Selasa, 28 Januari 2014

BIASA KITA TAK NAMPAK KESILAPAN DIRI....KITA RASA ....KITA BETUL...KITA BETULKE ATAU SALAHKE...DUA2 NI AKAN MATI JUGAK AJE

Najib akan bawa tawaran Anwar ke Kabinet
pada 27-01-2014 08:01 
Post Pic
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak memberi isyarat positif akan membawa tawaran konsensus nasional daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke mesyuarat Kabinet.
Semalam, Anwar sekali lagi mengulangi tawaran konsensus nasional dan hari ini Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara individu yang terawal menyambut cadangan tersebut.
"Kami akan bincang perkara ini dalam Kabinet," kata Najib ringkas selepas ditanya wartawan semasa menghadiri pelancaran buku peta Malaya dan Borneo di Kuala Lumpur hari ini.
Perdana Menteri bagaimanapun menegaskan yang lebih penting adalah supaya negara terus aman dan mendahului kepentingan rakyat terlebih dahulu.
Anwar menyeru semua pihak termasuk Barisan Nasional (BN) mengenepikan perbezaan politik dan mencapai konsensus nasional bagi menangani isu-isu yang disifatkannya 'teramat penting'.
Katanya pencapaian konsensus itu perlu bagi mengatasi beberapa isu yang mampu mengancam identiti negara sebagai sebuah bangsa dan negara serta isu-isu perpaduan, perkauman, tadbir urus negara dan juga ketelusan.
Menurut Anwar, sejak akhir-akhir ini beberapa keadaan dan kejadian telah mengakibatkan hubungan baik di antara kaum dan agama di Malaysia menjadi semakin renggang, malah menjadi-jadi sehingga boleh menggugat perpaduan.
Katanya, rakyat Malaysia tidak boleh lagi leka kerana terdapat beberapa pihak yang didakwanya sedang bertindak berusaha sedaya upaya untuk membawa negara ke ambang kemusnahan.

Lihat! Lihat! Lihat!

Written By canang on Selasa, 28 Januari 2014 | 1/28/2014 01:27:00 PTG



Ahli Pas Mesti Menjadi Pendakwah
Idris Hj Ahmad

Islam berkembang dengan dakwah. Tanpa dakwah Islam tidak sampai ke negara kita. Kita tidak tahu apa anutan agama kita pada masa ini. Besarnya jasa pendakwah yang telah mengharungi lautan dan ombak yang bergelora semata-mata untuk menyampaikan risalah dakwah. Bayangkan sewaktu itu tidak mempunyai pengangkutan seperti hari ini. Namun atas arahan agama mereka sanggup sampai ke negara kita dan juga ke negara lain.

Sekarang Nabi dan Rasul tidak lagi diutuskan kepada manusia. Tetapi urusan manusia terus berjalan di atas muka bumi Allah SWT. Urusan manusia ada yang salah dan ada yang betul. Di sinilah perlunya dakwah sesama manusia.

Oleh yang demikian ahli Pas mesti menjadi duat ila Llah kerana ia adalah satu kewajipan yang tidak boleh dielakkan. Sabda Rasulullah SAW " Hendaklah kamu sampaikan ajaran aku walaupun satu ayat".

Ertinya disini tidak perlu untuk menjadi alim baru hendak memulakan dakwah. Jangan tunggu alim baru hendak berdakwah, sebaliknya berdakwahlah sehingga anda menjadi alim. Ertinya bermula dengan sedikit pengetahuan,lama kelamaan ia menjadi alim.

Ahli Pas mesti berdakwah sekadar kemampuan. Mewujudkan dakwah harakiah ialah dakwah yang berhubung kait dengan sekeliling dan masalah harian.

Mulakan lamgkah dengan ahli keluarga kita dahulu. Sebagaimana perintah Allah kepada Nabi kita Muhammad SAW "berikan inzar kepada ahli keluarga kamu yang terdekat"

Nabi SAW mengajak isterinya Siti Khadijah Binti Khuwailid, Saidina Ali yang dipelihara oleh nabi Muhammad SAW. Ertinya merekalah orang yang paling awal baginda seru untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Mulakan dengan keluarga dahulu. Nanti orang ramai akan kata, kuman di seberang laut kamu nampak, gajah di hadapan mata kamu tidak nampak. Soal samaada mereka mahu menerima atau tolak, ini bukan perhitungan. Apa yang penting ialah usaha untuk berdakwah. Baginda tidak jemu- jemu di dalam menyampaikan seruan kepada ahli keluarganya. Baginda mengambil kesempatan ketika orang ramai ada untuk memberi penerangan. Tidak ada lorong di Makkah yang baginda tidak masuk untuk memberi tahu kepada orang ramai, terutama sewaktu orang Arab datang mengerjakan haji pada ketika itu. Baginda membuat kenduri, apabila orang ramai hadir baginda memperkenalkan Islam kepada hadirin.

Berikan kefahaman kepada anak isteri mengenai Islam dan penghayatannya. Galakkan mereka menuntut ilmu tanpa jemu. Suburkan ahli keluarga dengan budaya ilmu. Mempunyai perpustakaan peribadi di dalam rumah, sebagai langkah menggalak budaya membaca. Dakwah berkembang demgan ilmu dan kefahaman. Tanpa kefahaman ia cepat luntur dan pudar.

Menggalak ahli keluarga hadir ke program ilmu di masjid, surau dan markaz. Di sinilah tumbuh kesedaran untuk berjuang dan bekorban. Kita tidak berjaya di dalam dakwah, jika anak isteri tidak bersama mendokong perjuangan suci ini. Cabaran yang paling besar kepada seorang pendakwah ialah cabaran yang datang daripada ahli keluarga sendiri. Jika ujian ini lulus maka ia boleh maju ke hadapan untuk membawa panji agama Allah. Pendakwah boleh berhadapan dengan musuh di luar kerana ia hanya pada waktu- waktu tertentu. Sedangkan ahli keluarga berlaku sepanjang waktu.

Berdakwah bukan satu perkara yang sukar, jika kita faham apa skop dan tanggungjawab sebagai ahli Pas. Apa yang penting kerja ini boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT. Banyak orang silap faham menganggap bahawa hendak menjadi pendakwah mesti pandai berpidato dan petah bercakap. Ini satu tanggapan yang silap. Mereka boleh bekerjai di medan yang cukup luas. Mesti meletakkan diri di posisi yang mampu mereka lakukan. Mereka yang berkeahlian dalam bidang IT perlu manfaatkan kemudahan yang sedia ada. Jangan biarkan kemudahan ini tidak diisi oleh aktivis Pas. Sebenarnya ruang ini hanya memerlukan komputer untuk melaksanakan dakwah. Gunakanlah ia sebagai medium untuk menerangkan Islam dan dasar perjuangan kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk bersemuka dengan kita tetapi boleh bertemu di alam maya. Amat beruntung siapa yang dapat kuasai teknologi maklumat pada masa kini.

Salah satu cara lagi cara untuk berdakwah yang tidak perlu ungkapan dan kata- kata, cuma perlu tenaga sahaja. Iaitu boleh letak akhbar Harakah yang sudah dibaca di kedai kopi. Atau pun edarkan keratan akhbar kepada orang ramai, jika ada artikel- artikel yang baik.

Mungkin kita tidak pandai bercakap, tetapi kita boleh panggil orang bercakap. Ini juga merupakan satu usaha dakwah. Sabda Rasulullah SAW bermaksud "Siapa yang menunjuk jalan kebaikan, maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan kebaikan". Jelas kepada kita, dakwah bukan sahaja untuk orang yang petah bercakap, tetapi ia adalah tugas untuk semua. Jika semua ahli Pas berperanan di dalam berbagai medan maka fajar Islam cepat kelihatan.

Anwar sah tanding Kajang, enggan sah jadi MB baru
pada 28-01-2014 12:01 Ditulis Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz dan Shuhainiza Said
Post Pic
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disahkan akan bertanding di pilihan raya kecil (PRK) kerusi DUN Kajang yang dilihat sebagai tiket untuk beliau dicalonkan sebagai Menteri Besar baru Selangor.
Bagaimanapun dalam sidang media bersama Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Anwar masih enggan memberikan pengesahan bahawa beliau bertanding di Kajang bagi membolehkan dirinya dicalon sebagai menteri besar menggantikan Khalid.
Anwar berkata tumpuan harus diberikan kepada PRU Kajang dan Khalid akan terus menyandang jawatan MB buat masa ini.
"Kita bermesyuarat dan keputusan kita ialah menumpukan DUN Kajang dan keputusan kita bersama untuk memastikan pimpinan PKR bergerak menjadikan tapak yang kuat… untuk mengambilalih Putrajaya.
"Jadi setakat ini kita minta MB (Khalid) teruskan tugasnya sehingga kita lihat seterusnya," katanya.
Pencalonan Anwar untuk PRK Kajang diumumkan oleh Khalid sendiri dalam cubaan untuk mempamerkan perpaduan di kalangan pimpinan PKR yang dilanda konflik dalaman teruk akibat perbalahan di antara timbalan presiden Azmin Ali dan Khalid.
Ditanya sama ada beliau bersetuju Anwar bertanding di Kajang, Khalid menjawab spontan:
"Kalau tidak, saya tidak ada di sini,” kata Menteri Besar itu yang menyifatkan PRK itu penting untuk memantapkan lagi PKR dan Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum seterusnya.
Khalid juga berkata persoalan sama ada penampilan Anwar sebagai bakal Menteri Besar tidak timbul buat masa ini.
"Itu bukan isunya sekarang, sekarang kerja kita ialah membantu untuk DUN Kajang menang, laporan akhbar boleh membantu juga supaya tidak perlu ada pertandingan di situ," katanya.
Kerusi Kajang dikosongkan oleh penyandangnya Lee Chin Cheh semalam.
DUN itu dianggap kubu kuat PKR dengan Lee memperolehi majoriti hampir tujuh ribu undi walaupun menghadapi saingan enam penjuru pada pilihan raya umum lalu.
Menurut Akta Pilihan Raya PRK Kajang mesti berlangsung dalam tempoh 60 hari dari tarikh pengosongan kerusi itu.
Kemenangan kerusi DUN itu akan memberi tiket untuk Anwar dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor dengan persetujuan pimpinan Pakatan Rakyat serta perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Kehadiran pimpinan DAP termasuk pengasasnya Lim Kit Siang dan Naib presiden PAS Sallehuddin Ayob pada sidang media itu menunjukkan Anwar berjaya mendapatkan sokongan padu Pakatan Rakyat.
Ditanya kecaman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap penggunaan sistem demokrasi bagi memaksa PRK untuk menyelesaikan konflik dalaman, Anwar berkata pengundi Kajang akan diberi penjelasan yang secukupnya.
"Kita perlu memberi penjelasan… Tan Sri Khalid akan tolong, YB Azmin (Ali) akan tolong dan ini adalah yang terbaik untuk pengundi di Kajang," kata Anwar.
Anwar juga berpendapat SPR tidak perlu melatah mengenai kos mengendalikan PRK Kajang, kurang setahun selepas PRU 13.
"Apakah meninggal dunia saja ke baru boleh buat pilihan raya?, PRK boleh jadi jika letak jawatan, bersara, berhenti. Kalau SPR kata membazir,b agi menang sajalah," katanya.
Anwar juga meremehkan konflik antara Khalid dan Azmin yang dikatakan memaksa beliau untuk tampil mengambil alih jawatan Menteri Besar itu dalam usaha menamatkan perbalahan berkenaan.
Konflik itu tercetus apabila Khalid dituduh mendalangi pengguguran Azmin daripada lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor awal bulan ini.
Khalid berkata tindakan itu diambil oleh PKNS sungguhpun dokumen-dokumen yang didedahkan menunjukkan pejabat beliau telah menyarankan kedudukan Azmin dalam badan itu dikaji semula.
"Kemelut kecil saja, takkan isu PKNS ini akan dianggap (besar), dalam Umno lagi besar," kata Anwar.
"Tidak berbangkit isu itu, kita akan berbaik," tegas beliau.

Tuesday, 28 January 2014


KECOH SATU DUNIA PASAL NAJIB DAN ADIKNYA BERTENGKAR MENGENAI SATU ARTIKEL YANG DIKATAKAN MENYINDIR KEPIMPINAN BELIAU SEBAGAI PM.



Artikel bertajuk “Mengenang kembali bapa saya, Tun Razak” yang ditulis jurubank terkemuka Datuk Seri Nazir Razak dikatakan menyebabkan kemarahan keluarga perdana menteri dan penyokongnya -  dengan kemungkinan akan menyebabkan bos CIMB itu menerima akibatnya.

Menurut kem Datuk Seri Najib Razak, artikel tersebut yang menggambarkan legasi perdana menteri kedua Malaysia ibarat memberikan peluru kepada musuh beliau – kini menyerang dirinya dan isteri daripada pelbagai sudut.

Dalam artikel dikeluarkan sempena ulang tahun ke-38 kematian Tun Abdul Razak Hussein, Nazir meceritakan tentang kualiti yang menyebabkan bapanya dihormati. Sebagai seorang pemegang amanah aset negara, kesederhanaannya adalah lagenda.

Nazir berkata, bapanya sudah melaksanakan "Rakyat Didahulukan", sebelum slogan tersebut kedengaran dan percaya terdapat tempat bagi semua rakyat di bawah matahari Malaysia.

Difahamkan, artikel tersebut dikeluarkan untuk mengingatkan rakyat Malaysia mengenai legasi Razak dan juga mempertahankan nama keluarganya.

Artikel tersebut disukai ramai terutama yang tidak gembira dengan pencapaian Najib sebagai perdana menteri serta membiarkan peningkatan ektremisme kaum dan agama.

Ramai beranggapan artikel tersebut dikeluarkan tepat pada masanya di kala kerajaan berbelanja secara mewah dan sikap angkuh ahli politik pemerintah pada ketika rakyat Malaysia menderita akibat kenaikan kos kehidupan.

Tetapi di Putrajaya, artikel tersebut tidak disukai dan Nazir kini terpinggir daripada koridor kuasa.

Beliau kini tidak menikmati sokongan kerajaan sehingga terpaksa memikirkan pilihan pekerjaannya.

Wujud cakap-cakap mengatakan Nazir dilihat sebagai pengkhianat.

Apa yang pasti, hubungan di antara keluarga Najib dan penyokongnya dengan pengurus bank itu semakin dingin.

Sumber dekat memberitahu The Malaysian Insider terdapat banyak penentangan terhadap artikel tersebut termasuk nada tulisan, masa dikeluarkan dan motif di belakangnya.

Kumpulan Najib berkata, seolah-olah hanya Nazir yang menjaga legasi Razak. Sebagai tambahan mereka berkata, perlu ada kesetiaan kepada keluarga, terutamanya pada waktu sukar.

Dan mesej kepada perdana menteri dihantar melalui artikel disiarkan media tidak dikawal Umno. Artikel bertarikh 14 Januari itu disiarkan The Malaysian Insider, The Star dan Sinar Harian.

Difahamkan Najib dan adiknya bertengkar mengenai artikel tersebut, dan sebuah lagi artikel tentang isu sama disiarkan akhbar milik Umno New Straits Times, dua hari kemudian.

Walaupun diserang penulis blog pro kerajaan berhubung artikel tersebut, Nazir tidak berganjak dan mempercayai beliau mempunyai tanggungjawab kepada keluarganya untuk mengingatkan rakyat Malaysia mengenai legasi ayahnya dan mempertahankannya walau apa pun terjadi.

Tuesday, 28 January 2014


GAMBAR DUA TOKOH ULAMA NEGARA YANG SEMPOI DAN COOL.



Dato' Seri Presiden PAS TGHA menemani Timbalan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Dr Harun Din makan bersila di wad IJN cukup menyentuh kalbu Omak Kau.

Syukur AlhamdulillahTGHD kelihatan ceria dan bertambah sehat.

MB Selangor umum Anwar bertanding DUN Kajang

Oleh: Lizawati Madfa
PETALING JAYA 28 JAN : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi DUN Kajang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR), umum Menteri Besar hari ini.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan itu juga dipersetujui pimpinan parti Pakatan Rakyat (PR) yang dimaklumkan dalam satu mesyuarat awal pagi tadi.
Anwar bertanding1

Katanya, dengan penyertaan Ketua Pembangkang Parlimen itu ke negeri Selangor mampu meneruskan kecemerlangan Kerajaan Selangor.
“Ini adalah keputusan bersama bagi menjadikan Pakatan Rakyat lebih kuat.
“Jadi kita akan menumpukan sepenuh perhatian bagi memastikan kejayaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang,” kata Abdul Khalid.
Abdul Khalid membuat pengumuman berkenaan dalam satu sidang media yang turut dihadiri Anwar serta Lim Kit Siang dan Salahuddin Ayub yang diadakan di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.
Sementara itu, Anwar pula sekali lagi menolak spekulasi bahawa beliau bakal menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.
“Keputusan yang dicapai dalam Pakatan Rakyat ini memberi motivasi kepada saya untuk membantu meningkatkan kecemerlangan pentadbiran kerajaan Selangor,” kata Anwar.
HannahSemalam, speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh mengumumkan perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh daripada PKR.
Justeru, selaras dengan Fasal 5 Perkara 70 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, sesuatu kekosongan luar jangka hendaklah diisi pada masa 60 hari dari tarikh kekosongan.
Dalam pilihan raya umum lalu, Lee sebagai calon PKR menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, BERJASA dan tiga calon bebas.
Kawasan itu mempunyai 38,965 pengundi dengan 48 peratus Melayu, 41 peratus Cina dan India sebanyak 10 peratus.
EZY

 


Tuesday, January 28, 2014


Kemelut di Selangor : Ni nasihat buat Anwar Ibrahim..


Dah lama dah aku tengok PKR Selangor ni.. kepada penyokong pandai pula diberikan nasihat selesaikan segala isu melibatkan parti secara dalaman tapi mereka pula sebaliknya..

Kalau kita baca kebanyakkan komen warga internet dalam berbagai portal yang ada, majoriti rakyat amat menyanjungi TS Khalid sebagai Menteri Besar Selangor..

Tapi kalau kita tanya pula pemimpin-pemimpin PKR Selangor sendiri, boleh dikatakan ramai yang tak menyenangi kepimpinan TS Khalid ini, sebab utamanya ialah kedekut!

Kedekut kepada parti bukan kedekut kepada rakyat.. salahke?

Tertanya-tanya juga aku kenapa perkara ini tidak diselesaikan secara dalaman?.. susah sangat ke Azmin dan TS Khalid hendak dipertemukan?

Kenapa tidak Anwar yang rapat dengan Azmin dan Wan Azizah yang rapat dengan Faekah temukan mereka dan selesaikan masaalah antara mereka secara dalaman?

Dan aku setuju dengan kenyataan Cucu Mat Kilau ni..

Susulan kemelut dalaman PKR, antara Azmin Ali (Timbalan Presiden) dan Tan Sri Khalid Ibrahim (MB Selangor) maka NGO Angkara terpanggil utk beri nasihat dan teguran buat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kadang-kadang kesian melihat sahabat-sahabat dlm Pakatan Rakyat terutamanya dr PAS yg trpaksa menonton adengan memualkan Tan Sri Khalid vs Azmin Ali. Dok bercakaran dr dulu tak habis2..

Mana Anwar Ibrahim yg sepatut jd ORANG TRNGAH?.

Ajak2 lar dua2 pemimpin tu duduk semeja, bincang empat mata.. cakap mcm adik beradik.. Itu guna Ketua Umum..

Jgn membela sebelah pihak jer (Azmin Ali). Tgok dulu masa Pemilihan PKR 2010, sama jugak, Azmin Ali vs Zaid Ibrahim. Anwar kata dia berkecuali, tp belakang sibuk dok kempen Azmin.

Mcm mana PKR tak berkecamuk kalau mcm ni. So, nasihat utk Anwar jdlah pemimpin yg hebat bercakap dan mendamaikan anak2 buah.

Jgn buat kenyataan yg menyokong sebelah pihak hingga menyinggung perasaan pihak yang lain.

Berlaku adil jika benar nak buat rakyat percaya kpd keADILan.

Kes Azmin vs Khalid Ibrahim ni boleh selesai jika Anwar panggil kedua2nya bersemuka kat rumah beliau dan bg nasihat supaya tak jatuhkan imej PKR dan Pakatan Rakyat.

Dok berentakan sesama sendiri dlm media namanya MEMBUKA PEKONG DI DADA.

Sengaja bg peluru kpd musuh utk menyerang. Jgn smpai rakyat jemu dan muak melihat adengan ini.

Belum dpt kuasa di pusat PKR dah bercelaru.

Demi rakyat, lakukan sesuatu dgn berlapang dada. Malu kat rakan2 dlm Pakatan Rakyat lain yang menonton adengan ini.

Byk isu rakyat diselesaikan, kenapa harus disajikam dgn isu2 peribadi seperti ini?.


MOHD SHUKRI MOHD RAMLI
Penyelaras NGO Angkara (Angkatan Pembela Rakyat)


SELAMATKAN SELANGOR DARI PUAK PUAK JAHANAM YG BERADA DI DALAM PARTY PAKATAN. SEBAB UTAMA:-

1. SELANGOR NEGERI TERMAJU TERKAYA DI MALAYSIA
2. SELANGOR BERSIFAT AMAT PENTING DARI SEGI POLITIK MALAYSIA
3. HANYA KETUA PEMBANGKANG SAJA TERBAIK UTK RAKYAT SELANGOR SETAKAT INI.
4. KEBIRUAN OTAK UMNO NAJIB AKAN MENGHITAMKAN MINDA MEREKA JIKA SELANGOR DAPAT KITA SELAMATKAN.
5. SELANGOR ADALAH NADI POLITIK MALAYSIA
6. SELANGOR LAMBANG PERPADUAN NASIONAL YG WAJIB DI PIMPIN OLEH YG TERBAIK DSAI

Abu As Bin Siddiq

http://www.sinarharian.com.my/politik/anwar-bertanding-di-dun-kajang-1.245169
Like · · · 43 minutes ago ·

Tiada ulasan: