Rabu, 15 Januari 2014

HARGA MAKANAN TERUS NAIK

GAMBAR "NAJIB" DI BERI MAKAN KANGKUNG DI PULAU PINANG KINI TERSEBAR LUAS DI ALAM SIBER.



Ingatkan kisah Kangkung sudah menjadi sejuk dan reda .. rupa-rupanya jangkaan Omak Kau tersasar dan silap..
Flashmob membantah kenaikan harga barang telah diserikan dengan adegan tokoh olok-olok Najib diberi makan kangkung seberat 10kg.

Adegan menyumbat mulut "Najib" dengan kangkung sambil menyanyi lagu kanak-kanak popular versi yang telah diubah suai " Lengang Lengang Kangkung". ini dilakukan oleh sekumpulan warga kita di Pulau Pinang petang tadi
sebagai membantah kenaikan harga yang kini melanda kehidupan rakyat seharian.










SEKALI LAGI.. Artikel Memalukan Rosmah Ini DIPADAMKAN Dari Portal MStar-online!!!!
SEBELUM INI.. artikel yg sama JUGA DIPADAMKAN di Sinar Harian.
SEKALI LAGI.. Artikel Memalukan Rosmah Ini Di Padamkan Dari Portal MStar-online!!!! Adakah ada 'TANGAN GHAIB' meminta MStar memadamkan artikel berkenaan??? Siapakah dia?? ** Kalau x caya, boleh check: http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2014/1/13/mstar_hiburan/20140113152508&sec=mstar_hiburan SEBELUM INI di portal SINAR HARIAN: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=245062489005609&set=a.199846193527239.1073741828.199843990194126&type=1&theater


MENTALITI PEMIMPIN UMNO HANYA MENJADI MENTERI UNTUK MEMPERBODOHKAN RAKYAT..! Kemana lagi rakyat untuk mengadu? Rakyat sudah hilang rasa hormat keatas pemimpin yang hanya bercakap sembrono lagi jelek dan ditambah pula dengan Mufti pengampu yang cuba menghalalkan cara. Bila rakyat bangun menyatakan unjuk rasa Perhimpunan Aman TURUN, ada pula Mufti pengampu memanggil rakyat dengan BUGHAH (Darah halal dibunuh). Apakah nasib rakyat jelata tidak perlu di bela.? Apakah rakyat hanya perlu mendiamkan diri membiarkan kos sara hidup meningkat.? Apakah dengan mendiamkan diri segala masalah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan akan selesai.? Apakah perlu membiarkan Menteri berada di Zon yang selesa apabila mereka mengumumkan sebarang kenaikan tarif.? Apakah perlu Najib dibiarkan memperbodohkan rakyat dengan hanya menyebut harga KANGKUNG telah turun.? Apakah perlu menanti 4 tahun lagi sehingga PRU14 untuk membuat perubahan.? Sekurang-kurang kami sebagai rakyat Malaysia yang sah tetap akan menentang sebarang tindakan yang hanya merugikan rakyat dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Kami tidak memerlukan keganasan untuk bertindak kerana kami yakin jalan menyedarkan rakyat harus di usahakan di mana jua kami berada. Bila rakyat sudah sedar, kamu akan di humban dari kerusi empuk yang kini kamu duduki..

AKHIRNYA UMNO TARIK HAND BRAKE SAMAN KEATAS SETIAUSAHA AGUNG PAS.



Umno menarik balik samannya ke atas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali  dan dua lagi individu selepas mereka bersetuju menukar perkataan "Umno" kepada "blogger Umno" dalam kenyataan mereka sebelum ini.

Bernama melaporkan, ketiga-tiganya  menarik balik kenyataan terhadap Umno dalam kes saman berhubung penerbitan artikel yang mengaitkan Umno dengan penyebaran video lucah di laman web sebaliknya merujuk kepada "blogger Umno".

Hakim Datuk John Louis O'Hara merekodkan persetujuan penyelesaian itu dalam kamar tanpa perintah mengenai kos.

Mustafa dalam HarakahDaily menyatakan kenyataannya bertarikh 13 April tahun lalu dalam satu artikel bertajuk “Mustafa ceramah di Dungun dakwa Umno terdesak” adalah merujuk kepada blogger Umno, bukannya Umno.

Pada 23 April tahun lepas, Umno memfailkan saman dengan menamakan Mustafa, peguam cara dan peguam bela bagi Mustafa, Asmuni Awi dan Ketua Pengarang laman portal HarakahDaily.net Zulkifli Sulong sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Writ tuntutan itu difailkan Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh bagi pihak Umno dan mendakwa Mustafa telah membuat memfitnah terhadap Umno menerusi ceramah dan kenyataan yang kemudian diterbitkan menerusi laman portal www.malaysiakini.com dan HarakahDaily.net serta akhbar The Star.

Umno memohon ganti rugi am, khas, teruk, teladan, faedah, kos, satu perintah injunksi menghalang defendan atau ejen mereka menerbitkan kata-kata fitnah itu terhadap Umno dan perintah kesemua defendan menerbitkan permintaan maaf secara bertulis di akhbar dan majalah.

HOBI ANAK MEMBACA BUKU .. HOBI IBU DAN AYAH WHATSAPP DAN WECHAT.

Anak kecil dan kawan baiknya hobi mereka suka membaca buku sedangkan kedua ibunya hobi mereka ialah WhatsApp dan WeChat.

Ini dinamakan kerah anak suapaya mencintai buku tapi diri sendiri tidak memberikan contoh teladan yang baik untuk diikuti.

Buat apa yang disuruh tapi jangan ikut apa yang saya buat.

Bukan jenis kepimpinan melalui teladan.


Penggunaan gear dgn betul utk kereta automatik Harap sama2 dpt kongis info yang bagus disini. Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light. dpt agak sebab lampu reverse nyala kejap. bayangkan kalau terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama.kereta dah hon2. tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. boleh kondem gear box rasanya. kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light: 1. tekan brek kaki 2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer) 3. Tarik hand brek 4. lepas brek kaki nak jalan: 1. tekan brek 2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer) 3. lepas hand brek. 4. lepas brek kaki 5. tekan minyak Penggunaan tombol/butang pada batang gear: 1. tekan tombol semasa menukar P > R , R > P R > N N > R D > L/D2 L/D2 > D 2. jangan sesekali tekan antara N > D D > N D > D3 D3 > D pernah tegur org semua gear dia belasah tekan tombol masa tukar. kalau gear yg jenis ada lekuk2 tu selamatlah. tombol tekan pun tak ada kan? Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto: P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. gear akan disekat. jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik. R - reverse, untuk mengundur kereta anda N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear. D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive - gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 shj 3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3 2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu L - Low gear, gear pertama

Mesti Tonton...ketawa sampai kering gusi...
Lenggang Kangkung !!! 

Kehidupan Zuhud Nabi Muhammad S.A.W

by admin on July 31, 2012


Suatu ketika Rasulullah SAW bersumpah akan berpisah dengan isteri-isterinya selama satu bulan, sebagai peringatan bagi mereka kerana kurang biasa mengikuti kehidupan beliau yang zuhud. Selama sebulan beliau tinggal seorang diri dalam sebuah kamar sederhana yang letaknya agak tinggi.
Terdengar kabar di kalangan para sahabat bahwa Nabi SAW telah menceraikan semua isterinya.
Ketika Umar bin Khaththab mendengar kabar ini, segera ia berlari ke masjid. Setiba di sana, ia melihat para sahabat sedang duduk termenung, mereka bersedih dan menangis. Juga kaum wanita, mereka menangis di rumah-rumah mereka.

Kemudian Umar pergi menemui putrinya, Hafshah, yang telah dinikahi oleh Rasulullah SAW. Umar pun mendapati Hafshah sedang menangis di kamarnya. Dia kemudian bertanya kepada Hafshah, “Mengapa engkau menangis? Bukankah selama ini aku telah melarangmu agar tidak melakukan sesuatu yang dapat menyinggung perasaan Rasulullah SAW?” Hafshah tak menjawab apa-apa, dia terus menangis.
Umar lalu kembali ke masjid, terlihat olehnya beberapa orang sahabat sedang menangis di mimbar. Kemudian dia duduk bersama para sahabat, lalu berjalan ke arah kamar Nabi Muhammad SAW, yang terletak di tingkat atas masjid. Umar mendapati Rabah, sahabat yang selalu mengikuti Rasulullah, dan dia meminta kepada Rabah agar memohonkan izin kepada Rasulullah untuk menemuinya.
Rabah menghadap Nabi SAW, kemudian kembali dan memberitahukan bahwa dia telah menyampaikan permohonan izin Umar, namun Nabi SAW hanya diam. Permintaan untuk menjumpai Nabi SAW diulang beberapa kali, hingga ketiga kalinya barulah Nabi Muhammad SAW mengizinkan Umar untuk naik menghadapnya.
Ketika masuk, Umar melihat Nabi SAW tengah berbaring di atas sehelai tikar yang terbuat dari pelepah daun kurma, sehingga pada badan Nabi SAW yang putih bersih itu terlihat jelas bekas-bekas guratan daun kurma. Di tempat kepala beliau ada sebuah bantal yang terbuat dari kulit binatang yang dipenuhi daun dan kulit pohon kurma.
Selepas mengucapkan salam kepada beliau, Umar kemudian bertanya,” Apakah Tuan telah menceraikan isteri-isteri Tuan, ya Rasulullah?” Nabi SAW menjawab, ‘Tidak.”
Umar sedikit lega, lalu dia mengatakan,”Ya Rasulullah, kita adalah kaum Quraisy yang selamanya telah menguasai wanita-wanita kita. Tetapi setelah kita hijrah ke Madinah, keadaannya sungguh berbeza dengan orang-orang Ansar. Mereka telah dikuasai wanita-wanita mereka sehingga wanita-wanita kita terpengaruh dengan kebiasaan kaum Ansar.” Nabi SAW tersenyum mendengar perkataan Umar.
Umar pun Menangis.
Umar lalu memperhatikan keadaan kamar Nabi SAW. Terlihat tiga lembar kulit binatang yang telah disamak dan sedikit gandum di sudut kamar itu, selain itu tidak terdapat apa pun. Umar menangis sesenggukan melihat keadaan Nabi yang seperti itu.
Tiba-tiba Rasulullah SAW bertanya kepada Umar, “Mengapa engkau menangis, wahai Umar?”
“Bagaimana saya tidak menangis, ya Rasulullah. Saya sedih melihat bekas tanda tikar di badan Tuan yang mulia dan saya prihatin melihat keadaan kamar ini. Semoga Allah SWT mengkaruniakan kepada tuan bekal yang lebih banyak.
Orang-orang Parsi dan Romawi yang tidak beragama dan tidak menyembah Allah, tetapi raja mereka hidup mewah. Mereka hidup dikelilingi taman yang di tengahnya mengalir sungai, sedangkan engkau adalah Rasul Allah, tetapi engkau hidup dalam keadaan sangat miskin,” kata Umar bin Khaththab.
Mendengar jawaban Umar, Rasulullah SAW bangun dan berkata, “Wahai Umar, sepertinya engkau masih ragu mengenai hal ini. Dengarlah, kenikmatan di alam akhirat tentu akan lebih baik daripada kesenangan hidup dan kemewahan di dunia ini. Jika orang-orang kafir itu dapat hidup mewah di dunia ini, kita pun akan memperoleh segala kenikmatan tersebut di akhirat nanti. Di sana kita akan mendapatkan segala-galanya.”
Kata-kata Nabi “Jika orang-orang kafir itu dapat hidup mewah di dunia ini, kita pun akan memperoleh segala kenikmatan tersebut di akhirat nanti” tentu tidak dimaksudkan untuk mengatakan bahawa keadaan di akhirat, dalam hal ini di syurga, sama dengan “kenikmatan tersebut”. Kerana, dalam sebuah hadis dikatakan, kenikmatan di syurga itu sungguh luar biasa, belum pernah kita lihat dan kita dengar sebelumnya, bahkan kita bayangkan saja belum.
Mendengar sabda Nabi, Umar merasa menyesal. Lalu dia berkata, “Ya Rasulullah, mohonlah kepada Allah SWT untuk saya. Saya telah bersalah dalam hal ini.”
Rasulullah SAW membesarkan hati sahabatnya itu. Umar pun merasa lega.
Kehidupan beliau yang zuhud itu pun menjadi salah satu keutamaan beliau yang sebelumnya sering disalah ertikan oleh para isterinya. Dan setelah kejadian itu, Rasulullah menasihati para isterinya akan kepastian janji-janji Allah SWT di yaumul akhir. Para isteri itu pun akhrinya menyesali perilaku mereka dan memperbaharui kesetiaan mereka kepada Rasulullah SAW bahawa, apa pun yang terjadi, mereka semua memilih ikut Rasulullah SAW, termasuk untuk hidup zuhud.

Sumber: http://www.madinatulilmi.com/



RAKAMAN GAMBAR "SULTAN MELAKA" BERPAKAIAN LOKAP LENGKAP KETIKA DI BAWA KE MAHKAMAH RENDAH AYER KEROH, MELAKA UNTUK PERINTAH TAHANAN REMAN.



Lelaki yang mangaku dirinya 'Sultan Melaka' Noor Jan Tuah, 56 ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rendah, V.Kanasan pada pukul 9.45 pagi di Mahkamah Ayer Keroh di sini.

Selepas perintah tahanan itu dikeluarkan Noor Jan yang berbaju lokap polis berwarna jingga dan bergari kemudian dibawa anggota polis memasuki van untuk dibawa semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.

Dalam pada itu, kawasan pintu masuk mahkamah juga turut dikawal oleh beberapa anggota polis bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Namun pengikut-pengikut Noor Jan tidak kelihatan di kawasan mahkamah.

Tiada ulasan: