Wednesday, 22 January 2014
EDISI MALU!!!! .. LAWATAN NOH OMAR KE FOOD COURT SEKSYEN 2, SHAH ALAM DI SAMBUT DINGIN OLEH RAKYAT YANG SEDANG MENIKMATI MAKANAN DAN MINUMAN!!!!
Biar gambar berbicara .... bukan nak mengata atau sokong rakyat bersikap biadap kepada pemimpin .. tapi inilah kenyataannya .. rakyat sudah bosan, muak dan meluat dengan sikap kepura-puraan pemimpin-pemimpin UMNO.
Contoh terbaik insiden tengah hari tadi ketika Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Noh Omar bersaa-sama dengan para pegewai penguatkuasa KPDNKK telah melakukan tinjauan harga makanan dan minuman yang dijual di sebuah Food Court di Seksyen 2, Shah Alam, Selangor.
Rakyat yang sedang menikmati makan langsung tidak ambil pusing dan peduli akan kehadiran Noh Omar.
Food Court ini menjadi salah satu tempat kegemaran para pelajar UiTM makan dan minum.
Petanda apakah itu????
Ooppss .. Nak tanya sikit dengan Noh Omar ni .. Cabaran kamu ajak mana-mana pemimpin PR untuk berdebat isu Kalimah Allah telah disahut dan disambut oleh Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad .. Sampai hari ini kamu masih senyap membisu langsung tidak memberi sebarang respon.
Thursday, 23 January 2014
EDISI MACAM-MACAM ADA .... BUDAYA KERJA YANG HANYA TERDAPAT DI MALAYSIA SAHAJA!!!!
Omak Kau malas nak komen .. sendiri boleh fikir dan berikan jawapannya.
Daim ramal BN kalah pilihanraya
Kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak cekap
ALOR
STAR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meramalkan BN akan
kalah sekiranya pilihanraya diadakan ketika ini kerana rakyat marah
kepada BN berikutan isu kos sara hidup.Menurut beliau, kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak cekap dan boleh mendatangkan mudarat hilangnya kuasa BN dalam pilihanraya umum akan datang.
“Kerajaan gagal mengawal isu kenaikan harga barang,” kata beliau dalam satu majlis anjuran Umno Bahagian Merbok di sini Sabtu lalu.
Beliau yang juga bekas ahli parlimen Merbok menambah tol tidak perlu dinaikkan sebaliknya mengkaji semula perjanjian konsesi untuk melanjutkan tempoh masa.
“Isu pengurangan subsidi yang selama ini dinikmati rakyat perlu diteruskan dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan di mana rakyat nampak kerajaan boros dalam perbelanjaan negara,” katanya lagi.
Daim mendakwa terlalu banyak wang dibelanjakan untuk perkara yang tidak patiut dan tidak memberi pulangan yang baik kepada rakyat dan negara.
Beliau berpendapat kenaikan elaun dan gaji kakitangan kerajaan juga mempengaruhi kenaikan harga barang.
Tambahan pula katanya, menteri gagal menjelaskan isu ini kepada rakyat yang menyebabkan rakyat lebih marah kepada kerajaan.
“Najib selaku Menteri Kewanagn tidak bijak menguruskan perbelanjaan negara,” katanya lagi.
Beliau yang juga bekas Bendahari Umno mendakwa ketika negara di landa banjir, Najib dan lain-lain menteri bercuti di luar negara.
“BN masih kuat kerana sokongan orang Melayu di luar bandar. Sepatutnya orang Melayu yang perlu mendapat manfaat daripada kerajaan,” saran beliau.
Daim mendakwa perbelanjaan besar dalkam perkara-perkara mengambil hati kaum Cina adalah kerja yang sia-sia dilakukan Najib kerana orang Cina tidak akan menyokong BN.
Sepatutnya, tambah beliau, Najib menjaga orang Melayu.
“Najib terlalu mengikut kehendak para penasihatnya dalam menentukan dasar yang merugikan orang Melayu sendiri,” tegasnya lagi.
Wednesday, 22 January 2014
7 DIPERCAYAI AHLI PERKASA DAN PEKIDA DITAHAN POLIS KERANA MENYERANG DAN MEMUKUL PEGAWAI PEJABAT DAERAH DAN TANAH BARAT DAYA GEORGETOWN SEMASA OPERASI MEROBOH PREMIS PENJAJA HARAM.
Polis menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan kes pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya dikasari semasa operasi meroboh premis penjaja di Jalan Hassan Abas, Teluk Bahang di George Town semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata kesemua lelaki berumur antara 30 dan 36 tahun itu ditahan antara pukul 10.30 pagi dan 3 petang ini di sekitar Teluk Bahang.
"Kesemua lelaki itu bukan peniaga tetapi penduduk tempatan kawasan itu dan kami sedang mempertimbang keperluan mendapatkan perintah tahanan reman," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.
Dalam kejadian jam 10.15 pagi semalam, seorang pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya cedera ringan di kepala dan leher dipercayai terkena tumbukan apabila lebih 80 penduduk dan pemilik gerai menghalang anggota penguatkuasa memasuki kawasan itu untuk merobohkan gerai-gerai penjaja di sepanjang kiri dan kanan bahu jalan berkenaan.
Ayuh MP BN undi tidak percaya kepada Najib
- Jan 22, 2014
- ABDUL AZIZ MUSTAFA
Demi kepentingan negara dan rakyat, katanya, Malaysia tidak mampu lagi mempunyai Perdana Menteri ‘kangkung’.
"Adakah ini Perdana Menteri yang sepatutnya disokong?
"Bolehkah ahli-ahli Parlimen BN bergabung dengan kami daripada PR untuk mengemukakan undi tidak percaya kepada Najib?
"Saya tanya demi kepentingan negara dan rakyat," katanya.
Mahfuz berharap mereka dapat mengambil keputusan yang lebih bermanfaat kepada rakyat dan negara.
"Daripada terikut-ikut gerombolan kangkung yang kononnya berjihad mempertahankan Perdana Menteri ‘kangkung’, lebih baik berjuang membebaskan negara ini dari Perdana Menteri seperti itu," katanya lagi.
Bagi Mahfuz, Malaysia bukan sahaja mempunyai perdana menteri bertaraf kangkung malah mempunyai kabinet yang menjadi bala besar kepada negara ini.
"Kabinet Malaysia tidak berkualiti. Mereka menjadi ahli kabinet atas ihsan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan (isterinya, Datin Seri) Rosmah (Mansor).
"Oleh itu hidup mereka hanyalah untuk membodek atau 'jack-up' Najib dan Rosmah sahaja. Mereka akan berlumba-lumba memuji dan menyokong inisiatif kangkung Najib," katanya.
Itulah kualiti Perdana Menteri dan kabinet Malaysia, katanya.
"Ia adalah sesuatu yang amat sedih - bala besar kepada negara," kata Mahfuz.
Cerita Panas Harian Brunei Baca kerana ini penting
Posted on Wednesday, January 22 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Assalam, Inshaa Allah Start bulan 4 tahun depan, isteri-isteri di negara Brunei di wajibkan pakai tudung menutup aurat. Bertudung labuh sikit, jangan nampak bentuk b/dada, pakaian jangan fit/hanging, klu pakai seluar jangan fit. Boleh kena dakwa tu.
Sila rujuk Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013.
LELAKI BERLAGAK MENYERUPAI PEREMPUAN
ATAU SEBALIKNYA 198
(1) mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam tanpa alasan yg munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3bulan atau kedua-duanya sekali.
(2) mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam untuk tujuan yg tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
TIDAK MEMBAYAR ZAKAT ATAU FITRAH 236
(1)mana2 orang Islam yang telah ditaksirkan dengan sah sebagai wajib untuk membayar zakat atau fitrah di bawah Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) dan gagal untuk memperolehi secara rayuan atau selainnya, pembatalan atau pengubahsuaian bagi penaksiran demikian, dengan sengaja gagal untuk membayar zakat atau fitrah tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau keduanya sekali.
KHALWAT 196.
(1) Mana-mana orang Islam yg melakukan khalwat adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan
suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(2) Mana-mana orang bukan Islam yg melakukan khalwat dengan orang Islam adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(3) Dalam bab ini KHALWAT bermakna
(a) bersekediaman, bersekedudukan, berkurung; atau
(b) Mengasingkan diri dalam keadaan berhampiran yg mendatangkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan maksiat,
TIDAK MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT 194.
Mana-mana lelaki mukallaf yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dengan tiada uzur syar'ie atau tiada alasan-alasan yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $200 bagi kesalahan pertama, dikenakan suatu denda tidak melebihi $300 bagi kesalahan kedua, dan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000 bagi kesalahan ketiga atau berikutnya.
TIDAK MENGHORMATI BULAN RAMADHAN 195.
(1) Mana-mana orang yang memakan atau meminum atau menghisap apa jua tembakau ditempat awam semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(2) Mana-mana orang yg menjual atau menghidang ada jua makanan atau tembakau untuk dimakan,diminum atau dihisap dengan serta merta di tempat itu juga, di tempat awam, semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua- duanya sekali.
(3) Ceraian (2) hendaklah tidak dikenakan kepada mana-mana pengamal perubatan atau mana-mana orang lain yang menghidang apa jua makanan, minuman atau ubat kepada mana-mana pesakit semasa waktu-waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan yang tanpanya pesakit itu terjejas.
(4) Jika mana-mana orang yg gagal mematuhi ceraian (2) dalam kedudukannya sebagai pekerja kepada orang lain, majikannya hendaklah dianggap telah bersubahat melakukan kesalahan tersebut dan telah menyebabkan kesalahan itu dilakukan oleh sebab subahat itu melainkan dia dapat membuktikan bahawa kesalahan tersebut telah dilakukan tanpa kebenaran, kuasa, pengetahuan atau keizinannya dan dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah daripada perbuatan
itu dilakukan.
HUKUMAN ZINA 69.
(1) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd seperti berikut -
(a) jika dia muhshan, direjam sehingga mati dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam; atau
(b)jika dia ghairu muhshan, disebat 100 sebatan dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam dan dihukum penjara selama tempoh satu tahun.
(2) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukan di bawah ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan-
(a) jika dia muhshan, disebat tidak melebihi 30 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun; atau
(b) jika dia ghairu muhshan, disebat tidak melebihi 15 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.
(3) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seorang Islam dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak- kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan di bawah ceraian (1).
(4) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seseorang Islam dan dibuktikan dengan keterangan selain daripada yang diperuntukan di bawah ceraian (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan, dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan dibawah ceraian (2).
HUKUMAN ZINA JIKA PESALAH BUKAN MUKALLAF ATAU BELUM MENCAPAI UMUR BALIGH. 70.
Jika mana-mana orang yang bukan mukallaf atau belum mencapai umur baligh melakukan zina dan-
(a) dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 30 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3tahun; atau
(b) dibuktikan dengan keterangan selain daripada yg diperuntukan dibawah perenggan (a) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 15 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.
HEBAT
BENAR ANAK ROSMAH MENABUNG.. baru kerja bank tak lebih tiga tahun dah
boleh beli Kondo di New York (RM110 Juta) & Mansion Villa di Beverly
Hills (RM58.21 Juta)????
EDISI
BONGKAR SAMPAI TERBURAI!!!! .... Lagi pendedahan oleh pemberi maklumat
di US. Benarkah anak Rosmah beli mansion di Beverly Hillls puluhan juta
ringgit?
Kegilaan apakah ini?
HEBAT BENAR ANAK ROSMAH MENABUNG.. baru kerja bank tak lebih tiga tahun
dah boleh beli Kondo di New York (RM110 Juta) & Mansion Villa di
Beverly Hills (RM58.21 Juta)????
[SHARE] & [LIKE] page Suara Rakyat. Mohon rakan-rakan bantu sebarkan!
atsixty-zakriali.blogspot.com
Soalan:
Ini kisah benar yang menimpa saya dan amat merunsingkan. Kami baru berkahwin dan masih berbulan madu, suami saya meninggal dunia kerana kemalangan jalan, saya reda. Dalam kesedihan saya bermimpi suami saya datang kepada saya seperti sebelum pemergiannya, kami gembira dan tidur bersama dengan bahagia. Selang beberapa malam di antara terlena dengan tidak, saya merasakan suami berada di samping saya, bermadu kasih dengan saya. Kemudian melarat sehingga saya benar-benar yakin, suami meniduri saya. Apakah sebenarnya, apakah rohnya boleh balik melayan saya. Apa yang harus saya lakukan, saya benar-benar runsing sekarang.
ZAHARAH
Labis, Johor
Jawapan:
Saya sudah menjelaskan dalam beberapa soalan sebelum ini. Tetapi elok juga saya pertegaskan lagi bahawa, orang yang telah meninggal dunia, roh mereka berada dalam alam kubur hingga ke suatu masa yang terpulang kepada Allah menentukannya.
Ada yang diseksa dalam kubur dan ada yang berbahagia. Selepas itu mereka akan di tempatkan ke alam barzakh sehingga ke hari Kiamat.
Firman Allah (Al-Mukminuun:100)
“Agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan. sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah Perkataan yang diucapkannya saja. dan di hadapan mereka ada dinding sampal hari mereka dibangkitkan”.
Maksudnya selepas kematian mereka akan berada di alam barzakh (yang
mereka akan tinggal tetap di dalamnya) sehingga pada hari mereka akan
dibangkitkan semula
Dalam Tafsir Al-Qurtubi pada juzuk 18 halaman 56, dalam tafsiran ayat tersebut, bahawa selepas kematian, roh manusia masuk ke alam barzakh, mereka berada di dalamnya. Alam itu tertutup atau terdinding, tersekat daripada mereka kembali ke alam dunia hingga mereka kembali pada Hari Akhirat.
Ertinya, roh orang-orang yang mati, tidak boleh kembali ke alam dunia. Logiknya, kalau orang yang sudah mati, kembali seperti dalam bentuk yang saudari tanyakan tadi, maka mengapa orang yang mati dibunuh dengan zalim, diseksa musuh yang tidak berperikemanusiaan, dirogol dan sebagainya, mengapa mereka tidak balik semula untuk mencari orang yang menganiaya mereka dan membalas perbuatan kejam mereka?
Ini tidak pernah berlaku, kerana hakikatnya orang yang telah mati sudah berada di alam yang ‘terdinding’ dan tidak boleh kembali. Oleh itu persoalan yang ditanyakan tadi, dan hukum syaraknya ia bukan roh suami yang telah mati.
Ia bukan roh, bukan suami, besar kemungkinan ia adalah makhluk halus yang disebut sebagai Qareen. Qareen memang wujud, asalnya ia sebagai bayang-bayang, atau duplikasi daripada suami puan. Apabila suami telah kembali ke alam baqa’, maka makhluk tadi dengan izin Allah, dia boleh menyerupai sebagai suami untuk melakukan apa yang telah berlaku.
Oleh kerana ia bukan suami anda, tetapi makhluk halus, maka jangan sesekali melayaninya, jangan beri ruang kepadanya melakukan sesuatu yang tidak baik kepada anda, lindungilah diri anda dengan ayat-ayat al-Quran dan pesanan-pesanan daripada hadis-hadis Rasulullah. Antaranya banyak membaca dua surah terakhir daripada al-Quran, ayatul Kursi sebanyak yang mungkin, membaca Surah Al-Baqarah hingga akhir, atau membaca Khawateem Al-Baqarah (ayat 184, 185 dan 186).
Sebaik-baiknya sebelum tidur, saudari membaca 11 ayat dari Surah Al-Baqarah, iaitu ayat 1, 2, 3, 4, 5 dan 255, 256, 257 dan 284, 285 serta 286). Boleh juga membaca Surah Yaasin atau mana-mana surah, dengan memohon pertolongan Allah SWT agar perkara sebegini tidak berlaku lagi.
Wallahu a’lam
(Petikan dari ruangan bersama Dato’ Dr. Haron Din – Harakah 1-15 April 2007
Anak kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib memiliki saham dalam 49 syarikat yang bernilai lebih daripada RM1 bilion, kata akauntan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini.
Andrew Heng memberitahu mahkamah tiada maklumat mengenai 18 daripada 49 syarikat tersebut kerana entiti tersebut dikecualikan daripada menghantar penyata kewangan yang diaudit kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Sebelum ini, bekas isteri Mahmud Abu Bekir, Shahnaz Majid, 50, memberitahu mahkamah bahawa bekas suaminya itu mempunyai aset lebih daripada RM1 bilion di Malaysia.
Heng yang dibayar oleh Shahnaz untuk menyiasat status kewangan Mahmud
Abu Bekir memberi kenyataan dalam perbicaraan tuntutan penyelesaian
perceraian Shahnaz sebanyak RM400 juta termasuk harta sepencarian dan
mutaah.
Shahnaz juga menuntut aset yang dimiliki Mahmud Abu Bekir termasuk tujuh kereta mewah, beribu hektar tanah di Sarawak, beberapa rumah di luar negara dan saham daripada 15 syarikat.
Ketika disoal oleh peguam Shahnaz, Dr Rafie Mohd Shafie, Heng berkata daripada siasatannya mengenai salah satu daripada 18 syarikat tersebut, syarikat itu sedang membangunkan rumah banglo di dua kawasan di Bukit Tunku, Kuala Lumpur yang bernilai RM18 juta.
"Oleh kerana defendan memiliki saham 50% daripada syarikat tersebut, saham beliau bernilai RM9 juta," kata Heng.
Heng dalam keterangannya berkata, sebuah kereta mewah jenis Audi Q5 juga dikenal pasti disenaraikan antara aset syarikat tersebut dengan nilai anggaran mencecah RM345,000.
Beliau memberitahu mahkamah bahawa dengan tambahan nilai kereta mewah itu menjadikan nilai saham Mahmud Abu Bekir sebanyak RM172,500.
"Hasil daripada siasatan, hanya aset daripada sebuah syarikat tersebut sahaja yang dapat kita nilai, tidak kepada 18 lagi syarikat," katanya.
Katanya, jumlah pegangan saham juga berbeza jika dapat mengumpul semua maklumat penyata kewangan bagi 18 syarikat itu.
"Manakala kita dapati 11 daripada syarikat tersebut turut tidak diserahkan penyata kewangan kepada SSM semenjak 2011," katanya.
Dalam keterangannya, Heng berkata, tugasnya yang mewakili firma Ferrier Hodgson MH Sdn Bhd adalah menjalankan carian syarikat dimiliki bekas suami Shanaz termasuk melibatkan hak milik tanah di Sarawak.
Dalam perjanjian tersebut, beliau juga perlu mengira nilai aset milik bekas suami Shahnaz dan perlu disertakan dengan dokumen sebagai bukti sokongan.
"Ia berdasarkan harga saham pihak pembela bagi setiap syarikatnya yang kemudian akan ditambah dengan nilai syarikat tersebut bagi membolehkan pengiraan pegangan nilai saham dilakukan.
Shahnaz, kakak kepada ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid berkahwin dengan anak ketua menteri Sarawak itu pada 9 Januari 1992 dan sah bercerai pada 11 Mei 2011.
Mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 21 tahun.
Shahnaz diwakili peguam Dr Rafie Mohd Shafie dan Akbardin Abdul Kader.
atsixty-zakriali.blogspot.com
Roh orang yang telah mati tidak boleh kembali
Soalan:
Ini kisah benar yang menimpa saya dan amat merunsingkan. Kami baru berkahwin dan masih berbulan madu, suami saya meninggal dunia kerana kemalangan jalan, saya reda. Dalam kesedihan saya bermimpi suami saya datang kepada saya seperti sebelum pemergiannya, kami gembira dan tidur bersama dengan bahagia. Selang beberapa malam di antara terlena dengan tidak, saya merasakan suami berada di samping saya, bermadu kasih dengan saya. Kemudian melarat sehingga saya benar-benar yakin, suami meniduri saya. Apakah sebenarnya, apakah rohnya boleh balik melayan saya. Apa yang harus saya lakukan, saya benar-benar runsing sekarang.
ZAHARAH
Labis, Johor
Saya sudah menjelaskan dalam beberapa soalan sebelum ini. Tetapi elok juga saya pertegaskan lagi bahawa, orang yang telah meninggal dunia, roh mereka berada dalam alam kubur hingga ke suatu masa yang terpulang kepada Allah menentukannya.
Ada yang diseksa dalam kubur dan ada yang berbahagia. Selepas itu mereka akan di tempatkan ke alam barzakh sehingga ke hari Kiamat.
Firman Allah (Al-Mukminuun:100)
“Agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan. sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah Perkataan yang diucapkannya saja. dan di hadapan mereka ada dinding sampal hari mereka dibangkitkan”.
Dalam Tafsir Al-Qurtubi pada juzuk 18 halaman 56, dalam tafsiran ayat tersebut, bahawa selepas kematian, roh manusia masuk ke alam barzakh, mereka berada di dalamnya. Alam itu tertutup atau terdinding, tersekat daripada mereka kembali ke alam dunia hingga mereka kembali pada Hari Akhirat.
Ertinya, roh orang-orang yang mati, tidak boleh kembali ke alam dunia. Logiknya, kalau orang yang sudah mati, kembali seperti dalam bentuk yang saudari tanyakan tadi, maka mengapa orang yang mati dibunuh dengan zalim, diseksa musuh yang tidak berperikemanusiaan, dirogol dan sebagainya, mengapa mereka tidak balik semula untuk mencari orang yang menganiaya mereka dan membalas perbuatan kejam mereka?
Ini tidak pernah berlaku, kerana hakikatnya orang yang telah mati sudah berada di alam yang ‘terdinding’ dan tidak boleh kembali. Oleh itu persoalan yang ditanyakan tadi, dan hukum syaraknya ia bukan roh suami yang telah mati.
Ia bukan roh, bukan suami, besar kemungkinan ia adalah makhluk halus yang disebut sebagai Qareen. Qareen memang wujud, asalnya ia sebagai bayang-bayang, atau duplikasi daripada suami puan. Apabila suami telah kembali ke alam baqa’, maka makhluk tadi dengan izin Allah, dia boleh menyerupai sebagai suami untuk melakukan apa yang telah berlaku.
Oleh kerana ia bukan suami anda, tetapi makhluk halus, maka jangan sesekali melayaninya, jangan beri ruang kepadanya melakukan sesuatu yang tidak baik kepada anda, lindungilah diri anda dengan ayat-ayat al-Quran dan pesanan-pesanan daripada hadis-hadis Rasulullah. Antaranya banyak membaca dua surah terakhir daripada al-Quran, ayatul Kursi sebanyak yang mungkin, membaca Surah Al-Baqarah hingga akhir, atau membaca Khawateem Al-Baqarah (ayat 184, 185 dan 186).
Sebaik-baiknya sebelum tidur, saudari membaca 11 ayat dari Surah Al-Baqarah, iaitu ayat 1, 2, 3, 4, 5 dan 255, 256, 257 dan 284, 285 serta 286). Boleh juga membaca Surah Yaasin atau mana-mana surah, dengan memohon pertolongan Allah SWT agar perkara sebegini tidak berlaku lagi.
Wallahu a’lam
(Petikan dari ruangan bersama Dato’ Dr. Haron Din – Harakah 1-15 April 2007
Rabu, 22 Januari 2014
Anak Taib Mahmud pegang saham 49 syarikat bernilai RM1 bilion...!!!
Anak kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib memiliki saham dalam 49 syarikat yang bernilai lebih daripada RM1 bilion, kata akauntan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini.
Andrew Heng memberitahu mahkamah tiada maklumat mengenai 18 daripada 49 syarikat tersebut kerana entiti tersebut dikecualikan daripada menghantar penyata kewangan yang diaudit kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Sebelum ini, bekas isteri Mahmud Abu Bekir, Shahnaz Majid, 50, memberitahu mahkamah bahawa bekas suaminya itu mempunyai aset lebih daripada RM1 bilion di Malaysia.
Shahnaz juga menuntut aset yang dimiliki Mahmud Abu Bekir termasuk tujuh kereta mewah, beribu hektar tanah di Sarawak, beberapa rumah di luar negara dan saham daripada 15 syarikat.
Ketika disoal oleh peguam Shahnaz, Dr Rafie Mohd Shafie, Heng berkata daripada siasatannya mengenai salah satu daripada 18 syarikat tersebut, syarikat itu sedang membangunkan rumah banglo di dua kawasan di Bukit Tunku, Kuala Lumpur yang bernilai RM18 juta.
"Oleh kerana defendan memiliki saham 50% daripada syarikat tersebut, saham beliau bernilai RM9 juta," kata Heng.
Heng dalam keterangannya berkata, sebuah kereta mewah jenis Audi Q5 juga dikenal pasti disenaraikan antara aset syarikat tersebut dengan nilai anggaran mencecah RM345,000.
Beliau memberitahu mahkamah bahawa dengan tambahan nilai kereta mewah itu menjadikan nilai saham Mahmud Abu Bekir sebanyak RM172,500.
"Hasil daripada siasatan, hanya aset daripada sebuah syarikat tersebut sahaja yang dapat kita nilai, tidak kepada 18 lagi syarikat," katanya.
Katanya, jumlah pegangan saham juga berbeza jika dapat mengumpul semua maklumat penyata kewangan bagi 18 syarikat itu.
"Manakala kita dapati 11 daripada syarikat tersebut turut tidak diserahkan penyata kewangan kepada SSM semenjak 2011," katanya.
Dalam keterangannya, Heng berkata, tugasnya yang mewakili firma Ferrier Hodgson MH Sdn Bhd adalah menjalankan carian syarikat dimiliki bekas suami Shanaz termasuk melibatkan hak milik tanah di Sarawak.
Dalam perjanjian tersebut, beliau juga perlu mengira nilai aset milik bekas suami Shahnaz dan perlu disertakan dengan dokumen sebagai bukti sokongan.
"Ia berdasarkan harga saham pihak pembela bagi setiap syarikatnya yang kemudian akan ditambah dengan nilai syarikat tersebut bagi membolehkan pengiraan pegangan nilai saham dilakukan.
Shahnaz, kakak kepada ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid berkahwin dengan anak ketua menteri Sarawak itu pada 9 Januari 1992 dan sah bercerai pada 11 Mei 2011.
Mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 21 tahun.
Shahnaz diwakili peguam Dr Rafie Mohd Shafie dan Akbardin Abdul Kader.
Wednesday, 22 January 2014
EDISI PELIK TAPI BENAR!!!! ... JAWATAN KOSONG DIKHASKAN UNTUK MEREKA YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA?????
Ada suatu iklan jawatan kosong sebagai Admin Assistant atau Pembantu Tadbir .... antara syarat kelayakannya ialah Mahir Microsoft Office .. Berdisiplin .. Boleh bekerja lebih masa dan paling utama mereka yang meninggal di Batu Caves, Selayang dan Gombak amat digalakkan untuk memohon.
Selama ini kita di kejutkan dengan kisah pengundi hantu tapi kali ini dijemput hantu hadir memohon kerja sebagai Pembantu Tadbir.
Siapalah punya kerja kasi rosak bahasa Melayu ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan