Sabtu, 25 Januari 2014

TAKZIAH....ALFATIHAH

Friday, 24 January 2014

WANG BIDAAN RM748,000 UNTUK DAPATKAN PENDAFTARAN KENDERAAN NOMBOR W1N DIGUNAKAN UNTUK MANFAAT RAKYAT TITAH SULTAH JOHOR.



Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, berjaya memenangi tender nombor Plat W1N dengan harga paling mahal RM748,000.00.

Sultan Ibrahim yang dipetik New Straits Times bertitah, baginda tidak keberatan membayar RM748,000 untuk nombor yang paling diminati itu kerana menyedari jumlah yang dibayar akan disalurkan kembali kepada rakyat.

"Orang-orang akan mendapat manfaat daripadanya. Jadi jumlah yang dibayar adalah kecil berbanding dengan faedah yang rakyat akan tuai," katanya dipetik akhbar berbahasa Inggeris itu.

Baginda juga menjelaskan telah membida nombor melalui saluran yang betul, iaitu melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Beta diberitahu bahawa terdapat beberapa pembida yang berminat untuk W1N .

"Beta tidak keberatan membayar untuk nombor plat kerana tahu bahawa jumlah yang dibayar akan disalurkan kembali kepada rakyat.

"Beta bukan jenis yang melangkau prosedur untuk mendapatkan sesuatu dengan cara beta. Ini adalah sifat orang Johor, membayar untuk apa yang dikehendaki kerana semua orang patut mempunyai peluang yang sama rata dan seperti kata pepatah, 'hanya orang yang terbaik menang'," jelas baginda.

Nombor plat W1N itu diletakkan baginda pada kereta model Proton Suprima S berwarna biru.

Sebelum ini, Sultan Ibrahim juga memenangi bidaan bagi nombor plat WWW 1.

Friday, 24 January 2014

BERITA YANG DI TUNGGU-TUNGGU OLEH RAKYAT .. UMNO/BN BAKAL KALAH TERUK PRU 14 KATA TUN DR MAHATHIR MOHAMMAD.



KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed tidak menolak kemungkinan BN akan kalah teruk pada pilihan raya akan datang sekiranya isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tidak diatasi dengan segera.

Menurutnya, biarpun kerajaan kini giat menjalankan operasi pemantauan dan kawalan harga di seluruh negara, namun jika kerajaan gagal menangani kemarahan rakyat itu, peluang mempertahankan kerusi kerajaan dikhuatiri tipis.

"Ya boleh, tapi sekarang ini saya nampak ada sedikit kawalan harga yang dilakukan oleh pemerintah, ini adalah usaha yang baik tetapi pendapat Tun Daim itu memanglah mempunyai asasnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum yang bertajuk 'Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam' di Pusat Islam, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin pada Selasa lalu meramalkan BN akan tumbang sekiranya pilihan raya diadakan ketika kemarahan sedang memuncak berikutan isu kos sara hidup.

Kata Daim lagi, kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak cekap dan boleh mendatangkan mudarat hilangnya kuasa BN dalam PRU14 akan datang.

"Kerajaan gagal mengawal isu kenaikan harga barang.

"Isu pengurangan subsidi yang selama ini dinikmati rakyat perlu diteruskan dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan di mana rakyat nampak kerajaan boros dalam perbelanjaan negara," katanya.

Dalam pada itu, mengulas isu kalimah ALLAH, Mahathir menegaskan, kerajaan perlu mengembalikan keputusan asal hanya penganut Kristian di Sabah dan Sarawak sahaja yang diberi kebenaran menggunakan Bible dalam Bahasa Melayu.

"Ketika saya dalam kerajaan, penyelesaiannya ialah kitab Bible berbahasa Melayu itu hanya digunakan di Sabah dan Sarawak.

"Cuma kita tidak perlukannya di Semenanjung Malaysia," katanya lagi.

Solat Hajat dan Doa untuk kesembuhan buat TG Haron Din dan TG Harun Taib


Kepada semua penggerak, penyokong Parti Islam Se-Malaysia (PAS), tunaikan solat hajat dan doakan kesihatan bagi kedua-dua pimpinan PAS iaitu Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din dan Tuan Guru Harun Taib yang  kini sedang sakit. Semoga dikurniakan kesembuhan buat kedua-duanya.

Bagi pihak Darussyiya' Pusat, Pengerusinya Tuan Haji Abdul Rahman Ahmad, mengarahkan kepada semua ahli-ahli Darussyifa' dan Pusat-Pusat Rawatan Darussyifa' Seluruh Malaysia diminta menganjurkan Majlis Zikir, Bacaan Yasin dan Solat Hajat untuk memohon kesembuhan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din yang kini agak kritikal sedang dirawat di Wad CCU Institut Jantung Negara.

Tuan Guru telah dibawa ke IJN pada awal pagi Khamis 23-Jan-2014, sehingga kini sedang dirawat di unit CCU.

Manakala Tuan Guru Harun Taib (Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat) sedang uzur dan tidak sedarkan diri. Beliau sedang dirawat di Hospital Besar Kuala Terengganu.

Sama-sama kita doakan kesembuhan dan kesihatan kepada kedua murabbi kita. Allahumma amin.
Alfatihah...TG Harun Taib telah kembali kerahmatullah kira2 kul 12.30 mlm td.. moga Allah tempatkan rohnya bersama sama org2 yg beriman..
Satu kehilangan yg berhargabg PAS... 
Like · · · 37 minutes ago ·

Friday, 24 January 2014

KISAH DAN GAMBAR YANG BUAT NOH OMAR GUNDAH DAN GELABAH .... ADUN PAS MERU MERAIKAN WARGA EMAS TIONGHUA SEMPENA TAHUN BARU CINA.



Puan Lim Bee Choo 65 tahun dan Puan Chu Suan Cheng 78 tahun adalah sebahagian dari 45 orang Tionghua penerima sumbangan wang dan makanan dari PEKAWANIS Selangor yang g di sampaikan oleh ADUN Meru merangkap Yang DiPertua PAS Kapar,  YB Dr Abd Rani dan isterinya Puan Afidah Anum.

Dari rakaman gambar-gambar diatas amat jelas sekali warga-warga emasTionghua tersebut juga berasa gembira kerana dapat bersantai duduk dan makan tengahari bersama ADUN pilihan hati mereka.

Mereka telah membuat pilihan tepat dan bijak .. berjiwa rakyat, rendah diri dan dedikasi.

Friday, 24 January 2014

LAWATAN LIM GUAN ENG BERSAMA TKM1 PULAU PINANG DAN BEBERAPA EXCO KERAJAAN NEGERI KE RUMAH MANGSA KEBAKARAN WARGA MELAYU DI SUNGAI BATU, BAYAN LEPAS.


LAWATAN LGE, T/KM1 PP DAN BEBERAPA EXCO KE RUMAH MANGSA KEBAKARAN WARGA MELAYU DI SUNGAI BATU, BAYAN LEPAS.. BERSAMA EXCO KERAJAAN NEGERI..

Lihat dengan mata kepala sendiri, fikir dan nilai akan rakam gambar-gambar diatas .. tolak ketepi fahaman politik yang dianuti ... inilah rupa bentuk kepimpinan yang kita mau ..  membantu rakyat tanpa kira kaum, agama dan fahaman politik.

Lihat betapa sempoi dan perihatinnya YAB Lim Guan Eng yang di iringi TKM 1 Datuk Mohd Rashid Hasnon, beberapa exco Datuk Abdul Malik, Dany Law Heng Kiang dan Dr Afif Baharuddin kepada keluarga magsa.

Dalam lawat dan ziarah simpati perihatin itu pihak kerajaan DAP/PR melalui YAB Lim Guan Eng telah menghulurkan bantuan berbentuk wang demi meringankan beban yang ditanggung mangsa kebakaran.

Bukan jenis cakap berdegar-degar lain skrip dikelompok yang berlainan dan situasi yang berbeza.

Rakyat boleh berfikir dan menilai negeri Pulau Pinang semasa pemerintahan UMNO/BN dengan DAP/PR.

Isu perkauman sempit dan agama jijik yang dimainkan oleh pihak tertentu tidak akan menggugat sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat di Pulau Pinang ..

Lagi kuat diserang dengan dakyah jijik makin kuat sokongan rakyat berikan.

Untuk memberi bantuan, boleh hubungi mangsa di alamat 291, Mukim 11, Sungai Batu, Teluk Kumbar atau melalui akaun CIMB 0714-0187-9975-23 (Shahini bin Shafie)

Semoga mangsa kebakaran sabar menghadapi dugaan. pada rakan-rakan semua jangan takut untuk bersedekah.

Ingat janji Allah tidak akan papa orang yang rajin bersedekah...

Wajah bakal suami baru Nurul Izzah didedahkan?

dedahLaporan The Star hari ini memetik sumber dari Mahkamah Syariah Kuala Lumpur yang menyebut tentang permohonan cerai anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah Anwar dengan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar.
Pasangan ini dikatakan sudah tidak sehaluan sejak dari tahun lepas lagi dan keretakakan rumah tangga itu sampai ke kemuncaknya Disember lepas apabila Nurul Izzah memfailkan permohonan fasakh (menuntut cerai dari suami).
Sebetulnya, aku sendiri sudah mendengar desas desus tentang keretakan rumah tangga Nurul Izzah ini jauh lebih awal lagi.

Nurul Izzah dikatakan menghadapi sedikit masalah dengan sikap suaminya yang terkenal sebagai kaki minum, kaki perempuan dan ada ura-ura menyebut, turut terbabit dengan hubungan sejenis juga.
Sudahlah bapanya dihambat dengan dakwaan hampir serupa, kini, suaminya pun dikaitkan dengan dakwaan yang sama.
Justeru, amat wajarlah Nurul Izzah memohon cerai demi kebaikan semua pihak.
Dalam masa yang sama, imej lelaki yang dikata bakal menjadi suami Nurul Izzah yang baru juga sudah diedarkan di media sosial.
baAnas Alam Faizli ini dikatakan seorang profesional muda Melayu yang juga menjadi aktivis sepenuh masa PKR.
Beberapa sumber yang rapat dengan Nurul Izzah menyebut, jika nak dibandingkan dengan suaminya sekarang, Anas adalah 10 kali lebih hebat.
Bukan sekadar memegang jawatan sebagai Jurutera Minyak dan Gas, Anas juga mengetuai NGO menentang TPPA yang ditubuhkan PKR.
suami Nurul Izzah sekarang, Raja Ahmad, tidak begitu terlibat dalam politik dan dikatakan lebih banyak menggunakan kedudukan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dan Nurul Izzah sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai untuk kepentingan dirinya sahaja.
Malah, ada khabar-khabar angin menyebutkan, ketika video fitnah menunjukkan Anwar melanggan pelacur disebarkan oleh Datuk T, keluarga Raja Ahmad telah mendesaknya untuk menceraikan Nurul Izzah kerana percaya dengan pembohongan tersebut.
Selain tidak senang kerana Raja Ahmad itu sendiri dikaitkan sebagai orang yang menghantar Anwar ke hotel berkenaan dalam fitnah tersebut.
Tapi seperti yang kita tahu, semua itu hanya mainan UMNO.  Entah macam mana silapnya, Raja Ahmad dan keluarganya boleh termakan dengan pembohongan tersebut, tapi ia jelas sekarang dia bukanlah suami yang baik untuk Nurul Izzah (kalau dakwaan penceraian ini benar).
Apa sekalipun, ini bukanlah isu yang terlalu besar.  Adatlah dimana-mana pun, ada orang kahwin dan kemudian bercerai.  Nurul Izzah pun manusia biasa juga, tidak ada siapa yang sempurna.
- Negarapakatanrakyat.blogspot.

 

 

 

 

 

 

 

 

Friday, 24 January 2014

SURAT TERBUKA SERTA NASIHAT WARGA BERPENGALAMAN TOK ABAH ISMAIL DARI BIRO PENERANGAN PUSAT KEPADA YB NURUL IZZAH DAN SUAMI...

Warkah terbuka Tok abah utk Raja Ahmad Shahir Raja Salim & Nurul Izzah Anwar:
Slm utk kalian berdua.



 Ketika berita mengenai rumah tangga kalian dimainkan oleh media smlm, Tok abah baru saja selesai membaca buku "Masa Depan, Masa kita", karya Nurul Izzah yg dihadiahkan pd Tok abah baru2 ini. Kompilasi esei buah fikiran Nurul Izzah ini amat bermakna sekali kpd sesiapa yg membaca nya.

Bak kata Pak A. Samad Said dlm Prakata buku tersebut,...'esei2 ini dtng dr suara zahir & bisik hati penulis nya yg mewakili citra & cita2 bangsa yg sama sekali lain dpd yg ada. Bg yg belum baca, pesan Tok abah dptkan buku ini dan baca.

Dlm keadaan kalian berdua sedng melalui ujian besar dlm kehidupan kalian skrng, izinkan Tok abah coretkan sdkt pesanan ikhlas pagi ini utk kalian.


1. Sejujurnya, kalian berdua adalah pasangan suami isteri yg telah menyentuh hati & memberikan harapan baru "Masa depan, Masa kita", kpd umat & warga di negara ini.

2. Percayalah, berita mengenai 'perkara yg menyentuh peribadi kalian' telah disiarkan oleh mereka yg cemburu dgn kehidupan kluarga kalian dan sngt tidak bert/jawab serta berniat jahat terhadap kalian. Apatah lg status Nurul Izzah, spt yg diungkapkan oleh Pak Samad Said, ....'watak yg disegani, sebagai suara baru rakyat di negara ini'.

3. Sedarlah, dlm suasana situasi politik & siasah yg semakin tercalar ini, gelanggang politik sudah hilang adab & tatasusila nya. Budaya politik rimba, politik fitnah & adu dumba, hingga tidak lg mengenal sempadan kehidupan peribadi berleluasa. Lebih memalukan, ada "players" yg terlibat, bertindak bagai sudah dirasuk iblis & syaitan!

4. Ingatlah, jgn biarkan mereka yg cemburu & berniat jahat dgn kebahagian krhidupan kalian, merampasnya dr kalian. Meterikan kenyataan "keluarga kami menjadi keutamaan kami" di hati kalian.

5. Sesungguhnya, kehidupan ini memang suatu perjalanan yg panjang & penuh ranjau berduri. Namun, menjadikan impian "Masa depan, Masa kita" bukanlah sesuatu yg mustahil utk dicapai. Jgn lupa, ...."hidup di M'sia ini penuh drama...!

Akhir sekali, Tok abah yakin, kasih sayang Allah msh ada utk kita smua. Smuga Allah rahmati dan berkati kalian berdua.


Wallahu'alam.

Tiada ulasan: