Tentera yang berjaya realisasi sabda Rasulullah s.a.w.
- Jan 26, 2014
- DETIK ISLAM
Pada hari itu, majoriti penduduk Costantinople bersembunyi di gereja-gereja sekitar kota. Sultan Muhammad Al-Fatih berpesan kepada tenteranya supaya bermuamalah dengan baik kepada penduduk Costantinople sambil mengucapkan tahniah kepada tenteranya yang berjaya merealisasikan sabda Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali parit khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Dengan penuh rasa syukur dan tawadhu, Sultan Muhammad Al-Fatih telah sujud ke bumi mengucapkan sebesar-besar syukur ke hadrat Allah atas kemenangan bersejarah itu.
Beliau kemudiannya menuju ke Gereja Aya Sofya yang ketika itu menjadi tempat perlindungan sejumlah besar penduduk kota berkenaan. Ketakutan jelas terbayang di wajah masing-masing bilamana beliau menghampiri pintu. Salah seorang paderi telah membuka pintu gereja, dan Al-Fatih meminta beliau supaya menenangkan sekalian mereka yang ada. Dengan toleransi Al-Fatih, ramai yang keluar dari tempat persembunyian masing-masing bahkan ada di kalangan paderi yang terus menyatakan keislaman mereka.
Selepas itu, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengarahkan supaya gereja berkenaan ditukar menjadi masjid supaya Jumaat pertama nanti akan dikerjakan solat di masjid ini. Para pekerja bertugas bertungkus lumus menanggalkan salib, patung dan gambar-gambar untuk tujuan berkenaan.
Pada hari Jumaat itu, Sultan Muhammad Al-Fatih bersama para muslimin telah mendirikan solat Jumaat di Masjid Aya Sofya. Khutbah yang pertama di Aya Sofya itu telah disampaikan oleh Asy-Syeikh Ak Semsettin.
Pada hari itu juga Sultan Muhammad Al-Fatih telah bersumpah bahawa barang siapa yang menukar Masjid Aya Sofya kembali kepada gereja, maka akan berolehlah kutukan dan laknat darinya dan Tuhan Masjid Aya Sofya itu.
Nama Costantinople kemudiannya ditukar kepada "Islam Bol", yang bermaksud "Bandar Islam" dan kemudiannya dijadikan sebagai ibu negara ketiga Khilafah Othmaniyyah selepas Bursa dan Edirne. Kekallah bumi yang mulia itu sebagai pusat pemerintahan, ketamadunan, keilmuan dan keagungan Islam berkurun lamanya sehinggalah Khilafah Othmaniyyah ditamatkan sejarahnya oleh Mustafa Kamal Ataturk secara rasminya pada tahun 1924M.
Aya Sofya kembali dikristiankan oleh Ataturk atas nama muzium. Gambar- gambar syirik kembali bertempelan di kubah masjid yang berdukacita itu.
Manifesto Parti Refah pada pilihanraya yang lalu untuk mengembalikan Masjid Aya Sofya ke kegemilangan sejarahnya, berkubur buat sementara dengan pengharaman parti itu beberapa tahun yang lalu.
Sesungguhnya seluruh umat Islam merindukan suara azan membesarkan Allah kembali berkumandang di menara Aya Sofya. Semoga Istanbul kembali ke pangkuan Islam dan muslimin. Amin ya Rabbal 'Alamin...
*Sumber dari gptd-alfatih.blogspot.com
Antartika: Berapa belanja ‘eksplorasi saintifik’ MB Terengganu?
- Jan 26, 2014
- HARAKAHDAILY
Setiausaha Kerja YDSM Mohd Azrul Ismail dalam satu kenyataan kepada agensi berita Bernama menegaskan bahawa lawatan ke Antartika itu bukan anjuran YDSM malah tiada kaitan dengan program yayasan.
Menurut Mohd Azrul, yayasan itu hanya menjalankan kerja amal bagi memberi sumbangan ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi, kesejahteraan hidup dan pendidikan rakyat, selain melakukan program penyelidikan sejarah, pembangunan seni warisan serta pemuliharaan alam sekitar negeri itu.
Sehubungan itu dakwaan kononnya YDSM bertanggung jawab menganjurkan lawatan itu hanyalah rekaan pihak-pihak tertentu menjadikan tujuan sebenar lawatan itu diragui umum.
Pada 15 Jan lalu, Pejabat Menteri Besar Terengganu dalam satu kenyataan media mengumumkan pemergian Ahmad dan rombongannya ke Antartika selama 15 hari. Program itu didakwa dianjurkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui inisiatif YDSM.
Menurut Pejabat MB Terengganu, lawatan itu bertujuan membuka laluan bagi membantu kerajaan menubuhkan sebuah stesen penyelidikan bersama Instituto Antartico Chileno (INACH).
Pelbagai pihak termasuk PAS Terengganu mempersoalkan lawatan Ahmad Said ke benua Antartika di saat negeri itu baru sahaja pulih daripada bencana banjir dan sumber negeri sepatutnya disalurkan kepada program yang lebih bermanfaat bagi mengurangkan beban yang ditanggung rakyat.
Terengganu walaupun diakui kaya dengan hasil negeri terutamanya sumber minyak, namun taraf sosioekonomi rakyatnya tidak seimbang dengan kekayaan dimiliki negeri. Terengganu masih dikelompokkan dalam kategori negeri-negeri miskin dan memiliki jumlah penduduk miskin tegar yang tinggi berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung.
Oleh kerana itulah, kecenderungan pemimpin negeri yang dilihat lebih teruja dengan projek-projek mewah dan berprestij seperti Piala Monsun, Masjid Kristal dan kini lawatan ke Antartika mengundang kritikan umum.
Bagaimanapun program lawatan mewah Mohd Said itu mendapat sokongan Pemuda Umno. Exco Pemuda Umno pusat Mohd Iskandar Jaafar menyifatkan kritikan pelbagai pihak terhadap lawatan Mohd Said itu berpunca daripada perasaan dengki dengan pencapaian kerajaan negeri.
“Eksplorasi saintifik” Menteri Besar selama 15 hari ke Antartika, kata Iskandar bertujuan membuka laluan untuk membantu kerajaan menubuhkan sebuah stesen penyelidikan bersama INACH.
Dengan bersemangat, Iskandar berkata tohmahan dan cakap-cakap sinis oleh pembangkang mengenai lawatan itu lebih merupakan satu usaha jahat yang menafikan keperluan kepada pengembangan ilmu saintifik pada masa hadapan.
Katanya misi ke Antartika sudah pastinya akan memberikan banyak maklumat dan pengalaman berguna yang bakal diperolehi melalui kajian-kajian yang dilaksanakan.
"Saya menyokong penuh lawatan kerja Menteri Besar ke Antartika bersama rombongan negara di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui inisiatif Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan," katanya dalam satu kenyataan.
Namun setelah penafian dibuat YDSM, tidak diketahui sama ada Iskandar masih terus mahu menyokong “eksplorasi saintifik” yang dipenuhi pelbagai tanda tanya itu.
Minat pemimpin negara terhadap benua Antartika tercetus di era awal pentadbiran Dr Mahathir Mohamad. Dr Mahathir pernah menimbulkan isu Antartika ketika berucap di sesi ke-37 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September 1982.
Pada sidang kemuncak Negara-Negara Berkecuali, Mac 1983, Malaysia telah berjaya mendapatkan pengesahan anggota persidangan untuk menggesa PBB membuat satu kajian menyeluruh mengenai Antartika dalam sesi ke-38 PBB.
Lanjutan daripada desakan itu satu ketetapan telah diambil dalam sesi ke-38 PBB supaya Setiausaha Agong membuat satu kajian yang menyeluruh mengenai isu Antartika termasuk 'Antartika Treaty System' dan pengagihan sumber-sumber asli yang terdapat di situ.
Pengurusan mengenai hal ehwal Antartika dibuat oleh negara yang menjadi ahli Antartika Treaty (Disember 1959).
Keanggotaan Malaysia dalam Triti Antartika bermula pada 31 Oktober 2011. Malah saintis dan penyelidik Malaysia telah menjalankan penyelidikan di benua tersebut sejak tahun 1999 sehingga 2010 dan 62 ekspedisi saintifik telah diadakan melibatkan 60 penyelidik.
Keanggotaan Malaysia dalam Triti Antartika membolehkan saintis negara terbabit secara langsung dalam semua penyelidikan yang dijalankan di benua Antartika. Artikel ke-2 Triti juga memberi kebebasan kepada anggota Triti untuk menjalankan kerja kajian dan penyelidikan di Antartika secara bebas.
Namun minat yang ditunjukkan Mohd Said terhadap kerja-kerja para saintis menimbulkan tanda tanya memandangkan negara sudah mempunyai institusi-institusi penyelidikan yang telahpun melaksanakan beberapa kajian di benua tersebut.
Penafian YDSM terhadap penglibatannya dalam ‘eksplorasi saintifik’ itu juga menimbulkan lebih banyak tanda tanya.
Menjadi kewajipan kepada Mohd Said untuk menjelaskan perkara sebenar tentang eksplorasi itu; objektif dan kepentingannya untuk rakyat Terengganu serta kos keseluruhan yang ditanggung kerajaan negeri.
Ingatan dua bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Daim Zainuddin agar pemimpin kerajaan berusaha mengekang pemborosan ketika rakyat diseru supaya berjimat cermat juga perlu diberi perhatian.
Lucu: MB balik dari Antartika, cuaca Terengganu sejuk?
- Jan 26, 2014
- HARAKAHDAILY
“Kita minta dia tampil berikan penjelasan. Berapakah belanja, siapa sponsor, apakah tujuan lawatan itu?
“Adakah lawatan ke Antartika boleh menyebabkan harga barang turun dan jadi murah,” ujar Pengerusi Pimpinan PKR Terengganu, Azan Ismail dipetik KeadilanDaily.
Pada 15 Januari lepas, media melaporkan Ahmad mengetuai lawatan ke Antartika selama 15 hari anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui inisiatif Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM).
Kenyataan Pejabat Menteri Besar Terengganu menyatakan lawatan itu bertujuan membuka laluan bagi membantu kerajaan menubuhkan sebuah stesen penyelidikan bersama Instituto Antartico Chileno (INACH).
Bagaimanapun, kelmarin, YDSM menafikan ia mempunyai kaitan dengan lawatan berkenaan.
Justeru, Azan yang juga Adun Bandar turut mempersoalkan atas kapasiti apa Ahmad mengadakan lawatan ke benua ais itu dan kelayakannya mengetuai misi berkenaan.
“Tujuan dia ke sana sangat kabur. Apa kaitan negeri Terengganu dengan Antartika,” katanya.
Seterusnya beliau mempersoalkan apakah belanja itu ditanggung dari sumber negeri, yayasan atau pihak luar.
“Sekarang sudah jadi lucu. Ada yang kata cuaca sejuk di Terengganu kerana usaha Mat Said bawa balik ais batu dari Antartika,” ujarnya sinis.
Menurutnya, trend pimpinan negara kini mengadakan lawatan ke luar negara hingga menimbulkan bantahan ekoran pembaziran wang rakyat.
Menurutnya, trend pimpinan negara kini mengadakan lawatan ke luar negara hingga menimbulkan bantahan ekoran pembaziran wang rakyat.
‘Johor Menerajui’ menuju Nusajaya dan Putrajaya
- Jan 26, 2014
- HARAKAHDAILY
Ini bagi meletakkan Johor sebagai negeri barisan hadapan Pakatan Rakyat di Semenanjung Malaysia pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dalam usaha Pakatan Rakyat menuju Nusajaya dan Putrajaya.
Demikian penegasan Pesuruhjaya PAS Johor, Aminolhuda Hassan, Pengerusi DAP negeri, Liew Chin Tong dan Timbalan Setiausaha Agung PKR negeri Steven Choong dalam kenyataan bersama.
Menurut mereka, menyedari cabaran dan tugas itu, keutamaan pertama kepimpinan Pakatan Rakyat Johor adalah untuk merangka satu strategi dalam tempoh satu bulan bagi menawan lapan kerusi marginal parlimen dan lapan kerusi marginal dewan undangan negeri Barisan Nasional di Johor.
Berikut kenyataan penuh mereka.
Kepimpinan Pakatan Rakyat terdiri daripada PAS, PKR dan DAP, dengan sokongan penuh semua wakil PR yang dipilih rakyat baik di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan negeri, komited dengan peranan dan misi “Johor Menerajui” bagi meletakkan Johor sebagai negeri barisan hadapan Pakatan Rakyat di Semenanjung Malaysia pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dalam usaha Pakatan Rakyat menuju Nusajaya dan Putrajaya.
Menyedari cabaran dan tugas itu, keutamaan pertama kepimpinan Pakatan Rakyat Johor adalah untuk merangka satu strategi dalam tempoh satu bulan bagi menawan lapan kerusi marginal parlimen dan lapan kerusi marginal dewan undangan negeri Barisan Nasional di Johor.
Kerusi marginal ialah kerusi yang dimenangi dengan 55% undi atau kurang dari itu. Berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum 2013 dan persempadanan semula kawasan waktu ini, terdapat 8 kerusi marginal parlimen Barisan Nasional.
Terdapat 8 kerusi marginal dewan undangan negeri Barisan Nasional.
Ketika mengusahakan strategi bagi menawan 8 kerusi marginal parlimen dan 8 kerusi marginal dewan undangan negeri Barisan Nasional, Pakatan Rakyat Johor hendaklah turut memastikan diperkukuh 5 kerusi parlimen PR, terutamanya 3 kerusi marginal Batu Pahat, Bakri dan Kluang serta 18 kerusi dewan Undangan Negeri PR.
Satu mesyuarat kebangsaan/negeri peringkat tertinggi Pakatan Rakyat akan diadakan di Johor bulan hadapan untuk memulakan kempen “negeri barisan hadapan” PR Johor dalam menuju ke Nusajaya dan Putrajaya pada PRU14.
PR Johor mencadangkan satu mesyuarat peringkat tertinggi dengan BN Johor bagi meyakinkan rakyat Malaysia bahawa tidak akan berlakunya satu lagi rusuhan kaum 13 Mei
Bersesuaian dengan moto “Johor Menerajui”, Pakatan Rakyat Johor mengusulkan satu mesyuarat peringkat tertinggi dengan Barisan Nasional Johor bagi meyakinkan rakyat Malaysia bahawa tidak akan berlakunya satu lagi rusuhan kaum 13 Mei di negara ini.
Pakatan Rakyat Johor menyokong sepenuhnya daya usaha kepimpinan kebangsaan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP menawarkan tanda perdamaian kepada Perdana Menteri dan kepimpinan Barisan Nasional untuk diadakan Mesyuarat Kemuncak antara kepimpinan BN dan PR untuk meyakinkan Rakyat Malaysia bahawa semua tindakan akan diambil oleh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk memastikan tidak akan berlaku satu lagi rusuhan 13 Mei, sebagaimana yang dirancang oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.
Pakatan Rakyat Johor menyokong sepenuhnya kennyataan bahawa sekiranya gabungan BN dan PR bersatu memastikan tidak akan berlakunya satu lagi 13 Mei, tidak akan ada kumpulan atau gerakan di Malaysia yang mampu berkonspirasi untuk mewujudkan satu lagi 13 Mei.
Kami menyokong sepenuhnya rasa cinta dan patriotisme pemimpin PR daripada PAS, PKR dan DAP disebalik daya usaha Sidang Kemuncak Kepimpinan BN-PR dan menggesa mesyuarat Majlis Tertinggi BN malam ini melangkaui pertimbangan parti dan peribadi untuk memastikan bahawa Sidang Kemuncak Kepimpinan BN-PR dapat diadakan dengan jayanya bagi menghantar mesej yang jelas dan nyata kepada semua rakyat Malaysia dan dunia – bahawa rakyat Malaysia, tidak kira kaum, agama, kawasan dan kecenderungan politik bersatu bagi memastikan kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara bersatu, harmoni, aman dan toleran serta tidak akan menerima atau bertoleransi dengan mana-mana cubaan jahat dari mana-mana kumpulan yang cuba untuk melemahkan dan memusnahkan negara Malaysia dengan mengapi-apikan kebencian, konflik dan ketegangan antara kaum serta agama, melaga-lagakan antara kaum, agama dan sesama rakyat Malaysia!
Kami percaya bahawa majoriti rakyat Malaysia, baik Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban atau Orang Asli, sama ada ahli parti politik di dalam gabungan Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, mahu melihat perpaduan, keamanan dan toleransi terus menjadi ciri-ciri pembangunan bangsa di Malaysia dan membenci sebarang perbuatan mengapi-apikan kebencian, konflik dan ketegangan antara kaum serta agama. Malah, kami mengecam mana-mana pihak yang mahu mewujudkan semula atau mengugut untuk mewujudkan satu lagi 13 Mei di Malaysia.
Adalah satu ide yang baik sekiranya daya usaha untuk Sidang Kemuncak Kepimpinan BN-PR di peringkat kebangsaan turut diadakan di peringkat negeri, dan inilah sebabnya mengapa PR Johor mengambil inisiatif untuk mengusulkan Sidang Kemuncak untuk pemimpin BN-PR Negeri Johor.
Ini merupakan satu cabaran yang mendesak untuk dihadapi oleh semua rakyat Malaysia yang cintakan negara tidak mengira parti politik, kerana pengkhianat yang cuba untuk memusnahkan Malaysia dengan satu lagi 13 Mei sudahpun memulakan tahap kedua konspirasi mereka bagi melancarkan satu lingkaran keganasan seperti mana yang dapat dilihat melalui peningkatan hasutan kebencian, konflik, dan ketegangan agama di Pulau Pinang bersama dengan insiden keganasan yang amat dikesali.
Kepimpinan Pakatan Rakyat Johor bersedia untuk mengadakan Sidang Kemuncak Johor untuk pemimpin BN-PR pada bila-bila masa, bergantung kepada respons kepimpinan BN Johor.
Isu kalimah: Cari pencerahan, bukan tambah kekeliruan
- Jan 26, 2014
- HARAKAHDAILY
Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, persoalan kalimah Allah lebih wajar diserahkan kepada para ilmuan dan ulama yang berwibawa dalam keilmuan Islam.
“Membiarkan sentimen dan emosi yang tidak berdasarkan ilmu untuk membahaskan isu ini akan menambahkan kekeliruan dan boleh menyebabkan umat Islam sendiri berpolemik,” ujarnya dalam satu kenyataan, seperti di bawah.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa usaha untuk menanggani isu kalimah Allah di kalangan umat Islam khususnya dan rakyat amnya hendaklah diuruskan secara ilmu bukan emosi.
Persoalan kalimah Allah lebih wajar diserahkan kepada para ilmuan dan ulama yang berwibawa dalam keilmuan Islam.
Membiarkan sentimen dan emosi yang tidak berdasarkan ilmu untuk membahaskan isu ini akan menambahkan kekeliruan dan boleh menyebabkan umat Islam sendiri berpolemik.
Kami juga tidak bersetuju persoalan ini dipanjangkan kepada debat dalam media yang menyebabkan masyarakat awam menjadi tegang dan keliru.
Isu ini yang telah diheret ke mahkamah sepatutnya tidak berlarutan. Kenyataan Yang di-Pertauan Agong yang menegaskan kalimah Allah adalah esklusif untuk kamu Muslimin tidak bermakna hak agama lain dinafikan.
Soal kalimah Allah dalam bible berbahasa Melayu tidak boleh mengguna kalimah Allah di Semenanjung tetapi dibolehkan di Sabah dan Sarawak adalah suatu keputusan yang tidak bijak.
Apakah ada mekanisme untuk bible berbahasa Melayu yang berada di setiap rumah atau di setiap tangan orang bukan Islam di Sarawak dan Sabah disemak sama ada mempunyai kalimah Allah atau tidak adalah tidak praktikal.
Oleh sebab itu kami berpendirian adalah tidak bijak untuk mendebatkan isu ini secara terbuka kerana ia akan mendapatkan kekeliruan lebih dari pencerahan.
Apa yang perlu dilakukan ialah isu kalimah Allah dibincangkan di kalangan golongan ilmuan yang menguasai isu ini secara mendalam dan suatu kesepakatan dicapai untuk memberi panduan kepada umat Islam.
Kami amat kesal bahawa akibat isu ini diperdebatkan nampaknya memecahbelahkan orang Islam lebih dari menyatukan mereka. Ini adalah lantaran perbahasannya tidak terjurus secara ilmu tetapi dibiarkan dibawa ke mahkamah dan dibincang secara emosi.
Kami menegaskan peruntukan Perkara 4 dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai penyebar agama lain kepada orang Islam perlu dihormati. Oleh itu sebarang usaha untuk mengambil kesempatan dari isu ini perlu ditegaskan bahawa pihak berkuasa agama berhak bertindak jika penyebaran agama lain kepada orang Islam dilakukan.
Kami mengusulkan supaya pengukuhan terhadap memelihara kalimah Allah tidak terhenti kepada mempertahankan kalimah Allah semata-mata, apatah lagi mengaut keuntungan politik.
Para ulama, ilmuan dan pihak berkuasa agama perlu mencari titik temu yang boleh disepakati, menghentikan polemik terbuka di kalangan umat, mengekang eksploitasi media dan politik serta mendidik rakyat supaya saling menghormati hak antara agama dalam rangka perlembagaan negara.
Gambar buatkan Noh gundah, Adun Meru rai warga emas Tionghua
- Jan 26, 2014
- http://omakkau.blogspot.com
KISAH DAN GAMBAR YANG BUAT NOH OMAR GUNDAH DAN GELABAH .... ADUN PAS MERU MERAIKAN WARGA EMAS TIONGHUA SEMPENA TAHUN BARU CINA.
Puan Lim Bee Choo 65 tahun dan Puan Chu Suan Cheng 78 tahun adalah sebahagian dari 45 orang Tionghua penerima sumbangan wang dan makanan dari PEKAWANIS Selangor yang g disampaikan oleh ADUN Meru merangkap Yang Dipertua PAS Kapar, YB Dr Abd Rani dan isterinya Puan Afidah Anum.
Dari rakaman gambar-gambar diatas amat jelas sekali warga-warga emas Tionghua tersebut juga berasa gembira kerana dapat bersantai duduk dan makan tengahari bersama ADUN pilihan hati mereka.
Mereka telah membuat pilihan tepat dan bijak .. berjiwa rakyat, rendah diri dan dedikasi.
Cintailah Rasulullah s.a.w.
- Jan 26, 2014
- NASRUDIN HASSAN
Sabda Nabi saw:
لا يؤمنُ أحدُكم حتَّى أكونَ أَحَبَّ إليه مِنْ والِدِهِ و وَلَدِهِ و النَّاسِ أجمعين
"Tidak beriman seseorang kamu (dalam erti kata iman yang sebenar) sehinggalah Aku ini terlebih kasih kepadanya berbanding bapa dan anaknya serta seluruh ummat manusia." (Riwayat Imam Bukhari)
2. Kecintaan kita sebagai orang yang beriman kepada Nabi saw selayaknya mengatasi segala-galanya sebagaimana yang telah digariskan oleh Allah swt. Kegagalan mencintai Allah dan RasulNya serta perjuangan menegakkan Islam hanya menjerumuskan ke lembah fasik. Firman Allah swt :
قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللهُ بِأَمْرِهِ ۗ وَاللهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga dan harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.} [Surah At-Taubah: Ayat 24]
3. Antara tanda atau alamat mahabbatun Nabi s.a.w. (Kecintaan Kepada Nabi s.a.w.)
a) Menjunjung dan menghidupkan sunnah Baginda s.a.w. Ikut cara hidup Nabi s.a.w.
Firman Allah swt:
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Aali Imran: ayat 31)
b) Senantiasa mengingati dan berselawat ke atas Nabi s.a.w.
Firman Allah swt:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah Al Ahzab: Ayat 56)
c) Menerima apa yang diputuskan oleh Nabi s.a.w. sebagai keputusan muktamad tanpa ragu.
Firman Allah swt:
فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan (ragu) dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. (Surah An Nisa': Ayat 65)
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan