diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat
Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang
bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji
Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah
ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu
hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ... Masuk ITM dia terlibat
dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu
kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan
Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde
apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun
macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu
terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,
'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu,
Intan dah kristian.'
Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh
murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan
begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata
sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum
menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan
arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan
untuk dimurtadkan ..
Butir asal permohonan.. ....
Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina
Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan
untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang
permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara
salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11
Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung
soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28
November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.
Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur
Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran
agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat
sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'
Perenggan 23:
'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah
oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa
saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama
pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.
Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11:
Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang
telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah
perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957.
Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu
kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan
antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara'
akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi
hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan,
rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik,
ekonomi.... semua tak termasuk.
Article 4 pula menyatakan:
'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan
perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum
syara'.
Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.
Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa
mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan
anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah
datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.
Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya
selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di
kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke
restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu
saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa
boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam
keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir
tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.
Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak
pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak
menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.
Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya
menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis
buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan
adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak
kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu
disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke
penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya
dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari.
Nama Hindu.
Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu
laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu
laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji
Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana
menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu
rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara
yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan.
Setakat itu saja, 4 tuduhan.
Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah
hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam
mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.
Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama
asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak
lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak
isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam.
Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama
Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2
tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan
boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah
syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.
Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si
emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi
bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak
ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari
Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah
syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.
Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak
tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi
ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang
dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.
Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16
Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas
tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan,
heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar
istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.
Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan
warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas.
Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak
seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18
tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa
Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas
kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya
selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18
tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan
agamanya sendiri.
Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua
nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun.
Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya,
saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga
mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah
seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5
tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa
sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.
Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya
Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana
tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari
Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di
Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi
mempertahankan agama.
Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana
dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi
orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama
kali.
Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di
hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan
dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang
pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke
jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah
SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid
berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir
laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa
itu.Rasullulah tak boleh buat apa.
Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus,
tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama
Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara
kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan
itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang
saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar
Botani.
Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari
dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat.
Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru
mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit
Kiara. Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur
mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang
tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh
mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan
pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya
kembali ke agama asalnya.
Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW
berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang
kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang
datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'.
Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu
adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu,
pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat
bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW
menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.
Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah
murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam
gelap.' Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan
cahaya keimanan.
Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak
nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap,
dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah
teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah
menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya
'International Jew' (tak Silap saya).
Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak.
Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada
saham kepada puak Yahudi. Takde kilang rokok yang bukan Yahudi punya.
Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya
kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat
stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.
Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah
dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa
nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan
wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua
pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan
besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan
berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang
walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka
tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita
perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan
peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'
Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan
Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan
Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang
kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam
Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu
kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..
Macamana benda ni boleh terjadi?
Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY .
Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam.
Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah
Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan
kari, dia datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak
silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.
Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?
Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian
yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam
sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang
asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu
tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan
identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara
inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita.
Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam
gelita tu.
Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah
dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu
petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh
George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh
Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan
ragi'.
Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan
meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya.
Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam
masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan
menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap.
Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian,
bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik
dan etikal, bukan bersifat formalistik.
Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak
menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal,
menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan
agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi
yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat
Melayu seluruhnya.
Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu
nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu
Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu
sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang
Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi
Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary
yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's
Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara
menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan
agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam
daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat.
Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling
lemah sekali, dengan hati.
In Sha ALLAH..
Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari
fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara
kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua
tanggung jawab kita semua.
Akhir sekali, email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen
politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri
kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan
agama Islam sebelum terlambat.
kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan email ini untuk pengetahuan
dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh
dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang
telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita
telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu
melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan
sentiasa mencari-cari jalan yang betul.
Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita
sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam
apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah.
Dari Sumber..
Fatwa Mufti Pelaburan ASN ASB Tidak Halal
Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah
yang dikemukakan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali
Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula
1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional
(ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:-
- Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB
) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur
antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah
daripada sektor kewangan konvensional. Ini berdasarkan hadis riwayat
Jabir Al-Ja’fi daripada Ibnu Mas’ud:
ما اجتمع الحلال والحرام إلاغلب الحرام الحلالMaksudnya : “ Tidak bercampur antara yang halal dan yang haram, melainkan mengalahkan yang haram atas yang halal . ”
- Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB
) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh
Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam
pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan
konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.
- Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak
bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini
menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah
membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya. Muzakarah telah
memutuskan seperti berikut:
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan,
hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju
memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta
mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim
Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta
dividen atau bonus yang diterima adalah harus.
Keterangan/Hujah:
- Hifz al-mal merupakan salah satu masalah daruriyah yang
perlu diberi perhatian serius oleh pemerintah. Soal kekukuhan ekonomi
umat adalah merupakan salah satu faktor penting kepada penerusan
kemajuan umat Islam. Islam menegah umatnya menjerumuskan diri dalam
kemudharatan dan kefakiran yang boleh menggugat kekuatan ummah.
- Setiap hukum yang diputuskan perlu memenuhi tuntutan keadilan,
maslahah dan menghindar daripada kerosakan dan keruntuhan yang lebih
besar. Dalam hal ini, Maybank adalah satu institusi perbankan Islam
terbesar di Asia Pasifik. Sekiranya PNB melepaskan pegangan dalam
Maybank, ia bukan hanya akan meruntuhkan ekonomi pemegang saham yang
majoriti adalah orang Melayu Islam, bahkan ia juga akan memberi kesan
besar kepada situasi ekonomi negara dan banyak organisasi berkaitan
orang Islam. Begitu juga peluang pekerjaan yang melibatkan 16,531
kakitangan Bumiputera Islam juga akan turut terjejas
- Dalam menentukan hujah keharusan Islam dalam pelaburan ASN dan ASB
ini, adalah tidak tepat hujah bersandarkan maslahah ummah ditafsirkan
sebagai mengenepikan prinsip-prinsip Islam kerana maslahah juga adalah
prinsip Islam yang perlu dipegang dalam penentuan sesuatu hukum.
- Prinsip pensyariatan Islam yang telah digariskan iaitu kewajipan
menjaga lima(5) perkara iaitu agama, nyawa, akal, zuriat dan keturunan
serta harta benda perlu dipertahankan kerana ia menjadi tunjang
kehidupan seluruh umat Islam. Sekiranya terjejas salah satu daripada
perkara ini, maka umat Islam akan ditimpa kehinaan yang akan menjejaskan
agama dan kehidupan. Dalam hal ini, hukum ke atas pelaburan ASN dan ASB
tidak boleh dilihat dari aspek tertentu sahaja, tetapi perlu
mengambilkira semua kesan yang akan dihadapi oleh agama dan umat Islam.
- Dalam isu pelaburan yang bercampur antara halal dan haram, telah
jelas bahawa PNB tidak melabur dalam sektor yang berkaitan dengan arak
dan judi. Percampuran hanya berlaku dalam sektor kewangan di mana 70%
pelaburan menepati syariah, hanya 30% sahaja pelaburan dalam Maybank
yang dianggap masih tidak comply dengan syariah. Dalam keadaan ini,
pelaburan dalam sektor yang halal lebih banyak daripada yang haram.
Menurut sebahagian besar fuqaha’ iaitu Hanafi, Maliki, Shafi‘i dan
Hanbali, pendekatan untuk mengharuskan masyarakat Islam melabur dalam
saham syarikat yang bercampur aktiviti halal dan haram adalah berasas.
Ini kerana fuqaha’ muktabar tidak mengharamkan syarikat sedemikian
ketika menilai status syarikat yang dikongsi oleh orang Islam dan bukan
Islam.
- PNB telah melaksanakan perubahan yang terbaik khususnya dalam aspek
pelaburan bagi membolehkan penguasaan umat Islam. Dalam hal ini,
maslahah umat Islam adalah penting dan kemudharatan yang lebih besar
perlu dielakkan.
Baca lanjut klik sini
E-Fatwa
Penilaian Semula Hukum Pelaburan Aamanah Saham Nasional (ASN ) Dan Amanah Saham Bumiputera (ASB ) Dan Seumpamanya
Tarikh Keputusan:
12 Apr, 2011
Keputusan:
Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang
dikemukakan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke
2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula
1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional
(ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:-
-
Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB )
secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur
antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah
daripada sektor kewangan konvensional. Ini berdasarkan hadis riwayat
Jabir Al-Ja’fi daripada Ibnu Mas’ud:
ما اجتمع الحلال والحرام إلاغلب الحرام الحلال
Maksudnya : “ Tidak bercampur antara yang halal dan yang haram, melainkan mengalahkan yang haram atas yang halal . ”
-
Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB )
diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh
Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam
pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan
konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.
-
Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak
bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini
menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan