Sabtu, 25 Januari 2014

PERGINYA SEORANG ULAMAK



Ilmu akan hilang dengan pemergian ulama
Posted on Saturday, January 25 @ 13:13:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Pada minit ke 5:21 saat tuan guru membacakan hadis benar2 tersentuh keran hadis itu benar2 tepat dalam menggambarkan kepergian beliau sndiri menemui ILLAHI.. - Tettu Nour

Saya beberapa bulan lalu berjalan dengan salah seorang penasihat TranungKite, semasa itu kecoh tentang sedikit pngolakan dalam PAS antara ulama dan profesional. Walaupun kami melihat itu hanya gimik pemilihan dan 'asukan daripada media sosial' tetapi kami merasai kebimbingan tentang perjuangan PAS yang akan mendatang kerana ulama dalam PAS semuanya sudah uzur..

Mursyidur Am sudah berumur dan sakit. Timbalan MA pun keluar masuk hospital. Presiden PAS mengalami sakit darah rendah 2 kali kena minor strok... Ustaz Harun berkerusi roda.. dan ramai lagi sakit.

Adakah PAS akan diterajui oleh mereka yang kurang pengalaman dan tidak cukup ilmu agama hanya banyak ilmu politik sahaja...

Tarbiyyah PAS perlu diperkasakan!!
Generasi muda harus diulamakan. Golongan Profesional haru diulamakan agar mereka memahami perjuangan Islam yang 'benar'.

Webmaster
TKO



Friday, January 24, 2014


TERKINI!!! Gambar-gambar sekitar pengebumian Almarhum Ustaz Harun Taib



Al Faatihah .. Mengiringi al Marhum Tuan Guru Hj Harun Taib ke tapak persemadiannya. Semoga ruh Tuan Guru dicucuri rahmat oleh Allah swt..










~fb Ust Nasrudin, Dewan Ulamak & Dr. Raja Al-Hiss




Gambar Sekitar Kehadiran Orang Ramai memberi penghormatan terakhir terhadap Seorang Murobbi Allahyarham Tuan Guru Dato' Dr Ust Haron Taib, Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong dikalangan orang yang beriman. Sesungguhnya kita kehilangan seorang tokoh yang cukup banyak berjasa dan pengorbanannya demi Islam hingga ke akhir hayat.


 



Gambar dari kiri: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat yang pertama: 1952 - 1953: Tuan Guru Haji Abdullah Fahim (Pulau Pinang) Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat yang kedua: 1956 - 1958: Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin (Perak) Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat yang ketiga: (maaf tiada dalam gambar) 1958 - 1962: Tuan Guru Haji Abdul Samad Nuh (Perak) Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat yang keempat: 1962 - 1968: Tuan Guru Haji Husin Rahimi Seman (Kelantan) Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat yang kelima: 1968 - 1985 : Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat (Kelantan) Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat yang keenam: 1985 - 2007: Dato' Ustaz Haji Harun Taib (Terengganu) Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat yang ketujuh: 2007 - 2009: Dato' Paduka Tuan Guru Haji Mohamed Daud Al-Iraqi (Kelantan) Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat yang kelapan: 2009 hingga sekarang: Dato' Tuan Guru Haji Harun Taib (Terengganu) [sumber: Jabatan Arkib PAS]


Exco: Selangor sumbang lebih 25 peratus pendapatan negara

Oleh : NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM 25 JAN: Selangor menyumbang satu perempat atau 25 peratus jumlah pendapatan negara melalui cukai berbanding satu perlima sebelum ini yang menzahirkan keupayaan ekonomi Selangor sebagai negeri maju.
Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, kajian Malaysia Institut of Economic Research (MIER) menunjukkan bahawa pendapatan purata bagi keluarga golongan sederhana yang mempunyai empat ahli keluarga di Selangor ketika ini berjumlah RM5,753 sebulan.
DSC_8581Kata beliau lagi, Kerajaan Negeri ketika ini sedang giat melipat gandakan usaha bagi membantu meningkatkan lagi pendapatan golongan berpendapatan rendah kepada tahap yang lebih tinggi lagi.
“Kajian dijalankan berdasarkan kajian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pendapatan perkapita rakyat dan juga berdasarkan bagaimana pulangan pelaburan kepada persekutuan,” kata beliau.
Kajian itu dibentangkan panel institut kajian itu dalam pemungkiman Menteri Besar bersama Exco Kerajaan Negeri dan Ketua-ketua Jabatan baru-baru ini.
Rodziah berkata demikian selepas beliau merasmikan Program Hormat Diri Anda yang dianjurkan Exco Hal Ehwal Wanita Selangor pagi tadi.
DSC_8663Sementara itu dalam program yang turut dihadiri Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang, Gan Pei Nei dihadiri lebih 100 wanita dari pelbagai peringkat usia.
Program itu diadakan bagi memupuk kesedaran generasi muda wanita di negeri itu terhadap keupayaan sebenar dan peranan yang boleh dimainkan wanita dalam membentuk masyarakat yang lebih harmoni dan kehidupan yang lebih sejahtera.
DSC_8611Antara acara yang diadakan dalam program sehari itu, Forum, persembahan artis, cabutan bertuah, jualan pelbagai bahan bacaan dan cederamata serta kaunter khidmat awam.
EZY



Kenapa Sembah Kaabah?



312773_10150531252124572_1158422798_n
Suatu hari, seorang pemuda sedang asyik membaca artikel-artikel lama di laman web Oh! Islam melalui iPad’nya. Sedang asyik, dia didatangi oleh seorang sahabat lama yang bukan beragama Islam. Berbual punya berbual, hinggalah tersentuh bab agama dan akhirnya terzahirlah perbualan di bawah ini.
“Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?”
“Oh…. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah”
“Baitullah tu apa?” …
“Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah”
“Allah ada dalam tu?”
“Tak…..”
“Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?”
“Yang saya sembah bukannya bangunan tu..”
“Kamu sembah apa?”
“Saya sembah Allah swt”
“Jadi, kenapa sembah bangunan tu?”
“Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah..”
“Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la..”
“Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?”
“Pernah…… selalu..”
“Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?”
“Tengok perlawanan bola la..”
“Di mana?”
“Dalam tv la..”
“Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak..”
“Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada..”
“Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu..”
“So..?”
“Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?”
“Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu..”
“Peliknya..”
“Sebab apa pulak pelik?”
“Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat..”
“Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya..”
“Hurm.. jadi tak peliklah ni..?”
“Ya.. tak pelik..”
“Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah..”

Doa ibu bapa sumber kekuatan batin, bentuk keperibadian anak

Posted on December 27, 2010 under Islam by


ALLAH SWT memerintahkan setiap hamba-Nya taat dan memuliakan ibu bapa. Bergaul dan memenuhi hak kedua-dua ibu bapa menjadi keutamaan yang mesti dilaksanakan anak, khususnya apabila ibu bapa lanjut usia. Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa bermakna seseorang itu menderhakai Allah. Begitulah besar dan mulianya darjat ibu bapa.
Banyak ayat al-Quran yang memerintahkan supaya mentaati ibu bapa. Antaranya Allah berfirman, “Janganlah kamu menyembah selain Allah dan berbuat baiklah kepada ibu dan bapamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 83)
Seseorang anak hanya dapat kedudukan anak salih jika sentiasa mentaati dan memuliakan ibu bapa. Sifat menyayangi dan mengasihi orang lain adalah fitrah semula jadi manusia, malah haiwan juga dikurniakan naluri ini.





Justeru, orang yang menderhaka kepada ibu bapa dianggap melencong daripada fitrah insan. Apabila kita dewasa dan mendapat pelbagai kesenangan hidup, kita tidak boleh sama sekali melupakan pengorbanan ibu bapa, sebaliknya kita sewajarnya berbakti untuk membalas jasa mereka mendidik sehingga menjadi insan berguna.
Anak yang salih akan berusaha menyenangkan hati kedua-dua ibu bapanya kerana mengharapkan keredaan hidup daripada Allah. Mereka mengetahui setinggi manapun kedudukan, pangkat atau pemilikan harta kekayaan semua tidak sama nilainya dengan kasih sayang terhadap ibu bapa.
Selain itu, doa ibu bapa sangat berkat dan mustajab. Oleh itu, anak yang salih akan mengharapkan keberkatan doa ibu bapa dalam menyusuri kehidupan.
Sabda Rasulullah SAW: “Tiga jenis doa mustajab yang tidak diragukan keajaibannya adalah doa orang tua untuk anaknya, doa orang musafir dan doa orang yang dizalimi,” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Malah Nabi SAW menegaskan, “Doa orang tua untuk anaknya bagaikan doa nabi untuk umatnya,” (Hadis riwayat ad-Dailimi).
Oleh itu, sewajarnya kita merebut peluang semasa ibu bapa kita masih hidup untuk berbakti disamping mengharap keberkatan doa mereka dalam menjalani kehidupan seharian kerana doa ibu bapa adalah sumber kekuatan batin anak. Hal itu akan membentuk keperibadian dan kewibawaan anak dalam menjalani kehidupan.
Petunjuk kedua ibu bapa terhadap anaknya sama seperti petunjuk Nabi kepada umatnya. Oleh itu, anak yang sentiasa memuliakan ibu bapanya tentu akan didoakan oleh ibu bapanya, sebaliknya anak yang derhaka itu sentiasa akan mendatangkan kemudaratan dalam hidup.

Saturday, January 25, 2014


BAYI AJAIB MASIH HIDUP WALAU TERTIMBUS BATUAN BANGUNAN AKIBAT SERANGAN UDARA ASSAD

Seorang anak kecil yang terkambus sepenuhnya oleh runtuhan bangunan berikutan serangan udara tentera Assad di Aleppo, Syria telah berjaya dikeluarkan hidup-hidup. Kanak-kanak itu dikeluarkan dari runtuhan dengan hanya menggunakan tangan-tangan manusia tanpa peralatan.

Rakaman yang luar biasa iyang dimuatnaik di YouTube semalam menunjukkan sekumpulan lelaki  menggali runtuhan yang hancur menjadi debu dalam keadaan penuh ketakutan untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut.

Imej kanak-kanak bertuah itu mula muncul pada minit ke dua dalam video di bawah. Inilah yang dikatakan orang "BERPANTANG MATI SEBELUM AJAL"

** Allepo adalah bandar yang dikuasai sepenuhnya oleh mujahidin

 


Tiada ulasan: