Khamis, 23 Januari 2014

DALAM DUNIA TAK CEKAP DAN TERPERANGKAP...AKHIRAT JUGA TAK CEKAP LAGI MERANGKAK....MAKA KHUATIR DIAKHIRAT NANTI KESAL TAK SUDAH...IBLIS PULA LEPAS TANGAN...APA KATANYA....'YANG KAU BUATPE'....MENYESATKAN MEMANG KERJA AKU@BUAT FULLTIME....KATA IBLIS

 

Wednesday, 22 January 2014


KISAH SEORANG ORANG AWAM TIDAK BERPUAS HATI MENENDANG DAN MENYERANG ANGGOTA POLIS BANTUAN FELDA KINI SUDAH TERSEBAR DI ALAM MAYA!!!


Tidak diketahui sebab sebenar yang menyebabkan pergaduhan berlaku tetapi dipercayai tidak berpuas hati apabila pondoknya diroboh dan dimusnahkan.

Kisah ini ekoran dari  melihat video berkaitan  di laman Facebook Kempen Kesedaran Jenayah Malaysia (MCAC) dengan tajuk ‘Anggota Polis Diserang?”

Daripada pemerhatian secara rambang Omak Kau dapati, anggota berkenaan merupakan anggota Polis Bantuan bagi Felda berdasarkan logo yang yang tertera di bahu kiri anggota tersebut.

Butir perbualan tidak begitu jelas kerana kejadian berlaku di Sabah berdasarkan daripada loghat pekat yang digunakan individu di dalam video tersebut.

Bagaimanapun, daripada apa yang didengar, pemandu kenderaan pacuan empat roda itu kemungkinan tidak berpuas hati kerana tindakan yang diambil oleh pihak polis bantuan kerana merobohan pondok yang terletak dalam kawasan Felda.

Tindakan pemandu berkenaan yang terus menyerang anggota polis berkenaan dengan menendang dan menumbuk itu tidak boleh diterima biarpun ada masalah di antara mereka.

Anggota polis yang ditendang cuba juga untuk membalas serangan lelaki itu bagaimanapun ditenteramkan oleh rakan-rakannya bagi mengelakkan pergaduhan menjadi lebih buruk.

Di bahagian akhir video berkenaan, kelihatan kedua-dua pihak bertelagah seperti akur mahu membuat laporan polis seterusnya menyelesaikan pertikaian itu di mahkamah.

Dialog biadab pemandu berkenaan “Memang aku kurang hajar,” selepas menendang dan menumbuk polis bantuan itu.

Walaupun bertindak menendang dan menumbuk, riak wajahnya ternampak juga bimbang jika anggota polis itu melawan dan menyerangnya semula.

Pada pukul berapa dan bila kejadian ini berlaku juga tidak diketahui.

Sebesar mana pun kesalahan anggota polis sama ada yang sah maupun bantuan tidak perlu mereka diserang.

Tidak puas hati laporkan saja di Balai Polis yang berhampiran .. Biarkan pihak berwajib menjalankan siasatan dan bukannya ambil tindakan undang-undang ditangan sendiri.

Jangan kamu ingat kamu memilik sebuah kereta pacuan 4 roda Toyota Land Cruiser maka kamu ada hak ada kuasa untuk terajang anggota poli bantuan... Ini sudah melampau.




Dulu Yakuza, Kini Imam. -TAKI TAKAZAWA Dilihat dari namanya saja, sudah dapat diketahui bahwa ia adalah seorang yang berbangsa Jepun Dengan ciri khas rambut panjang dan tubuh penuh tatu, membuatnya tampak mirip dengan anggota geng mafia Jepun, Yakuza. Dia memang mantan tukang tatu para anggota geng paling ditakuti di negara Matahari Terbit itu. Dan bukan main, pekerjaan ‘tukang tatu’ itu telah ia jalani selama 20 tahun. Tapi pandangan negatif pada penampilan fisiknya itu berubah saat dia mengumandangkan Azan. Takazawa kini menjadi Imam sebuah masjid di Ibukota Tokyo. Setelah mengucapkan dua kalimah Syahadah, Takazawa mencantumkan nama Muslim Abdullah, yang bererti hamba Allah SWT. Perkenalannya dengan Islam secara tidak sengaja terjadi di wilayah Shibuya. Takazawa melihat seseorang dengan kulit dan janggut putih. Orang itu juga mengenakan baju dan serban berwarna suci. “Orang itu memberikan sebuah kertas dan menyuruh saya membaca kalimat tertera bersama dia,” Kalimat itu ternyata Syahadat, pengakuan pada ke-esaan Allah SWT dan Muhammad SAW sebagai utusanNya. Meski tak faham secara keseluruhan, Takazawa pernah mendengar sepintas Allah dan Muhammad. Seperti kebanyakan penduduk Jepun, sebelumnya Takazawa menganut aliran kepercayaan Shinto. Pertemuan dengan orang serba putih itu membekas di ingatan Takazawa. Dua tahun setelah memeluk Islam, dia bertemu lagi dengan sosok inspirasinya itu. “Ternyata dia pernah menjadi Imam di Masjid Nabawi, Kota Madinah, Arab Saudi. Saya bersyukur dapat bertemu dengannya,” katanya. Imam Masjid Nabawi itu meminta Takazawa untuk menjadi Imam di masjid di wilayah Shinjuku. Sebelumnya, dia melaksanakan ibadah haji dan menimba ilmu beberapa bulan di Kota Makkah. Nama Takazawa menjadi terkenal lantaran dia menjadi satu di antara lima imam Masjid besar di Jepun. Baarakallahufikum .... Semoga bermanfaat dan Dapat Diambil Hikmah-Nya ...

KENYATAAN HILANG AKAL PENGERUSI SPAD

Laporan akhbar yang tertera rakyat di persalahkan kerana kenaikkan tambang bas sekolah oleh pengerusi SPAD.Ini satu lagi kenyataan memalukan seorang bekas menteri yang di beri tanggungjawab untuk mentadbir SPAD.Kenapa SPAD hendak bermusuhan dengan orang ramai dalam hal berkaitan dengan tambang bas sekolah?Pihak SPAD tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu kepada orang ramai.
Penubuhan SPAD perlu dilihat sebagai satu badan yang di amanahkan untuk menjaga kepentingan orang ramai bukan hanya mencari kesalahan sahaja. Apa yang dapat di lihat adalah SPAD angkuh kerana hanya melihat kesalahan untuk diletakkan di bahu sesiapa yang mereka suka. Pihak SPAD sepatutnya melihat kembali kepada sejauh mana mereka dapat menjalankan tanggungjawab secara berkesan dan elakkan dari mengeluarkan kenyataan bodoh.
Salah satu objektif yang jelas di dalam penubuhan SPAD adalah membuat pemantauan ke atas keberkesanan perkhidmatan awam kepada pengguna.Mengapa pula sekarang SPAD mahu melepaskan tanggungjawab tersebut terhadap pengguna pula?
Secara rasionalnya kita melihat isu ini sebagai satu jenis kebodohan jelas apabila matlamat penubuhan SPAD itu sendiri tidak difahami oleh pengerusinya dan mungkin keseluruhan kakitangannya berdasarkan beberapa perkara:
1. SPAD sepatutnya membuat perancangan yang jelas dan nyata berkaitan dengan agenda pengangkutan awam negara dengan melihat keseluruh negara dan bukannya menumpukan hanya di kawasan lembah Kelang.
2. Tiada program yang dilaksanakan yang dapat merapatkan hubungan antara pengguna , SPAD dan juga pengendali pengangkutan awam.
3. Lebih bertindak sebagai organisasi yang paling berkuasa terhadap pengangkutan awan dengan banyak mengeluarkan saman terhadap teksi , bas dan pengangkutan awam yang lain.
4. Tiada membuat kajian yang koprehensif terhadap makenisma pengangkutan awam yang sedia ada,hanya menharapkan sistem yang sedia ada dapat berfungsi selamanya,sepatutnya banyak perubahan di buat dan dimaklumkan kepada orang ramai.
5. Bertindak mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab apabila dengan jelas SPAD tidak mampu melaksanakan tanggungjawabnya dengan berkesan,menyalahkan pengguna bukan cara nak melarikan tanggungjawab atas isu yang tidak mampu ditangani dengan baik.
6. Pengerusi SPAD harus di lantik dari golongan profesional yang mampu memberi sumbangan kepada kemajuan dan keberkesanan pengangkutan awam kepada rakyat,bukannya melantik menteri pencen yang malas berfikir dan membuat kenyataan yang kurang cerdik.
7. SPAD perlu memastikan organisasi mereka terus releven dengan tindakan-tindakan yang lebih bijak dan terancang dalam menangani pelbagai isu yang semakin mencabar.
Kenyataan pengerusi SPAD baru-baru ini memang tidak bertanggungjawab.Sebagai sebuah organisasi profesional yang bertanggungjawab terhadap sesuatu segmen penting dalam negara,SPAD perlu lebih dinamik dan mempunyai pemimpin yang berwawasan bukannya yang malas,sombong,takbur dan bodoh.Cukuplah dengan pelbagai isu sensasi yang yan disebabkan kemalasan untuk berfikir ini berlaku,SPAD perlu terus mengeluarkan kenyataan yang membina dan bertindak merangsang pengangkutan awan agar terus mendapat tempat di hati orang ramai.Janganlah dianaktirikan industri yang berpotensi besar ini.
KEGAGALAN KERAJAAN Najib Rosmah MENURUT TUN DAIM ZAINUDIN.. hehe 1- Isu kenaikan harga barang kerana kerajaan gagal mengawal. 2- Isu kenaikan harga tol. Kerajaan sepatutnya mengkaji perjanjian yang lama utk dilanjutkan bukan menaikan kadar. 3- Isu pengurangan Subsidi yg selama ini dinikmati rakyat perlu diteruskan dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan di mana rakyat nampak kerajaan boros dalam perbelanjaan negara. Terlalu banyak wang dibelanjakan untuk perkara yang tidak patut dan tidak memberi pulangan yg baik kpd rakyat dan negara. 4- Kenaikan elaun dan gaji kakitangan kerajaan juga mempengaruhi harga barang. 5- Menteri-Menteri tidak pandai menerang dan menjawab isu-isu yang dibangkitkan rakyat. Buatkan rakyat marah. 6- PM selaku menteri kewangan tidak bijak menguruskan perbelanjaan negara. 7- Ketika negara dilanda bencana banjir. PM dan ada juga menteri-menteri yang bercuti di luar negara. 8- Tun meramalkan BN akan tewas sekiranya PRU diadakan ketika ini atau di dalam keadaan yang sebegini rupa. 9- BN masih kuat dan memerintah kerana masih mendapat sokongan orang Melayu. Sepatutnya Melayulah yang perlu mendapat lebih manfaat daripada pemerintah. 10- Perbelanjaan besar dalam perkara-perkara 'mengambil hati' kaum Cina adalah kerja yang sia-sia dilakukan PM kerana mereka masih dan tidak akan menyokong kerajaan BN. 11- Tun juga persoalkan kenapa Melayu tidak dijaga. 12- Terlalu mengikut kehendak para penasihat dalam menentukan dasar yang akhirnya merugikan Melayu. Kerajaan UMNO dibawah pimpinan PM tidak cekap dan boleh mendatangkan mudarat hilangnya kuasa BN dlm pemerintahan negara pada PRU akan datang. Polisi dan tadbirurus negara oleh Kerajaan UMNOBN ternyata gagal memberikan kesan yang baik kepada rakyat malah rakyat berdepan dengan peningkatan kos sara hidup yang membebankan. UMNO ternyata GAGAL memperjuangan nasib orang melayu tetapi orang Melayu terus diperbodohkan demi menyelamatkan kuasa dan kemewahan Pemimpin UMNO. Orang Melayu harus sedar bahawa UMNO bukanlah parti yang memperjuangkan nasib orang Melayu tetapi mempergunakan Melayu untuk kepentingan dan survival Pimpinan UMNO untuk terus berkuasa dan memperkayakan diri,keluarga dan kroni mereka. [Copy Paste]

Thursday, 23 January 2014


EDISI SYUKUR DAN TERIMA KASIH KEPADA UMNO!!!! ... KANGKUNG KINI SUDAH SAMA TARAF DENGAN AYAM ....RM7 SEKILO!!!


“Kangkung dulu naik, sekarang ini dah turun. Bila turun apa pasal tak puji kerajaan? Bila naik salahkan kerajaan. Ini tidak adil" ...

Ok lah .. sebab Najib mau rakyat puji kerajaan maka sebagai rakyat di negara ini Omak Kau ingin nak lafazkan kata-kata pujian paling tinggi kepada kerajaan UMNO/BN pimpinan Najib Razak kerana ada negeri di Sarawak sudah mulai jual kangkung dengan harga yang hampir sama dengan ayam .. RM7 sekilo.

Jangan salahkan kerajaan UMNO/BN yang terkenal seantaro dunia sebagai kerajaan yang tiada cacat celanya yang berketuakan seorang maksum keramat hidup.

Harga kangkung naik sebab salah rakyat yang suka makan kangkung seperti juga tambang bas naik salah rakyat juga.

Dalam Malaysia selagi UMNO memerintah kesemua perkara yang membebankan rakyat bukannya salah kerajaan UMNO/BN tetapi rakyat.

UMNO/BN tidak boleh dipersalahkan malahan wajib diberikan pujian dan ucapan terima kasih.. Terima kasih UMNO/BN .. Terima Kasih banyak-banyak... Siapalah rakyat tanpa UMNO/BN .. Dimanakah Malaysia tanpa Najib Razak. 

Anwar: Lee tonjol derita rakyat, bukan hina Najib
Posted on Thursday, January 23 @ 07:04:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"

 Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan flashmob kangkung anjuran ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon yang menurutnya tidak berniat menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Anwar yang juga ketua pembangkang berkata beliau berpuas hati dengan penjelasan Lee bahawa flashmob itu bertujuan menonjolkan penderitaan rakyat akibat kenaikan kos sara hidup.

"YB Khai Loon buat kenyataan (bahawa) dia menafikan dia menghina dan jelaskan dia tak bermaksud hendak menghina Datuk Seri Najib.

"Dia hendak sampaikan mesej tentang penderitaan rakyat," kata Anwar pada sidang media petang ini.

Anwar mengulas flashmob wakil rakyat muda PKR itu yang menyaksikan sayur kangkung disumbat ke dalam mulut satu replika yang menyerupai wajah Najib di Pulau Pinang baru-baru ini.
sumber
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Thursday, January 23 @ 07:04:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Tiada ulasan: