Meniti usia 83 tahun Mursyidul Am
- Jan 17, 2014
- WAN NIK WAN YUSSOF
Diyakini lebih sepertiga hayatnya dihabiskan untuk menimba ilmu di dalam negeri (1937-1952) dan luar negeri (1952-1964). Bermakna dua pertiga lagi (1964 hingga sekarang), hidupnya dalam medan perjuangan Islam––politik dan dakwah.
Kira-kira 20 tahun lalu beliau diamanahkan Al-Mursyidul PAS, sehingga kini jawatan itu digalas sebagai tanggungjawab memakmurkan lambang perjuangan atas mandat ahli jemaah Islam. Sebelumnya, Tok Guru diberi kepercayaan sebagai Ketua Ulama PAS Pusat. Ketika itulah legitimasi gelaran ‘Tok Guru’ sudah lekat di bibir-bibir pendukung dan pemimpin, sehinggalah khalayak umum sedia menadah titipannya dari kitab-kitab ilmu tafsir, sirah dan hadis.
Kemudiannya rangkuman pengalaman selaku pemimpin di hati rakyat, iaitu bermula 1967 parti Islam––PAS memilih Tok Guru sebagai wakil rakyat. Dalam perjalanan sebagai wakil rakyat yang bermula sebagai Ahli Parlimen, sehinggalah dipilih pula sebagai Ahli Dewan Negeri tahun 1986 bagi Dun Semut Api. Dari situlah beraksinya Tok Guru sebagai ahli demokrat jurus oposisi apabila diputuskan sebagai ketua pembangkang dalam memantau perjalanan urus tadbir kerajaan Barisan Nasional di Kelantan. Berbekal pengalaman itulah, Tok Guru sudah tidak kekok dalam hal ehwal pentadbiran negeri.
Justeru atas kapasiti itulah, beliau menerima kepercayaan jemaah sebagai Menteri Besar Kelantan berikutan kemenangan besar (baca: mutlak) PAS bersama Angkatan pada pilihan raya umum 21 Oktober 1990. Seketika dipersoalkan kenapa Tok Guru dipilih (antara frasanya yang dapat penulis ingat), Almarhum Ustaz Dato’ Haji Fadzil Noor (ketika berceramah meraikan kemenangan PAS di Kelantan) mengungkapkan kata-kata legitimasi terhadap kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz, ”Kita PAS telah memilih Ketua Ulama PAS Pusat sebagai Menteri Besar sebagai tanda kesungguhan atas harapan bagi melaksanakan Kepimpinan Ulama di Kelantan.”
Berkat legitimasi jemaah dan kehebatan kepimpinannya yang bersemi nilai-nilai karismatik dan selama 23 tahun memikul beban menteri besar, natijahnya Tok Guru berjaya mencipta nama Kelantan bersama-sama arus perdana. Kelantan diurus tadbir berpaksikan dasar Membangun Bersama Islam sedia ‘menerajui perubahan’ berserta kecekalan menempa cabaran di bawah payung amalan persekutuan (federalisme) ala Malaysia.
Meskipun Tok Guru alami sendiri pahit maun tindakan diskriminatif kerajaan Pusat yang mencetuskan ombak dan gelombang di sepanjang perjalanan, berkat kesabaran dan karismatiknya kerana sentiasa taqarub ilalLah, maka pelbagai isu yang mengancam dapat dilentur. Ia adalah karamah dari ulama yang dekat di hatinya ialah Allah yang Esa dan jilah hatinya bersama-sama nilai-nilai beragama rakyat Kelantan.
Sehubungannya, Kelantan telah dirasmikan sebagai negeri yang bebas rasuah, penuh berintegriti dan sentiasa memugar urus tadbir baik atas prinsip Ubudiyah, Mas’uliyah dan Iitqan. Suatu prinsip yang mengukuhkan keyakinan akidah, kebertanggungjawaban dan kecemerlangan menepati nilai-nilai integriti. Ia cukup bernas untuk diwarisi.
Maka kini, pewarisnya dan penggantinya Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob adalah muridnya. Sebagaimana respons Tok Guru apabila diminta mengulas hal kepimpinan Menteri Besar penggantinya itu (sempena keraian genap 83 tahun ), “Beliau macam anak murid saya, semasa saya ada, banyak tugasan yang saya serah kepada beliau, termasuk menjawab soalan-soalan dalam Dewan, dan dalam pentadbiran dia cukup faham.”
Ini suatu legitimasi seorang guru kepada anak muridnya. Seharusnya layak disebutkan, Tok Guru kini telah berjaya memperturunkan ilmu dan pengalamannya kepada satu saf kepimpinan pelapis negeri Kelantan yang sedang diurus ketuakan oleh Ustaz Ahmad.
Justeru penulis suka memperturunkan catatan ini, sebagaimana hal kepimpinannya dibicarakan dalam satu majlis anjuran NGO Pendidik bertempat di UNISEL pada Jun 2012. Dalam majlis itu, Tok Guru telah dinobatkan sebagai “Tokoh Pendidik Islam Nusantara” dan pihak penganjur telah menobatkan julangan Tok Guru sebagai seorang yang benar-benar layak. Justeru penulis memperturunkan kembali di sini.
Menurut Pendidik, prinsip perjuangan Tok Guru ialah prinsip martabat khair al-ummah yang menyaksikan beliau meletakkan tugas kepimpinannya bersumberkan al-Quran dan al-hadis sebagai sumber perjuangan dan perundangannya, mengadaptasikan pandangan Muhammad al-Ghazali bahawa al-Quran merupakan sebaik-baik mukjizat untuk pembinaan generasi dan tarbiah ummah;
Pertama, kerana Tok Guru mendidik manusia membina cendekiawan. Tok Guru begitu masyhur sebagai pendidik yang mendukung ilmu tasawuf. Karya Imam al-Ghazali yang menjadi rujukan adalah hidangan yang digemari anak muridnya sepanjang masa. Pemikiran Tok Guru telah ditulis untuk dirujuk oleh generasi berilmu sehingga tersebar ke seluruh Nusantara.
Antara buku terbaru yang memuatkan pemikirannya ialah “Perspektif Tok Guru” (2011), “Bertemu Janji Allah” (2012) dan “Mauizhah” (2012). Ceramah dan ulasan beliau telah laris di pasaran sebagai pendidik jiwa masyarakat umum. Baginya, mendidik adalah “makanan dan minumannya” dan tetap istiqamah walaupun sudah bergelar Menteri Besar Kelantan sejak tahun 1990. Malah Tok Guru merupakan penggalak pendidikan Islam di Kelantan era milenium sehingga sistem pendidikan Yayasan Islam Kelantan telah diterima pakai di Singapura, Kemboja, Thailand, Brunei, bahkan turut popular di Indonesia.
Keduanya, Tok Guru mendidik masyarakat berpagarkan syariah. Dasar Membangun Bersama Islam telah digagaskan oleh Tok Guru bagi membuktikan syariat Islam akan terus subur dalam kerajaan dan masyarakat. Misi dilaksanakan dalam pentadbiran negeri dengan mendidik rakyat agar patuh kepada syariah. Bermula dengan membebaskan wang kerajaan daripada riba, pengharaman judi, penyusunan jualan arak, peraturan menutup aurat sehinggalah merasmikan prinsip Ubudiah, Mas’uliyah dan Itqan.
Kemuncaknya pula memperkenalkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah. Tok Guru juga mendidik rakyat agar sentiasa bersyukur menerusi program bina insan dan melebarkan kebajikan rakyat di samping mengamalkan hidup yang sederhana. Ketiga pula, Tok Guru mendidik masyarakat dengan asas ekonomi Islam.
Tok Guru berupaya mendidik masyarakat untuk hidup saling membantu menerusi Tabung Serambi Mekah, diikuti Tabung Amanah Tok Kenali, Skim Kifalah dan Bantuan Jaya Diri untuk Armalah sebagai satu saluran membantu rakyat agar diberi peluang membangun ekonomi diri sekali gus meringankan beban kerajaan Negeri.
Tok Guru mendidik golongan kaya agar mengorbankan harta untuk kepentingan awam, menggalakkan pelaburan akhirat dalam membangun negeri seperti sumbangan wakaf untuk membangun Lebuh Raya Rakyat. Tok Guru juga telah melancarkan dinar emas dan dirham perak sebagai langkah mendidik rakyat kembali ke sistem kewangan Islam di zaman Rasulullah SAW.
Seterusnya, keempat Tok Guru mendidik ke arah menyubur akhlak sosial. Tok Guru juga mendidik hidup harmoni dan bersatu padu dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Seluruh rakyat diseru hidup beragama dan berbudaya mengikut pegangan masing-masing sebagai membina hubungan baik dan mengukuhkan ikatan antara manusia. Secara langsung, situasi tersebut telah menyuburkan keunikan cara hidup berteraskan hak dan keadilan menurut neraca Islam sehingga negeri Kelantan menjadi hub pendidikan Islam yang subur.
Akhirnya, kelima Tok Guru mendidik ke peringkat antarabangsa. Tok Guru Nik Abdul Aziz telah dikenali di segenap penjuru dunia. Ramai wakil kedutaan asing dan rombongan luar Negara tidak putus-putus datang bertemu dan berbincang secara baik. Malah kaedah al-mujadalah hiya ahsan dilaksanakan bagi mendidik masyarakat luar tentang keindahan Islam. Munasabahnya, Tok Guru adalah salah seorang dalam 50 tokoh Muslim yang berpengaruh di dunia sebagaimana direkodkan (tahun 2010) dalam buku “The 500 most influential Muslims.”
Bersempena dengan itu dan seusia Tok Guru yang amat emas ini, didoakan agar Tok Guru terus segar dan tuntas dengan rahmat Allah SWT, meskipun kesihatannya sering mengusik hidupnya.
________________
Penulis ialah Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan
Tapak gereja Tanjung Karang dilulus MB Umno sejak 1980
- Jan 17, 2014
- SAIDAH HAIRAN
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menegaskan, strategi baru Umno-BN ini akan terus digunakan selepas keputusan pilihan raya umum (PRU) 2008 dan 2013 menunjukkan masyarakat bukan Islam tidak memberi sokongan kepada BN.
Beliau memberi contoh dakwaan dilemparkan Umno kononnya Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah memberi tanah kepada penganut Kristian untuk membina gereja di Tanjong Karang sedangkan tapak gereja di lot 178 dengan keluasan 14,000 kaki persegi itu telah didaftarkan pada 2 Mac 1980 oleh Menteri Besar ketika itu, Datuk Hormat Rafie.
Tambah beliau, tanah tersebut telah dipindah milik pada 26 April 1982 kepada Setiausaha Majlis Gereja Methodist Malaysia dan geran tanah tersebut dikhaskan untuk pembinaan gereja.
"Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Noh Omar sudah tahu, BN sudah tahu lama dah, tapi oleh kerana pada masa itu sokongan orang bukan Islam padu kepada mereka, maka mereka tidak jadikan ia satu isu," katanya.
Menurut beliau, bagi PAS apabila tanah itu sudah menjadi hak untuk pembinaan gereja maka PAS menerima hakikat bahawa mereka (penganut Kristian) berhak membina gereja di atas tanah yang telah dibeli.
"Tanah itu dibeli dan telah ditukar syarat sejak 30 tahun lepas. kenapa Umno tidak bising dari dulu tetapi kenapa baru sekarang hendak bising," soalnya.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menegaskan, kewujudan gereja di kawasan penempatan majoriti penganut Islam bukan menjadi masalah kerana Masjidil Aqsa di Baitulmuqadis juga terletak berhampiran gereja yang wujud sejak sebelum zaman Rasulullah s.a.w.
Isu pembinaan gereja di kawasan majoriti penduduk Islam ini, jelas beliau dimainkan Umno sebagai strategi memperalatkan sentimen agama bagi mengadu domba rakyat sedangkan Islam adalah agama rahmat untuk semua.
"Ini merupakan satu perkembangan yang menyebabkan kekhuatiran kerana ia akan menimbulkan ketegangan dan suasana yang tidak sihat dalam negara," tegasnya.
Rampas Bible: Khalid persoal motif Pengerusi Mais
- Jan 17, 2014
- SAIDAH HAIRAN
Ini kerana katanya, Bible dengan cop Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu dirampas ketika dalam simpanan BSM di pejabat persatuan itu dan bukannya dirampas ketika cuba diedarkan kepada orang Melayu Islam.
Beliau turut mempersoalkan sama ada tindakan Jais itu sebahagian daripada strategi pihak tertentu bagi mewujudkan ketegangan antara penganut Islam dan bukan Islam di negeri ini.
"Saya ingin bertanya kepada Pengerusi Mais (Majlis Agama Islam Selangor), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa yang membuat kenyataan tindakan merampas Bible itu tidak perlu mendapat kelulusan atau dimaklumkan kepada Menteri Besar dan Exco Hal Ehwal Islam," katanya.
Khalid turut mempersoalkan motif Pengerusi Mais (gambar, kiri) ketika mengeluarkan kenyataan tersebut yang seolah-olah “melaksanakan strategi politik Umno” sehingga sanggup mengetepikan Menteri Besar dan Exco Hal Ehwal Islam negeri.
"Saya minta Mais menghormati pilihan rakyat dan exco Agama Islam yang kita lantik iaitu Ustaz Sallehen Mokhyi yang berkelulusan sarjana dalam bidang syariah Islam," katanya.
Ahli Parlimen Shah Alam itu juga menggesa Adzib mengambil pengajaran daripada insiden serbuan gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Petaling Jaya yang tidak menguntungkan mana-mana pihak dan dakwaan kononnya wujud usaha menyebarkan agama Kristian kepada beberapa individu muslim gagal dibuktikan.
Beliau turut menyentuh isu penyelesaian 10 perkara yang memberi kebenaran kepada penganut Kristian mengimport dan mencetak Bible dalam bahasa Melayu ke Semenanjung.
"Ini merupakan strategi politik Umno untuk mendapatkan sokongan daripada orang bukan Islam dan hendak tunjuk Umno parti yang baik dan menghormati agama lain," tegasnya.
Bagaimanapun kata beliau, selepas pilihan raya umum (PRU) 2013, Umno kembali kepada pendekatan melaga-lagakan orang Islam dan orang bukan Islam selepas mendapati sokongan daripada kalangan bukan Melayu kepada Umno-BN merosot teruk.
Pengurus Besar, SU PKNS akan dipanggil - Khalid
- Jan 17, 2014
- SELANGORKINI
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan ringkasnya berkata beliau dan barisan Exco terikat kepada Enakmen PKNS dan mempunyai tanggungjawab untuk memperbetulkan sebarang kecacatan atau kesilapan yang berkaitan dengan perkara ini.
“Sebelum keputusan muktamad dibuat oleh Exco, kedudukan Ahli Lembaga Pengarah PKNS berkenaan kekal seperti yang diarahkan oleh Pengurus Besar PKNS untuk mengelakkan sebarang komplikasi perundangan.
“Oleh kerana perkara ini bukan isu terdesak yang melibatkan kepentingan orang ramai, Kerajaan Negeri meminta rakyat supaya bersabar dan tidak mempercayai sebarang spekulasi sehingga keputusan Exco dibuat,” katanya.
Terdahulu, Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek berkata, jawatan ahli lembaga pengarah berkenaan ditamatkan melalui surat bertarikh 8 Januari lalu, sebenarnya dibuat selaras dengan mesyuarat exco pada 13 November dan disahkan pada 4 Disember tahun lalu.
Sementara itu, Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesyorkan supaya Menteri Besar melantik semula ahli lembaga itu yang digugurkan pada awal minggu lepas.
“Kita berpandangan bahawa kenyataan beliau itu mencerminkan sikap pemimpin yang berjiwa besar.
“Dengan mengambil kira kedudukan dan status beliau, Menteri Besar dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) merasakan perlu mempertimbangkan permintaan beliau sebelum membuat sebarang keputusan muktamad,” katanya lagi.
SKMM akui tak sekat laporan BBC
- Jan 17, 2014
- HARAKAHDAILY
Pengarah Kanan Komunikasi Strategik SKMM Sheikh Raffie Abdul Rahman berkata berdasarkan penilaian awal suruhanjaya itu, laporan berkenaan boleh diakses pengguna Internet.
"Kami faham mungkin terdapat kesukaran sementara dalam mengakses laporan berkenaan namun ketika kenyataan ini dibuat, masalah itu sudah dapat diselesaikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata SKMM belum menerima sebarang aduan rasmi daripada orang ramai berhubung kesukaran mengakses laporan berkenaan.
"Kami juga ingin menyangkal laporan media terdahulu yang salah memetik SKMM sebagai berkata 'various Malaysian service providers could have acted on their own accord'. Kesilapan laporan ini adalah satu perkara yang serius," katanya.
Sheikh Raffie juga berkata persekitaran khidmat dalam talian Malaysia adalah bebas dan antara yang paling aktif serta kritikal di dunia.
Beliau berkata SKMM dan kerajaan Malaysia komited bagi memastikan media dalam talian kekal bertenaga.
"Kami sentiasa menggalakkan pengaturan kendiri dan kebertanggungjawaban dalam kalangan pengguna Internet berbanding penguatkuasaan undang-undang," katanya. - Bernama
Referendum Mesir hambar, kudeta didakwa menipu
- Jan 17, 2014
- HARAKAHDAILY
KAHERAH: Ikhwan Muslimin semalam membuat kenyataan menolak keputusan pungutan suara bagi meminda perlembagaan negara itu.
Mereka melalui Gabungan Kerjasama Kebangsaan Bagi Menentang Rampasan Kuasa, berkata pihaknya tidak akan mengiktiraf apa-apa keputusan berkaitan sepertimana tindakan-tindakan yang dilakukan oleh kudeta sebelum ini kerana menganggap kerajaan Mesir hari ini tidak sah.
Menurut mereka, hasil kajian yang dillakukan mendapati hari akhir pungutan suara iaitu 15 Januari lalu menyaksikan sambutan hambar dari kalangan rakyat awam dan jumlah mereka tidak melebihi hanya 8% dan seakan-akan tiada pengundi pada waktu petangnya.
Pihak mereka meyakini, kudeta akan melakukan penipuan dalam pengumuman keputusan berdasarkan bilangan mereka yang keluar mengundi terlalu sedikit yang tentu memberi tamparan hebat kepada mereka.
Sejak dari awal, majoriti rakyat Mesir menyatakan bantahan terhadap kudeta, dan mereka memboikot pungutan suara yang diadakan.
Media-media pro kudeta bagaimanapun didakwa cuba menipu dengan menyiarkan gambar-gambar lama ketika pungutan suara pada 2012 bagi menampakkan ramai rakyat keluar mengundi.
Semalam, media kudeta turut melaporkan peratusan yang ramai keluar mengundi dan majoriti daripadanya iaitu hampir 99 peratus memilih bersetuju meminda perlembagaan itu.
Bagaimanapun, media antarabangsa menyiarkan laporan penuh perbandingan keputusan dua pungutan suara iaitu pada tahun 2012 (pemerintahan Presiden Mursi) dengan yang terbaru Selasa dan Rabu lalu.
Peratusan rakyat yang keluar mengundi bagi pindaan perlembagaan Mesir di bawah kudeta kali ini adalah hanya 11.03 peratus berbanding 2012 iaitu sebanyak 32.9 peratus.
Suruhanjaya Tinggi Pilihan Raya Mesir dijangka mengumumkan keputusan penuh pengundian pungutan suara ini pada Sabtu, 18 Januari 2014.
PAS Sabah selesai perlantikan jawatankuasa
- Jan 17, 2014
- HARAKAHDAILY
Perlantikan tersebut dibuat pada satu mesyuarat di sini pada 11 Januari lalu.
Berikut adalah senarai penuh lantikan Jawatankuasa PAS Sabah bagi sesi 2013-2015 tersebut.
Pesuruhjaya
Mohd Aminudin Aling
Timbalan Pesuruhjaya 1
Haji Ahmad Dullah
Timbalan Pesuruhjaya 2
Dr Ali Hassan
Timbalan Pesuruhjaya 3
Hamid Ismail
Setiausaha
Ustaz Hj Ag Laiman Hj Ikin
Penolong Setiausaha 1
Ahmad Fauzi Samsudin
Penolong Setiausaha 2
Kasman Karate
Penolong Setiausaha 3
Ustaz Amiruddin Mohd Rosdi
Bendahari
Aspar Akbar
Ketua Penerangan
Mohamad Husain
Pengarah Pilihanraya
Abdul Wahid Rafie
AJK yang dilantik
Haji Mohd Khairi Abdullah
Haji Zaidi Sarbini
Nemron Loveh
Haji Ariffin Sani
Fatmawaty Yusof
Daud Jalaluddin
Inflasi negara naik hasil polisi kerajaan yang rugikan rakyat
- Jan 16, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Katanya, pendekatan yang diambil pihak kerajaan bagi meringankan bebanan kewangannya tidak menjurus kepada pengurangan keborosan perbelanjaan mereka ataupun merawat ketirisan perbelanjaan yang jelasnya semakin membarah setiap tahun.
“Sebaliknya, kerajaan lebih gemar menggunapakai langkah-langkah yang menekan rakyat melalui kenaikan harga barang keperluan asas serta penambahan cukai kepada rakyat terbanyak (seperti GST),” ujar Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu pada sidang media di sini, hari ini.
Katanya lagi, kenaikan kos barangan dan sara hidup boleh dinilai secara kuantitatif melalui kadar inflasi yang diukur melalui Indeks Harga Pengguna, CPI (consumer price index).
Menurutnya, data rasmi Bank Negara menyatakan bahawa kadar inflasi negara berada pada tahap 1.2% pada bulan Disember 2012, seterusnya meningkat hampir setiap bulan sepanjang tahun 2013 kepada 1.3% pada Januari, 1.5% pada Februari, 1.6% pada Mac, 1.7% pada April, 1.8% pada Mei dan Jun dan 2.0% pada Julai 2013.
Jelasnya, menurut Monetary Policy Statement oleh Bank Negara, bertarikh 7 November 2013, CPI rasmi terkini di Malaysia telah melonjak kepada 2.6% pada bulan September 2013 berbanding 1.9% pada bulan Ogos 2013, rentetan daripada pengurangan subsidi petrol sebanyak 20 sen/liter dan kenaikan harga barang makanan.
Berdasarkan anggaran terkini oleh Trading Economics, ujar beliau kadar inflasi untuk bulan Oktober 2013 terus meningkat kepada 2.8% dan November 2013 pada 2.9%. Ini menunjukkan bahawa kadar inflasi di Malaysia telah melonjak sebanyak 2.4 kali hanya dalam masa setahun (1.2% Disember 2012 kepada 2.9% November 2013).
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menambah, rakyat harus sedar bahawa bebanan ini dijangka akan terus bertambah apabila kerajaan melaksanakan program pengurangan subsidi serta GST pada masa hadapan.
Kata beliau, kenaikan kadar inflasi yang berterusan bakal merugikan negara, terutama sekali apabila kadar inflasi naik lebih tinggi daripada kadar pertambahan pendapatan rakyat.
“Kerugian ini bakal menjadi kenyataan apabila rakyat terpaksa merubah gaya hidup kepada alternatif yang lebih murah secara berkekalan,” ujarnya.
Ini, kata beliau akan mengakibatkan penguncupan pendapatan kepada para peniaga yang akhirnya mengakibatkan penguncupan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) negara.
Perbandingan harga komoditi
Tahun Harga purata minyak mentah dunia (USD/barrel) Harga purata di Malaysia (RM/liter)
2012 111.65 1.90
2013 108.70 2.00
Januari 2014 106.80 2.10
Tahun Harga purata gula mentah dunia (USD/pound) Harga purata di Malaysia (RM/kg)
2012 0.216 2.50
2013 0.175 2.67
Januari 2014 0.152 2.84
CPI and Individual Components (% y-o-y)
Weight Dec-12 Jan-13 Feb-13 Mar-13 Apr-13 May-13 Jun-13 Jul-13 Aug-13 Sep-13
CPI (2010 = 100) 100.0 1.2 1.3 1.5 1.6 1.7 1.8 1.8 2.0 1.9 2.6
Food and non-alcoholic beverages 30.3 2.0 2.2 3.3 3.3 3.8 3.5 3.2 3.9 3.6 3.9
Alcoholic beverages and tobacco 2.2 1.9 2.0 2.0 2.0 2.0 1.9 4.2 4.2 4.1 4.5
Clothing and footwear 3.4 (1.0) (0.5) (1.2) (0.5) (0.7) (0.7) (0.6) (0.8) (0.4) (0.5)
Housing, water, electricity, gas & other 22.6 1.5 1.4 1.3 1.3 1.3 2.0 2.0 1.9 1.8 1.8
Furnishings, household equipment 4.1 1.6 1.7 1.5 1.7 1.7 1.5 1.6 1.6 1.4 1.3
Health 1.3 2.1 2.0 1.9 1.9 2.1 2.2 1.9 1.8 1.9 1.7
Transport 14.9 0.4 0.4 0.4 1.0 0.6 0.4 0.3 0.9 0.6 4.6
Communication 5.7 (0.6) (0.8) (0.7) (0.7) (0.7) (0.7) (0.7) (0.7) (0.7) (0.6)
Recreation services and culture 4.6 (0.1) (0.1) (0.2) 0.0 (0.1) (0.2) (0.2) (0.3) (0.1) (0.1)
Education 1.4 1.6 1.8 2.2 2.2 2.1 2.3 2.5 2.6 2.6 2.6
Restaurant and hotels 3.2 2.2 2.1 2.2 2.3 2.3 2.3 2.2 2.1 2.4 2.5
Miscellaneous goods and services 6.3 1.0 1.7 1.2 1.2 1.0 0.4 0.0 (0.6) 0.3 0.0
Source: DOSM
PKM Gombak Setia anjur Konsert Gema Selawat
- Jan 16, 2014
- HARAKAHDAILY
Program itu akan diadakan esok, 17 Januari, di Tapak Pasar Malam Greenwood, berhadapan dengan Shell Greenwood Gombak.
Majlis akan bermula dengan Solat Maghrib secara berjemaah di tapak program dan seterusnya dimulai dengan "Talk Show - Anta Tanya, Ana Jawab" bersama penceramah bebas Ustaz Haslin Baharin atau lebih popular dengan nama Ustaz Haslin Bollywood.
Program tersebut akan dikendalikan oleh Leman Raja Lawak yang akan bertindak sebagai moderator.
Sejurus solat isyak, Konsert Gema Selawat akan mengambil pentas.
Antara artis-artis yang akan bakal menyerikan program pada malam itu antaranya, Amar yang popular dengan lagunya, "Macam Cantik Jer, Macam Comel Jer", Nazri Johani, Kumpulan Damai dan Kumpulan Revolusi Pemuda Gombak.
Satu persembahan istimewa dari pimpinan PAS Kawasan Gombak termasuklah Yang Dipertua (YDP) Ustaz Salehuddin Nasir, Timbalan YDP Ustaz Hasbullah Ridzwan, Naib YDP Ustaz Farhan Suhut, AJK Ustaz Mad Cina dan Ketua Pemuda Ustaz Syarhan Humaizi Halim.
Satu majlis selawat ke atas junjungan besar Rasulullah juga akan diadakan sejurus selesai konsert tersebut.
Cabutan bertuah berupa barangan gadjet seperti handphone, barangan elektrik, barangan dapur dan pelbagai lagi hadiah-hadiah yang menarik turut disediakan.
Saudi photographer tells me: This is not Syria, its not a grave and the boys parents are not dead
17 Jan By Harald DoornbosThere’s a big chance you have seen this dramatic picture of a Syrian boy covered by a blanket sleeping between the two graves of his dead parents. It went viral after some big accounts published it yesterday on twitter.
There is only one problem: The picture is not from Syria, but from Saudi Arabia.
Frankly, there are more problems regarding the picture: Because there are no bodies in the graves either.
And the graves are not graves but piles of stones made to look like graves.
And the sad sleeping boy did not lose his parents at all. He is the little son of the photographers’ sister, who made these pictures as part of an art project.
The photographer is twenty five year old Saudi national Abdul Aziz al Otaibi. I decided to call him and ask for his comments. And sure – he is pretty annoyed by all of it.
“Look, it’s not true at all that my picture has anything to do with Syria,” Al-Otaibi says, “I am really shocked how people have twisted my picture.”
I talked to Al-Otaibi over the phone via an interpreter. He is in the town of Yanbu al Bahr (Spring by the Sea) in Saudi Arabia, where he is a keen photographer. In the meantime, I am in southern Turkey, on the border with Syria.
“I love photography,” he continues over the phone, “Every artist has ideas in his head. So I had the idea to make a project whereby I show in pictures how the love of a child for his parents is irreplaceable. This love cannot be substituted by anything or anybody else, even if the parents are dead.”
To finalize his art project, Abdul Aziz al Otaibi took his car and drove three weeks ago to the outskirts of Yanbu, 250 kilometers away from Jeddah. Here he build from stones two graves. He asked the young son of his sister to lay in between the graves and cover himself with a blanket. “Of course I would never ever put a child between two real graves,” he says, “I would be very much against that.”
During the first week of January he posted the pictures of his art project on face book. Initially there was not a lot of response. Al-Otaibi made it very clear on Facebook that the graves weren’t real and that there were no bodies in it. He even published pictures of the little son of his sister smiling next to the “graves”. Al-Otaibi: “I also published the backstage story. I just wanted to be sure that people drew no wrong conclusions.” (see pic below)
But exactly that is what happened when American Muslim convert @americanbadu publishes on his twitter the picture of the boy sleeping between the two graves. In his tweet @americanbadu - who lives in Saudi Arabia – claims the picture is from Syria and suggests the dead parents of the boy were killed by the Assad-regime. @americanbadu has over 187 thousand followers on twitter.
Within minutes hundreds of accounts re-tweet @americanbadu’s picture and his Syria caption. Especially in jihadi circles the image spreads like wildfire. For example, an Islamic NGO from Kuwait tweets the image to their 175.000 followers on @Yathalema.
Shortly after, Western tweeps also begin noticing the dramatic picture. They too put it on twitter and Facebook.
By now the picture goes viral. Nobody checks if the image was indeed from Syria. I was the first reporter who called Al-Otaibi to ask.
In the meantime, photographer Al-Otaibi complains via Direct Message (DM) to @americanbadu. He asks the American convert: “Why did you take my picture and claim it is an image from Syria? Please correct it.”
@americanbadu’s reply in DM was the following:
“Why don’t you just let go and claim it is a picture from Syria and gain a reward from God. You are exaggerating.”Shortly after this, @americanbadu removed his tweet. But the damage was already done and irreversible.
Al-Otaibi told me over the phone he is upset about the incident. “I Am really very annoyed by this,” he says, “It is just not fair to take one of my photos totally out of context and use it for your own propaganda.”
End text
Tiada ulasan:
Catat Ulasan