Post by Shahir af8.
Post by Shahir af8.
NAJIB AKUI DIA SUKA MAKAN KANGKUNG!!! .. APAKAH AKAN ADA KLON KANGKUNG DI BERI NAMA NAJIB?????
Jadi apa yang dilakukan oleh sekumpulan warga flashmob di Pulau Pinang tempoh hari amat bertepatan sekali dengan menyuapkan beberpa ikat kangkung kedalam mulut tokoh olok-olok Najib.
Jadi tidak timbul warga kita menghina dan dijadikan bahan perkauman sebab apa yang dilakukan oleh mereka adalah sebagai tanda betapa Najib sendiri amat gemar makan kangkung.
Harap-harap tiada peniaga cuba ambil kesempatan untuk menaikkan harga kangkung dipasaran apabila mengetahui rahsia ini.
Omak Kau pun tidak akan terkejut jika nanti akan ada baka kangkung spesel diberinama Najib Razak sempena menghargai jasa besar beliau yang melonjakkan sayur ini di mata dunia seperti mana beberapa klon orkid dinamakan atas nama beberapa pemimpin.
- Pengguguran Azmin kekal buat masa ini
- Penamatan
jawatan Azmin Ali sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan
Negeri Selangor (PKNS) kekal buat masa ini sementara mempertimbangkan
syor Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri mengambil maklum kenyataan Anwar sebagai penasihat ekonomi negeri yang mengesyorkan Azmin (bawah) dilantik semula ke syarikat kerajaan Selangor itu.
“Sebelum keputusan muktamad dibuat oleh exco, kedudukan ahli lembaga pengarah PKNS berkenaan (Azmin) kekal seperti yang diarahkan oleh pengurus besar PKNS untuk mengelakkan sebarang komplikasi perundangan,” katanya.
Anwar, dalam sidang media yang turut dihadiri Azmin hari ini mengesyorkan supaya timbalan presiden PKR itu dilantik semula, antaranya ekoran keseluruhan proses pemecatan yang menurutnya cacat.
Menteri besar dan PKNS semalam masing-masing menuding jari berhubung penamatan tugas Azmin.
Dalam kenyataan hari ini, Khalid berkata, beliau dan exco merasakan perlu mempertimbangkan permintaan Anwar sebelum membuat sebarang keputusan muktamad.
Beliau juga menjelaskan, mereka mempunyai tanggungjawab memperbetulkan sebarang kecacatan atau kesilapan yang berkaitan dengan perkara itu.
Sementara itu, menteri besar juga berkata, pengurus besar dan setiausaha syarikat PKNS akan dipanggil menerangkan mengapa keadaan sedemikian berlaku hingga “melarat menjadi konflik”.
Kemelut berterusan itu dilihat bakal menyemarakkan lagi kehangatan melibatkan dua tokoh penting pembangkang – Khalid dan Azmin – itu menjelang kongres pemilihan PKR tidak berapa lama lagi.Zaidi Ahmad Tudm II shared Zaidi Ahmad's photo. - GEMPAR !! GERAKAN KRISTIAN DI MALAYSIA TERBONGKAR!!! (PATUTLAH BARU SEKARANG MEREKA BERIA-IA BENAR NAK GUNA KALIMAH ALLAH (Dulu2 tak ade pun) RUPA2NYA IA ADALAH STRATEGI BARU MEREKA YG TELAH TERBUKTI BERKESAN DI NEGARA JIRAN INDONESIA) by AIDC on Jan 13th, 2014 • 15 Comments AIDCNews – 13/01/14 – Satu rakaman video bertajuk “GEMPAR !! Gerakan Kristian di Malaysia Terbongkar !!!,” berdurasi 38 minit 24 saat itu dimuat naik oleh saluran youtube wayangkulitmoden sejak semalam (12 Januari ) kini sedang tersebar di internet. Setakat ini, dilaporkan hampir 2,332 telah menonton rakaman video tersebut dengan 39 orang menyukainya berbanding dengan satu orang yang tidak suka. Sila tonton video tersebut : http://www.anwaraidc.com/?p=43124
- 'Mengapa sekarang Umno bantah gereja Tg Karang?'
- PAS
hari ini mempersoalkan niat sebenar Umno membantah pembinaan gereja
Methodist di Tanjung Karang apabila mengambil kira sejarah penjualan
tapak gereja yang berlaku sewaktu Selangor diperintah Umno dan BN
sekitar tahun 80-an.
Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad dalam satu sidang medianya petang ini berkata, bersikap hipokrit apabila pada satu waktu dahulu membenarkan urusniaga itu yang jelas untuk tujuan pembinaan gereja tetapi kini membantahnya pula.
Beliau merujuk kepada demo Umno Tanjung Karang yang membantah pembinaan Gereja Methodist di Lot 178 Taman Tanjung Karang, pada 9 Januari lalu.
"Kini, mereka jadikannya satu isu nak tunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat ini berikan tanah kepada orang bukan Islam untuk bina gereja.
"Tanah ini tanah untuk gereja sejak 80-an," kata Khalid. Hadir sama pada sidang media petang ini adalah Naib Yang Dipertua PAS Tanjung Karang, Misran Serman.
Menurut Khalid lagi, hasil carian dengan pejabat tanah dan daerah mendapati Lot 178 di mukim Tanjung Karang itu dijual oleh pemilik asalnya kepada Setiausaha Majlis Pemegang Amanah (Malaysia Barat) Gereja Methodist Malaysia untuk tujuan pembinaan gereja pada tahun 26 April 1982.
Khalid berkata, PAS Tanjung Karang maklum gereja itu dibina di kawasan Melayu namun jelasnya pihak gereja Methodist telah mempunyai hak untuk berbuat demikian sejak lebih 30 tahun lamanya.
Menurutnya, PAS Tanjung Karang mengambil pendirian "tidak menyokong dan tidak juga membantah" pembinaan gereja tersebut selepas menyelidiki latar belakang peristiwa yang membawa kepada pembinaan gereja itu.
Katanya, keluasan tapak gereja itu yang hanya 14 ribu kaki persegi tidak menjadi isu kerana ia hanyalah sebesar satu lot rumah banglo yang mampu memuatkan sekitar 30 hingga 40 penganut Kristian pada satu-satu masa.
"Tempat ketiga termulia bagi org Islam iaitu Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis, di sebelahnya ada gereja yang wujud sejak sebelum zaman Nabi Muhammad.
"Saidina Omar sendiri menziarahinya apabila sampai di Baitulmuqaddis.
"Ini saiz (gereja Tanjung Karang) lebih kurang lot banglo sahaja, janganlah nak beri gambaran seolah-olah ia sebesar Masjid Negara.
"Bagi PAS, ia hak orang Kristian dan ia tanah yang dibeli dan ditukar syarat khas untuk (dibina) gereja.
"Kenapa Umno tak bising dahulu?" soal Khalid sambil mendakwa ia merupakan strategi politik untuk melagakan orang Islam dan orang Kristian.
Noh sedia debat isu kalimah ALLAH
Tarikh: January 17, 2014
SABAK BERNAM – Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyatakan
kesediaan beliau berdebat isu kalimah ALLAH dari sudut perundangan
dengan mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat (PR).
Noh berkata, beliau sedia berdebat demi memelihara kesucian kalimah suci itu daripada terus digunakan oleh penganut agama lain kerana ia jelas menimbulkan sentimen kemarahan dalam kalangan umat Islam.
Katanya, debat yang dicadangkannya itu nanti perlu dianjurkan badan bebas seperti dikendalikan Sinar Harian dalam siri wacana yang dianjurkan akhbar itu sebelum ini.
“Saya sanggup, saya boleh (berdebat), tetapi dari segi perundangan, akidah dan agama.
“Suruh Sinar (Harian) buat (anjurkan) wacana dan saya sedia untuk berdebat dengan pemimpin pembangkang dalam isu kalimah ALLAH ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Sambutan Maulidur Rasul anjuran Umno Bahagian Sungai Besar, di Sekin Hotel Sekinchan, di sini, malam kelmarin.
8:32AM Jan 17, 20149:53AM Jan 17, 2014

Post by King Jason.
Seolah-olah kekuasaan penentu kebenaran agama
ULASAN
Polemik penggunaan kalimah Allah SWT oleh bukan Muslim nampaknya belum
selesai. Sebenarnya, ia telah bermula sejak awal dekad 1980-an lagi.
Sebab itu, di sesetengah negeri kita dapati ada larangan dari segi
undang-undang untuk sejumlah perkataan digunakan.
Secara peribadi, saya berpendapat orang bukan Muslim patut dibenarkan mengguna kalimah Allah SWT dalam kitab mereka, sekiranya memang itu yang dipercayai mereka.
Namun tulisan ini tidak bermaksud membincangkan hal tersebut.
Agama dan kekuasaan
Isu ini menarik. Ia merupakan satu lagi ujian penting kenegaraan bagi masyarakat kita, terutama Muslim. Jika dulu kita dihadapkan dengan persoalan sama ada agama (dalam kes Malaysia, Islam) dan politik perlu dipisahkan atau tidak - sehingga timbul isu kafir mengkafir, isu ini membawa persoalan yang lebih rumit - sama ada Muslim patut campur tangan dalam isu kepercayaan bukan Muslim atau tidak.
Sudah tentu bagi saya tidak. Jika Muslim boleh berbuat demikian, apatah lagi dalam perkara yang sangat fundamental dalam hal beragama - iaitu mengenai Tuhan, mengapa tidak campur tangan dilanjutkan terus dalam semua perkara?
Sementara saya sedar akan kebimbangan Muslim mengenai persoalan ini, dan ia ditunjukkan dalam kajian oleh Merdeka Center dulu dan UMCEDEL baru-baru ini, pendapat majoriti tidak harus menghentikan isu ini daripada terus disantuni.
Memang isu ini mempunyai kesan politik yang besar, dan saya tidak terkejut jika ia merupakan isu tunggal yang menyebabkan Pakatan Rakyat tewas dalam pilihan raya umum lalu.
Namun, mengelak daripada membincangkan isu ini secara tertib hanya menyerlahkan lagi jiwa kerdil kita yang tidak sedia menawarkan kepimpinan dalam polemik yang menjadi sumber kebencian, perpecahan dan tuduh-menuduh dalam masyarakat.
Sekularisasi?
Ramai yang menyangka pemisahan agama dan politik adalah sesuatu yang biasa di Barat dan di kalangan penganut Kristian. Ini sebenarnya satu pandangan cetek. Berdasarkan rekod sejarah, agama dan politik yang tidak terpisah itu juga ada dalam pengalaman Barat dan Kristian. Hal pemisahan agama dan politik hanya muncul kemudian.
Di sesetengah tempat di Amerika misalnya, pernah hanya penganut Kristian sahaja dibenarkan memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan diberikan peruntukan tertentu, sumpah perlu dibuat berasaskan keyakinan kepada Triniti dan sebagainya termasuk keistimewaan kepada mazhab tertentu dalam agama Kristian itu sendiri.
Layanan tidak sama di sisi perlembagaan dan undang-undang inilah yang menyebabkan ada penindasan, kezaliman dan perpecahan berlaku dalam masyarakat. Disebabkan itu, agama tidak lagi murni sebaliknya dilihat sebagai alat paksaan dan tekanan.
Iltizam politik
Sudah tentu, dalam realiti politik di mana penganut agama tertentu membentuk majoriti, ahli politik tidak lazim mengambil risiko membuat keputusan dasar yang dilihat boleh menyebabkan mereka kehilangan sokongan penganut agama ini. Bahkan, dengan itulah lazimnya penindasan, kezaliman dan perpecahan bermula.
Namun, tidak bagi Thomas Jefferson, presiden ketiga Amerika Syarikat yang juga pengarang Deklarasi Kemerdekaan negara itu serta James Madison, Presiden Keempat Amerika Syarikat yang juga dikenali sebagai Bapa Perlembagaan negara itu. Meskipun menganut Kristian, mereka tidak teragak-agak untuk mempertimbangkan keadilan bagi semua pihak.
Mereka menolak campur tangan penguasa - yang hanya manusia lain, tidak terlepas daripada salah dan silap - untuk menentukan apa yang boleh dan tidak boleh diyakini seseorang dalam hal berkeyakinan. Perubahan keyakinan hanya boleh dilakukan dengan hujah dan keyakinan lain.
Selain itu, mereka juga menolak penggunaan dana awam oleh pihak penguasa untuk agama tertentu atau semua agama, atau tokoh agama tertentu atau semua tokoh agama. Tidak ada sesiapa pun patut dipaksa, disekat, dicabul atau dibebankan untuk menanggung keperluan agama melalui perintah penguasa. Semua orang perlu bebas untuk menganut mana-mana agama yang mereka yakini dan menyumbang mengikut keyakinan mereka sendiri.
Menggantung kemurnian agama kepada undang-undang, termasuk keperluan menyokongnya dengan dana awam, menggambarkan seolah-olah manusia perlu bertanggungjawab kepada manusia lain dalam urusan agamanya, dan kemurnian agamanya tidak akan dipercayai tanpa sokongan kekuasaan.
Lebih buruk lagi, dalam kes campurtangan kekuasaan dalam hal ehwal agama (termasuk agama lain) memberi gambaran seolah-olah mahkamah adalah tempat yang layak menentukan benar atau batilnya sesuatu agama.
Sesungguhnya, agama tidak bermula kerana adanya dasar awam mengenainya. Ia telah sedia berkembang sejak sekian lama, sebelum adanya institusi awam sebagaimana masakini.
Agama yang pada mulanya dilihat sebagai sumber untuk mengukuhkan nilai-nilai murni dalam kekuasaan, kelihatan lebih banyak perlu bergantung kepada kekuasaan itu sendiri, bukan sebaliknya. Dalam banyak keadaan, kedua-duanya - agama dan kekuasaan - dilihat bersatu dan saling mempergunakan untuk mengekang kebebasan sivil.
Teruskan wacana
Mengambil kira luas dan dalamnya 'faktor agama' dalam wacana awam di Malaysia, tentulah persoalan ini tidak mudah. Namun, saya melihat polemik penggunaan kalimah Allah SWT ini boleh dijadikan landasan untuk masyarakat mula membincangkan apakah bentuk ideal hubungan agama dan politik (baca: kekuasaan) bagi negara kita.
AMIN AHMAD pengarah pengasas, Institute for Leadership and Development Studies (LEAD).

Ambiga cabar PM isytihar harta
Perdana Menteri Najib Abdul Razak dicabar supaya
mengisytiharkan hartanya bagi menunjukkan komitmen pentadbirannya dalam
memerangi rasuah.
Ketika membuat cabaran itu, bekas pengerusi bersama BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga juga berpendapat bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPyRM) mesti diketuai seorang yang boleh memaksa perdana menteri mengisytiharkan hartanya.
Di samping itu, katanya, ketua SPRM itu juga mesti bersedia untuk meletak jawatan jika berlaku campurtangan dalam kerjanya.
Ketua SPRM itu juga, tambah Ambiga, mesti sanggup untuk menyiasat perdana menteri.
Manakala perdana menteri pula seorang yang akan mengatakan
bahawa dia bersedia untuk disiasat dan mengisytiharkan hartanya, kata Ambiga dalam satu ucapan malam tadi.
Ambiga berkata demikian semasa pelancaran badan pemantau anti-rasuah yang baru - Pusat untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4).
Sejak kebelakangan ini, tekanan meningkat ke atas SPRM supaya menggunakan sepenuh kuasanya untuk membasmi rasuah besar oleh golongan elit politik.
Ambiga, seorang peguam kanan dan bekas presiden Majlis Peguam
berkata, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 memberi kuasa kepada pegawai suruhanjaya untuk bertindak walaupun hanya disyaki.
Bagaimanapun, katanya, SPRM kelihatan seolah-olah "mengikat tangannya sendiri" dengan mendakwa bahawa mereka tidak mempunyai kuasa pendakwaan.
Ambiga berkata Akta tersebut juga membolehkan penyiasat SPRM memaksa pegawai awam mengisytiharkan harta mereka.
"Mereka (pegawai SPRM) bimbang (pengisytiharan harta) akan membahayakan keselamatan (mereka yang disiasat).

Dpp Sungai Siput shared Bekas Ahli Umno's photo.
Sebuah
masjid di pusat percutian perjudian Genting Highland telah dinamakan
sebagai Masjid Yayasan Mohammad Noah. Tan Sri Mohammad Noah merupakan
pengasas Genting Highland bersama Tan
Sri Lim Goh Tong pada 1965.Projek itu untuk membina hotel dan resort di
kawasan pergunungan di sempadan Selangor-Pahang (Genting Sempah), yang
kemudiannya kini dikenali sebagai Genting Highlands.Buku Goh Tong 'My
Dream' menceritakan detik-detik awal pembinaan Genting Highland.[7] Noah
menjadi pengerusi sementara Lim Goh Tong sebagai pengarah
urusan.Kerajaan Pahang telah meluluskan 12,000 ekar untuk resort itu.[8]
Pusat judi kasino ini adalah satu-satunya di Malaysia
ko tggu pru akan datang... !!!
Anwar: Utusan selayaknya ‘dihukum’ kerana terus memfitnah
Oleh: NAZLI IBRAHIM
PETALING JAYA 16 JAN: Akhbar kawalan Umno, Utusan Malaysia wajar menerima hukuman setimpal berikutan akhbar itu berterusan melemparkan pelbagai fitnah terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PR) khususnya Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, akhbar harian itu mengambil sikap demikian bagi melindungi kepentingan politik Umno-BN dan sekaligus memastikan kelangsungan parti itu terus bertahan tanpa mengambil kira soal maruah, moral dan etika kewartawanan yang sepatutnya dipelihara.
“Memang dah lama terbukti Utusan adalah media fitnah, terus menerus memfitnah dan selayaknya dihukum kerana memang kerja dia untuk terus menerus memfitnah,” kata Anwar ketika ditemui Selangor Kini selepas menghadiri sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.
Mengulas lanjut kemenangan beliau dalam isu saman RM50 juta terhadap Utusan, Anwar menggesa agar pengamal media di negara ini mengamalkan etika kewartawanan yang sihat dengan melaporkan isu sebenar dan menolak politik fitnah bagi menjatuhkan musuh politik mana-mana pihak.
Semalam Mahkamah Rayuan di Putrajaya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelumnya memutuskan bahawa dua artikel yang cuba memberi gambaran kononnya Anwar tidak layak memegang jawatan dan mempunyai pendapat yang berbeza dengan ajaran Islam diterbitkan Utusan Malaysia (M) Sdn Bhd bersifat fitnah.
Utusan Malaysia sebuah akhbar yang menyebarkan propaganda Umno bukan kali pertama tewas dalam perbicaraan yang melibatkan isu fitnah di mahkamah.
Selain Anwar yang kali kedua menang saman fitnah terhadap Utusan, Utusan juga tewas saman fitnah yang melibatkan fitnah terhadap Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin; Ahli Parlimen Bukit Gelogor, Karpal Singh; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Selain itu, Utusan juga terpaksa membuat penyelesaian damai dengan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dengan bersetuju menarik balik fitnah dan membayar kos RM40,000 kepada Husam bagi mengelakkan dikenakan bayaran ganti rugi lebih tinggi.
Utusan juga membuat penyelesaian di luar mahkamah berhubung saman fitnah yang difailkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok terhadap akhbar itu.
Ketika ini Utusan masih mempunyai kes saman fitnah yang menunggu masa untuk dibicarakan di mahkamah termasuklah dua saman fitnah yang difailkan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.
EZY

Tiada ulasan:
Catat Ulasan