Jumaat, 24 Januari 2014

BOLEH DAN SYOK BERKHAYAL PENGHUNI SYURGA....TAPI JANGAN DIDUNIA BERAMAL AHLI NERAKA....SERTA MENENTANG HUDUD ATAU TAK YAKIN DENGAN UNDANG2 HUDUD

Baguih punya menteri cap kangkung..


Khalid menjelaskan mesej palsu skim perumahan Selangor kepada pasangan dari Bandar Kinrara, Puchong yang berkunjung ke pejabatnya semalam.

SHAH ALAM: Mesej palsu berhubung skim pembiayaan perumahan rakyat Selangor yang beredar di media sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS) sejak beberapa minggu lalu menyebabkan pejabat Ahli Parlimen Shah Alam dikunjungi ramai penduduk yang mahu mendapatkan 'borang permohonan'.

Sehubungan itu Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad mengutuk perbuatan tidak bertanggung jawab itu kerana ia menyusahkan rakyat.

Menurut beliau, sejak Isnin hingga petang Khamis semalam, lebih 2000 orang membuat panggilan telefon ke pejabat beliau termasuk panggilan daripada Johor dan Melaka manakala premis  pejabat beliau dikunjungi lebih 20 orang sehari bagi memohon 'skim' tersebut.

Malah masih terdapat orang ramai yang datang untuk mendapatkan borang permohonan semasa sidang media di pejabat beliau berlangsung.
Mereka yang sempat ditemui Harakah bukan sahaja datang dari sekitar bandaraya Shah Alam malah dari Bandar Kinrara, Puchong dan Cheras.
Bagi Khalid, mesej palsu yang tersebar itu dilakukan pihak tertentu bertujuan memburuk-burukkan Kerajaan Pakatan Rakyat.
Tujuan utamanya, tambah beliau adalah untuk mewujudkan persepsi bahawa kerajaan negeri hanya pandai membuat janji tetapi tidak tahu menunaikannya.
"Dalam SMS itu ditulis `sebarkan' jadi saya harap orang semakin kenal dengan penipuan yang dilakukan.  Saya ucapkan terima kasih kepada 'macai kangkung' kerana dapat memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali Ahli Parlimen Shah Alam," katanya.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mengingatkan rakyat Selangor supaya berhati-hati dengan sebaran maklumat palsu kerana program perumahan sebesar itu perlu terlebih dahulu dilancarkan kerajaan negeri dan bukan dengan cara menghantar SMS atau Whatsupp.
"Biar kita tapis maklumat dulu supaya jangan dimainkan oleh 'macai kangkung',"  tegasnya.
Bagaimanapun beliau menyedari bahawa keterujaan orang ramai untuk membuat panggilan mahupun berkunjung ke pejabat beliau bagi mendapatkan borang permohonan menunjukkan bahawa masalah perumahan di Selangor amat serius.
Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan pusat dan kerajaan negeri supaya memberi lebih tumpuan kepada isu ini.
Beliau juga mencadangkan polisi satu rakyat, satu rumah diperkenalkan bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat memiliki rumah sekaligus membendung spekulasi.
Khalid juga menyedari bahawa cadangan ini sukar dilaksanakan ekoran kekhuatiran pelbagai pihak tentang unit-unit rumah yang tidak laku dijual.
Kerajaan juga, tegas beliau perlu mengkaji dasar membenarkan warga asing membeli rumah ketika permintaan warga tempatan gagal dipenuhi.
"Saya juga alu-alukan perancangan rumah mampu milik kerajaan Selangor tetapi kita perlu dasar yang lebih tegas," katanya.
KUALA TERENGGANU: Laporan awal bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak berusia dua tahun yang ditemui mati dibunuh di sebuah rumah kosong di Taman Permint, Seberang Paka Dungun tidak menunjukkan kesan penderaan seksual pada mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata hasil laporan awal bedah siasat yang dijalankan tidak menunjukkan mangsa dirogol mahupun diliwat.

Bagaimanapun laporan itu belum muktamad dan polis masih menunggu laporan lanjut daripada bahagian Toksikologi bagi mengetahui punca sebenar kematian kanak-kanak itu, katanya pada sidang media di sini hari ini (semalam).

Selasa lepas mayat kanak-kanak perempuan itu ditemui seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di kawasan perumahan baharu itu kira-kira 3.30 petang selepas terlihat pintu utama rumah berkenaan terbuka serta terhidu bau busuk.

Curiga dengan bau itu pengawal keselamatan itu masuk ke dalam rumah berkenaan dan menemui mayat kanak-kanak itu dalam keadaan terbaring di bilik air.
        
Ekoran daripada itu polis memberkas empat suspek termasuk ibu mangsa bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu Manoharan berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mangsa mengalami penderaan seksual seperti yang dilaporkan media.

Beliau berharap orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung kes ini sehingga siasatan selesai dan pihak media harus mendapatkan maklumat yang sahih daripada polis. – Bernama
Sepasang suami isteri pegawai kita di Sweden sedang ditahan/penjara oleh kerajaan negara itu atas tindakan mereka merotan anaknya tidak solat.

Anak-anak mereka sekarang diletakkan di bawah jagaan satu keluarga yang bersedia mengambil tanggungjawab menyediakan makanan halal, lain-lain layanan yang wajar bagi kanak-kanak termasuk menguruskan pergi/balik sekolah mereka.

Keluarga angkat sementara itu tidak seagama dengan kanak-kanak itu. Tetapi kita boleh bersangka baik ia dapat memberi layanan sesuai dengan yang dikehendaki oleh Islam termasuklah mengingatkan mereka tentang solat.

Bagaimana anak-anak itu dapat melakukan solat tanpa  dirotan sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang negara itu.

Memandangkan pasangan itu telah merotan anaknya tidak solat, dipercayai pasangan itu telah mendikik anak-anaknya sebagai yang dikehendaki oleh  Islam. Ertinya bukan sekakdar  solat tetapi didikan mengajarnya membaca al-Quran dan sebagainya. Tentulah layanan itu tidak diperoleh oleh anak-anak di bawah keluarga  angkat itu.
   
Sekalipun anak-anak yang tidak selesa dengan layanan yang terbaik dari keluarga itu dan mungkin diserahkan kepada keluarga Islam, sebaik mana sekalipun layanannya tidaklah sama dengan asuhan ibu bapa sendiri.
     
Kita wajar hormati pasangan itu kerana merotan anak yang tidak solat. Islam menghendaki ibu/bapa  Islam memperkenalkan solat apabila anak berusia tujuh tahun. Pukul kalau tidak solat setelah berusia sepuluh tahun.
   
Saya jarang mendengar ibu bapa memukul anak tidak solat bila berusia sepuluh tahun. Hingga berbelas tahun tidak lagi solat tidak diapa-apakan oleh bapa dan ibu. Tetapi pasangan itu dihukum tahan dan penjara oleh kerajaan Sweden kepada merotan anak tidak solat.
    
Sekalipun keluarga itu sudah menunaikan tanggungjawabnya mengikut ajaran Islam tetapi undang-undang Sweden yang ketat itu tidak membenarkan anak-anak didera sekalipun yang dilakukan oleh pasangan itu bukanlah mendera anak-anak sebaliknya mengajarnya bagi menjadi anak yang soleh dan solehah, tetapi ia berlawanan dengan undang-undang negara itu.
   
Penjelasan bahawa yang dilakukan itu adalah pukul kasih bagi memastikan anak jadi soleh, ia tidak diterima oleh kerajaan Sweden. Setakat ini Wisma Putra dapat menggunakan diplomasi pujuk, mula-mula memindahkan kanak-kanak itu kepada penjagaan Islam.
   
Apakah tidak mungkin bagi Perdana Menteri bercakap kepada rakan sejawatnya di Swedan bagi melonggar tindakan teradap pasangan itu. Bukan membebaskan mereka dari hukuman tetapi menukar hukuman kepada mengusir mereka dari negara itu dan tidak datang ke Sweden selama-lamanya.

Mereka tidak melakukan jenayah berat. Mungkin memukul anak satu kesalahan tetapi anak itu tidak sampai cedera berat.

Apapun pasangan itu telah menunaikan tanggungjawab yang dikehendaki oleh Islam. Kita wajar memuji dan menghormatinya. Dari segi Islam mereka tidak ada kesalahan. Apa yang menimpa mereka adalah ujian Allah tentang iman mereka.

Memang ujian itu amat berat. Demkianlah kesungguhan imam seseorang itu pasti melalui ujian. Lagi kuat iman seseorang lagi berat ujiannya.

Sayugia sekalian umat Islam mendoakan supaya kedua mereka berjaya melalui ujian besar itu. Kita doakan supaya mereka tidak menyesal atas apa yang dilakukan. Islam menghendaki apabila seseorang diuji seberat itu hendaklah bersabar.
  
Mereka telah bertindak betul terhadap anak-anak. Moga-moga Allah membantu mereka dapat melalui  ujian berat itu. Moga-moga Allah lindungi mereka dan  anak-anak mereka. Berat mata kita  memandang, berat lagi bahu memikul.
BANGKOK: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Asia (AHRC) bimbang dengan perintah darurat yang diumumkan kerajaan Thai Isnin lepas mungkin mewujudkan satu keadaan bagi kerajaan untuk melanggar hak-hak dan bukan melindunginya.
  
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, suruhanjaya itu mahu ia dibatalkan dengan kerajaan Thailand hanya menggunakan undang-undang biasa yang konsisten dengan standard hak asasi manusia antarabangsa bagi menangani desakan politik.
  
Perintah itu memberi kuasa menyeluruh kepada pemimpin negara untuk mengambil pelbagai tindakan bagi menyelesaikan keadaan darurat termasuk membuat tangkapan, menapis akhbar, menyekat pergerakan dan menggunakan kuasa tentera dan berkuasa selama 60 hari.
  
Apabila pengumuman dibuat, timbalan perdana menteri sementara Surapong Tovichakchaikul menjelaskan bahawa perintah itu dikeluarkan bagi menggunakan undang-undang untuk menangani pelanggaran undang-undang yang dilakukan perusuh Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC) dan supaya demokrasi berkembang di Thailand, kata kenyataan itu.
  
Walaupun niat kerajaan pada ketika ini untuk menggunakan perintah darurat bagi memelihara demokrasi, bentuk undang-undang yang ada menjadikannya mustahil, kata AHRC.

AHRC berkata menyedari ancaman kepada hak asasi manusia dan juga kedaulatan undang-undang dalam erti kata yang luas, melalui protes oleh PDRC, ia juga mengutuk pengisytiharan perintah darurat dan memberi amaran ia menimbulkan kekosongan undang-undang yang membolehkan kerajaan melanggar hak asasi manusia atas nama keselamatan.
  
Menurut AHRC, pihaknya berulang kali mendokumenkan dalam kes tiga wilayah paling selatan Thailand, yang berada di bawah perintah darurat sejak Julai 2005, bahawa perintah itu menimbulkan kekosongan undang-undang yang begitu berbahaya apabila penahanan dan seksaan sewenang-wenangnya kerap kali berlaku menyebabkan usaha membetulkannya menjadi sukar.
  
AHRC juga meminta semua pihak awam dalam konflik ini supaya menghormati hak asasi manusia dan mengelak daripada menggunakan kekerasan.
  
Ia menjelaskan bahawa walaupun PDRC mendakwa tidak melakukan kekerasan dan menggunakan taktik keingkaran awam, tindakan mereka yang retorik juga mengandungi keganasan yang tersembunyi.
  
Di kawasan Bangkok yang diduduki PDRC, rakyat yang mahu memasuki kawasan itu mungkin dihalang berbuat demikian oleh pengawal PDRC atau menghadapi pemeriksaan dan gangguan, kata kenyataan itu.
  
AHRC berkata dalam laporan yang dikeluarkan oleh akhbar dalam talian Prachatai, dua lelaki yang ditahan PDRC mengadu disoal siasat dan teruk dipukul kerana dikatakan menganggotai kumpulan Baju Merah.
  
Bentuk keganasan yang dihadapi dua lelaki ini menunjukkan bahawa walaupun ia mendakwa satu pengingkaran awam, PDRC menjadi satu pertubuhan separa negara, kata kenyataan itu. - Bernama
PUTRAJAYA: Panel Mahkamah Rayuan tiga anggota yang mengendalikan rayuan berhubung keputusan terbuka Mahkamah Koroner dalam inkues kematian Teoh Beng Hock, akan melawat tempat dia dikatakan terjatuh di Plaza Masalam.
  
Tempat itu adalah bekas pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
  
Datuk Mohammad Ariff Md Yusof, yang mempengerusikan panel itu, memerintahkan pihak yang terlibat dalam rayuan berkenaan mengatur pemergian mereka ke tempat itu bagi memeriksa tingkap yang dikatakan tempat pembantu politik DAP itu terjatuh daripada bangunan berkenaan.
  
Satu tarikh sebelum 28 Mac akan ditetapkan bagi tujuan itu.
  
Dua hakim lain yang menganggotai panel itu ialah Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk Hamid Sultan Abu Backer.
  
"Ini belum pernah berlaku," kata peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Meng Kee, abang kepada Teoh, sambil menambah bahawa inilah julung kalinya para hakim Mahkamah Rayuan akan melawat tempat kejadian dalam inkues.
  
Dalam inkues berkenaan, koroner Azmil Muntapha Abas melawat tempat terbabit dua kali dan panel Suruhanjaya Siasatan Diraja yang ditubuhkan menyiasat punca kematian Teoh, melawatnya sekali.

Terdahulu, panel itu mendengar rayuan yang dikemukakan Meng Kee dan menetapkan 28 Mac untuk menyambung pendengarannya.
  
Pada prosiding semalam, Gobind berhujah tentang standard bukti yang perlu diguna pakai Mahkamah Koroner untuk membuat dapatan berhubung homisid dalam sesuatu inkues.
  
Katanya Mahkamah Koroner, yang mendengar inkues tentang kematian Teoh, terkhilaf apabila menggunakan ujian 'melebihi keraguan munasabah' yang meletakkan syarat ketat dan beban lebih berat di bahu keluarga simati untuk membuktikan teori mereka bahawa kematian itu adalah satu homisid, pada inkues berkenaan.
  
Gobind berkata ujian sewajarnya yang perlu dilakukan Mahkamah Koroner ialah ujian keseimbangan kemungkinan, yang hanya memerlukan bukti bersifat berkemungkinan apabila membuat keputusan pada akhir inkuesnya.
  
Beliau berkata inkues diadakan untuk mencari fakta dan tidak perlu seketat prosiding jenayah, yang berdasarkan ujian 'di luar keraguan munasabah' kerana pada akhir perbicaran jenayah, hukuman akan diberi.

Gobind berkata inkues bukan prosiding jenayah atau sivil, tetapi prosiding separa jenayah dan oleh itu, perlu mengenakan bebanan pembuktian yang lebih ringan.
  
Sementara itu, Hamid Sultan berkata Seksyen 328 Kanun Acara Jenayah tidak mengenakan secara khusus sebarang standard pembuktian. Oleh itu, katanya, ia bukanlah ujian di luar keraguan munasabah atau ujian keseimbangan kemungkinan, tetapi perlulah menggunakan stadard lebih rendah seperti 'syak yang munasabah'.
  
Pada 5 Jan 2010, koroner berkenaan membuat keputusan terbuka bahawa kematian Teoh bukan akibat bunuh diri atau dibunuh dan tidak melibatkan pihak ketiga.
  
Pada 21 Julai tahun berikutnya, Suruhanjaya Siasatan Diraja yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen (kini bersara), memutuskan bahawa kematian Teoh adalah akibat bunuh diri.
  
Selepas itu, Meng Kee memfailkan permohonan mengikut Seksyen 323 Kanun Acara Jenayah di Mahkamah Tinggi pada 30 Sept 2011 agar keputusan koroner itu disemak semula.
  
Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan semakan semula Meng Kee itu pada 1 Dis 2011.
  
Pada 2 Feb tahun lepas, Meng Kee mendapat kelulusan Mahkamah Rayuan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.
  
Di luar mahkamah, Gobind berkata keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes ini akan mempunyai kesan besar terhadap cara inkues dilaksanakan pada masa akan datang. - Bernama
Ketika Berada Di Syurga, Para Penghuninya Bernostalgia Kehidupan Dunia

Allahu Ta’ala berfirman.
فَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ يَتَسَاءلُونَ
قَالَ قَائِلٌ مِّنْهُمْ إِنِّي كَانَ لِي قَرِينٌ
"Lalu sebahagian mereka menghadap kepada sebahagian yang lain sambil bercakap cakap. Berkatalah salah seorang di antara mereka, "Sesungguhnya aku dahulu (di dunia) mempunyai seorang teman ... " (As- Shaffat 50-51)

"Dan sebahagian mereka menghadap sebahagian yang lain, saling tanya menanya. Mereka berkata, "Sesungguhnya kami dahulu, sewaktu berada di tengah-tengah keluarga kami merasa takut akan diazab. Maka Allah memberikan kurnia kepada kami dan memelihara kami dari azab neraka." (Ath Thur 25-27)

Ibnu Abu Dunya menyebutkan hadith dari Rabi ' bin Shabih dari Hasan dari Anas bin Malik yang meneruskannya dari Rasulullah SAW,

"Jika penghuni syurga telah memasuki syurga, maka setiap orang dari mereka merindukan pertemuan dengan saudaranya yang lain. Maka katil si fulan berjalan menuju katil si fulan. Katil si fulan berjalan menuju katil si fulan hingga keduanya berkumpul dan si fulan ini bersandar di bahu si fulan. Salah seorang bertanya kepada sahabatnya, "tahukah engkau, bila Allah memberi keampunan kepada kita?" Sahabatnya menjawab: "Pada hari ini dan itu di tempat ini dan itu, kita berdoa kepada Allah lalu Allah memberi keampunan kepada kita."

Sumber: Ibnu Qayyim Al Jauziah dalam Hadil Arwaah ila Bilaadil Afraah

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com

 

 

 

 

Tiada ulasan: