Rabu, 22 Januari 2014

CIRI2 ORANG MUNAFIK

Berikut adalah ciri-ciri orang munafik menurut Islam
Dusta 
Khianat 
Fujur Melampau Sempadan/Skop dalam pertikaian 
Ingkar janji 
Malas beribadah 
Riya' 
Sedikit berzikir 
Mempercepat solat 
Mencela orang-orang yang taat dan soleh 
Mengolok-olok al-Quran, as-Sunnah, dan Rasulullah s.a.w. 
Bersumpah palsu 
Enggan berinfak 
Tidak menghiraukan nasib sesama kaum Muslimin 
Suka menyebarkan khabar dusta, senang memperbesar peristiwa atau kejadian 
Mengingkari takdir, selalu membantah dan tidak redha akan takdir Allah s.w.t. 
Mencaci maki kehormatan orang-orang soleh 
Sering meninggalkan solat berjamaah 
Membuat kerusakan di muka bumi dengan dalih mengadakan perbaikan 
'Tidak sesuai antara zahir dengan batin secara zahir 
Takut terhadap kejadian apa saja 
Beruzur dengan dalih dusta 
Menyuruh kemungkaran dan mencegah kemakrufan 
Bakhil dalam masalah kebajikan 
Lupa kepada Allah s.w.t. 
Mendustakan janji Allah s.w.t. dan RasulNya 
Lebih memperhatikan zahir, mengabaikan batin 
Sombong dalam berbicara 
Tidak memahami masalah-masalah agama 
Bersembunyi dari manusia dan menentang Allah dengan perbuatan dosa 
Senang melihat orang lain susah, susah bila melihat orang lain senang 

 

Di antara usaha2 utk. menghancurkan gerakan Islam yang telah mereka lakukan pada dekad ini ialah: 

1

. Melabelkan pergerakan Islam sebagai golongan pengganas. Gerakan Islam dicap sebagai Komunis yang berbalut agama. 

2. Mentafsirkan fundamentalis Islam sebagai golongan anti tamadun dan cuba mengembalikan corak hidup ke zaman pra Islam yang tidak punya undang-undang. 

3. Mengugut, mengancam masyarakat secara perang saraf supaya jangan kembali ke jalan Allah atau kepada ajaran Islam yang tulen. Mereka momokkan bahawa kembali kepada Islam yang tulen itu akan membawa kemunduran. Menurut mereka usaha itu akan membawa manusia ke zaman unta. Segala tamadun yang telah dicapai akan hancur, kebebasan yang ada sekarang tidak dapat dinikmati lagi, wujud undang-undang keras yang memotong tangan kaki pencuri, merejam para penzina, mengembalikan wanita-wanita moden yang bebas dan merdeka ke dapur. 

4. Menuduh pendukung-pendukung pergerakan sebagai golongan yang sempit pergaulannya iaitu hanya terbatas di kalangan mereka saja, tidak campur gaul dengan orang lain. Mereka anggap pendukung gerakan Islam ialah orang yang beruzalah dengan mengasing diri ke gua-gua batu. 

5. Menuduh pendukung-pendukung pergerakan Islam sebagai golongan lemah berfikir dan ketinggalan dalam mengikuti arus-arus fikiran terbaru di tengah masyarakat. Mereka menganggap pendukung pergerakan Islam tidak peka dengan perkembangan fikiran yang bergerak-gerak dan berubah-uabh di tengah masyarakat. 

6. Mengirim agen-agen orang yang mereka anggap pintar ke dalam pergerakan Islam untuk menghilangkan perpaduan dengan melaga-lagakan antara pemimpin dan pengikut, pengikut sesama pengikut dan cuba menyuntik masuk fikiran yang bertentangan dengan Islam ke dalam anggota-anggota harakah Islam, misalnya, menghasut mereka supaya melakukan keganasan atau mencerca orang tertentu yang tak patut dicerca. Perkara ini dilakukan supaya ada alasan bagi penentang Islam menuduh “pergerakan Islam adalah pergerakan keganasan dan penabur fitnah”. Ini akan memberi alasan kepada mereka untuk menyekat orang ramai daripada mendekati Islam. 

7. Mengirim wanita-wanita jahat yang berpura-pura minta menyelesai masalah atau baru mendapat keinsafan, kesedaran ke dalam harakah Islam. Setelah berada di dalam harakah Islam, wanita-wanita itu bertugas meragukan muslimah-muslimah yang telah sekian lama berjuang atau cuba melemahkan mereka dengan berbagai perang saraf secara halus tapi tajam. 

8. Mengirim orang kafir yang berpura-pura memeluk Islam ke dalam gerakan Islam seperti Snouck Hunkgronje yang diutus ke Acheh. Tugas musang berbulu ayam ini ialah melemahkan semangat perjuangan Islam dengan menyelewengkan mereka daripada matlamat perjuangan Islam sebenar.

http://ayobhussin.com/Agama/munafiq/

 

 

 

 

 

 

Tiada ulasan: