Rabu, 22 Januari 2014

DAH TERLAMBAT....JIKA DAH DALAM KUBUR....DAH BERADA DIPADANG MAHSYAR

KUALA LUMPUR: Dalam ramai melihat isu pemotongan duti eksais dan permit import (AP) tidak disentuh dalam Pengumuman Dasar Automotif Nasional 2014 (NAP2014), PAS melihat secara 'big picture' menyifatkan pengumuman itu hanya sebagai kosmetik semata-mata.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pengumuman NAP2014 oleh kerajaan semalam tidak lebih kepada tempelan dan jauh lagi untuk berdepan cabaran sebenar.

Menurut Dr. Dzulkefly, NAP juga dilihat dibuat dalam keadaan cuba mengaut keuntungan satu pihak iaitu DRB-HICOM.

"DRB yang dimilikki 55.9% oleh Tan Sri Syed Mukhtar AlBukhary bakal menyaksikan keuntungannya melonjak kerana DRB sememang mempunyai kepentingan ekuiti di dalam Honda Malaysia, pengedaran untuk kereta Mitsubishi dan kerjasama pembuatan dengan Volkswagen," katanya.

Berikut kenyataan penuh beliau.


1. Disamping apa yang jelas menjadi kemarahan rakyat tentang kedudukan AP (Approved Permit) yang masih mahu dikaji selepas Tahun Baru Cina, amarah rakyat juga naik ke paras yang membuak apabila Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa (MITI) tidak mengumumkan tentang penghapusan Duti Eksais. Cukai ini yang bertanggungjawab -mengekalkan harga kereta pada paras yang tinggi. Ia adalah dasar dan kaedah bagaimana kerajaan melindung perusahaan automobile di Negara ini yakni Proton yang merupakan milik kerajaan dahulu. Namun, Proton jelasnya bukan lagi milik kerajaan tetapi milik swasta!

2. PM Najib boleh iltizam dan komited untuk melakukan ‘rasionalisasi subsidi’ walaupun akan membebankan rakyat, tetapi apabila sesuatu tindakan jelas merugikan atau menjejaskan kepentingan ‘kroni2nya’, maka dia tidak langsung menunjukkan kesungguhan untuk merungkaikan atau menamatkannya walaupun dengan berbuat akan mendatang penambahan pendapatan, mengurangkan beban kepada rakyat  dan merancakkan lagi ekonomi. Ini hakikat yang terserlah dalam kes AP yang telah pun disaran oleh pelbagai pihak termasuk Pakatan Rakyat supaya menghentikan pemberian AP atau melelongkan AP kepada pembida secara terbuka dan dari jumlah yang dikeluarkan sekarang, boleh sahaja menjana pendapatan baru sebanyak RM2.5 bilion ke RM3bilion.

 3. Kedua-dua isu AP dan Duti Eksaiskan kekal menjadikan rakyat terbeban pembiayaan bulanan yang tinggi (20% dari jumlah pendapatan bulanan) sekaligus mengurangkan pendapatan boleh berbelanja rakyat.

 4. Penelitian terperinci akan menjadikan rakyat lebih marah apabila rakyat sedar bahawa yang mengaut keuntungan besar ialah satu pihak yakni DRB-HICOM! Disamping mengekalkan inspeksi sukarela (voluntary inspection) oleh 55 Pusat Inspeksi Puspakom yang dimilikki DRB-HiCOM, NAP juga akan kemudiannya menjadikan ia satu  yang wajib atau mandatory bukan sahaja kepada kenderaan komersial tetapi juga kepada private atau ‘passengers’.

5. Dasar NAP yang baru dilancarkan memberikan pelbagai insentif yang ‘boleh dirundingkan’ (negotiated basis) untuk menggamit FDI dari pemain-pemain gergasi automotif asing ke dalam industri automotif ini khususnya kepada bidang pembuatan ‘enegry-efficient vehicles’ atau EEV.

 6. DRB yang dimilikki 55.9% oleh Tan Sri Syed Mukhtar AlBukhary bakal menyaksikan keuntungannya melonjak kerana DRB sememang mempunyai kepentingan ekuiti di dalam Honda Malaysia, pengedaran untuk kereta Mitsubishi dan kerjasama pembuatan dengan Volkswagen.

7. Dasar baru NAP akan mengangkat sekatan dalam pembuatan kenderaan EEV yang dulunya mesti melebihi kuasa 1800 cc dan pada paras harga RM150,000 sekaligus melindungi Proton. Tetapi dakwaannya kini mengangkat sekatan ini pun tidak akan menjejaskan perniagaan Proton kerana kenderaan-kenderaan EEV yang lengkap dengan sistem engine serta teknologi yang maju (advanced) sekali tidak akan dalam kategori kereta-kereta Proton.

 8. Jelasnya NAP yang baru ini mahu memacu satu ‘catching-up game’ bagi mampu bersaing dengan keupayaan negara jiran khasnya Thialand dan Indonesia.

 9. Apakah insentif yang diberikan memadai berbanding dengan Negara-negara jiran? Benarkah NAP telah  benar-benar menggarap keperluan untuk mewujudkan satu ‘ecosystem’ yang lebih mampan dan komprehensif? Ataukah, sepert pemerhatian sesetengah pihak para ‘analysts’ pasaran,ia hanya memberi ‘special advantage’ kepada pihak tertentu?

10. Apakah NAP sekali lupa tentang isu penggunaan Euro 4 berbanding Euro 2 yang digunakan hingga kini? Menteri telah berjanji untuk menukarkan penggunaaan bahan bakar, petrol dan diesel yang lebih efisien yakni Euro 3 dalam soalan saya pada tahun 2010 di Parlimen. NAP tidak langsung menyentuh hal ini. Sekali lagi kerajaan menumpu tentang dasar yang menguntungkan pihak-pihak tertentu dan bukannya untuk membangun industry secara keseluruhannya!

11. Akhirnya Program Pembangunan Vendor. Tidak juga disentuh secara terperinci bagaimana industri otomotif ini akan didayakan lagi daya-saingnya dengan peningkatan keupayaan pihak vendor samada disegi kualiti, kefisienan serta ‘kos per unit’ pembuatan parts.

12. OEM atau Original Equipments Manufacturers (dari negara asing) mahukan Vendor tempatan yang punya keupayaan. OEM mendapat insentif rebat eksaisi dari usaha tambah-nilai local ( local-value added) yang mereka lakukan. Vendor tidak boleh lagi mengharapkan didukung oleh industri kalau tidak mempunyai daya-inisiatif untuk memajukan syarikat kalau pun mereka bumiputera.

13. Dasar-dasar NAP tidak jelas membawa satu pendekatan ‘Game Changer’ yang dihajati pelbagai pihak. Paling baiknya ia dilihat sebagai satu yang kurang masak atau kurang empuk. Dengan masa yang cukup telah diberikan, kalau sekadar hanya yang dibentangkan masih tidak ada sifatnya ‘Kosmetik’ atau ‘Tampal-Tempil’ atau ‘Tweaking’ dalam BInya, maka Perubahan’ yang ditunggu rakyat dan juga pemain industry tidak kesampaian….

14. Sekali lagi Najib dan kali ini bersama Mustapha Mohammad mengcewakan!
SUKA atau tidak, sama ada diturunkan atau turun dengan sendiri, Najib Razak akan menyertai Abdullah Badawi dalam senarai Perdana Menteri terburuk dalam sejarah negara ini.  Jika diwujudkan juga kategori Perdana Menteri paling tidak memberikan apa-apa sumbangan, maka senarai tersebut juga turut mengandungi mereka sebagai dua entri tunggal.
  
Dalam sejarah politik Malaysia, tidak ada Perdana Menteri yang tidak dikritik oleh pembangkang.  Fungsi pembangkang adalah untuk tujuan ‘semak dan imbang’ dan itulah yang dilakukan oleh semua parti pembangkang sejak pilihan raya umum (PRU) pertama lagi.

Namun apabila seseorang Perdana Menteri bukan sahaja dikritik oleh pembangkang tetapi turut mendapat kecaman dari majoriti rakyat termasuk dari mereka yang menyokong dan mengundi parti kerajaan sendiri, maka orang  tersebut (bukannya tokoh) sesungguhnya tidak layak menjadi pemimpin politik dan apatah lagi menjadi seorang Perdana Menteri.

Lebih buruk lagi ialah apabila seseorang Perdana Menteri dikecam dan dibalun oleh seorang bekas Perdana Menteri sebagaimana Dr. Mahathir Mohamad mengecam Pak Lah kerana gagal menunjukkan sebarang prestasi dan sama sekali tidak bijak dalam mengurus tadbir negara.

Tentu sekali Pak Lah merupakan orang pertama diabadikan dalam senarai disebut itu.  Kini bakal menyertainya tentulah tidak lain dan tidak bukan dari Najib Razak.

Lupakan tentang kangkung.  Bolehkah sesiapa menamakan  10 manfaat yang telah diberikan oleh Najib kepada rakyat dan negara.  Jika tak boleh sepuluh, mungkin boleh beri lima.

Rasanya lima pun susah.  Tapi sekiranya hendak disebut kelemahan dan mudarat kepada rakyat akibat keputusan yang dibuat atau tidak dibuat oleh Najib, rasanya bila-bila masa sahaja seseorang rakyat Malaysia yang waras boleh menyebut sepuluh, atau malah lebih dari itu.

Tidak dapat dipastikan apakah sifat atau perwatakan ‘menjanjikan’ yang dilihat oleh Dr. Mahathir ke atas Najib ketika meninggalkan wasiat kepada Pak Lah ketika mana mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Dr. Mahathir mahukan Najib ditabalkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan mahukan Pak Lah menduduki pejabat utama Putrajaya untuk satu penggal sebelum menyerahkan pejabat tersebut kepada Najib.

Juga tidak dapat dipastikan juga dalam kesibukan membuat komen itu dan ini dan memfalsafahkan itu dan ini,  Dr. Mahathir sedar atau tidak betapa hirarki dan tradisi  penyokongan ke atas seseorang dalam Umno lebih banyak bersifat mengampu dari menilai kemampuan dan daya kepimpinan seseorang secara hakiki.

Jika dilihat sejarah penglibatan baik Pak Lah dan Najib dalam kerajaan (dan juga dalam Pemuda Umno dalam kes Najib) apakah ciri-ciri kepimpinan menyerlah yang telah dicatatkan oleh mereka berdua?  Tidak perlulah dibincangkan betapa tradisi mengampu yang sebati dalam Umno kini merosakkan bukan sahaja parti itu sendiri, malah juga orang Melayu, rakyat  dan negara Malaysia.

Sayang Dr. Mahathir tidak nampak hal seperti ini walaupun telah menjadi Presiden parti tersebut selama lebih dua dekad. Sekira nampak sekalipun, ia adalah sebagai satu ‘afterthought’ atau difikiran setelah sesuatu yang buruk berlaku.  Dalam lain perkataan sudah terlambat.

Akhir-akhir ini sudah mula kedengaran suara Dr. Mahathir mengkritik Najib sama ada selaku seorang Perdana Menteri mahupun sebagai seorang Menteri Kewangan.  Walaupun mantan Perdana Menteri itu sudah melakukan hal demikian secara lebih sederhana sejak 2011 lagi, namun sejak akhir-akhirnya kritikan beliau semakin lantang apabila Najib gagal memperolehi prestasi lebih baik dari Pak Lah dalam PRU lalu, dan apabila Najib gagal mengawal ekonomi negara dan pelbagai lagi.

Dr. Mahathir sering memetik kata-kata novelis Sepanyol  George Santayana, “Mereka yang gagal belajar dari sejarah akan berkali-kali dihukum oleh sejarah”. 

Persoalannya mengapakah beliau sendiri tidak pernah mahu mempelajari dari sejarahnya sendiri bermula dari perlantikan Musa Hitam selaku Timbalan Perdana Menteri?

Bukankah apa yang berlaku kini dan Malaysia terpaksa diterajui oleh dua Perdana Menteri terburuk secara berturut-turut adalah akibat dari kegagalan Dr.Mahathir belajar dari sejarah?
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penstrukturan semula ekonomi negara termasuk rasionalisasi subsidi adalah penting untuk melonjakkan ekonomi negara menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.
   
"Ini (rasionalisasi) bukanlah langkah sengaja nak bebankan rakyat. Kenapa saya nak bebankan rakyat? Kami tahu, kami dipilih oleh rakyat dan kami berdiri atas (sokongan) rakyat.
  
"Kalau nak buat pun ia adalah untuk jangka panjang yang akan menguntungkan negara dan rakyat ... tiada lain daripada niat itu," kata beliau pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini.
  
Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.
  
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan terpaksa melakukan rasionalisasi subsidi secara berperingkat dan pada masa yang sama menyalurkan bantuan seperti program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) serta bantuan persekolahan kepada kumpulan sasar dan pada masa yang sama dapat mengurangkan defisit negara.

Beliau berkata pada tahun ini, kerajaan memperuntukkan RM40 bilion untuk subsidi dan insentif dengan kira-kira RM22 bilion adalah subsidi minyak.
  
"Sehubungan itu, kerajaan terpaksa melakukan rasionalisasi subsidi secara berperingkat... Kalau dulu, subsidi minyak tidak tinggi dan hanya kira-kira RM3 hingga RM4 bilion, apabila penggunaan bertambah, jumlah nilai subsidi kini berkembang dengan begitu pesat (mencecah RM22 bilion), kata beliau.
  
Untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, Najib berkata penstrukturan ekonomi negara penting agar pertumbuhan ekonomi negara tidak meleset atau mendatar.
  
Sambil memberi contoh, beliau berkata pada tahun 80-an, Jepun diramal akan menjadi kuasa ekonomi terbesar tetapi apabila ia gagal menstruktur semula ekonominya, maka Jepun telah mengalami ekonomi mendatar dan tidak menentu selama 20 tahun.
  
Selain itu, beliau berkata pertumbuhan ekonomi China kini tidak sehebat dahulu dan berkembang dalam lingkungan tujuh hingga 7.5 peratus kerana negara itu juga berdepan dengan cabaran struktur yang perlu diatasi oleh kepimpinan negara itu.

"Contoh-contoh ini menunjukkan kalau Malaysia ingin melepasi daripada trend pendapatan sederhana, kita perlu menyusun semula ekonomi kita supaya kita dapat memacu tahap perkembangan ekonomi yang lebih pantas.
  
"Kalau kita tidak melakukan penstrukturan semula, ekonomi kita akan berkembang dengan lebih perlahan dan berkurangan... Kalau ini berlaku, kita tidak mungkin dapat melonjakkan ekonomi kita ke tahap ekonomi maju," kata beliau.
  
Najib juga menegaskan bahawa Malaysia tidak mengalami kegawatan ekonomi dan pertumbuhan ekonomi dijangka terus berkembang antara lima hingga 5.5 peratus, bergantung kepada perkembangan selanjutnya.

Sebaliknya, beliau berkata kerajaan mengambil langkah tegas untuk menstruktur semula ekonomi bagi menjamin kemampanan pertumbuhan untuk tahun-tahun akan datang.
  
Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata Malaysia perlu memberi penekanan kepada penggunaan sumber dalam bidang-bidang yang boleh memacu pertumbuhan yang tinggi dan pelaburan produktif bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang sederhana tinggi. - Bernama
DARO (Sarawak): Pasukan mencari menemui satu lagi mayat mangsa bot panjang terbalik di Batang Lassa di sini hari ini, menjadikan 10 mangsa ditemui lemas dalam tragedi Sabtu lepas.
  
Mayat wanita yang dikenali sebagai Ibong bt Rais, 60, ditemui di Tanjung Bubus, Seberang Daro di sini pada pukul 9.02 pagi.
  
Berikutan penemuan itu, operasi mencari yang diketuai Ketua Polis Daerah Matu Daro DSP Wagner Lisa Libut kini memberi tumpuan untuk mencari mangsa terakhir yang dilapor hilang iaitu seorang lelaki berusia 55 tahun.
  
Dalam kejadian 1 tengah hari Sabtu lepas, sebuah bot panjang yang membawa 27 penumpang terbalik selepas dipukul ombak besar.
  
Ketika kejadian bot panjang itu membawa 27 penumpang berusia lingkungan 23 hingga 69 tahun dari Kampung Tekajong dalam perjalanan pulang ke kampung mereka selepas menghadiri majlis perkahwinan.

Enam belas orang berjaya menyelamatkan diri, tiga ditemui lemas dan lapan lagi hilang. - Bernama

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menerima maklumat dalaman Felda bahawa bajet untuk Kolej Felda akan dipotong bermula tahun ini.

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, berdasarkan sumber dari dalam Felda, bajet untuk Kolej Felda hanya akan diberikan sebanyak RM5 juta daripada RM16 juta hingga RM17 juta yang diperuntukkan setiap tahun.

Kolej Felda terdapat di empat lokasi iaitu di Kelana Jaya, Selangor, Trolak (Perak),  Mempaga (Pahang) dan Felda Raja Alias (Negeri Sembilan).

Kolej Felda ditubuhkan pada 1998 untuk menyediakan ruang pengajian dan mengatasi masalah keciciran dalam pendidikan kepada anak-anak Felda.

"Jika benar pemotongan bajet akan dibuat, bajet untuk empat Kolej Felda hanya tinggal RM5 juta.

"Dakwaan pemotongan bajet ini merupakan petunjuk ke arah penutupan Kolej Felda," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Mazlan berkata, pihaknya sedang menunggu keputusan daripada pihak lembaga pengarah Felda yang akan bermesyuarat dalam masa terdekat berhubung perkara ini.

Tambah beliau juga, empat kolej Felda tidak dapat menampung jumlah anak peneroka di 11 Felda di seluruh negara.

"Kolej Felda sudah tidak dapat menampung peningkatan jumlah pelajar dari kalangan anak Felda.

"Kolej hanya ada empat sedangkan ada 11 Wilayah Felda. Maksudnya Felda kena tambah tujuh lagi kolej," katanya.

Menurut Mazlan juga, beliau juga menerima maklumat bahawa bantuan RM1,000 kepada anak Felda yang akan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi tidak lagi diberikan.

"Apabila mereka pergi ke pejabat Felda untuk mengambil bantuan, kakitangan kata tiada lagi peruntukan.

"Kalau dulu, prosedur cukup mudah. Mereka isi borang dan terus dapat duit. Sekarang macam-macam alasan diberikan," katanya.

Katanya, perkara-perkara ini merupakan kesan daripada penyenaraian Felda di Felda Global Ventures (FGV).

"Sejauh mana koomitmen Felda terhadap peningkatan keupayaan pendidikan?

"Antara kertas cadangan yang dibentangkan apabila disenaraikan dalam FGV, pembangunan sosial akan dikorbankan. Inilah akibatnya sekarang," katanya.
KUALA LUMPUR: PAS melahirkan kekecewaan dengan penglibatan anak pimpinan negara yang mendakwa sebagai pemimpin Islam, tetapi dalam masa sama menyebarkan eleman yang bertentangan dengan Islam dan budaya timur.

Pengerusi Lajnah Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan PAS Pusat, Dr. Muhaimin Sulam (gambar), menegaskan seharusnya filem sebagai medium berpengaruh yang diterbitkan oleh seorang yang beragama Islam tidak menerapkan elemen negatif yang boleh mencemarkan nama baik negara dan pemimpin negara.

"Sememangnya, penerbit di negara ini amat digalakkan menjalinkan kerjasama dengan pihak antarabangsa seperti Hollywood, Hong Kong dan lainnya, tapi biarlah kita mengikuti dari aspek teknikalnya, persembahannya, dan bukan dari segi moralnya," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas filem tersohor tetapi penuh kontroversi 'The Wolf of Wall Street' yang diterbitkan Red Granite Pictures, syarikat yang dimiliki bersama Riza Aziz yang merupakan anak Datin Seri Rosmah Mansor, daripada perkahwinan pertamanya.

Tegas Muhaimin, biarpun Riza bukanlah pengarah bagi filem terbabit, namun beliau masih boleh memainkan peranannya dengan lebih berkesan, apatah lagi sebagai seorang anak kepada pemimpin negara yang selalu menyebut tentang memelihara kesucian agama Islam.

"Tidak salah jika beliau memberi peranan kepada pelakon utama filem itu, Leonardo DiCaprio sebagai seorang pegawai British yang datang ke Malaysia untuk membantu mencapai kemerdekaan Malaysia, atau apa saja filem yang boleh mengangkat budaya Malaysia di peringkat antarabangsa," tegas Muhaimin yang menyambut baik langkah kerajaan mengharamkan penayangan filem terbabit di Malaysia.

Muhaimin turut mengambil contoh sebuah produksi negara, KRU Studio yang turut menerbitkan sebuah filem, Vikingdom yang turut membabitkan kerjasama dengan pihak antarabangsa, malah dilakonkan pelakon antarabangsa.

"Boleh dikatakan KRU telah membuka jalan untuk mana-mana penerbit bagi menjalinkan kerjasama di peringkat antarabangsa, namun masih memelihara segala elemen-elemen yang terkandung dalam filem tersebut. Walaupun bagi saya ia bukanlah sesuatu yang hebat, tapi masih boleh dicontohi penerbit tempatan," kata beliau.

Malaysia, tambah beliau mempunyai ramai penerbit yang berbakat besar dalam seni ini, namun mungkin tidak mendapat peruntukan yang sewajarnyanya daripada kerajaan, biarpun terdapat beberapa filem yang ditaja kerajaan seperti Hikayat Merong Mahawangsa.

"Namun, saya percaya jika kerajaan mahu melakukannya, tidak mustahil penerbit-penerbit seperti Datuk Rosyam Nor, Datuk Yusof Haslam, malah David Teoh sendiri boleh menghasilkan filem-filem yang berkualiti untuk diangkat ke peringkat antarabangsa," kata Muhaimin lagi.

Dalam pada itu, Muhaimin turut menyarankan agar Riza kembali ke Malaysia untuk sama-sama menyemarakkan industri seni di negara sendiri dengan pengalaman yang diperolehinya sepanjang di Hollywood.

Katanya, pengalaman yang baik dari Hollywood itu wajar diapliksikan di negara ini, namun meninggalkan segala elemen negatif yang tidak bersesuaian dengan norma budaya negara ini.
KUALA LUMPUR: PAS melahirkan kekecewaan dengan penglibatan anak pimpinan negara yang mendakwa sebagai pemimpin Islam, tetapi dalam masa sama menyebarkan eleman yang bertentangan dengan Islam dan budaya timur.

Pengerusi Lajnah Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan PAS Pusat, Dr. Muhaimin Sulam (gambar), menegaskan seharusnya filem sebagai medium berpengaruh yang diterbitkan oleh seorang yang beragama Islam tidak menerapkan elemen negatif yang boleh mencemarkan nama baik negara dan pemimpin negara.

"Sememangnya, penerbit di negara ini amat digalakkan menjalinkan kerjasama dengan pihak antarabangsa seperti Hollywood, Hong Kong dan lainnya, tapi biarlah kita mengikuti dari aspek teknikalnya, persembahannya, dan bukan dari segi moralnya," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas filem tersohor tetapi penuh kontroversi 'The Wolf of Wall Street' yang diterbitkan Red Granite Pictures, syarikat yang dimiliki bersama Riza Aziz yang merupakan anak Datin Seri Rosmah Mansor, daripada perkahwinan pertamanya.

Tegas Muhaimin, biarpun Riza bukanlah pengarah bagi filem terbabit, namun beliau masih boleh memainkan peranannya dengan lebih berkesan, apatah lagi sebagai seorang anak kepada pemimpin negara yang selalu menyebut tentang memelihara kesucian agama Islam.

"Tidak salah jika beliau memberi peranan kepada pelakon utama filem itu, Leonardo DiCaprio sebagai seorang pegawai British yang datang ke Malaysia untuk membantu mencapai kemerdekaan Malaysia, atau apa saja filem yang boleh mengangkat budaya Malaysia di peringkat antarabangsa," tegas Muhaimin yang menyambut baik langkah kerajaan mengharamkan penayangan filem terbabit di Malaysia.

Muhaimin turut mengambil contoh sebuah produksi negara, KRU Studio yang turut menerbitkan sebuah filem, Vikingdom yang turut membabitkan kerjasama dengan pihak antarabangsa, malah dilakonkan pelakon antarabangsa.

"Boleh dikatakan KRU telah membuka jalan untuk mana-mana penerbit bagi menjalinkan kerjasama di peringkat antarabangsa, namun masih memelihara segala elemen-elemen yang terkandung dalam filem tersebut. Walaupun bagi saya ia bukanlah sesuatu yang hebat, tapi masih boleh dicontohi penerbit tempatan," kata beliau.

Malaysia, tambah beliau mempunyai ramai penerbit yang berbakat besar dalam seni ini, namun mungkin tidak mendapat peruntukan yang sewajarnyanya daripada kerajaan, biarpun terdapat beberapa filem yang ditaja kerajaan seperti Hikayat Merong Mahawangsa.

"Namun, saya percaya jika kerajaan mahu melakukannya, tidak mustahil penerbit-penerbit seperti Datuk Rosyam Nor, Datuk Yusof Haslam, malah David Teoh sendiri boleh menghasilkan filem-filem yang berkualiti untuk diangkat ke peringkat antarabangsa," kata Muhaimin lagi.

Dalam pada itu, Muhaimin turut menyarankan agar Riza kembali ke Malaysia untuk sama-sama menyemarakkan industri seni di negara sendiri dengan pengalaman yang diperolehinya sepanjang di Hollywood.

Katanya, pengalaman yang baik dari Hollywood itu wajar diapliksikan di negara ini, namun meninggalkan segala elemen negatif yang tidak bersesuaian dengan norma budaya negara ini.
KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Abdul Samad menyatakan kesudian untuk berdebat dengan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dalam isu kalimah Allah.

Sebelum ini, Noh pada Majlis Perasmian Sambutan Maulidur Rasul anjuran Umno Bahagian Sungai Besar, di Sekin Hotel Sekinchan mencabar mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat (PR) untuk berdebat isu kalimah Allah dari sudut perundangan.

Khalid melalui akaun twitter memberitahu beliau bersetuju dengan debat tersebut tanpa apa-apa syarat.

"Sinar Harian beritahu Noh Omar cabar saya debat isu Kalimah Allah. Sinar Harian akan anjur. Lai, lai saya jawab. Xyah apa2 syarat, stuju je," jelas beliau melalui akaun twitter.

Khalid yang ketika dihubungi harakahdaily memberitahu beliau telah dihubungi Sinar Harian bagi memaklumkan program tersebut yang akan diadakah pada 27 Januari (Isnin) jam 2.30 petang.

Namun, jelas beliau program tersebut akan diadakan secara tertutup dan hanya yang dijemput sahaja dibenarkan hadir.

"Saya telah dihubungi oleh pihak Sinar Harian berhubung dengan program tersebut, ia akan diadakan pada 27 Januari (Isnin) pada jam 2.30 petang.

"Program itu diadakan secara tertutup dan mereka yang mendapat jemputan sahaja yang dibenarkan hadir," jelasnya.

Beliau yang telah menyatakan kesudiannya untuk berdebat dengan Pengerusi Umno Selangor dan hanya menunggu surat jemputan rasmi daripada pihak penganjur.

"Secara lisan saya bersetuju untuk berdebat dengan Noh, sekarang hanya menunggu surat jemputan rasmi sahaja.

"Dalam pada itu saya berharap Noh tidak akan menarik diri pada saat-saat akhir, kita telah lihat sebelum ini pemimpin Umno hanya berani mencabar tetapi di saat akhir mereka tarik diri dan harap Noh tidak seperti rakan-rakan mereka yang lain," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Noh dalam kenyataannya turut mencadangkan debat tersebut itu nanti perlu dianjurkan badan bebas seperti dikendalikan Sinar Harian dalam siri wacana yang dianjurkan akhbar itu sebelum ini.



 

 

Tiada ulasan: