Isu penyanyi wanita berhijab, apa kata syarikat Castmet
- Jan 22, 2014
- HARAKAHDAILY
Demikian dijelaskan Pengarah Urusan Castmet, Tan Keh Wah kepada Bernama sebagaimana laporan agensi berita itu, semalam.
"Saya menegaskan syarikat kami bukanlah rasis seperti didakwa, sebaliknya kejadian malam itu bukanlah kerana penyanyi itu bertudung tetapi dia bukan penyanyi yang dipersetujui oleh pengurusan majlis," katanya ketika dihubungi Bernama.
Tan menjelaskan perjanjian antara syarikatnya dengan sebuah syarikat pengurusan yang telah melantik kumpulan nyanyian malam itu tidak melibatkan penyanyi wanita bertudung kerana majlis malam itu ada menghidangkan minuman keras.
"Antara isi kandungan perjanjian itu juga, penyanyi kumpulan berkenaan dikehendaki berinteraksi serta menari bersama tetamu yang kebanyakannya lelaki bukan Islam, dan bagi menjaga maruah serta sensitiviti orang Islam syarikat telah bertegas untuk tidak melibatkan penyanyi yang bertudung," kata Tan.
Semalam, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dalam sidang media memberitahu, pihaknya telah menerima laporan rasmi dari seorang penyanyi profesional Marinatasha, yang telah menerima nasib malang apabila dihalang dari melakukan persembahan di satu majlis keramaian anjuran syarikat Castmet Sdn Bhd di atas alasan yang dikaitkan dengan pemakaian hijab sewaktu ingin mengadakan persembahan di pentas acara.
Imigresen siasat dakwaan wanita lolos pemeriksaan CIQ
- Jan 22, 2014
- HARAKAHDAILY
Pengarahnya, Rohaizi Bahari yang enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan berkata, pihaknya akan turut mengikuti perkembangan siasatan oleh pihak berkuasa Singapura.
Difahamkan, berikutan kejadian itu kawalan ketat dilakukan di kedua-dua pintu masuk Malaysia-Singapura sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Janda berusia 28 tahun itu yang berkahwin pada 2011 dan kemudiannya bercerai, berasal dari Kampung Baharu, Bukit Jenun di Pendang, Kedah ditahan kerana didakwa merempuh palang keselamatan di Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura pada Isnin.
Sebelum itu, dia yang memandu keretanya yang didaftarkan di Malaysia melepasi pusat pemeriksaan di Malaysia dan di Woodlands, Singapura pada 17 Jan lalu, dipercayai tiada sebarang dokumen pengenalan diri.
Selepas berjaya memasuki negara itu, wanita tersebut menghilangkan diri tanpa dapat dikesan selama tiga hari, sungguhpun polis melancarkan operasi untuk menjejakinya. - Bernama
Cetak baju-T: Eddy Gordo disiasat polis petang ini
- Jan 23, 2014
- HARAKAHDAILY
Ini kerana beliau mencetak T-shirt untuk protes ambang tahun baru 2014 yang lalu di Dataran Merdeka.
Pencetakan T-shirt tersebut telah diklasifikasikan sebagai aktiviti yang mengancam demokrasi berparlimen di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan.
Sekiranya didakwa dan disabitkan kesalahan, beliau boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.
Sekiranya beliau didakwa dan disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 124D, beliau boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun.
Setakat ini, sebanyak 22 helai T-shirt termasuk paspot beliau telah dirampas sebagai barang kes di kediaman beliau di Seri Kembangan pada 29 Disember lalu.
“Apakah hanya dengan kain, dakwat dan seni mampu mengubah keputusan kertas undi PRU yang lepas dan seterusnya mengancam demokrasi berparlimen di negara ini?
“Apakah ekspresi seni seorang artis muda boleh menyebabkan beliau dipenjarakan sehingga 20 tahun?” tanya anggota Kelab Bangsar Utama, Mandeep Singh dalam satu kenyataan.
Sebarang pertanyaan berhubung perkara, boleh menghubungi Wong Kar Fai di talian 016-38382323
Beg ini kosong, mengapa?
- Jan 23, 2014
- TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Seorang lelaki bangun di tengah padang. Matahari kelihatan terik tapi suasana mendung diselubungi awan hitam. Dia tidak tahu mengapa dia berada di padang. Di padang mana pun tidak dikenalinya.
Tetiba ada seorang pakcik menepuk di belakangnya.
“Dah sampai masa. Dah kena jalan. Dah tak ada masa. Cepat jalan,” jerit pakcik itu sambil menolak belakangnya untuk bergerak.
“Nak pergi mana?” tanya lelaki itu.
“Pergi tempat yang kamu tak pernah pergi,” jawab pakcik itu.
Pakcik itu memberikan satu beg kerja hitam pada lelaki itu.
“Apa dalam ini?” tanya lelaki itu.
“Benda peninggalan milik kamu,” jawab pakcik.
“Benda peninggalan saya? Saya tertinggal di mana? Baju? Duit?” tanya lelaki itu.
“Bukan. Semua ini bukan milik kamu, ia milik bumi,” jawab pakcik itu.
“Apakah itu ingatan saya?” tanya lelaki itu.
“Tidak. Ingatan kamu milik masa,” jawab pakcik itu.
“Apakah di dalamnya kemahiran saya?” tanya lelaki itu lagi.
“Kemahiranmu milik situasi di mana kamu menggunakan kemahiran kamu,” jawab pakcik itu lagi.
“Apakah dalam itu ada kawan dan keluarga saya?” tanya lelaki itu lagi.
“Tidak. Mereka milik laluan hidup kamu,” jawab pakcik itu lagi.
“Apakah dalam itu isteri dan anak saya?” tanya lelaki itu.
“Tidak. Mereka milik hatimu?” jawab pakcik itu lagi.
“Apakah dalam itu jasad saya?” tanya lelaki itu.
“Tidak. Jasadmu milik habuk,” jawab pakcik itu lagi.
“Saya tak faham. Jadi apakah dalam beg hitam ini?” tanya lelaki itu sambil membuka beg tersebut.
Sejurus dibuka, lelaki itu terus menangis.
“Beg ini kosong. Mengapa?” tanya lelaki itu.
“Itulah yang kamu miliki – waktu ini. Waktu ini kamu kena pilih antara bangun atau ikut aku,” jawab pakcik itu.
Tetiba…
“Encik, boleh dengar tak? Encik boleh dengar tak? Siapa nama encik? Tahukah siapa encik?” lelaki itu kedengaran suara seorang perempuan bertanya padanya.
Lelaki itu membuka mata, dalam samar-samar lelaki tersebut terlihat seorang jururawat sedang berkata-kata dengannya.
Setelah sedar, lelaki tersebut baru tahu dia terlibat dengan satu kemalangan yang dahsyat. Nasib baik tiada yang mati, hanya dia koma seketika dan dibawa ke hospital dengan luka di kepala.
Lelaki itu melihat ada beg hitam kerjanya di tepi katil…
Rupanya tadi perbualan dengan pakcik itu hanya dalam mimpinya sewaktunya koma. Dia hampir mati, menurut jururawat yang merawatnya tadi.
Namun perbualan dengan pakcik itu diingatnya sehingga hari ini – bahawa manusia tiada mempunyai apa-apa di duniawi ini. “Itulah yang kamu miliki – waktu ini.”
Lelaki itu membuka beg hitam kerjanya – dalamnya terdapat satu nota kad yang dihadiahkan oleh Ustaz Azizan. Lelaki tidak sempat membacanya lagi.
“Jangan butai nafsu kamu dengan mengejar benda-benda yang kamu tidak boleh bawa ke akhirat. Ayah doakan Allah membuka mindamu untuk kamu memahami apa yang ditulis ayah,” baca nota yang ditulis ustaz kesayangannya yang dipanggilnya ‘Ayah’.
Wahai anakku,
Segalanya hanya sementara. Apabila kamu meninggalkan dunia ini, tiada apa yang boleh dibawa. Oleh itu, jangan terlalu taksub mengejar kebendaan ciptaan manusia.
Belajarlah hidup dengan nikmat bersyukur dengan apa yang ada daripada merungut dengan apa yang tiada. Semestinya yang ada sebenarnya jauh lebih bernilai daripada apa yang tiada.
Senyum
Tiada penerokaan haram di Taman Negara
- Jan 22, 2014
- Muhammad Yusri Amin | Foto Zam
Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, tanah yang sedang dimajukan dengan tanaman kelapa sawit dilulus kepada sebuah NGO mengendalikan pusat pemulihan dadah cara Islam (Baitul Taubah).
“Itu tanah kerajaan, bukan hutan simpan. Tanah tersebut diusahakan Baitul Taubah dengan tanaman kelapa sawit dengan usahasama sebuah syarikat swasta,” katanya
selepas pelancaran Kempen Kitar Semula Peringkat Negeri di sebuah pasar raya di sini, hari ini.
Sebuah akhbar harian pada 12 Januari lalu melaporkan Taman Negara di Kuala Koh dan perkampungan Orang Asal terancam ekoran penerokaan tanah secara berleluasa.
Laporan khas tersebut disiarkan dua hari berturut-turut tanpa ada maklumat rasmi daripada agensi berkaitan.
Menjelang pilihan raya umum lalu akhbar sama turut memainkan isu penggondolan bukit di Gua Musang dengan aktiviti pembalakan.
Bagaimanapun dakwaan itu tidak berasas di mana gambar yang disiarkan merupakan kawasan yang sedang diusahakan dengan tanaman kelapa sawit.
Ahmad juga berkata, kerajaan negeri telah mewujudkan pasukan sukarelawan bagi mendapatkan maklumat terhadap dakwaan berlaku pencerobohan di kawasan Hutan Simpan Kekal atau mana-mana tanah kerajaan.
15 syarikat sertai tender Lebuh Raya Rakyat
- Jan 22, 2014
- SALMAH MAT HUSAIN
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad bagaimanapun berkata, sebanyak 15 daripada 50 syarikat terbabit telah mengemukakan permohonan mereka.
Sehubungan itu katanya, taklimat khas oleh pihak konsultan yang dilantik kepada penender terbabit akan diadakan di Kota Darulnaim esok.
“Taklimat diadakan bagi membolehkan mereka mendapat gambaran lebih jelas berhubung jajaran jalan yang akan dibina dan lot-lot yang terlibat dengan pengambilan semula.
“Kita akan gazet lot tersebut dan akan memanggil pemiliknya bagi urusan selanjutnya,” kata beliau selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Projek lebuh raya rakyat Kota Bharu-Kuala Krai dirancang kerajaan negeri ekoran projek tersebut disisihkan kerajaan pusat sejak Rancangan Malaysia Ke-5.
Bagaimanapun tahun lepas kerajaan pusat mengeluarkan tender bagi membina pakej Kota Bharu-Kadok sejauh 7 km membabitkan kos sebanyak RM200 juta.
Sebelum ini sebuah syarikat dari Korea terbabit dengan kerja-kerja awal membina projek berkenaan, bagaimanapun menarik diri kemudiannya.
Berikutan itu sebuah syarikat dari Emeriah Arab Bersatu berminat untuk meneruskan projek tersebut.
Namun difahamkan kerajaan negeri tidak berminat terhadap pakej tawaran dikemukakan syarikat itu kerana melibatkan kos agak besar.
Hanifa juga berkata, pada petang esok penender terbabit akan dibawa lawatan ke tapak pembinaan lebuh raya berkenaan di Machang.
Katanya, projek tersebut melibatkan jajaran Kuala Krai-Machang sejauh 30 km bagi fasa pertama. Tawaran tender dijangka berakhir 27 Febuari ini.
Janji projek tebatan banjir sejak RMK-7
- Jan 22, 2014
- SALMAH MAT HUSAIN
KOTA BHARU: Sejak Rancangan Malaysia Ke-7 (RMK-7) projek tebatan banjir di Sungai Golok yang diuar-uarkan kerajaan pusat, malangnya sehingga sekarang belum menjadi kenyataan.
Ekoran itu tebing Sungai Golok di sebelah Rantau Panjang mudah ditenggelami air bah setiap kali berlaku banjir. Malah tebingnya sering runtuh sehingga menyebabkan keluasan sungai melebar ke sebelah Malaysia.
Sedangkan Sungai Golok dijadikan sempadan antarabangsa memisahkan Malaysia dan Thailand. Bagaimanapun tembok batu sudah lama dibina di sebelah Thailand
Sehubungan itu Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob meminta Kerajaan Persekutuan menyegerakan projek pembinaan tebatan banjir di Rantau Panjang bagi mengurangkan limpahan air dari Sungai Golok.
“Tebatan banjir dijangka dapat mengurangkan kos yang terpaksa ditanggung rakyat yang tinggal di pinggir Sungai Golok terutamanya di Rantau Panjang dan Tumpat,” katanya selepas mesyuarat Exco, di sini hari ini.
Sebelum ini anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, sejak akhir tahun lepas sehingga tahun baru sudah beberapa kali air Sungai Golok melimpah. (Gambar atas)
Katanya ekoran banjir menyebabkan kegiatan ekonomi penduduk di kawasan terlibat lumpuh kerana perniagaan di kawasan bebas cukai tidak dapat dijalankan.
Ahmad juga berkata, projek tebatan hendaklah turut meliputi jajahan Jeli memandangkan hulu Sungai Golok bermula di Jeli dan berakhir di Pengkalan Kubur.
“Kita harap kerajaan pusat mempercepatkan projek tersebut demi keselesaan rakyat,” ujarnya.
Kerajaan pusat sebelum ini dilihat lebih berminat membina pagar elektronik bagi mencegah kegiatan penyeludupan berbanding projek tebatan banjir.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, pagar elektronik akan dibina bagi menyekat jenayah yang mengundang kerugian besar kepada negara.
Keliru cara sambutan maulidurrasul
- Jan 22, 2014
- ABU HUSAYN
Soalan:
Setiap tahun kita menyambut maulidur rasul dengan mengadakan perarakan dan sebagainya. Ada yang mengatakannya sebagai bidaah dan ada yang mengharuskannya. Sebagai orang awam, kadangkala saya keliru. Bagaimanakah sepatutnya kita menyambut hari yang bersejarah ini? Terima kasih
Jawapan:
Saya suka mengambil jawapan yang diberikan oleh allamah Abdullah bin Bayyah;
1.Isu maulid telah ditulis sebahagian ulama seperti Sayuti yang membenarkannya dan telah ditulis sebahagian ulama yang lain menolaknya, maka tidaklah aku ingin memanjangkan kata-kataku tentang hal ini dan tidak pula aku ingin memperbanyakkan perdebatan tentang hal ini.
2.Barangsiapa meraikannya dengan menceritakan kisah perjalanan hidup Rasulullah SAW dan memperingatkan sifat-sifatnya yang mulia dengan sambutan yang tidak bercampur dengan perbuatan yang dilarang disisi syarak dan tidak pula dengan niat sunnah atau wajib maka tidak mengapa.
3.Barangsiapa meninggalkan perayaan maulid dengan niat mengikut sunnah dan bimbang termasuk dalam perbuatan bid'ah, maka ini juga diberi ganjaran insya-Allah.
(maka perkara ini bukanlah isu besar dan tidak harus menokok-tambah lagi terhadap isu ini)
Sheikh Allamah Abdullah Bin Bayyah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan