Sabtu, 11 Januari 2014

MAKA SETELAH MATI MAKA PUTUS HUBUNGAN DENGAN DUNIA...BARU TAHU MATI ITU BENAR....ALAM KUBUR ITU BENAR

SHAH ALAM: "Tahun 2014 amat menyeksakan dan tiada lagi baki gaji untuk simpanan," luah seorang ibu tunggal ketika bercerita tentang cabaran 2014 kepada Harakahdaily.

Norziana Zainuddin, 34 (gambar) bekerja sebagai kerani di syarikat perumahan di Setia Alam melihat tahun 2014 merupakan tahun yang berat untuk diharungi dan memberi tekanan kepada diri beliau sekeluarga.

Ibu kepada dua orang anak ini menjelaskan, dengan pendapatan sekitar RM1500 sebulan dan tinggal di kawasan Lembah Klang, beliau tidak mampu lagi untuk berbelanja seperti tahun-tahun sebelum ini dan terpaksa mencatu perbelanjaan.

Malah lebih teruk katanya, pendapatan bulan itu langsung tidak ada bahagian untuk simpanan kerana semuanya cukup-cukup untuk perbelanjaan barangan keperluan..

"Ayat paling mudah nak saya katakan adalah tahun yang menyeksakan. Semua kena dicatu dan dirancangkan dengan teliti jika ingin berbelanja.

"Dengan pendapatan yang saya perolehi ini, kalau dulu ada juga simpanan walau sedikit tetapi sekarang tidak lagi, malah pengiraan sekarang tahap negatif," jelas beliau.

Dua anaknya, Muhammad Danish Zharfan, 10 dan Nurhanania Batrisyia, 7 tahun masing-masing bersekolah di Maahad Tahfiz di Kapar yang yuran pendaftaran sekolah mereka sebanyak RM980 dan RM800 setiap seorang.

Tambahnya lagi, beliau hanya menyelesaikan yuran sekolah bagi seorang anak sahaja terlebih dahulu, manakala yuran bagi anaknya seorang lagi akan diselesaikan bulan hadapan.

Katanya, walaupun malu tetapi tindakan tersebut terpaksa dilakukan bagi memastikan wang yang ingin digunakan bagi keperluan lain yang lebih utama tidak tergendala.

Menurutnya, disebabkan kenaikan kos sara hidup dan harga barang yang melambung, beliau terpaksa 'ikat perut' dan perlu berbelanja dengan lebih teliti.

"Sebelum minyak (petrol) naik saya hanya perlu mengeluarkan RM240 sahaja untuk minyak sebulan, tetapi sekarang lebih RM300 sebulan dan itu hanya untuk ulang alik dari rumah ke tempat kerja.

"Kalau campur sewa rumah, barang dapur, keperluan-keperluan lain, bil-bil dan keperluan anak-anak sekolah, apa yang mampu saya lakukan dengan jumlah gaji yang saya perolehi," jelasnya.

Tegas Norziana, sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, dengan jumlah gaji yang sama, perbelanjaan beliau boleh dikatakan mencukupi untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga biarpun tidak boleh bermewah-mewah seperti orang lain.

Namun selepas itu katanya, keadaan makin menghimpit apabila satu-persatu harga barangan diumum naik oleh kerajaan.

"Memang hidup tertekan, tetapi terpaksa diteruskan walaupun ikat perut dan catu makan saya sekali sehari.

"Harapan saya agar kerajaan dengar suara rakyat, jangan menyeksa rakyat.

"Inikah balasan kerajaan terhadap rakyat, mana janji sebelum ini," jelas beliau dalam nada kesal.
JAKARTA: Parti Demokrat pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menerima satu lagi tamparan apabila bekas Ketua Umum Parti Demokrat Anas Urbaningrum (gambar) ditahan Suruhanjaya Pembenterasan Rasuah (KPK) pada Jumaat kerana disyaki terlibat dalam kes rasuah berprofil tinggi berkaitan projek pembinaan Kompleks Sukan Bukit Hambalang, Bogor di Jawa Barat beberapa tahun lepas.
              
Anas ditahan badan pencegahan rasuah selepas disoal siasat kira-kira lima jam di bangunan KPK di sini, dan ketika muncul dari premis berkenaan pada 6.45 petang untuk dibawa ke penjara, beliau menyifatkan peristiwa itu sebagai hari bersejarah kepadanya dan bahagian terpenting untuk beliau menemukan keadilan dan kebenaran.
              
"Saya berterima kasih yang besar kepada Pak SBY (Susilo Bambang Yudhoyono), mudah-mudahan peristiwa ini punyai erti, punya makna dan menjadi hadiah Tahun Baharu 2014. Yang lain-lain, nanti saja.
              
"Yang saya yakin adalah bahawa ketika kita berjuang tentang kebenaran dan keadilan, saya yakin betul hujungnya kebenaran akan menang," katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada wartawan.
              
Beberapa penganalisis politik, dalam reaksi segera, menganggap ucapan terima kasih kepada Yudhoyono merupakan sindiran dan Anas akan membongkar lebih banyak maklumat berhubung kes itu, termasuk kemungkinan mengheret nama anak lelaki SBY iaitu Edhie Baskoro Yudhoyono atau Ibas, yang ketika ini menyandang jawatan Setiausaha Agung Parti Demokrat, dalam kes sama.

Polemik pemanggilan Anas oleh KPK untuk memberi keterangan, yang berlangsung sejak beberapa hari lepas, dianggap beberapa pihak sebagai memberi pengaruh negatif kepada Parti Demokrat yang diasaskan Yudhoyono.
              
Yudhoyono mengambil alih kepimpinan parti sebagai Ketua Umum berikutan pengunduran Anas daripada jawatan itu pada tahun lepas apabila KPK menetapkan beliau sebagai seorang suspek dalam kes berkenaan.
              
Seorang lagi suspek, iaitu bekas Menteri Belia dan Sukan Indonesia Andi Mallarangeng telahpun ditahan KPK pada tahun lepas dan penahanan Anas hari ini serta perkembangan seterusnya dijangka menarik perhatian ramai kerana beliau sendiri pernah menyebut akan mendedahkan banyak perkara berhubung kes itu.
              
Pada Februari 2013, Anas, dalam ucapan pengunduran, berkata penetapan dirinya sebagai suspek kes rasuah pembinaan Kompleks Sukan Bukit Hambalang itu merupakan 'halaman pertama' dan "masih banyak hal lainnya yang kita buka bersama untuk kebaikan bersama.  Saya yakin halaman berikutnya akan bermakna bagi kepentingan kita bersama".
              
Yudhoyono, melalui jurucakap presiden Julian Aldrin Pasha, pada Jumaat meminta semua pihak agar tidak mengaitkan proses undang-undang yang sedang dihadapi Anas dengan politik.
              
Julian berkata Yudhoyono tetap memantau perkembangan proses undang-undang itu namun beliau tidak akan campur tangan kerana yakin dengan kemampuan pihak penguatkuasa undang-undang menyelesaikan kes berkenaan.
              
Beliau turut mengingatkan bahawa semua warganegara memiliki kedudukan yang sama di mata undang-undang, tidak terkecuali bekas Ketua Umum Parti Demokrat. - Bernama
KUALA TERENGGANU:  Kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungawab menggali kubur anak perempuannya yang meninggal dunia kira-kira lapan bulan lepas, seorang lelaki hari ini membuat laporan polis.
              
Terdapat lubang sedalam kira-kira satu meter di kubur anaknya itu yang meninggal dunia ketika berusia sembilan bulan.              
              
"Saya percaya ini dilakukan oleh pihak tertentu yang mempercayai amalan khurafat...kerana tiada longgokan tanah yang digali itu di kawasan kubur berkenaan," kata Kamaruddin Muhammad, 44, ketika ditemui pemberita di tanah perkuburan Kampung Binjai Berambu, Padang Midin di sini sini hari ini.
              
Katanya dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh anggota Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) selepas mengadakan gotong-royong membersihkan tanah perkuburan itu kira-kira pukul 9 pagi ini.
              
Susulan itu, katanya dia membuat dua laporan polis iaitu di Balai Polis Chabang Tiga dekat sini dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.

Ekoran laporan polis itu, sepasukan anggota Balai Polis Chabang Tiga dan dua anggota Unit Cawangan Jenayah, IPK Terengganu turun padang bagi menjalankan siasatan di tanah perkuburan itu petang ini.
              
Kamaruddin berkata dia dengan kerjasama penduduk setempat telah menutup lubang di kubur anak perempuannya itu dengan tanah.
              
Katanya dia juga telah berbincang dengan JKKK untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan tanah perkuburan yang berusia hampir 100 tahun itu tidak lagi dicerobohi termasuk mengadakan pemantauan dan membina pagar di kawasan sekitar.
              
Katanya arwah anaknya Siti Nur Anisah merupakan anak bongsu dari enam beradik meninggal dunia disebabkan komplikasi jantung dan masalah jangkitan paru-paru.
              
"Saya tidak faham dan tidak tahu apa tujuan sebenar mereka menggali kawasan kubur anak saya itu. Saya kesal dengan perbuatan tidak bermoral itu, di zaman serba moden ini masih ada pihak mengamalkan amalan khurafat," katanya. - Bernama
KOTA KINABALU: Satu daripada lima pasukan VAT69 yang ditempatkan di beberapa kawasan bagi mengepung Kampung Tanduo belum mengumpul maklumat yang mencukupi berkaitan kumpulan penceroboh Sulu ketika mereka diserang pada 1 Mac.
              
"Ketika itu, kami belum mengumpul maklumat yang cukup berhubung lokasi penceroboh bersenjata itu kerana ia perlu dilakukan secara taktikal," kata Supt Mancha Anak Laga di Mahkamah Tinggi di sini yang bersidang di Penjara Sabah semalam.
              
Beliau berkata demikian pada perbicaraan 30 individu yang didakwa melakukan pelbagai kesalahan berkaitan aktiviti keganasan di Sabah tahun lepas.
              
Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Ram Singh, Mancha berkata sebahagian tugasan beliau dalam operasi tinjau rapat di kampung itu ialah menilai kekuatan penceroboh, lokasi kubu dan pondok sentri mereka.
              
Ketika ditanya apa maksud "Tiger! Keluar Kau dari sini. Ini bumi kami" yang dilaungkan penceroboh ketika berdepan pasukan VAT69, Mancha berkata ia membawa maksud mereka mencabar pasukannya agar meninggalkan kawasan itu.

"Adakah kesemua penceroboh berlari ke arah kamu dan pasukan kamu ketika mereka melaungkan perkataan itu?" tanya Ram dan Mancha menjawab: "Ya."
              
Mancha berkata tujuan penceroboh berkenaan berlari ke arah pasukannya ialah untuk menyerang kerana beliau nampak pihak musuh mengacukan senjata masing-masing ke arah mereka.
              
Terdahulu, ketika disoal balas peguam Datuk N.Sivananthan, Mancha berkata beliau nampak beberapa penceroboh lari ke arah Kampung Tanduo apabila kejadian berbalas tembakan berakhir, namun pasukannya tidak mengejar mereka.
              
"Saya sudah berkhidmat dalam pasukan VAT69 selama 28 tahun dan seorang yang berpengalaman.
"Jika saya mengejar penceroboh berkenaan, ada kemungkinan saya akan diserang hendap oleh penceroboh yang bersenjata," katanya.
              
Mancha juga berkata selain senjata dan parang yang ditemui di lokasi kejadian berbalas tembakan selepas itu, turut ditemui ialah sebuah beg namun beliau tidak membuka untuk melihat isi kandungannya.

Tiga puluh individu berdepan pertuduhan melakukan pelbagai kesalahan berkaitan kegiatan keganasan di Sabah antara 12 Feb dan 10 April tahun lepas.

Tertuduh terdiri 27 rakyat Filipina dan tiga rakyat tempatan.
  
Antara pertuduhan yang mereka hadapi ialah melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, menganggotai kumpulan pengganas, merekrut anggota kumpulan pengganas dan melindungi individu yang diketahui anggota kumpulan pengganas.
 
Bagi kesalahan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, tertuduh berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup manakala bagi pertuduhan menganggotai dan melindungi anggota kumpulan pengganas, mereka berdepan hukuman penjara seumur hidup serta denda.
  
Bagi kesalahan merekrut orang sebagai anggota kumpulan pengganas pula boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun.
  
Perbicaraan di depan Hakim Stephen Chung bersambung 15 Jan depan. - Bernama
KUALA LUMPUR: Juruterbang pesawat Cessna 172 dari Kelab Penerbangan Diraja Selangor (KPDS) yang dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di sini petang semalam, berjaya menghubungi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk memaklumkan lokasi.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata juruterbang itu, yang hanya dikenali sebagai Kapten Saiful, telah menyatakan bahawa beliau berada di kawasan bukit bertentangan dengan Empangan Batu.
Kapten Saiful juga sempat memaklumkan bahawa beliau tidak dapat mengesan dua lagi rakannya yang bersama dengannya dalam penerbangann latihan itu sebelum panggilannya kepada TUDM terputus dipercayai berpunca daripada kehabisan bateri telefon, katanya kepada Bernama awal pagi ini.
Abdul Rahim berkata pihaknya difahamkan Kapten Saiful dan dua lagi, yang memulakan latihan penerbangan pada jam 4.50 petang, telah tidak dapat dihubungi melalui komunikasi radio oleh menara kawalan DCA pada pukul 5.15 petang semalam di kawasan sekitar Batu Caves dan Rawang.
"Pesawat itu sepatutnya pulang ke Pangkalan Udara Kuala Lumpur dalam masa dua jam. Sehingga kini pesawat tersebut tidak dapat dihubungi," katanya.
Beliau berkata maklumat lengkap mengenai ketiga-tiga orang yang menjalani latihan penerbangan dari KPDS itu, masih belum diketahui.
Operasi mencari dan menyelamat yang telah dijalankan sebaik mendapat maklumat petang tadi telah ditangguhkan pada 7 malam semalam dan akan dimulakan semula pada 7 pagi ini oleh pasukan TUDM, polis dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata pihaknya dimaklumkan pesawat berkenaan membawa tiga orang.
Pesawat terbabit dipercayai berada di kawasan sekitar Empangan Batu, Hulu Yam, katanya.
"Kami bersama DCA dan bomba sedang melakukan pemantauan di kawasan tersebut," katanya kepada Bernama.
Menurut Abdul Rahim, operasi mengesan pesawat itu akan dijalankan pukul 7 pagi esok. - Bernama
KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Sesyen  Kuala Lumpur semalam yang membebaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan lima lagi daripada tuduhan mengambil bahagian dalam perhimpunan Bersih 3.0 membuktikan bahawa peruntukan yang termaktub di dalam Akta Perhimpunan Aman 2011 bersifat autokratik dan bertentangan dengan semangat Perlembagaan yang menjamin kebebasan berhimpun.
Sehubungan itu, Ahli Dewan Negeri (Adun) Batu Caves, Amirudin Shari menyeru rakyat agar tidak perlu gentar dan gerun dengan momokan pemerintah yang sering menggunakan akta tersebut untuk menakut-nakut dan menafikan hak kebebasan berhimpun yang sememangnya telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Saya mengalu-alukan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang melepaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Saudara Azmin Ali dan empat yang lain daripada tuduhan mengambil bahagian dalam perhimpunan Bersih 3.0,” ujar beliau dalam satu kenyataan media.
Mahkamah Rayuan minggu lalu memutuskan bahawa perintah majistret melarang perhimpunan Bersih 3.0 adalah tidak sah.
Ekoran daripada itu, Hakim Mahkamah Sesyen, Ahmad Bache memutuskan bahawa pertuduhan terhadap Anwar dan lima yang lain adalah tidak berasas.
“Melihat kepada keputusan ini yang bersifat precedent (duluan) bagi kes-kes susulan yang berkaitan, jelas sekali bahawa pihak mahkamah bertindak berasaskan tuntutan Perlembagaan yang memaktubkan hak untuk berhimpun sebagai hak asasi rakyat di negara,” kata Amirudin.
Justeru itu beliau menyifatkan penghakiman tersebut sebagai isyarat yang baik buat rakyat dan secara tidak langsung membuktikan bahawa peruntukan yang termaktub di dalam Akta Perhimpunan Aman 2011 ini bersifat autokratik dan bertentangan dengan semangat Perlembagaan yang menjamin kebebasan berhimpun.
“Rakyat seharusnya tidak perlu lagi gentar dan gerun dengan momokan pemerintah yang sering menggunakan akta tersebut untuk menakut-nakut dan menafikan hak kebebasan berhimpun yang sememangnya telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan,” tegasnya.
Perkara yang berkaitan Institusi Agama, Bangsa dan seperti termaktub di dalam Perlembagaan Negara iaitu Institusi DiRaja sering menjadi perbincangan rakyat atau forum dalam masyarakat dan menjadi topik penting di dalam media cetak mahupun media sosial. Ketiga-tiga institusi ini amat penting dan ia adalah pegangan penting setiap rakyat walaupun mereka tidak memegang semua institusi tersebut dalam amalan harian mereka.

Saya terpanggil melahirkan ketakjuban terutamanya kerana Malaysia menjadikan ketiga-tiga elemen ini termaktub di dalam Perlembagaan untuk memerintah dan kepada mana-mana parti yang akan menang mesti memegang ketiga-tiga institusi ini. Ini termasuklah kini di negeri Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan sebelum ini di Kedah, Perak serta Terengganu tidak pernah menolak ketiga-tiga institusi ini ketika memerintah negeri tersebut.

Kini ada orang bercakap tentang persepsi kerana ia cukup terkesan jika bijak dan pandai bermain 'catur' kepada ketiga-tiga institusi tersebut walaupun tidak memegang secara telus dan ikhlas walaupun telah memerintah berkali-kali. Ujian penting sekarang, walaupun 'dilihat' cakna kepada ketiga-tiga institusi tersebut tetapi sebenarnya ia lebih kepada menjaga 'kuasa' sahaja tanpa memahami realiti sebenar akan kepentingannya.

Kalau bercakap tentang agama, banyak pihak akan menunjukkan bahawa mereka sayangkan agama sedangkan mereka jugalah yang 'memainkan' agama dalam satu ketika itu. Dan kini jika bercakap tentang bangsa, terpaksa membentuk satu kelompok atau kumpulan yang menggunakan atas nama bangsa bagi 'mempertahankan' bangsa mereka walaupun mereka juga menindas bangsa mereka sendiri dalam masa yang sama.

Dan terpenting juga bila bercakap tentang Institusi DiRaja, merekalah 'juara' mempertahankan institusi ini dan sangguh menjadi 'johan' di dalam media seolah-olah ada pihak yang akan menghapuskan institusi penting ini. Malangnya, ia hanya seketika sahaja kerana ingin membina persepsi dan mengubah pemikiran masyarakat untuk 'lalai' dan 'leka' dengan 'ubat' pelali dengan melupakan perkara-perkara di keliling mereka ketika itu.

Disebabkan itu, saya cukup bimbang pihak yang ingin mengekalkan 'kuasa' mereka sanggup melakukan apa sahaja dan membenarkan beberapa tindakan 'tidak halal' untuk membangkitkan sentimen dan mengalih perasaan masyarakat. 'Halalnya' perbuatan mereka ini akan 'menidurkan' masyarakat dengan benda-benda lain di keliling mereka seperti bebanan harian dan kesusahan ketika itu tanpa ada perubahan dan terus merana.

Kepada 'sang' pemerintah, ini adalah 'peluru' pelali yang akan sentiasa dimain-mainkan dan didendang sebagai penghibur seharian supaya mereka tidak akan bersuara dan membantah perilaku yang tidak seiring dengan matlamat memerintah kepada sebuah Kerajaan. Akhirnya rakyat yang 'dipaksa' menanggung rugi dan 'terpaksa' berkorban bagi pemerintah sedangkan pemerintah tidak 'susah' pun dalam masa yang sama ketika itu.

Tahniah kepada 'sang' pemerintah yang pandai dan bijak membina persepsi serta berstrategi bagi 'melalaikan' rakyat dengan 'ubat-ubatan' yang menutup mulut dan memekakkan telinga mereka untuk berkata benar dan betul jika pemerintah tidak adil dan menipu. Saya harap rakyat sedar dan tidak terperangkap dengan tipu daya ini yang turut 'merancuni' pemikiran rakyat untuk melahirkan 'kebencian' dan ketakutan!
_________________
Penulis adalah Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
KUALA LUMPUR: Polis telah merakam kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengenai komen beliau bahawa darah mereka yang berhimpun dalam protes ambang tahun baru adalah halal atau 'bughah', lapor The Malaysian Insider.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu wartawan di Bukit Aman hari ini bahawa Harussani telah ditemubual oleh polis tentang komen beliau itu.

"Sebarang kenyataan yang dianggap sebagai ugutan kepada keselamatan negara akan disiasat secara mendalam, tak kiralah siapa yang membuat kenyataan itu," katanya.

Beliau menidakkan kenyataan bahawa hanya sesetengah orang sahaja yang boleh mengugut keselamatan negara.

"Kita menyiasat semua orang tetapi rakyat hanya berminat kepada sesetengah pihak sahaja," Kata Khalid kepda media.

Harussani ketika mengulas Himpunan Turunkan Kos Sara Hidup (Turun) di Dataran Merdeka 31 Disember lepas berkata, peserta himpunan ini adalah 'bughah' atau penderhaka kepada kerajaan.

Oleh itu katanya, darah mereka adalah halal.

Ekoran itu, pelbagai pihak membantah fatwa seumpama itu termasuk Dewan Ulama PAS dan juga Bekas Mufti Perlis, Dr Mohamad Asri Zainal Abidin.

 

 

 

 

Tiada ulasan: