Jmc Kg Lindungan shared Komuniti Islam USJ2's photo.
SUBHANALLAH!
Awal-awal Agama Mengenal Allah
Dalam
era kebangkitan Islam yang ke dua di akhir zaman ini, kita wajib meniru
apa yang Rasulullah SAW lakukan hingga beliau berjaya dalam kebangkitan
Islam kali pertama. Hal yang Rasulullah SAW perjuangkan pertama-tama
adalah persoalan tauhid, yaitu memperkenalkan Allah SWT sebagai
satu-satunya Tuhan yang layak disembah.
Rasulullah
SAW berjuang selama tiga belas tahun di Makkah. Itulah masa Rasulullah
berdakwah dan mengumpulkan pengikut-pengikutnya. Mula-mula secara
sembunyi-sembunyi dan kemudian secara terang-terangan. Dalam masa tiga
belas tahun itu, Rasulullah hanya ‘membawa Tuhan’ kepada para Sahabat
dan memperkenalkan para Sahabat kepada Tuhan. Dalam majlis yang resmi
atau tidak resmi, dalam majlis keramaian, apabila berjalan-jalan dengan
para Sahabat, bahkan pada setiap waktu Rasulullah menceritakan tentang
Allah dan hari Akhirat. Tentang kebesaran, kesucian dan kekuasaan-Nya.
Tentang kasih sayang, keampunan dan belas ihsan-Nya. Tentang kuasa dan
iradah-Nya dan tentang segala sifat yang ada pada Tuhan.
Segala
sifat-sifat Allah itu sangat dihayati oleh para Sahabat sehingga mereka
menjadi cukup kenal dengan Tuhan. Bukan sekedar tahu, tetapi cukup
kenal. Mereka menjadi orang-orang yang arifbillah. Hati-hati mereka
cukup dekat dengan Tuhan, cukup sensitif dan peka dengan Tuhan. Mereka
cukup terangsang dengan kebesaran dan keagungan Tuhan. Akhirnya jadilah
para Sahabat, orang-orang yang sangat cinta dan takut kepada Tuhan.
Dalam hidup mereka, Allah-lah yang menjadi perkara utama. Allah-lah yang
bertakhta di hati-hati mereka. Banyak di kalangan Sahabat yang menjadi
mabuk dengan Tuhan karena terlalu takut dan rindu. Perasaan mabuk, takut
dan cinta ini sangat kuat dan mendalam hingga adakalanya hati-hati para
Sahabat tidak dapat menanggung bebannya. Ada Sahabat yang terus mati
karena mengingat kebesaran Allah. Ada yang mati apabila ada orang
menyebut nama Allah. Sedangkan yang jatuh pingsan dan tidak sadarkan
diri lebih banyak lagi. Bila disebut nama Allah, gemetar hati-hati
mereka. Namun, dengan hati yang begitu mabuk dan rindu pada Tuhan,
mereka tidak mempunyai jalan atau cara untuk melepaskan perasaan mereka.
Mereka tidak ada cara untuk berhubung atau berinteraksi dengan Tuhan.
Maka mereka terpaksa menanggung dan memendam rasa mabuk dan rindu itu.
Mereka seolah-olah orang yang begitu dahaga tetapi tidak mendapat air
untuk diminum. Mereka seperti orang yang sangat lapar tetapi tidak ada
apa untuk dimakan. Mereka seperti orang yang sangat rindu kepada Kekasih
Agungnya tetapi tidak dapat bersua dan bertemu untuk memuji-muji dan
meluahkan segala perasaan yang terpendam dan terbuku di hati. Allah
biarkan saja mereka jadi begitu.
Pada
tahun yang kesebelas, baru berlaku peristiwa Israk Mikraj. Jadi, pada
tahun kesebelas baru datang perintah sholat. Itulah satu hadiah yang
sangat besar yang Allah karuniakan kepada para Sahabat supaya mereka
dapat berinteraksi dan berhubungan dengan-Nya. Supaya mereka dapat
melepaskan segala perasaan rindu dan dendam yang selama ini mereka
tanggung. Supaya mereka dapat mengadu, berbicara, berbisik-bisik dan
meminta-minta kepada Tuhan. Supaya mereka dapat meluahkan segala isi
hati mereka dan bermanja-manja dengan Tuhan. Sungguh sholat itu satu
karunia yang sangat besar bagi para Sahabat. Ia ibarat air di kala
dahaga. Ia ibarat makanan di kala lapar. Ia ibarat pertemuan dengan
kekasih yang sangat dirindu. Sholat menjadi buah hati Rasulullah dan
para Sahabat. Sholat adalah istirahat mereka. Rasulullah SAW pernah
bersabda:
Maksudnya: “Sembahyang adalah penyejuk mataku.”
Baginda juga pernah menyuruh Sayidina Bilal r.a. untuk adzan dengan berkata:
Bermaksud “Wahai Bilal, berilah kerehatan kepada kita semua!”
Demikianlah kedudukan sholat di hati Rasul dan para Sahabat. Tidak heran mereka tenggelam di dalam sholat. Mereka ‘mikraj’ di
dalam sholat. Tidak heran juga, ketika sholat, mereka lupa tentang
dunia ini dan segala isinya baik yang berupa nikmat maupun kesusahan.
Mereka asyik dan masyuk dengan Tuhan dalam sholat. Sayidina Ali k.w.
lantaran begitu khusyuknya di dalam sholat, tidak terasa apa-apa ketika
dicabut anak panah dari betisnya. Sholat mereka yang seperti inilah yang
telah menjadikan mereka pribadi-pribadi agung. Agung keimanan mereka.
Agung keyakinan mereka dan agung akhlak mereka. Allah memberikan karunia
kepada mereka 3/4 dunia dan semua bangsa bernaung di bawah kekuasaan
mereka. Mereka membawa kedamaian dan keselamatan. Mereka penuhi dunia
ini dengan keadilan dan kebahagiaan.
Di
sini kita dapat melihat konsep pendidikan Rasulullah, yaitu awaludin
makrifatullah. Awal-awal agama mengenal Allah. Para Sahabat dikenalkan
kepada Allah hingga mereka menjadi orang-orang yang arifbillah, yaitu
orang-orang yang sangat takut, cinta dan rindu kepada Allah dan
orang-orang yang mabuk dengan Allah. Dalam keadaan seperti itu, barulah
mereka diperintah untuk melaksanakan sholat dan menegakkan syariat
Allah. Keseluruhan perintah syariat yang beribu-ribu jumlahnya
diturunkan di Madinah. Ia hanya memakan waktu 10 tahun, berbanding
memperkenalkan Tuhan yang satu itu yang memakan masa selama 13 tahun di
Makkah.
Orang-orang
yang menegakkan syariat Allah di Madinah itu sebenarnya ialah
orang-orang yang takut, cinta dan mabuk dengan Tuhan. Orang-orang yang
arifbillah. Hanya orang-orang seperti ini saja yang mampu menegakkan
syariat Allah. Yang mampu memperjuangkan agama Allah. Yang mampu
berkorban ke jalan Allah. Itulah kelemahan umat Islam hari ini. Sebatas
tahu tentang Tuhan. Sebatas memiliki ilmu tentang Tuhan. Sebatas
alimbillah. Tuhan masih di akal, belum di hati. Belum ada rasa bertuhan.
Belum ada rasa kehambaan. Jauh dari rasa takut rindu dan cinta pada
Tuhan. Lebih-lebih lagi belum mabuk dengan Tuhan. Oleh karena itu,
mereka disogok dengan sholat dan syariat. Disuruh dirikan sholat.
Disuruh tegakkan syariat. Diperkenalkan hukum hudud dan sebagainya.
Orang yang belum kenal Tuhan dan orang yang tidak ada rasa takut dan
cinta pada Tuhan, tidak akan mampu mendirikan sholat dan menegakkan
syariat. Kalau pun mereka berbuat, ia dilakukan secara terpaksa.
Melakukan pekerjaan dengan terpaksa memang pahit, sakit dan perit. Sukar
untuk istiqomah.
Kenapa
tidak dibawa Tuhan kepada mereka? Kenapa tidak perkenalkan Tuhan kepada
mereka? Kalau manusia betul-betul kenal Tuhan, mereka tidak akan dapat
mengelak dari jatuh cinta dan rindu kepada-Nya. Mereka tidak akan dapat
mengelak dari mau berbakti kepada-Nya untuk merebut cinta dan kasih
sayang-Nya. Bagaimana mungkin kita tidak sayang dan tidak jatuh hati
kepada Allah yang begitu berbakti, begitu menjaga, begitu mengawasi dan
memenuhi segala kehendak dan keperluan kita. Yang penuh kasih dan belas
kasihan kepada kita. Yang menyayangi kita lebih dari ibu kita sendiri.
Yang menjaga kita siang dan malam tanpa istirahat dan tanpa tidur. Yang
tidak pernah melupakan kita. Marilah kita kembalikan
manusia kepada Tuhan. Marilah kita perkenalkan Tuhan itu kepada manusia
supaya manusia kenal akan Tuhan. Karena awal-awal agama mengenal Tuhan.
Selagi
kita belum kenal Tuhan, selagi itu kita belum mampu untuk beragama atau
untuk menegakkan agama. Mengenal Tuhan itu tidak cukup sekedar tahu
tentang Tuhan atau tahu tentang sifat-sifat Tuhan secara
ilmunya, tetapi merasakannya di hati. Hati rasa bertuhan, hati merasa
Tuhan senantiasa melihat, hati merasa Tuhan itu Maha Mendengar, hati
merasakan Tuhan itu berkuasa berbuat apa saja kepada hamba-Nya, hati
merasakan Tuhan itu pengasih dan penyayang yang senantiasa mencurahkan
rezeki kepada hamba-Nya.
Setelah
hati ada rasa bertuhan, secara otomatis hati akan dipenuhi rasa
kehambaan, yaitu rasa lemah, rasa berdosa, rasa bergantung harap
kepada-Nya. Hati rasa takut dan cinta dengan Tuhan sebagaimana yang
dirasakan oleh para Sahabat yang dididik oleh Rasulullah lebih 1400
tahun dahulu.
22 January 2014
Rupanya Anwar tidak ada visa
Takahari Suegami, dari Kedutaan
Jepun telah memberikan sebab kenapa Anwar tidak dibenarkan masuk ke
negara itu empat hari yang lepas. Penyebabnya bukannya kerajaan Malaysia
atau UMNO. Penyebabnya
adalah Anwar sendiri. Setiausaha Kedua Kedutaaan Jepun itu telah
menyatakan
Anwar tidak memohon visa untuk masuk ke negara Jepun. Di negara Jepun
jika seseorang itu pernah di penjarakan perlu memohon visa dahulu
sebelum memasuki negara itu.
Walaupun rakyat lain seperti
Azeez Rahim dan Shahidan Kasim atau Shahrizat Jalil boleh memasuki Jepun tanpa
visa tetapi kepada sesiapa yang telah di sabitkan kesalahan jenayah seperti Anwar
mesti memberitahu Kedutaan Jepun sebelum berangkat dan meminta visa kemasukan
beliau ke negara itu.
Itu sebabnya pihak Imigresen
Jepun telah memberitahu Anwar yang penyekatan kemasukan beliau ke Jepun itu
adalah di sebabkan pensabitan kesalahan beliau pada tahun 1999 dahulu.
Kemasukan Anwar beberapa kali sebelum ini dibenarkan oleh pihak Imigresen Jepun
kerana semasa itu ada pihak yang telah menyediakan visa untuk Anwar.
Sekira Anwar telah meminta dan memohon visa kemasukan ke Jepun dalam kes terakhir ini Kedutaan Jepun boleh membuat ‘special arrangement’ untuk Anwar masuki Jepun dan memenuhi jemputan Nippon Foundation itu.
Sekira Anwar telah meminta dan memohon visa kemasukan ke Jepun dalam kes terakhir ini Kedutaan Jepun boleh membuat ‘special arrangement’ untuk Anwar masuki Jepun dan memenuhi jemputan Nippon Foundation itu.
Anwar sepatutnya memohon visa itu
di Kedutaan Jepun dari menuduh pihak kerajaan memainkan peranan untuk sekatan
terhadap kemasukan beliau ke Jepun itu. Jangan memohon visa itu dari UMNO atau
kerajaan Malaysia.
Minta visa itu dari Kedutaan Jepun.
Anwar sekarang sepatutnya sedar
yang kegagalan beliau memasuki Jepun bukannya salah kerajaan kita. Ia adalah
kesalahan beliau sendiri. Anwar tidak boleh membuat ‘equation’ dirinya sama
dengan Azeez Rahim atau Shahrizat Jalil kerana mereka berdua ini belum sabit
dengan apa-apa kesalahan dimahkamah.
Walaupun ramai pemimpin UMNO,
termasuk Presidennya sendiri diketahui umum banyak melakukan kesalahan tetapi
mereka belum lagi disabitkan kesalahan mereka dalam mahkamah. Itu sebabnya
Rosmah dan ramai yang lain boleh masuk negara Jepun tanpa halangan kerana
mereka ini belum lagi didapati bersalah di mahkamah.Negara Jepun bergantung
sepenuhnya kepada sistem pentadbiran yang mantap.
Itu sebabnya negara itu boleh maju dan terus maju walaupun pernah bertukar Perdana Menteri setiap tahun, malahan ada ketikanya Perdana Menterinya bertukar dua kali dalam setahun. Perdana menteri boleh datang dan pergi, negara itu tetap berjalan kerajaannya tanpa gangguan seperti biasa kerana ber'sistem' yang mantap. Itu sebabnya negara itu kekal stabil dan aman politiknya. Di negara kita Perdana Menteri tidak mahu berhenti. Hendak berhenti dari jawatan itu 'ibarat memisahkan kulit dengan dagingya'.
Itu sebabnya negara itu boleh maju dan terus maju walaupun pernah bertukar Perdana Menteri setiap tahun, malahan ada ketikanya Perdana Menterinya bertukar dua kali dalam setahun. Perdana menteri boleh datang dan pergi, negara itu tetap berjalan kerajaannya tanpa gangguan seperti biasa kerana ber'sistem' yang mantap. Itu sebabnya negara itu kekal stabil dan aman politiknya. Di negara kita Perdana Menteri tidak mahu berhenti. Hendak berhenti dari jawatan itu 'ibarat memisahkan kulit dengan dagingya'.
Di sini sistem ada, tetapi tidak
terpakai kerana kerakusan pemimpin boleh mengenepikan sistem untuk kepentingan
mereka dengan menghormati pengasingan kuasa di negara itu. Kita juga ada sistem
pengasingan kuasa di antara Legislatif, Eksekutif dan Judiciari nya, tetapi
tidak terpakai kerana Eksekutif telah merampas semuanya dan menentukan
perjalanan Badan Kehakiman.
Pernah dahulu Eksekutif menubuhkan
Tribunal dalam tempoh sehari pada hari cuti umum pada tahun 1988 dahulu untuk
membuang Ketua Hakim Negara. Sistem itu ada, tetapi dicerobohi oleh politik.
Tribunal itu di tubuhkan pada hari Ahad dan juga Hari Buruh.
Mungkin Anwar terlupa yang negara
yang beliau lawati itu adalah negara yang ber'sistem'. Mungkin beliau menganggap
sistem di Jepun sama seperti sistem disini. Mungkin Anwar merasakan yang di
Jepun politik boleh menceroboh bidang undang-undang seperti yang beliau sokong
Dr Mahathir melakukannya pada tahun 1988 dahulu.
Sebagai Ketua Pemuda UMNO semasa
itu, Anwar menyokong kuat tindakan Dr Mahathir mencerobohi Badan Kehakiman
semasa itu. Hanya sejak dibuang oleh Dr Mahathir sahaja Anwar bercakap tentang
sistem dan perkara-perkara yang lain yang berhubung kait dengan sistem
berkerajaan ini.
Sekarang kita sudah tahu cerita
sebenarnya kenapa Anwar tidak dibenarkan masuk ke Jepun. Tetapi jika minggu
hadapan Anwar memohon visa untuk ke negara itu saya yakin beliau tidak akan dihalang
lagi oleh pihak immigresen disana.
Pencerahan Setiausaha Kedua Kedutaan
Jepun itu boleh diyakini, kerana dinegara yang bersistem itu apa yang diperkatakan
oleh pegawainya itu selalunya tidak berubah, Ia tidak seperti di negara kita
ini yang sentiasa berubah kenyataan pegawai dan pemimpinnya. Sebab ia berlaku
begini, ialah kerana kita tidak menghormati sistem sebaliknya kita utamakan
politik peribadi.
Cara Menangkis Bisikan Jahat
Soalan; Assalamualaikum wbt, terima kasih dengan jawapan ustaz . Adakah saya berdosa sekiranya terdengar bisikan itu? selain berisghtifar, saya juga menunaikan solat sunat taubat, disamping membaca al-Quran, dan tidak tinggal solat lima waktu dan alhamdulillah hati saya tenang. namun ada kadangkala, bisikan tersebut dtg semula, saya tidak percya dgn bisikan itu, tapi ia menganggu dan menyakitkan hati.
Jawapan;
Bisikan-bisikan jahat itu janganlah dihiraukan atau diambil peduli. Sabda Rasulullah; “Syaitan akan datang kepada salah seorang dari kamu dan bertanya kepadanya (untuk menimbulkan kesangsian); ‘Siapakah yang mencipta makhluk sekian dan sekian? Hingga akhirnya ia bertanya; ‘Siapa pula yang mencipta Tuhan kamu?’. Maka apabila sampai ke tahap itu, hendaklah ia memohon perlindungan Allah (dari bisikan Syaitan itu) dan hendaklah ia berhenti”. (HR Imam Muslim dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-).
Dalam hadis ini Rasulullah mengajar kita bagaimana menghadapi bisikan keraguan dari Syaitan khususnya yang menyentuh tentang zat Tuhan, iaitu dengan kita segera menohon perlindungan dari Allah dan berhenti dari melayani bisikan itu. Berkata Imam an-Nawawi; maksud ungkapan baginda “…hendaklah ia memohon perlindungan Allah (dari bisikan Syaitan itu) dan hendaklah ia berhenti…” ialah; “Apabila Syaitan membentangkan bisikan tersebut kepadanya, hendaklah ia segera berlindung kepada Allah untuk menangkis kejahatan Syaitan itu dan hendaklah ia berpaling dari memikirkan bisikan itu. Hendaklah ia menyedari bahawa itu adalah bisikan Syaitan dan Syaitan sentiasa mencari jalan untuk merosakkan manusia dan menyesatkannya. Maka hendaklah ia berpaling dari memberi perhatian kepada bisikan Syaitan itu dan segera memutuskannya dengan menyibukkan diri dengan perkara lain” (Imam an-Nawawi, Syarah Soheh Muslim, juz. 2, kitab al-Iman, bab Bayan al-Waswasah fi al-Iman wa ma yaquluhu man wajadaha).
Di antara doa yang amat baik untuk dibaca untuk memohon perlindungan dari Allah bagi diri –selain dari lafaz al-Isti’azah- ialah doa di akhir surah al-Baqarah;
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan ke atas Kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau pikulkan ke atas orang-orang yang terdahulu dari kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebani kami dengan apa yang Kami tidak terdaya menanggungnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penjaga kami, oleh itu, bantulah kami untuk mencapai kemenangan terhadap orang-orang kafir”. (Surah al-Baqarah, ayat 286).
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Tafsir al-Quran al-Adziem, Imam Ibnu Kathir, surah al-Baqarah ayat 284.
2. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 2, kitab al-Iman.
USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
Misteri Injil Kuno Pengungkap Kerasulan Muhammad SAW
dakwatuna.com – Perhatian dunia tertuju ke Turki. Beberapa hari ini, publik dihebohkan dengan terungkapnya sebuah misteri yang terkandung dalam Injil berusia 1500 tahun yang tersimpan di Turki.Yang membuat heboh, Injil kuno itu mengungkap sebuah fakta yang mengguncang keimanan, terutama bagi umat Kristiani. Betapa tidak. Injil Barnabas itu mengajarkan ajaran yang berbeda dibanding doktrin Kristen dunia.
Ya, Injil Barnabas itu meyakini Yesus (Isa) sebagai utusan, bukan Tuhan. Menurut Huffingtonpost, Injil Barnabas pun meyakini adanya utusan (nabi) penerus risalah Isa, yang berasal keturunan Nabi Ismail, yakni Nabi Muhammad SAW.
Barnabas dipercayai sebagai salah seorang murid Isa di Yerussalem. Barnabas yang bernama asli Yusuf, bersama para murid lainnya menyebarkan ajaran Isa. Barnabas adalah seorang Yahudi suku Lewi yang berasal dari Siprus. Dalam Wikipedia, Hajj Sayed berpendapat. terdapat pertikaian antara Paulus dan Barnabas dalam surat Galatia ketika keduanya menjalani misi dakwah menuju Syprus (45-49 M).
Ini yang mendukung perbedaan injil Barnabas dengan ajaran Paulus. Injil Barnabas ini berbeda dengan Kodeks Sinaiticus, karena menggunakan bahasa Aramik bukan Yunani kuno. Bahasa Aramik diyakini sebagai bahasa yang digunakan Nabi Isa atau Yesus. Berbeda dengan berbagai Injil lainnya, kitab Barnabas diyakini ditulis Barnabas selama berada di Siprus, setelah berpisah dari Paulus.
Di Siprus inilah pengikut Barnabas berkembang hingga lebih dari seribu tahun. Bila ditelusuri ada benang merah pengungkapan Injil Barnabas di Turki dengan tempat ajaran Barnabas yang berkembang di Siprus.
Ada sebuah biara di utara Siprus Turki yang disebut sebagai Biara Rasul St Barnabas, yang didirikan oleh pengikut setia sekte Barnabas. Dan di dalam biara inilah diyakini Barnabas dikuburkan hingga ia meninggal dunia. Pengikut sekte Barnabas inilah yang diyakini menulis ulang Injil Barnabas hingga abad ke-5 masehi.
Sekitar 1980-an, biara ini telah dirampok oleh sekelompok orang. Mereka menggali lantai dan dinding biara selama malam hari. Tidak diketahui apa yang mereka incar. Diduga sekelompok orang itu telah mencuri sesuatu terkubur di dalam dinding.
Seorang wartawan Siprus mengklaim telah menemukan salinan Alkitab yang sangat kontroversial dari St Barnabas. Ia kemudian mencoba menyelidiki fakta itu. Tak lama kemudian, ia temukan tewas tertembak.
Sekitar 12 tahun lalu, polisi Turki dalam sebuah operasi menemukan sebuah Alkitab tua dari seorang warga siprus yang hijrah ke Turki. Ada beberapa rumor tentang kabar itu. Pihak polisi tak membenarkan dan menolak kabar itu.
Puncaknya, tiga hari lalu, sebuah Alkitab tersebut telah dipublikasikan untuk pertama kalinya setelah 12 tahun disimpan pemerintah Turki. Saat ini Alkitab ini disimpan di museum negara Turki dan telah menjadi perhatian dunia termasuk dari Vatikan. (Heri Ruslan/Amri Amrullah/RoL)
Redaktur: Hendra
Ahmad Mazlan shared Raja Shamri's photo.
Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu. Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain. Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu. ”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”. Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah. ‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya. “Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh” sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya. Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.
Vote Pakatan Rakyat was tagged in Mohd Safian Abdul Latif's photo.
AYAT DIATAS MENJELASKAN PRA-SYARAT UTK MENJAMIN KEGEMBILANGAN UMAT ISLAM:
1- Kita mestilah mencintai Allah lebih drpd segalanya sehingga Allah juga mencintai kita.
2-
Kita mesti bersikap lemah lembut terhadap org mu'min - tolong menolong
atas dasar iman dan kebaikan.
3- Umat Islam hendaklah bersatu padu (diatas dasar iman dan taqwa).
Perpecahan akan melemahkan umat Islam sehingga musuh menggunakannya utk
terus menjajah dan menindas.
4) Umat Islam hendaklah bersikap tegas terhadap org yg memusuhi Islam.
5- Umat Islam mestilah berjihad dijln Allah tanpa merasa takut dan
gentar kepada musuh Islam
6- Ciri2 sabar dan cekal dlm perjuangan hendaklah disemai dan diterapkan
dlm diri, kerana sifat2 inilah yg menjamin perjuangan sampai ke
matlamatnya.
7- Berani berhadapan dng risiko perjuangan: tipu daya musuh, halangan yg
sentiasa menguji semangat juang dan keimanan.
8- Berkeyakinan dan berharap kpd pertolongan Allah sepenuhnya.
9- Menjadikan Rasul dan org2 yg beriman sebagai pemimpin dan rujukan dlm
perjuangan.
10- Sentiasa bertawakkal dan berharap hanya kpd Allah.
FATAWAKKAL 'ALALLAAH!!!!!!!Allah Ketika Solat, Adalah Allah Yang Sama Ketika Ingin Bermaksiat
Mudah merasa Allah ada ketika solat, tetapi ketika ingin bermaksiat, bagaimana?
Bukan mudah untuk merasai Allah sentiasa mengawasi kita 24/7 dalam kehidupan kita. Rasa Allah sentiasa Mengawasi.Dalam bahasa Arabnya, disebut muraqabatullah.
Tahu Allah itu sentiasa ada, tidak pernah mati.
Tetapi, kadang-kadang tindakan kita selalunya tidak menampakkan seolah-olah kita merasai Allah Maha Mengawasi.
Mudah merasai pengawasan Allah bila berada di tengah ramai, tetapi bila seorang diri, Allah baginya seolah-olah tidak wujud lagi.
Mudah merasai pengawasan Allah ketika berada dalam terdesak dan kesusahan, tetapi ketika senang dan lapang, Allah pun ditinggalkan.
Adakah Allah hanya wujud ketika kita bersama dengan kawan-kawan yang soleh sahaja?
Atau adakah Allah hanya wujud ketika solat, ketika kita benar-benar terdesak?
Adakah Allah tidak wujud pada waktu-waktu lain?
AMBILLAH IBRAH DARIPADA KISAH 3 ORANG BANI ISRAIL YANG DIUJI ALLAH
Kisah yang telah kita biasa dengari. 3 orang daripada Bani Israil telah diuji Allah dengan penyakit-penyakit yang menyebabkan masyarakat telah menyisihkan mereka.
Mereka adalah yang biasa kita dengari dengan Si Sopak, Si Botak dan Si Buta.
Saya tidak akan ceritakan keseluruhan kisah itu di sini. Kisah ini boleh dirujuk dalam kitab Riyadhus Solihin karangan Imam Nawawi. Kisah ini diceritakan oleh Rasul s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.
Mereka ini semuanya telah didatangi oleh malaikat untuk mendoakan kesembuhan bagi diri mereka. Bahkan, mereka telah ditawarkan dengan binatang ternakan yang mereka inginkan.
Kesemua mereka mendapat apa yang mereka inginkan. Setelah sembuh dan binatang ternakan masing-masing berkembang biak, Allah telah menguji mereka sekali lagi. Allah datangkan malaikat sekali lagi dalam keadaan menyerupai manusia yang miskin dan susah untuk menguji mereka.
Setelah berada dalam keadaan yang senang dan sihat, ternyata mereka telah lupakan Allah. Si Sopak dan Si Botak telah gagal dalam ujian itu. Ketika susah, mereka berharap penuh kepada Allah. Setelah Allah anugerahkan kesenangan dan kesihatan kepada mereka, mereka melupakan Allah.
Si Buta, tetap dalam keadaan celiknya itu , dalam keadaan beliau yang telah kaya raya itu, masih tetap terus mengingati Allah dengan membenarkan malaikat yang datang mengujinya untuk mengambil sebanyak manapun daripada binatang ternakan yang dimilikinya. Dia tahu yang menilai dirinya semasa dia buta dan semasa dia celik adalah Tuhan yang sama, iaitu Allah.
YANG MERASA LONGGAR DENGAN PENGAWASAN ALLAH, INGATLAH YANG ALLAH SENTIASA CEMBURU
Ramai yang tahu Allah Maha Memerhati. Tetapi berapa ramaikah yang benar-benar merasai dan menjiwai pengawasan Allah itu 24/7?
Kadang-kadang, bila berada dalam suasana yang soleh, suasana yang wujudnya peringatan, jiwa kita seolah-olah terasa begitu dekat dengan Allah. Tetapi, bila pulang ke rumah, tidak ada suasana-suasana yang mengingatkan, kita pun merasa longgar daripada ikatan dengan Allah.
Dalam solat, mampu mewujudkan perasaan Allah Maha Mengawasi. Tetapi, bila keluar daripada solat, perasaan itu seolah-olah tidak pernah wujud.
Di celah-celah kelonggaran ikatan kita dengan Allah itulah, syaitan sentiasa mengambil peluang untuk menjauhkan lagi kita daripada Allah. Maka, kita kembali bermaksiat kepada Allah ketika seorang diri. Kita kembali melazimi diri dengan dosa setelah keluar daripada solat.
Mampu menjaga Allah ketika dalam solat, tetapi gagal menjaga Allah pergaulan dan percakapan.
Mampu merasa Allah ada ketika dalam suasana soleh, tetapi gagal merasa Allah ada ketika menonton movie, ketika melayari internet.
Ingatlah yang Allah itu sentiasa cemburu dengan hamba-Nya. Kehidupan yang Dia anugerahkan, tetapi kita habiskan majoritinya untuk dosa dan maksiat. Kita jauhkan kehidupan kita daripada pengawasan Allah.
Allah pun merasa cemburu terhadap kita. Bagaimana?
Dalam satu hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang mafhumnya : ‘Sesungguhnya Allah Taala itu cemburu dan kecemburuan Allah Taala itu ialah apabila seseorang manusia mengerjakan apa-apa yang diharamkan oleh Allah ke atasnya.’
[Muttafaq Alaih]
ALLAH ITU SENTIASA ADA KETIKA KAU INGIN BERMAKSIAT
Ketika ingin bermaksiat, ingatlah balasan yang akan menimpa dirimu di akhirat nanti. Api neraka dengan kepanasannya yang menggelegak sentiasa menunggu hidangannya. Buah zaqqum dan cairan tembaga yang nantinya akan menghancurkan isi perutmu.
Ketika ingin bermaksiat, segeralah detikkan pada hati yang Allah sedang Memerhati. Jika masih ada rasa untuk bermaksiat, maka kita memang telah bersedia untuk menanggung seksa kubur, dibelit ular, disengat kala dan disebat malaikat sehingga terbenam ke dalam bumi.
Dengan segalanya yang telah Allah berikan untuk kita layakkah kita membalas Allah dengan dosa-dosa kita yang mengenepikan Allah di waktu-waktu senang kita?
Lalu fikirkan pula, setelah kita sentiasa melupakan Allah, maka ketika saat terdesak, ketika tidak ada siapa yang mampu menolong melainkan hanya Allah, maka apakah layak bagi kita untuk memohon pertolongan dari-Nya ketika itu?
Ingatlah yang Allah sentiasa ada, tidak pernah mati. Allah yang kita sembah ketika solat, adalah Allah yang sama melihat kita ketika ingin bermaksiat.
Allah sentiasa kekal tidak pernah fana.
Kalau menunggu terdesak, baru hendak merasa Allah ada, baru hendak kembali kepada Allah, bimbang kita akan jadi orang yang tidak mempunyai kesempatan untuk kembali seperti Firaun.
Sementara kesempatan masih ada, maka segeralah perbaiki.
PENUTUP : YANG BERJUANG MENJAGANYA, AKAN MENDAPAT CINTA ALLAH. ADAKAH YANG LEBIH BESAR DARIPADA ITU?
Yang terus berjuang menjaga muraqabatullah, Allah akan anugerahkan hadiah untuknya.
Dalam segenap kehidupannya, dia sentiasa merasa diperhatikan Allah.
Rasa Allah sedang menilai amal-amalnya. Bila dia merasai Allah sentiasa menilai dirinya, maka dirinya sentiasa tergerak untuk melakukan yang terbaik dalam kehidupannya.
Satu ketika, Nabi s.a.w. bersabda kepada Ibn Abbas :
“Hai anakku, sesungguhnya saya hendak mengajarkan kepadamu beberapa kalimat iaitu : Peliharalah perinta Allah nescaya Dia akan memeliharamu (sepanjang masa), peliharalah larangan Allah, nescaya engkau akan dapati ia selalu di hadapanmu. Apabila kamu meminta, maka mintalah kepada Allah dan apabila engkau hendak memohon maka mohonlah pertolongan dari Allah.”
Yang berjuang menjaga Allah dalam senang dan susahnya, dalam ramai dan seorangnya, Allah juga akan menjaganya setiap masa dan di mana jua dia berada.
Lihatlah, yang berjuang menjaga muraqabatullah pastinya akan mendapat cinta Allah.
Maka, ketika Allah ingin menganugerahkan cinta-Nya kepada kita, adakah yang lebih besar daripada itu?
Pasti. Pastinya tidak ada. Jadi, apa lagi yang ditunggu?
Segeralah rebut nilaian Allah !
Sumber: http://www.langitilahi.com/
Di Mana Harga Seorang Wanita
Hingga kini dunia islam bagai hilang punca, tertanya-tanya apakah jalan keluar sebenarnya bagi krisis kemanusiaan seperti pembunuhan, rompakan dan rogol? Mengapa masalah itu timbul? Jawabnya tidak lain adalah kerana insannya tidak dibangunkan. Selama ini yang dititik beratkan hanya pembangunan fizikal dan material.
Akhirnya materialnya maju tetapi manusia hidup kalau tidak seperti haiwan, tak ubahnya seperti syaitan!
Terjadinya huru-hara dan peperangan yang semakin parah di dunia hari ini adalah bersumber dari jiwa manusia yang tidak didorong, dipandu dan disuburkan untuk cinta dan takut pada Allah. Hati dan jiwa yang jahat telah mencetuskan kekacauan yang berterusan. Walau ilmu tinggi melangit, pengalaman berpuluh tahun, namun selama hati jahat, selama itulah manusia tidak akan dapat mendamaikan dunia ini.
Mengapa manusia seolah-olah kembali kepada peradaban penghambaan? Menjadi hamba kepada nafsu dan syaitan? Dalam sabda Nabi SAW:
“Sejahat-jahat musuh engkau ialah nafsu, yang berada diantara dua lambung engkau”. (Riwayat Al Baihaqi)SYAITAN YANG KREATIF DAN KRITIS
Syaitan memiliki pelbagai cara strategi dalam menggoda manusia, dan yang sering dieksploitasi sebaik-baiknya oleh mereka adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan. Syaitan tahu kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.
Mengapa muslimah (wanita islam) menjadi sasaran utama syaitan?
Mungkin kita sering dengar di majlis-majlis agama, di surau-surau, di masjid, di dewan, para ustaz, mubaligh, guru dan pensyarah kerap menyatakan ungkapan ini, bahawa “kaum Lelaki mempunyai hanya 1 Nafsu tetapi mempunyai 7 Akal. Manakala kaum kanita memiliki 7 Nafsu dan hanya 1 Akal”. Mungkin ada riwayat yang menyatakan hal ini tetapi pasti ianya hanya bersifat mendidik manusia.
Jadi, kita bertanya bagaimana dan apakah strategi syaitan menggoda muslimah?
Berikut adalah cara bertahap :
I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian, gaya hiasan atau fesyen ikutan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar’i, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian. Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian mengikut peredaran zaman.
Berbeza pula jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar’i (identiti keIslaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen). Biarpun hidup bila dan di mana saja, maka hijab syar’i tetap dipertahankan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, syaitan tetap tidak putus asa. Syaitan akan beralih dengan strategi yang lebih halus.
Caranya?
Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). “Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik,” Tu.. tidak apa-apa kan?
Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. “Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu.” Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf “V” yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya. Lelaki pula tidak kisah boleh melihat dan mengagak bentuk dan saiz dada muslimah mengikut kesukaannya.
Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, “Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, “cool”, jom cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ye?” Si wanita berfikir. “Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang. Bentuk badan kamu ramping dan kurus, kamu mesti serlahkan kecantikan agar lelaki tertawan denganmu,” syaitan memberi idea baru.
Maka tergodalah si wanita, dicarilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. “Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin,” begitu dia menokok-nambah. Maka, pakaian tersebut akhirnya menjadi budaya ikutan di kalangan wanita muslimah, semakin hari semakin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).
Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru seperti “cool” dan “vogue”, dibisiki wanita itu, “Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, bukankah sebaiknya dibelah hingga lutut atau mendekati paha?” Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energetik.” Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata lebih selesa, terutamanya ketika duduk atau naik kenderaan. “Yah…. tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting selesa dan simple,” katanya.
Inilah tahap-tahap awal syaitan merosak kaum wanita, sehingga ke tahap ini pakaian masih tetap kekal dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar’i yang sebenarnya. Maka kini syaitan memulakan tahap berikutnya.
II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih “power” dan berani, tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya dan kelihatan seksi.
Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada wanita, “Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang selesa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki.”
Ini baru agak longgar. “Oh…… ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala……. orang tetap menamakannya dengan jilbab.”
Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.
Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, “Terbukti manusia menyukai apa yang kamu lakukan, mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Bukankah itu lebih seksi dan menggoda siapa sahaja lelaki yang melihat?
Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.
Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berjaya membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bertentangan dengan suruhan agama. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, “Ah zaman sudah berubah! Sekarang zaman moden, mesti ikut perkembangan fesyen terkini, nanti orang gelar ketinggalan zaman pula.”
Tetapi? Apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki.
Fitnah?
Ah…… itu kan zaman dulu, ketika itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan “ooooh!” atau “wow! hot girl”, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama-sama suka?
Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita moden di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita kampung.
Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.
III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian seharian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. “Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah.”
Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba.
Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.
Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang disebut “bikini”. Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na’udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, “Menelanjangi Kaum Wanita.”
“Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki dan di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu” Syaitan tak ingin ambil risiko.
PENUTUP
Demikian halusnya cara yang digunakan oelhsyaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa dan tidak perasan. Maka hendaklah kita semua, terutamanya orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita, bersegeralah diambil tindakan. Jangan biarkan berlarutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka akan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya.
Mencegah lebih baik daripada merawat.
Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.
Sumber: http://muslimdoktor.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan