Rabu, 15 Januari 2014

BAGUS BEKERJA UNTUK DUNIA BERSUNGGUH2....BEKERJA BAGAI NAK RAK.....TAPI JANGAN FIKIR HABUAN DUNIA SAJA...UNTUK DIPUJI....KENAIKKAN PANGKAT DLL....SEHINGGA ADA KERJA ITU MELALAIKAN ....MUNGKIN ADA YANG HARAM TAPI BUAT JUGA BAGAI NAK RAK....TAPI BAB IBADAH....BAB AGAMA BUAT SAMBIL LEWA...KADANG2 TINGGAL LANGSUNG@TAK BUAT...SEBAB HABUAN AKHIRAT NI ADALAH GHAIB LAGI

BERITA GEMBIRA UNTUK PARA PENGKAGUM NAJIB ..... KERANA KANGKUNG NAJIB SUDAH TERKENAL SELURUH DUNIA!!!!


Kerana ungkapan kangkung semasa di Kemaman tempoh hari sebagai barang contoh harga turun tapi langsung tidak di puji oleh rakyat kepada kerajaan UMNO/BN pimpinan beliau kini menyebabkan dirinya cukup tersohor dan seluruh dunia sekarang ini.

Media terkenal luar negara memberikan liputan cukup meluas atas serangan rakyat siber terhadap Najib Razak.

Sudah pasti berita gembira ini akan menambahkan rasa kagum dan hormat mereka oleh para-para pengkagum Najib terhadap diri beliau.

Bertuah sungguh UMNO dapat PM gred Kangkung!!!.. Mungkin sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 maka jumlah para pelancung akan berlipat kali ganda datang kenegara ini.
Osman Aziz was tagged in Ramli Joned's photo.

Bismillaa hir rohma nir rohim SANTAPAN ROHANI - PAGI RABU 15 JANUARI 2014: WASIAT RASULULLAH S.A.W SELESAI SUDAH sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW secara besar2an di sana sini... Para pemimpin memberi ucapan, mengajak rakyat kembali mengamalkan ajaran yang dibawa Nabi SAW sepenuhnya, dan melarang rakyat membelakangkan ajaran itu... Semoga apa yang diucapkan itu, akan direalisasikan bersama seutuhnya, demi kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.... Di dalam sebuah hadith, daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata: “RASULULLAH SAW TELAH MENASIHATI KAMI suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan airmata... Kami berkata: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat... Baginda bersabda: “AKU MEWASIATKAN KAMU SUPAYA BERTAQWA KEPADA ALLAH 'AZZA WAJALA, SUPAYA MENDENGAR DAN TAAT, SEKALIPUN KAMU DIPERINTAH OLEH SEORANG HAMBA.... Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, niscaya dia akan MELIHAT BANYAK PERSELISIHAN.... Maka HENDAKLAH KAMU MENGIKUTI SUNNAHKU DAN SUNNAH KHULAFA' RASYIDIN YANG MENDAPAT HIDAYAT... GIGITLAH IA DENGAN KUAT (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-PERKARA YANG DIADA-ADAKAN, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah BID'AH dan SETIAP BID'AH ITU ADALAH SESAT DAN SETIAP KESESATAN ITU DALAM NERAKA.”... (Hadith riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi.. al-Tirmizi berkata ia hadith sahih.)... PENGAJARAN HADITH: (1) UCAPAN NASIHAT DAN PERINGATAN ADALAH PENTING dalam kehidupan umat lslam.. Pengajaran dan peringatan hendaklah disampaikan secara bersungguh-sungguh dan berkesan, agar ia memberikan impak positif kepada para pendengar... (2) Rasulullah SAW berwasiat dalam hadith ini supaya BERTAQWA KEPADA ALLAH SWT, dan PATUH DAN TAAT KEPADA PEMERINTAH, selagimana perintahnya tidak bertentangan dengan syara'... biarpun dia berasal dari keturunan bawahan, kerana yang penting ialah, apa yang diperintahkan, dan bukannya orang yang memerintah... (3) Umat akhir zaman diancam oleh PERSELISIHAN DAN PERPECAHAN... Justeru itu Nabi SAW berpesan agar umat Baginda berpegang teguh dengan sunnah Baginda SAW dan sunnah para Khulafa' Rasyidin.... Ungkapan ‘MENGGIGIT’ memberi erti BETAPA PERLUNYA BERPEGANG TEGUH DENGAN SUNNAH NABI DAN KHULAFA' RASYIDIN serta menjauhkan perkara bid'ah yang sesat, yang akhirnya membawa pengamalnya ke lembah neraka....
KUALA LUMPUR: “Alangkah baiknya jika agensi-agensi agama, agamawan dan rakyat sentiasa berbicara mengenai penindasan, salahguna kuasa, rasuah, penipuan, kesulitan rakyat mengharungi kos hidup meningkat dan memiliki sebuah rumah,” kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut Naib Presiden PAS itu, apabila perkara asas diberi tumpuan, maka kesejahteraan dan keharmonian rakyat mendapat pembelaan dan penambahbaikan.

Beliau menambah, kerajaan yang ada pula ditekan untuk mentadbir dengan berhemah, baik dan adil.

Selain sukan, ujarnya perkara-perkara seperti penindasan, salahguna kuasa, rasuah, penipuan, kesulitan rakyat mengharungi kos hidup meningkat dan memiliki sebuah rumah patut menjadi faktor penyatu rakyat Malaysia.

“Bersatu melawan kemungkaran, bersatu untuk mendesak negara ditadbir dengan baik dan berkesan dan bersatu untuk mengekalkan kehidupan berkualiti pada kos hidup yang berpatutan dalam negara,” ujarnya menerusi facebook sekadar lontaran.

AL-FATIHAH : MAYAT MAHASISWA YANG HILANG DI TEMUI DALAM PARIT BERHAMPIRAN KOLEJ KEDIAMAN !!!


Mayat seorang wanita dipercayai penuntut UNIMAS yang dilaporkan hilang ditemui terapung dalam anak sungai berdekatan sebuah kolej kediaman jam 5.20 petang tadi.
Mayat dipercayai ditemui penduduk kampung yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat selepas kehilangannya diketahui Ahad lalu. 

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Superintendan Lee Chong Chern berkata, mangsa mungkin meninggal dunia beberapa hari lalu.

Susulan itu, mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya.

HM

TAKZIAH BUAT KELUARGA MANGSA.

KUCHING: Mayat seorang pelajar wanita ditemui dalam parit di kampus universiti berkenaan di Kota Samarahan di sini lewat hari ini dan dipercayai dibunuh.

Ini merupakan mayat kedua pelajar universiti di Sarawak dibunuh selang 10 hari.

OCPD Samarahan DSP Lee Chong Chern yang mengesahkan kes itu malam ini berkata mayat itu ditemuI kira-kira 6 petang dan telah dihantar ke hospital besar di sini untuk bedah siasat. 

Pada 4 Jan, mayat pelajar lelaki tahun dua universiti ditemui dibunuh di sebuah rumah sewa di Miri.

Setakat ini belum ada tangkapan dibuat.
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (Surah Al-Ahzab ayat 21).

Wahai anakku,
Ayat di atas menyeru kita mencontohi Rasulullah dalam segala amal hidup kita. Kamu sudah tentu tahu bulan Rabiul Awal ialah bulan Maulidur-Rasul, bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Pada setiap 12 Rabiul Awal akan disambut dan diingati kelahiran baginda.

Wahai anakku,
Nabi Muhammad adalah pembawa agama Islam, Baginda mengajar kita segala ajaran agama dan meminta kita terus berpegang teguh kepada dua perkara, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

Baginda dipilih untuk menerima al-Quran untuk baginda menyampaikan kepada kita semua kandungan Al-Quran sebagai panduan untuk semua umat manusia. Sudah 1,400 tahun, Baginda meninggal, yang ada kini adalah sunnahnya. Al-Quran dan As-Sunnah adalah peninggalan Baginda bagi kita.

Wahai anak kesayanganku,
Bukan itu sahaja, Baginda turut meninggalkan keturunannya serta orang-orang yang beriman. Al-Quran dan As-Sunnah hendaklah kita mengikut selalu bagi memastikan kita termasuk ke dalam kumpulan orang-orang yang beriman. Itu yang terpenting bagi kita yang beragama Islam.

Ingatlah, Al-Quran adalah ibu segala petunjuk dan panduan bagi menjamin hidup kita semua tidak terkeluar daripada apa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW. As-Sunnah pula adalah untuk kita mengikuti apa yang dicontohkan oleh Nabi kerana Baginda merupakan pemimpin kita dan contoh kepimpinan di sepanjang zaman.

Oleh itu, wahai anakku, setiap kita adalah pemimpin dan sebagai pemimpin seharusnya kita mampu menzahirkan kepimpinan yang boleh menjadi model dengan mencontohi kepimpinan Nabi.

Malah, paling baik apabila seorang pemimpin itu sendiri berani berkata, aku ni mencontohi Nabi Muhammad s.a.w. terutamanya bagi pemimpin dan perjuang Islam.

Ini kerana, atas sebab hendak mencontohi Nabi, kita akan cekalkan hati untuk melengkap diri dengan ilmu-ilmu Islam. Kita akan bertekad untuk mengamalkan ilmu itu, agar kita menjadi pemimpin yang berilmu dan berakhlak serupa dengan kealiman dan kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin ummah.

Salam sambutan Maulidur-Rasul bagi tahun 1435 Hijrah buat wahai anakku.

Mudah-mudahan di akhirat nanti kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW dan keredahaan Allah SWT di samping mendapat keberkatan Allah SWT jua di sepanjang masa.

Senyum
KUALA LUMPUR: Meluangkan masa beriadah dan bersukan sekurang-kurangnya 30 minit tiga kali seminggu menjadi antara kaedah terbaik yang boleh diamalkan guru bagi mengurangkan tekanan kerja.
  
Aktiviti seumpama itu juga dapat memastikan mereka sentiasa kekal cergas, cerdas dan sihat, kata Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional Prof Madya Dr Mohd Ali Hassan.
  
Beliau berkata melakukan pemeriksaan kesihatan dan pergigian secara berkala mampu membantu guru mengoptimumkan penjagaan kesihatan, apatah lagi mereka kini berdepan pelbagai cabaran dunia pendidikan yang menuntut mereka untuk terus bermotivasi dan meningkatkan produktiviti.
  
"Sekiranya guru 'cuai' menjaga kesihatan, ini menyebabkan mereka tidak bermaya, tidak bertenaga atau tidak sihat...Apabila kurang sihat mereka ambil cuti sakit dan ini menjurus kepada proses pembelajaran tergendala," katanya ketika dihubungi Bernama.
  
Menurutnya, apabila seorang guru memberi contoh penjagaan kesihatan yang baik, amalan mereka itu secara tidak langsung boleh dicontohi pelajar.

Berkongsi pandangan sama, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan yakin guru sememangnya memikirkan soal kesihatan, namun risau dan prihatin terhadap prestasi murid menyebabkan ada yang terlepas pandang kerana bertungkus-lumus menyiapkan segala tugasan.
  
Peka akan pentingnya penjagaan kesihatan dalam kalangan guru mendorong Koperasi Yayasan Guru Malaysia Bhd (KYGMB) menawarkan kad perubatan komprehensif dikenali sebagai MediSihat bagi memudahkan golongan itu mendapatkan rawatan.
  
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah KYGMB Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata produk yang akan diperkenal dalam masa terdekat itu menawarkan polisi insurans perubatan bagi penghospitalan dan pembedahan sehingga RM450,000, selain perlindungan kemalangan peribadi sehingga RM150,000.
  
Untuk tujuan itu, pihaknya baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman dengan Pathlab Health Management Sdn Bhd, sebuah makmal patalogi dan klinikal.
  
"Kesihatan adalah aspek penting yang harus diberi perhatian oleh guru, dan kami berharap dengan adanya kemudahan seperti ini mereka sentiasa menjaga kesihatan mereka selain mendapat perlindungan kos rawatan sewajarnya," katanya.
  
Keunikan kad MediSihat ini termasuk faedah menjalani pemeriksaan darah komprehensif di hampir 50 cawangan Pathlab.
  
Bekas Ketua Pengarah Pelajaran itu berkata pihak koperasi bersedia memberi pinjaman sehingga 10 tahun kepada ahlinya untuk membiayai premium insurans secara keseluruhan, manakala bayaran balik kepada koperasi dilaksanakan melalui potongan gaji.
  
Justeru, guru-guru digalakkan berdaftar sebagai anggota koperasi bagi memudahkan mereka menikmati keistimewaan kad itu, katanya. - Bernama
FIRMAN Allah SWT (Surah Al-Ahzab ayat 21) yang bermaksud “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”
Bersempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, marilah kita bersama-sama ingat-mengingati bahawa bulan Rabiul Awwal ini adalah bulan bagi seluruh umat Islam menyambutnya dengan penuh keinsafan akan sejarah kelahiran dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dihayati. Ia juga bertujuan untuk sama-sama kita mengagungkan Nabi Muhammad s.a.w.  sebagai pemimpin agung kita, pembawa rahmat dan suri teladan untuk sekalian umat di dunia ini.
Sebagaimana maksud ayat Al-Quran (Surah Al-Ahzab) ini, ia mengandungi penegasan daripada Allah SWT agar kita mengambil contoh daripada Nabi Muhammad s.a.w. Maksudnya hendaklah apa yang ditunjukkan oleh diri Rasulullah itu (segala sunnah baginda) diambil dan dijadikan ikutan, manakala segala larangan wajiblah ditinggalkan. Justeru, bagi umat Islam diharapkan agar semangat Maulidur-Rasul ini kita hayati dengan sebenar-benarnya dijadikan budaya kerja kita sehari-hari.
Dalam hal ini, saya cadangkan agar kita mengamalkan semua sifat agung baginda Rasulullah s.a.w. ––siddiq (benar), amanah (benar-benar boleh dipercayai), tabligh (menyampai seruan) dan fatonah (cerdik).  Misalnya sifat Amanah yang menjadi sifat yang wajib bagi setiap Rasul yang diutuskan oleh Allah SWT.
Amanah adalah teras kecemerlangan, kebahagiaan dan kemakmuran hidup di dunia dan di akhirat. Mereka yang mengabaikan sifat amanah adalah mereka yang menempah kegagalan, penderitaan dan kecelakaan bukan sahaja di dunia bahkan di Hari Pembalasan nanti. Justeru, tidak hairanlah semakin tinggi taraf jawatan yang disandang maka tinggilah amanah yang dipikul dan besarnya beban tugas serta beratnya amanah yang dipikul.
Setiap kita ini (hamba-Nya), tentunya mempunyai senarai tugas yang diamanahkan kepadanya untuk ditunaikan dan ia hendaklah dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Dalam menjaga amanah yang dipertanggungjawabkan, maka setiap kita ini mestilah mengutamakan tugas asasi masing-masing, terutama di dalam menghayati tuntutan Allah dan Rasul melebihi kepentingan peribadi.
Demikian pula, dengan sifat fatonah iaitu cerdik. Kecerdikan baginda Rasulullah s.a.w. berasal daripada panduan wahyu manakala kita sebagai umatnya hendaklah sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran bagi menjadikan kita juga sekurang-kurangnya mempunyai nilai fatonah dalam menjalan tugasan termasuk urus tadbir di peringkat kerajaan mahu pun swasta.
Akhir kata, semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini dapat menguatkan lagi azam dan impian kejayaan kita untuk menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w.  yang cemerlang dan bakal menerima syafaatnya di akhirat kelak.

Datuk Ahmad Yakub
Menteri Besar Kelantan

Wednesday, 15 January 2014

KANGKUNG TURUN HARGA MASUK BBC NEWS UK!

http://m.bbc.co.uk/news/blogs-trending-25730815

#BBCtrending: Be careful what you say about spinach
By BBC Trending

What's popular and why
7 hours ago



Hundreds of joke images are being shared on social media in Malaysia


Malaysia's prime minister is being widely lampooned on social media for a comment he made about the price of kangkung, or water spinach.

Food is a faux pas minefield for politicians, especially when it's perceived as being used in a get-down-with-the-people kind of way - think of British Prime Minister David Cameron's pasty moment or Chancellor George Osborne's "posh burger" tweet. The almost inevitable response seems to be ridicule. That's where the Malaysian Prime Minister Najib Razak finds himself right now. With the government under fire because of price hikes in basics like fuel and electricity, he choose to push back by highlighting a reduction in the cost of the leafy green vegetable kangkung.

Kangkung - also known as water spinach, morning glory and Chinese spinach - is widely eaten in Malaysia, and is cooked as a stir-fry with a little garlic or chilli paste. But it's cheap, grows wild alongside streams, paddy fields and drains, and is not considered a staple. Moments after a video of the prime minister was posted making the comments, the sarcasm and jokes began to trend on social media in Malaysia. There have been hundreds of thousands of tweets, a Facebook page set up - with 10,000 followers already - a YouTube re-mix of his comments, the lyrics to popular and traditional folk songs have been re-worked, and "Keep calm and eat kangkung" T-shirts have been made and rushed to market.

"Kangkung-gate", as it's been dubbed by some, has hit a nerve because many people are struggling with the rising cost of living, and are resentful of what they regard as corruption, and lavish spending by the government. Unsurprisingly many opposition politicians - including Anwar Ibrahim - have seized on the opportunity to join in the collective fun-poking. The story has been so big on social media that many have complained of their timelines being clogged up. "This kangkung obsession is fast becoming a laughing stalk," tweeted comedian Kuah Jenhan. "Lettuce get to the root of the problem. We have mushroom for improvement."

Reporting by Cordelia Hebblethwaite

All our stories are at BBC.com/trending





 

 

 

 

 

 

Tiada ulasan: