Jumaat, 10 Januari 2014

ADAKAH POLIS AKAN SELAMAT DIALAM BARZAH DAN PADANG MAHSYAR...DIMANA MEREKA DAN SEMUA AKAN DIHISAB SERTA DIDAKWA....TERMASUK PEGUAM YANG BERTUGAS SEBAGAI PENDAKWA DIMAHKAMAH DUNIA....BAGAIMANA KITA DIMAHKAMAH ALLAH NANTI

Mufti Perak, Tan Sri Harusani Zakaria, sekali lagi mengejutkan rakyat Malaysia apabila beliau mengeluarkan satu fatwa kontroversi pada awal Januari, 2014 yang lalu. Fatwa tersebut menyatakan bahawa para peserta demonstrasi pada malam 31 Disember yang ikut serta bersama dengan orang ramai yang telah berhimpun menyambut kedatangan Tahun Baru 2014  sebagai “bughah” (pemberontak). Justeru itu, beliau berkata bahawa “darah mereka adalah halal.” Sesungguhnya fatwa tersebut telah mengundang pelbagai reaksi hangat. Banyak pihak merasa dukacita, resah dan gelisah dengan fatwa Tan Sri Harusani. Implikasinya sangat serius. Sesungguhnya fatwa Mufti Perak itu terlalu keras bunyinya, sehingga para demonstran boleh dikategorikan sebagai “pengganas.” Kita bersetuju dengan pendapat pelbagai pihak di negara ini bahawa jika tidak diambil langkah tegas oleh pihak berkuasa, fatwa tersebut boleh mengundang pelbagai kesan negatif yang berkemungkinan menjejaskan ketenteraman orang-orang awam. Apabila seorang mufti berbicara pada khalayak ramai; apa lagi dengan kedudukannya sebagai seorang mufti terkanan yang telah berkhidmat lebih dari 30 tahun, maka ia dilihat oleh orang awam sebagai satu fatwa rasmi yang boleh dipegang.

Konsep bughah dari perspektif fuqaha’

Menurut Imam Taqiyuddin Abi Bakr Muhammad al-Husainiyy, pengarang Kitab Kifayatul  Akhyar, perkataan bughah dalam istilah syara’ adalah merujuk kepada segolongan umat Islam yang melawan dan menderhaka kepada ulil amri (pemerintah), iaitu pemerintah/kerajaan yang adil yang menjalankan hukum-hukum syari’at Islam (Kifayatul Akhyar, Jilid 2, ms. 122).  Sementara itu pula Tuan Haji Said Haji Ibrahim berpendapat bahawa “ .. Dalam ilmu ketatanegaraan Islam, bughah ialah perbuatan sekumpulan dan segolongan umat Islam yang memberontak untuk menentang dan menderhaka kepada ulil amri. Ini dinamakan “jarimah siasiyyah” (Kanun Jenayah Islam, 1996, Kuala Lumpur, 1996, ms. 151).
Disamping itu Jenayah dalam politik tidak boleh berlaku kecuali
jika tindakan golongan pemberontak mempunyai tujuan yang jelas untuk menggulingkan Ketua Negara atau tidak mahu lagi mematuhi arahan pemerintaha;
didapati sebab-sebab mereka memberontak dan menetang dasar pemerintah, sekalipun sebab-sebab yang mereka kemukakan itu merupakan sebab yang paling lemah;
telah berlaku penderhakaan dan pemberontakan yang merupakan perang saudara dalam negara, selepas mereka itu mengadakan persiapan senjata dan pertahanan. (Kanun Jenayah Islam, ms. 153)

Dalam sesebuah negara yang berpaksi kepada hukum-hukum Islam, “penderhaka” yang wajib diperangi adalah tertakluk dengan syarat-syarat berikut:
Mereka yang telah mempunyai kekuatan dan yang telah berterus terang secara terbuka menentang pemerintah/kerajaan yang adil;
Mereka yang telah keluar dari tadbiran ulil amri, dan telah membentuk pemerintah/kerajaan yang baru;
Terdapat di kalangan mereka kekeliruan faham di mana mereka menganggap bahawa mereka boleh keluar dari kawalan dan tadbiran imam (pemerintah);
setelah diajak berunding dengan bijaksana sebagaimana yang telah dilakukan oleh Sayyidina ‘Ali Bin Abu Talib, Khalifah Islam Keempat terhadap pemberontak-pemberontak dalam Perang Jamal di Siffin dan kumpulan Khawarij:
Mereka telah mengadakan keganasan dalam negara seperti membakar, membunuh dan sebagainya. (Kanun Jenayah Islam, ms. 154)

Persoalannya sekarang, adakah fatwa Mufti Perak itu mempunyai sandaran shara’ yang kukuh serta mengikut manhaj pengistinbatan hukum yang sah? Dalam menjawap soalan ini, ternyata Tan Sri Harusani telah menyalahgunakan penggunaan ayat 9, Surah al-Hujurat yang dikemukannya sebagai hujah qat’iyy. Firman Allah (SWT): “Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan berbuat aniaya terhadap golongan yang lain maka perangalilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali, kepada perintah Allah: jika golongan itu telah (kembali kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya denga adil dan berlaku adillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. (Surah al-Hujurat: 9)

Dalam hemat kita, kumpulan demonstran itu tidak boleh dikategorikan sebagai pemberontak kerana hujah-hujah berikut:
Mereka tidak terlibat dalam “peperangan” (iqtital) yang membawa kepada pembunuhan sesama mukmin seperti yang disebut di dalam ayat 9, Surah al-Hujurat;
Penganjur demonstrasi tidak membuat apa apa perisytiharan rasmi untuk tidak mentaati Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong;
Para demonstran keluar secara aman sekadar mahu “unjuk rasa” kerana marah dan kecewa dengan kegagalam pemerintah gagal mengawal harga barang naik secara mendadak mutakhir ini;
Para demonstran tidak memiliki apa apa senjata;
Mufti Perak sendiri tidak turun berunding untuk memberi nasihat kepeda pemimpin-pemimpin demonstrasi supaya mereka meletakkan senjata (sekiranya benar ada senjata) atau memberhentikan demonstrasi.
Mengenai persiapan senjata, pandangan Profesor Dr Wahbah al-Zuhaili, ilmuan fiqh ternama,  menyatakan bahawa kesahihan bagi seseorang atau kumpulan dapat diistilahkan sebagai “bughah”  hanya dengan kewujudan senjata yang banyak sehingga pihak pemerintah terpaksa membekalkan  senjata dengan banyak untuk tujuan mempetahankan diri. Justeru, banyak wang dan persiapan ketenteraan yang diperlukan bagi menghadapi pemberontak.(Wahbah al-Zuhaili, Tafsir al-Munir, Damsyiq: 2007, Jilid 13, ms, 571)

Dalam hubungan ini, Mufti Perak telah menampakkan kegopohannya dalam pembuatan fatwa. Beliau sewajarnya mengemukakan beberapa dalil syara’ dengan panduan nas-nas qat’iy di dalam al-Qur’an, al-Sunnah dan lain-lain sumber ilmiah yang muktabar. Tan Sri Harusani sewajarnya berbincang dahulu dengan pelbagai pihak terutama dengan Ahli Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Ahli Ahli jawatankuasa Fatwa Syar’iyyah Negeri Perak dan lain-lain pegawai di Jabatan Mufti Perak. Walau bagaimanapun, fatwa Mufti Perak jelas tidak merujuk kepada para ulama/ilmuan lain. Islam menganjurkan amalan syura demi mendapatkan muwafakat terbaik dan dapat keberkatan dari Allah SWT. Al-Qur’an mencatatkan: “sedang urusan mereka diputuskan dengan mesyuarah” (Surah Assyura: 38)

Oleh kerana hujah-hujah yang dikemukakan tidak kuat, maka jalan keluar yang terbaik bukan untuk mempertahankan fatwa tersebut; seperti yang disebut oleh Tan Sri Harusani dalam akhbar Sinar pada awal Januari lalu. Mufti Perak sewajarnya mempraktiskan perintah Junjungan Muhammad (SAAS) seperti yang disebut dalam sebuah hadis sahih: “Katakan perkara baik atau diam.”
Selain itu, kegopohan fatwa Mufti Perak jelas menunjukkan beliau hanya bersandar kepada maklumat yang belum dapat dipastikan kesahihannya. Maklumat yang diterima dari media perdana di negara ini perlu disaring sebelum dapat diterima pakai. Allah SWT berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan itu.” (Surah al-Hujurat: 6)

Sejak fatwa tersebut disiarkan di dalam media, ia telah menimbulkan reaksi pasif masyarakat terhadap institusi mufti. Statusnya sebagai pembimbing umat mulai dipersoalkan keabsahannya. Bagi masyarakat Islam yang tidak memahami ajaran Islam, fatwa tersebut menimbulkan ketakutan terhadap agama Islam dan bukannya keinginan untuk mendampinginya. Islam dari segi jauharnya adalah agama yang sangat menekankan wujudnya kedamaian, keamanan dan kesejehteraan sesama insan. Fatwa yang menyebut “darah mereka adalah halal” membawa konotasi bahawa nyawa manusia begitu murah harganya walhal memelihara nyawa adalah sebahagian dari tujuan utama dalam maqasid syari’ah (objektif syari’ah). Mengenai kehormatan diri bagi sesorang manusia tidak dibunuh dengan sewenang-wenang, Allah SWT berfirman: “..barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan kerana membuat kerusakan di muka bumi, maka seakan akan dia telah membunuh manusia seluruhnya.” (Surah al-Ma’idah: 52)

Dalam konteks zaman yang serba mencabar, Tan Sri Harusani selaku seorang mufti dan lain lain penjawat jawatan mufti di negara ini wajar memertingkatkan kewibaan (al-ahliyyah) mereka sebagai seorang mufti yang benar-benar berotoriti dan berfungsi dengan berkesan dalam pembuatan hukum.  Dalam hubungan ini, barangkali ada baiknya untuk para mufti merujuk sebuah karya penting al-Qardawi yang berjudul  al-Fatawa al-Shazzah (Fatwa-fatwa Janggal) (Kahirah: Dar as-Shuruq, 2010). Dalam buku ini, antara lain, beliau menyebut bahawa seorang mufti jangan terjebak dalam pembuatan pembuatan fatwa-fatwa yang janggal (shazzl). Yang dimaksudkan dengan fatwa-fatwa janggal ialah fatwa fatwa-fatwa yang terkeluar daripada manhaj yang digunakan pakai secara komprehensif  oleh para fuqaha’ dalam pembuatan hukum sejak beberapa abad lalu.

Dalam hubungan ini, satu lagi perkara yang wajar diambil oleh para mufti menurut al-Qardawi iaitu sikap tidak tergesa-tergesa mengeluarkan fatwa dan bergegas pula memberikan jawapan kepada setiap soalan. Para fuqaha’ pada zaman silam jarang sekali menghasilkan fatwa-fatwa yang janggal. al-Qardawi menegur sikap pasif sebahagian mufti kerana “mengalamun diri kononya menguasai ilmu dalam semua perkara, tetapi kurang meraikan kewara’an, suka menjawab soalan soalan yang paling kusut, walhal Sayyidina ‘Umar al-Khattab menunjukkan satu sikap terpuji sebagai seorang pemimpin dan sekaligus seorang yang punya otoriti dalam agama Islam yang menghayati amalan syura dengan lain-lain sahabat yang diistilah sebagai ahli Badar bagi menyelesaikan soalan-soalan syara’ yang sukar dan sulit, maka beliau akan menghimpun semua kepada Sayyidina ahli Badar.” (al-Qardawi, al-Fatawa al-shazzah, Kahirah: 2010, ms. 8). (Yang dimaksudkan dengan Ahli Badar adalah para peneraju awal Islam yang terdiri dari para sahabat yang berjuang mengeakkan Islam dan sekaligus mereka juga adalah ilmuan-ilmuan yang berotriti dalam ha ehwal Islam).Demikianlah ketelitiannya seorang sahabat utama Junjugan Muhammad (s.a.w.) dalam memutuskan kedudukan hukum.

Fatwa juga boleh menjadi janggal (shazz) apabila sesuatu fatwa dibuat oleh orang yang bukan ahlinya. Al-Qardawi menyatakan bahawa seorang mufti itu pada hakikatnya bertanggungjawab sebagai seorang nabi (yaqumu maqam al-nabiyy) dalam usaha menerangkan kepada orang ramai  hukum hakam dan pengajaran Islam. Justeru, seorang mufti tidak dibenarkan untuk mengeluarkan satu fatwa yang berkaitan dengan makhluk ciptaan-Nya, menguraikan halal dan haram, perkara yang disyara’kan atau tidak disyara’kan, kebaikan dan keburukan kecuali setelah memenuhi syarat-syarat kelayakan untuk menjadi seorang mufti. Oleh yang demikian,  bagi seorang mufti yang punya credential atau thiqqah,  harus mempunyai penguasaan ilmunya dalam disiplin al-Qur’an dan al-Sunnah, penguasaan bahasa ‘Arab, ilmu usul al-fiqh dan maqasid shari’ah,  qias dan ‘ilal (sebab), ijma’ dan ilmu khtilaf adalah penting untuk menjamin pengistanbatan hukum yang tidak dapat digugat oleh sesiapa Selain penguasaan ilmu-ilmu Islam warisan (al-turath) dan kontemporari (al-mu’asar), bagi seorang mufti, ia hendaklah mempunyai rasa takut terhadap Allah (swt), iltizam dengan hukum-hukum-Nya serta berakhlak mulia. (al-Qardawi: ms.26). Imam Shafi’yy (r.h) dalam satu pandangan yang dipetik oleh al-Khatib al-Baghdadi dalam Kitab al-Faqih wa al-Mutafaqqih berkata: “Seseorang itu tidak boleh memberi fatwa dalam agama Allah kecuali mereka menguasai Kitab Allah dengan penguasaan ilmu nasikh dan mansukh, muhkam dan mutashabih, ta’wil dan tanzil, makkiy dan madaniyy, penguasaan hadis dalam segala kategori, pengusaan bahasa Arab, sya’ir sya’ir Arab, ilmu ikhtilaf dan tidak kurang pentingnya, mufti mesti memiliki “al-malakah” (bakat semula jadi). (al-Qardawi, ms.128)

Selanjutnya, dalam era perkembangan pesat ilmu pengetahuan, maka tidak wajar bagi  seorang mufti mengandaikan dirinya tahu segala jenis ilmu. Walhal al-Qur’an membicarakan tentang tabii manusia yang tidak diberi keupayaan oleh Allah SWT mengetahui semua jenis ilmu. Allah SWT berfirman:
“..dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit.” (Surah al-Isra’: 85)

Lihat sahaja amalan para sahabat Rasulallah (s.a.w) dalam pembuatan sesuatu hukum. Lazimnya mereka berhenti sejenak untuk memberi jawapan. Antara amalan terpuji mereka ialah kesukaan bertanya pendapat lain-lain sahabat. Al-Qardawi meminta para mufti banyak menelaah pelbagai rujukan sebelum membuat fatwa halal atau haram. Meskipun seorang mufti itu sudah membuat rujukan muktabar, tetapi dalam hal khusus yang menyangkut dengan keperluan berlakuknya keringanan (rukhsah) untuk seseorang ataupun kelompok, maka pandangan-pandangan alternatif boleh dijadikan hujah. (al-Qardawi, al-Fatawa as-Shazzah, ms. 133)

Seperti yang disebut pada awal makalah ini, fatwa Tan Sri Harusani bercitra keras (shadid). Hari ini, selain al-Qardawi, semakin ramai ulama dan cendekiawan Muslim seperti Syaikh Taha Jabir al-‘ilwaniyy, Dr Wahbah al-Zuhaili, Dr.Muhammad al-Zuhaili, Syaikh Rashid Ghannoushi, Dr.Hassan al-Turabi, Syaikh Ahmad al-Raysuni, Dr Jamal ‘Atiyyah dan lain-lain begitu memprihatinkan kepentingan ilmu fiqh dan fatwa yang dikeluarkan dapat dibina diatas prinsip  “al-taysir” (membuka ruang yang lebih mudah), bukan bersifat “ta’sir” (menimbulkan lebih banyak kesukaran). Al-Qardawi menggesa para fuqaha pada zaman ini mempraktiskan prinsip “al-taysir fil fatwa wa tabsyir fi al-da’wah”  (mengintai ruang-ruang yang mempermudahkan sesuatu dapat berlaku dalam pembuatan fatwa serta menceriakan sebaran Islam). Dalam pembuatan fatwa, al-Qardawi menyarankan para fuqaha’ perlu menggunakan prinsip al-istislah dan al-istihsan jika tidak terdapat nas-nas qat’iyy. (al-Qardawi, al-Wasatiyyah al-Islam, Kahirah: 2008, ms. 45). Inilah manhaj Nabawi dan para sahabah. Junjungan Muhammad (s.a.w) bersabda menurut riwayat Sayyidina Anas (r.a): “Kamu hendaklah memudahkan segala sesuatu dan jangan menyulitkan, ceriakan dan jangan menakutkan).
Juga, sebuah lagi lagi hadis sahih dari Junjungan Muhammad (s.a.w) yang berbunyi: “Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama hanif yang penuh dengan kesucian.”
Firman Allah SWT: “Allah menghendakki kemudahan bagimu, dan tidak kesukaran bagimu.” (Surah al-Baqarah: 185)

Persoalan penting yang perlu kita ajukan, mengapa prinsip tersebut diperlukan dalam masyarakat dunia pada hari ini? Dalam hubungan ini, al-Qardawi memberikan beberapa rasional tentang keperluannya.  Antaranya, syari’at Islam dibina diatas prinsip keringanan, menolak kesukaran, berciri rahmah dan bertolak ansur (samahah). Sehubungan itu, para mufti dikehendakki memahami tabi’i peredaran zaman dan suasana persekitaran yang sentiasa berubah. Prinsip kemantapan (al-thawabit) dan keanjalan (al-mutaghayyirat) sangat penting difahami secara berimbangan. Hakikatnya manusia moden sedang berhadapan dengan pelbagai pelbagi masalah baru yang lebih rencam dan rumit dari zaman silam. Al-Qardawi memberikan contoh tentang kedudukan bagi seorang murtad yang wajar dikenakan hukuman ringan dengan hanya bertaubat. Demikianlah juga dengan perbuatan minum arak. Hukuman ta’zir sudah memadai. (al-Qardawi, Khitabuna fi al-‘Asr al-‘Aulamah, ms. 137)

Institusi mufti di negara ini berperanan penting untuk membentuk fikrah Islam dalam kalangan rakyat dengan menggunakan pendekatan prinsip wasatiyyah. Para mufti hendaklah mempamerkan hukum-hukum Islam yang realistik dengan mengaplikasikan fiqh al-waqi’ (fiqh realiti) semaksimum yang mungkin. Sebagai contoh, peranan Majlis Islam Eropah menampakkan satu kemajuan besar di bidang fatwa. Para fuqaha’ di benua Eropah telah berjaya megeluarkan fatwa-fatwa penting yang bersifat “solving problem” dengan menggunakan pendekatan maqasid syari’ah (objektif syari’ah) dan ‘illah (sebab) dalam sesuatu hukum. Jadi, pembuatan fatwa berjalan secara tabii, bukan menunggu berlakunya sesuatu masalah. Adalah jelas bahawa faktur utama yang menyebabkan kejayaan pembuatan fatwa di Eropah itu ialah kerana para fuqaha’ disana dapat menggabungkan ilmu warisan Islam (at-turath) dengan ilmu keislaman semasa (al-mu’asar).Selain itu, mereka juga proaktif dengan wacana-wacana ilmu. Jadi, fatwa tidak menjadi jumud dan boleh dipersoalkan sehingga dijadikan mainan orang sebagai “fatwa songsang”.

Di Malaysia, kekerapan wacana ilmiah bagi mendapatkan pendapat pendapat baru (fikrat ‘ul mustajiddat) sangat kurang walhal para mufti amat perlu menghambat maklumat-maklumat terbaru. Kita melihat para mufti acap kali memberi respon secara sepontan dalam sesuatu permasalahan  agama terutama yang berkaitan dengan persoalan aqidah dah dan hukum. Selain pendekatan legalistik, para mufti sewajarnya serius mengambil pedekatan mendidik daripada menghukum. Pendekatan legalistik tanpa diikut serta dengan proses pembinaan ilmu di dalam masyarakat, akan hanya menimbulkan lebih banyak kekeliruan dan akhirnya perpecahan masyarakat semakin berlaku dengan meluas. Inilah kesan buruk yang sedang kita rasai sekarang. Kecenderungan mengambil pendekatan keras (al-tanatu’) akan hanya mengundang kebinasaan. Inilah pesan Junjungan Muhammad (saas) keatas umatnya. Sabda Baginda: “Binasalah orang orang yang bersangatan dalam membuat sesuatu perkara.” (hadis sahih).

Maknanya ketaksuban kepada satu pemikiran tanpa menggunakan hujah-hujjah yang kuat, membwa padah yang buruk. Beberapa pendekatan fiqh seperti yang disarankan oleh al-Qardawi wajar digunapakai dalam pembuatan hukum pada masa kini dan mendatang. Sesungguhnya kegunaan pelbagai pendekatan fiqh iaitu fiqh al-awlawiyyat (fiqh menurut senarai keutamaan), fiqh al-muwazanah (fiqh perimbangan), fiqh al-maqasid al-syari’ah (fiqh maqasid), fiqh al-taghyiir (fiqh perubahan), fiqh al-waqi’ (fiqh realiti) dan fiqhat-ta’addudiyyah (Fiqh Kepelbagian) dapat memperkuat hujahan fatwa baru dalam isu-isu yang kompleks, antaranya, dalam subjek ketatanegaraan.

Rumusannya, fatwa Tan Sri Harusani tidak dapat dikategorikan sebagai multzam (boleh dipakai). Yang jelas, fatwa tersebut lebih bersifat peribadi. Sewajarnya, ia perlu dirujuk kepada Majlis Fatwa kebangsaan kerana isu yang dibahaskan adalah merupakan persoalan-persolan penting iaitu pemberontak dan penghalalan darah mereka. Justeru, ia perlu dirungkai secara rasional dengan merai’kan segala prinsip dan menggunakan manhaj syara’ yang komprehensif. Proses pembuatan hukum akan hanya berkesan jika ia dilakukan secara jama’i (berjamaah) bukan lagi fardi (individu).

Walluh’alam wa Rabbuna ‘l Musta’an.

Penulis ialah Ketua Penerangan PKR.

Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mengumumkan melakukan operasi anti rasuah dengan melibatkan siasatan dan tangkapan terhadap 60 orang anggota tersebut yang dipercayai terlibat dalam pengubahan wang haram dan rasuah.

Operasi tersebut melibatkan usaha bersama antara SPRM, Bank Negara Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja.

Ia berikutan terdapatnya aduan bahawa pegawai polis termasuk yang berpangkat tinggi menerima rasuah dan habuan daripada perniagaan haram seperti perjudian di kafe siber, rumah urut dan sarang pelacuran.

Pendedahan berhubung operasi dan tangkapan ini menandakan pasukan tersebut berada dalam krisis yang paling membimbangkan.

PDRM memerlukan agensi luar dan bantuan penguatkuasaan lain bagi membanteras anggotanya yang didapati terlibat kesalahan. Ia menandakan bahawa PDRM sudah semakin hilang kedudukannya, dipandang rendah serta kurangnya kepercayaan masyarakat terhadap pasukan tersebut.

Padanlah dengan berseleraknya pusat-pusat hiburan termasuk yang haram, rumah-rumah pelacuran dan rumah urut yang tumbuh melata ditengah ibu kota.

Apa yang menghairankan, kebanyakan perniagaan haram selama ini seperti dibiarkan berleluasa tanpa tindakan, rupanya memang ia sengaja dipelihara demi kepentingan sendiri pihak tertentu.

Mungkin segala operasi yang dijalankan selama ini hanya sandiwara golongan penyangak untuk mengabui mata masyarakat bahawa PDRM bertegas pada kemungkaran, walhal dibelakangnya, mereka saling bersalaman sambil mengedar wang habuan sesama mereka.

Kesannya menjadi lebih besar dengan gejala sosial menjadi semakin parah dalam masyarakat. Dadah, pil khayal, pelacuran, perzinaan, minuman keras adalah pakej pelengkap apabila sesuatu pusat hiburan serta rumah pelacuran beroperasi.

Tambahan lagi, kumpulan samseng, kongsi gelap dan keganasan membudaya dan menjalar sekitar masyarakat, kumpulan yang kuat akan menongkat langit manakala yang lemah akan mengemis minta simpati dan perlindungan.

Jika ini berlaku di negara lain, Ketua Polis Negara serta menteri terbabit akan mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatan atas kesalahan pegawai bawahannya.

Bagi mereka, kes seumpama ini adalah suatu perkara yang amat serius dan meletakkan jawatan adalah jawapan bagi permasalahan yang menimpa.

Namun bagi negara ini, ia dianggap kes terpencil manakala pegawai tertinggi pasukan tersebut serta menterinya berlepas diri dengan menuding jari pegawai bawahannya yang terlibat, seolah-olah mereka tidak bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

Apapun, PDRM memerlukan suatu anjakan bagi mengubah tanggapan dan persepsi buruk pada mereka. Perubahan tersebut bukan pada imej dan penampilan diri, tetapi kepada integriti dan maruah pasukan terbabit.

*Penulis adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat 

KOTA BHARU:  Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yaacob, mengingatkan kakitangan awam negeri itu supaya membaca bagi memperolehi ilmu bagi melahirkan produktiviti yang positif dalam menjana ekonomi kerajaan.

Katanya, membaca adalah otak minda yang dapat membantu kakitangan dalam meningkatkan produktiviti budaya kerjua yang lebih tersusun.

“Oleh itu, carilah ruang dan peluang untuk membaca, untuk belajar dari orang yang berjaya, sebagai motivasi kepada diri kita sendiri,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan amanat khasnya kepada kakitangan PMBK serta anak-anak syarikat PMBK, di Perdana Resort, di sini semalam.

Menurutnya, berdasarkan kepada pengamatan ekonomi, 2014 adalah tahun mencabar bagi pengurusan ekonomi.

Oleh itu, katanya perkemaskan pengurusan di segenap peringkat, disamping sering bertanya dan membuat rujukan.

“Gerakkanlah PMBK dan kumpulannya sebagaimana kita menjaga dan menggerakkan aset peribadi masing-masing,”ujarnya.

Ahmad berkata, biarlah rezeki yang ada dibawa pulang adalah rezeki yang diberkati kerana ianya bersambung di akhirat.

“Saya juga mengambil kesempatan yang berharga ini dengan menyentuh pencapaian anak-anak syarikat Kumpulan PMBK untuk sama-sama kita gembelingkan idea-usaha kemajuan,” tegasnya.

Katanya, untung dan rugi adalah adat berniaga di mana kayu pengukur pencapaian syarikat adalah terletak pada data untung ruginya.

Sambungnya, namun ianya tidak boleh menafikan faktor utama yang menyumbang kepada untung rugi ini ialah  pengurusan dan tenaga kerja yang efektif, cekap dan berkemahiran.

“Saya percaya ilmu boleh ditingkatkan dengan pembelajaran, kursus dan latihan. Semaikan minda untuk terus belajar bagi memahirkan kita dalam pengendalian tugas yang diamanahkan.

“Jangan pernah berniat sekalipun untuk berhenti belajar dan mengkaji sesuatu perkara. Lebih-lebih lagi ia berkaitan dengan tugas dan kerja masing-masing,” ujarnya lagi.

Turut berucap dalam majlis berkenaan Ketua Pegawai Operasi PMBK, Sanusi Hj Othman.

Dalam majlis yang sama, PMBK telah menyampaikan surat perhargaan kepada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim.

Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mengumumkan melakukan operasi anti rasuah dengan melibatkan siasatan dan tangkapan terhadap 60 orang anggota tersebut yang dipercayai terlibat dalam pengubahan wang haram dan rasuah.

Operasi tersebut melibatkan usaha bersama antara SPRM, Bank Negara Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja.

Ia berikutan terdapatnya aduan bahawa pegawai polis termasuk yang berpangkat tinggi menerima rasuah dan habuan daripada perniagaan haram seperti perjudian di kafe siber, rumah urut dan sarang pelacuran.

Pendedahan berhubung operasi dan tangkapan ini menandakan pasukan tersebut berada dalam krisis yang paling membimbangkan.

PDRM memerlukan agensi luar dan bantuan penguatkuasaan lain bagi membanteras anggotanya yang didapati terlibat kesalahan. Ia menandakan bahawa PDRM sudah semakin hilang kedudukannya, dipandang rendah serta kurangnya kepercayaan masyarakat terhadap pasukan tersebut.

Padanlah dengan berseleraknya pusat-pusat hiburan termasuk yang haram, rumah-rumah pelacuran dan rumah urut yang tumbuh melata ditengah ibu kota.

Apa yang menghairankan, kebanyakan perniagaan haram selama ini seperti dibiarkan berleluasa tanpa tindakan, rupanya memang ia sengaja dipelihara demi kepentingan sendiri pihak tertentu.

Mungkin segala operasi yang dijalankan selama ini hanya sandiwara golongan penyangak untuk mengabui mata masyarakat bahawa PDRM bertegas pada kemungkaran, walhal dibelakangnya, mereka saling bersalaman sambil mengedar wang habuan sesama mereka.

Kesannya menjadi lebih besar dengan gejala sosial menjadi semakin parah dalam masyarakat. Dadah, pil khayal, pelacuran, perzinaan, minuman keras adalah pakej pelengkap apabila sesuatu pusat hiburan serta rumah pelacuran beroperasi.

Tambahan lagi, kumpulan samseng, kongsi gelap dan keganasan membudaya dan menjalar sekitar masyarakat, kumpulan yang kuat akan menongkat langit manakala yang lemah akan mengemis minta simpati dan perlindungan.

Jika ini berlaku di negara lain, Ketua Polis Negara serta menteri terbabit akan mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatan atas kesalahan pegawai bawahannya.

Bagi mereka, kes seumpama ini adalah suatu perkara yang amat serius dan meletakkan jawatan adalah jawapan bagi permasalahan yang menimpa.

Namun bagi negara ini, ia dianggap kes terpencil manakala pegawai tertinggi pasukan tersebut serta menterinya berlepas diri dengan menuding jari pegawai bawahannya yang terlibat, seolah-olah mereka tidak bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

Apapun, PDRM memerlukan suatu anjakan bagi mengubah tanggapan dan persepsi buruk pada mereka. Perubahan tersebut bukan pada imej dan penampilan diri, tetapi kepada integriti dan maruah pasukan terbabit.

*Penulis adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat 
KUALA LUMPUR: Hong Leong Bank Berhad semalam menafikan dakwaan ia tidak membenarkan sesetengah anggota Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) beragama Islam menunaikan solat di surau cawangannya di Kelantan dan Kuantan.
  
Dalam kenyataan akhbarnya, bank itu secara tegas berkata ia sentiasa menghormati semua amalan agama dan menyokong kebebasan beragama.
  
"Anggota NUBE berkenaan bukan staf cawangan tertentu itu dan oleh demikian mereka tidak boleh memasuki kawasan keselamatan di mana terletaknya surau dan bilik kebal utama.
  
"Ini adalah dasar keselamatan standard mana-mana institusi kewangan di mana tiada siapa, kecuali staf cawangan berkenaan, dibenarkan memasuki kawasan keselamatan," kata kenyataan itu.
  
Bank itu menegaskan bahawa semua pekerja beragama Islam dibenarkan menunaikan solat, tanpa sebarang prejudis atau gangguan. - Bernama
Apakah yang dapat anda beli dengan duit RM100 ketika membeli-belah diPasaraya disekitar tempat anda tinggal sekarang ini? Kalau 15 tahun tahun dahulu, dengan RM100 anda boleh membeli lebih kurang 20 barang keperluan dapur. Sebagai contoh, pada masa itu harga ikan kembong hanya RM5 sekilogram, udang dan sotong basah hanya RM8 sekilogram, susu bayi harganya dalam RM20 satu tin sederhana dan beras hanya RM15 untuk 10 kilogram. Tetapi kini harga ikan kembong sudah berharga RM16 sekilo, udang dan sotong basah pula meningkat harganya hingga memcecah RM25 sekilo dan itu yang bersaiz kecil sahaja. Begitu juga susu bayi kini sudah berharga RM50 setin yang boleh tahan untuk selama seminggu dan harga beras pula RM25 untuk 10 kilogram.

Nampaknya dengan membawa wang kertas bernilai RM100 untuk membeli barangan keperluan dapur hanya mampu membawa lebih kurang 5 barangan sahaja untuk dibawa balik. Kadangkala saya perhatikan, ada pelanggan tertentu di pasaraya hanya membeli ikan, sotong dan udang yang sudah separuh busuk dengan harga separuh juga yang ditawarkan oleh pihak pasar raya. Itulah nasib bagi mereka yang berpendapatan rendah dan kemampuan mereka amat terhad ketika ini. Mahu tidak mahu kenalah berbelanja apa yang termampu sahaja. Untuk minum susu segar dan makan makanan yang agak berzat serta lazat hanyalah untuk mereka yang mampu dan berada sahaja tetapi tidak bagi mereka yang berpendapatan diluar kemampuan.

1. Saya menyeru diri saya, teman-teman dan semua untuk mohon ampun pada Ilahi di atas dosa dan silap yang lalu dan keampunan untuk yang mendatang. Bimbang jari yang laju menari untuk menaip sepotong komen sehingga berlebihan dari yang sepatutnya. Juga bimbang akan lisan yang pantas melontar kata yang tidak semena-mena. Jangan diserang peribadi, kelak memakan diri. Merenung firman Allah:
Maksudnya: “Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” (Surah Qaf: Ayat 18)
2. Saya tidak berhasrat untuk mengulas soal bagaimana menetapkan hukum bughah terhadap seseorang. Serahkan sahaja pada yang punya ilmu dan ada autoriti ilmunya. Tulisan ini sekadar sedikit teguran seimbas buat Dato’ Mufti. Kenyataan Dato’ Mufti tidak ubah seolah-olah jawab Saidina Ali terhadap golongan Khawarij sebagaimana berikut:
كلمة حق أريد بها باطل
Maksudnya: “Kalimah yang benar, dikehendaki dengannya itu batil”.
3. Menghukum bughah ini bukan lagi perkara baru di Malaysia, kerana pada 1985 tindakan kerajaan UMNO-BN menembak mati As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dalam Tragedi Memali. Ini berlaku atas dakwaan Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya sebagai bughah. Dihalalkan darah mereka. Sungguh jahat dan khianat. Juga menghukum dengan hukuman seperti khawarij sebelum ini oleh seorang ulama' muda UMNO juga sangat keterlaluan.
4. Saya sejujurnya amat tidak bersetuju di atas kenyataan Dato' Mufti yang menggelarkan demonstran sebagai bughah. Saya kira terlalu ramai tidak setuju. Tindakan itu menggambarkan sikap double standard seorang mufti dalam isu-isu yang berlaku. Jika benar, Dato' Mufti jujur dan amanah, seharusnya fatwa atau kenyataan terhadap pembaziran kerajaan BN mesti dinyatakan sama.
5. Matlamat Himpunan TURUN adalah kerana tekanan kos sara hidup yang tinggi bukan untuk menggulingkan kerajaan. Secara prinsip dan asasnya, hanya himpunan aman dan demonstrasi menuntut hak sebagai civil society. Secara perlembagaannya ia sah. Maka tindakan para demonstran tidak boleh dianggap bughah semberono begitu tanpa menilai realiti mereka. Tindakan demonstran sejajar dengan sepotong hadis:
Maksdudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik jihad adalah menyatakan kalimah benar di hadapan pemerintah yang zalim”.
6. Saya kira kenyataan demikian boleh mengundang sesuatu yang kurang senang terhadap rakyat. Menghukumkan demonstran sebagai bughah, ertinya telah  menghalalkan darah mereka untuk ditumpahkan. Pandangan ini amat ekstrem dan boleh menimbulkan huru-hara jika pihak berkuasa bertindak demikian. Di sini saya memohon huraikan penjelasan secara terperinci sebagai cara paling beretika. Kemudian buka kepada kritikan dan teguran andai ada ketidaksetujuan.
7. Saya mohon supaya Datuk Mufti dengan serta mertamenarik semula kenyataan yang telah dibuat. Jika Datuk Mufti untuk kekal dengan pendirian tersebut maka ia dilihat seakan menodai kesucian sebuah agama, Islam yang membawa mesej kedamaian melalui konsep “Rahmatan lil ‘Alamin”. Contohilah sikap dan prinsip ulama' terdahulu seperti Imam Ahmad bin Hanbal saat berdepan kezaliman pemuka Muktazilah. Juga Imam Nawawi saat memberi fatwa kepada sang pemerintah Al-Maliku Az-Zahir.
8. Saya menyahut positif usaha proaktif PAS Negeri Perak yang telah mengambil tindakan drastik mengaturkan pertemuan dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Mungkin tidak bisa didengari di laman sosial, usaha membumi sebegini saya ucapkan tahniah. Moga ada hasil yang baik melalui tindakan bersemuka. Selesaikan secara dialog tika amarah rakyat belum reda.
9. Tuntas, saya berharap mana-mana individu mufti, ulama' dan lain-lain yang memikul amanah agama berwaspadalah kalian. Jangan mudah menutur kata dan menghukum. Adillah dalam menilai dan menghukum. Supaya golongan agamawan tidak dilihat sebagai terompah kayu dan boneka kerajaan yang zalim. Atau perumpamaan ulama' su'. Sebagaimana kata Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali:
إنمافسدتالرعيةبفسادالملوك،وفسادالملوكبفسادالعلماء،فلولاالقضاةالسوءوالعلماءالسوءلقلّفسادالملوك
خوفاًمنإنكارهم.
Maksudnya: “Sesungguhnya hancur rakyat dengan kerosakan pemerintah. Rosak pemerintah dengan kerosakan ualma’. Maka apabila para qadhi dan ulama’ jahat, akan sedikitlah pemerintah yang takut dengan kemungkaran mereka”.
10. Akhirnya, ingatlah bahawa ulama’ dalam Surah Faatir, ayat 28 diumpamakan seorang yang takut kepada Allah. Juga digambarkan sebagai anjing, berdasarkan ayat 176, Surah Al-A’raaf. Ulama’ antara haq dan batil. Antara amanah dan khianat. Doa supaya Allah pelihara Malaysia dari bala dan musibah. Impian hendaknya keadilan tertegak dan kezaliman berkubur satu hari nanti. Pasti. Percayalah! Insya Allah.

Penulis ialah pelajar Fiqh dan Usul, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS Kedah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak dan Mobilisasi Isu bagi bekerjasama dengan NGO Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama (PANGLIMA) untuk terus mendedahkan penyelewengan balak di lebuhraya Trans Eastern Kedah Interland Highway TEKIH.

Ketuanya, Mohd Nasir Zakaria berkata pihaknya memandang serius pendedahan Panglima semalam berhubung pembalakan haram yang berlaku.

Menurt beliau pendedahan tersebut mengejutkan kerana melibatkan sumber hasil utama negeri yang mungkin telah diseleweng untuk kepentingan pihak tertentu.

"Kami tegas menyatakan bahawa sebarang penyelewengan hasil sumber negeri adalah pengkhianatan terhadap hak dan kepentingan rakyat.

"Sehubungan itu kami menyatakan kesediaan untuk bersama para penduduk dan Panglima bagi menuntut ketelusan kerajaan negeri dan pihak terbabit berhubung pendedahan itu," katanya.

Semalam, Presiden Panglima, Sulaiman Ibrahim menunut penjelasan kerajaan negeri terhadap dakwaan hampir seribu hektar kawasan hutan ditebang bagi tujuan pembalakan sepanjang lebuhraya ini tersebut.

Beliau juga mahu menteri besar menjelaskan berapakah premium balak yang diterima oleh kerajaan negeri dan berapa premium untuk sehektar kawasan konsesi balak.

Sulaiman turut meminta kerajaan negeri menyatakan nama syarikat balak yang dikurniakan konsesi pembalakan tersebut serta untung rugi dialami syarikat itu.
KUALA LUMPUR: Angin kencang dan laut bergelora (kategori kedua) yang kini melanda perairan Kelantan dan Terengganu dijangka berterusan sehingga Isnin (13 Jan).
  
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, keadaan angin dengan kelajuan antara 50 hingga 60 kilometer sejam (km/jam) dan ombak melebihi 4.5m itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk perkhidmatan feri.
  
Kenyataan itu juga menyebut keadaan angin kencang dan laut bergelora kategori pertama melanda perairan Pahang, Johor timur, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan serta Sabah meliputi kawasan pedalaman, pantai barat, Kudat serta Sandakan.
  
Keadaan angin kencang yang bertiup antara 40 dan 50 km/jam serta ombak setinggi 3.5m itu dijangka berlaku esok sehingga Isnin ini, menurut kenyataan itu.
  
Keadaan ini juga berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut serta sukan laut. - Bernama

 

 

 

 

 





Mahathir: Saya tak perlu jet besar, mewah


Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak memerlukan jet mewah dan besar sewaktu mentadbir negara selama 22 tahun.

Bagaimanapun, kerajan sekarang mungkin mempunyai lebih banyak dana dan mampu untuk memperoleh pengangkutan mewah seperti itu, katanya dalam satu program bual bicara disiarkan stesen RTM2 untuk memperingati 11 tahun persaraannya.

Kenyataan itu timbul selepas tegurannya kepada kerajaan pada akhir bulan lalu, untuk membuat lebih banyak penjimatan.

"Pada tahun 1981, saya mewarisi Boeing 737 dari PM sebelumnya. Dia (Tun Hussein Onn) mempunyai masalah perjalanan jadi saya boleh memahami mengapa dia perlu mempunyai kapal terbang besar.

"Saya pernah menggunakan kapal terbang untuk masa yang singkat dan saya bertanya kepada mereka berapa kos perjalanan. Mereka memberitahu saya ia melibatkan kos kerajaan sebanyak RM2 juta setahun.

“Kemudian (saya mengambil keputusan) kami menjual kapal terbang, saya memerlukan kapal terbang kecil. Oleh itu, dikurangkan kepada Challenger," katanya kepada pemberita.

Mahathir berkata demikian ketika ditanya sekiranya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membuat perbelanjaan berlebihan untuk membeli jet.

"Baiklah, sudah tentu sekarang, kerajaan adalah lebih kaya daripada semasa (zaman pentadbiran) saya, maka mungkin mereka perlu melakukan menaik taraf sistem penerbangan," katanya sinis.

November lalu, Jabatan Perdana Menteri memberitahu Parlimen bahawa kerajaan kini memiliki sekurang-kurangnya lima pesawat termasuk Boeing Business Jet.

Pesawat yang dimaksudkan untuk digunakan oleh VVIP termasuk Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong, termasuk pesawat jenis Falcon, Global Express, Boeing Business Jet, Blackhawk, Augustas dan F28 Fokker.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam kenyataan sebelum ini menjelaskan, kerajaan menanggung kos RM14.95 juta untuk bahan api dan RM160.08 juta untuk kos penyelenggaraan pesawat tersebut sepajang 2012.

Tiada ulasan: