Tuesday, 21 January 2014
BERITA YANG DI PENYAPKAN OLEH UTUSAN DAN BERITA HARIAN ... DAIM ZAINUDDIN KANGKUNGKAN NAJIB RAZAK SEBAB TAK RETI TADBIR URUS NEGARA.
Ringkasan ucapan mantan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin pada 18.01.14 di Dewan Kismec.
Atas jemputan UMNO Merbok :
1- Isu kenaikan harga barang kerana kerajaan gagal mengawal.
2- Isu kenaikan harga tol. Kerajaan sepatutnya mengkaji perjanjian yang lama utk dilanjutkan bukan menaikan kadar.
3- Isu pengurangan Subsidi yg selama ini dinikmati rakyat perlu diteruskan dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan di mana rakyat nampak kerajaan boros dalam perbelanjaan negara.
Terlalu banyak wang dibelanjakan untuk perkara yang tidak patut dan tidak memberi pulangan yg baik kpd rakyat dan negara.
4- Kenaikan elaun dan gaji kakitangan kerajaan juga mempengaruhi harga barang.
5- Menteri-Menteri tidak pandai menerang dan menjawab isu-isu yang dibangkitkan rakyat. Buatkan rakyat marah.
6- PM selaku menteri kewangan tidak bijak menguruskan perbelanjaan negara.
7- Ketika negara dilanda bencana banjir. PM dan ada juga menteri-menteri yang bercuti di luar negara.
8- Tun meramalkan BN akan tewas sekiranya PRU diadakan ketika ini atau di dalam keadaan yang sebegini rupa.
9- BN masih kuat dan memerintah kerana masih mendapat sokongan orang Melayu. Sepatutnya Melayulah yang perlu mendapat lebih manfaat daripada pemerintah.
10- Perbelanjaan besar dalam perkara-perkara 'mengambil hati' kaum Cina adalah kerja yang sia-sia dilakukan PM kerana mereka masih dan tidak akan menyokong kerajaan BN.
11- Tun juga persoalkan kenapa Melayu tidak dijaga.
12- Terlalu mengikut kehendak para penasihat dalam menentukan dasar yang akhirnya merugikan Melayu.
Tuesday, 21 January 2014
LAGI SEKALI NAJIB KANGKUNGKAN RAKYAT DENGAN CUBA NAK PERTAHANKAN KENYATAAN "KANGKUNG" DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA MAKANAN KEGEMARANNYA IALAH SOTONG KANGKUNG.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menyelar kritikan yang mengejeknya berhubung kenyataan “kangkung” dengan menegaskan bahawa ia adalah makanan kegemarannya.
Najib berkata, beliau menggunakan kangkung sebagai cara menggambarkan konsep penawaran dan permintaan.
"Saya suka kangkung dengan sotong. Saya bagi contoh supply and demand. Sawi ke, ikan kembung ke. Kita perlu lihat rasionalnya," katanya.
Dalam ucapannya di perhimpunan bulanan kakitangan Kementerian Kewangan hari ini, beliau berkata, program rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan Putrajaya adalah perlu bagi memungkinkan Malaysia mencapai status negara maju melalui pengurangan beban ditanggung kerajaan untuk perbelanjaan subsidi.
Perdana menteri berkata, tanpa sebarang penstrukturan semula ekonomi, Malaysia mungkin akan terperangkap dalam lingkungan ekonomi mendatar atau dikenali sebagai perangkap ekonomi kelas pertengahan.
"Tujuan kita bukan untuk membebankan rakyat, tetapi mencapai lonjakan negara maju dan berpendapatan tinggi yang tidak mungkin berjaya tanpa penstrukturan ekonomi.
Kalau benar makanan kegemaran Najib Razak ialah sotong kangkung mengapa tidak pernah jumpa setiap jamuan yang dihadiri beliau sama ada beliau sendiri anjur dan tuan rumah salah satu dari menu makanan yang di sediakan ialah sotong kangkung ataupun terlihat gambar beliau sedang menikmati sotong kangkung .. TIDAK ADA!!!!!!
Jelas Najib cuba mengkankgkung dirinya sendiri yang sedia terkangkung!!!.. Damage control yang beliau cuba lakukan tidak laku dan berkesan sedikit pun untuk mengubah persepsi betapa negara kini memiliki seorang PM bergred kangkung!!!!
Wednesday, 22 January 2014
5 GAMBAR MEMBUKTIKAN KERAJAAN DAP/PR PULAU PINANG BUKAN ANTI ISLAM DAN BENCI MELAYU .... LAWATAN KETUA MENTERI PULAU PINANG DAN EXCO KE RUMAH MANGSA TRAGEDI LEMAS PANTAI KERACHUT.
Lawatan Ketua Menteri Kerajaan DAP/PR Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng dengan exco kerajaan negeri kerumah bapa mangsa mati lemas Teluk Bahang di Kubang Ulu, Penanti Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam untuk mengucapkan takziah dan menghulurkan bantuan kewangan.
Lihat dengan mata kepala sendiri, fikir dan nilai akan rakam gambar-gambar diatas .. tolak ketepi fahaman politik yang dianuti ... inilah rupa bentuk kepimpinan yang kita mau .. membantu rakyat tanpa kira kaum, agama dan fahaman politik.
Lihat betapa sempoi dan perihatinnya YAB Lim Guan Eng kepada keluarga magsa.
Bukan jenis cakap berdegar-degar lain skrip dikelompok yang berlainan dan situasi yang berbeza.
Rakyat boleh berfikir dan menilai negeri Pulau Pinang semasa pemerintahan UMNO/BN dengan DAP/PR.
Isu perkauman sempit dan agama jijik yang dimainkan oleh pihak tertentu tidak akan menggugat sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat di Pulau Pinang .. Lagi kuat diserang dengan dakyah jijik makin kuat sokongan rakyat berikan.
Dalam kejadian Sabtu lalu, Ku Muhammad Ilyas hilang selepas dipercayai lemas bersama empat lagi rakannya ketika sedang mandi di Pantai Kerachut.
Namun dua rakannya berjaya diselamatkan orang awam yang berada di pantai berkenaan dan kini sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang manakala dua lagi rakannya ditemui maut masing-masing pada Sabtu lalu dan kelmarin.
Bapa mangsa, Ku Abdul Halim Ku Taha, 53, reda dengan semua ketentuan ALLAH dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus-lumus mencari mayat anaknya selain semua pihak yang sentiasa berdoa dan melakukan solat hajat sehingga mayat anaknya dipertemukan semula.
“Dengan berkat doa dan usaha semua pihak, akhirnya ALLAH dah temukan kembali anak saya.
“Selepas semua urusan selesai, jenazah dikebumikan di kampung kami di Kubang Ulu, Penanti, Bukit Mertajam,” katanya.
Ditanya mengenai amalan anaknya selama ini, Ku Abdul Halim yang merupakan guru agama berkata, anaknya itu sering membaca ayat-ayat al-Quran selain menghafaz surah-surah panjang.
“Arwah selalu membaca al-Quran dan dia juga menghafaz dan sering membaca surah Yasin, Sejadah dan Duha.
“Selain itu dia sering melakukan solat tahajud. Sebagai bapa saya berharap dia diberi rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,” katanya.
PENYAKIT YANG MENIMPA PEREMPUAN TIDAK BERHIJAB
Written By canang on Rabu, 22 Januari 2014 | 1/22/2014 08:23:00 PG
PENYAKIT YANG MENIMPA PEREMPUAN TIDAK BERHIJAB . “Para wanita yang berpakaian tetapi (pada hakikatnya) telanjang,
lenggak-lengkok, kepala mereka seperti punuk unta, mereka tidak akan
masuk surga dan tiada mencium semerbak harumnya. (HR. Abu Daud)
Rasulullah bersabda, “Tidak diterima sholat wanita dewasa kecuali yang
memakai khimar (jilbab). (HR. Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, bn Majah) ......Nais
ingat donk...... Penelitian ilmiah kontemporer telah menemukan
bahwasannya perempuan yang tidak berjilbab atau berpakaian tetapi ketat,
atau transparan maka ia akan mengalami berbagai penyakit kanker ganas
di sekujur anggota tubuhnya yang terbuka, apa lagi gadis ataupun
putri-putri yang mengenakan pakaian ketat-ketat. Majalah kedokteran
Inggris melansir hasil penelitian ilmiah ini dengan mengutip beberapa
fakta, diantaranya bahwasanya kanker ganas milanoma pada usia dini, dan
semakin bertambah dan menyebar sampai di kaki. Dan sebab utama penyakit
kanker ganas ini adalah pakaian ketat yang dikenakan oleh putri-putri di
terik matahari, dalam waktu yang panjang setelah bertahun-tahun. Dan
kaos kaki nilon yang mereka kenakan tidak sedikitpun bermanfaat didalam
menjaga kaki mereka dari kanker ganas. Dan sungguh Majalah kedokteran
Inggris tersebut telah pun telah melakukan polling tentang penyakit
milanoma ini, dan seolah keadaan mereka mirip dengan keadaan orang-orang
pendurhaka (orang-orang kafir Arab) yang di da’wahi oleh Rasulullah.
Tentang hal ini Allah berfirman: ”Dan ingatlah ketika mereka katakan: Ya
Allah andai hal ini (Al-Qur’an) adalah benar dari sisimu maka hujanilah
kami dengan batu dari langit atau datangkanlah kepada kami azab yang
pedih.” ( Q.S. Al-Anfaal:32) Dan sungguh telah datang azab yang pedih
ataupun yang lebih ringan dari hal itu, yaitu kanker ganas, dimana
kanker itu adalah seganas-ganasnya kanker dari berbagai kanker. Dan
penyakit ini merupakan akibat dari sengatan matahari yang mengandung
ultravioletdalam waktu yang panjang disekujur pakaian yang ketat,
pakaian pantai (yang biasa dipakai orang-orang kafir ketika di pantai
dan berjemur di sana) yang mereka kenakan. Dan penyakit ini terkadang
mengenai seluruh tubuh dan dengan kadar yang berbeda-beda. Yang muncul
pertama kali adalah seperti bulatan berwarna hitam agak lebar. Dan
terkadang berupa bulatan kecil saja, kebanyakan di daerah kaki atau
betis, dan terkadang di daerah sekitar mata; kemudian menyebar ke
seluruh bagian tubuh disertai pertumbuhan di daerah-daerah yang biasa
terlihat, pertautan limpa (daerah di atas paha), dan menyerang darah,
dan menetap di hati serta merusaknya. Terkadang juga menetap di sekujur
tubuh, diantaranya: tulang, dan bagian dalam dada dan perut karena
adanya dua ginjal, sampai menyebabkan air kencing berwarna hitam karena
rusaknya ginjal akibat serangan penyakit kanker ganas ini. Dan terkadang
juga menyerang janin di dalam rahim ibu yang sedang mengandung. Orang
yang menderita kanker ganas ini tidak akan hidup lama, sebagaimana obat
luka sebagai kesempatan untuk sembuh untuk semua jenis kanker (selain
kanker ganas ini), dimana obat-obatan ini belum bisa mengobati kanker
ganas ini. Dari sini, kita mengetahui hikmah yang agung anatomi tubuh
manusia di dalam perspektif Islam tentang perempuan-perempuan yang
melanggar batas-batas syari’at. yaitu bahwa model pakaian perempuan yang
benar adalah yang menutupi seluruh tubuhnya, tidak ketat, tidak
transparan, kecuali wajah dan telapak tangan. Dan sungguh semakin
jelaslah bahwa pakaian yang sederhana dan sopan adalah upaya preventif
yang paling bagus agar tidak terkena “adzab dunia” seperti penyakit
tersebut di atas, apalagi adzab akhirat yang jauh lebih dahsyat dan
pedih. Kemudian, apakah setelah adanya kesaksian dari ilmu pengetahuan
kontemporer ini -padahal sudah ada penegasan hukum syari’at yang bijak
sejak 14 abad silam- kita akan tetap tidak berpakaian yang baik
(jilbab), bahkan malah tetap bertabarruj??? ( Sumber: Al-I’jaaz Al-Ilmiy
fii Al-Islam wa Al-Sunnah Al-Nabawiyah) SEMOGA BERMANFAAT.sumber
MUNGKIN ramai yang kurang jelas dengan isu pasangan suami isteri rakyat Malaysia yang bekerja di Sweden ditahan reman kerana didakwa memukul anak mereka yang berumur 12 tahun kerana tidak menunaikan solat.
Apatah lagi, empat anak pasangan terbabit diserahkan pula oleh mahkamah Sweden kepada keluarga angkat rakyat Sweden beragama Kristian sepanjang ibu bapa mereka ditahan reman.
Anak-anak pasangan tersebut mengadu tidak selesa tinggal di rumah keluarga angkat memandangkan keluarga tersebut memelihara anjing. Mereka juga tidak selesa makan menggunakan pinggan mangkuk keluarga berkenaan yang pastinya makan makanan tidak halal walaupun mereka disajikan dengan makanan halal.
Sehingga artikel ini ditulis, Wisma Putra sedang berusaha mengadakan rundingan agar anak-anak pasangan terbabit diserahkan kepada keluarga angkat muslim Malaysia di Sweden.
Ramai
yang hairan mengapakah kes seringan itu – memukul tangan anak yang
enggan bersolat – boleh menjadi isu besar yang mencabar hubungan
diplomatik Malaysia-Sweden.
Sebenarnya, semua ini berpunca daripada sistem perundangan negara Scandinavia itu yang begitu tegas dalam menjaga kebajikan kanak-kanak.
Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menjelaskan, sehingga kini terdapat empat kes membabitkan keluarga muslim di Sweden yang dijatuhi hukuman penjara kerana didapati bersalah ‘mendera’ anak-anak mereka.
Sweden melaksanakan Akta Perlindungan Kanak-kanak (Child Protection Act) yang ketat. Seperti dijelaskan Kedutaan Sweden di Malaysia, semua bentuk hukuman dera (corporal punishment) terhadap kanak-kanak termasuk memukul, menampar, mencubit, menarik rambut dan merotan dianggap sebagai menyalahi undang-undang (illegal) dan menyalahi norma masyarakat setempat.
Sweden adalah negara pertama mengharamkan hukuman fizikal terhadap kanak-kanak dalam semua keadaan – sama ada di rumah atau di sekolah – mulai 15 Mac 1979. Sejumlah 24 negara telahpun melaksanakan undang-undang yang serupa sejak daripada tarikh tersebut.
Menurut Seksyen 5, Swedish Penal Code, mereka yang didapati bersalah boleh dihukum penjara antara 6 bulan dan sepuluh tahun bergantung kepada merit sesuatu kes.
Walaupun pihak Kedutaan Sweden menghargai keprihatinan rakyat Malaysia terhadap nasib pasangan rakyat Malaysia yang kini ditahan di Stockholm, negara itu menjunjung ‘kebebasan kehakiman’ dan Kedutaan Sweden tidak akan memberi sebarang komen berhubung kes tersebut memandangkan penyiasatan sedang berjalan.
Sehubungan itu, kepada rakyat Malaysia yang prihatin, mereka disaran menghantar e-mel kepada Menteri Kehakiman Sweden meminta usaha dibuat untuk membebaskan pasangan ini.
Alamat e-mel Menteri Kehakiman Sweden adalah beatrice.ask@gov.se
Hantarlah emel beserta nama anda dan alamat dengan kata-kata: “Please free the two Malaysians detained for the alleged child abuse immediately. We should respect our cultural differences.”
Dr Syed Azman berpendapat isu ini tidaklah semudah seperti disangka pelbagai pihak.
Perbezaan perundangan dan norma masyarakat, ujarnya menjadikan perkara yang disangka mudah menjadi sukar.
Bagaimanapun beliau berusaha berhubung dengan rakan-rakan anggota Parlimen dan badan bukan kerajaan (NGO) di negara terbabit untuk membantu menyelesaikan masalah ini.
“Sahabat-sahabat kita dari Islamic Community of Sweden, Dr. Abdel Rizk dan Dr. Yusuf sedang berusaha menyelesaikan isu ini berdasarkan hujahan ‘perbezaan budaya’. Insya Allah kita akan memberikan perkembangan terkini (berhubung isu ini),” katanya.
Harakah
Sebelum itu, saksi Nazratul Annis Zainal Abidin, 23, dalam keterangannya berkata, dia dijemput Mohafri, 38, di Hentian Bas Jalan Duta, Kuala Lumpur sebaik tiba dari Parit Buntar, Perak pada pukul 5 petang, 30 Disember 2009.
Dari Hentian Bas Jalan Duta, Mohafri membawanya ke sebuah rumah di Ampang dekat sini.
“Saya naik ke bilik tidur di tingkat atas untuk menggunakan tandas sebelum tertuduh mengajak saya melakukan hubungan seks,” katanya di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki.
Nazratul Annis yang kini bekerja sebagai pelatih pengurusan di Pulau Pinang memberi keterangan terhadap Mohafri yang didakwa membunuh isterinya, Fazlina yang mayatnya disumbat ke dalam almari pakaian di rumahnya dalam keadaan hidung dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat.
Mayat Fazlina ditemui Polis pada pukul 6 petang, 30 Disember dengan badannya dibungkus dengan selimut dan di ikat. Mohafri didakwa mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. – Kosmo!
Tertuduh dibebaskan lapor Utusan Online:
SHAH ALAM 12 April – Kegagalan pihak pendakwaan memanggil seorang pembantu rumah warga Indonesia menyebabkan Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas pengurus syarikat katering, Mohafri Mohamed (gambar) daripada tuduhan membunuh isterinya, Fazlina Ahmad, dua tahun lalu.
Dalam kejadian itu, mayat Fazlina
dijumpai dalam keadaan berbungkus dengan selimut dan mulut serta
hidungnya ditampal dengan pita pelekat, di dalam almari pakaian di rumah
mereka di Ampang.
Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki dalam penghakimannya menyatakan, mahkamah kesal dengan kegagalan pihak pendakwaan memanggil pembantu rumah bernama ‘Yayok’ itu untuk memberikan keterangan kerana dia adalah antara tiga orang dewasa yang berada di tempat kejadian termasuk mangsa dan tertuduh.
Kata beliau, selepas kejadian, Yayok ditahan dan disabitkan bersalah sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), dipenjara dan dihantar pulang ke negara asalnya serta semua maklumat itu di bawah kawalan pegawai penyiasat, Asisten Supritendan Siti Nathiroh Abu Bakar.
Menurut beliau, keterangan percakapan Yayok terhadap polis tidak memberi sebarang nilai kepada kes pendakwaan memandangkan ia hanyalah keterangan cakap mulut (hearsay) tanpa pemeriksaan balas.
”Kegagalan itu menyebabkan berlakunya kelompangan dalam kes dan saya mendapati adalah tidak selamat untuk memanggil pembelaan sekiranya tertuduh memilih untuk berdiam diri kerana hanya ada satu hukuman iaitu mati.
”Oleh itu, mahkamah memutuskan tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri,” kata Hakim Mohtarudin.
Mohafri, 38, yang diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh Fazlina, 39, di rumah No. 70, Jalan Pinggiran 2, Taman Pinggiran Ukay, Ampang antara pukul 5 pagi dan 10.30 pagi, 30 Disember 2009.
Sebanyak 16 saksi dipanggil memberi keterangan sepanjang kes pendakwaan berlangsung termasuk bekas teman wanita Mohafri, Nazratul Annis Zainal Abidin, 23, yang mendakwa dia dan tertuduh merancang untuk berkahwin di sempadan Thailand setelah tertuduh mengaku dia sudah bercerai.
Selepas mendengar keputusan itu, seluruh ahli keluarga Mohafri di galeri awam dilihat saling berpelukan dan mengalirkan air mata. Mereka terus mengerumuni dan memeluk Mohafri yang kelihatan tergamam sebaik sahaja mahkamah selesai bersidang.
Anak sulung Mohafri, Nurin Irdina, 9, juga dilihat tidak melepaskan peluang memeluk bapanya dengan erat.
Mohafri ketika ditemu pemberita mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua ahli keluarga serta petugas-petugas di Penjara Sungai Buloh kerana melayannya dengan baik sepanjang hampir dua tahun ditahan di situ.
Isu pasangan Malaysia di Sweden: Bukan semudah sangkaan kita!
MUNGKIN ramai yang kurang jelas dengan isu pasangan suami isteri rakyat Malaysia yang bekerja di Sweden ditahan reman kerana didakwa memukul anak mereka yang berumur 12 tahun kerana tidak menunaikan solat.
Apatah lagi, empat anak pasangan terbabit diserahkan pula oleh mahkamah Sweden kepada keluarga angkat rakyat Sweden beragama Kristian sepanjang ibu bapa mereka ditahan reman.
Anak-anak pasangan tersebut mengadu tidak selesa tinggal di rumah keluarga angkat memandangkan keluarga tersebut memelihara anjing. Mereka juga tidak selesa makan menggunakan pinggan mangkuk keluarga berkenaan yang pastinya makan makanan tidak halal walaupun mereka disajikan dengan makanan halal.
Sehingga artikel ini ditulis, Wisma Putra sedang berusaha mengadakan rundingan agar anak-anak pasangan terbabit diserahkan kepada keluarga angkat muslim Malaysia di Sweden.
Sebenarnya, semua ini berpunca daripada sistem perundangan negara Scandinavia itu yang begitu tegas dalam menjaga kebajikan kanak-kanak.
Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menjelaskan, sehingga kini terdapat empat kes membabitkan keluarga muslim di Sweden yang dijatuhi hukuman penjara kerana didapati bersalah ‘mendera’ anak-anak mereka.
Sweden melaksanakan Akta Perlindungan Kanak-kanak (Child Protection Act) yang ketat. Seperti dijelaskan Kedutaan Sweden di Malaysia, semua bentuk hukuman dera (corporal punishment) terhadap kanak-kanak termasuk memukul, menampar, mencubit, menarik rambut dan merotan dianggap sebagai menyalahi undang-undang (illegal) dan menyalahi norma masyarakat setempat.
Sweden adalah negara pertama mengharamkan hukuman fizikal terhadap kanak-kanak dalam semua keadaan – sama ada di rumah atau di sekolah – mulai 15 Mac 1979. Sejumlah 24 negara telahpun melaksanakan undang-undang yang serupa sejak daripada tarikh tersebut.
Menurut Seksyen 5, Swedish Penal Code, mereka yang didapati bersalah boleh dihukum penjara antara 6 bulan dan sepuluh tahun bergantung kepada merit sesuatu kes.
Walaupun pihak Kedutaan Sweden menghargai keprihatinan rakyat Malaysia terhadap nasib pasangan rakyat Malaysia yang kini ditahan di Stockholm, negara itu menjunjung ‘kebebasan kehakiman’ dan Kedutaan Sweden tidak akan memberi sebarang komen berhubung kes tersebut memandangkan penyiasatan sedang berjalan.
Sehubungan itu, kepada rakyat Malaysia yang prihatin, mereka disaran menghantar e-mel kepada Menteri Kehakiman Sweden meminta usaha dibuat untuk membebaskan pasangan ini.
Alamat e-mel Menteri Kehakiman Sweden adalah beatrice.ask@gov.se
Hantarlah emel beserta nama anda dan alamat dengan kata-kata: “Please free the two Malaysians detained for the alleged child abuse immediately. We should respect our cultural differences.”
Dr Syed Azman berpendapat isu ini tidaklah semudah seperti disangka pelbagai pihak.
Perbezaan perundangan dan norma masyarakat, ujarnya menjadikan perkara yang disangka mudah menjadi sukar.
Bagaimanapun beliau berusaha berhubung dengan rakan-rakan anggota Parlimen dan badan bukan kerajaan (NGO) di negara terbabit untuk membantu menyelesaikan masalah ini.
“Sahabat-sahabat kita dari Islamic Community of Sweden, Dr. Abdel Rizk dan Dr. Yusuf sedang berusaha menyelesaikan isu ini berdasarkan hujahan ‘perbezaan budaya’. Insya Allah kita akan memberikan perkembangan terkini (berhubung isu ini),” katanya.
Harakah
Asmara Bersaksi Mayat Isteri: Suami Dibebas Tuduhan Bunuh
January 21, 2014 By
Asmara Bersaksi Mayat Isteri: Suami Dibebas Tuduhan Bunuh
Masih ingat susulan Kes Cinta Tiga Segi (Kes Bunuh Fazlina Ahmad)?
Saksi pendakwaan kelima yang juga kekasih kepada Mohafri Mohamed,
38, tertuduh yang didakwa membunuh isterinya, Fazlina Ahmad, 39,
memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, mereka mengadakan hubungan
seks di dalam bilik di rumah tertuduh tempat mayat wanita itu ditemui
dalam almari pakaian.Sebelum itu, saksi Nazratul Annis Zainal Abidin, 23, dalam keterangannya berkata, dia dijemput Mohafri, 38, di Hentian Bas Jalan Duta, Kuala Lumpur sebaik tiba dari Parit Buntar, Perak pada pukul 5 petang, 30 Disember 2009.
Cerita
saksi itu, dia yang mengenali tertuduh ketika bekerja di Tropicana
Medical Centre, Petaling Jaya tahun 2009 datang ke Kuala Lumpur pada
hari itu kerana merancang untuk berkahwin di sempadan Thailand selepas
hubungan mereka dihalang oleh bapanya.
Nazratul Annis berkata, dia bersetuju untuk berkahwin dengan Mohafri selepas tertuduh mengaku dia sudah menceraikan isterinya.Dari Hentian Bas Jalan Duta, Mohafri membawanya ke sebuah rumah di Ampang dekat sini.
“Saya naik ke bilik tidur di tingkat atas untuk menggunakan tandas sebelum tertuduh mengajak saya melakukan hubungan seks,” katanya di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki.
Nazratul Annis yang kini bekerja sebagai pelatih pengurusan di Pulau Pinang memberi keterangan terhadap Mohafri yang didakwa membunuh isterinya, Fazlina yang mayatnya disumbat ke dalam almari pakaian di rumahnya dalam keadaan hidung dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat.
Mayat Fazlina ditemui Polis pada pukul 6 petang, 30 Disember dengan badannya dibungkus dengan selimut dan di ikat. Mohafri didakwa mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. – Kosmo!
Tertuduh dibebaskan lapor Utusan Online:
SHAH ALAM 12 April – Kegagalan pihak pendakwaan memanggil seorang pembantu rumah warga Indonesia menyebabkan Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas pengurus syarikat katering, Mohafri Mohamed (gambar) daripada tuduhan membunuh isterinya, Fazlina Ahmad, dua tahun lalu.
Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki dalam penghakimannya menyatakan, mahkamah kesal dengan kegagalan pihak pendakwaan memanggil pembantu rumah bernama ‘Yayok’ itu untuk memberikan keterangan kerana dia adalah antara tiga orang dewasa yang berada di tempat kejadian termasuk mangsa dan tertuduh.
Kata beliau, selepas kejadian, Yayok ditahan dan disabitkan bersalah sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), dipenjara dan dihantar pulang ke negara asalnya serta semua maklumat itu di bawah kawalan pegawai penyiasat, Asisten Supritendan Siti Nathiroh Abu Bakar.
Menurut beliau, keterangan percakapan Yayok terhadap polis tidak memberi sebarang nilai kepada kes pendakwaan memandangkan ia hanyalah keterangan cakap mulut (hearsay) tanpa pemeriksaan balas.
”Kegagalan itu menyebabkan berlakunya kelompangan dalam kes dan saya mendapati adalah tidak selamat untuk memanggil pembelaan sekiranya tertuduh memilih untuk berdiam diri kerana hanya ada satu hukuman iaitu mati.
”Oleh itu, mahkamah memutuskan tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri,” kata Hakim Mohtarudin.
Mohafri, 38, yang diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh Fazlina, 39, di rumah No. 70, Jalan Pinggiran 2, Taman Pinggiran Ukay, Ampang antara pukul 5 pagi dan 10.30 pagi, 30 Disember 2009.
Sebanyak 16 saksi dipanggil memberi keterangan sepanjang kes pendakwaan berlangsung termasuk bekas teman wanita Mohafri, Nazratul Annis Zainal Abidin, 23, yang mendakwa dia dan tertuduh merancang untuk berkahwin di sempadan Thailand setelah tertuduh mengaku dia sudah bercerai.
Selepas mendengar keputusan itu, seluruh ahli keluarga Mohafri di galeri awam dilihat saling berpelukan dan mengalirkan air mata. Mereka terus mengerumuni dan memeluk Mohafri yang kelihatan tergamam sebaik sahaja mahkamah selesai bersidang.
Anak sulung Mohafri, Nurin Irdina, 9, juga dilihat tidak melepaskan peluang memeluk bapanya dengan erat.
Mohafri ketika ditemu pemberita mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua ahli keluarga serta petugas-petugas di Penjara Sungai Buloh kerana melayannya dengan baik sepanjang hampir dua tahun ditahan di situ.
Sumber : Top Popular Post
·
Rayuan Putrajaya dihalang dengan kehilangan polis kes pembunuhan Altantuya......musim orang hilang..!!!
Peguam Kamarul memberitahu anak guamnya tidak pernah menghubungi sejak
dibebaskan.
Rayuan Putrajaya di Mahkamah Persekutuan terhadap kes pembunuhan berprofil tinggi warga Mongolia Altantuya Shaariibuu mungkin terhalang disebabkan salah seorang daripada dua anggota polis yang dibebaskan berhubung jenayah berkenaan dilaporkan hilang, kata sumber.
Koperal Sirul Azhar Umar dibebaskan selepas rayuannya terhadap sabitan Mahkamah Tinggi diketepikan Ogos lalu.
Sejak itu, anggota polis berkenaan tidak menghubungi peguamnya, Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili beliau semasa perbicaraan dan di Mahkamah Rayuan, kata sumber.
Kamarul memberitahu The Malaysian Insider dalam rekod beliau masih mewakili Sirul di Mahkamah Persekutuan "sehingga dan melainkan jika dimaklumkan sebaliknya”.
Peguam itu enggan mengulas ketika ditanya sama ada beliau sudah dihubungi Sirul atau jika bekas anggota polis itu menghubungi peguam bagi arahan untuk mengekalkan beliau sebagai peguam di Mahkamah Persekutuan.
Bagaimanapun, peguam utama Datuk Azman Ahmad yang mewakili Ketua Inspektor Azilah Hadri berkata anak guamnya sudah diberikan kelulusan untuk mengekalkan peguam yang sama.
Azman berkata Mahkamah Persekutuan memberikan salinan petisyen rayuan pendakwa awal bulan ini.
Kedua-dua Sirul dan Azilah masih dalam penggantungan daripada perkhidmatan polis. Mereka sebelum ini bertugas sebagai komando dengan Skuad Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman.
Peguam dalam kes prosedur jenayah berkata, adalah lebih baik bagi peguam untuk mendapatkan kebenaran daripada pelanggan bagi menentukan sama ada perkhidmatan mereka masih diperlukan .
"Pelanggan mungkin ingin menukar peguam mereka dan itu adalah hak mereka. Peguam tidak boleh menganggap pelanggan tetap mahu mengekalkan perkhidmatan mereka," kata seorang peguam yang enggan dikenali .

Kanak-kanak perempuan dibunuh kejam di Terengganu
DUNGUN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui mati
dipercayai dibunuh di sebuah rumah kosong di Taman Perumahan Permint
Seberang Paka, di sini hari ini.
Mayat kanak-kanak separuh bogel itu ditemui seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di kawasan perumahan itu kira-kira 3.30 petang ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K.Manoharan berkata ketika tiba di kawasan itu, pengawal keselamatan berusia 31 tahun itu terlihat pintu utama rumah berkenaan terbuka dan terhidu bau busuk.
Katanya curiga dengan bau itu, dia bertindak masuk ke dalam rumah berkenaan dan menemui mayat kanak-kanak itu di dalam bilik air rumah tersebut.
"Ketika ditemui, mayat dalam keadaan terbaring di lantai bilik air manakala masih terlekat kesan darah dan pakaian yang dipakai terangkat ke bahagian atas. Kita masih mengesan identiti mayat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya mangsa dipercayai sudah mati lebih dari 24 jam berdasarkan keadaan mayat yang telah kembung dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat. - Bernama

Artikel Berkaitan
- Kanak-kanak perempuan dibunuh kejam di Terengganu
- Kanak-kanak maut jatuh tingkat 10 flat
- Penjara 18 tahun, lapan sebatan kerana rogol
- Kes dera: Jurukimpal kereta ditahan
- Beri polis ruang siasat kes kanak-kanak tertembak
- Mayat 2 lelaki ditemui dalam kereta
- Tiga budak diserang kera
- Dua kanak-kanak perempuan lemas dalam kolam
- Dua kanak-kanak mati lemas dalam kolam
- Mangsa dera: Ibu dituduh bunuh anak umur 5 tahun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan