Selasa, 28 Januari 2014

JANGAN SEMBANGLAH....AKHIRAT BARU TAHU SAPE YANG TERLEPAS ATAU DILEPASKAN DARI DIADILI



9:56AM Jan 28, 2014

Nasib Khalid melalui penyingkiran terbuka?


Petang semalam Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyebut peri pentingnya perkenan Sultan dan persetujuan Pakatan Rakyat sebelum beliau dapat digantikan.

Itu dengan sendirinya memberi isyarat bahawa bukan mudah untuk menggantikan menteri besar Selangor ini.

Respon itu juga memberi isyarat bahawa Khalid tidak akan menyerahkan tengkuknya begitu sahaja.

Dua bulan lalu saya dan seorang teman wartawan ada berbincang mengenai masalah Pakatan di Selangor dan saya meramalkan apa yang berlaku ini akhirnya akan memuncak dalam bentuk krisis politik di Selangor pada 1975.

Krisis itu mempunyai beberapa persamaan dengan krisis yang berlaku di Sarawak pada 1966 dan Kelantan pada 1977.

Saya berpendapat politik dan prosedur yang digunakan dalam krisis-krisis itu boleh direnung bagi digunakan semula dalam menangani kerenah menteri besar Selangor ini.

Ketiga-tiga krisis politik itu melibatkan penyingkiran ketua kerajaan negeri; yakni menteri besar di Selangor dan Kelantan dan ketua menteri di Sarawak.

Mirip situasi Kelantan 1977

Dalam ketiga-tiga krisis itu parti yang membentuk kerajaan terpaksa mengemukakan undi tidak percaya bagi menjatuhkan orang mereka sendiri yang enggan bermain mengikut arahan parti.

Kalau orang parti yang diletakkan di dalam kerusi menteri besar itu mengikut arahan sebagaimana Datuk Seri Najib Razak di Pahang atau Datuk Seri Dr Rais Yatim di Negeri Sembilan pendekatan melalui undi tidak percaya itu tidak perlu.

Tetapi itu bukan politik Datuk Harun Idris yang telah memegang jawatan menteri besar Selangor sejak 1964.

Bekas ketua Pemuda Umno ini malah dianggap pencabar Perdana Menteri Tun Razak dan kemudian Datuk Hussein Onn. Senario Khalid di Selangor pada 2014 tidak sama dengan konteks politik Harun Idris pada 1975.

Kedudukan Khalid lebih menyamai kedudukan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamed Nasir pada 1977 yang tidak begitu mendengar arahan partinya PAS. Khalid juga ada persamaan dengan Datuk Stephen Kalong Ningkan yang cuba mentadbirkan Sarawak dengan caranya sendiri; sesuatu yang tidak digemari oleh perdana menteri Tunku Abdul Rahman.

Apa pun ketiga-tiga ketua kerajaan negeri itu terpaksa disingkirkan secara terbuka, tidak melalui saluran parti.

Tidak mustahil krisis yang mula kelihatan di Selangor ini akhirnya akan diselesaikan melalui jalan itu.

Budi bicara sultan

Pada saya jalan yang disebut oleh perlembagaan ini adalah prosedur yang paling baik untuk mencegah campur tangan pihak-pihak tertentu khususnya istana untuk menentukan siapa yang akan mengetuai kerajaan negeri.

Berbalik kepada kenyataan Khalid tadi saya fikir apa yang perlu diulas ialah perkenan Sultan sebagaimana yang beliau sebutkan.

Di sisi perlembagaan, peranan sultan – sama seperti Yang di-Pertuan Agong atau Yang di-Pertua Negeri – sebenarnya tidak ada. Apa yang disebut budi bicara melantik itu sebenarnya hanya relevan sekiranya tidak jelas siapa calonnya.

Sekiranya parti atau parti-parti yang ada dalam dewan itu sepakat menamakan seseorang maka sebenarnya istana tidak ada pilihan. Apa yang berlaku selama ini di mana istana meminta dua atau tiga nama adalah satu perbuatan campur tangan yang tidak asas dalam perlembagaan.

Gejala seperti itu adalah cubaan untuk menyalahgunakan kuasa. Saya mengatakan kuasa budi bicara itu tidak mutlak kerana falsafah di sebalik kuasa budi bicara melantik itu ialah konsep kerajaan bertanggungjawab (responsible government).

Jika istana tahu maksud konsep ini mereka sendiri akan takut untuk cuba menggunakan pengaruh dalam pelantikan ketua kerajaan.
Pada faham saya, sekatan perlembagaan yang relevan ialah sokongan Pakatan. Sekiranya ini dapat dijamin saya fikir Khalid boleh digantikan dengan mudah.

Apabila dispekulasikan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dicalonkan sebagai menteri besar baru, ada pihak-pihak yang meremehkan.

Anak Selangor bukan syarat MB

Apa pun tanggapan mereka bagi saya ini tidak salah dan boleh berlaku. Undang-undang Tubuh Negeri Selangor hanya meletakkan syarat – selain sokongan majoriti dalam DUN – Melayu dan Islam.

Tidak perlu bahawa calon menteri besar itu orang Selangor atau lahir di Selangor. Dan saya fikir Anwar sahaja mempunyai aura dan kekuatan untuk mengenepikan Khalid. Calon lain belum tentu.

Ada yang kata Anwar bukan ADUN. Ini bukan masalah. Kerusi DUN Kajang sudah dikosongkan. Anwar boleh bertanding di situ.

Kita tentunya masih ingat bagaimana Datuk Seri Abu Hassan Omar disebut menjadi menteri besar ketika beliau masih berada dalam kabinet persekutuan selepas Tan Sri Muhammad Muhd Taib terpaksa meletakkan jawatan menteri besar pada 1997.

Apa yang berlaku selepas itu ialah kerusi DUN di bawah parlimen Kuala Selangor dikosongkan dan Abu Hassan bertanding di situ.

Dalam senario sekarang langkah pertama sudah bermula apabila DUN Kajang dikosongkan. Apa yang akan berlaku selepas ini kita sama-sama tunggu. Apa pun pilihannya tidak sukar.

Pakatan boleh teliti apa yang dipaparkan tadi. Perlu saya sebutkan bahawa Anwar boleh terus memegang kerusi parlimen Permatang Pauh dan meneruskan kedudukan sebagai ketua pembangkang di parlimen.


DR ABDUL AZIZ BARI bekas profesor undang-undang UIAM yang kini bertugas di Unisel. Beliau juga felo kanan IDEAS, badan pemikir bebas, dan Penang Institute yang ditubuhkan oleh Kerajaan Pulau Pinang. Beliau calon PKR untuk parlimen Sabak Bernam dalam pilihan raya umum lalu.
KUALA LUMPUR: Dua butir molotov cocktails telah dilemparkan ke dalam kawasan gereja di Jalan Farquhar di Pulau Pinang adalah satu kejadian yang sangat menakutkan kepada siapa yang ada agamanya dan yang menghormati undang-undang serta memahami keadaan hidup dalam negara berbilang kaum dan agama.

Telah dikatakan tindakan dua orang di atas motorsikal membaling molotov cocktails ialah kerana rentangan kain di gereja yang menggunakan nama Allah itu.

Bagi penulis Aspan Alias, negara ini seolah-olah sudah tiada undang-undang lagi dan seolah-olah kita tidak ada kerajaan yang memimpin kita lagi.

“Kita sekarang bukan sahaja tidak ada siapa yang mentadbir kita, rakyat yang ramai pun sudah tidak mengindahkan hidup beragama dan bermasyarakat berbilang kaum,” tulis beliau di dalam blognya semalam.

Tambahnya, tiada siapa yang takut dengan undang-undang semata-mata telah dibudayakan dalam kepimpinan kerajaan yang undang-undang itu hanya untuk siapa yang hendak dipersalahkan sahaja.

Justeru, tegasnya siapa yang melakukan kerja hina itu wajar ditahan dan dihadapkan di hadapan pengadilan mahkamah dengan serta merta kerana kejadian itu boleh merebak dan akan tidak dapat dikawal lagi.

“Mangsanya bukan pihak lain tetapi kita rakyat yang ramai-ramai ini. Tetapi akhirnya kita akan tahu juga siapa dan pihak mana yang mendapat keuntungan daripada isu yang sangat sensitif ini,” tulisnya lagi.

Baca di sini
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang menyeru supaya sidang tergempar Parlimen diadakan dalam tempoh perayaan Tahun Baru Cina bagi menangani krisis ‘kangkung’ yang dihadapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ini, katanya termasuk percubaan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk meningkatkan lagi kebencian perkauman dan keagamaan serta ketegangan bagi mewujudkan keadaan yang dapat mencetuskan rusuhan kaum 13 Mei dalam negara ini.

Menurutnya, pada tahun 2008, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihanraya umum ke-12 dalam tempoh perayaan Tahun Baru Cina.

“Jika Parlimen boleh dibubarkan dalam tempoh itu untuk mengadakan pilihanraya umum, maka tiada sebab mengapa sidang tergempar Parlimen tidak boleh diadakan dalam tempoh perayaan Tahun baru Cina, memandangkan terdapat banyak isu nasional yang perlu ditangani dengan segera,” ujar Penasihat DAP Kebangsaan itu dalam satu kenyataan sebagaimana di bawah.

Tindakan melempar dua bom Molotov ke dalam kawasan Gereja Assumption di Lebuh Farquhar, Pulau Pinang, awal pagi ini dan tindakan menaikkan pemidang Jesus is the son of Allah tanpa pengetahuan pihak berkuasa gereja di luar tiga buah gereja di Pulau Pinang kelmarin oleh pihak tidak bertanggungjawab yang cuba untuk meningkatkan kebencian perkauman dan keagamaan serta ketegangan adalah bukti wujudnya konspirasi jahat oleh sekelompok kecil pengkhianat yang cuba untuk menggoncang kestabilan negara ini dan kekacauan perkauman atau keagamaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sanggup membuat cerita dongeng bahawa pernah ada konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan sewaktu Sambutan Tahun Baru di Dataran Merdeka walaupun tuduhan beliau itu tidak berasas sama sekali, kerana yang dianjurkan di malam itu hanyalah perhimpunan awam untuk membantah kenaikan harga barang.

Mengapa KPN diam membisu apabila pelbagai percubaan dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak seperti pengkhianat sejak beberapa bulan lalu secara tersusun untuk menghasut kebencian perkauman dan keagamaan dan cuba menimbulkan ketegangan untuk mencetuskan satu lagi kejadian 13 Mei dalam negara?

Apakah KPN lalai sama sekali dalam menjalankan tugas? Tiba masanya untuk KPN bangun daripada tidurnya dan menjalankan tugas terhadap negara dan rakyat bagi memelihara mereka daripada para pengkhianat yang sedang bersedia untuk menghasut kebencian perkauman dan keagamaan dan cuba menimbulkan ketegangan untuk mencetuskan satu lagi kejadian 13 Mei dalam negara.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyebut bahawa hubungan kaum semakin tegang di bawah BN yang lemah.

Ada yang benar dan ada yang tidak benar pada kenyataan beliau – benar, Barisan Nasional lemah dan kerana itulah seluruh negara gempar dengan ‘kangkung’ dan perkara itu malah menjadi bahan berita antarabangsa akibat kerajaan yang lemah, tidak berkepimpinan dan tidak berpedoman.

Kenyataan beliau salah kerana kerajaan menjadi lemah bukan kerana ada percubaan oleh kaum Cina untuk menjatuhkan Melayu bagi menguasai politik dan ekonomi negara seperti yang berkali-kali didakwa oleh Mahathir.

Malah, jika ada orang yang bertanggungjawab atas keadaan semasa di Malaysia, orang tersebut adalah Mahathir sendiri yang telah mula memainkan sentimen perkauman dan keagamaan sejak sebelum pilihanraya umum 5 Mei dulu lagi apabila beliau menuduh saya bertanding di Gelang Patah untuk memusnahkan prinsip perkongsian kuasa antara kaum Melayu dan Cina di Malaysia – tuduhan yang tiada lain adalah dusta belaka.

Langkah pertama untuk memulihkan keadaan Malaysia ialah dengan pihak tidak bertanggungjawab seperti Mahathir menghentikan tindakan tidak bertanggungjawab mengapi-apikan sentimen perkauman dan keagamaan serta meningkatkan ketegangan menerusi pembohongan.

Saya menyeru supaya sidang tergempar Parlimen diadakan dalam tempoh perayaan Tahun Baru Cina bagi menangani krisis ‘kangkung’ yang dihadapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, termasuk percubaan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk meningkatkan lagi kebencian perkauman dan keagamaan serta ketegangan bagi mewujudkan keadaan yang dapat mencetuskan rusuhan kaum 13 Mei dalam negara ini.

Pada tahun 2008, bekas perdana menteri Tun Abdullah membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihanraya umum ke-12 dalam tempoh perayaan Tahun Baru Cina. Jika Parlimen boleh dibubarkan dalam tempoh itu untuk mengadakan pilihanraya umum, maka tiada sebab mengapa sidang tergempar Parlimen tidak boleh diadakan dalam tempoh perayaan Tahun baru Cina, memandangkan terdapat banyak isu nasional yang perlu ditangani dengan segera.  
PUTRAJAYA: Dua orang termasuk seorang bekas setiausaha politik bergelar Datuk ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berhubung penyelewengan dana lebih RM1.1 juta melibatkan tiga yayasan.

SPRM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini memberitahu, seorang lagi yang ditahan itu merupakan pengarah yayasan yang diketuai bekas setiausaha politik terbabit.

Kedua-dua individu yang berusia pertengahan 30-an dan awal 50-an itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok, di bawah Kanun Keseksaan membabitkan kesalahan pecah amanah wang melebihi RM1.1 juta dan penipuan melibatkan dana RM1 juta.

Bekas setiausaha politik dan pengarah itu masing-masing ditahan pagi dan petang ini. Mereka dibebaskan dengan wang jaminan RM50,000 setiap seorang.

Tiga yayasan terbabit yang ditubuhkan antara 1980-an dan tiga tahun lalu tidak didaftarkan sebagai badan kebajikan atau pertubuhan, sebaliknya bergerak sebagai sebuah syarikat dengan tanggungan berhad.

Kedua-dua individu berkenaan memegang jawatan sebagai pengarah dan pemegang amanah yayasan-yayasan terbabit dan difahamkan wang telah dikeluarkan bertentangan dengan objektif penubuhan yayasan.

Dalam pada itu, seorang lagi pengarah yayasan yang turut bergelar Datuk telah ditahan berkaitan kesalahan di bawah Akta Syarikat, yang juga melibatkan yayasan berkenaan.
KUALA LUMPUR: Keputusan Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) N25 Kajang adalah untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat berkhidmat untuk rakyat Selangor.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan jutaan terima kasih dan terhutang budi kepada semua pengundi di Kajang yang telah member peluang kepadanya menjadi wakil rakyat Dun N25 Kajang.

“Saya terharu dengan kemurahan hati pengundi-pengundi di Kajang yang telah memberi kerjasama dan kepercayaan selama ini kepada saya,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan Biro Komunikasi PKR, malam ini.

Petang tadi, Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh mengisytiharkan kerusi Dun Kajang kosong ekoran peletakan jawatan Lee Chin Cheh.


SEBERANG JAYA: Di sebalik provokasi perkauman dan agama yang cuba ditiupkan segelintir pihak tidak bertanggungjawab, lebih 5000 rakyat negeri ini daripada pelbagai lapisan kaum dan agama berkumpul menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga barangan dan perkhidmatan serta tindakan Kerajaan BN melaksanakan  cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Himpunan Turunkan Kos Sara hidup (TURUN 2.0) yqng diadakan di hadapan pintu masuk Sunway Karnival petang semalam membuktikan keresahan rakyat terhadap kenaikan kos sara hidup yang semakin terasa kini ekoran kenaikan harga minyak dan tarif elektrik.
Antara yang berucap Pengerusi TURUN, Azan Safar,  Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Rosidi Husain, Ketua AMK Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin, Pengerusi Langgar, Zulkipli Saad, Pengerusi HAPUS, Zolkifly Md Lazim, Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAAM), Che'gu Bard, Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon dan Adun Sepetang, Chua Lee Ling.
Turut berucap bekas Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Ghazali, bekas Speaker Dun Pulau Pinang, Dato' Halim Husain dan Koordinator Jingga 13, Fariz Musa.
Perhimpunan aman itu berjalan lancar dengan kerjasama pihak polis dan polis trafik yang menjaga lalu lintas.
Selepas mendengar pidato penuh semangat pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO, para peserta perhimpunan berarak mengelilingi Jalan Todak, Bandar Sunway sambil melaung pelbagai slogan menuntut kerajaan menurunkan harga minyak, barangan dan perkhidmatan.
Perarakan sejauh satu kilometer yang diketuai Faris Musa dan Che'gu Bard itu berakhir dengan aman di hadapan Sunway Karnival.
Paling mendapat perhatian sepanjang perhimpunan itu ialah individu bertopi lebar sambil menggigit kangkung.
Terdapat juga peserta yang mengandar kangkung sebagai bantahan kepada kenyataan Perdana Menteri baru-baru ini yang mahukan rakyat berterima kasih kepada kerajaan kerana harga kangkung yang dilaporkan turun.

KUALA LUMPUR: PAS berharap pihak polis menjalankan siasatan hingga ke 'lubang cacing' agar mereka yang tidak bertanggungjawab melempar bom ke arah sebuah gereja di Pulau Pinang dikenakan tindakan sewajarnya.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu percaya kejadian yang berlaku di gereja, Church of the Assumption di Lebuh Farquhar, Pulau Pinang adalah perbuatan sabotaj oleh pihak tertentu untuk menimbulkan suasana tidak harmoni di Pulau Pinang.

"Polis kena siasat, biar dapat tangkap siapa yang buat sabotaj itu. Kita tidak mahu suasana akan bertambah buruk selepas ini kerana ianya melibatkan rumah ibadat dan mengheret kepada sentimen agama dan kaum," katanya.

Malah beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, meminta pihak polis menggunakan kecekapan yang mereka ada bagi menangkap mereka yang sengaja menimbulkan provokasi kaum.

Mohamad Sabu, tidak menolak provokasi sering timbul apabila kerajaan menghadapi masalah dan tekanan daripada rakyat termasuklah isu kenaikan harga barang.

"Apa yang berlaku saya yakin ada pihak cuba menimbulkan perkara yang boleh mencetuskan sentimen perkauman. PAS tidak pernah terpanggil untuk mencipta isu perkauman.

"Kalau dulu bakar gereka dan baling kepala babi di dalam Masjid, kegiatan yang berlaku ini akan mengugatkan kententeraman kaum," katanya kepada Harakahdaily.

Segerakan pertemuan PR-BN

Justeru, bagi mengelakkan timbulnya insiden seperti hari ini  Mohamad Sabu berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyahut saranan Pakatan Rakyat untuk berbincang bersama bagaimana menyelesaikan isu yang membabitkan perkauman ini.

Hari ini, sebuah gereja diserang bom buatan sendiri awal pagi tadi selepas kain rentang kontroversi kalimah Allah digantung di luar gereja tersebut semalam.

Dua bom buatan sendiri, Molotov cocktails telah dibaling ke kawasan lapang gereja kira-kira jam 1.30 pagi hari ini.

Semalam kain rentang bertulis 'Allah is Great (Allah Maha Besar), Jesus is the son of Allah' (Jesus adalah anak lelaki Allah) dilihat digantung di pekarangan beberapa buah gereja dan sebuah perhentian bas di negeri ini.
KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KeADILan (AMK) Pulau Pinang mengecam tindakan pihak-pihak yang cuba menimbulkan keresahan kaum dan menganggu-gugat keharmonian kaum di negeri Pulau Pinang ekoran tindakan menaikkan kain rentang hasutan dan melemparkan molotov cocktail ke perkarangan sebuah gereja di negeri ini.
Ketuanya, Dr Afif Bahardin (gambar) dalam satu kenyataan media menggesa polis  dan pihak keselamatan untuk mengambil tindakan tegas dan segera ke atas insiden tersebut.
"Tindakan mereka ini bakal menimbulkan huru-hara dan keadaan tidak aman di Pulau Pinang," tegas beliau.
AMK Pulau Pinang juga, tambahnya  berharap agar setiap lapisan masyarakat di negeri itu terus kekal tenang dan sama-sama menyeru kepada semangat toleransi dan hormat menghormati di antara pelbagai kaum dan agama.
"AMK Pulau Pinang juga akan mula mengerahkan anggota AMK untuk memantau situasi dan  menggesa Kerajaan BN Pusat menimbangkan tawaran Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia dan Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memulakan konsensus nasional demi mengekalkan keamanan negara ini," ujarnya.9:15AM Jan 28, 2014

Gerakan Anwar kejutkan PKR, Pakatan


Edmund Bon: Kajang voters should punish #PKR by voting any candidate but PKR's.

Wan Saiful Wan Jan: Stupid excuse "@KEADILAN: Kenyataan media CC Lee, mantan ADUN Kajang yang telah letak jawatan petang tadi (semalam).

Pengumuman pengunduran wakil rakyat Kajang semalam menggemparkan banyak pihak, termasuk pemimpin kanan dalam PKR, dan menjadikan mereka semua sangat serba salah.

Gerakan yang mendadak ini dipercayai datang daripada beberapa pihak yang dekat dengan Ketua Umum Anwar Ibrahim sendiri, bukan kumpulan Timbalan Presiden Azmin Ali.

Kumpulan Azmin sendiri, yang digambarkan sangat ghairah ingin mengambil tampuk kekuasaan di Selangor, dikhabarkan terperanjat dengan gerakan mengejut semalam.

Tindakan ini bertujuan "menyelesaikan" persaingan antara PKR Selangor, yang diketuai Azmin, dengan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim.

Walaupun PKR negeri masih utuh di belakang Azmin, mereka tidak sempat berbuat apa-apa untuk mengelak pengumuman pengunduran CC Lee, bekas pemimpin Gerakan yang dikaitkan dengan Azmin.

Difahamkan, keputusan itu belum mendapat persetujuan PKR Selangor yang masih berusaha untuk menentukan perjalanan parti dalam krisis terbaru ini.

PKR negeri dikatakan mengambil strategi berbeza untuk menangani kemelut ini -- strategi akibat tidak menduga langkah mendadak pasukan Anwar.

DAP, PAS tunggu & lihat

Gerakan mengejut pasukan Anwar, disertai beberapa pemimpin kanan dan muda PKR termasuk Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail, dapat dijayakan susulan pertemuan ketua pembangkang itu dengan Khalid pada hujung minggu dan Lee semalam.

Pasukan Anwar juga cuba memberikan gambaran kepada beberapa pemimpin PKR bahawa proses biasa parti tidak sesuai untuk gerakan ini.

Malah, lebih elok jika diuruskan oleh pasukan kecil mereka. Sama ada pasukan ini berjaya dalam misinya akan dapat dinilai mulai hari ini.

Jika pasukan Azmin terkejut dengan gerakan pantas kumpulan Anwar, rakan-rakan Pakatan Rakyat juga belum tentu bersetuju dengan percubaan PKR itu.

Yakni, percubaan untuk mengundurkan Khalid dengan menggantikan calon baru (bukan Azmin) melalui satu pilihan raya kecil DUN Kajang.

Akibat tiada sokongan awal DAP dan PAS sebelum peletakan jawatan Lee, dua parti ini tidak menyatakan sokongan segera semalam selepas pengunduran Lee.

Kedua-dua parti masih mengambil sikap "tunggu dan lihat" tindakan lanjut PKR.

Sikap ini diambil dipercayai akibat pemimpin-pemimpin kanan mereka tidak dirujuk lebih awal oleh PKR.

Mereka dikatakan tidak selesa dengan gerakan pasukan Anwar yang tidak merundingi mereka sebelum keputusan besar itu.

Persetujuan malam tadi

Sekiranya dua rakan Pakatan menyatakan sokongan pada gerakan menggemparkan Anwar ini, persetujuan ini baru dicapai malam tadi atau pagi ini.

Pasukan Anwar dikatakan giat menyusun strategi malam tadi untuk mendapatkan sokongan bulat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

(Setakat artikel ini ditulis, sikap kedua-dua parti itu terhadap projek Anwar ini masih belum jelas)

Sementara itu, pagi ini, pasukan Anwar dijadual mengadakan beberapa siri pertemuan saat akhir, termasuk dengan Khalid dan Azmin, sebelum pengumuman rasmi yang dijadualkan jam 11 pagi.

Pengumuman ini dijangka menyentuh rancangan pengunduran Khalid dalam tempoh sebulan dua ini.

Ia juga akan menjawab teka-teki siapakah calon DUN Kajang -- yang disebut-sebut mahu diangkat sebagai menteri besar baru -- sama ada Anwar sendiri atau seorang tokoh lain.

Namun, semua ini tergantung sejauh mana Khalid bersetuju dengan pelan permainan pasukan Anwar dan bagaimana pula sikap Azmin dalam rencana Anwar yang menggemparkan ini.

Setakat malam tadi, sikap tokoh nombor dua dalam PKR masih belum jelas -- sama ada bersama pasukan Anwar atau mengambil jalan lain.

Gerakan Azmin selanjutnya bergantung pada siri pertemuan pagi ini dan pengumuman penting selepasnya.

Jika Khalid degil...

Khalid sendiri belum menunjukkan sikap yang jelas, sama ada mahu mengikut sahaja arahan ketua umum atau membantah.

Sikap ini dapat dilihat jika beliau sendiri hadir di mesyuarat pagi ini dan menyuarakan isi hatinya.

Jadi, sidang media Anwar berhubung isu-isu Selangor pagi ini akan mendedahkan sedikit bagaimana pintar (atau, tidak) pasukan Anwar.

Pasukan Anwar ini, nanti, akan menentukan kepintaran mereka sama ada berjaya mengatasi kemelut di Selangor atau menambahkan lagi kerumitan sedia ada.

Langkah bijak atau langkah dungu akan terlihat mulai hari ini, menjelang pilihan raya kecil DUN Kajang dan juga dukungan istana.

Proses panjang ini, seperti diingatkan Khalid semalam, tidak mudah tanpa konsensus Pakatan dan restu istana.

Tugas ini tentunya lebih rumit daripada meyakinkan peguam Edmund Bon dan Wan Saiful Wan Jan, ketua kumpulan pemikir IDEAS.

Malah, apabila diketahui Anwar akan mengadakan sidang media berhubung isu-isu Selangor, Wan Saiful dengan sinis mengtuit: I thought Azmin heads PKR Selangor?

Jika Pakatan dan istana di belakang pasukan Anwar, apa akan jadi jika Khalid berdegil?


FATHI ARIS OMAR bertugas sebagai seorang editor kanan di Malaysiakini.9:27AM Jan 28, 2014

'Awan kuda' muncul di KK


Kedatangan Tahun Baru Cina setiap tahun membawa makna yang besar bagi masyarakat Tionghua seluruh negara.

Namun di Kota Kinabalu tahun ini, ia adalah sesuatu yang unik berbanding tahun-tahun sebelumnya apabila seorang jurugambar secara tidak sengaja berjaya mengambil gambar awan berbentuk seakan-akan seekor kuda.

Jurugambar tersebut, Jimmy Omar, berada di puncak Bukit Padang sekitar jam 6.59 pagi semalam ketika terpandang imej awan tersebut.

Menyedari akan keunikan tersebut, beliau yang kebetulan membawa kamera dengan sepantas kilat mengabadikan detik tersebut.

Kelihatan dalam gambar adalah bentuk awan yang menyerupai seekor kuda yang sedang berlari dengan Gunung Kinabalu sebagai latar belakang.

Dalam ruang Facebook beliau Jimmy menafikan penggunaan sebarang aplikasi komputer seperti Photoshop atau penggunaan sebarang kesan khas dan menegaskan ia adalah gambar asli.

Malahan beliau turut mengakui sebagai bertuah kerana dapat menangkap gambar imej tersebut.

Setakat berita ini ditulis, gambar ini telah mendapat 469 ‘likes’ serta dikongsi sebanyak 263 kali hanya beberapa jam selepas gambar ini disiarkan.

Manakala kebanyakan pengunjung rata-rata turut memberikan komen serupa melihat bentuk awan tersebut seperti seekor kuda.

Imej kuda di langit ini adalah sesuatu yang unik dan ianya mungkin berlaku secara kebetulan.

Bagaimanapun, ia adalah suatu kebetulan yang amat bermakna kepada masyarakat Cina kerana mereka akan menyambut Tahun Kuda dalam Tahun Baru Cina yang menjelang tiba.



HANYA DI MALAYSIA PEMINPIN MALAYSIA AMAT KEBAL DARI UNDANG2 NEGARA . SEMUA HARTA PEMINPIN TIDAK DAPAT DISIASAT OLEH SPRM . WALAUPUN DAH BERIBU ADUAN DIBUAT OLEH RAKYAT . . MALANGNYA . . IA DIBIARKAN TERUS BERLAKU SETIAP HARI . . RASUAH , PECAH AMANAH , BOROS WANG RAKYAT , KRONI DAN KEKAYAAN PALING LUAR BIASA PEMINPIN & KELUARGA .

5:51PM Jan 27, 2014

Razali: Dalam rasuah tiada ikan bilis, ikan jerung


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim menyifatkan tiada istilah ikan jerung atau ikan bilis dalam peperangan melawan rasuah.

Beliau berkata usaha kerajaan melakukan kerja yang baik perlu disokong dan tidak hanya mengkritik dan bercerita keburukan keadaan semasa.

"Sebagai contoh seorang ini ambil rasuah sejuta ringgit untuk bagi kontrak dan seorang lagi ambil RM500 benarkan orang bawak senjata lepasi sempadan negara. Mana satu ikan jerung?

"Semua jenis rasuah adalah satu kesalahan," kata beliau dalam majlis pelancaran pelan integriti Felda Global Ventures (FGV) di Balai Felda di ibu negara hari ini.

'Siapa nampak polis rasuah depan mata?'

Sementara itu, Razali yang juga ahli Parlimen Muar turut mengucapkan tahniah kepada FGV kerana menjadi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kedua kerajaan selepas Petronas menandatangani pelan integriti.

Beliau berkata usaha integriti patut menjadi tanggungjawab semua rakyat tanpa perlu menunggu perjanjian formal dengan kerajaan.

Sepatutnya rakyat Malaysia tumpukan masa, tenaga serta wang untuk tingkatkan integriti bukan kepada hiburan semata, komen beliau.

Beliau turut berkata Malaysia bukanlah negara yang “kotor” cuma kerana segelintir rakyat gemar bercakap hal-hal yang memburukkan negara.

"Persepsi bukan bermakna jadi atau mengaku rasuah.

“Di sini siapa di sini ada pengalaman nampak polis rasuah depan mata?" tanya beliau dipersetujui oleh para hadirin yang rata-rata dari Felda, FGV dan Institut Integriti Malaysia," kata beliau.
 
 
 
 

Tiada ulasan: