Kontraktor dakwa cedera dipukul polis dalam tahanan
Written By canang on Sabtu, 25 Januari 2014 | 1/25/2014 12:00:00 PTG
Zul Hilmi Abdul Rahman, 32, ditahan reman pada hari berikutnya, 12 Disember, dan ditempatkan di dalam lokap, di mana dia mendakwa dipukul dengan kejam oleh tiga anggota polis - dua lelaki dan seorang wanita - selama dua jam dan membiarkannya dalam kesakitan, tanpa rawatan perubatan.
Zul Hilmi hadir di balai polis tersebut pada 11 Disember, selepas diberitahu bahawa polis mahu menemuinya bagi membantu siasatan satu kes rogol tetapi dia sebaliknya ditahan dan disenaraikan suspek.
Dia kemudian mendapat tahu bahawa wanita yang tidak dikenali, telah membuat laporan polis yang mendakwa bahawa sebuah kereta dengan nombor plat keretanya terlibat dalam jenayah itu.
Zul Hilmi berkata dia mahu keadilan kerana mendakwa telah dipukul oleh polis yang didakwanya mahu memaksanya mengaku melakukan jenayah yang tidak dilakukannya.
Dia mendakwa dipukul di bawah kaki dengan batang paip PVC yang tebal dan sebanyak dua kali - 18 dan 16 kali - selama dua jam, pada hari pertama dia ditahan di lokap.
Menurutnya, tangannya diikat dan mereka menumbuk dan menendangnya, menyebabkan kecederaan kepada kaki, bahu kiri, skrotum (bahagian sulit) dan usus besar.
"Saya tidak dapat bernafas," katanya Zul Hilmi yang terbaring di katil dalam kesakitan, dengan isterinya, Nur Othman di sebelahnya semasa ditemui di rumahnya di Alor Setar malam tadi.
Zul Hilmi berkata akibat kejadian itu pada 12 Disember tahun lepas, dia dan tidak lagi dapat bekerja untuk menyara keluarganya, termasuk ibu bapanya.
Sebelum ini dia memperoleh pendapatan antara RM5,000 hingga RM6,000 sebulan sebagai kontraktor tetapi kini perlu bergantung sepenuhnya pada isterinya, yang bekerja dalam perkhidmatan awam.
Berkahwin dua tahun lalu, pasangan itu belum dikurniakan anak dan diberitahu oleh doktor mereka mungkin menghadapi kesukaran mempunyai anak.
Nur Adzleen, 29, telah membuat dua laporan polis mengenai kejadian itu - pada 12 dan 27 Disember - di Balai Polis Jitra, tetapi menurutnya, belum ada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa untuk menyiasatnya.
Pada 12 Disember, apabila dibenarkan untuk melihat suaminya, dia terkejut mendapati Zul Hilmi sangat lemah, sesak nafas, dengan kakinyabengkak dan lebam di bahunya.
Zul Hilmi hanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Bahiyah pada 23 Disember, selepas dia dibebaskan dengan jaminan polis.
Beliau menjalani dua pembedahan kerana jangkitan pada buah zakar dan duburnya. Usus besarnya juga turut cedera dan dia memakai beg kolostomi.
Ahli Parlimen PKR Alor Setar, Gooi Hsiao Leung (kanan dalam foto),
yang juga seorang peguam, berkata Zul Hilmi merancang untuk menyaman pihak polis kerana kecederaan yang dialaminya dan kehilangan pendapatan, kerana dia mungkin tidak berupaya seumur hidup.
Ketika ditemui di rumah mangsa, Gooi mendakwa ia merupakan kes paling buruk pernah dilihatnya dan menurutnya, sehingga hari ini, pihak polis tidak datang untuk mengambil kenyataan Zul Hilmi atau isterinya.
Beliau menggesa polis melancarkan siasatan bebas terhadap kes itu serta-merta.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Penolong Pesuruhjaya Mohd Nashir Ya dilaporkan berkata Zul Hilmi pada mulanya ditahan reman bagi membantu siasatan satu kes rogol dan peras ugut kes yang melibatkan seorang pelajar berusia 16 tahun .
Mohd Nashir berkata Zul Hilmi telah dihantar ke Hospital Jitra sebanyak tiga kali - pada 12, 18 dan 22 Disember - untuk pemeriksaan dan akhirnya dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan dan pembedahan, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada 23 Disember.
Mohd Nashir dipetik dalam laporan Sinar Harian pada 31 Disember bahawa kertas siasatan telah dibuka berhubung dakwaan keganasan polis semasa dalam tahanan, dan ia dalam siasatan.
Bekas Isteri Akui Pegawai Khas Perdana Menteri Homoseksual
Menyingkap kisah mengenai layanan buruk Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah
Haminah, diterajui Prof. Dato' Wira Hj Khairil Annas Jusoh, terhadap
anak yatim dari Rumah Pengasih Warga Prihatin baru-baru ini (lanjut klik
sini) membongkar rahsia lebih besar mengenai Pegawai Khas kepada Perdana Menteri itu.
Beberapa dokumen Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, bertarikh
Ogos 2010) mendedahkan bahawa Khairil Annas mempunyai kecenderungan
kepada seks luar tabi'e atau homoseksual, seperti terkandung dalam
affidavit bekas isteri beliau, Syarifah Nabila Sara Syed Abdul
Rahman yang menyebut;
Tindakan Defendan (Khairil Annas) yang menceritakan saiz kemaluan kawan-kawannya kepada Plaintif (Syarifah Nabila) betul-betul bersifat luar tabi'e dan telah mencarik perasaan hormat Plaintif terhadap Defendan sehingga telah menimbulkan syak yang amat kuat di dalam pemikiran Plaintif bahawa Defendan seorang homoseksual.
Berdasarkan keterangan Syarifah Nabila juga mendapati bahawa beberapa
perlakuan Khairil Annas menunjukkan bahawa Pegawai Khas kepada Perdana
Menteri itu juga lebih berminat untuk bergaul dan bermesra dengan kaum
sejenisnya (lelaki), berbanding isterinya sendiri, berdasarkan
keterangan-keterangan seperti dalam dokumen di bawah.
Seandainya dakwaan mengenai sifat homoseksualiti Khairil Annas adalah
benar, maka Perdana Menteri selaku majikan seharusnya memikirkan semula
keperluan Khairil Annas sebagai pegawai khas beliau.
Kita tidak mahu disebabkan sikap dan tabiat pegawai belia memalukan,
Perdana Menteri pula kelak terpaksa menanggung aib. Dan disebabkan itu,
sekali lagi, kita berharap agar Perdana Menteri menilai kembali
keperluan dan kewajaran Khairil Annas terus dikekalkan sebagai pegawai
khas kepada beliau.
Pelajar 16 tahun ‘dikendurikan’ 3 lelaki
KOTA
BHARU – Malang tidak berbau. Seorang gadis berusia 16 tahun, dirogol
bergilir-gilir olehtiga lelaki yang dikenali, selepas dipaksa menaiki
motosikal di Kok Lanas di sini, Rabu lalu.
Mangsa yang merupakan pelajar sebuah sekolah di Kok Lanas, ditahan
dua suspek yang menaiki motosikal dengan menghalang jalan mangsa yang
ketika itu dalam perjalanan ke sekolah kira-kira jam 7.20 pagi.Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa yang mengenali kedua-dua suspek, dipaksa menaiki motosikal yang ditunggang oleh salah seorang dari mereka.
“Mereka kemudiannya membawa mangsa ke sebuah bangsal di kawasan tali air dan salah seorang suspek bertindak meraba payudara mangsa.
Azham berkata, selepas kejadian itu, mangsa berjaya melarikan diri dan pulang ke rumah dan menceritakan kepada bapanya mengenai kejadian dia dirogol oleh ketiga-tiga suspek.
“Bapa mangsa membawanya ke balai polis dan membuat laporan mengenai kejadian itu.
“Buat masa ini, kesemua suspek sudah dikenal pasti dan pihak polis akan membuat tangkapan terhadap suspek untuk tindakan lanjut,” katanya.
Kes disiasat di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol gadis bawah umur, menurut sumber Sinar Harian.
Gadis dirogol sekumpulan lelaki
- Rumah kosong di Jalan Abdul Raof, Parit Buntar yang didakwa menjadi lokasi seorang remaja perempuan diculik dan dirogol.
Ketika kejadian, remaja berkenaan dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit yang terletak beberapa meter dari rumahnya.
Kumpulan lelaki itu kemudian meninggalkan mangsa di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, mangsa ditemui rakannya tidak memakai selipar dan pakaiannya berlumpur sebelum dibawa balik ke rumah kakaknya.
“Mangsa pengsan sebaik sahaja tiba di rumah dan keluarganya membawa mangsa ke Hospital Parit Buntar.
“Selepas sedar, remaja itu menceritakan telah dikejar empat lelaki ketika menuju ke sebuah kedai runcit pada kira-kira jam 7.50 malam, hari kejadian.
“Mangsa mendakwa diculik dan dibawa ke sebuah rumah kosong berhampiran premis cuci kereta dan dirogol kumpulan lelaki terbabit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, di sini.
Mat Fauzi berkata, polis menerima laporan daripada kakak mangsa kira-kira jam 8 malam.
Menurutnya, siasatan polis di tempat kejadian menemui sekeping papan mempunyai kesan darah dan ia dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan.
“Hasil tinjauan polis di lokasi kejadian mendapati kawasan di situ agak semak, sunyi dan gelap. Rumah terdekat terletak pada jarak 20 meter,” katanya.
Mat Fauzi berkata, seorang suspek dikenal pasti dan ditahan membantu siasatan kes itu.
“Suspek berumur 22 tahun ditahan dan merupakan penduduk tempatan,"katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan hukuman sebat.
Artikel Berkaitan
- Gadis dirogol sekumpulan lelaki
- Pengurus restoran bersalah rogol gadis bawah umur
- Rogol: Dua remaja dicari bantu siasatan
- Rogol: Lelaki OKU dipenjara 35 tahun, sebat
- Polis nafi kanak-kanak 5 tahun dirogol
- Penjara 18 tahun, lapan sebatan kerana rogol
- Rogol, samun: Warga Bangladesh dipenjara 20 tahun
- Individu bersama perogol dianggap penjenayah
- Penjara 15 tahun, 10 sebatan rogol anak kandung
- Polis tahan reman bomoh bergelar ustaz
Tiada ulasan:
Catat Ulasan