Sabtu, 18 Januari 2014

APA KITA BUAT AKAN DITANYA....LEBIH2 YANG BERBENTUK HARAM...SERTA MELAMPAUI BATAS...MENGENDALI KERJA2 YANG MELALAIKAN....KERJA2 MENIPU SERTA KERJA2 MENYESATKAN MANUSIA

KUALA LUMPUR: Ura-ura pemotongan peruntukan tahunan Kolej Felda daripada RM16 juta kepada hanya RM5 juta akan “membunuh impian” ribuan anak peneroka di seluruh negara dan menimbulkan persoalan terhadap fokus utama Yayasan Felda bagi meningkatkan aspek kebajikan, latihan dan pendidikan generasi Felda, tegas Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.
Mengulas laporan The Malaysian Insider berhubung cadangan pengurusan Felda itu, Mazlan berkata, visi Yayasan Felda sebagai peneraju utama pelaksana tanggungjawab sosial peneroka Felda akan dipersoalkan umum jika peruntukan tahunan empat Kolej Felda itu dipotong.
Menurut sumber, pemotongan bajet itu akan mengakibatkan Kolej Felda yang terletak di Kelana Jaya (Selangor), Trolak (Perak), Mempaga (Pahang) dan Raja Alias (Negeri Sembilan) akan ditutup.
Kolej Felda dibangunkan untuk memberi peluang latihan kepada anak peneroka di bidang vokasional. Institusi itu diletakkan di bawah seliaan Yayasan Felda yang dipengerusikan Tan Sri Isa Samad. Pengarah Besar Felda, Dato' Faizoull Ahmad ialah salah seorang Ahli Lembaga.

Mengulas lanjut, Mazlan mempersoalkan ura-ura Felda mengurangkan bajet kebajikan, latihan dan pendidikan masyarakat peneroka tetapi menerusi instrumen perniagaannya bertindak membeli hotel, apartment mewah, ladang dan melabur dengan jumlah ribuan juta ringgit.
“Semua itu dibuat dengan cepat tetapi untuk pendidikan anak peneroka yang jumlahnya begitu kecil pun berkira?” kesalnya.

Menurut Mazlan, projek usahasama pendidikan Felda dengan Universiti Lim Kok Wing memakan belanja berkali ganda berbanding Kolej Felda namun keberkesanannya tidak pernah disemak.
Sehubungan itu beliau hairan mengapa Kolej Felda yang cuma ada di Kelana Jaya, Trolak, Mempaga dan Raja Alias mahu diganggu?

“Mana dia pembangunan modal insan yang acapkali di sebut oleh Faizoull Ahmad? Apa gunanya MOU dengan Kolej West Cheshire & Universiti Chester yang di war-warkan lanjutan daripada Kolej Felda?” soal beliau.

Perkembangan terbaru ini, ujar Mazlan mengingatkan beliau kepada kertas cadangan penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia yang menyebut secara jelas bahawa Felda akan mengurangkan fokus terhadap pembangunan sosial.
“Hujahnya, FGVH adalah syarikat senaraian awam yang berteraskan perdagangan. Ia bukan lagi terikat kepada perkhidmatan seperti mula-mula (Felda) ditubuhkan.
“Saya berpandangan inilah kesan-kesan yang menjadi malapetaka kepada warga Felda khususnya anak-anak peneroka yang dahagakan kursus dan latihan kemahiran.

“Saya tidak tahu apa yang bermain dalam fikiran Isa Samad dan Faizoul Ahmad. Saya mengharapkan mesyuarat Lembaga Pengarah Felda minggu depan, bukan memotong bajet untuk Kolej Felda, tetapi peruntukan ditambah sebanyak mungkin,” ujarnya.
Mazlan juga menggesa supaya insentif untuk anak-anak Felda yang berjaya ke IPTA, peruntukan tiusyen percuma untuk UPSR/SPM dan pembangunan MRSM Felda di Trolak ditingkatkan agar lebih ramai generasi Felda beroleh manfaat.

“Saya amat berharap Isa Samad, Faizoull Ahmad dan Ahli Lembaga Pengarah Felda waras dalam membuat perkiraan dan pertimbangan. Jangan lupa sejarah panjang bagaimana Felda dibangunkan. Kesilapan dalam membuat keputusan, kesannya amat dalam,” nasihat Mazlan.
Dalam perkembangan berkaitan, usaha The Malaysian Insider untuk mendapatkan komen Faizoull telah ditolak walaupun sebelumnya beliau bersetuju untuk ditemui.
KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) hari ini menyelar sikap 'orang tengah' yang cuba mengambil kesempatan memburukkan kerajaan dengan menaikkan harga barang.
Beliau berkata 'orang tengah' ini cuba menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan kaedah menaikkan harga barang yang jelas akan membebankan rakyat.
"Kita sedar banyak orang tengah ini lebih menyokong pembangkang. Apa yang dilakukan adalah buat satu kaedah supaya rakyat benci kepada BN. Ini tidak adil. Kenapa hendak buat cara ini," katanya kepada pemberita selepas sambutan Maulidur Rasul bersama komuniti masyarakat Acheh Malaysia di Jalan Raja Bot di sini hari ini.
Beliau turut mengingatkan para peniaga Islam dan bukan Islam supaya tidak mengaut keuntungan berlebihan.
Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno menyifatkan pihak yang memainkan isu 'kangkung' sebagai bodoh.
"Saya hendak bagi tahu mereka ini bodoh. Main isu kangkung ini bodoh. Mereka tidak tahu connotation (makna tersirat) apa maksudnya kerana kangkung ini murah boleh ditanam merata-rata.
"Datuk Seri Najib sebenarnya hendak sebut, kenapa ini pun boleh jadi harga turun naik," katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya Tengku Adnan meminta peniaga-peniaga masyarakat Acheh menyokong usaha Barisan Nasional (BN) dalam menangani isu kenaikan harga barang.
"Peniaga-peniaga Acheh yang ada di Jalan Raja Bot, Datuk Keramat, Kampung Baru dan persekitaran negara ini, saya merayu agar membantu kerajaan BN kerana kebelakangan ini banyak orang telah mengambil kesempatan untuk menaikkan harga.
"Saya berharap Persatuan Peniaga Acheh akan menjadi contoh untuk menurunkan harga supaya rakyat di negara ini dapat menikmatinya," katanya.
Pada majlis itu, Tengku Adnan turut dipakaikan songkok khas sebagai tanda pelantikan beliau sebagai Penaung Komuniti Masyarakat Acheh Malaysia. - Bernama
KUALA SELANGOR: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) akan mengadakan pertemuan dengan pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Isnin ini, bagi membincangkan status Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai anggota Lembaga Pengarah perbadanan itu.
         
Beliau akan berbincang dengan pengurus besar dan setiausaha kerja PKNS bagi menyelesaikan perkara berkenaan.
         
"Kita tidak akan buat apa-apa (tindakan) atau keluarkan apa-apa (kenyataan) sehingga kita mengadakan pertemuan bersama Pengurus Besar dan Setiausaha Kerja PKNS...kita akan memanggil mereka pada Isnin ini (untuk membincangkan perkara tersebut)," kata Abdul Khalid kepada pemberita selepas mengadakan sesi dialog bersama peneroka di sini, hari ini.
         
Pengguguran Azmin daripada perbadanan itu baru-baru ini, dilihat mencetuskan rasa tidak puas hati pemimpin PKR Selangor apabila setiausahanya Amirudin Shari menuntut penjelasan daripada Abdul Khalid mengenai perkara itu.
         
Susulan itu, Abdul Khalid menafikan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam pengguguran Azmin dan menjelaskan perkara itu dicadangkan oleh Pengurus Besar PKNS Othman Omar yang mahu menamatkan khidmat Azmin pada penghujung bulan ini.

Bagaimanapun kenyataan Menteri Besar itu disangkal oleh Setiausaha Kerja PKNS Norita Mohd Sidek.
         
Norita dalam satu kenyataannya Khamis lepas memaklumkan kuasa melantik Anggota Lembaga Pengarah adalah di tangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dipengerusikan Abdul Khalid dan bukan Pengurus Besar selaras dengan klausa 4(1) Enakmen Penubuhan PKNS.
         
Katanya pengguguran Azmin itu juga disahkan oleh MMKN pada Disember lalu.
         
PKNS adalah konglomerat milik kerajaan Selangor yang merupakan syarikat hartanah dan pelabur utama dalam perniagaan di Selangor.
         
Sementara itu, mengulas mengenai usul Azmin yang juga anggota Parlimen Gombak dan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa yang mahu beliau disingkirkan daripada jawatan Menteri Besar, Abdul Khalid berkata beliau menyerahkan keputusan itu kepada rakyat dan parti. - Bernama
KUALA LUMPUR: Hanya setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikangkungkan barulah bberapa pemimpin sedar bahawa kenaikan harga barang dan beban kos sara hidup yang kian meningkat adalah rungutan hampir keseluruhan rakyat yang berpendapatan rendah serta sederhana.

“Hanya setelah dikangkungkan juga, barulah Najib dan semua menteri kabinet faham suara kemarahan rakyat,” tulis blogger Shahbudin Husin di dalam blognya.

Menurutnya, jika tidak kerana episod kangkung Najib, sudah tentu semua menteri masih lena diulit mimpi dan bercakap dalam mempertahankan kenaikan harga barang.

Baginya, langsung tidak menampakkan mereka itu menyebelahi rakyat sedangkan ketika memerlukan undi dan sokongan, rakyatlah yang sering dipuji dan diberi sanjungan.

“Kepada penggiat media sosial yang mencetuskan idea mengangkungkan Najib sehingga ia menjadi fenomena antarabangsa dan kemudian menyedarkan pimpinan kerajaan daripada lena dek khayal air ketum, rakyat tentunya amat terhutang budi kepada mereka itu,” tulisnya lagi.

Bagi beliau, tanpa mereka dan jika Najib tidak dikangkungkan, tidak pernah Muhyiddin melakukan empat lawatan hanya dalam satu pagi.

Baca di sini
SHAH ALAM: Aktor Hollywood, Leonardo DiCaprio (gambar) mengesahkan anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor, Riza Shahriz Abdul Aziz terbabit dalam penerbitan filem The Wolf Of Wall Street yang mencetus pelbagai kontroversi di serata dunia.
Ia dibuktikan melalui ucapan Dicaprio sewaktu menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Golden Globe, Amerika Syarikat, baru-baru ini.
Aktor kelahiran Los Angeles, California itu dalam ucapannya berterima kasih kepada Riza selain menyebut beberapa nama lain yang turut terbabit dalam pembikinan filem berkenaan.

“Saya ingin berterima kasih kepada seluruh tenaga kerja produksi filem terutama Joey, Riza dan Joe yang mengambil risiko menerbitkan filem ini,” katanya.
Ucapan itu boleh disaksikan melalui laman Youtube pada minit ke 1:37 dan video itu turut dikongsi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad melalui laman sosial, Twitter untuk mengesahkan Riza adalah “tulang belakang” kepada filem berkenaan.
“Saksikan ucapan Leonardo DiCaprio sewaktu menerima anugerah Golden Globe bagi filem The Wolf of Wall Street.
“Pada minit ke 1:37, beliau memberi kredit kepada Riza dan beberapa individu lain termasuk ‘Joe’ dan persoalannya adakah Joe itu merujuk kepada penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jho Low?,” katanya di Twitter.
Filem penuh kontroversi yang berdasarkan kisah benar berkenaan broker saham Wall Street, Jordan Belfort (DiCaprio) yang dipenjarakan kerana rasuah dan jenayah perdagangan itu turut membariskan bintang terkenal Hollywood seperti Jonah Hill, Margot Robbie and Matthew McConaughey.

DiCaprio bersetuju berlakon filem itu di atas dasar persahabatannya yang sudah terjalin dengan Riza sejak beberapa tahun lalu.
Riza bagaimanapun enggan mengulas kontroversi berhubung filemnya yang menelan belanja hampir RM326 juta selain dakwaan mendapat sumbangan kewangan daripada ibunya, Rosmah Mansor.
KUANTAN: Mungkin sudah tiba masanya usaha memperbesarkan Stadium Darul Makmur dapat difikirkan bagi membolehkan lebih ramai penyokong menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium itu yang kini hanya mempunyai kapasiti 30,000 penonton.

Cadangan itu yang disuarakan kalangan penyokong Pahang selepas menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih, Pahang dengan Lions XII di sini, malam tadi, turut berharap stadium baharu dibina sekiranya pembesaran tidak dapat dilakukan.

Mohammad Faiz Hassim yang mewakili beberapa penyokong berkata langkah itu wajar diambil kerana setiap kali perlawanan bola sepak berlangsung di stadium, ramai penyokong yang hampa kerana tempat yang terhad.

"Untuk itu, harapan kami sebagai penyokong Pahang meminta kepimpinan kerajaan pusat supaya kalau boleh diperbesarkan stadium sedia ada yang telah menjangkau usia melebihi 40 tahun dan hanya boleh memuatkan 30,000 orang sahaja," katanya kepada pemberita di sini.

Seorang lagi penyokong Ashari Jamaluddin berkata, keperluan untuk menambah kapasiti muatan stadium berkenaan perlu dibuat berdasarkan kehadiran penyokong yang begitu ramai untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.
  
"Kalau boleh, kami mintak satu stadium yang baharu dapat dibina di kawasan yang lebih selesa, selamat dan aman sebab kita tahu Pahang ada sejarah (membabit aktiviti liar penyokong) yang pernah terjadi dan kita tidak mahu sejarah itu berulang," katanya.

Perkara itu turut disokong Pengurus Pasukan Bola Sepak Pahang Datuk Che Nasir Salleh yang berharap kerajaan pusat mempertimbangkan untuk membina stadium baharu.

"Stadium sedia ada dah lama dan kapasiti sudah tidak dapat menampung jumlah penyokong yang besar...(Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak kalau boleh dapat meluluskan pembinaan satu stadium yang baharu," katanya.

Katanya, dengan penampilan skuad Tok Gajah yang baik, dijangka akan terus menarik lebih ramai penyokong untuk menyaksikan perlawanan di Stadium Darul Makmur.

Sebagai contoh katanya, tiket untuk perlawanan Piala Sumbangsih semalam telah habis dijual dalam masa tiga jam dan ramai penyokong yang kecewa disebabkan tidak dapat menyaksikan perlawanan di stadium. - Bernama
KUALA LUMPUR: Anak kepada pasangan rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden untuk siasatan kerana memukul tangan seorang daripada anak yang tidak bersolat merayu supaya diletakkan dalam penjagaan keluarga Melayu Islam dari Malaysia.
         
Aisyah, 14, anak sulung pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal, menyuarakan keinginan itu ketika mengadakan perjumpaan dengan wakil Kedutaan Malaysia dan Khidmat Sosial Sweden pada Jumaat.
         
"Kami tidak mempunyai masalah dengan keluarga angkat sekarang, mereka jaga kami tapi kami tidak selesa bila perlu tinggal dengan keluarga berlainan agama.
         
"Susah untuk kami membiasakan diri. Jadi Aisyah rasa lagi senang dan selesa untuk kami bersama keluarga Melayu beragama Islam," katanya kepada Bernama ketika dihubungi, Sabtu.
         
Difahamkan, pasangan suami isteri itu, yang ditahan pada 18 Dis lepas, telah memohon kepada Khidmat Sosial Sweden untuk menyerahkan hak penjagaan sementara anak-anak mereka kepada keluarga angkat beragama Islam daripada kalangan kakitangan kedutaan Malaysia di negara berkenaan.

Aisyah berkata hasrat untuk ditempatkan bersama-sama keluarga angkat Melayu Islam dari Malaysia itu juga turut dibantu keluarga angkatnya kini.
         
"Khidmat Sosial sudah janji dengan kami untuk carikan keluarga Islam dari Malaysia... mungkin kami akan dapat keluarga angkat baharu dalam masa terdekat," katanya.
         
Aisyah berkata perjumpaan kira-kira satu jam setengah itu dengan wakil Khidmat Sosial Sweden dan Kedutaan Malaysia itu adalah bagi membincangkan hal berkaitan ibu bapa mereka.
         
Dalam masa yang sama, anak pasangan itu terus meluahkan perasaan sedih dengan ketiadaan ibu bapa mereka di sisi sejak sebulan lalu.
         
"Kehidupan jadi susah bila mummy dan daddy tiada di samping kami... kami kena berdikari, pergi sekolah sendiri.

"Setiap pagi kena naik kenderaan awam macam bas atau kereta api, dengan keadaan cuaca yang sejuk.. Kami tidak ada bekalan baju sejuk yang mencukupi," katanya.
         
Aisyah berkata setiap hari selepas sekolah mereka akan pulang ke rumah keluarga angkat dalam keadaan sejuk dan gelap dan keadaan itu membuatkan mereka sedih kerana sebelum ini mereka sentiasa dijemput ibu bapa mereka.
         
Dalam Facebook miliknya, Aisyah menulis: 'Ya Allah..please save our family..our parents..we need them in our life..we miss them so much..we want to meet them...' (Ya Allah..tolong semalamtkan keluarga kami..ibu bapa kami..kami perlukan mereka dalam hidup kami..kami amat rindukan mereka… kami mahu berjumpa mereka...')
         
Tahanan reman Azizul Raheem yang merupakan kakitangan Tourism Malaysia di Stockholm dan isterinya yang merupakan guru yang bercuti tanpa gaji,  dilanjutkan kira-kira dua minggu lagi. - Bernama
MELAKA: Polis hari ini mendapat kebenaran Mahkamah Majistret untuk menyambung reman ahli perniagaan Noor Jan Tuah selama tiga hari lagi bermula esok bagi membantu siasatan kes dia mendakwa dirinya sultan Melaka.
         
Perintah itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah V. Kanasan bagi membolehkan polis menyiasat kes berkenaan mengikut Akta Hasutan 1948.
         
Noor Jan, 57, ditahan pada 10.50 pagi Selasa lepas di Jeti Anjung Batu Umbai, Jasin sebelum sempat menaiki bot ke Pulau Besar untuk melakukan aktiviti bersama 'pengikutnya'.
         
Pada Rabu lepas polis mendapat kebenaran Mahkamah Majistret menahan reman lelaki itu selama empat hari. - Bernama

 

 

 

 

 

 

Tiada ulasan: