Sunday, 26 January 2014
KENYATAAN RASMI KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA BERKAITAN GURU MENDENDA MURID KERANA TIDAK MENYEMPURNAKAN KERJA SEKOLAH DI SJKC KHAI MENG, SUNGKAI, PERAK.
Inilah kenyataan rasmi Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia berkaitan isu anak murid didenda gantung loceng dan makan rumput yang hangat di perkatakan.
Pengarah Pendidikan Perak telah mengeluarkan surat amaran yang tegas kepada guru berkenaan kerana bertindak secara keterlaluan mendenda murid yang tidak menyempurnakan kerja sekolah.
Guru berkenaan telah diarah bertugas mengajar di sekolah lain.
Sunday, 26 January 2014
KERANA MENGELUARKAN KENYATAAN-KENYATAAN BODOH MENYINGGUNG RAKYAT ... SEMUA MENTERI KABINET DIARAH OLEH NAJIB PERGI KURSUS MACAM MANA NAK BERCAKAP DENGAN MEDIA.
Datuk Seri Najib Razak sudah mewajibkan latihan media kepada menteri Kabinetnya untuk mengelakkan kenyataan "kurang bijak" yang menyebabkan pentadbirannya menjadi bahan jenaka di kalangan rakyat Malaysia, kata satu sumber.
Imej perdana menteri penggal kedua itu tercalar disebabkan kenyataan kurang bijak beberapa menterinya sehingga menjadi bahan lawak yang menjatuhkan "air muka" Putrajaya, kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
"Perdana menteri mahu semua menteri menjalani latihan media untuk elak kenyataan-kenyataan kurang bijak terus dikeluarkan," kata satu sumber dengan syarat namanya dirahsiakan merujuk kepada arahan Najib kepada anggota Kabinet.
"Kita tak nak imej Putrajaya rosak kerana kenyataan-kenyataan seperti Ku Nan dan Hasan Malek," tambahnya.
Sumber itu merujuk kepada kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek dalam satu wawancara bersama akhbar milik Umno Utusan Malaysia yang mengatakan rakyat di negara ini seharusnya mensyukuri kerana mempunyai pemimpin ikhlas yang memberi keutamaan terhadap rakyatnya mengatasi kepentingan lain.
Manurut Hasan, biarpun keputusan kerajaan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan dikritik hebat, rakyat perlu memahami ia dilakukan untuk kebaikan jangka masa panjang iaitu bagi mengukuhkan kedudukan fiskal kewangan negara.
Kenyataan itu hadir selepas Putrajaya memulakan langkah memotong subsidi dan menaikkan harga barang sehingga menyebabkan majoriti rakyat merasakan keperitannya.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut "diserang" akibat menyelar pemilik hartanah Kuala Lumpur yang membantah kenaikan harga cukai pintu.
“Anda mahu kami menilai hartanah anda sekitar 0.1% untuk 21 tahun?” Saya tidak kisah. Terpulang,” kata Ahli Parlimen Putrajaya itu sambil menambah kenaikan cukai itu membantu pemilik hartanah yang mahu menjual atau menyewa aset mereka.
AKHIRNYA NAJIB SUDAH AKUI YANG BARISAN KABINETNYA TERDIRI DARI SPESIS CAP AYAM BELAKA.
Pengamal Susuk dikalangan Orang Melayu
Perbuatan memakai susuk walau dengan apa niat dan cara sekali pun, hukumnya haram di sisi Islam berikutan penggunaannya mempunyai unsur syirik dan secara terang-terangan cuba mengubah kejadian Allah SWT.
Meskipun ada pengamal perubatan tradisional (atau ada juga yang mengaku sebagai pengamal perubatan Islam) mendakwa mereka mengamalkan kaedah yang tidak bertentangan dengan hukum Islam apabila menanam bahan tertentu seperti emas, berlian, logam, besi, merkuri, batu, kayu, benang, minyak atau sebagainya dengan menggunakan ayat al-Quran, dengan tujuan untuk memberikan kecantikan, kekuatan, kekebalan atau apa saja; ia tetap meragukan dan perlu dijauhi.
Adapun pemakaian susuk amat rapat dengan penggunaan ilmu sihir. Susuk dipakai di tempat tertentu seperti muka, badan, malah kemaluan dan jika ada pengamal perubatan yang mendakwa menggunakan ayat al-Quran, maka jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Melihat kepada apa yang didakwa (menggunakan ayat al-Quran), ianya sama seperti bomoh, dukun atau pawang yang melakukan jampi serapah dan mentera khurafat; tetapi mendakwa menggunakan ayat al-Quran (yang kebiasaannya bercampur-baur dengan mentera).
Pemakai susuk akan mula percaya dan seterusnya bergantung kepada susuk digunakan dalam kehidupan hariannya. Ketika itu, jelas mereka dalam keadaan syirik dan menanggung dosa besar. Islam tidak menghalang umatnya kelihatan cantik, malah menggalakkan umatnya menghias diri, namun ia perlu mengikut cara dibenarkan dan tidak membabitkan perbuatan syirik seperti memakai susuk mahupun pembedahan plastik dan botox.
Tentang pembelajaran ilmu sihir, al-Quran mengatakan (yang bermaksud): “Mereka belajar suatu ilmu yang membahayakan diri mereka sendiri dan tidak bermanfaat buat mereka.” (al-Baqarah: 102)
Rasulullah SAW menilai sihir sebagai salah satu daripada dosa besar yang boleh menghancurkan sesuatu bangsa, dan dapat merendahkan derajat pelakunya di dunia ini lagi. Sebahagian ahli fiqh menganggap, sihir itu bererti kufur, atau membawa kepada kufur. Sementara ada juga yang berpendapat; ahli sihir itu wajib dibunuh demi melindungi masyarakat dari bahaya sihir.
Al-Quran juga telah mengajar kita supaya kita suka berlindung diri kepada Allah dari kejahatan tukang sihir, yaitu firmanNya (yang bermaksud): “(Dan aku berlindung diri) dari kejahatan tukang meniup simpul.” (al-Falaq: 4)
Peniup simpul salah satu cara dan ciri yang dilakukan ahli-ahli sihir. Dalam salah satu hadis dikatakan (yang bermaksud): “Barangsiapa meniup simpul, maka sungguh ia telah menyihir, dan barangsiapa menyihir maka sungguh dia telah berbuat syirik.” (Riwayat Thabarani dengan dua sanad; salah satu rawi-rawinya adalah thiqah)
Susuk ini ada persamaannya dengan peniup simpul ini, iaitu dijampi susuk itu dan kemudiannya di masukkan ke dalam tubuh.
Jelas, bahawa pemakaian susuk amat mampu mempengaruhi seseorang itu agar mempercayai adanya kuasa lain selain kuasa Allah SWT. Ini telah diharamkan melalui dalil-dalil yang sohih sebagaimana pengharaman kepercayan kepada tangkal dan menggantungnya.
Sumber: Ustaz Zaharuddin, Halaqah & Al-Qayyum
D'Din Din shared Ahmad Wazir Aiman's photo.
Assalamualaikum dan selamat malam. Guys and Girls, SILA BERI PERHATIAN, Lelaki ini telah beroperasi dengan modus operandinya iaitu menipu ratusan pelajar-pelajar IPT SELURUH MALAYSIA!!! Dia akan memukau dulu mangsa, menjual cerita sedih seperti ada anak 10 orang, akan bawa seorang anaknya bersama untuk tagih simpati, akan mengaku dia lecturer atau pegawai dan banyak lagilah, kereta dia rosak, menangis dan bermain dengan emosi mangsa untuk mempercayainya. Beroperasi sejak 2001, dia dah pernah pergi ke seluruh Universiti di Malaysia dan selang beberapa ketika, dia akan kembali semula untuk menipu junior-junior pulak. Licik, tolong share, let's put an end to this guy, satu keluarga dia penipu. IPT students dah ramai dah kena tipu, tolong sebarkan, mungkin orang-orang lain pun boleh kena, orang yang kita sayang.
Guru Kafa boleh diberhentikan
- Zaluzi (depan, tiga kanan) menyampaikan watikah pelantikan kepada guru Kafa Parlimen Pengkalan Chepa, semalam.
Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Zaluzi Sulaiman berkata, pada tahun ini, mereka perlu melalui sesi temu duga bagi memastikan mereka yang tidak menyalahi peraturan disambung perkhidmatan.
“Segelintir guru Kafa yang dilantik sebelum ini dikenal pasti tidak menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat awam yang sepatutnya mendokong hasrat kerajaan.
“Walaupun kita mendapati perkara ini tidak begitu serius di parlimen ini, namun pencegahan awal perlu dilakukan bagi melahirkan pendidik yang lebih mantap,” katanya selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Guru-guru Kafa bagi Parlimen
Pengkalan Chepa di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), di sini, semalam.
Pada majlis itu, seramai 301 guru Kafa menerima surat pelantikan yang turut dihadiri Timbalan Ketua Umno Bahagian, Ismail Omar; Naib Ketua Umno Bahagian, Wan Shahrul Azuan Abdul Aziz dan Ketua Pemuda Umno Bahagian, Haris Hussin.
Zaluzi berkata, tindakan tegas perlu diambil kepada mana-mana individu terbabit kerana Kerajaan Pusat memperuntukkan lebih RM50 juta setiap tahun untuk guru Kafa di negeri ini.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Amran Mamat berkata, tindakan memberhentikan guru Kafa berkenaan adalah wajar.
“Pada tahun ini, kita membuat tapisan terperinci bagi memilih mereka yang betul-betul layak dan berkemampuan mendidik anak bangsa,” katanya.
Saya Mengecam Sifat Tidak Bermoral TMI Terhadap Almarhum
Posted on Sunday, January 26 @ 22:09:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Saya mengecam sifat adu domba dan fitnah yang disebarkan oleh The Malaysia Insider terhadap Al Marhum Tuan Guru Dato Harun Taib.
Sifat ini bukan sahaja tidak professional bahkan diluar batasan moral sebagai insan yang kebiasaannya menghormati si mati sekalipun musuh ketat.
Tidak sampai tiga hari pemergian Tuan Guru, peribadi yang mulia ini sudah mula difitnah.
Coretan ringkas ini sambil menunggu flight dari Kuala Terengganu ke Subang. Indyallah saya akan coretkan lagi selepas ini.
LINK ASAL TMI:
Pemergian Harun petanda berakhirnya politik konservatif PAS? - The Malaysian Insider - DISINI
Ust Zaharudin Muhamad
Ketua Penerangan DPPM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan