Khamis, 9 Januari 2014

BN OH BN APA KESUDAHANNYA ALLAH SAJA YANG TAHU....TUNGGU DAN LIHATLAH


KUALA TERENGGANU: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) dan tujuh Pemuda PAS kawasan membuat laporan polis serentak terhadap ‘fatwa’ songsang Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Bermula jam 10.30 pagi tadi, kesemua Dewan Pemuda PAS kawasan masing-masing di Terengganu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, Hulu Terengganu, Marang dan Dungun kecuali Kemaman akan dibuat pada 11 Januari ini.

Manakala, Pemuda PAS Terengganu dan Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu, Kuala Nerus serta Setiu membuat leporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.

Ketuanya, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah menyifatkan kenyataan Harussani menggelarkan rakyat yang berhimpun secara aman di ibu negara itu sebagai ‘bughah’ menyebabkan ‘saham’ mufti tersebut merudum.

Ini kerana, katanya gelaran bughah tersebut tidak menepati tiga syarat yang membolehkan hukuman tersebut dikeluarkan.

“Pertama, mesti ada kerajaan Islam. Tapi, Malaysia memang sejak dari Tunku Abdul Rahman hingga kepada Datuk Seri Najib Tun Razak keluar kenyataan Malaysia bukan Negara Islam tapi sebuah kerajaan sekular.

“Kedua, bughah itu mestilah keluar dengan bersenjata. Jadi, mereka (rakyat) yang keluar pada malam sambutan tahun baru di Dataran Merdeka itu tidak ada senjata pun yang dibawa oleh rakyat dan ini telah disahkan oleh pihak polis sendiri gambar (orang) yang cedera dan bawa parang itu bukan pada malam tersebut.

“Ketiga, pemimpin Negara Islam itu mestilah mempunyai syarat-syarat untuk (layak) sebagai khalifah. Jadi ketiga-tiga syarat itu tidak ada dan tidak layak untuk digelar ‘bughah’ oleh Mufti Perak,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis bersama tiga Dewan Pemuda PAS kawasan lain di IPD Kuala Terengganu, hari ini.

KUALA LUMPUR: Dalam keadaan rakyat sedang berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup, sekumpulan peniaga di Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang bakal kehilangan punca pendapatan.

23 gerai menjual makanan dan pakaian yang dibina dengan titik peluh mereka sendiri dalam kawasan PPR tersebut akan dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Apa  yang menghairankan mereka, semasa  bergoyong-royong mendirikan gerai-gerai tersebut, DBKL datang memantau namun tidak mengeluarkan sebarang arahan agar gerai tersebut dirobohkan.

Namun apabila hampir 100 peratus gerai siap dibina dan ada yang sudah memulakan perniagaan, DBKL mengeluarkan notis arahan agar gerai mereka dirobohkan.

Notis pertama dikeluarkan pada 14 Disember lalu diikuti dengan notis amaran pada 4 Januari yang memberi tempoh sehingga semalam untuk peniaga mengosongkan gerai mereka.

Menurut wakil peniaga, Mohd Rosli Hamid, mereka sudah berjumpa dengan pihak yang bertanggungjawab untuk membantu mereka namun tiada sebarang tindakan diambil sehingga mereka memohon bantuan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua untuk campur tangan.

"Saya berterima kasih kepada YB Tian Chua yang sudi turun berbincang dengan DBKL dan meminta mereka memberi tempoh kepada kami.

"Kami minta DBKL jangan robohkan gerai kami. Kalau suruh kami bayar sewa, kami akan bayar tapi tolong benarkan kami berniaga di PPR kami sendiri.

"Orang yang tak ada kad pengenalan, tak tahu datang dari mana boleh hidup mewah kaya-raya kita anak jati Malaysia nak berniaga pun tak boleh dan masih duduk rumah PPR," katanya ketika ditemui selepas perbincangan dengan Tian Chua dan pihak DBKL, di kawasan gerai, siang tadi.

Sementara itu, Tian Chua berkata, beliau mempunyai tempoh seminggu untuk berunding dengan DBKL agar tidak merobohkan gerai penduduk.

Tian berkata, semalam beliau berjumpa dengan pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan pihak kementerian memberikan penangguhan seminggu kepada penduduk sebelum gerai dirobohkan.

"Saya ada seminggu untuk berjumpa DBKL dan bawa kes ini bagi pihak peniaga dan saya harap rundingan ini dapat dilakukan secepat mungkin.

"Dulu kawasan ini penuh dengan semak-samun dan penduduk ambil inisiatif bersihkan kawasan ini dan mereka bahagikan lot tertentu untuk teruskan perniagaan.

Sepanjang tempoh pembersihan dan mengelokkan kawasan DBKL pantau dan tidak ada arahan dan panduan oleh pihak mereka.

Sekarang sudah bersih dan semua sedia untuk berniaga teapi hujung tahun lalu ada ancaman daripada DBKL kata gerai ini harus dirobohkan.

Peniaga cuba cari semua pihak untuk dapat penjelasan dan akhirnya saya dimaklumkan dan saya cuba menyelesaikan dan harap ada satu persetujuan di antara peniaga dan DBKL," katanya.

Peniaga rayu DBKL jangan sekat punca rezeki

Dalam pada itu, beberapa peniaga yang ditemui meluahkan kekecewaan terhadap sikap Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor yang tidak prihatin dengan nasib mereka.

Zainab Zakaria, 45 berharap menteri dan pihak yang berkaitan turun sendiri mendengar masalah mereka.

Katanya, perniagaan tersebut merupakan punca rezeki dia dan anak-anak.

"Dapat duit berniaga nak bayar sewa rumah. Kalau kita lambat bayar DBKL datang nak kunci. Jadi mana janji ditepati yang mereka itu?

"Peniaga harapkan rezeki ini untuk bayar sewa rumah. Dalam keadaan harga barang naik, sewa rumah naik, elektrik naik macam mana kami yang tak ada duit ini nak hidup? Tolonglah simpati.

"Minta Ku Nan dengarlah luahan ibu tunggal kat sini. Yang berniaga di sini ibu tunggal, ada yang anak OKU. Tolonglah dengar luahan hati kami rakyat 1Malaysia ini.

Suruh dia turun sendiri tengok keadaan rakyat. Saya dah naik pejabat Datuk Shahrizat, naik turun tangga tapi mereka tak simpati dengan kita.

"Mana janji mereka untuk dahulukan rakyat? Masa macam inilah kita perlukan mereka," luahnya.

 Wakil peniaga, Zul Yusuf pula berkata, hanya Menteri Wilayah yang dapat menyelesaikan masalah mereka dan dia tidak akan berputus asa untuk memperjuangkan nasib mereka.

"Kami dah berniaga setahun lebih, ada berniaga tiga hingga empat tahun.

"Majoriti yang berniaga orang susah, penduduk PPR sendiri, bukan orang luar.

Yang boleh menyelesaikan masalah kita ini hanyalah menteri. Ku Nan sahaja yang boleh selesaikan masalah.

"Tolong beritahu Ku Nan tak kira dari parti mana pun,kami tetap manusia.

"Saya orang kuat Umno. Pada ketika ini kita jangan berfikir pasal parti. Ada yang bergantung sepenuhnya  pada perniagaan. Tolong prihatin penduduk di sini," katanya.
Dari aspek kebajikan, saya bersetuju dengan luahan Yang Dipertua Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Terengganu, Osman Mamat berhubung isu kenaikan barang keperluan harian dan makanan yang kini hangat diperkatakan.

Osman sebagaimana dipetik dari sebuah akhbar harian menegaskan, orang ramai tidak wajar menghukum peniaga semata-mata kerana mereka mendapat bahan mentah daripada pembekal dan menjualnya pada harga sesuai dengan modal yang dikeluarkan.

Apabila Yang Dipertua bercakap bagi pihak Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Terengganu, maka kita memahami bahawa beliau cuma meluahkan hakikat sebenar kehidupan rakyat biasa yang mencari rezeki ‘samah seriyal’ sebagai peniaga dan penjaja kecil bagi menanggung keluarga.

Selalunya peniaga kecil seperti mereka akan tersepit seperti mentimun di dalam sandwich. Sebelum sesuatu barangan seperti sayuran atau buah-buahan sampai ke tangan mereka untuk dipasarkan, hakikatnya barangan tersebut telah melalui 2 atau 3 lapis pembekal dengan setiap lapisan akan mengaut beberapa peratus keuntungan. Akhirnya mereka memiliki barangan untuk dipasarkan dengan harga yang telah sedia tinggi.

Di pasar, sebagaimana biasa seorang pengguna tentunya inginkan barangan dengan harga yang paling murah kerana mereka juga tersepit dengan peningkatan kos hidup. Adat berniaga, apabila menjual pastinya sedikit keuntungan dicari. Belum lagi dikira risiko barangan yang dibeli tak habis dijual, akhirnya rosak dan terpaksa dibuang begitu sahaja.

Pengerusi Lujnah Kebajikan Pas Terengganu ini menulis berdasarkan pengalaman lantaran saya juga adalah seorang anak peniaga kecil. Awal-awal pagi ke pasar borong untuk mendapatkan bekalan barangan, kemudian terus ke pekan sehari untuk memulakan perniagaan, balik ke rumah menjelang tengah hari.

Kadang-kadang kalau sayur-sayuran banyak yang tak habis, terpaksa dijaja ke sana-ke mari. Sayuran pula bukanlah boleh tahan lama, sehari dua kalau tak berjaya dihabiskan, akhirnya ia terpaksa dibuang atau dijadikan santapan lembu dan kambing. Akhirnya untung yang tak seberapa terpaksa dikongsi dengan tong sampah atau lembu dan kambing.

Sebab itulah saya bagi pihak Lujnah Kebajikan PAS Terengganu sangat-sangat bersimpati dengan luahan Yang Dipertua Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Terengganu ini. Dalam masa yang sama, simpati kita juga kepada pengguna yang turut menjadi mangsa.

Tetapi malangnya kerana kita memiliki pemimpin yang suka dengan ungkapan-ungkapan bodoh seperti:
“Bila minyak naik, orang kampung tak perlu risau sebab mereka cuma pakai Honda Cup.”
“Tol naik, orang kampung tak guna lebuhraya bertol.”
“Lektrik naik, orang kampung yang guna lektrik tak sampai RM70 sebulan tak akan terlibat.”
“Mana ada negara yang semakin maju, harga barangan tak naik?”

Cuba kita renungkan fenomena sebuah keluarga dengan 3 orang anak lelaki di sekolah rendah, setiap pagi akan dibekalkan dengan nasi bungkus RM3 sebungkus ditambah dengan duit belanja RM2 seorang.

Saya berfikir dari hati kecil orang kampung dengan pendapatan yang tak menentu. 'Belum cerah tanah lagi’ RM15 perlu disediakan setiap hari. Semasa cuti SPM dulu, saya pernah cuba sekejap kerja buat rumah batu. Gajinya RM16 sehari. Merenung hakikat ini, saya rasa sebak.

Perhatikan juga senario seorang ketua keluarga yang berpendapatan rendah atau sederhana, mereka perlu mengambil kira paling minima setiap bulan keperluan wajib antaranya, bayaran sewa atau ansuran bulanan rumah kediaman, peruntukan ansuran kenderaan, duit minyak dan servis kenderaan, belanja keperluan dapur serta makan minum, duit perbelanjaan sekolah anak-anak, bil elektrik dan air juga gas memasak, pakaian, kos perubatan dan kesihatan, bayaran tol untuk mereka yang berkenaan, saman trafik dan pelbagai lagi yang tentunya memberikan tekanan emosi yang mampu menggugat keharmonian kehidupan.  Apatah lagi kalau hidup di bandar dengan setiap keperluan perlu dibeli.

Situasi yang sangat biasa berlaku sekarang lantaran disebabkan desakan hidup, bagaimana seorang bapa terpaksa keluar meninggalkan rumah diawal pagi untuk mencari rezeki ketika anak-anak belum lagi terjaga dari tidur dan pulangnya pula menjelang lewat malam apabila anak-anak telah lena dibuai mimpi.

Ketiadaan masa berkualiti bersama keluarga akan melahirkan anak-anak yang terabai, ketandusan kasih sayang, rapuhnya institusi keluarga sehingga akhirnya mewujudkan generasi anak-anak yang sarat dengan gejala sosial. Apatah lagi untuk meluangkan masa dengan masyarakat dan persekitaran.
Tekanan hidup yang dibantu oleh faktor nipisnya iman di dada  juga boleh mengundang pecah amanah, penyelewengan, rasuah dan pelbagai lagi perlakuan yang menyalahi syariat dan undang-undang.

Bermakna, peningkatan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga barangan, jangan sesekali hanya dipandang dari sudut berapa sen kenaikan harga gula, petrol, gas memasak, minyak masak, tarif elektrik dan sebagainya, tetapi impaknya perlu diteliti secara menyeluruh dan saksama kepada kehidupan seorang insan sebagai individu, keluarga, masyarakat dan negara. Inilah dia antara aspek kebajikan yang diteliti oleh Islam. Bukan kebajikan dengan makna welfare mengikut istilah barat.

Di negara maju yang lain, bila ekonomi negara bermasalah, kerajaan akan potong perbelanjaan yang tak diperlukan, bukannya menjadikan rakyat sebagai mangsa. Kita yang belum maju tetapi bercita-cita untuk maju pula sebaliknya, bila negara tak ada duit, rakyat yang ditekan dengan pelbagai alasan lapuk sedangkan pemimpin bermewahan. Rakyat pula dikelirukan dengan tiada lagi istilah kenaikan harga barangan itu dan ini, yang ada hanyalah pelarasan subsidi!

Penulis adalah Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Terengganu.
Rakyat Malaysia bernasib malang memiliki pemimpin negara yang tidak berwibawa, sehingga gagal mencegah penyeludupan, menjadi sebab kerajaan mengenakan GST. Inilah alasan pak pandir yang dikeluarkan oleh pemimpin BN. Sebelumnya kerajaan menaikkan harga gula kerana mengelak rakyat mengidap penyakit  kencing manis.

Menurut  Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan bermula 1 April 2015, mampu menyumbang pertambahan 0.3 peratus kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan eksport sebanyak 0.5 peratus pada 2015/2016.

Kerajaan menjangkakan negara akan mengumpul pendapatan bersih hasil GST sebanyak RM3.7 bilion pada 2015 dan RM9.09 bilion pada 2016. Jika dinisbahkan dengan ketirisan dan salah laku ketika berbelanja hampir RM10 bilion setiap tahun seperti yang dilapor oleh Ketua Audit Negara, pertambahan itu tidak bermakna.

Menurut Ahmad, negara membangun seperti Malaysia mempunyai kadar peratusan wang gelap atau aktiviti pengelakan cukai, yang tinggi iaitu sekitar 30 peratus daripada keseluruhan KDNK, berbanding negara maju sekitar 10 hingga 15 peratus.

Ertinya akibat kelemahan kerajaan mengawal penyeludupan wang haram dan mengelak cukai, rakyat pula dibebankan. Sebenarnya pemimpin BN sudah tepu otak mereka untuk menjana kewangan  negara sehingga terpaksa dibebankan kepada rakyat dengan dikenakan GST.

Sebenarnya kantung negara kosong kerana ketirisan, rasuah, penyeludupan, pengaliran wang haram. Ketika hasil Petronas melimpah ruah, kerajaan tidak beringat dan berbelanja dengan tidak berhemah. Jika kerajaan BN berwibawa dan bijak, tidak timbul masalah negara mengalami krisis kewangan.

Cuba bayangkan ketika GST belum bermula, kehidupan rakyat di ambang tahun 2014 di dalam keadaan muram durja akibat kenaikan kos sara hidup. Tahun 2015 rakyat akan tercekik dengan bebanan GST. Pemimpin BN masih bermewah, tidak pula merasa bersalah dengan apa yang berlaku. Teguran pembangkang dibakul sampahkan sahaja.
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menggesa kerajaan melanjutkan tempoh pendaftaran baru bagi Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang akan tamat 31 Januari ini.

Naib ketuanya Mohd Farkhan Md Zain berkata, ia ekoran lebih 70 peratus daripada 900,000 pemohon baru yang layak menerima bantuan itu masih belum mendaftar.

"Cadangan ini juga mengambil kira kemungkinan kesukaran pemohon yang terlibat dengan bencana banjir yang berlaku dan perubahan syarat yang belum diketahui oleh mereka yang berpendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan," katanya dalam satu kenyataan.

Meskipun BR1M bukanlah jalan penyelesaian yang tepat, namun bantuan tersebut katanya sewajarnya dihargai.

Selain itu beliau juga menggesa kerajaan mengagihkan bantuan itu secara berperingkat bermula Februari 2014 bagi tujuan meringankan beban kewangan berikutan kenaikan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat menjelang tahun baru 2014 ini.

Farkhan juga mahu kerajaan menyemak semula paras garis kemiskinan bandar dan luar bandar memandangkan ia satu ketetapan yang subjektif.

Menurutnya, faktor penetapannya mestilah mengambil kira kondisi sosio ekonomi semasa termasuk tindakan kerajaan yang melaksanakan rasionalisasi subsidi secara berperingkat sehingga mengecilkan pendapatan boleh guna isi rumah bermula pada tahun 2014 ini.

Ujar beliau lagi, sekiranya paras garis kemiskinan ini dianjakkan, maka pihak kerajaan pusat, kerajaan negeri dan institusi zakat akan dapat mengunjurkan sasaran baru penerima bantuan yang layak disamping dapat membantu golongan yang benar-benar memerlukan.

Sebagai contoh katanya, Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan paras baharu iaitu sehingga RM1,500.

"Dengan menggunakan paras ini, dianggarkan 30 peratus rakyat Selangor hidup di bawah garis kemiskinan berbanding 0.7 peratus menurut ukuran lama," katanya.
DrAsri_KondoSebelum ini ‘rintihan’ Dr Asri, “Nasibku Rakyat Biasa” begitu popular di FB. Setakat ini di page DrMaza sendiri mendapat lebih 24 000 tanda like manakala yang dikongsikan laman Facebook Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mendapat 54 000 tanda “like” dari pembaca sebagai tanda sokongan. Inilah rintihan beliau…
NASIBKU RAKYAT BIASA
“Inilah nasib seorang rakyat biasa. .jika bicara soal kenaikan harga..dituduh ingin gulingkan negara..diri diancam undang undang penderhaka. .jika diam menyimpan rasa di dada..dikata pula suka dan redha..naiklah harga semahunya..jika merungut duka dihalau pula keluar dari negara..agak-agak Malaysia ini siapa yang punya?!”
Kali ini bicara ringkas ‘tahniah’ Dr Asri berkaitan pembelian kondo RM110 juta di luar negara oleh anak-anak orang besar.
“..tahniah buat mereka yang menjadi orang besar negara beberapa tahun tapi anak-anak mereka sudah mampu membeli kediaman mewah ratusan juta di kota – kota Eropah. .tahniah atas kejayaan yang membanggakan itu..harap dapat kongsikan tips kejayaan tersebut dengan rakyat bawahan yang barangkali juga teringin mengecapi nikmat kejayaan yang seperti itu..”
Tentu akan mendapat ‘like’ yang banyak sebagai tanda sokongan dan sebagai lambang suara rakyat yang perlu didengari!!






Perwira Ini Membunuh Jenderal As Sisi?

Diposkan oleh Admin BeDa pada Rabu, 08 Januari 2014 | 11.20 WIB

Ahmad Khouli (foto elshaab)
Gerakan “Mahasiswa Al-Azhar Anti-Kudeta” mempublikasikan sebuah foto yang disebutkan sebagai perwira yang berhasil membunuh pemimpin kudeta militer Mesir, Jenderal Abdel Fatah As-Sisi.

Ahmad Khouli, nama perwira ini, berasal dari daerah Helwan. Seperti dikutip situs Islam Dakwatuna.com, Rabu (8/1), Khouli melesatkan dua peluru di kepala As-Sisi yang langsung membuatnya tewas di tempat.

Akun facebook Gerakan “Mahasiswa Al-Azhar Anti-Kudeta” menyatakan bahwa saat ini Khouli masih hidup. Sedangkan kematian As-Sisi sengaja tidak diumumkan karena sedang dirancang sebuah skenario yang menjadikan Ikhwanul Muslimin sebagai pihak yang bertanggung jawab atas kematiannya.

Menurutnya, ketika Ikhwanul Muslimin bisa dituduh sebagai pembunuh As Sisi, saat itulah Shidqi Shubhi mengumumkan penerapan hukum darurat militer untuk menjatuhkan hukuman mati kepada semua pimpinan Ikhwanul Muslimin. [AM/Dakwatuna/Bersamadakwah]

Tips Untuk Mudah Bersedekah | Elakkan Rasa Malu Untuk Bersedekah Walaupun Seringgit

 Anda sedang minum dengan rakan-rakan sepejabat, sedang mengisi masa rehat tengahari. Sedang anda asyik menjamu selera datang seorang buta bertongkat membawa tisu untuk dijual dan di sampingnya seorang perempuan yang menolong memimpin sang buta tadi.
tips-untuk-mudah-bersedekah.jpg
Apakah reaksi anda ketika itu? Mengangkat tangan menandakan tidak mahu kepada mereka atau menyedekahkan sedikit wang daripada poket, lebihan daripada harga makanan anda tadi.
Datang pula seorang makcik tua yang membimbit beg plastik yang sarat dengan kerepek, menjual kerepek dengan hanya 3 jenis kerepek berharga RM 10. Kesian melihat makcik tua ke hulu dan ke hilir membimbit beg plastik itu demi mencari sesuap nasi. 
Apakah reaksi anda ketika itu? Mengangkat tangan menandakan tidak mahu kerana semalam pun kerepeknya masih banyak di rumah.
Datang pula seorang anak muda menjual buku, kelendar tahun baru dan CD agama, harga RM 25 sahaja, anak muda itu memohon izin untuk memberi sedikit penerangan tentang barangannya. 
Apakah reaksi anda ketika itu, mengangkat tangan menandakan tidak mahu. Kemudian mata kita menyorot anak muda itu tadi beralih ke meja yang lainnya.
Situasi ini sering berlaku kepada kita bukan? Apakah yang sering kita pandang dan lihat ketika kita berada di dalam kondisi sedemikian. Pada masa itu kita mesti melihat dengan mata hati. Hati kita sudah berkata kesian kepada orang buta, makcik dan anak muda itu. Mereka gigih mencari sesuap nasi dengan mengharapkan simpati manusia untuk membeli barangan mereka.
Adakalanya kita berpandangan serong dek kerana ramai yang mengambil kesempatan di atas kesempitan hidup golongan ini terutama sang buta. Sehinggakan kita sendiri mengambil tindakan untuk tidak memberikan sedekah kepadanya kerana ini merupakan satu sindikit terancang seperti yang dibicarakan di televisyen.

TIPS UNTUK MUDAH BERSEDEKAH

Apakah sebenarnya tips untuk kita tidak berasa berat untuk menyedekahkan sedikit wang saku kita kepada golongan-golongan seperti ini?
1. Tanya hati kita? Hanya tuan-tuan sahaja yang mampu menjawab, jika anda mahu berikan anda terus berikan tanpa mengambil kira apa-apa risiko kerana lintasan hati untuk melakukan perkara baik itu adalah yang betul. Jika kemudianya datang rasa syak, itu adalah mainan syaitan.
2. Sediakan jadual untuk anda sedekahkan sedikit wang saku anda kepada mana-mana surau atau masjid setiap minggu. Pastikan setiap minggu anda dapat memberikan sedekah anda.
3. Percaya apabila anda meringankan beban orang lain, maka Allah akan meringankan beban anda seperti hadith nabi :-


Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu. 
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
Semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal di atas segala amalan baik kita. Jom bersedekah.

SOLAT vs USTAZ/SHEIKH/TOK GURU | JOM SHARE LAJU-LAJU


SOLAT vs USTAZ/SHEIKH/TOK GURU | JOM SHARE LAJU-LAJU |
1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
- USTAZ AZHAR IDRUS
2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
- Ustaz Kazim Elias
3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
- Ustaz Don Daniyal
4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
- Datuk Ismail Kamus
5. Kalau kita sakit jgn takut utk solat, atleast kalau mati, mati dalam solat
- ustaz haslin baharin
6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
- Al-Habib Ali Zainal
7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
-TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
- Sheikh Abdullah Jahaf.
9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
-Ustaz Dasuki Rani
10. Jgn cakap: "Pergi solat. Kalau tak, masuk api neraka!" Tapi cakap: "Jom solat, Nnt kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
- TG Harun Din"
11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
-Ustaz Pahrol.

 

 



 





ALLAH MILIK SEMUA...SEMUA ALLAH CIPTAKAN....ISLAM MILIK SEMUA...SEMUANYA PATUT MEMELUK ISLAM...PATUT SEMUA MAKHLUK TAAT DAN TUNDUK KEPADA ALLAH SWT

Tiada ulasan: