Ahad, 26 Januari 2014

BOLEH NYANYI KAH

Najib Kangkung! Najib PM tak berguna! kata Blogger Pro UMNO

 

Desakan supaya Perdana Menteri Najib Tun Razak meletakkan jawatannya semakin mendapat momentum di kalangan blogger pro- Umno, menndakan satu isyarat terhadap wujudnya usaha bersepadu dari dalam parti UMNO sendiri untuk mengeluarkan Perdana Menteri keenam itu dari Seri Perdana.
Baca di sini

Aikk! Takkan cari kutu murid juga kerja guru!! [Gambar]

Cari_Kutu_Tugas_Guru_JugaItulah guru, kutu di kepala murid pun guru terpaksa cari. Apa-apa kerja berkaitan murid dan sekolah guru terpaksa buat. Apa kerja mak bapak di rumah sehingga kepala anak sendiri tak sempat selak?
Ia berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Kajang Utama, guru Tahun 1 terpaksa mengadakan program khas mencari kutu. Acara berpasukan mencari kutu beramai-ramai.
Foto yang dikongsikan oleh Nazatushima Mohd Suhut di Facebook.
Bangun…terima kasih cikgu!!
SHAH ALAM: Laporan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengenai hasil siasatan rampasan sejumlah naskah Bible berbahasa Melayu dalam serbuan ke atas Persatuan Bible Malaysia di Damansara 2 Jan lepas dijangka siap seminggu selepas sambutan Tahun Baharu Cina.
          
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya meminta Jais menyiasat secara teliti dan berharap ia dapat diselesaikan dalam masa terdekat.
          
"Kita sudahpun menulis surat kepada Kementerian Dalam Negeri mengenai isu ini dan mereka secara lisan bagi tahu walaupun bersetuju dengan cara-cara benarkan Bible versi bahasa Melayu dilakukan, tetapi itu tertakluk kepada negeri.
          
"Saya masih menunggu jawapan secara bertulis (dari Kementerian Dalam Negeri) berhubung perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2014 peringkat negeri Selangor di sini hari ini.
   
Abdul Khalid juga meminta penjelasan dari pihak berkuasa terlibat mengenai kemasukan Bible versi bahasa Melayu yang dirampas Jais menerusi Pelabuhan Klang.
          
"Saya diberitahu Bible ini diimport. Jadi kalau masuk ke Pelabuhan Klang, sudah tentu kerajaan negeri tak ada kuasa jagaan, itu saya hendak cuba tanya," katanya.
          
Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau semakin tertekan berikutan isu pengguguran Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai anggota lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.  - Bernama
KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terkenang kegigihan Almarhum Datuk Harun Taib untuk datang mesyuarat sekalipun dengan berkerusi roda.

“Pagi ini saya masih terkesan dengan berita pemergian ke rahmatullah Allahyarham Ustaz Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat malam kelmarin.

“Terkenang kegigihan beliau untuk datang mesyuarat sekalipun dengan berkerusi roda,” tulis beliau di facebook.

Menurutnya, Almarhum dan Almarhum Ustaz Azizan kedua-duanya beliau kenal sebagai orang yang sangat degil.

Jelas beliau, mereka degil melawan kesakitan untuk terus datang mesyuarat sekalipun dalam situasi yang sangat uzur.

“Saya doa sungguh-sungguh, kedua-dua sahabat saya yang baru sahaja meninggalkan kita ini dirahmati oleh Allah SWT,” ujarnya.

Justeru, beliau berharap semua pendukung perjuangan Islam pun tidak putus-putus mendoakan pimpinan yang telah pergi selama-lamanya ini.

“Sesungguhnya masa mereka telahpun tiba, semoga apabila masa kita tiba nanti, kita pergi di dalam keimanan dan ketaatan kita yang tidak berbelah bahagi kepada Allah SWT. Amin Ya Rabbal Alamin,” ujarnya lagi.
KOTA BHARU:  Kerajaan Kelantan merakamkan ucapan tahniah kepada artis Mizz Nina (gambar) kerana semakin komited dengan prinsip Islam malah berhasrat untuk membuat persembahan di hadapan penonton wanita sahaja.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi ketika ditemui Harakahdaily berkata, hasrat Mizz Nina sebenarnya selari dengan tuntutan agama.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mizz Nina yang tidak lagi mahu membuat persembahan di hadapan penonton berlainan jantina.

Semalam Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Tan Sri Azman berkata, beliau akan mengurangkan aktiviti nyanyian kerana akan menumpukan perhatian pada ibadat dan perniagaan semata-mata.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Bengkel Word Hijab Day di sebuah pusat membeli belah semalam.

 “Wanita perlukan hiburan dan suara merdu adalah anugerah Allah. Selayaknya kelebihan itu disesuaikan dengan syariat.

“Menyanyi di khalayak wanita sahaja dengan lirik yang bersesuaian, insya Allah akan dikira ibadat dan membawa keberkatan,” ujarnya.

Menurut Mumtaz (gambar), walaupun dengan kehadiran pelbagai genre lagu dan fesyen Barat, Mizz Nina membuat pusingan U untuk kembali kepada syariat.

“Pendirian itu perlu diberikan penghargaan  dan sebagai seorang muslimah saya pastinya amat berbangga dengan perkembangan itu,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mendoakan supaya Mizz Nina istiqamah dengan prinsip Islam sebenar.
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad memberitahu program debat anjuran Sinar Harian esok adalah bagi menjelaskan kekeliruan yang berlaku dalam masyarakat sekarang tentang isu kalimah Allah.

Jelas beliau, debat tersebut bukan untuk memanjangkan isu tetapi bagi memberi penjelasan sebenar di sebalik konflik penggunaan kalimah Allah.

"Saya bersetuju atas jemputan Sinar Harian dalam program debat membabitkan isu kalimah Allah, kita ingin memberi penjelasan sebenar agar tiada lagi kekeliruan yang berlaku.

"Saya harap selepas debat ini, masyarakat akan lebih faham dan isu ini reda, kalau masih ada lagi yang memperbesarkannya serta keliru itu terpulang kepada mereka," jelasnya kepada Harakahdaily.

Sinar Harian akan menganjurkan  “Perdebatan Hujah Isu Kalimah Allah Dari Perspektif Undang-Undang” yang merupakan Wacana Sinar Siri 26 esok jam 2.30 petang.

Perdebatan tersebut membabitkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Abdul Samad dan juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Khalid turut mengharapkan agar rakyat menyambut baik debat tersebut dan perlu memikirkan dari sudut yang positif demi kesejahteraan masyarakat negara ini.

"Berdebat dengan mengemukakan fakta-fakta yang jelas dan bukan mengikut perasaan, saya harap rakyat menyambut baik debat tersebut.

"Kita mahu menyeleraikan apa yang mengelirukan fikiran rakyat, dalam hal ini kena berfikiran positif serta jangan cepat melatah kerana kita mahukan sebuah negara yang aman dan harmoni," sambung beliau.

Beliau menyambut baik debat yang dianjurkan Sinar Harian sebagai usaha jalan penyelesaian dalam konflik penggunaan isu kalimah Allah yang melanda negara ini.

Khalid turut berharap agar selepas program debat ini, tidak ada lagi pihak yang terus mempersoalkan penggunaannya kerana ia telah diperjelaskan oleh kedua-dua parti PAS dan Umno.

Moderator bagi debat tersebut adalah Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Prof Madya Dr Sham Rahayu Ab Aziz.

 

 

 

 



 


Tiada ulasan: