Sabtu, 18 Januari 2014

DIKANGKUNGKAN...DILEMBUKAN...TAK PE KE


Foto darisungaiderhaka@blogspot.com
ISU kenaikan harga barang yang mendominasi politik negara ekoran kenaikan harga minyak dan kos-kos pengeluaran memasuki episod hodoh apabila cuba dijadikan isu perkauman oleh parti-parti kerabat BN khususnya Umno.

Dimulai dengan kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang ‘sedih’ melihat anak-anak muda Melayu ‘diperalatkan pembangkang’ dalam Himpunan Turun malam 31 Disember lalu, terbaru Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula menyelar sikap 'orang tengah' yang cuba mengambil kesempatan memburukkan kerajaan dengan menaikkan harga barang.

Bagi Keng Liang, demonstran Himpunan Turun didominasi anak-anak muda Melayu sedangkan anak-anak muda Cina dan India bergembira menyambut tahun baru di pawagam, pasar raya dan lain-lain tempat.

Tengku Adnan pula mendakwa 'orang tengah' cuba menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan BN dengan kaedah menaikkan harga barang yang jelas akan membebankan rakyat.

"Kita sedar banyak orang tengah ini lebih menyokong pembangkang. Apa yang dilakukan adalah buat satu kaedah supaya rakyat benci kepada BN. Ini tidak adil. Kenapa hendak buat cara ini," kata beliau kepada pemberita selepas sambutan Maulidur Rasul bersama komuniti masyarakat Acheh Malaysia di Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur, 18 Januari lalu.
Keng Liang pula menulis secara berurutan dalam twitternya yang antara lain menyebut: “selalu dlm demo jalan yg kena tangkap majority kaum Melayu. Kenapa adik2 perlu diperguna? Pernah Nampak adik2 kaum Cina? Fikirlah masa depan…”
Strategi meniup sentimen kaum dan agama dalam apa juga isu membabitkan politik negara memang menjadi senjata utama Umno, MCA dan Gerakan.
Tidak kiralah sama ada isu yang dibincangkan itu benar-benar menyentuh sentimen agama dan kaum seperti isu kalimah Allah dan pembinaan rumah ibadah, sentimen kaum dan agama juga cuba sedaya upaya dikaitkan para pemimpin BN dengan isu-isu kepentingan bersama yang melewati fahaman agama dan kaum seperti rasuah, penyelewengan, pemborosan dan kenaikan harga barang.
Apa yang gagal difahami pemimpin BN khususnya Keng Liang, isu-isu kepentingan bersama tidak lagi menarik minat hanya sebahagian segmen masyarakat; malah kesedaran umum berhubung isu rasuah, kronisme, penyelewengan, pemborosan dan terkini, kenaikan harga barang telah melewati batas bangsa, agama dan pegangan politik.
Sehubungan itulah kita dapat melihat bagaimana perhimpunan Bersih 3.0 di Stadium Merdeka dan beberapa siri perhimpunan menuntut reformasi pilihan raya sejurus berakhirnya pilihan raya umum ke-13 dihadiri rakyat pelbagai kaum dan agama dan tidak hanya disambut oleh rakyat daripada kelompok bangsa tertentu sahaja.
Kempen membantah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang dimulakan dengan Himpunan Turun di Dataran Merdeka, yang dihangatkan pula dengan isu kangkung oleh Perdana Menteri, turut menarik perhatian rakyat pelbagai kaum. Hinggakan pemimpin Umno Pulau Pinang cuba menangguk di air keruh dengan mengadakan perhimpunan mengecam DAP ekoran flashmob membantah kenaikan harga barang yang diadakan masyarakat Tionghoa di Machang Bubuk.
Bagi Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno, janganlah cuba bermain api dengan menyalahkan ‘orang tengah’ dalam krisis kenaikan harga barang yang dihadapi rakyat. Beliau perlu menyedari bahawa kenaikan harga barangan dan perkhidmatan kini adalah hasil daripada keputusan kabinet menaikkan harga petrol dan diesel atas premis ‘rasionalisasi subsidi’. Siapakah Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan majoriti anggota kabinet jika bukan orang Melayu?
Siapakah juga peneraju syarikat tenaga elektrik negara – Tenaga Nasional yang menaikkan tarif elektrik jika bukannya Melayu? Siapakah pemilik syarikat konsesi tol di negara ini yang diberi lampu hijau menaikkan kadar tol di lebuhraya jika bukannya orang Melayu? Dan siapakah juga tauke korporat yang menguasai industri gula, beras dan tepung negara jika bukan seorang Melayu?
Paling tidak pun beliau harus mengakui bahawa kelompok saudagar yang menguasai urusan peruncitan di negara ini kebanyakan terdiri daripada penyokong dan pendokong MCA dan bukannya DAP. Malah MCA sendiri dianggotai para saaudagar dan tauke Tionghoa yang rapat dengan pemimpin Umno dan bukannya PAS ataupun PKR.
Tidak payahlah Tengku Adnan cuba menyeret sentimen kaum dan agama dalam isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Lebih elok bagi beliau mencontohi Timbalan Perdana Menteri yang mula belajar turun padang ke premis perniagaan bagi mendapatkan gambaran sebenar situasi harga barang keperluan harian dan mendengar keluhan rakyat.
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Sweden telah memberi kebenaran kepada wakil ahli keluarga untuk menemui empat anak pasangan warga Malaysia yang ditahan di Sweden untuk siasatan kerana memukul tangan salah seorang anak yang tidak bersolat.
     
Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin berkata kebenaran dan persetujuan itu diperoleh hari ini hasil usaha berterusan wakil Kedutaan Malaysia mendapatkan kerjasama pihak-pihak di negara berkenaan.
     
"Semua orang harus faham kita perlu mematuhi undang-undang yang ketat dan kita tidak mahu mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.
     
"Ia sudah mula longgar selepas kita pujuk dan layan mereka," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
     
Pasangan suami isteri, yang merupakan kakitangan Tourism Malaysia di Stockholm dan guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan pada 18 Dis lepas dan tahanan reman mereka dilanjutkan kira-kira dua minggu lagi.

Hamzah berkata perkembangan positif itu diharap memberi kelegaan kepada keluarga tersebut kerana sememangnya kementerian berusaha keras menjaga hal ehwal dan kebajikan semua rakyat Malaysia di luar negara.
     
"Apa yang kita harapkan anak-anak itu sentiasa sihat, dapat pergi balik sekolah selamat, dapat makanan yang baik dan situasi ini tidak jejaskan psikologi mereka," katanya.
     
Dalam pada itu, Hamzah berkata Khidmat Sosial Sweden juga menyambut baik cadangan Wisma Putra untuk memindahkan kesemua empat anak pasangan itu ke keluarga Islam yang sanggup menjaga mereka.
     
"Kita telah beri nama-nama keluarga Islam tersebut. Jabatan Kebajikan itu memberikan respons positif tetapi perlu menunggu keputusan dan kebenaran dari pendakwa raya bila-bila masa.
     
"Bagi kita, itu sudah mencukupi dan lega kerana diharap nanti kanak-kanak itu dapat duduk dengan keluarga Islam," katanya.

Hamzah turut menjelaskan, keputusan meletakkan kanak-kanak itu di bawah jagaan keluarga bukan Islam dilakukan kerana itu sahaja keluarga yang mampu dan mahu jaga mereka sewaktu kes tersebut mula berlaku.
     
Ditanya mengenai ada usaha sesetengah pihak untuk membawa balik kesemua kanak-kanak itu pulang ke tanah air, Hamzah berkata semua diminta bersabar, tenang dan tidak mempolitikkan isu berkenaan.
     
"Untuk bawa pulang pun perlu kebenaran dari ibu bapa dan wakil ahli keluarga mereka. Banyak details orang tidak faham. Kita sendiri hendak selesaikan ini dengan baik kerana libatkan kerajaan dan keluarga tersebut," katanya. - Bernama
KUALA LUMPUR: Berikutan perhimpunan ambang tahun baru #RPDM31D, dua pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dipanggil hadir ke Balai Polis Dang Wangi melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Pengasas SAMM, che'GuBard dan Pengarah Propaganda SAMM Edy Noor Reduan masing-masing telah menerima SMS tersebut dari seorang pegawai yang perkenal diri sebagai ASP Suhaimi.

“Kedua-duanya diminta hadir ke IPD Dang Wangi jam 3 petang hari ini,” ujar Pengarah Sekretariat SAMM, Isamuddin Sanusi dalam satu kenyataan.

Menurutnya, panggilan untuk hadir ke balai melalui SMS tidak memenuhi keperluan notis 111, namun kedua-dua wakil SAMM tetap berjiwa besar untuk memberi kerjasama kepada pihak polis walaupun tidak terlibat dalam sebarang penganjuran pada himpunan malam 31 Disember lalu.

Justeru itu, katanya che'GuBard dan Edy Noor akan hadir ke IPD Dang Wangi pada 20 Januari (Isnin) jam 11 pagi.

Sehubungan itu, beliau menjemput pihak media untuk hadir membuat liputan dan satu sidang media akan dibuat di depan IPD Dang Wangi setelah selesai urusan memberi keterangan.

“SAMM menegaskan perhimpunan anjuran rakyat pada malam tersebut juga berlangsung dengan aman, tidak seperti yang digambarkan secara melampau oleh pihak polis sebelumnya,” ujarnya.

Beliau berkata, SAMM turut bersimpati dengan pihak polis yang mengikut telunjuk regim, mengerah seberapa ramai anggota untuk berkawal sedangkan tidak berlaku huru-hara dan rakyat bijak mengawal diri.

Kononnya, kata beliau 'tidak ada perhimpunan yang berlangsung aman' adalah kenyataan dangkal, barangkali pegawai kanan polis berkenaan tidak pernah menonton 'Youtube'.
SHAH ALAM: Selangor mampu meneruskan pelbagai program membantu rakyat seperti skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan menampung perbelanjaan penting lain jika kerajaan pusat berhadapan masalah kewangan yang semakin kritikal.

Keupayaan itu berikutan amalan pengurusan kewangan cemerlang dengan mengawal pembaziran, ketelusan dan mengelakkan budaya anti rasuah secara total yang diamalkan kerajaan negeri diterajui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pengarah Startegi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, berkata amalam itu adalah faktor utama yang membolehkan kerajaan negeri mengumpul rizab hampir RM3 bilion.

 “Ini salah satu sebab mengapa kita kena pertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR). Pengurusan kewangan yang baik mampu menampung kekurangan jika keadaan kewangan parah di pusat nanti dan Selangor masih boleh pertahan program membantu rakyat hasil simpanan dan harta kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri ada kemampuan untuk meneruskan pelbagai skim sedia ada bagi membantu rakyat ketika kerajaan pusat tidak mmepunyai keupayaan untuk melaksanakannya kerana tidak mempunyai kedudukan kewangan dan harta yang kukuh seperti Selangor,” katanya ketika ditemu bual Selangor Kini, di Ibu Pejabat PKR, baru-baru ini.

Katanya, rakyat negara ini termasuk di Selangor bakal terkesan dengan dasar baru yang terpaksa dilaksanakan kerajaan pusat bagi mengatasi masalah kewangan peringkat persekutuan yang semakin meruncing.

“Kuasa menetapkan kadar faedah, petrol, barangan keperluan, gaji dan banyak dasar lain semuanya ditetapkan kerajaan pusat. Kerajaan negeri lebih berkuasa seperti soal tanah dan jika masalah seperti itu berlaku, kedudukan kewangan pusat yang lemah menyebabkan kadar faedah naik serta gaji kakitangan awam turun,” katanya.

Sementara itu, kakitangan awam yang berada di bawah skim kerajaan negeri dan gaji mereka dibayar seperti peringkat sokongan dijangka terselamat daripada pemotongan gaji dan skim pemberhentian pekerja yang bakal dilaksanakan kerajaan pusat bagi mengurangkan perbelanjaan.

Sebelum ini, Rafizi berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) dijangka mengambil langkah mengurangkan jumlah kakitangan awam dan memotong gaji jika gagal mengawal hutang negara terus mencecah paras 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Katanya, langkah itu diambil sebagai memenuhi syarat yang akan dikenakan Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Antarabangsa jika kerajaan terpaksa mengambil pinjaman kewangan daripada salah satu bank terbabit bagi menjana semula dana kerajaan.

Pada 25 November 2013, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan di Parlimen menyatakan bahawa kadar hutang negara meningkat kepada RM529.6 bilion atau 53.6 peratus berbanding KDNK, sekali gus menghampiri 55 peratus had siling hutang yang dibenarkan.
KUALA LUMPUR: Empat anak pasangan warga Malaysia, yang ditahan polis Sweden setelah didakwa memukul mereka kerana enggan bersolat, menyatakan rasa tidak selesa tinggal bersama keluarga angkat berlainan agama di negara itu.
     
Anak sulung pasangan itu yang mahu dikenali sebagai Aisyah, 14, berkata beliau dan tiga adik lelakinya yang berusia 7, 11 dan 12 tahun ditempatkan bersama keluarga angkat yang disediakan pihak khidmat sosial negara itu sejak ibu bapa mereka ditahan pada 18 Dis lepas.
     
Aisyah berkata mereka tidak gembira dengan keadaan di dalam rumah berkenaan.
     
"Kami tidak gembira tinggal dengan keluarga angkat sebab keluarga ini bela anjing.
     
"Keluarga angkat juga makan makanan tidak halal...walaupun kami tidak diberi makanan itu tetapi kami berkongsi pinggan mangkuk yang sama," katanya kepada Bernama ketika dihubungi semalam.

Aisyah berkata mereka juga berulang kali menyatakan hasrat pulang ke Malaysia secepat mungkin namun tidak dibenarkan pihak khidmat sosial.
     
Katanya mereka juga tidak dibenarkan bertemu ibu bapa dan anggota keluarga dari Malaysia.
     
Menurutnya seminggu selepas penahanan ibu bapa mereka, keluarga dari Malaysia datang untuk bertemu dengan mereka namun tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa Sweden.
     
Anak kedua yang mahu dikenali sebagai Ammar pula berkata mereka mahu pulang ke Malaysia secepat mungkin kerana tidak tahan tinggal dengan keluarga angkat itu.
     
"Kami rindukan mummy dan daddy...kami nak balik Malaysia tapi mereka tidak benarkan. Kami sedih, setiap kali balik sekolah mummy dan daddy tiada.
"Sebelum ini, mummy dan daddy hantar dan ambil kami di sekolah. Sekarang terpaksa naik kenderaan awam sendiri. Adik bongsu pun menangis setiap hari sebab rindukan mummy dan daddy," katanya.
     
Tahanan reman pasangan suami isteri itu, yang dipercayai kakitangan Tourism Malaysia di Stockholm dan guru yang bercuti tanpa gaji, dilanjutkan dua minggu lagi bagi membantu siasatan. - Bernama
BUKIT MERTAJAM: Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang mengecam dan mengutuk tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk Lee Khai Loon yang bertindak biadab apabila menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu lepas.
     
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (gambar, bawah) berkata tindakan Adun daripada PKR itu sangat keterlaluan.
     
"Tindakan Adun itu sangat biadab kerana bertindak sedemikian, apa dosa dan hina sangat perdana menteri sehingga diperlakukan sebegitu. Lagipun tindakan wakil rakyat itu bukan boleh membantu kerajaan dalam menangani masalah kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang ini.
     
"Kalau betul beliau (Lee) seorang yang jujur dalam berpolitik, beliau sepatutnya tampil memberi cadangan atau idea bagi membantu mengatasi masalah kos barang yang semakin naik," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
     
Reezal yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas berkata demikian bagi mengulas tindakan Lee dan sekumpulan penyokong DAP menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai perdana menteri di sebuah pasar malam di Machang Bubuk pada Rabu lepas.

Gambar patung dan tindakan kumpulan itu kemudiannya dimuat naik menerusi akaun laman sosial Twiter milik wakil rakyat Machang Bubuk berkenaan dan menerima pelbagai komen daripada orang ramai.
     
Reezal Merican berkata rakyat perlu menilai tindakan pemimpin Pakatan Rakyat itu dan beliau percaya ia dibuat hanya mahu meraih kepentingan politik.
     
"Apakah dengan melakukan omokan dan meracuni pemikiran rakyat akan selesai masalah rakyat yang terhimpit dalam menangani kenaikan kos sara hidup. Bolehkah kerajaan negeri ini menangani masalah kenaikan harga barang?
     
"Lagipun mana-mana agama dan budaya kita tidak boleh menghina sehingga ke tahap ini dan adakah ini politik baharu yang nak diperkenalkan PKR," katanya.
     
Sementara itu Umno Bahagian Bukit Mertajam membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini bagi meminta pihak berkuasa menyiasat tindakan Adun Machang Bubuk itu yang dilihat menghina perdana menteri dan menghasut rakyat supaya membenci Najib.

Ketua Umno bahagian itu Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata penduduk Bukit Mertajam terutama di Machang Bubuk sangat marah dengan tindakan wakil rakyat berkenaan yang membangkitkan perasaan tidak puas hati kerana menghina pemimpin negara.
     
"Banyak lagi perkara lain yang beliau boleh buat daripada bertindak sedemikian (menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai perdana menteri). Penduduk di Machang Bubuk pilih beliau untuk bantu mereka selesaikan masalah rakyat.
     
"Ini masalah banjir kilat yang sering berlaku di kawasan Machang Bubuk tidak selesai, sibuk nak hina pemimpin negara dan tindakannya itu tidak boleh diterima langsung kerana dia tidak memikirkan sensitiviti masyarakat," katanya. - Bernama


KUALA LUMPUR: Rakyat akan terkejut jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menunaikan janji untuk meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah satu jawatankuasa khas parlimen.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata demikian ketika menyatakan rasa tidak yakin kerajaan Umno akan menyambut baik seruan bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah supaya SPR dipimpin oleh seseorang yang tidak dilihat mewakili BN.

"Apalah sangat saranan Saifuddin di sisi kerajaan Umno sedangkan janji Perdana Menteri untuk letak SPR di bawah jawatankuasa khas parlimen pun semakin kelihatan akan jadi janji kangkung.

"Macam-macam Najib janjikan sebelum pilihan raya umum ke-13 yang lalu.

"Tol tidak akan dinaikkan, letrik tidak akan dinaikkan, minyak tidak akan dinaikkan dan pelbagai janji lain lagi.

"Semuanya Najib mungkir! Janji Najib adalah janji kangkung! Sebab itulah satu dunia akan terkejut kalau Najib setuju SPR diletakkan di bawah Parlimen," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Jun lalu, Najib berkata, untuk memperkukuhkan lagi kewibawaan dan kredibiliti SPR, kerajaan memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi SPR kepada satu jawatankuasa khas yang diwakili anggota Parlimen daripada semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang.

Mengulas lanjut saranan Saifuddin untuk memperbaiki SPR itu, Mahfuz berkata, sejak bertahun-tahun dulu lagi PAS mendesak supaya SPR diletakkan di bawah satu jawatankuasa khas parlimen.

"Hanya bila di bawah pengawasan Parlimen barulah professionalisme SPR dapat berdiri teguh," kata Mahfuz.

Beliau menggesa rakyat melipatgandakan tuntutan agar kesemua pengarah SPR sekarang meletak jawatan atau diberhentikan.

Mahfuz bagaimanapun mengingatkan, tuntutan tersebut pasti akan diperangi habis-habisan oleh Umno kerana pentadbiran Najib lebih memerlukan SPR yang memihak kepada Umno berbanding pentadbiran kesemua perdana menteri sebelum ini.

"Dahulu orang kata Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah perdana menteri paling lemah.

"Apa yang berlaku kini menujukkan Najiblah perdana menteri paling lemah dan dia lebih memerlukan SPR berbanding kesemua perdana menteri sebelum beliau," katanya.

Menurut Mahfuz, pentadbiran Najib sudah tidak memahami isi hati, hasrat dan permaslahan rakyat.

"Jangan mimpi segala program transformasi politik, ekonomi dan sosial Najib akan memberi impak positif kepada rakyat dan negara.

"Program-program tersebut hanyalah wayang untuk menutup pemborosan, perbuatan mengkayakan kroni dan membelasah harta negara," katanya.
KOTA TINGGI: Lembaga Pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya semalam memohon maaf secara terbuka kepada seorang guru mualaf sekolah itu yang sebelum ini dilaporkan diugut dan dipaksa membuka tudungnya jika ingin terus mengajar di sekolah itu.

Pengerusi sekolah itu Phang Ah Ngang, 72, bersama guru besarnya, Chiew Swee Tuan memohon maaf kepada guru berusia 25 tahun itu, di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama, Kota Tinggi dekat sini.
   
Ia dilakukan di hadapan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman serta Penghulu Mukim Johor Lama Mohd Nazri Kasmin dengan turut dihadiri Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi Mohamad Fadil Ishak.

Dalam satu kenyataan, Phang berkata beliau dengan ikhlas hati memohon maaf secara peribadi kepada guru berkenaan serta masyarakat Islam Kampung Teluk Sengat dan masyarakat Islam di negara ini amnya.

"Saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni sesuai dengan slogan 1Malaysia," katanya yang kemudian berjabat tangan dengan guru tersebut sebagai tanda permohonan maafnya.

Sementara itu Chiew berkata sebagai guru besar sekolah itu, beliau tidak pernah menghalang guru berkenaan ataupun mana-mana pelajar Islam di sekolah itu memakai tudung.
   
Menurutnya sebagai rakyat Malaysia yang hidup dengan pelbagai kaum dan agama, beliau memahami sensitiviti terhadap perkara itu dan faham memakai tudung adalah wajib untuk wanita beragama Islam.
   
"Sebagai guru besar, saya pasti menghormati agama Islam, guru serta murid
beragama Islam tanpa mengira kaum.

"Sebagainya penjawat awam pula, saya berjanji akan mematuhi sepenuhnya semua peraturan dalam perintah kerajaan tanpa keraguan dan saya akan menguruskan hal sekolah dengan lebih peka dan berhati-hati.
   
"Segala salah faham daripada segi perbualan dan kata-kata yang tidak munasabah yang diperkatakan sebelum ini secara tidak sengaja sehingga menjadi gangguan emosi bagi mana-mana pihak, saya mohon ampun dan maaf," katanya.

Guru mualaf yang terlibat pula berkata beliau menganggap kes itu telah selesai dengan permohonan maaf yang dilakukan secara terbuka oleh pihak pengurusan sekolah semalam.

Katanya, beliau berhasrat untuk menumpukan perhatiannya pada karier sebagai pendidik dan seorang muslimah sejati.

"Saya terima permohonan maaf ini dengan hati terbuka dan tidak mahu melanjutkannya lagi dan berharap semua pihak yang telah mengambil berat tentang perkara itu sebelum ini supaya tidak lagi memperbesarkan kes ini memandangkan ia isu yang sensitif," katanya yang bakal mendirikan rumahtangga pada bulan depan.
   
Sementara itu, Rahmat berkata polis telahpun selesai melakukan siasatan berhubung kes itu dan akan menyerahkannya untuk dipertimbangkan pejabat Timbalan Pendakwa Raya sama ada pertuduhan akan diteruskan atau sebaliknya.
   
"Kita berharap kes ini selesai namun selagi mana pihak pengadu tidak menarik balik laporan kes ini selagi itu kes ini berjalan," katanya. - Bernama
KUALA LUMPUR: PAS Terengganu menggesa penjelasan kukuh dan ‘rasional’ pemergian Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said ke benua ais Antartika.

Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata dalam suasana kos kehidupan yang makin menekan rakyat, serba serbi menjadi semakin mahal dan kerajaan meminta rakyat untuk mengkat perut serta berjimat cermat, sebaliknya mengapa kerajaan membelanjakan hasil cukai rakyat kepada sesuatu yang belum pasti.

“Sedang apa yang nyata di hadapan mata kita semua adalah, ramai yang masih tidak mempunyai peluang pekerjaan, hampir 80,000 mahasiswa yang masih menanggur bahkan nasib lebih 1,000 orang pekerja Perwaja Steel di Kemaman terumbang-ambing kerana tidak dibayar gaji secara tetap,” ujarnya dalam satu kenyataan yang merujuk kepada kenyataan yang disiarkan di dada akhbar, kelmarin.

Pada masa yang sama, kata beliau amat malang sekali kepada rakyat Terengganu, tatkala 15,000 mangsa banjir  kehilangan harta benda sedang berhempas pulas memulihkan hidup mereka, Menteri Besar boleh pergi melancong ke Antartika, yang pastinya menelan belanja dan kos yang tinggi.

Beliau yang juga Adun Paka menambah, amat malang juga kepada rakyat Terengganu, mempunyai seorang pemimpin yang tidak memahami dan merasai denyut nadi penderitaan rakyat, setelah memecat 300 orang guru Kafa dan menamatkan perkhidmatan guru-guru hafiz, Ahmad boleh merasa senang hati untuk pergi ke luar negeri.

Justeru, tegasnya PAS menuntut penjelasan yang tuntas dan telus dari pihak kerajaan, pembabitan Menteri Besar dalam delegasi tersebut dan perincian kos yang akan dibelanjakan serta hasil yang akan diperolehi, kepada negara dan negeri Terengganu khususnya.

Katanya, kepimpinan adalah satu amanah yang mesti dilunaskan sejujurnya dan bukan suatu ghanimah bagi membolehkan pemimpin mengaut keuntungan sebanyak-banyaknya.

“Pengganti Nabi SAW, Syaidina Umar al-Khattab di persoalkan hanya sekadar kain yang beliau pakai kerana dirasakan berlebihan mengambil bukan haknya,” ujarnya lagi.

Tambahnya, Khalifah Umar Abdul Aziz memadamkan lilin peruntukan kerajaan  lalu memasang lilin milik peribadinya ketika berbicara tentang masalah keluarga dengan anaknya.

Maka, kata beliau sewajarnya kerajaan dipertanggungjawabkan ke atas perbelanjaan yang dijangka mencecah jutaan ringgit, pemergian Ahmad dan delegasi ke Antartika.

“Rakyat perlu dimaklumkan setiap ‘sen’ yang dibelanjakan kerana ia adalah hasil ‘perahan’ pendapatan rakyat yang diambil oleh kerajaan melalui pelbagai cukai dan pembayaran kepada khidmat kerajaan,” katanya lagi.
Walaupun isu kangkung sudah mulai sejuk dan basi sejak diperkatakan hampir seminggu lalu yang kesan ketaranya menjadikan kedudukan Najib hampir lunyai dipermain dan dipersendakan oleh pemain media sosial pro PR, tetapi hanya baru semalam Perdana Menteri sendiri menjelaskan mengapa kangkung dipilih sebagai contoh dalam ucapannya.

Najib berkata, kangkung menjadi rujukannya bukan saja kerana ia kesukaannya, malah juga oleh sebahagian besar rakyat negara ini, namun jika menggunakan burung puyuh misalnya, hanya orang tertentu saja yang memakannya.

Sehubungan itu, kata beliau, penggunaan kangkung itu tidak seharusnya dipersendakan kerana contoh itu menepati prinsip penawaran dan permintaan yang menyebabkan harganya naik atau turun di pasaran.

Apa yang menjadi persoalan ialah kenapa baru sekarang Najib membuka mulut dan memberi penjelasan mengenainya? Kenapa tidak awal-awal lagi sedangkan dalam dunia langit terbuka sekarang, semua perkara sudah bergerak laju dan pantas?

Sebelum ini, apabila timbul isu kangkung yang dilihat begitu mengaibkan Perdana Menteri sehingga program bantuan banjir yang dilakukannya tidak diperkatakan lagi, ramai yang menyalahkan jentera maya milik UMNO yang dilihat begitu lembab dan tidak cekap dalam menjalankan tugas mereka.

Dengan membiarkan isu itu sarat dipermainkan sementara jentera maya pro UMNO tidak bertindak balas, ketempangan UMNO dalam hal ini amat ketara sekali. Ia seolah-olah memberi gambaran bahawa kalau dalam isu kangkung pun, mereka sudah patah kaki dan hilang upaya untuk meneruskan perjuangan, bagaimana untuk menghadapi pilihanraya nanti yang tentunya akan timbul isu-isu lebih rumit dan mencabar lagi.

Dalam masa yang sama, pegawai yang bertanggungjawab dalam hal ehwal media di JPM juga turut dipersalahkan kerana dilihat telah gagal dalam fungsinya berikutan isu kangkung ini. Tidak ada sebarang usaha untuk menjawab, memberi penjelasan atau menyerang balas daripada pihak JPM sendiri.

Ketika itu, sementara Najib sudah terperosok dan lunyai dipersendakan, para pegawai dan penasihatnya pula seolah-olah tidak tahu berbuat apa-apa untuk mempertahankan bos mereka.

Tetapi sekarang semuanya sudah terjawab. Najib sendiri rupa-rupanya mengambil masa hampir seminggu untuk mendapat ilham bagi menjawab dan memberi penjelasan mengenai contoh kangkung yang digunakan dalam ucapannya itu.

Penjelasan yang lambat dan terlewat ini sudah tidak memberi apa-apa makna lagi dalam memperbaiki kerosakan persepsi yang telah pun berlaku. Semuanya sudah terlambat dan tidak berguna lagi.

Rupa-rupanya tidaklah boleh dipersalahkan seratus-peratus jentera maya, pegawai di JPM, para pemimpin UMNO yang tidak bangun membela Najib atau sesiapa saja kerana Najib sendiri pun begitu lambat bertindak balas mengenainya. Lebih-lebih lagi jentera maya pro UMNO juga sedang menghadapi krisis sekarang ini berikutan kemarahan sebahagian daripadanya yang merasakan mereka tidak lagi dipedulikan oleh sejak berakhirnya PRU 13 lalu.

Kalau sudah Najib sendiri mempamerkan dirinya sebagai pemimpin yang begitu lambat dan perlahan, orang dibawahnya tentulah jauh lebih lembab lagi. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/
KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar semalam tentang kenaikan kos barang naik seperti sayuran, ikan dan buah-buahan kerana cuaca buruk adalah sangat mengecewakan.

 “Sekali lagi Khairy, yang awal menunjukkan kerunsingan tentang kenaikan barang, berpatah balik untuk menyokong tindakan bossnya,” kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, Khairy Jamaluddin mengikut ingatan umum, sememang pantas dan licik melakukan sedemikian ’membodek bossnya’ mengikut rekodnya.

Menurutnya, beberapa pakar ekonomi seperti Dr Yeah Kim Leng dari RAM telah mengingatkan Putrajaya supaya tidak melakukan tarikan subsidi serentak (restrained) ditambah dengan pengenalan GST tahun depan pasti inflasi.

Ini, ujarnya kerana mengikut beberapa Investment Bank (IB) termasuk RHB dan Maybank meramalkan inflasi paling buruk setinggi 3.0% hingga 3.5% tahun 2014 dan 4.0% tahun depan bahkan lebih lagi selepas GST.

“Betul, Khairy wajar diingatkan Ekonomi 101 bahawa Inflasi jenis ini yakni ‘kenaikan kerana kos’ atau cost-push inflation berbeza dengan ‘kenaikan kerana permintaan’ atau demand pull-inflation, boleh disebabkan kerana cuaca buruk,” jelasnya yang juga AJK PAS Pusat.

Tetapi, tambah beliau sifat inflasi disebabkan cuaca ialah ‘sementara’ atau temporary price hike or disruption.

“Tetapi yang kita hadapi ini bukan satu yang bersifat sementara. Khairy wajar tahu,” ujarnya.

Beliau menjelaskan sifat inflasi ini ialah sustained inflationary pressure dan trend ini akan berkekalan selagi faktor-faktor punca pencetusnya tidak ditangani.

Katanya lagi, faktor-faktor itu ialah “tarikan subsidi” secara “serentak” pelbagai barang ‘kritikal’ seperti bahan bakar – petrol dan diesel, gula, tarif elektrik dan kos pengangkutan awam termasuk tol di samping amalan monopoli yang megherot pasaran, penswastaan dan perjanjian konsesi yang tempang yang menaikkan kos seperti tol lebuh raya dan tarif elektrik dan subsidi yang regresif atau tidak kena sasaran seperti berbilion ringgit kepada IPP.

“Maka Inflasi ini ialah hasil cetusan Putrajaya – Putrajaya-induced inflation dan kalau akhirnya memuncak sebagai kemelut maka ia adalah ‘Krisis-Ciptaan Putrajaya atau  Putrajaya-induced crisis,” ujarnya.

 

 

 

 

Tiada ulasan: