DEMO ISU KALIMAH ALLAH ANJURAN UMNO DI BATU CAVES BERJAYA MENGUMPULKAN PULUHAN RIBU UMAT ISLAM????
Demontrasi puak UMNO isu kalimah Allah berdekatan Giant Batu Caves sebentar tadi.
Kalau begini punya sambutan diberikan oleh rakyat .. maka niat perhubungan UMNO Negeri Selangor yang di kepalai oleh Noh Omar mau mengadakan roadshow seluruh negeri Selangor bakal meletop letap.
Kalau beginilah cara UMNO berpolitik ... ini pesanan ikhlas jujur suci murni dari Omak Kau .... sokongan warga bandar dan separa bandar akan terus bertambah teruk menguncup ... sokongan warga luar bandar, kampong-kampong tradisional dan rancangan-rancangan Felda akan susut.
Isu ini kalau keterlaluan di politik dan di polemikkan akan mengundang rasa mual dan loya dikalangan rakyat Islam.
Kini sedang diperingkat perbicaraan di Mahkamah Persekutuan .. biarkan saja mahkamah menentukkannya sepertimana peruntukkan dan semangat perlembagaan negara.
Apa yang Omak Kau di maklumkan bahawa demo ini tidak mendapat permit dari polis .. gred dan taraf demo haram .. KPN pernah berkata tiada demo yang yang aman.
Tidakah pendemo ini telah menyusahkan rakyat dan peniaga? .. Mohon juga fatwa TS Harussani Zakaria sama ada ianya tertakluk dalam jadual dan kategori bughah yang darahnya halal!!!!!!
Inilah wajah2 sebahagian penyokong umno yg bermati2an pertahan Kalimah Allah...
APALAH PUNYA DAHSYAT PERANGAI KERAJAAN PAS/PR KELANTAN ..... UMNO/BN SIBUK DENGAN PROGRAM MEWAH, PAS PULA SIBUK POTONG 20% GAJI ADUN-ADUNYA.
Ketika Umno sibuk program mewah, PAS potong 20% gaji Adunnya
Macam mana rakyat tidak naik angin, meluat dan menyampah kepada UMNO/BN dibawah pimpinan Najib Razak ..
Ketika pimpinan Umno di peringkat pusat terus dengan acara mewah
mereka, kerajaan Kelantan akan terus mengekalkan dasar pemotongan elaun
20% Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari PAS untuk dikumpulkan sebagai
dana khas bagi membantu rakyat di peringkat akar umbi.Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata langkah itu diambil bagi membantu golongan berpendapatan rendah yang berhadapan dengan krisis kenaikan harga barang.
Beliau berkata, dana yang dikumpulkan itu akan disalurkan mengikut keperluan dalam program khidmat masyarakat dan tidak akan digunakan untuk menjalankan program parti.
"Kita tidak akan mengambil walaupun satu sen wang yang dipotong daripada elaun wakil rakyat untuk kegiatan parti kerana sudah diamanah dibelanjakan bagi kepentingan rakyat. Bagi urusan kepartian wakil rakyat sendiri perlu mencari sumber kewangan yang lain.
"Dasar pemotongan elaun yang dilaksanakan di bawah pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan terus kita kekalkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan pelancaran Pusat Kaunseling Baitul Rahmat di Kelantan, lapor Utusan Malaysia semalam.
Baitul Rahmat menawarkan pelbagai perkhidmatan antaranya kaunseling individu, kelompok dan rumah tangga dan memberi perkhidmatan rawatan tradisional secara Islam.
Ahmad berkata, pengurusan kerajaan negeri memusatkan perhatian yang serius terhadap langkah berkesan membendung pembaziran wang dan fenomena kenaikan harga barangan keperluan.
"Kenaikan harga barangan dan kes jenayah adalah cabaran utama kepemimpinan kerajaan negeri yang perlu ditangani secara bersama demi kesejahteraan sejagat.
"Saya akui kesukaran dan kepayahan terpaksa ditempuh dengan tabah kerana kerajaan negeri tidak memiliki sumber kewangan yang banyak.
"Langkah saya menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tempoh hari adalah bertujuan membela hak rakyat daripada aspek kebajikan," katanya.
Katanya, jika ada masalah yang berkaitan dan perlu penyelesaian, kerajaan negeri dan kerajaan pusat akan mencapai kata putus untuk diselesaikan secara bersama melalui pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua Setiausaha Negara.
JOM TENGOK 70 RAKAMAN GAMBAR SEBAGAI BUKTI BETAPA BENAR AKAN KATA-KATA ISMAIL SABRI BAHAWA MAJLIS PERKHAWINAN ANAK PEREMPUAN SULUNGNYA DILAKUKAN DENGAN PERBELANJAAN BERHEMAH SEJAJAR DENGAN LANGKAH KERAJAAN UMNO/BN BERJIMAT CERMAT!!!!
KJ KASI PECAHKAN TEMBELANG .... PERANGAI PARA PEMIMPIN UMNO JENIS SYOK SENDIRI!!!!
Pergh!!!! Terjahan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang menyatakan kebenaran betapa para pemimpin UMNO/BN jenis syok sendiri mendapat liuputan teristimewa oleh media arus perdana milik UMNO sendiri Berita Harian dengan mengangkatnya di muka depan terbitan hari ini.
PEMIMPIN BN SYOK SENDIRI.
Dulu apabila para pemimpin dan pejuang PR memberitahu kepada dunia betapa para pemimpin UMNO/BN kini yang dikepalai oleh Najib Razak jenis spesis hidu gam kasut syok sendiri kyala dibuai mimpi maka bertaburan juak-juak UMNO marah sakan mengamuk mempertahankan intergriti pemimpin-pemimpin kesayangan dan pujaan mereka dengan menyerang ganas lagi garang para pejuang PR kononnya itu semua adalah dakyah, fitnah dan tipu belaka.
Nah!!!!! Sekarang Ketua Sayap Kanan UMNO iaitu Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Menteri Belia Dan Sukan sendiri akui secara terbuka betapa para pemimpin UMNO/BN jenis pemimpin syok sendiri . Apa kata macai-macai UMNO yang menyokong UMNO secara membuta tuli .. Mau nak nafikan segala apa yang diperkatakan selama ini oleh PR tipu belaka?
Bagi Omak Kau pengiat siber UMNO tumpas dengan Pakatan Rakyat dalam pertempuran alam siber ialah atas isu fakta dan angka.
Rakyat maukan setiap isu yang diperdebat dan dibentangkan sama ada dalam blog maupun laman-laman sosial hendak berpaksi kepada fakta dan bukan auta, berilmiah dan bukannya fitnah, berilmu dan bukannya tipu.
Rakyat yang melayar siber adalah kelompok rakyat yang bijak .. jenis rakyat yang tidak mudah termakan dengan hasutan dan ratah mentah-mentah bahan-bahan yang dihidangkan .. Jenis menggunakan akal dengan mencuit otak untuk berfikir dan menilai... Jenis naik berang jika keintelektualan mereka di perlekehkan dan kebijaksanaan mereka di hina.
Tidak menghairankan mengapa kini para pengiat siber pro UMNO kelihatan amat lemah longlai, lesu dan lemau .. Sebabnya apabila berbicara para pemimpin UMNO/BN tidak mencerminkan diri mereka itu seorang pemimpin atasan malahan dilihat sudah sama taraf dan gred dengan pemimpin UMNO peringkat cawangan dan memiliki akal dan ilmu sama dengan Pengerusi JKKK.
Para pengiat siber pro UMNO pun manusia juga .. kalau asyik diperbodohkan mereka pun naik muak dan menyampah walau setebal mana mereka mendakap UMNO.
Yang paling utama mengapa para pengiat siber UMNO tumpas dengan para pejuang siber PR ialah .. fulus @ ongkos @ wang @ duit @ money @ dollar @ ringgit.
Pejuang PR lakukan atas semangat Fisabilillah sedangkan para soldadu siber pro UMNO No Money No Talk.
Yang buat Omak Kau rasa hairan bin peliknya .. mengapa pendedahan ini disiarkan dimuka hadapan media arus perdana milik UMNO? .. Macam ada gerakan mau menjatuhkan Najib Razak jer nampak gayanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan