Sudah Semakin Hampir
Assalamualaikum warahmatullah hi wabara kaa tuh,Menyampaikan dalam bahasa termudah. Tidak perlu bermadah. Tidak perlu susah. AMARAN! BACA SAHAJA! Persoalan yang bermain di benak seketika anda membaca boleh diletakkan ke tepi dahulu. Perkara yang diberitahu ini adalah perkara yang tidak kita nampak. Masa depan. Masa depan dalam satu jangka waktu yang amat dekat TANPA disedari ramai. BACA dengan SABAR.
KUTUB BUMI & POLE SHIFT
Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai. Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.
Kelajuan pergerakan Kutub makin bertambah Dalam masa 2 tahun kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah. Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu yang sangat pantas samada beberapa hari atau beberapa jam. Jika ini berlaku, seluruh geografi akan berubah. Ada tempat yang timbul. Ada tempat yang tenggelam. Air akan mencari tempatnya. Ada tempat mengalami banjir. Ada tempat berubah menjadi padang pasir. Amerika selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku. Khatulistiwa pula berada di Antartika.
Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak keseluruhan medan magnet bumi akan flip di mana kompas yang dahulunya menunjuk ke utara akan beralih arah ke selatan.
Semasa pergerakan flip peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40 darjah selatan pergerakan besar air boleh mencetuskan mega tsunami yang menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis. Antara negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia Barat. Bandar-bandar ditepi laut akan ditenggelami air. Peta dunia akan berubah dalam masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akan tenggelam terus. Begitu juga Australia barat.
Apabila berlaku flip pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah. Medan magnet yang kuat melindungi bumi dari kerosakan oleh sinaran matahari. Kini bumi akan lebih terdedah kepada kesan dahsyat akibat gejolak api di matahari, angin solar, ribut surya dan sun spot. Manakala flip juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi, letusan gunung berapi, banjir, tsunami dan taufan yang dahsyat yang belum pernah berlaku sedahsyat itu.
Pergerakan kutub memang sedang berlaku. Makin hari makin laju. Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena berbagai bencana alam yang kerap berlaku.
Bilakah peralihan sepenuhnya kutub akan berlaku? Mengikut anggaran para spekulator, ianya akan berlaku pada tahun 2015 kerana selepas pada itu, pergerakannya dijangka tidak sedrastik kini. Sumber 1. Sumber 2. Sumber 3. Ingat! Hanya Allah yang Maha Mengetahui kerana semuanya adalah perencanaan Ilahi.
sumber: abatasaii
kredit: bain
BINTANG BEREKOR
Kata Saidina Ali RA mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar), “Kedatangan Al Mahdi akan didahului oleh kemunculan BINTANG yang ekornya menakjubkan, BUKAN seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad. Yang diliputi api, udara, salju dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. SETELAH itu akan datang banyak MALAPETAKA dan KEMATIAN yang merupakan keuntungan bagi orang-orang yang baik dan ia merupakan kerugian bagi orang-orang yang jahat”.
Comet ISON (C/2012 S1) was discovered by V. Nevski and A. Novichonok on September 21 2012. The name ISON comes from “International Scientific Optical Network” which is the name of the observatory used to make the discovery. Komet ini memang jarang dijumpai. Teramatlah besar. Jarak dengan bumi pada waktu ini adalah Sun dist: 142,492,558 km [43.3 km/s] Earth dist: 64,977,671 km [47.5 km/s]. Fakta Komet Ison seperti berikut:
1. ISON digelar “ Komet abad ini”
2. ISON akan berada paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013.
3. ISON akan berada paling hampir dengan bumi pada 26 Disember 2013
4. ISON dapat dilihat seperti matahari kedua di siang hari.
5. ISON boleh dilihat di waktu siang dan malam.
6. ISON memiliki ekor sepanjang 57,000 Km.
7. ISON adalah komet yang paling mudah dilihat oleh ramai orang.
8. ISON akan dilihat 15 kali ganda kecerahan cahaya bulan.
9. ISON akan menghasilkan ribut suria yang sempurna@perfect Solar Storm.
10. Bumi dijangka akan merempuh debu2 komet ISON dalam jangka waktu pada 12 atau hingga 14 Januari 2014.
Tolong klik sini untuk tahu jarak bumi dengan ISON pada waktu anda baca ini dan untuk dapatkan banyak lagi info mengenai komet tersebut. Saya percaya ia semakin menghampiri bumi setiap detik, setiap waktu dan setiap saat. Ison telah pun melalui lintasan matahari pada 28 November 2013 dan pada waktu ini Ison menuju ke arah bumi dalam bentuk V. NASA mengeluarkan kenyataan yang komet ini telah hancur atau tidak ada lagi di dalam orbit. NASA dikatakan sengaja mengeluarkan kenyataan ini bagi mengelakkan berlakunya huru-hara sebelum ianya berlaku dan mengharapkan kejadian tersebut tidak berlaku. Tetapi dari satu fakta yang lain, Observatory of Lisbon pula mengeluarkan kenyataan yang fragments ISON akan menghentam bumi.
They claim that fragments of Comet ison will hit earth in December, this based in emulations performed using supercomputer ‘Tiger 2′ and a propietary model. They claim that the when the comet enter the atmosphere of the sun the ice will change state abruptely, turning into a propellant, changing the trajectory of the comet. They claim that the fragments of the comet will spread in the shape of a cone with a base diameter of 300.000 kms , that is the distance of from the earth to the moon. They claim that the comet after crossing the sun will be higly fragmented, fragments ranging from a football to the size of a ship. They say that the propulsion of the ice will change the trajectory of the fragments, causing a shower of cometary fragments that will hit Earth in December.
Bila akan menghentam bumi? Dijangkakan akan berada paling dekat dengan bumi pada 26 Disember 2013. Wallahu’alam. Jika komet (atau apa yang tinggal setelah melalui matahari) tersebut masih tetap ada, maka dunia akan menyaksikan pertunjukan hujan meteor yang terhebat pernah disaksikan seumur hidup. Satu persatu negara akan dihentam komet tersebut. Hujan batu. Hujan batu yang dilemparkan ke atas bumi. Mengingatkan aku akan Surah Ar-Rahmaan.
Ali Adams, seorang yang begitu takjub dengan keajaiban nombor-nombor ganjil membuat kajian pada Surah Ar-Rahmaan di dalam Al-Quran. Kenapa Surah Ar-Rahmaan? Kerana padanya terdapat ungkapan yang disebut berulang-ulang kali sebanyak 31 kali. Apakah ayat itu? ”So which of the favors of your Lord would you deny?; Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?; Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?” - (Terjemahan Al-Quran:55;13 dalam Shahih Internation, Indonesia & Malay) Ingin tahu metodologi dan apa yang beliau jumpa? Sila klik Quran and 2012 Latest untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kajian yang dijalankan beliau.
Baca ayat ini. “Maka tatkala فَلَمَّا datang جَآءَ KEPUTUSAN Kami أَمْرُنَا, Kami jadikan جَعَلْنَا di ATASnya عٰلِيَهَا ke BAWAHnya سَافِلَهَا , dan Kami hujani وَأَمْطَرْنَا ATASnya عَلَيْهَا BATU حِجَارَةً dari مِّن sijjil (batu MASSIVE/TANAH yang DWARF/ mengkerut menjadi SANGAT PADAT/ dari BESAR menjadi kecil krn sangat KERAS/massive) سِجِّيلٍ dengan bertubi-tubi مَّنضُودٍ” – Surah Huud; ayat 82. <
Sila baca ayat ini pula. “Deem not that Allah is unaware of what the wicked do. He but giveth them a respite till a day when eyes will stare (in terror); Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku); Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahwa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak.” [Diterjemahkan ke Shahih International, Malay & Indonesia; Surah Ibrahim - Ayat 42 (14:42)] Ingin melihat sendiri terjemahannya? Slik klik sini. Apa yang cuba disampaikan oleh Allah di dalam ayat ini? Allah mengingatkan kita bahawa akan tiba satu hari yang mana mata-mata mereka yang berlaku zalim akan terbeliak besar. Terbeliak besar kenapa? Akan satu KEJADIAN. Kejadian apa? MUNGKIN hujan meteor. Wallahu’alam.
When Ison (V-shaped object) will be above us (around late December 2013 or early January 2014) causes pole-shift in our planet that will last for three days of darkness – Nostradamus. Dapat difahamkan bahawa Nostradamus percaya bahawa pada tika dan waktunya berlaku pole-shift di planet bumi adalah apabila berlakunya planet alignment di antara planet-planet seperti berikut: i)Jupiter – Earth – Venus; ii)Mars – Moon – Earth dan; iii) Earth – Sun – Mercury. Bumi akan menjadi paksi kepada ketiga-tiga penjajaran tersebut. Maka atas fahaman inilah Nostradamus percaya akan berlakunya pole-shift di bumi. Bila anda tanya? Pada waktu dan sekarang ini, penjajaran antara planet-planet tersebut akan/sedang/telah pun berlaku – mengikut pada waktu anda membaca artikel ini. Boleh dilihat sendiri dengan jelas di sini. Subhanallah. Segalanya beredar atas paksi sendiri pada saat, minit dan jam yang anda saksikan di situ. Seperti yang telah diperjelaskan, keadaan ini sudah dan sedang terjadi cuma masih belum lengkap. Nostradamus mungkin meramalkan pada waktu lengkapnya pole shift berlaku pada bumi adalah pada waktu penjajaran tersebut. Wallahu’alam.
kredit: edy
NOSTRADAMUS DAN HADIS
When Ison (V-shaped object) will be
above us (around late December 2013 or early January 2014) causes
pole-shift in our planet that will last for THREE days of darkness – Nostradamus
Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah SWT dengan kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga
hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan
kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah
mana yang percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah
kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur.
Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada
orang yang bersekutu dengan Dajjal. Manakala penduduk yang tidak mahu
bersukutu dengan Dajjal, mereka akan tetap berada dalam kebuluran dan
kesusahan. Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung
roti (makanan) sedangkan orang yang tidak percaya dengannya berada dalam
kelaparan dan kebuluran. Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah SAW
bertanya: ”Jadi apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari
itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab: “Mereka akan merasa kenyang
dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir
itu yang akan menggantikan makanan.” (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)Apakah persamaan antara keduanya? Ya. Nombor 3. KEBETULAN? Walau apa pun jua, kita sebagai umat Islam seharusnya wajib mempercayai akan kata-kata dari Baginda melebihi kata-kata Nostradamus meskipun beliau amat terkenal dengan ketepatan beliau meramal masa hadapan.
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhubahwasannya Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Tidaklah tegak hari kiamat hingga matahari terbit dari arah barat. Apabila ia telah terbit (dari arah barat) dan manusia melihatnya, maka berimanlah mereka semua.
Pada hari itu tidaklah bermanfaat keimanan seseorang yang tidak beriman
sebelum hari itu atau belum mengusahakan kebaikan di masa imannya”.[4] Shahih Al-Bukhariy, Kitaabur-Riqaaq (11/352 – bersama Al-Fath) dan Shahih Muslim,Kitaabul-Iimaan, Baab Az-Zamani Alladzii laa Yuqbalu fiihil-Iiman (2/194 – bersama Syarh An-Nawawiy).
*Penulis tiada niat untuk menakut-nakutkan pembaca tetapi penulis hanya sekadar ingin berkongsi dan mengingatkan diri dan pembaca bahawa hari kiamat itu sememangnya amat hampir. Setiap hari, setiap detik, setiap saat, setiap jam yang belalu membawa kita hampir ke sana. Mungkin ada yang salah faham yang menganggap tulisan ini adalah mengenai hari kiamat. Diperjelaskan, yang dikongsikan di sini bukanlah mengenai hari kiamat. Segala yang berkaitan dengan hari kiamat adalah rahsia Allah. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja; dan ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.” (surah al-An’am, ayat 59).
“Bilakah masa datangnya?”, katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari Kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut.” Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (surah al-A’raf, ayat 187).
Yang cuba disampaikan oleh penulis adalah tanda-tanda besar kiamat yang semakin menghampiri kita melalui tanda-tanda yang telah diperjelaskan. Tidak perlu rasanya memperjelaskan tanda-tanda kecil kiamat kerana semuanya telah berlaku. Kenapa penulis berkata sedemikian? Tolong TUNJUKKAN SATU PERKARA YANG ALLAH HARAMKAN, MASIH KEKAL HARAM sehingga ke hari ini. TIDAK ADA. Tanda-tanda besar inilah secara kronologinya akan merungkai satu persatu-satu yang pernah disebutkan Baginda Rasulullah seperti munculnya matahari dari barat, Dajjal, binatang, asap, gempa bumi di barat dan lain-lain sebelum tibanya Hari Pembalasan.
Al-Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan dari ‘Abdullah bin ‘Amr radliyallaahu ‘anhuma, ia berkata: “Aku menghafal dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam sebuah hadits yang aku tidak lupa setelahnya. Aku pernah mendengar Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda : ‘Sesungguhnya tanda-tanda (besar hari kiamat) pertama yang akan muncul adalah terbitnya matahari dari arah barat”.[8] Musnad Ahmad (11/110-111 no. 6881) tahqiq Ahmad Syaakir, dan Shahih Muslim, Kitaabul-Fitan, Baab Dzikrid-Dajjaal (18/77-78 – bersama Syarh An-Nawawiy).
Sekali pun tidak berlaku pada masa dan waktu yang diramalkan,
setidak-tidaknya kita boleh jadikan ini sebagai tambahan ilmu
pengetahuan bagi menjadikan diri lebih bersedia secara mental apabila
bertemu dengan saat yang sukar kelak. Wallahu’alam.*Penulis tiada niat untuk menakut-nakutkan pembaca tetapi penulis hanya sekadar ingin berkongsi dan mengingatkan diri dan pembaca bahawa hari kiamat itu sememangnya amat hampir. Setiap hari, setiap detik, setiap saat, setiap jam yang belalu membawa kita hampir ke sana. Mungkin ada yang salah faham yang menganggap tulisan ini adalah mengenai hari kiamat. Diperjelaskan, yang dikongsikan di sini bukanlah mengenai hari kiamat. Segala yang berkaitan dengan hari kiamat adalah rahsia Allah. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja; dan ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.” (surah al-An’am, ayat 59).
“Bilakah masa datangnya?”, katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari Kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut.” Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (surah al-A’raf, ayat 187).
Yang cuba disampaikan oleh penulis adalah tanda-tanda besar kiamat yang semakin menghampiri kita melalui tanda-tanda yang telah diperjelaskan. Tidak perlu rasanya memperjelaskan tanda-tanda kecil kiamat kerana semuanya telah berlaku. Kenapa penulis berkata sedemikian? Tolong TUNJUKKAN SATU PERKARA YANG ALLAH HARAMKAN, MASIH KEKAL HARAM sehingga ke hari ini. TIDAK ADA. Tanda-tanda besar inilah secara kronologinya akan merungkai satu persatu-satu yang pernah disebutkan Baginda Rasulullah seperti munculnya matahari dari barat, Dajjal, binatang, asap, gempa bumi di barat dan lain-lain sebelum tibanya Hari Pembalasan.
Al-Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan dari ‘Abdullah bin ‘Amr radliyallaahu ‘anhuma, ia berkata: “Aku menghafal dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam sebuah hadits yang aku tidak lupa setelahnya. Aku pernah mendengar Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda : ‘Sesungguhnya tanda-tanda (besar hari kiamat) pertama yang akan muncul adalah terbitnya matahari dari arah barat”.[8] Musnad Ahmad (11/110-111 no. 6881) tahqiq Ahmad Syaakir, dan Shahih Muslim, Kitaabul-Fitan, Baab Dzikrid-Dajjaal (18/77-78 – bersama Syarh An-Nawawiy).
“Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas): “Aduhai celakanya Kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri”. “Dan telah dekatlah kedatangan janji yang benar (hari berbangkit), maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang-orang yang kafir. (Mereka berkata): “Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang-orang yang zalim”. “And [when] the true promise has approached; then suddenly the eyes of those who disbelieved will be staring [in horror, while they say], “O woe to us; we had been unmindful of this; rather, we were wrongdoers.” (Terjemahan Surah Al-’Anbya’; 97 dalam Melayu, Indonesia & Shahih International) Ayat ini mengingatkan kita supaya TIDAK MENJADI SEORANG YANG LALAI. Lalai daripada apa? Memikirkan PERKARA INI. Perkara apa? HARI KIAMAT YANG SEMAKIN HAMPIR. Jika lalai? Maka tergolonglah sebagai mereka yang MENGANIAYA dan MENZALIMI diri mereka sendiri. Wallahu’alam.
Ibnu Mas’ud RA meriwayatkan bahawa: “Kami mendatangi Rasulullah SAW dan baginda keluar dengan membawa berita gembira, dan kegembiraan itu terbayang pada wajahnya. Kami bertanya kepada baginda perkara yang menggembirakan itu dan kami tidak sabar untuk mendengarnya. Tiba-tiba datanglah sekumpulan anak-anak muda Bani Hasyim yang di antaranya adalah al-Hasan dan al-Husain RA. Apabila terpandangkan mereka, tiba-tiba kedua-dua mata baginda berlinangan lalu kami pun bertanya, “Wahai Rasulullah, kami melihat sesuatu yang kami tidak sukai pada wajahmu.” Baginda menjawab, “Kami Ahlulbait, telah Allah pilih akhirat kami lebih dari dunia kami. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehingga datanglah Panji-panji Hitam dari Timur. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan. Sesiapa di antara kamu atau keturunan kamu yang hidup pada masa itu, datangilah Imam dari ahli keluargaku walau terpaksa merangkak di atas salji. Sungguh, mereka adalah pembawa Panji-panji yang mendapat hidayah. Mereka akan menyerahkannya kepada seorang lelaki dari ahli keluargaku yang namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku. Dia akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan.” (Abu Daud, At-Tarmizi, Al-Hakim, Ibnu Hibban, Ibnu Majah, Abus Syeikh, Ibnu Adi, Abu Dhabi, Ibnu Asakir & Abu Nuaim) – Seorang pendakwah terkenal tanah air menceritakan sesuatu mengenai bani tamim. Siapa dan apa yang diceritakan? Ingin tahu klik sini.
Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً “Sampaikanlah dari ku walau hanya satu ayat” (HR Bukhari).
Thursday, 23 January 2014
KENYATAAN RASMI BERSAMA NURUL IZZAH DAN SUAMINYA MENGENAI BERITA MEMFAILKAN PENCERAIAN DI BAWAH FASAKH.
KENYATAAN MEDIA 23 Januari 2014
Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini.
Keluarga kami menjadi keutamaan.
Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan, dan kami memohon semua pihak agar diberikan ruang peribadi pada waktu-waktu ini.
Raja Ahmad Shahrir Raja Salim dan Nurul Izzah Anwar ---
PRESS RELEASE 23 January 2014
We are deeply saddened by the undignified intrusion into our private lives and will do our utmost to work out our continuing union.
Our family is our priority, as is our time together.
We thank all our supporters for their kind understanding, and appeal to all to accord us privacy.
Raja Ahmad Shahrir Raja Salim and Nurul Izzah Anwar
Mayat Bayi Dalam Tandas Masjid !!!
Posted on Thursday, January 23 @ 20:00:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
KANGAR: Jemaah di Masjid Alwi di sini gempar selepas salah seorang daripada mereka menjumpai mayat bayi perempuan cukup sifat dibuang di tepi lubang tandas lelaki di masjid berkenaan kira-kira jam 7 pagi tadi.
Dalam kejadian itu, Harian Metro difahamkan jemaah lelaki berkenaan baru selesai mengerjakan solat subuh berjemaah di situ dan pergi ke tandas berkenaan sebelum ternampak mayat bayi tersebut diletakkan bersebelahan lubang tandas di situ.
Dia kemudian memaklumkannya kepada pihak pengurusan masjid yang selepas itu memeriksa keadaan bayi yang sudah tidak bernyawa ketika ditemui.
Mereka kemudian memaklumkannya kepada pihak polis sebelum polis daripada bahagian forensik memeriksa lokasi kejadian termasuk bayi berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, bayi masih basah bertali pusat dipercayai baru sahaja diletakkan di situ dan dilahirkan beberapa jam sebelum itu.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit.
Thursday, 23 January 2014
SUMBANGAN RM32.5JUTA UNTUK MANGSA BANJIR DARI KERAJAAN EMIRIAH ARAB BERSATU (UAE) ... UAE PUNYA WANG BN CUBA NAK DAPAT NAMA!!!!
Bekenaan bantuan untuk mangsa banjir bernilai AS$10juta (RM32.5juta) yang disumbangkan Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Adnan berkata bantuan itu akan diberikan dalam bentuk perabot dan peralatan rumah.
Rakyat mau tanya ... mengapa adanya logo 1M'sia dan lambang dacing dan bukannya ayat sumbangan dari pemerintah UAE?
Kutub Bumi Kian Menyongsang, Malaysia Bakal Jadi Negara 4 Musim Tidak Lama Lagi?
Posted in: Berita, Dalam Negara, Fakta, Gempar, Informasi
– January 3, 2014Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.
Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013. Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.
Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul ’2012′.
Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.
Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.
Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.
Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.
Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.
Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.
Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.
Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.
sumber: sinarharian, billyinfo.blogspot.com4:56PM Jan 23, 2014
Ayob Hussin shared Arie Dwen's photo.
Bumi sudah secara perlahan-lahan berubah paksi... nanti matahari naik ikut barat baru nak sedar... tapi time tu dah terlambt dah... suhu di malaysia semakin menurun... di tanah rendah... Kuala Krai Kelantan paling sejuk... suhu min. 17 darjah celcius... tak payah naik Cameron Highland dah...
'Kami gigih berusaha pastikan kelangsungan perkahwinan ini'
Pasangan Nurul Izzah Anwar dan Raja Ahmad
Shahrir Raja Salim berkata mereka amat sedih dengan "cubaan gangguan
yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk
memastikan kelangsungan perkahwinan ini".
"Keluarga kami menjadi keutamaan," kata pasangan itu dalam satu kenyataan petang ini.
Ia sebagai reaksi kepada spekulasi meluas bahawa ahli Parlimen Lembah Pantai itu memfailkan penceraian disahkan melalui rekod mahkamah syariah.
Menurut Star Online, semakan dengan Mahkamah Syariah Rendah Jalan Duta mendapati naib presiden PKR itu memfailkan petisyen penceraian terhadap suaminya Raja Ahmad Shahrir bulan lalu.
"Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan, dan kami memohon semua pihak agar diberikan ruang peribadi pada waktu-waktu ini," kata mereka dalam kenyataan tiga perenggan itu.
Nurul Izzah dilapor fail penceraian
Dua hari lepas Ketua Penolong Pegawai Daerah Barat Daya, Abu Hassan serta anggotanya menjalankan tugas penguatkuasaan ke atas 14 buah struktur kosong berupa gerai haram yang sedang dibina serta yang baru dibina.
Mangsa diserang sampai bajunya terkoyak di depan kira-kira 35 anggota polis oleh sekumpulan samseng gedebe yang diketuai oleh Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin.
Ekoran insiden itu, pihak tertentu cuba menggambarkan bahawa Kerajaan Negeri hanya merobohkan gerai Melayu sahaja.
Walhal, jelas , aduan berwajib yang diterima PBT sebenarnya daripada orang tempatan Melayu sendiri.
Polis telah menahan 7 orang lelaki untuk membantu siasatan termasuk Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang, Mohd Rizuad Mohd Azudin.

KETUA WIRA PERKASA PULAU PINANG KENA CEKUP BERPAKAIAN LENGKAP LOKAP POLIS KERANA KES PUKUL KETUA PENOLONG PEGAWAI DAERAH BARAT DAYA.
Dua hari lepas Ketua Penolong Pegawai Daerah Barat Daya, Abu Hassan serta anggotanya menjalankan tugas penguatkuasaan ke atas 14 buah struktur kosong berupa gerai haram yang sedang dibina serta yang baru dibina.
Mangsa diserang sampai bajunya terkoyak di depan kira-kira 35 anggota polis oleh sekumpulan samseng gedebe yang diketuai oleh Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin.
Ekoran insiden itu, pihak tertentu cuba menggambarkan bahawa Kerajaan Negeri hanya merobohkan gerai Melayu sahaja.
Walhal, jelas , aduan berwajib yang diterima PBT sebenarnya daripada orang tempatan Melayu sendiri.
Polis telah menahan 7 orang lelaki untuk membantu siasatan termasuk Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang, Mohd Rizuad Mohd Azudin.
Bangkok catat suhu terendah, 63 maut di utara Thailand
BANGKOK: Suhu di ibu negara Thailand turun ke paras paling rendah
dalam beberapa dekad hari ini manakala musim sejuk luar biasa di
bahagian utara negara itu sudah meragut 63 nyawa.
"Bangkok mencatatkan rekod suhu paling sejuk dalam tempoh 30 tahun pagi ini apabila turun kepada 15.6 Celsius," kata Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Thailand, Songkram Aksorn.
Musim sejuk tahun ini adalah yang paling lama dalam tempoh sedekad, iaitu sehingga tiga bulan.
Suhu di kawasan utara dan timur laut Thailand turun kepada satu angka, menyebabkan 63 orang mati di 24 wilayah.
Mangsa paling muda ialah bayi berusia sebulan manakala mangsa paling tua berusia 83 tahun. - The Nation
"Bangkok mencatatkan rekod suhu paling sejuk dalam tempoh 30 tahun pagi ini apabila turun kepada 15.6 Celsius," kata Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Thailand, Songkram Aksorn.
Suhu di kawasan utara dan timur laut Thailand turun kepada satu angka, menyebabkan 63 orang mati di 24 wilayah.
Mangsa paling muda ialah bayi berusia sebulan manakala mangsa paling tua berusia 83 tahun. - The Nation
Jawaban balas Marinatasha terhadap alasan Castmet
Posted on Thursday, January 23 @ 16:39:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Pengarah Urusan CASTMET, Tan Keh Wah dan Pengawah Kewangan CASTMET, Yong Pey Ling (Shannon Yong) berhubung insiden saya dimalukan dengan diarahkan turun daripada pentas utama ketika majlis Makan Malam Tahunan CASTMET 2014 di Pusat Konvensyen Sime Darby pada malam Sabtu lalu.
Saya ingin memperbetulkan persepsi awam dan media yang mungkin tersalah anggap dan tersalah lapor insiden berkenaan. Saya mengetengahkah isu rasis dan diskriminasi perkauman yang diperbuat Shannon Yong tidak membenarkan saya menyanyi semata-mata kerana saya bertudung. Jadi tidak timbul isu syarikat berkenaan tidak rasis kepada pekerja-pekerjanya.
Dalam pertemuan selepas sidang media saya, Tan Keh Wah mengundang saya ke pejabat untuk bertanya kepada pekerja yang syarikat beliau tidak rasis. Soalnya bukan layanan dia kepada pekerjanya tetapi layanan Pengarah Kewangannya, Shannon Yong kepada saya.
Saya menghargai keprihatinan yang ditunjukkan oleh CASTMET melalui jawapan mereka kepada media yang kononnya imej saya bertudung tidak bersesuaian dan akan mengundang sensitiviti keagamaan jika saya beraksi pada malam tersebut.
Soalnya adakah mengarahkan saya turun daripada pentas ketika saya akan memulakan persembahan itu tidak bersifat sensitif? Mengapa saya tidak diberitahu hal-hal tersebut ketika hari kejadian? Mengapa semua alasan-alasan ini diberikan selepas sidang akhbar bersama Karyawan dan saya langsung tidak mengetahui mengenainya sebelum ini?
Saya melihat jawapan yang diberikan kepada media adalah untuk mengalihkan perhatian daripada isu sebenar. Ironisnya mereka sanggup membenarkan saya membuat persembahan jika saya tidak bertudung.
Pelbagai alasan yang diberikan adalah saling bercanggah termasuk laporan polis Shannon Yong pada 20 Januari lalu. Sehingga ke hari ini jawapan versi CASTMET tidak disahkan oleh Mohd Solih Toha daripada syarikat pengurusan acara Red On Black dan Nazri daripada band Rufus. Jika terdapat sebarang salah faham antara mereka sekalipun adalah tidak adil untuk saya dijadikan mangsa tindakan rasis sebegini.
Secara konsisten, saya tidak menyalahkan sama sekali syarikat tersebut. Isunya adalah perkataan dan tindakan rasis yang diperbuat oleh Pengarah Kewangannya, Shannon Yong terhadap saya, iaitu menyatakan bahawa saya tidak boleh menyanyi kerana saya bertudung. Ini adalah satu diskrimasi jika dilihat dalam apa keadaan sekalipun.
Kerjaya saya sebagai penyanyi adalah kerjaya profesional. Majlis CASTMET bukanlah persembahan pertama saya. Saya telah berpengalaman mengendalikan acara lebih besar dengan syarikat-syarikat bukan Islam dan mereka tiada sebarang masalah dengan penampilan saya.
Berikut saya sertakan jawapan balas saya bersama beberapa keping gambar acara berkenaan untuk penilaian semua.
Alasan adanya minuman keras
Saya terkejut dengan alasan Pengarah Urusan CASTMET, Tan Keh Wah bahawa keputusan membatalkan penampilan saya kerana majlis menghidangkan minuman keras. Alasan Tan Keh Wah ini adalah perkara baru. Dalam laporan polis Shannon Yong tidak diberikan alasan minuman keras ini dan saya tidak perasaan kemunculan minuman keras kerana lebih setengah daripada tetamu adalah orang Islam.
Malah Tan Keh Wah menyatakan bahawa ianya untuk tujuan menjaga sensitiviti umat Islam. Etika pakaian saya adalah bersesuaian dengan majlis-majlis keraian. Jika mereka sensitif tentang keIslaman saya maka adakah mereka tidak tahu yang tetamu utama ialah Pengerusi CASTMET, Tan Sri Mohd Anuar Mohd Nor juga seorang Islam dan ramai tetamu lain yang berhijab dan berkopiah.
Alasan adanya tarian
Sebagai seorang penyanyi berpengalaman, saya sudah berhadapan dengan pelbagai ragam majlis dan tetamu. Apabila mengambil keputusan berhijab 2 tahun lalu, saya telah menyesuaikan persembahan saya dengan imej saya. Malah saya sendiri menolak tawaran apabila merasakan imej saya tidak bersesuaian.
Alasan perlu menari dan berinteraksi dengan tetamu bukan soalnya. Ketika Zafarina Jamhari atau Farina dari Akademi Fantasia 8 (AF8) membuat persembahan kemudian, dia juga tidak menari bersama tetamu sebagaimana yang didakwa menjadi permintaan CASTMET.
Jika benar ada aksi-aksi sebagaimana yang didakwa yang telah dibuat oleh penyanyi ganti, maka saya minta gambar atau rakaman video didedahkan untuk rakyat Malaysia menilai sendiri acara tersebut. Pada saya, majlis tersebut adalah seperti majlis makan malam syarikat-syarikat korporat lain yang biasa saya tangani.
Alasan adanya kontrak
Shannon Yong dan Tan Keh Wah mendakwa bahawa saya bukanlah penyanyi yang dipersetujui dan tidak berada dalam kontrak asal antara CASTMET dengan pembekal acara. Hakikatnya tiada sebarang kontrak bertulis, sebaliknya band Rufus dipilih kerana band ini membuat persembahan di Cafe Daud yang terletak bersebelahan dengan pejabat CASTMET di Plaza Damas. Band Rufus yang menyediakan penyanyi, pemuzik dan alat muzik pada malam tersebut.
Mohd Solih Toha daripada syarikat pengurusan acara Red On Black telah mengesahkan bahawa persembahan ini adalah secara rundingan terus daripada CASTMET dengan band Rufus. Kontrak saya pula adalah sebagai penyanyi band Rufus untuk persembahan pada malam tersebut.
Tiada sebarang perjanjian hitam putih sebagaimana yang didakwa, termasuk permintaan untuk penyanyi tidak bertudung atau artis AF. Dalam pertemuan semalam, Tan Keh Wah telah menunjukkan kepada saya satu salinan invois yang sekadar menunjukkan butiran band Rufus sahaja. Tiada nama individu diletakkan kecuali nama pengacara majlis Amber Wong. Saya adalah sebahagian daripada band Rufus kerana dipanggil oleh band tersebut untuk menjadi penyanyi utama mereka pada malam itu.
Jika benar dakwaan mereka bahawa sejak awal mereka telah meminta Farina AF8 tetapi mengapa nama Farina sendiri tiada dalam invois seperti mana nama Amber Wong? Malah Farina memberitahu saya bahawa dia baru dihubungi pada hari kejadian secara tiba-tiba beberapa jam sebelum acara bermula. Setelah sampai ke majlis itu barulah dia mengetahui perkara sebenar dan atas rasa simpati kepada saya sebagai mangsa diskriminasi, maka dia menjemput saya menyanyi secara spontan.
Lebih pelik, CASTMET mendakwa saya adalah penyanyi pengganti untuk sesi latihan pada 16 Januari di studio dan sesi raptai pada petang 18 Januari beberapa jam sebelum majlis berlangsung. Adakah saya terlalu bodoh untuk menerima tempahan menyanyi untuk sesi latihan dan sesi raptai tetapi tidak untuk majlis sebenar? Dan mengapa saya tidak diberitahu oleh mana-mana pihak termasuk CASTMET dan wakilnya sebelum insiden tersebut berlaku?
Akhirnya saya melihat jawapan-jawapan CASTMET, sama ada melalui Shannon Yong dan Tan Keh Wah adalah isu-isu baru yang ditimbulkan dan tidak relevan. Tindakan terdesak ini adalah memperlekehkan profesionalisme saya sebagai seorang penyanyi profesional dan seorang pemakai hijab.
Sekian, terima kasih.
Marinatasha Isnariah Mustapar
Harakahdaily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan